Minda Jumaat - 28 Ramadhan

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Minda Jumaat - 28 Ramadhan as PDF for free.

More details

  • Words: 1,650
  • Pages: 2
28 Ramadhan 1430H

Terbitan Masjid As Salam

http://assalambs.blogspot.com

Sambut Aidilfitri Cara Islam Bukan Jahiliah Bulan Ramadhan, sudah tiba ke penghujungnya. Bagi individu yang sedar serta menghayati ‘tawaran' bonus yang di berikan oleh Allah SWT dan RasulNya di bulan Ramadhan, mereka sudah pasti akan merasa sedih atau amat sedih dengan pemergiannya. Sebaliknya orang yang tidak sedar atau tidak ambil endah tentang kelebihannya pasti bergembira dan berpesta dengan pemergian bulan hebat ini. Lebih malang lagi, pestanya yang dianjurnya adalah jenis pesta hiburan yang sememangnya bertentangan dengan ruh dan objektif Ramdhan. Seolah-olah individu yang berpesta maksiat di permulaan bulan Syawal ini ingin memaklumkan berkenaan ‘peperiksaan' Ramadhannya yang mendapat keputusan ‘gagal' dan berjaya peroleh doa khas Malaikat Jibrail untuk mendapat 'kecelakaan' iman yang lebih dahsyat pada bulan selanjutnya. Masalah pasti berterusan kerana sebahagian besar dari mereka yang berpesta maksiat ini tidak mempunyai ilmu bagi mengenal pasti perbezaan antara maksiat dan amal soleh, dosa dan pahala. Malah tiada minat langsung untuk mengetahuinya. Padahal di bulan Ramadhan yang juga digelar bulan Al-Quran, Allah SWT mengarahkan kita merujuk Al-Quran yang fungsinya adalah sebagai Al-Furqan (Pemisah antara yang benar dan yang salah). Malang bagi mereka yang masih tidak mahu bernaung dengan petunjuk Al-Quran dan AlHadis dalam kehidupan hariannya sejurus selepas Ramadhan ini. Sesungguhnya bergembira di Syawal tidak ditegah, malah Rasulullah s.a.w sendiri membenarkan umat islam bergembira di Syawal, dengan syarat gembira itu mestilah dilaksanakan dan dizahirkan dalam bentuk yang di terima Islam. Nabi SAW juga pernah menegur kepada Abu Bakar As-Siddiq apabila melihat Abu Bakar memarahi Aisyah r.a dan penghibur kanak-kanak yang sedang menyanyikan nasyid di rumah Rasulullah SAW dengan katanya : "Biarkan ia ( wahai Abu Bakar) kerana ini adalah hari raya" ( Riwayat Al-Bukhari) Mukmin sebenar akan merasa gembira kerana berterima kasih kepada Allah s.w.t atas kurniaan kesempatan dan peluang untuk mereka mendapat keampunan di bulan Ramadhan. Selain mengenangkan usaha berganda yang telah dilakukan sewaktu Ramadhan, bergembira juga atas kejayaan membina ‘benteng kukuh' dari godaan Syaitan, bukankah Nabi SAW telah menyebut bahawa "Puasa itu benteng" (Riwayat Al-Bukhari).

Namun peluang dan kemudahan yang diberikan Allah SWT di bulan ini yang pastinya akan dirindui dan di tangisi oleh para mukminin dan solihin. Kerana mukminin sejati sentiasa bimbang akan penerimaan Allah SWT terhadap diri dan amalannya. Selain itu, tawaran pengampunan dosa-dosa silam bagi yang berpuasa dan menghidupkan malamnya dengan solat terawih ikhlas kerana Allah juga berakhir menjelang 1 Syawal. Begitu juga kemaqbulan doa yang hebat ketika berpuasa dan berbuka berdasarkan hadis Rasulullah SAW Berlalulah tawaran ini dengan pemergian Ramadhan. Bahkan kesedihan ini juga lantaran berakhirnya peluang mempertingkat taqwa, iman dan menambah keberkatan dalam hidup dunia dan akhirat sepanjang bulan Ramadhan dan peluang terbesar di Malam al-Qadar yang amat istimewa. Hasil dari sebab inilah, kita dapati ramai ulama silam disifatkan amat sedih dengan pemergian Ramadhan, terutamanya apabila memikirkan samada akan dapat bertemu lagi pelaung sehebat Ramadhan di tahun hadapan. Ini kerana Ramadhan meninggalkan kita tanpa ada jaminan adakah kita akan bertemu Ramadhan pada tahun hadapan. Para solafussoleh terdahulu menangisi pemergian Ramadhan dan selalu memperbanyakkan doa supaya dipertemukan semula dengan Ramadhan yang seterusnya. Persoalannya, bagaimana seharusnya kita menghadapi bulan-bulan yang mendatang. Hadirnya Ramadhan sebagai madrasah, mendidik jiwa agar lebih bertaqwa, menekan gelojak nafsu agar tidak bermaharajalela, melatih diri melazimi tilawah al-quran dan memotivasikan semangat mencari redha Allah. Kita dapat lihat di kala Ramadhan tiba, manusia berduyun-duyun memenuhi masjid, beriktikaf, bertilawah, bertarawikh, bertahajjud dan seribu macam lagi kebaikan. Semuanya berebut-rebut mendapatkan peluang di dalam bulan Ramadhan. Namun selepas perginya Ramadhan, hilanglah segala ruh kebaikan bersamanya. Ini bukanlah apa sebenarnya yang diingini daripada madrasah Ramadhan. Apa yang ingin dilahirkan melalui madrasah Ramadhan adalah insan-insan yang mempunyai jiwa rabbani dan bukan sekadar memiliki semangat Ramadhani. Apa yang diingini adalah hamba yang melakukan amal kebaikan dalam tujuan mencari redha Allah dan bukan sekadar mengejar ganjaran pahala iaitulah insan yang menjadikan Ramadhan sebagai batu loncatan dan pembakar semagat untuk terus mempertingkatkan amal dan bukan sekadar menjadikannya satu-satunya bulan untuk berbuat kebaikan. Segalanya kembali kepada niat kita di awal Ramadhan dahulu.

Jika niat itu bersih semata-mata mengharapkan redha Ilahi insyaAllah, rasa taqwa itu akan berterusan walaupun Ramadhan itu sudah pergi. Dan ingatlah, Syawal yang bakal menjelang tidaklah seharusnya dicemari dengan perilaku yang tidak syarie. Apatah lagi kita graduan lepasan madrasah Ramadhan. Beringatlah akan hal-hal ini; * Sentuhan : Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat para ulama dalam bab ini. Ia lebih baik dijauhi terutama apabila melibatkan pemuda dan pemudi. * Aurat & Ipar : Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah. * Pakaian Wanita : Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai. * Kubur : Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga duduk di atas kubur orang lain dengan alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri. Larangan ini disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam Khatib AsSyarbini, malah bersandar kepadanya juga dilarang. * Meninggalkan solat : kerana terlalu sibuk beraya di sana sini. * Dosa Bertempoh : Kembali melakukan dosa yang telah ditinggalkan di bulan Ramadhan. Malah memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas Ramadhan. Sebagai contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan di bulan Ramadhan, maka di bulan Syawal bolehlah bergaduh kembali. Syawal dijadikan tempat lambakan maksiat berdating, bersyahwat melalui telefon dan 'chat', berjalan jauh berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. Hancurlah seluruh kebaikan yang baru hendak sebati dengan hati, dibuang pula jauh-jauh. Semoga setiap amalan kita diterima Allah dan dijadikan pemberat amal di akhirat nanti. Kita panjatkan doa supaya tidak tergolong dalam golongan yang rugi kerana tidak diampunkan dosa walaupun telah menjalani bulan Ramadhan sebagaimana yang telah diungkapkan dalam hadis baginda Nabi (SAW), "“Rugi dan celakalah sesiapa yang menemui Ramadhan tetapi tidak diampuni dosanya”

Sejarah Aidilfitri SEJARAH hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu. Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk nenek mereka. Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikan dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri. Nabi saw memberitahu mereka, "Sesungguhnya Allah SWT telah mengurniakan 2 hari yang mempunyai kebaikan di dalamnya, iaitu hari Eidul-Fitr dan hari Eidul-Adha." HR Abu Daud. Sabda Nabi saw kepada Abu Bakar r.a., "Setiap kaum ada perayaan, dan ini adalah perayaan kita" (Riwayat Bukhari dan Muslim). Hadis ini merujuk kepada 2 perayaan Eid yang khusus bagi orang Islam. Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu adalah satu ibadat.

Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna. Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, mala h kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara dilarang, iaitu jika dilakukan akan terbatal puasanya. Lantaran itu Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan itu. Kalimat 'fitri' sendiri bermaksud fitrah iaitu dengan kejay aan manusia balik kepada fitrah yang asal`Aidul Fitri berasal dari perkataan`aid adalah diambil dari kata alaudu (kembali). Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih daripada dosa dan noda. Oleh kerana ia dikatakan sebagai perayaan keagamaan, maka cara menyambut hari raya itu sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu. Apabila saja diumumkan hari raya, maka mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat. Ini seperti memperbanyakkan solat sunat, bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda kesyukuran. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan bahawa: "Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan mati, iaitu hari kiamat."

Sejarah Takbir Raya Suara takbir mula-mula dilaungkan ketika di dalam peperangan Ahzab atau juga dikenali peperangan Khandak / Parit. Diriwayatkan tentera2 Islam yang berkubu di dalam kota madinah telah membina parit disekeliling madinah untuk mengelak dari kehadiran tentera2 kafir musyrikin Quraisy dari memasuki dan menyerang Madinah. Idea membina parit dijelmakan oleh Salman Al-Farisi. Akibatnya tentera musyrikin tidak dapat memasuki Madinah dan diakhirnya Allah telah menurunkan ribut kencang memusnahkan mereka. Hasil dari kemenangan itulah tentera Islam melaungkan takbir yang selama ni kita sama-sama laungkan ketika menyambut Aidilfitri dan Aidiladha. Makna Di Sebalik Lafaz Takbir : • • • • • • •



• •

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Tidak ada tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar, Allah Masa Besar dan bagi Allah segala puji-pujian. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar sebesar-besarnya, Alhamdulillah (segala puji bagi Allah) sebanyak-banyaknya, Maha Suci Allah pagi dan petang. Tiada tuhan melainkan Allah, kami tidak men yembah kecuali kepada-Nya, dengan ikhlas untuk agama (Islam), walaupun dibenci oleh golongan kafir.” Tiada tuhan melainkan Allah yang Esa yang benar janji-Nya, yang menolong hamba-Nya, yang memuliakan tentera-tentera-Nya (tentera Muslimin) dengan mengalahkan tentera Ahzab dengan keesaan-Nya.” Tiada tuhan melainkan Allah yang Maha Besar, Allah yang Maha Besar dan milik Allah-lah segala puji-pujian.

Sama-samalah kita hayati makna di atas. Ingatlah kemenangan yang kita war-warkan ketika menyambut Aidilfitri ni terlalu kecil nak dibanding dengan apa yang para sahabat dahulu perbuat. Kalau yang dahulu bertakbir, bertahmid kerana meraikan kemenagan Islam, hari ni tanya diri kita di mana kedudukan Islam.

"Ambillah zakat dari sebagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan mensucikan mensucikan mereka dan mendoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." At Taubah : 103

Related Documents