1. PENGENALAN 1·1 Kejohanan ini merupakan sebuah pertandingan liga bolasepak untuk golongan remaja bawah 15 tahun. 1.2 Pertandingan ini dinamakan sebagai LIGA REMAJA KRT ZON SENTOSA. 1.3 Pertandingan ini adalah di bawah penganjuran dan pengelolaan bersama KRT Zon Sentosa, Taman Nusa Damai, Pasir Gudang, Johor dan Adi Sports Management and Marketing 1.4 Kejohanan ini akan diadakan pada bulan 5 Disember hingga 28 Disember 2009 2.OBJEKTIF KEJOHANAN 2.1 Memberi peluang kepada remaja untuk mengembangkan kemahiran sukan bola sepak ke peringkat yang lebih tinggi. 2·2 Membentuk golongan remaja dan generasi muda yang sihat, berdisiplin dan bersatu padu 2.3 Memberi pendedahan kepada remaja untuk menunjukkan bakat masing-masing kepada pihak-pihak yang bertanggung jawab dalam memajukan bola sepak Negara 2.4 Sebagai salah satu aktiviti riadah dan berekreasi untuk setiap hujung minggu 2.5 Membangun dan meningkatkan pengetahuan dan amalan sukan bagi kepentingan sosial seorang individu 2.6 Menyahut seruan kerajaan membangunkan mutu bolasepak negara. 7.Untuk mengelakkan remaja dari melakukan aktiviti-aktiviti yang kurang sihat
3.0 ORGANISASI PERTANDINGAN Jawatankuasa Pertandingan 3.1 Pengarah Pertandingan-Azhman Ahmad dan En Azlizam b Tubari 3.2 Pengerusi Tatatertib Pertandingan-Abd Halim Osman 3.3 Pengerusi Teknikal Pertandingan-Nik Mansor b Nik Mustafa
ligaremajasentosa.blogspot.com
Page 1
4.0 TEMPAT PERTANDINGAN Semua perlawanan akan dijalankan di padang Taman Nusa Damai
5.0 PENYERTAAN 5.1 Penyertaan hanyalah terbuka kepada akademi dan kelab bola sepak remaja seluruh Pasir Gudang 5.2 Yuran penyertaan adalah sebanyak RM450 5.2Pasukan-pasukan yang menyertai pertandingan secara automatis mematuhi perkara-perkara berikut :5.2.1 Mematuhi undang-undang permainan dan peraturan badan yang mengelola. 5.2.2 Menerima keputusan pentadbiran, disiplin dan kepengadilan berkaitan fakta perlawanan, pegawai-pegawai Pertandingan yang dilantik oleh KRT Sentosa 5.2.3 Menegakkan ‘FAIR PLAY’. 5.2.4 Semua pegawai / pemain membenarkan gambar yang berkaitan pertandingan ini diterbitkan dalam media massa atau elektronik 5.2.5 Pegawai dan pemain dilarang sama sekali membuat kenyataan luar mengenai pengurusan dan pengelolaan pertandingan ini termasuklah keputusan- keputusan fakta oleh Pengadil kecuali dengan kebenaran penganjur 5.2.6 Sebarang perselisihan atau rungutan hendaklah dikemukakan kepada Setiausaha Pengelola atau Pengarah Pertandingan.
6.0 KELAYAKAN PEMAIN 6.1 Pendaftaran pemain hanya untuk warganegara Malaysia sahaja. 6.2 Hanya pemain yang dilahirkan pada tahun 1994 dan selepasnya. 6.3 Pemain adalah pendaftar sesebuah akademi dan kelab bola sepak 6.4
Semua pasukan pengenalan
hendaklah
ligaremajasentosa.blogspot.com
mengemukakan
dua
(2)
salinan
kad
Page 2
7.0 PENDAFTARAN PEMAIN DAN PEGAWAI 7.1 Setiap pasukan dibenarkan mendaftar 18 orang pemain, seorang pegawai di dalam senarai Pendaftar Asal dan seorang Pengurus/Jurulatih 7.4 Setiap pasukan hendaklah menghantar senarai Pendaftaran Asal pada atau sebelum 28 hb November 2009 keurusetia penganjur. Senarai pendaftaran hendaklah mengandungi senarai-senarai berikut :7.4.1 Nama penuh pemain, seorang pegawai dan Pengurus/Jurulatih 7.4.2 Nombor kad pengenalan dan umur. 7.4.3 .Salinan kad pengenalan atau dokumen yang berkaitan. 7.4.4 Pengesahan/kebenaran ibu bapa atau penjaga 7.6 Pasukan tidak dibenarkan membuat pendaftaran dan pembatalan pemain selepas tarikh tutup pendaftaran (28 hb November 2009). 7.7 Setelah senarai Pendaftar Pertandingan yang mengandungi 18 orang pemain disahkan semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan, pendaftaran baru hanya dibenarkan untuk penjaga gol sahaja di atas sebab-sebab kecederaan.
8.0 WARNA DAN NOMBOR JERSI 8.1 Semua pasukan wajib mengistiharkan warna jersi yang dipakai semasa menjadi tuan rumah. Pasukan tuan rumah adalah nama pasukan yang pertama atau dahulu di dalam jadual pertandingan. Jersi ini wajib dipakai semasa pasukan bermain sebagai pasukan tuan rumah. 8.2 Jika berlaku persamaan warna jersi kerana kesalahan pasukan tuan rumah atau pelawat maka pasukan tuan rumah atau pelawat wajib menukar warna jersi tersebut. Jika tiada penyelesaian, Pegawai Pertandingan akan membuat keputusan mengenai warna jersi tersebut dan keputusan adalah muktamad. 8.3 Pasukan Pelawat iaitu pasukan yang disebut namanya kedua di dalam jadual pertandingan hendaklah membawa satu set jersi simpanan di dalam setiap perlawanan. 8.4 Pemain wajib memakai nombor jersi yang didaftarkan sahaja. Jersi penjaga gol mestilah mempunyai warna yang berlainan daripada pemain-pemain lain. Pemain-pemain yang didapati memakai nombor
ligaremajasentosa.blogspot.com
Page 3
jersi lain tatatertib.
daripada
yang
didaftarkan
akan
dikenakan
tindakan
8.5 Pasukan yang menyertai pertandingan ini boleh menggunakan nama penaja pada jersi 9.0 UNDANG-UNDANG PERMAINAN 9.1 Undang-undang permainan hendaklah mengikut undang-undang terkini yang berkuatkuasa, sebagaimana yang telah diputuskan oleh Lembaga Persatuan Bolasepak Antarabangsa dan diterbitkan oleh FIFA.
10.0 FORMAT DAN JADUAL PERTANDINGAN 10.1
Pihak penganjur hanya menetapkan 5 pasukan sahaja dalam pertandingan ini.Jika lebih penganjur akan membuka kumpulan yang kedua dimana ia juga memerlukan penyertaan pasukan yang terhad iaitu tidak melebihi 5 pasukan
10.2
Format pertandingan ini adalah secara liga dimana menetukan kedudukan tangga setiap pasukan
10.3 Pasukan yang teratas adalah juara Liga Remaja Sentosa
11.0 BILANGAN PEMAIN YANG MENCUKUPI 11.1 Sekiranya kurang dari sepuluh (10) orang pemain dari salah satu pasukan turun ke padang apabila pengadil memerintahkan supaya perlawanan dimulakan pada waktu yang dijadualkan, maka pasukan yang mempunyai sepuluh (10)orang pemain atau lebih di padang hendaklah diberi kemenangan percuma dengan jaringan 2-0. Jika kedua-dua pasukan tidak dapat menurunkan sepuluh (10) orang pemain atau lebih apabila pengadil memerintahkan supaya perlawanan dimulakan pada waktu yang ditetapkan maka pengadil hendaklah melaporkan perkara tersebut kepada pihak penganjur untuk tindakan selanjutnya
12.0 PEMBERIAN MATA / PENENTUAN PASUKAN PEMENANG ATAU TERATAS 12.1 Tiga (3) mata akan diberikan bagi pasukan yang menang, satu (1) mata bagi seri dan tiada (0) mata bagi yang kalah. Sekiranya mana-mana pasukan gagal bermain sesuatu permainan, pasukan lawan akan diberi tiga mata dengan keputusan jaringan 3 gol kosong. Jika terdapat mana-mana pasukan menarik diri dari pertandingan tanpa sesuatu sebab atau digantung, maka keseluruhan mata dan jaringan gol yang diperolehi dan kena, tidak diambil kira.
ligaremajasentosa.blogspot.com
Page 4
12.2 Setelah selesai semua perlawanan liga, di mana dua pasukan atau lebih didapati memperolehi bilangan mata yang sama, maka penentuan pasukan pemenang atau teratas hendaklah mengikut susunan hirarki berikut:12.2.1 pasukan yang mendapat jumlah perbezaan gol yang terbanyak dikira menang, jika seri 12.2.2 pasukan yang mempunyai jumlah jaringan gol yang tertinggi dikira menang, jika seri 12.2.3 pasukan yang mempunyai jumlah kemenangan yang banyak dikira menang, jika seri 12.2.4 diputuskan oleh pihak penganjur dan keputusannya adalah muktamad.
13.0 TEMPOH MASA PERLAWANAN 13.1 Masa perlawanan ialah 30 minit X 2. Rehat pada separuh masa hendaklah tidak melebihi 10 minit kecuali dengan izin pengadil.
14.0 PENGGANTIAN PEMAIN 14.1 Tidak melebihi daripada 4 orang pemain ( tidak termasuk penjaga gol ) boleh digantikan di dalam satu-satu perlawanan termasuklah masa tambahan, daripada senarai pemain simpanan yang dikemukakan di dalam boring perlawanan sebelum sesuatu perlawanan. 14.2 Mana-mana pemain yang digantikan tidak boleh bermain semula. 15.0 TINDAKAN TATATERTIB 15.1 Peraturan Tataertib Penganjur akan dikuatkuasakan. 15.2 Dalam hubungan ini, tindakan-tindakan seperti berikut akan diambil secara otomatis:15.2.1
Seorang pemain yang menerima 2 kad kuning dalam perlawanan yang berasingan digantung otomatik untuk satu perlawanan selepas perlawanan dimana dia menerima kad kuning kedua..
15.2.2
Seorang pemain yang diperintah keluar padang kerana menerima dua kad kuning dalam perlawanan yang sama akan digantung otomatik untuk 1 perlawanan berikutnya.
ligaremajasentosa.blogspot.com
Page 5
15.2.3
Seorang pemain yang diperintah keluar padang kerana mendapat satu kad merah, akan digantung otomatik dua (2) perlawanan berikutnya. Jawatankuasa Tatatertib akan bermesyuarat dalam masa 24 jam untuk mengambil tindakan tatatertib seterusnya.
15.2.4 Pegawai atau pemain yang menyerang pengadil samaada dengan perbuatan atau niat atau melakukan kesalahan yang serius akan digantung terus daripada pertandingan dan dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib. 15.2.5
Jawatankuasa Tatatertib memandang serius jika berlaku sesuatu pergaduhan dimana tindakan tatatertib akan diambil terhadap mereka menimbulkan pergaduhan tersebut.
15.3 Lain-lain tindakan kesalahan mengikut sebagaimana yang diperuntukkan dalam Peraturan Tatatertib FAM.
16.0 JAWATANKUASA TATATERTIB / BANTAHAN 16.1 Jawatankuasa Tatatertib/Bantahan serta prosedur mesyuarat adalah seperti berikut: 16.1.1 Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib 16.1.2 Dua orang lain iaitu Pengarah Pertandingan dan Pengerusi Teknikal 16.2 Bantahan terhadap keputusan atau soal pemain yang tidak layak mestilah dibuat secara bertulis kepada Pengelola dan hendaklah diserahkan dalam masa tiga puluh (30) minit selepas tamatnya perlawanan berkenaan dengan disertai wang tunai RM 200.00 yang dikembalikan jika bantahan itu berjaya. 16.3 Bantahan tidak boleh dibuat terhadap keputusan mengenai perkaraperkara fakta yang dibuat oleh Pengadil di padang permainan. 16.4
Jawatankuasa Tatatertib/Bantahan berhak mendapatkan sebarang maklumat daripada mana-mana pihak yang berkaitan dengan perkara yang dibincangkan untuk membuat sesuatu keputusan.
16.5 Jawatankuasa Tatatertib/Bantahan akan bersidang dalam masa dua (2) jam setelah menerima laporan daripada Pengadil atau Pegawai Pertandingan dan membuat sesuatu keputusan jika tindakan tatetertib perlu diambil. 16.6 Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib/Bantahan adalah MUKTAMAD.
ligaremajasentosa.blogspot.com
Page 6
17.0 VENUE KOORDINATOR (VK) 17.1 Pihak penganjur akan melantik VK bagi semua perlawanan. Ia adalah wakil organisasi pertandingan dan bertanggungjawab ke atas semua pengurusan perlawanan tersebut serta dibantu bersama-sama pegawaipegawai perlawanan yang lain. 18.0 PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIHENTIKAN / MENARIK DIRI / MEMBERI KEMENANGAN PERCUMA 18.1 Sekiranya pengadil memutuskan perlawanan tidak boleh dimainkan atau ditangguh, maka perlawanan tersebut itu akan ditentukan tarikh penangguhannya oleh pihak penganjur 18.2 Sekiranya pengadil menghentikan perlawanan kerana sikap penonton, pegawai atau pemain satu pasukan yang tidak memuaskan, maka kemenangan akan diberi kepada pasukan yang satu lagi dengan tiga (3) mata dan jaringan gol 2 – 0 dan jaringan dalam perlawanan tersebut dibatalkan 18.3 Sekiranya pasukan menarik diri daripada perlawanan, pasukan tersebut akan dikenakan tindak seperti berikut:18.3.1 Jika pasukan tidak melaporkan diri untuk satu perlawanan kecuali sebab-sebabnya kemudian diterima oleh pihak penganjur atau jika pasukan tersebut enggan meneruskan permainan atau meninggalkan padang sebelum tamatnya perlawanan, maka pasukan yang engkar itu dianggap telah kalah dan kemenangan diberikan kepada lawannya dengan jaringan gol 2 – 0 atau lebih kiranya itulah jaringan gol pada saat meninggalkan padang. Pasukan tersebut boleh disekat daripada terus mengambil bahagian di dalam pertandingan ini. 18.4 Dalam apa jua keadaan sekali pun memberi kemenangan percuma tidak dibenarkan. Jika terdapat mana-mana pasukan yang memberi kemenangan percuma, tindakan yang sama seperti pada 18.3.1 akan dikenakan. 18.5 Mana-mana pasukan yang gagal menamatkan jadual perlawanannya dalam pertandingan tanpa mendapat persetujuan pihak penganjur, maka pasukan tersebut dikira terkeluar daripada pertandingan dan keputusan perlawanan-perlawanan yang terdahulu dikira batal 19.0 KESELAMATAN 19.1 Pihak penganjur akan menyediakan kawalan keselamatan jika terdapat perlawanan-perlawanan yang boleh mengancam keselamatan pemain 19.2 Pihak penganjur tidak bertanggungjawab di atas kehilangan peralatan, barang, wang tunai atau lain-lain peralatan kepunyaan pasukan semasa latihan dan perlawanan.
ligaremajasentosa.blogspot.com
Page 7
20.0
KELAKUAN PEGAWAI)
GANAS
/
KELAKUAN
TIDAK
TERTIB
(PEMAIN
DAN
20.1 Mana-mana pemain atau pegawai yang dilaporkan oleh Pegawai Pertandingan dan Pegawai Perlawanan kerana berkelakuan ganas atau tidak tertib akan dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib 21.0 FAIR PLAY 21.1 Pasukan digalakkan mengamalkan konsep Fair Play di dalam perlawanan di sepanjang kejohanan ini. 22.0 WAKTU BERMULA SESUATU PERLAWANAN 22.1 Waktu bermula sesuatu perlawanan seperti yang telah ditetapkan di dalam jadual pertandingan. 22.2 Pihak penganjur boleh menentukan tarikh dan masa yang telah difikirkan sesuai dan masa perlawanan ini adalah muktamad serta wajib dipatuhi oleh semua pasukan. 23.0 PERATURAN TEKNIKAL YANG TIDAK DIPERUNTUKAN 23.1 Segala hal yang berkaitan dengan peraturan-peraturan teknikal yang tidak diperuntukkan di bawah peraturan-peraturan ini atau soal perbezaan taksiran akan diputuskan oleh pihak penganjur dan keputusan ini adalah muktamad. 25.0 HADIAH 25.1 Pemenang setiap perlawanan akan menerima wang tunai RM50 dan jika seri kedua-dua pasukan akan menerima wang tunai RM25
25.2 Bagi pasukan Fairplay akan menerima saguhati sebanyak RM20 25.3 25.4 25.5
Juara akan menerima wang tunai ( akan ditentukan kemudian ), Piala Pusingan serta piala iringan setiap pemain Naib juara,ketiga dan keempat akan ditentukan kemudian Pihak penganjur juga akan memberi penghargaan kepada pemain terbaik sepanjang perlawanan
ligaremajasentosa.blogspot.com
Page 8
LIGA REMAJA KRT ZON SENTOSA 2009 Anjuran bersama ASMM
ligaremajasentosa.blogspot.com
Page 9