PRAKATA DARI EDITOR
HARDYWEB mini
E-
Bulan nih aku nak membebel pasal cara aku buat video clip menggunakan arahan ffmpeg. FFMPEG merupakan satu program yang digunakan untuk memanipulasi dan menukar format audio/video. Ia juga dapat membuat streaming.
ZINE
Bagaimana untuk upload satu file berbentuk mp3 seperti ceramah atau sajak ke youtube?
Mukataip : GENTIUM BOOK BASIC Penyunting Teks : Open Office 2.4 Penyunting Imej : THE GIMP
Dalam e-zine kali ini, aku akan tunjukkan cara bagaimana untuk membuat video clip dengan menggunakan ffmpeg, antara bahannya, sekeping file jpg dan sebuah file mp3.
Korang mungkin menukarkannya kebentuk avi atau mp4 dsb dengan menggunakan program video editor yang hebat dan mudah.
http://hardyw3b.wordpress.com
Bil 1/ Dis 2008
1
1. Dalam arahan ffmpeg yang ditunjukkan di bawah ini, kita akan gunakan parameter seperti berikut loop_input = arahan ini akan membuat loop ke atas gambar. Vframes = kita akan wujudkan frame video tersebut berdasarkan panjang masa mp3. Bagaimana cara untuk kira vframes berdasarkan panjang masa mp3? Korang boleh melihat masa suatu mp3 menggunakan perisian pemain mp3. Contoh: Satu file mp3 yang panjangnya 3 minit 2 saat untuk mendapatkan vframes, (3 minit x 60 + 2saat ) x 30 frame persecond. Vframes = 5460 ffmpeg -loop_input -vframes 5460 -i gambar.jpg -i sajak.mp3 -y -r 30 result.mp4
2. Cara lain buat video clip, sama juga dengan arahan di atas, cuma kali ini, kita ubah sedikit kerana gambar yang ingin dimasukkan dalam vframes melebihi dari satu. Katakan ada 20 keping gambar dan satu file mp3. Kita ingin encode gambar dan mp3 tadi ke bentuk video clip. Dalam arahan di bawah, -r = rate , satu keping gambar untuk satu frame per second (fps). loop_input, kita akan gunakan loop_input untuk mengulang ulang 20 keping gambar tadi. – %1d.jpg. Nama file kita 1.jpg, 2.jpg, 3.jpg dan seterusnya.. * jika nama file gambar seperti berikut DSC00001.jpg, DSC00002.jpg, kita akan letak arah seperti begini, DSC%5d.jpg . 5D = lima digit. – ffmpeg -r 1 -loop_input -vframes 5460 -i %1d.jpg -i jiwang.mp3 -y result.avi
2