Minda Jumaat - 18 Dzulkaedah

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Minda Jumaat - 18 Dzulkaedah as PDF for free.

More details

  • Words: 1,725
  • Pages: 2
18 Dzulkaedah 1430H

Terbitan Masjid As Salam

http://assalambs.blogspot.com

Perjalanan Mencari Haji Mabrur Dari sekalian banyak ibadah, haji adalah puncak ibadah ritual yang sangat dicitacitakan oleh setiap umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah sebagai saat pertemuan sejati kaum Muslimin untuk memenuhi panggilan Allah SWT dan merupakan kebahagiaan yang tidak terkira nilainya. Justeru pahalanya yang sangat besar, orangorang yang mengerjakan haji akan dianggap oleh Allah sebagai tetamu-Nya. “Orang yang beribadah haji dan umrah adalah tetamu Allah. Dan adalah hak Allah untuk memuliakan para tamu-Nya serta mengurniakan mereka keampunan.” HR Ibnu Juraij. Kebahagiaan itu akan lahir ketika mereka menginjakkan kaki ke tanah suci dari memasuki Kaabah di Masjidilharam sambil mengucapkan, “Labbaik Allahumma Labbaik.” (Ya Allah aku datang memenuhi panggilan-Mu). Sungguh indah pernyataan fitrah hamba kepada pencipta-Nya. “Demikianlah (ajaran Allah) dan sesiapa yang menghormati syiar-syiar agama Allah, maka (dialah orang yang bertakwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat takwa hati orang mukmin.” Al-Hajj : 32 Kaabah yang dikunjungi mengandung pelajaran yang amat berharga dari segi kemanusiaan. Di sana misalnya ada Hijr Ismail yang erti harfiahnya “pangkuan Ismail”. Di sanalah Ismail, putra Ibrahim, pembangun Kaabah ini, pernah berada dalam pangkuan ibunya yang bernama Hajar, seorang wanita yang miskin yang konon kuburannya pun berada di tempat itu. Namun demikian, wanita ini ditempatkan Tuhan di sana (atau panggilannya diabadikan Tuhan) untuk menjadi pelajaran bahawa Allah memberi kedudukan untuk seseorang bukan kerana keturunan atau status sosialnya, tetapi kerana hubungannya yang sangat dekat kepada Allah dan usahanya untuk hajar (berhijrah) dari kejahatan menuju kebaikan. Ibadah haji adalah merupakan sumbangan Islam yang paling positif untuk melahirkan manusia-manusia yang ideal, bersatu hati dan bersatu amal, yang sering dicita-citakan oleh para ahli falsafah sejak dari zaman Plato, Al-Farabi, sampai ke zaman kita ini. Kaum Muslimin yang bermacammacam potongan dan kulitnya (putih, hitam, merah, kuning), bahasanya yang berlainan, lagak lakunya yang berbeda-beda, sekarang berkumpul di tanah suci yang satu. Hilang segala perbezaan dan hapuslah segala keasingan, dan semuanya berkenalan dan bersaudara, bagaikan mereka dari keluarga yang satu, bahkan lebih dari itu, bagaikan

tubuh yang satu, yang sama merasakan sakit dan senang, susah dan gembira. Keyakinan tentang kemanusiaan yang bersifat universal, tiada perbezaan dalam kemanusiaan seseorang dengan yang lain, betapa pun terdapat perbedaan antara mereka dalam hal-hal lain. Tidak pula kurang pentingnya, ibadah haji mengembalikan kenangan kepada masa hampir 50 abad (5,000 tahun) yang lampau, iaitu Nabi Ibrahim a.s , bapa segala nabi. Bukankah dia yang telah menghabiskan segenap umurnya untuk mengabdi kepada Tuhan, berpindah-pindah mengembara dari Mesopotamia, sampai Palestin terus ke Mesir, dan dengan berpusat di tanah suci Mekah, dia meninggalkan bekas-bekas yang tetap bersejarah sampai sekarang. Tiada yang diinginkan oleh mereka yang mengerjakan haji di Mekah melainkan keinginan yang amat tinggi untuk memperoleh haji yang mabrur. Dari segi bahasa, mabrur mempunyai dua makna. Pertama, bererti baik, suci dan bersih. Kedua, bererti diterima dan mendapat keredaan Allah. Dengan demikian, haji mabrur adalah haji yang baik dan membawa kebaikan kepada orang yang melakukannya. Menurut pendapat ulama, haji mabrur yang tidak bercampur dengan perbuatan dosa-dosa kecil, mahupun dosa besar. Orang yang memperoleh haji mabrur akan semakin kuat imannya serta semakin meningkat amal ibadatnya. Daripada Abu Huirairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Dari umrah ke umrah adalah penghapus dosa antara keduanya. Dan haji mabrur ada balasannya iaitu syurga.” HR Bukhari dan Muslim. Keunikan ibadah haji kerana ia mencakupi seluruh dimensi ibadah itu yang memerlukan pengorbanan yang tinggi dari segi fizikal, harta dan jiwa. Justeru tidak mudah untuk mendapatkan haji mabrur, sebagaimana yang dikatakan oleh Umar bin al-Khattab sekitar 1,400 tahun yang lampau iaitu pelancongan yang banyak sedangkan yang melakukan haji hanya sedikit. Maknanya secara kuantiti, banyak orang yang mengerjakan haji tetapi secara kualiti sedikit saja yang benar-benar melakukan manasik (ibadat) haji dan memahami setiap amal ibadah haji sehingga memperoleh haji mabrur. Dalam konteks haji, dikatakan ibadat haji yang lengkap memerlukan mujahadah iaitu satu usaha yang sungguh-sungguh untuk mencapai musyahadah kesedaran barulah dapat disebut haji mabrur. Kesedaran ini akan melahirkan al-mahadah cinta satu persiapan untuk berkorban apa sahaja kerana Allah. Ringkasnya ibadah yang telah sampai pada peringkat musyahadah adalah ibadah yang telah melahirkan kesedaran mengubah dan membentuk perilakunya kepada

sikap yang sesuai dan nilai moral dan spirituail daripada ibadah itu. Dalam ibadah haji, yang menjadi ukuran mabrur atau tidak baik haji kita itu adalah seberapa banyak amal ibadat haji yang telah dilakukan itu melahirkan kesedaran moral dan spirituail yang boleh melahirkan semangat untuk melaksanakan kebaikan dan kebajikan. Dengan kata lain, seberapa jauh ibadah haji mendorong terjadinya perubahan pada diri kita, sehinggalah dapat mengubah daripada sikap negatif kepada sikap positif dan dari sikap tertutup kepada sikap keterbukaan. Haji mabrur ditandai dengan bekasnya iaitu makna simbol-simbol amalan yang dilaksanakan di tanah suci, sehingga makna-makna tersebut wujud dalam bentuk sikap dan tingkah laku setiap hari. Pakaian biasa ditanggalkan dan pakaian ihram dikenakan. Pakaian dapat melahirkan perbedaan, menggambarkan status sosial, di samping juga dapat menimbulkan pengaruh psikologi. Menanggalkan pakaian biasa bererti menanggalkan segala macam perbedaan dan menghapuskan keangkuhan yang ditimbulkan oleh status sosial itu. Mengenakan pakaian ihram melambangkan persamaan darjat kemanusiaan serta menimbulkan pengaruh psikologi bahawa yang dalam keadaan demikianlah seseorang akan menghadap Tuhan pada saat kematiannya. Bukankah ibadah haji adalah kehadiran memenuhi panggilan Tuhan? Apakah sekembalinya dari tanah suci, masih ada keangkuhan di dalam jiwa? Masih terasa adanya perbedaan darjat kemanusiaan? Masih ingin hipokrit menindas orang lain? Masih mahu berpurapura alim tetapi hakikatnya jahil. Kalau masih ada maka kita masih mengenakan pakaian biasa dan belum menanggalkannya. Seseorang yang pulang dari menunaikan haji, bukan sahaja merasakan dirinya kembali ke fitrah kesucian tetapi juga tumbuh dalam dirinya perasaan menjadi sebahagian daripada satu masyarakat dunia bernama bangsa Muslim. Suatu bangsa yang merapatkan barisan atas landasan tauhid yang menyatukan raja dan rakyat jelata, ulama dan kaum dhuafa, jeneral dengan rakyat jajahan. Landasan tauhid juga menjadikan mereka bersaudara di antara orang Arab dan orang Melayu, perantau Cina dan mualaf Eropah, hamba Afrika dan pedagang India. Muncul di dada setiap haji bahawa dirinya sebahagian daripada satu kekuatan yang besar. Sesungguhnya haji yang telah menjadikan globalisasi antara Mekah, Mina, Arafah serta Madinah.

Dosa Jual Beli Hari Jumaat? Solat Jumaat adalah wajib hanya ke atas lelaki baligh dan bukan wanita. Justeru setiap urusniaga di antara wanita dengan wanita selepas azan pertama atau kedua dikumandangkan pada hari Jumaat adalah sah dan harus. Justeru, ia tidak termasuk di dalam perbincangan para ulama dan bukan pula fokus artikel ini. Ia adalah satu keharusan yang disepakati oleh keempatempat mazhab terbesar dalam Fiqh Islam. Demikian juga halnya bagi mereka yang tidak wajib solat Jumaat kerana sebab lain seperti sakit, musafir Dan sebagainya. Perbincangan hukum hanya berkisar kepada para lelaki, sama ada peniaga lelaki, pembeli lelaki atau kedua-duanya sekali yang sihat, baligh dan tidak bermusafir. Asas hukum adalah dari surah al-Jumaat ayat 9 yang maksud-Nya: “Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan sembahyang pada hari Jumat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.” Walaupun telah ijma' di kalangan ulama akan pengharaman jual beli berdasarkan ayat di atas, mereka berbeza ijtihad dalam menentukan pengharaman itu jatuh selepas azan pertama atau kedua. Perlu difahami bahawa azan Jumaat di zaman Nabi s.a.w, Abu Bakar as-Siddiq r.a dan Umar r.a hanyalah sekali sahaja, iaitu di ketika khatib (imam) naik ke atas mimbar untuk memulakan khutbah. Di zaman pemerintahan khalifah Uthman r.a, bilangan umat Islam bertambah lalu diperkenalkan azan kedua dan seterusnya ketiga (berfungsi sebagai iqamah). Namun, hasil daripada kewujudan lebih dari satu azan selepas zaman Uthman, para ulama sekali lagi perlu berijtihad dalam menentukan azan manakah yang mesti tiada lagi jual beli selepasnya. Mazhab Maliki dan Hanbali jelas dan tegas bahawa pengharaman adalah selepas azan kedua iaitu di ketika khatib sudah naik ke atas mimbar, ia juga bertepatan dengan suasana di ketika turunnya ayat Al-Quran, para masa hayat baginda Nabi SAW. Imam At-Tohawi Al-Hanafi menegaskan : Azan yang terpakai (dalam hal ini) adalah yang ketika keluar imam di atas mimbar, maka itulah yang asal sebagaimana Jumaat di zaman baginda Nabi SAW (Mukhtasar at-Tohawi, hlm 24)

berbilang pandangan dengan majoriti di antara mereka berijtihad azan kedua adalah ‘pasti haram', cuma terdapat sebahagian besar mereka yang juga berpendapat pengharaman bermula sejak dari azan pertama (azan masuk waktu) lagi atau selepas tergelincirnya matahari pada hari tersebut. Ini bermakna, mazhab Hanafi lebih tegas dalam hal ini dan disepakati oleh keempat-empat mazhab, berjual beli selepas azan kedua adalah haram. Imam Ibn Kathir Al-Syafie menyebut : Para ulama bersepakat berkenaan pengharaman jualbeli selepas azan kedua ( Tafsir Ibn Kathir, 4/367) walaupun berjualbeli di waktu itu adalah haram yang bererti berdosa atas si penjual dan pembeli, namun adakah aqad jual beli mereka terbatal? Jika kesalahan ini dilakukan, dosa yang ditanggung adalah satu peringkat, manakala sah batal transaksi itu pula adalah satu peringkat yang lain. Jika aqad tidak sah, beerti pemilikan harga yang diperolehi oleh penjual adalah batal dan demikian juga pemilikan pembeli ke atas barangan beliannya. Jika itu berlaku, bererti keduadua mereka menggunakan harta milik orang lain dan berterusan keadaan itu sehingga akhir hayat mereka dalam keadaan penuh syubhat dan bermasalah. Dalam hal ini, para ulama tidak sepakat dalam menanggapi kesahihan atau terbatalnya aqad. Para Ulama terbahagi kepada dua kumpulan : Pertama : Aqad adalah sah dan hanya dosa ditanggung oleh penjual dan pembeli. Ia adalah ijtihad dari mazhab Hanafi, Syafie dan sebahagian Maliki. Kedua : Aqad batal dan berdosa ; Ia adalah pendapat mazhab Hanbali dan majoriti Maliki. Namun, berdasarkan penelitian, pendapat pertama adalah lebih kukuh, khususnya adalah rukun dan syarat jual beli telah semuanya dipenuhi, kecuali ia melanggar waktu jualan yang diharamkan sahaja, atas kesalahan itu dosa sahaja ditanggung tanpa pembatalan aqad. Apapun, amat perlu umat Islam di Malaysia dan dimana sahaja untuk lebih berhati-hati dalam hal ini. Justeru, amat digalakkan agar dapat dinasihatkan kepada para peniaga dan semua warga Muslim yang wajib ke atas solat Jumaat untuk menghindari kesalahan ini. Kita bimbang, akibat kejahilan, ramai yang melanggarnya secara berulang kali. UST ZAHARUDDIN.

Namun demikian, ulama mazhab Hanafi kelihatan mempunyai “Sesungguhnya rumah ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadah kepada Tuhan-Nya) ialah Baitullah yang di Mekah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia. Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliannya; di antaranya ialah) makam Nabi Ibrahim. Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk. (Surah Al-Imran ayat 96-97)

Related Documents