Minit Mesyuarat Gc 1

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Minit Mesyuarat Gc 1 as PDF for free.

More details

  • Words: 846
  • Pages: 4
Majlis Guru Cemerlang Daerah Kinta Utara 2009 Laporan Perjumpaan Kali 1 Tarikh : 6.4.2009 (Isnin) Masa : 2.30 petang Tempat : PPD Kinta Utara Kehadiran : 31 orang GC Kinta (U) (Lampiran) Turut hadir : Pn. Lee Wai Yeen, Pegawai Khas Bahagian Pra Sekolah Agenda 1: Ucapan wakil PPD: 1. Pn. Lee mengalu-alukan kehadiran Guru Cemerlang mesyuarat kali pertama dan berharap Guru Cemerlang dapat berperanan dalam menjayakan programprogram untuk meningkatkan pencapaian akademik baik di peringkat daerah atau negeri. 2. Jumlah Guru Cemerlang Daerah Kinta Utara: DG52

DG48

DG44

DGA34

DGA32

Jumlah

2

8

7

5

28

50

3. Beliau turut menerangkan tentang keputusan UPSR dan PMR bagi sekolah di daerah Kinta Utara. Banyak ruang yang patut diisi dalam usaha memperbaiki pencapaian terutama mata pelajaran kritikal seperti B. Inggeris, Bahasa Melayu, Matematik, Sains. Fokus utama murid dan mata pelajaran kritikal. Guru cemerlang dapat membantu dengan mengadakan program bagi membantu pelajar yang near missed B,C, dan pelajar galus. Agenda 2 : Penubuhan AJK GC Kinta Utara Lantikan baru Ahli Jawatankuasa Guru Cemerlang Kinta Utara bagi tahun 2009: Jawatan YDP Naib YDP Bendahari Setiausaha 1 Setiausaha 2

Ketua Panitia

Nama Pn. Sabariah Bt Ibrahim Pn. Roziah Bt. Ayub Pn. Siti Fauziah Bt Syed Ariffin En. Hishamuddin bin Zakaria Pn. Hafizah Hj. Mokhtar

Sekolah SMK Raja Perempuan, Ipoh SMK Gunung Rapat, Ipoh SMK Anderson, Ipoh SK Sg. Rokam, Ipoh SK Jelapang Ipoh

Panitia B. Melayu B. Inggeris Matematik Sains Sejarah Pend. Islam B. Cina Pra Sekolah Biologi Ekonomi Prinsip Akaun P. Perniagaan P. Seni Visual

Sekolah Rendah En. Hishamuddin bin Zakaria Pn. Vimlarani a/p Larul Gabriel Pn. Yap Foong Phin Pn. Shaliza Pn. Rosnah Zaini Pn. Teh Ai Chin Pn. JulianaAh. Mahidin -

Sekolah Menengah Pn. Sabariah Bt Ibrahim Pn. Abidah Sarajul Haq En. Kho Chong Quan Pn. Che Teh Kamariah Pn. Hing Chong Hua Pn. Roshaini Mat Kasa Pn. Roziah Bt. Ayub En. Vicknesvaran a/l Subramaniam En Shamsuddin Ghazali Siti Fauziah Syed Ariffin Noor Anuar Abdullah Sani

Agenda 3: Tugas & Tanggungjawab GC (Terma GC) 1. Pn. Sabariah Ibrahim menerangkan tentang ciri-ciri yang perlu dimiliki oleh guru cemerlang 2. Beliau juga menerangkan tentang peranan dan tanggungjawab guru cemerlang. Antara peranan tersebut adalah seperti yang berikut: (i). Membuat perancangan pengajaran, melaksanakan pengajaran mata pelajaran kepakaran dan pembentukan serta pembangunan diri murid mengikut tahap yang tertinggi yang ditetapkan oleh KPM. •

Menyediakan Rancangan P & P.



Mengajar mata pelajaran kepakaran.



Merancang dan melaksanakan tugas berkaitan P & P seperti penyediaan BBM, pentaksiran pencapaian murid, penetapan tugasan dan penyemakan kerja bertulis murid.



Menentukan TOV setiap murid dalam mata pelajaran kepakaran dan menetapkan sasaran pencapaian setiap murid yang diajar.



Menghasilkan pelbagai bahan p & p yang terkini, kreatif, inovatif, menarik dan berkesan.



Mengenal pasti kelemahan dan kekuatan setiap murid dalam mata pelajaran kepakaran.



M enyediakan program pengayaan untuk murid cemerlang dan pemulihan bagi yang berprestas rendah.

(ii) Memimpin dan membantu dalam tugas kurikulum dan kokurikulum berkaitan mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan. •

Menjadi ahli panitia dalam mata pelajaran kepakaran.



Menjadi pakar rujuk mata pelajaran kepakaran.



Membantu mengatasi kelemahan & membimbing murid dalam mata pelajaran kepakaran.

(iii) Menjadi pakar rujuk, memberi khidmat nasihat dan membimbing guru dalam mata pelajaran kepakaran atau bidang pengkhususan. (iv) Menjalankan kajian, meng- hasilkan penulisan ilmiah dan penyelidikan, menerokai inovasi dan penemuan baru dalam MP kepakaran atau bidang pengkhususan dan membentang hasilnya. (v) Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pegawai Pendidikan Daerah, Pengarah Pelajaran Negeri dan Pengarah Bahagian di KPM. Agenda 4: Aktiviti / Program Guru Cemerlang 4.1 Kajian Tindakan Kursus Kajian Tindakan untuk guru cemerlang akan diadakan pada bulan April /Mei 2009. Semua guru cemerlang dikehendaki membuat kajian tindakan bertema ”Kearah Keberkesanan P&P” 4.2 Jurnal Guru Cemerlang GC kinta diminta menyumbangkan artikel untuk jurnal pertama GC yang akan diterbitkan pada hujung tahun ini. Format artikel boleh diperoleh dari internet – [email protected] 4.3 Konvensyen Peringkat Kebangsaan akan diadakan pada 21 hingga 24 Julai 2009 di Kuala Lumpur / Seremban. Setiap daerah akan menghantar 2 orang wakil peserta. 4.4 Konvensyen Peringkat Negeri akan diadakan pada bulan Ogos. Setiap daerah akan menghantar 10% daripada jumlah GC di daerah tersebut 4.4 Kursus untuk GC lantikan baru akan diadakan oleh IPG di Pangkor pada 13 hingga 15 April 2009. Daerah Kinta telah menghantar 7 orang peserta. 4.5 Kursus Peningkatan Profesionalisme GC baru. 4.6 Khidmat Bantu GC: Membantu GSTT / guru di daerah Kinta Utara

Agenda 5 : Hal-hal Lain 5.1 GC baru disarankan agar menimba ilmu untuk meningkat profesionalisma diri. 5.2 GC perlu membayat yuran untuk MGC negeri sebanyak RM 20.00 setahun. 5.3 GC perlu menjaga penampilan diri mengikut etika perguruan dan menjaga hubungan baik dengan pihak pengurusan sekolah. 5.4 GC perlu memberi keutamaan pencapaian pelajar di sekolahnya terlebih dahulu sebelum membantu sekolah-sekolah lain. 5.5 Semua Ketua Panitia mata pelajaran perlu merancang program untuk mem bantu mata pelajaran bidang masing-masing. Ucapan Penanguhan: Pn. Lee Wai Yin mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa baru dan berharap agar GC dapat bergerak lebih aktif dalam memastikan kejayaan berterusan diperoleh di daerah Kinta Utara. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.30 petang. Disediakan oleh: En. Hishamuddin bin Zakari Setiausaha MGC Daerah Kinta (U)

Related Documents

Minit Mesyuarat
December 2019 80
Minit Mesyuarat
May 2020 39
Minit-mesyuarat-1.docx
November 2019 32
Minit Mesyuarat 1
August 2019 20