Minda Jumaat - 11 Dzulkaedah

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Minda Jumaat - 11 Dzulkaedah as PDF for free.

More details

  • Words: 1,683
  • Pages: 3
11 Dzulkaedah 1430H

Motivasi dan Keunikan Ibadah Haji Ibadah Haji adalah ibadah yang unik, di antara keunikan ibadah Haji adalah mendatangkan kebaikan yang bukan hanya pada orang-orang melaksanakan Haji tersebut tetapi dapat “memanjangkan” kebaikan kepada orang lain, sehingga dengan melaksanakan ibadah Haji dapat memberi motivasi kepada orang lain untuk melaksanakannya. Sering sekali kita mendengar orang yang memanjatkan doa di tempat-tempat yang mustajab agar hajatnya di ijabah oleh Allah SWT, bahkan Rasulullah SAW pun mengingatkan Umar bin Khattab ketika pergi untuk menunaikan umrah: “Jangan engkau lupakan kami dalam doa mu wahai Umar”. Seakan-akan dalam pelaksanaan ibadah Haji dan umrah ini ada daya tarik tersendiri dalam memotivasi orang untuk memperbaiki diri atau untuk menambah kebaikan. Lain halnya dengan ibadah solat sangat jarang sekali kita mendengar orang minta doakan kepada orang-orang yang akan pergi ke masjid ketika masuk waktu solat, saya tidak mengatakan bahawa ibadah solat, puasa, dan lain-lain tidak ada daya tarik orang untuk berbuat baik, akan tetapi di sinilah letak salah satu keunikan ibadah Haji dan umrah, bila dibandingkan dengan ibadah lainnya. Paling tidak dengan pemergian seseorang melaksanakan Haji, ada bibit kebaikan yang terlontar pada orang lain, dan suatu ketika akan tumbuh dan berkembang menjadi kebaikan. Dengan kata lain pemergian seorang bakal Haji sudah pasti meninggalkan pesan moral bagi orang lain untuk memperbaiki diri walaupun sekadar angan-angan “aku ingin seperti dia”. Atau niat untuk mengikutinya itu sudah bernilai ibadah, kerana niat yang baik sahaja sudah mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT. Keunikan lain yang tidak kurang pentingnya adalah doa restu daripada ramai orang, sama ada daripada keluarga, jiran tetangga, dan sebagainya di mana ianya melibatkan ramai orang di dalam proses pelaksanaannya. Sudah menjadi amalan biasa di negara kita, ketika hampirnya hari-hari pemergian bakal Haji, Walimatussafar” (kenduri musafir) pun diadakan, jamuan makan, cenderamata, bahkan air matapun mengalir hanya untuk pemergian seseorang demi mencapai kesolehan peribadi. Bila tradisi seperti ini dilestarikan akan terjalinlah silaturrahim yang erat, keprihatinan sosial saling

menghargai yang pada gilirannya ibadah Haji bukan saja membentuk kesolehan peribadi, tapi juga akan melahirkan kesolehan sosial. Doa-doa restu yang mengalir daripada berbagai pihak tadi, tidak hanya sekadar memohon keselamatan pergi dan pulang tetapi dia sekaligus merupakan sokongan moral bagi bakal Haji untuk mengubah keperibadiannya, dan nasibnya menjadi baik atau lebih baik kerana untuk mengubah keperibadian dan nasib bukan suatu perkara yang mudah, tidak ada universiti di dunia ini yang dapat mengubah keperibadian atau nasib seseorang dalam waktu secara relatifnya singkat. Dalam perkara ini merupakan jelas keunikan ibadah Haji yang mana dalam waktu yang singkat lebih kurang 5 hari bermula daripada 08 Zulhijjah sehingga 13 Zulhijjah, seorang Haji akan berubah total keperibadiannya menjadi lebih baik, tentunya ini semua tidak terlepas daripada memelihara syarat, rukun, dan wajib Haji itu sendiri. Barangkali inilah yang dimaksud oleh sabda Rasulullah SAW : “Barangsiapa yang berHaji ke Baitullah tidak berbuat rafas (perkataan kotor) dan fasik, maka dia akan keluar daripada dosa-dosanya seperti hari dia dilahirkan dari kandungan ibunya.” HR. Bukhari. Keluar daripada dosa yang dimaksudkan di dalam hadis ini meliputi seluruh dosa baik kecil maupun dosa-dosa besar. Keterangan hadis di atas diperkuat oleh hadis yang diriwayatkan dari Ibnu Umar, bahawa Rasulullah SAW. bersabda: “Dosa manusia yang paling besar ialah dosa seseorang yang berada di Arafah dan dia menduga bahawa Allah tidak akan mengampunkan dosanya.” Bukan saja sekadar mengubah keperibadiannya, tapi juga dapat mengubah nasib hidupnya, kerana hakikat yang kita lihat seseorang yang pulang dari Haji tidak akan melarat, malah apa yang telah dibelanjakan untuk perbelanjaan mengerjakan Haji diganti oleh Allah SWT. Sebagaimana di dalam firman-Nya : “Apa saja yang kamu infaqkan (untuk jalan Allah), Dia akan menggantinya dan Dialah yang sebaik-baik pemberi rezeki.”as-Saba : 39. Senada dengan ayat di atas, Sabda Rasulullah SAW. : “Iringilah antara Haji dengan umrah, sesungguhnya keduanya dapat menolak kefakiran dan dosa-dosa sebagaimana besi peniup api tukang besi menghilangkan karat-karat besi, emas dan perak, dan tidak ada balasan Haji mabrur melainkan syurga.” HR. Tirmizi.

Perubahan keperibadian dan jaminan Rasulullah SAW. terhindar daripada kesusahan dan kefakiran merupakan keunikan yang hanya pada ibadah Haji saja, kalaupun ada yang tidak berubah keperibadian dan nasibnya setelah pulang daripada mengerjakan Haji itu hanya merupakan kes-kes terpencil sahaja. Masih dalam keunikan ibadah Haji, iaitu perkataan mabrur yang hanya ada pada ibadah Haji, tidak pernah didengar bahawa ada solat mabrur, puasa mabrur, atau zakat mabrurah. Ini bererti kebaikan yang ada pada Haji adalah kebaikan yang merata, sesuai erti dari mabrur itu sendiri diambil daripada perkataan “Birrun” iaitu baik, perkataan yang sama digunakan untuk daratan yang luas iaitu “Barrun” demikian juga untuk jenis makanan pokok yang banyak manfaatnya iaitu gandum, dalam Bahasa Arab disebut “Burrun”. Maka kata “Mabrur” bererti kebaikan yang merata dan luas, bila dihubungkan dengan “Haji Mabrur” bererti kebaikan yang ada pada Haji adalah kebaikan yang menyeluruh dan merata manfaatnya yang dapat dirasakan oleh semua orang baik yang terlibat langsung melaksanakan ibadah Haji ataupun yang tidak mengerjakan Haji bahkan orang-orang kafir sekalipun ikut merasakan manfaat dari ibadah yang unik ini, agaknya inilah yang dimaksud oleh Allah di dalam firman-Nya: “Supaya mereka mempersaksikan berbagai manfaat bagi mereka.” al-Hajj : 28. Akhirnya, bila ditelusuri rahsia dan keunikan ibadah Haji ini tidak ada habis-habisnya, semakin diselami semakin banyak manfaat yang didapati, amat bertepatan Allah SWT memerintahkan sebelum pergi Haji lebih dahulu mempersiapkan bekal dan sebaik-baik bekal adalah yang dibawa ke sana adalah Taqwa. Kerana hanya orang yang bertaqwalah yang dapat merasakan manfaat daripada seluruh amal ibadahnya, dan Allah SWT. hanya menerima amal orang-orang yang bertaqwa dan yang terakhir ini juga termasuk keunikan ibadah Haji, kerana ibadah-ibadah yang lain seperti solat dan puasa melahirkan taqwa tetapi ibadah Haji datang membawa taqwa, pulang membumikan taqwa. Jadi ibadah Haji tidak seperti mesin basuh, masuk pakaian kotor keluar pakaian bersih, tapi ibadah Haji ibarat universiti yang mengijazahkan para sarjananya yang

Terbitan M asjid A

sudah menyempurnakan Taqwa”nya.

“tesis

Hudaibiyah : Meyakini Janji Allah Dalam kitab Hayatus Shahabat karangan Syaikh Yusuf Kandahlawi, diceritakan bahwa setelah perjanjian Hudaibiyah antara kaum Muslim dengan pihak kafir Quraisy Makkah disetujui, sahabat Umar ibn Khaththab merasa keberatan. Menurutnya, butir-butir perjanjian Hudaibiyah tersebut sangat merugikan pihak kaum Muslim. Umar ibn Khaththab dengan perasaan sedih mendatangi Rasulullah SAW, dan berkata: "Bukankah engkau utusan Allah?" Nabi SAW menjawab, "Benar". Umar bertanya lagi, "Bukankah kita berada di pihak yang benar sedangkan pihak musuh kita berada di pihak yang salah?" Nabi SAW menjawab, "Benar". Umar melanjutkan pertanyaannya lagi, "Lalu, mengapa engkau memberikan kehinaan pada agama kita?" Mendengar kata-kata tersebut, Nabi SAW bersabda, "Sesungguhnya aku adalah Rasulullah. Aku tidak akan melanggar (aturan/perintah) Allah, kerana Allah adalah pelindungku". Umar bertanya lagi, "Bukankah engkau telah mengatakan bahwa aku akan melakukan tawaf pada tahun ini?" Nabi SAW menjawab, "Tidak". Kemudian Rasulullah SAW melanjutkan katakatanya, "Umar, engkau pasti akan sampai juga di Kaabah dan melakukan tawaf". Karena belum puas, Umar ibn Khaththab lalu menemui Abu Bakar dan berkata, "Abu Bakar, bukankah Nabi kita itu benar?" Abu Bakar menjawab, "Tentu saja". Umar bertanya lagi, "Bukankah agama kita benar?" Abu Bakar menjawab, "Ya, Benar". Umar melanjutkan lagi, "Jika demikian, mengapa beliau memberikan noda pada agama kita?" Mendengar hal itu, Abu Bakar menjawab dengan tegas, "Wahai manusia, sesungguhnya beliau adalah Rasulullah, tidak akan melanggar

"Dan (ingatlah), ketika Ibrahim meninggikan (membina) dasardasar Baitullah bersama Ismail (seraya berdoa): "Ya Tuhan kami terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui". Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) diantara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadat haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha penyayang..." Al Baqarah : 127~128

perintah-Nya sedikitpun. Allah adalah pelindungnya. Kerana itu, taatilah perintahnya. Sesungguhnya beliau berada di atas kebenaran". Lalu, Umar bertanya lagi, "Bukankah beliau memberikan janji kepada kita untuk melakukan tawaf?" Abu Bakar balik bertanya, "Apakah beliau berjanji melakukannya pada tahun ini?" Umar menjawab, "Tidak". Abu Bakar berkata lagi, "Engkau akan sampai juga ke kota Makkah dan akan melakukan tawaf di sekeliling Kakbah". Sepulangnya kaum Muslim dari Hudaibiyah, Rasulullah SAW menerima wahyu yang artinya; "Sesungguhnya Allah akan membuktikan kepada rasul-Nya tentang kebenaran mimpinya dengan sebenarnya (yaitu) bahwa sesungguhnya kamu pasti akan memasuki Masjidil Haram, insya Allah, dalam keadaan aman, dengan mencukur rambut kepala dan mengguntingnya, sedangkan kamu tidak merasa takut. Allah mengetahui apa yang tidak kamu ketahui dan Dia memberikan sebelum itu kemenangan yang dekat." (al-Fath: 27). Belum genap setahun perjanjian Hudaibiyah, kaum Muslimin telah menaklukkan Makkah dengan aman. Sehingga bisa berhaji dan umrah dengan aman pula. Nah, apakah kita kaum Muslimin masih sanksi atau ragu terhadap janji Allah yang akan memenangkan Islam dan kaum Mukmin atas seluruh agama, sistem, maupun ideology kufur lainnya buatan manusia (al-Fath; 28). Sebagaimana Allah memenangkan pasukan Islam pimpinan Muhammad al Fatih, menaklukkan Konstantinopel/Istanbul 700 tahun Ihram setelah Rasulullah mengatakannya. Sekarang,tinggal bagaimana konsistensi kita Perkataan ihram berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud dalam dakwah. janji menjadikan ia haram. Pastilah Iaitu apabila seseorang memulakan takbiratul Allah benar belaka. dengan rela hati mengharamkan apa-apa ihram maka ia seolah-olahnya yang sebelum takbiratul ihram itu halal. Ihram dalam Haji ataupun Umrah boleh didefinisikan sebagai suatu bentuk perkara yang menyebabkan penunai ibadah Haji dan Umrah adalah dilarang melakukan beberapa perbuatan kerana mereka diikat oleh Hukum yang tidak membolehkan mereka melakukannya ketika Haji dan Umrah sedang dilaksanakan. Pakaian ihram bagi lelaki ialah dua helai kain lepas, iaitu tidak dijahit dan tidak pula dijalin (tidak dicantum). Sehelai dipakai sebelah bawah untuk menutup aurat, iaitu antara pusat dan lutut dan sehelai lagi dibuat selendang. Kain ini disunatkan berwarna putih. Pakaian ihram untuk perempuan pula hendaklah menutup semua anggota badannya kecuali muka dan tapak tangan yang hendaklah terbuka seperti dalam sembahyang. Lelaki adalah dilarang memakai kasut ataupun sepatu yang boleh menutup badan jari-jari kaki dan tumit belakang ketika mereka dalam berihram. Sejarah pakaian ihram dikatakan bermula sejak zaman Nabi Ibrahim lagi, hal ini dapat dilihat dari segi etika pemakaian kaum Zaman Mesopotamia Purba. Namun ia lebih didorong dengan etika pemakaian masyarakat Timur Tengah dari Kalangan bangsa Arab dan Yahudi khususnya. Lantaran dari itu syariat pemakaiaan Ihram hanyalah tertumpu ketika menunaikan ibadah Haji ataupun Umrah sahaja sepertimana yang telah dikhabarkan oleh Nabi Muhammad SAW. Memakai pakaian ihram dengan betul, bersih, suci dapat mendekatkan seseorang hamba itu kepada Tuhannya selain menghilangkan rasa bongkak dan takabbur.

Related Documents