083 - MENGUCAPKAN SALAM MENGUCAPKAN SALAM Hati mana yang tidak suka apabila berselisihan atau bertemu, empunya diri disapa dan didoakan dengan kebaikan? Sekalipun daripada individu yang tidak dikenali, sapaan salam dengan wajah manis pastinya mendamaikan jiwa, malah boleh menjadi pencetus untuk bermulanya satu ikatan persaudaraan. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: أول أدلكم على شيء إذا فعلتموه تحاببتم؟ أفشوا. ول تؤمنوا حتى تحابوا.ل تدخلون الجنة حتى تؤمنوا السلم بينكم Tidaklah kalian akan masuk syurga hingga kalian beriman, dan tidaklah kalian dikatakan beriman hingga kalian saling mencintai. Mahukah kalian aku tunjukkan kepada sesuatu yang jika kalian mengamalkannya niscaya kalian akan saling mencintai? yaitu sebarkan salam di antara kalian. [Sahih Muslim – no:54] Hari ini kita boleh nampak salam yang diberi wujud dalam pelbagai bentuk sebutan. ‘Assalamualaikum’, ‘semekom’, ‘slamekom’, ‘salam ‘alaik’ dan macam-macam ragam. Bagi yang ingin mencontohi tauladan ulung yang diutuskan Allah Subhana wa Ta’ala kepada kita tentu tertanya bagaimanakah petunjuk wahyu dalam mengucapkan salam. Di bawah saya cuba senaraikan mengikut kemampuan saya yang terhad. ASSALAMU’ALAIKA Ucapan salam dengan mengunakan kata ganti tunggal samada ‘ka’ (lelaki) atau ‘ki’ (perempuan) ketika individu yang diucapkan itu hanya berseorangan. Sandarannya terdapat dalam hadis daripada Jabir bin Muslim, beliau berkata: رأيت رجل يصدر الناس عن رأيه ل يقول شيئا إل صدروا عنه قلت من هذا قالوا هذا رسول ال صلى ال عليه وسلم قلت عليك السلم يا رسول ال مرتين قال ل تقل عليك السلم فإن عليك السلم تحية الميت قل … السلم عليك قال قلت أنت رسول ال قال أنا رسول ال Saya melihat seseorang yang mana manusia selalu bersandar kepada pendapatnya, tidaklah ia mengatakan sesuatu kecuali mereka akan bersandar kepadanya. Saya berkata: "Siapa ini?", Maka mereka berkata: "Ini adalah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam"
Saya berkata: “'Alaikassalam wahai Rasulullah”, sebanyak 2 kali. Baginda berkata: "Janganlah engkau berkata ‘alaikassalam, kerana sesungguhnya ‘alaikassalam adalah penghormatan kepada mayit, katakanlah 'assalamu’alaika. Saya berkata: "Engkau Rasullah sallallahu ‘alaihi wasallam?", Baginda berkata: "Aku adalah Rasulullah..." [Sunan Abu Daud - no:3562. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan Abu Daud - no: 4048] Sebuah lagi sandaran menggunakan kata ganti tunggal adalah ucapan salam malaikat terhadap Adam yang turut menggunakan kata ganti ‘ka’ merujuk kepada Adam. Daripada Abu Hurairah radhiallahu’anh berkata, bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: تحيتك، فاستمع ما يحيونك، اذهب فسلم على أولئك من الملئكة: ثم قال،خلق ال آدم وطوله ستون ذراعا السلم عليك ورحمة ال: فقالوا، السلم عليكم: فقال،وتحية ذريتك Allah menciptakan Adam, dengan tinggi enam puluh hasta, kemudian Allah berfirman: “pergilah dan salamlah kepada para malaikat ini, dengarkan ucapan penghormatan mereka sebagai ucapan penghormatanmu dan penghormatan keturunanmu”, kemudian Adam berkata: "Assalamu’alaikum", maka para malaikat menjawab: “Assalamu’alaika warahmatullah” [Sahih alBukhari – no: 3148] Turut terdapat sandaran daripada atsar-atsar para sahabat. Antaranya, Ibnu ‘Umar radhiallahu’anhuma apabila mengucapkan penghormatan kepada Ibn Ja’far (bin Abdul Muthallib), Ia berkata: السلم عليك يا ابن ذي الجناحين “Assalamu’alaika wahai anak pemilik dua sayap.” [Sahih alBukhari – no: 3506] ASSALAMU’ALAIKUM Ucapan salam menggunakan kata ganti jamak ‘kum’ samada untuk orang yang ramai atau perseorangan kedua-duanya tsabit daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Sandaran pertama adalah hadis daripada Imran Bin Husain radhiallahu’anh: جاء رجل إلى النبي صلى ال عليه وسلم فقال السلم عليكم فرد عليه السلم ثم جلس فقال النبي صلى ال عليه وسلم عشر ثم جاء آخر فقال السلم عليكم ورحمة ال فرد عليه فجلس فقال عشرون ثم جاء آخر فقال السلم عليكم ورحمة ال وبركاته فرد عليه فجلس فقال ثلثون
Seseorang datang kepada Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam dengan mengucapkan: “assalaamu ‘alaikum”, maka Rasul menjawabnya, dan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sepuluh”. Kemudian datang lagi orang lain dan mengucapkan: “Assalaamu ‘alaikum warahmatullaah”, maka Rasulullah menjawabnya dan orang itu duduk. Maka baginda bersabda: “Dua Puluh”. Kemudian datang lagi orang ketiga seraya mengucapkan: “Assalaamu ‘alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh”, maka beliau menjawab, lalu orang tadi duduk. Maka baginda bersabda: “Tiga Puluh” [Sunan Abu Daud – no: 4521. Dinilai Hasan oleh atTirmidzi dalam al-Jami’ al-Kabir – no: 2613] Sandaran kedua sebagai hujah bahawa penggunaan kata ganti jamak ‘kum’ turut boleh digunakan bagi individu perseorangan adalah sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam: السلم عليكم و رحمة ال: إذا لقي الرجل أخاه المسلم فليقل “Apabila seseorang bertemu dengan saudaranya, hendaklah ia mengucapkan assalamu’alaikum warahmatullah” [Sahih al-Jami’ – no: 790] Berkata Imam an-Nawawi rahimahullah: فيأتي بضمير الجمع وإن كان المسلّم، ُلّ وَبَ َركَا ُته ِ ح َمةُ ا ْ السّلمُ عَلَ ْي ُك ْم وَ َر: اعلم أن الفضل أن يقول ال ُمسَلّم ًعليه واحدا Ketahuilah bawa yang afdhal adalah mengucapkan assalamu’laikum warahmatullah wabarakatuh, dengan kata ganti jamak meskipun orang yang diberi salam ke atasnya adalah seorang. [al-Azkar, ms. 356] BOLEHKAH UCAP SALAM, SALAMUN ‘ALAIKUM ATAU SALAMUN ‘ALAIK? Boleh, Allah telah menjelaskan dalam firmannya bahawa ucapan salam malaikat kepada penghuni syurga adalah ‘salamun ‘alaik’. Firman Allah Subhana wa Ta’ala dalam al-Quran menyebut: ٍوَالمَلَ ِئ َكةُ يَ ْدخُلُونَ عَلَ ْيهِم مّن ُكلّ بَاب ُلمٌ عَلَ ْيكُم ِبمَا صَبَ ْرت َ َس
Malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu; (Memberi hormat dengan berkata): Salamun ‘alaikum, disebabkan kesabaran kamu. [ar-Rad 13: 23-24] Tidak menjadi masalah juga untuk sekadar mengucapkan ‘salam’ kerana tercatat di dalam al-Quran Nabi Ibrahim mengucapkan salam dengan hanya menyebut ‘salam’. Firman Allah Subhana wa Ta’la: ٌلم َ َلمًا قَالَ س َ َإِذْ َدخَلُوا عَلَ ْيهِ َفقَالُوا س Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: Salaaman! Dia (Ibrahim) menjawab: Salaamun! [ad-Zariyat 51: 25] Namun pada pandangan Imam an-Nawawi rahimahullah ucapan salam dengan menggunakan alif lam (contoh: Assalamu’alaikum) adalah lebih utama, beliau menyatakan: ولكن اللف: أنت في تعريف السلم وتنكيره بالخيار؛ قلت:قال الِمام أبو الحسن الواحديّ من أصحابنا واللم أولى Imam Abu al-hasan al-Wahidi, salah seorang sahabat kami, berkata: Anda mempunyai pilihan samada menggunakan asSalam (dengan alif lam) atau sebaliknya. Berkata (Imam anNawawi): Tetapi (menggunakan) alif lam adalah lebih utama. [alAzkar, ms. 358] Wallahua’lam. alFaisal Cyberjaya 2 Febuari 2008 / 24 Muharam 1429 4.33 am 072 - SUNNAH DAN BID’AH DI BULAN MUHARAM SUNNAH DAN BID’AH DI BULAN MUHARAM Oleh Ustaz Rasul Bin Dahri (Dengan sedikit tambahan dari sumber yang lain) http://fiqh-sunnah.blogspot.com
SUNNAH BERPUASA DI HARI ASYURA (HARI KE-10 DI BULAN MUHARAM) Pada mulanya puasa Asyura adalah termasuk puasa yang fardu, namun setelah diwajibkan (disyariatkan) puasa Ramadan, maka puasa Asyura menjadi sunnah, sebagaimana penjelasan dari hadis berikut: َ َ َ ة َ ُّ ِ م النَّب م َ ه َ َ ديْن ِ م ِ ْ علَي ِ ق َ و ُ و َ د ُ َ فَرأى الْي َ و َ ْ م ال َ ّ سل ُ صلَى الل ُ َ ودَ ت َ ي ْ َم ي ْ ص ْ ه َ ه َّ َ م ن َ هذَا؟ َ ف َ ، َوَراء َ قا ُ عا ه َ َ ،ح َ : وا َ ما ُ ِ صال ٌ و ٌ و ُ جى الل َ :ل َ م ْ َ هذَا ي ْ َ هذَا ي ْ ُ قال ْ ش َ َ َ :ل ُّ ح َ ، سى َ م َ قا َ ْ رائِي م َ ن ِ سى ِ و ِ ل َ فأنَا أ َ صا َ و َ و ْ م ْ ِي إ ْ ُ منْك ُ ِق ب ُ م ْ ه َ ف ْ م ْ م ْ ِ بَن ِّ ُعد ِ س َ َ ، ه ِ م ِ صيَا ِ ِ مَر ب َ وأ ُ م َ صا َ ف َ ه “Ketika Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam datang ke Madinah, maka baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa di hari Asyura, lalu baginda bertanya: hari apakah ini? Mereka menjawab: Ini adalah hari yang baik, hari dimana Allah menyelamatkan Bani Israil dari musuh mereka, lalu Musa berpuasa pada hari itu. Baginda bersabda: Aku lebih berhak terhadap puasa Musa dari kamu sekalian. Maka baginda berpuasa dan memerintahkan berpuasa”. (Hadis Riwayat Bukhari (2004) dan Muslim (1130))
ُ ه ُ و ُ عا ه َ م ِ ش ِ ل الل ِ َّ هلِي ِ جا َ كَا َ وكَا َ ْ فى ال ُ و ُ ن َر ُ م ُ و ً و ٌ ْ قَري ُ َ ما ت ْ ص ْ َ وَراءَ ي ْ ش ْ َن ي ْ س َ ة َ َ َّ َ فل َ ما َ .ة ه َ ه َ َ ديْن ِ ه ِ م ِ ق ِ َّ هلِي ِ جا ِ ْ علَي َ ْ فى ال َ د َ و ُ م َ صا َ ْ م ال ُ م ُ و َ ّ سل ُ صل ّى الل َ ة ُ َم ي َ ْ ص َ ه َ َ َ ن تََر َّ فل َ :ل َ َوَراء ُ ما َ .ه َ قا ُ عا ن َ م َ م ِ م ِ صيَا ِ ِس ب ُ ضا َ و ْ م َ ف َ ض َر َ َ وا َ ر َ مَر الن ّا َ ْ ش ْ َك ي ِ ف َ َ ن َ ه ْ م ُ شاءَ تََرك َ و ُ م َ صا َ َشاء َ ه “Orang-orang Quraisy zaman Jahiliyah berpuasa pada hari Asyura dan Rasulullah juga berpuasa pada hari Asyura di zaman Jahiliyah. Setelah baginda sampai ke Madinah, maka baginda berpuasa pada hari tersebut dan menyuruh orang ramai berpuasa. Maka setelah puasa bulan Ramadan diwajibkan baginda meninggalkan
puasa Asyura, baginda bersabda: Barangsiapa yang mahu, berpuasalah dan barangsiapa yang mahu berbuka tinggalkan puasa”. (Muttafaq ‘alaihi. Bukhari (2002) Muslim (1125)) َ َ ُ َم ي َ ة ُ و َ و َ قا هذَا َ ه َ َ َ وي َ :ل ِ ْ علَي ِ ل الل ِ س ْ م َ م ُ ع َ و ُ ت َر َ :ل ْ ع َ ّ سل ُ صل ّى الل ُ ن َ ه ْ ق َ ه ْ س ِ عا َ ،م ُ عا َ ن َ ه َ م َشاء ِ م ُ و ْ م ُ ب الل ْ َ ول ُ م َ صيَا ْ ُ علَيْك َ ف ٌ ِ صائ ِ ُ م يُكْت َ واَنَا َ َوَراء ْ ش ْ َي َ ،ه ْ ُ فلْي َ َشاء َ َ ن فطِْر ْ م َ و ْ ص ُ َ فلْي َ م “Dari Muawiyah berkata: Aku mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Hari ini adalah hari Asyura, tidak diwajibkan bagi kamu berpuasa, tetapi saya berpuasa, maka barangsiapa yang mahu berpuasa ia boleh berpuasa dan barangsiapa yang mahu berbuka, maka ia boleh berbuka”. (Hadis Muttafaq ‘alaihi)
َّ ل ال ْ َ وا ْ َا ُ ض َ ن ُ ض َ ف َ م َ ف ِ َ صل ِ هُر الل ِّ ل ال َ ضا َعد ْ َة ب َ م ْ َ صيَام ِ ب ُ حَّر ْ ش ُ ْ ه ال َ عدَ َر َ ،م َ َ ْ ال ل َ ْ ري ِ ض َ ة ِ ْ صلَةُ الل ّي ِ ف “Seafdal-afdal puasa selepas puasa Ramadan ialah puasa di bulan Allah yang diharamkan (Muharam). Seafdal-afdal solat selepas solat fardu ialah solat malam”. (Hadis Riwayat Muslim (1163). Nasai’i dalam Al-Kubra (2/2905,2906). Ahmad (2/303,329,342,535). Ad-Darimi (2/21). Al-Baihaqi dalam Sunan Al-Kubra (4/291). Ibnu Abi Syaibah dalam Al-Musannaf (3/42). Abu Ya’la (6395). Ibnu Hibban dalam As-Sahih (2363). Dan Ibnu Khuzaimah (1134)) َ َ ُّ َ ا: م َّ ي ال ْ َة ا ُ ض ُ و َ ِ سئ د َ ه َ ف ِ َ صل ِ ْ علَي ِ ل الل َ ع ْ َل ب َ و ُ ل َر ُ َ ّ سل ُ صل ّى الل َ ه َ ه ْ س َ َ َ ّ َ ُّ م ا َّ ُ ل ث َّ ال: ل ْ صيَام ِ ا َ ت؟ ُ ض َ ْ قي َ قا ل ِ .ل ِ ُصلَة َ ف ِّ ي ال ِ وبَا ِ و َ فى َ ْ ال ِ ْ ف اللي ْ ج ْ ُ مكْت َ َ ن؟ َ :ل َ قا م ُ ْي تَد َ م ِ ّ ه ال ِ هُر الل َ ضا َ م ْ َب َ حَّر ْ ش ُ ْ ه ال ُ َ ون ْ ذ َ عدَ َر ْ ع “Telah ditanya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Apakah solat yang paling utama selepas solat wajib? Baginda bersabda:
Solat di jauh malam. Baginda ditanya lagi: Puasa apakah yang lebih utama selepas puasa Ramadan? Baginda bersabda: Puasa di bulan Allah yang kamu panggil Muharam”. (Hadis Riwayat Muslim, Ahmad dan Abu Daud) MENCONTOHI PUASA RASULULLAH َ َ َّ َ ا َ و ُ عا َ ِ سئ ء َ ه َ ِ وم َ ل َ وَرا ِ ْ علَي ِ ل الل ِ ن ُ م َ و ُ ن َر ْ ع َ ّ سل ُ صل ّى الل َ ه َ ه ْ س ْ ش ْ َ صيَام ِ ي َّ فُر ال َ ف َ َ قا ة َ َّ ضي َ َ سن ِّ َ يُك: ل ِ ما َ ْ ة ال “Bahawasanya Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam ditanya tentang puasa Asyura, maka baginda bersabda: Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu”. (Hadis Riwayat at-Tirmizi) Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam menyuarakan agar berpuasa pada hari ke-9 dan ke-10 dalam bulan Muharam. Baginda bersabda:
َ َ َّ َ ل ُ عا ُ و ه َ م َ ه ِ م ِ صيَا ِ َ مَر ب ِ ْ علَي ِ ل الل َ و َ صا َ و ُ م َر َ َ وا َ ّ سل ُ صل ّى الل َ ه َ ما َ َوَراء ْ ش ْ َم ي َ ه ْ س َ :ل َ صاَرى ؟ َ َ قا َ و ن ِ ل الل َ فاَذَا كَا َ ُم ت َ و َ َ ه الْي ُ يَاَر: وا ُ م ُ ِّعظ ُ َّ ه اَن َ َّ والن َ ُود ْ ه ْ َه ي ْ س ْ ُ قال ْ م َ :ل َ .ع ْ م ُ ِ قب َ قا حتَّى َ ِ ْ م يَا ِ م التَّا َ ل َ ْ ت ال َ س ُ عا َ و ُ عا ُ ْ م ال ْ َ فل ْ ص ُ ْ م ال ُ ل ْ َ منَا الْي ِ ِ قب َّ َ ُ و م َ ه ِّ و ِ ْ علَي ِ ل الل َ و ُ ي َر َ سل ُ صل ّى الل َ ه َ ه ْ س ُ ُت َ ف “Semasa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam berpuasa pada hari Asyura dan menyuruh orang ramai berpuasa, maka para sahabat bertanya: Ya Rasulullah! Asyura adalah hari yang diagung-agungkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani. Maka baginda bersabda: Jika datang tahun hadapan kita akan berpuasa pada hari Tasu’a (hari ke-9 di bulan Muharam). (Berkata Ibn Abbas:) Maka belum tiba tahun hadapan, Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah wafat”. (Hadis Riwayat Muslim dan Abu Daud)
Sebagai kesimpulannya, adalah disunnahkan berpuasa pada hari ke-9 dan ke-10 di bulan Muharam. PENDAPAT IMAM SYAFIE Sebenarnya berpuasa pada hari Asyura tidak boleh dianggap sebagai menyerupai Yahudi, kerana orang-orang Quraisy telah berpuasa sejak zaman jahiliyah sebagaimana hadis Nabi s.a.w.:
ُ ه ُ و ُ عا ه َ م ِ ش ِ ل الل ِ َّ هلِي ِ جا َ وكَا َ كَا َ ْ فى ال ٌ و ُ ن َر ُ م َ و ً و ٌ ْ قَري ُ َ ما ت ْ س َ ة ْ ص ْ َ وَراءَ ي ْ ش ْ َن ي َ َ َّ ّ فل َ ما َ .ه س َ ه َ َ ديْن ِ م ِ ق ِ ْ علَي َ د َ و َ ْ م ال َ َ وا ُ م َ صا ُ م ُ و َ ّ سل ُ صل ّى الل َ مَر النَّا َ ة ُ َم ي َ َ ه ْ ص َ ه ه ِ م ِ صيَا ِ ِب “Orang-orang Quraisy zaman jahiliyah berpuasa pada hari Asyura dan Rasulullah berpuasa pada hari tersebut. Setelah baginda mendatangi Madinah, maka baginda berpuasa pada hari itu dan menyuruh orang ramai berpuasa”. (Hadis Mutaffaq ‘alaihi) Adapun hadis di bawah ini adalah hadis lemah: Imam Syafie rahimahullah telah menghukum sunnah berpuasa pada hari ke-9, ke-10 dan ke-11 Muharam. Imam syafie berpegang dengan hadis dari Ibnu Abbas:
َ ُ ول َ ت وِد ِ َ والْعا ِ وا التَّا َ س ُ َ وا بَالْي ُ ِّ شب ُ و ُ ْ ه ْ ه َ شَر َ ع ْ م ْ ص “Berpuasalah kamu pada hari kesembilan, hari kesepuluh dan hari kesebelas (di bulan Muharam), janganlah kamu menyerupai Yahudi”. (Hadis Riwayat Ahmad dan Baihaqi)
َ وا ُ ِ خال ُ عا ما َ و َ م ْ َ وب َ و ُ َ وا الْي ُ و ً و ً و ُ َ قبْل ُ و ُ ُ و َ َوَراء ْ ش ْ َ وا ي ْ م ْ ص ْ َ عدَهُ ي ْ َ ما ا ْ َه ي ْ م ْ ص َ َود ْ ه ْ ف “Berpuasalah pada hari Asyura dan janganlah kamu menyerupai Yahudi, berpuasalah pada hari sebelumnya atau sehari sesudahnya”. (Hadis Riwayat Ahmad (1/241)). Dua hadis ini terdapat dalam kitab Al-Umm dan juga dalam kitab Al-Jami’us asSaghir oleh Imam as-Suyuti. Namun, Sheikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah telah melemahkan (mendhaifkan) kedudukan hadis ini. Oleh yang demikian maka tidak wajarlah beramal dengan dua hadis ini. Maka, yang sunnahnya adalah berpuasa pada hari ke-9 dan 10 Muharam atau 9 muharam, atau 10 Muharam sahaja. Wallahu a’lam. AMALAN-AMALAN BID’AH (YANG DIREKA CIPTA) SEMPENA BULAN MUHARAM Menghidupkan penutup tahun Hijrah (bulan al-Qamariyah), iaitu penghujung (hari akhir) bulan Zulhijjah dengan berpuasa pada siang harinya, bersolat khusus, membaca surah Yasin beramairamai (kebiasaannya khatam dua kali), berzikir serta membaca doa-doa khusus beramai-ramai pada sebelah petang atau malamnya, ini semua adalah perbuatan bid’ah (amalan berbentuk agama yang direka cipta) yang sama sekali tidak pernah diamalkan oleh Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam, tidak pernah ada perintah dari baginda malah tidak ada asal usulnya dari syara’. Begitu juga mengerjakan puasa khusus, mandi yang menyerupai mandi hadas, bersuci, bersolat khusus, mengadakan majlis membaca surah Yasin, berzikir beramai-ramai, berdoa dengan doa-doa khusus dan memberi kelepasan (seperti berhari raya)
untuk keluarga pada siang atau malamnya, yang mana ini semua dilakukan semata-mata menyambut sempena pangkal tahun (awal tahun) Hijrah (1hb. Muharam). Maka semuanya itu adalah perbuatan yang menyalahi sunnah (bid’ah) kerana tidak pernah dicontohkan oleh Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam, tidak pernah dilakukan oleh para sahabat, para tabi’in, para tabi’ut at-tabi’in serta para Salaf as-Soleh (generasi awal Islam). Adapun hadis yang dijadikan hujjah oleh pembuat bid’ah dan ditambah pengertiannya mengikut hawa nafsu mereka, maka semua hadis-hadis tersebut merupakan hadis-hadis lemah, palsu atau hadis-hadis mungkar belaka. Antara hadis-hadis tersebut: َ َ َ :ل َ س ُ و َ قا َ قا م َ ه َ ن َ ِ ْ علَي ِ ل الل َ صا ْ م َ و ُ ل َر َ :م َ ّ سل ُ صل ّى الل َ ن َ ه َ ه ْ س ٍ عبَّا ِ ْن ب ِ ع َّ ح َّ م ال َ ف َ ِ حَّرم َّ َ وا َ و ة َ ْقد َ َّ ضي َ َ سن ِ ْ ن ِذى ال ِ َا ِ ٍ وم ِ ج ِ ٍ وم ِ ما َ م َ م ْ م ُ ْ ن ال َ َ خت َ ْ ة ال ْ َل ي َ ة ْ َ خَر ي َّ َ عل َه الله ك َّ ح ال ْ وا ْ َ ست ة َ َفاَرة ً َ سن َ َ قبِل َ َ سن ِ م َ َ فتَت َ ٍ وم َ ن َ ْ سي ْ م ْ خ ُ ُ َ ج ُ ْ ة ال َ ِة ب َ ْ ص “Dari Ibn Abbas berkata: Telah bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Barangsiapa berpuasa pada hari akhir bulan Zulhijjah dan hari pertama di bulan Muharam, maka sesungguhnya dia telah menghabiskan tahun yang lalu dan memulakan tahun baru dengan puasa yang Allah jadikannya sebagai penghapus dosanya lima puluh tahun”. (Hadis palsu). (Lihat: Al-Maudhu’at. Oleh Ibnul Jauzi. Berkata Ibnul Jauzi bahawa hadis ini palsu (maudhu’)) AMALAN-AMALAN BID’AH DI HARI ASYURA (Hari Ke-10 Bulan Muharam) Terdapat juga umat Islam yang menghidupkan malam Asyura dengan bersolat, berzikir dan doa-doa yang khusus. Perbuatan ini adalah berpandukan hadis palsu sebagimana hadis di bawah ini:
َ ، َوَراء ُ عا ل َ ما َ ة َ َ حيَى لَيْل ْ َة ا ِ ل ِ َعبَاد ِ ِ عالَى ب َ َه ت ْ َن ا ْ م َ عبَدَ الل َ َّ فكَاَن َ ِ ه ِ ْ مث ْ ش َ َ ّ ُ ْ َ َ ْ َ َّ ال ْ ِّ فى ك ، ًمَّرة ِ ت ي َقَرا ِ وا ٍ عا ِ مدُ لل ٍ ع َ َ صلى اْرب َ ع َرك َ ة ال َ ل َرك ْ م َ و َ س َ ه ْ ح َ ن َ .ت َ م َ ، ٌحد َ غ ُ ًمَّرة ْ ق ض َ ب َ و َ ن ُ ل ِ م ِ م َ و َ َه ا َ ْ سي َ ْ سي َ ما ً عا ْ خ ُ َه ل ُ فَر الل ُ و الل َ ن ْ خ ْ ُ ه ذُن َ ه َ ٍ ما ْ َ ْ َ َ ْ ْ َ ْ َ ست ن َ و َ ن ْ َ ل ال ُ على ال ِ ه ِ م ِ ر ِ ف ِ ف ال ْ م َ ْ سي ْ م ُ ما ً عا ْ خ َ فى ال ُ يل َ ،ل ٍ ِ قب َ ِ َ مث َ ِ وبُن ٍ َ منْب ر ْ ُن ٍ و “Barangsiapa menghidupkan malam Asyura, maka seakan-akan ia beribadah kepada Allah seperti ibadahnya para penghuni segala langit. Dan barangsiapa bersolat empat rakaat, pada setiap rakaat ia membaca Fatihah sekali, surah al-Ikhlas lima puluh kali, maka Allah mengampuni dosa-dosanya lima puluh tahun yang telah lalu dan lima puluh tahun yang akan datang, dan dibina untuknya di Al-Mathalul-A’la (syurga) sebanyak lima juta mimbar dari cahaya”. (Hadis palsu). (Lihat: Al-Maudhu’at. 11/122) Adalah suatu amalan bid’ah bagi sesiapa yang berpuasa sejak awal Muharam sehingga kesembilan hari bulan Muharam. Mereka yang mengamalkan puasa ini adalah berpegang dengan hadis palsu:
ًميْل ُ ه َّ َ ن ا ِ وا ً َّ قب َ ع ِ ة ِ ء ِ ٍ ة اَيَّام َ م َ س َ صا َ ْ فى ال ْ م ْ ِم ت ْ م ُ َه ل ُ بَنَى الل، ِ حَّرم ُ ْ ل ال َ َ ن َ ه ِ و ب ُ ع ِ ِ فى َ َ ها اَْرب َ َل ل ٍ وا َ ْ ة اَب ٍ ْ مي “Barangsiapa berpuasa sembilan hari sejak awal Muharam, maka Allah akan membina untuknya sebuah kubah di udara, luasnya satu batu persegi dan mempunyai empat buah pintu”. (Hadis palsu). (Hadis Palsu. Lihat: Al-Fawaid. Hlm. 96) Umat Islam yang merayakan hari Asyura, mendahulukan hari tersebut dengan bersuci, mandi dan bercelak. Hakikatnya mereka tidak menyedari bahawa hadis yang mereka gunakan adalah hadis palsu:
َ َّ َوتَط ْ نا ُ عا َ س ت َ م ِ ض ِ و ِ ِ سنَت َ و َ فى َ َ غت َ ْ ض ال َ ّ ه اِل ْ َم ي ْ َ وَراءَ ل َ َ مَر ْ مَر ْ م ْ ش ْ َ هَر ي َ ل ِ م “Barangsiapa mandi dan bersuci pada hari Asyura, maka dia tidak akan sakit pada sepanjang tahun itu, kecuali sakit mati”. (Hadis palsu). (Lihat: Majmu’ Fatawa. 11/248. Ibn Taimiyah. Lihat: Tamamul Minnah. Hlm. 410-412. Sheikh Muhammad Nashiruddin al-Albani. Al-Ibda’. Hlm. 269. Ali Mahfuz)
ُ عا َ ح مدْ اَبَدًا َ م ِ م يَْر ِ م َ َ ن اكْت َ و َ ْ َ وَراءَ ل ُ ْ ل بِاْلُث ْ ش ْ َد ي ِ م “Barangsiapa bercelak mata dengan arang celak dihari Asyura, maka ia tidak akan sakit mata buat selama-lamanya”. (Hadis palsu). (Dinyatakan palsu oleh Ibnul-Jauzi dalam Al-Maudhu’at 11/203. Lihat: Majmu’ Fatawa 11/248. Ibn Taimiyah) Selepas mandi dan bersuci dipagi Asyura, terdapat juga umat Islam yang menjadikan hari Asyura sebagai hari raya kaum Muslimin dengan menjadikannya hari kelepasan dan menyediakan makanan tertentu, (antaranya menyediakan bubur Asyura. (Menasabkan bubur Asyura kepada perbuatan Nabi Nuh ‘alaihi salam adalah suatu pembohongan yang keterlaluan. Setelah selamat dari taufan dan banjir besar, Nabi Nuh tidak pernah menyuruh pengikutnya memakai celak dan menyediakan makanan berupa bubur Asyura yang dikutip dari sisa-sisa bijirin) Pent). Ini merupakan talbis (perangkap) syaitan kepada orangorang awam sedangkan perbuatan tersebut menyerupai perbuatan orang-orang Yahudi di Khaibar. (Lihat: Al-Ibda’. Hlm. 269. Ali Mahfuz) Perkara ini telah diterangkan dalam hadis Muslim:
ُ عا ُ ه َ ل َ م َساء ِ ه ِ َّ ويَت ْ َن ا َ و َ و َ كَا َ و َ ِن ن ُ ِ ويُلْب ُ َ ون ُ و ُ َ خيْبََر ي ْ س َ عيْدًا ْ ُخذ َ ، َوَراء ْ ش ْ َن ي ْ م ْ ص َ و م ِ م ُ ِ ْ في ُ ه ُ ُ شاَرت ُ َّ حلِي ْ ه ْ ه ْ ه َ م “Adalah penduduk Khaibar (Kaum Yahudi) berpuasa pada hari Asyura, mereka menjadikannya sebagai Hari Raya dan mereka memakaikan wanita-wanita mereka dengan perhiasan dan pakaian mereka yang cantik-cantik”. (Hadis Riwayat Muslim) Berpuasa dihari Asyura adalah amalan sunnah, tetapi menambahnya dengan menjadikannya sebagai Hari Raya adalah perbuatan bid’ah kerana menyerupai amalan Yahudi sebagaimana dijelaskan oleh hadis sahih di atas. Terdapat juga umat Islam yang mengerjakan solat tertentu disiang hari Asyura atau dimalam harinya. Mereka melakukan perkara bid’ah ini lantaran berpandukan kepada hadis palsu sebagaimana di bawah ini: َ ُ و ْ َ ي، ت ْ ق ِّ ُ فى ك و َ ل ِ ُ قَرا ِ صل ّى ِ مدُلل ٍ ع ٍ عا ِ ْ في َ ْ ة اَل َ ْ ل َرك َ َ ع َرك َ َ ه اَْرب ْ م َ ه ْ ح َ َ ن َ ه َ ، ًمَّرة َ َ َ َ مَّرةً غ ما َ ب َ و َ ن ِ م ِ م َ و ْ ِ حدٌ ا َ ها َ ْ سي َ ْ سي ً عا ْ خ ُ هل ُ فَر الل َ ن ْ خ ُ الل ْ ُ ه ذُن َ حدَى “Barangsiapa bersolat padanya empat rakaat, membaca al-Fatiha sekali pada tiap-tiap rakaat, surah al-Ikhlas lima puluh kali, maka Allah akan mengampunkan dosanya lima puluh tahun”. (Hadis palsu. Lihat: Al-Ibda’ fi Madaril Ibtida’. Asy-Syeikh Ali Mahfuz)
ُ عا ه َ ه َ ِ وم َ و ْ َ علَى ا ِ ِ و ِ ْ في ِ َ ديْن ِ م َ وَراءَ تَا َ َعلَى آد َ ل ُ ب الل َ ُ ون َ ،س ْ ُة ي ِ ه َ ،م ْ ش ْ َ فى ي ُ ه سى ِ و ِ َولِد ِ و ِ ْ في ِ ْ في ِ ولِدَ اِبَْرا ْ َ فَّرقَ الْب َ و ُ ْ سى ب َ ْ عي ُ ِ حُر ل َ َ مْري َ ن ُ ْ هي ْ م َ ،م ُ ه َ ،م ُ َ ِ خُر ذَل َّ ت ال ْ ع ُ عا َ ْ سَرائِي ن ُ َ فيْن ِ وآ ِ س َ م َ ِر ل َ ْ م ال َ و ُ و ْ جَر ْ ِي ا َ ر ْ ش ْ َك ي َ ة َ ل َ ْ ِ وبَن ِ ش ِ و ِ ْ ضي ْ َ ْ َ ْ َ ي ه َ ت ِ َ م ْ و َ ص ٌ و ُ على ال َ م َ صا ْ و ْ و َ م ُ ع َ ش ُ ُ حاب ّ ِ وِد ُ ن ال َ ف ُ ح ْ وا ْ ج َ َ ست َ ِ حَّرم َ وال َ ه َ ح ْ ُم ن َّ ج ُ ل ِ ه ِ شكًْرا لل َ و َ عَّز “Pada hari Asyura Allah menerima Taubat Adam dan taubat penduduk kota Nabi Yunus. Pada hari Asyura dilahirkan Ibrahim
dan padanya pula dilahirkan Isa bin Maryam. Pada hari Asyura Lautan Merah dibelah untuk Nabi Musa dan Bani Israil dan kapal Nabi Nuh belayar dan berakhir pada sepuluh Muharam. Dan dia berlabuh di atas bukit Judi. Nabi Nuh dan para sahabatnya dan binatang-binatang liar lalu berpuasa kerana bersyukur kepada Allah Azza wa-Jalla. Demikian juga binatang-binatang yang ada bersama-sama di atas bahtera itu turut sama berpuasa”. (Hadis palsu). (Lihat: Tanzihus as-Syariah. 11/150) Berkata Sheikh al-Islam Ibnu Taimiyyah lagi: “Tidak terdapat sebarang hadis sahih dari Nabi s.a.w. atau sahabat-sahabat. Tiada Imam mazhab tau Tabi'en yang mensunnahkan perkara-perkara ini; sama ada ia diriwayatkan oleh hadis dhaif (lemah), atau riwayat yg sahih, Al-Sunan atau AlMusnad. Tiada hadis yang masyhur diketahui mengenainya pada abad yang awal, tetapi pada akhir-akhir ini ada hadis yang meriwayatkan seperti :{barangsiapa yang memakai celak pada matanya pada hari Asyura tidak akan mendapat penyakit mata pada tahun itu, dan barangsiapa yang mandi pada hari Asyura tidak akan dapat penyakit pada tahun tersebut.dsb}. Terdapat juga riwayat yang menunjukkan bersolat pada hari Asyura, dan ada riwayat lain yang menyebut bahawa pada hari Asyura Nabi Adam bertaubat, Bahtera Nuh mendarat di Bukit Joodi, nabi Yusuf kembali kepada Nabi Yaakub, Ibrahim diselamatkan dari api, kibas di ganti sebagai binatang sembelihan menggantikan Nabi Ismail, dan sebagainya. Mereka juga meriwayatkan sebuah hadis palsu yang mendustakan Rasulullah s.a.w. berkata: {barangsiapa yang bermurah hati kepada keluarganya pada hari Assyuura, Allah akan bermurah hati kepadanya sepanjang tahun}". Bagi perkara lain, seperti memasak makanan khas dengan atau tanpa bijirin, atau memakai baju baru, membelanjakan wang untuk keluarga, atau membeli bekalan tahunan untuk hari
tersebut, melakukan solat-solat tertentu atau amalan-amalan tertentu, menyembelih binatang pada hari itu, menyimpan daging yang akan dimasak bersama bijirin, atau memakai celak atau henna, mandi, berjabat tangan diantara satu sama lain, menziarahi seseorang, menziarahi masjid dan kubur-kubur (mashhad) dan sebagainya..... kesemua ini adalah bid’ah dan salah. Tiada diantaranya yang ada kena mengena dengan sunnah Rasulullah s.a.w. atau Khulafah al-Rasyidiin. Ia tidak diluluskan oleh mana-mana imam, tidak malik, tidak at-Tsauri, tidak al-Layth ibn Sa’d, tidak Abu Hanifah, tidak al-Auzaa’i, tidak asy-Syafie, tidak Ahmad ibn Hanbal, tidak Ishaaq ibn Rahawayh, dan tiada mana-mana dikalangan Imam dan ulama' Islam......” (Ringkasan dari Fatawa Al-Kubra oleh Sheikh al-Islam Ibnu Taimiyyah Jil. 5) PERSOALAN DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN Dalam hal ini, iaitu membaca doa akhir tahun dan awal tahun, di sana tidak terdapat sebarang hadis yang tsabit/sahih/diterima yang menyebut tentang amalan membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun dengan jaminan penghapusan dosa setahun yang lepas, sebagaimana yang diamalkan oleh sebahagian kelompok daripada umat Islam. Demikian juga tidak ada hadis-hadis sahih yang menyebut doa tersebut secara khusus. As-Sheikh Ali Mahfuz di dalam kitabnya al-Ibda' fi Madhar alIbtida' menyebut bahawa kebanyakan hadis maudhu' yang berkaitan dengan amalan pada bulan Muharam khususnya pada hari Asyura telah dicipta oleh golongan pembunuh Husain (kaum Syi’ah). Beliau juga memetik kata-kata al-Allamah Ibn al-'Izz al-Hanafi: “Sesungguhnya tidak sahih daripada Nabi s.a.w. sebarang amalan
pun pada hari Asyura selain puasa Baginda. Ada pun golongan Rafidhah melakukan bid’ah dengan mengadakan upacara berkabung demi melahirkan kesedihan di atas pembunuhan Husain pada hari ini. Dan golongan yang jahil daripada Ahli Sunnah menzahirkan kegembiraan mereka dengan membuat makanan daripada bijibijian/bijirin (bubur) dan memakai celak, dan mereka meriwayatkan hadis-hadis maudhu' tentang bercelak mata dan melapangkan pemberian makanan dan pakaian kepada ahli keluarga.'' (Sheikh Ali Mahfuz, al-Ibda' fi Madhar al-Ibtida' (Beirut: Dar Kutub al-Ilmiah, Cet. 1, 2001), hal. 271) Sebagai kesimpulan, tiada doa-doa yang khusus yang dicontohkan melalui hadis yang sahih bahawa Nabi s.a.w. mengajarkannya kepada kita bagi tanggal awal tahun dan akhir tahun sempena menjelangnya Muharam. Kepada pihak tertentu yang tetap mempertahankan kebatilan, jika benar ada doa-doa khusus di waktu awal/akhir tahun, silakan mengutarakan dalilnya, sumbernya, takhrij & sanad hadisnya, siapa yang meriwayatkannya, dan siapa ulama hadis yang mensahihkannya. Wallahu a’lam... AMALAN/BENTUK IDABAH YANG TIADA HUJJAH/DALIL ADALAH BID’AH Ingatlah! Tidak pernah ditemui hadis-hadis sahih yang membolehkan mengadakan apapun upacara majlis sempena menyambut awal tahun. Begitu juga tidak pernah diperintahkan supaya mengadakan majlis zikir atau majlis-majlis tertentu kerana
mengucapkan selamat tinggal kepada tahun-tahun yang telah berlalu. Sesiapa yang melakukannya termasuk dalam golongan yang ditergur oleh Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam dalam sabdanya: ٌّو َرد َ مُرنَا َ م َ س َ ل َ ن ِ ْ علَي ِ ع ُ ف ْ م ْ َه ا َ ع َ َ ْ مل ً لَي َ ه “Barangsiapa mengamalkan/melakukan satu amal yang bukan perintah kami, maka amal itu tertolak (bid’ah)”. (Hadis Riwayat Muslim)
ٌّو َرد َ علَى َ رنَا َ مًرا َ َ صن ُ ف ْ م ْ َر ا َ ْ َع ا َ ن َ ه ِ م ِ ْ غي “Barangsiapa yang mencipta sesuatu perkara yang bukan dari perintah kami, maka ia tertolak”. (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
ٌّ و َر َ ه َ َحد د َ رنَا ِ ث ِ س ْ َن ا ْ م ُ ف َ هذَا ْ َ فى ا َ ُ ْ من َ ْ مالَي ْ ه ِ م “Barangsiapa yang menambah/mengadakan yang baru dalam urusan kami ini, maka tambahan yang bukan dari kami itu tertolak”. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud) Tertolak kerana setiap tambahan itu adalah bid’ah sebagaimana sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:
ُ َّ ُ وك، ة َّ ُ ن ك َّ ِ فا َ ر ة َ ْل بِد َ ْة بِد ٌ َ ضلَل ٌ ع َ ة ٍ ع ٍ َ حدَث ِ حدَثَا ْ م ْ م ُ ل ُ ت اْل ُ و ْ ُ اِيَّاك، ْ م َ م ِ و َّ ُ وك ر ِ ة َ ل ٍ َ ضلَل َ ِ فى النَّا
“Aku peringatkan kamu sekalian tentang perkara-perkara yang baru/yang diada-adakan, kerana setiap yang diada-adakan itu bid’ah, setiap yang bid’ah itu sesat, dan setiap yang sesat itu di neraka”. (Hadis Riwayat Muslim, An-Nasai’i dan Ahmad) Download Kuliah: MP3 - Klik Dicatat oleh Nawawi Bin Subandi di Selasa, Januari 08, 2008 2 ulasan Label: Amalan Bid'ah Rabu 29 Ogos 2007 019 - SAMBUTAN NISFU SYA’BAN BUKAN DARI SUNNAH? SAMBUTAN NISFU SYA’BAN BUKAN DARI SUNNAH? Proper View: http://fiqh-sunnah.blogspot.com
Apabila memperkatakan tentang bulan Sya’ban, maka tentu sekali tarikh 15 Sya’ban atau juga lebih di kenali sebagai Nisfu Sya’ban akan bermain-main di fikiran masing-masing. Pada tarikh ini atau lebih spesifik pada waktu malamnya dianggap sebagai satu malam yang memiliki kemuliaan khusus sehinggakan ratarata umat Islam di Malaysia mengadakan amalan-amalan tertentu seperti melakukan solat malam yang khusus, berpuasa pada siang hari, membaca surah Yassin sebanyak 3 kali dan diselangselikan dengan doa-doa tertentu. Ada juga yang beranggapan pada malam inilah diangkat segala amalan kita dan ditentukan segala perkara berhubung dengan kehidupan makhluk seperti hidup, mati, rezeki, untung rugi dan lain-lain atau dikenali sebagai al-Qadr. Melalui buku ini, penulis akan cuba mengutarakan beberapa perkara yang sering
diperdebatkan tentang Nishfu Sya’ban seperti: 1. Status Hadis Tentang Nisfu Sya’ban 2. Amalan-amalan Khusus Sempena Nisfu Sya’ban 3. Benarkah al-Qadr Itu Jatuh Pada Malam Nisfu Sya’ban? STATUS HADIS TENTANG NISFU SYA’BAN Hadis-hadis yang membicarakan tentang Nishfu Sya’ban kesemuanya berstatus daif (lemah) dan maudu’ (palsu) kecuali terdapat sebuah hadis menurut Syeikh Muhammad Nasiruddin alAlbani r.h adalah sahih daripada Nabi s.a.w, iaitu riwayat yang diterima daripada Mu’az bin Jabal r.a yang berbunyi: "ALLAH memerhatikan kepada makhluk-NYA pada malam Nisfu Sya’ban lalu DIA memberi keampunan kepada semua makhlukNYA kecuali orang musyrik dan orang yang suka bergaduh." – Hadis riwayat Ibn Abu ‘Ashim di dalam Kitab al-Sunnah, Ibn Hibban di dalam Sahihnya dan al-Hafiz Ibn Hajar al-Haithami di dalam Majma’ al-Zawaid. Oleh itu, sekiranya kita ingin termasuk di kalangan orang diberi keampunan oleh ALLAH pada malam Nisfu Sya’ban, kita hendaklah termasuk di kalangan orang yang tidak melakukan perbuatan syirik serta menghindari sifat suka bergaduh. Namun, seharusnya kita sedari bahawa ALLAH juga turun ke langit dunia setiap hari pada sepertiga akhir malam. Sabda Rasulullah s.a.w: "TUHAN kita Tabaraka wa Taala turun pada setiap malam ke langit
dunia ketika masih tinggal sepertiga malam yang akhir. ALLAH berfirman: Sesiapa yang berdoa kepada-KU, pasti AKU akan memakbulkannya; sesiapa yang meminta kepada-KU, pasti AKU akan memberinya dan sesiapa yang memohon ampun kepada-KU, pasti AKU akan mengampunnya.” - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 1145. Oleh itu, sewajarnya kita mempertingkatkan amal ibadah yang benar-benar sahih daripada Nabi s.a.w sepanjang masa. Sewajarnya kita tidak hanya menunggu hari-hari tertentu atau malam-malam tertentu seperti malam Israk dan Mikraj atau Nisfu Sya’ban melainkan terdapat dalil yang sahih menunjukkan pada malam tersebut sememangnya memiliki fadilat-fadilat tertentu seperti bulan Ramadan dan malam lailatulqadar. Amalan-amalan Khusus Sempena Nisfu Sya’ban Sekiranya kita perhatikan hadis sahih tentang Nisfu Sya’ban yang telah penulis ketengahkan di atas, kita dapati ia tidak menganjurkan upacara-upacara tertentu mahupun ibadah-ibadah khusus sempena Nisfu Sya’ban. Oleh itu, amalan-amalan khusus pada hari Nisfu Sya’ban seperti berpuasa, solat pada malamnya, membaca surah yasin sebanyak 3 kali, doa-doa tertentu dan lain-lain bukanlah amalan yang dianjurkan oleh Nabi s.a.w mahupun para sahabat. Sekiranya amalan-amalan khusus pada malam tersebut memiliki keutamaan yang tinggi serta memberi manfaat yang besar kepada umat Islam pasti baginda serta para sahabat akan mendahului kita dalam mengamalnya. Syeikh Muhammad Abdul Salam r.h berkata:
"Solat enam rakaat pada malam Nisfu Sya’ban dengan niat menolak bala, panjang umur, untuk kekayaan dan juga membaca surah Yasin serta doanya merupakan hal yang baru dalam agama (bid'ah) dan bertentangan dengan sunnah Rasulullah s.a.w." – Rujuk Kitab al-Sunan wa al-Mubtada’at karya Syeikh Muhammad Abdul Salam Khadr al-Syaqiry, edisi terjemahan bertajuk Bid'ah -Bid'ah Yang Dianggap Sunnah, Qisthi Press, Jakarta (2004), ms. 155. Imam al-Nawawi r.h menyatakan di dalam Kitab Majmu’ Syarh Muhazzab: "Solat yang dikenali sebagai solat al-Raghaib, iaitu 12 rakaat yang dilakukan antara Maghrib dan Isyak pada malam Jumaat pertama dari bulan Rejab dan solat Nisfu Sya’ban sebanyak 100 rakaat, kedua-dua solat tersebut adalah bid'ah yang mungkar. Oleh itu, janganlah terpedaya kerana kedua-duanya disebut di dalam Kitab Qutub al-Qulub dan Ihya’ Ulum al-Din dan jangan terperdaya dengan hadis yang disebut di dalam kedua-dua kitab itu kerana semuanya adalah batil belaka." – Rujuk Amalan Bid'ah Pada Bulan Muharram, Rejab, Sya’ban & Ramadhan karya Dr. Abdul Ghani Azmi bin Hj. Idris, Al-Hidayah Publisher, Kuala Lumpur (1995), ms. 106. Setelah menyebut sejumlah ayat dan hadis serta pendapat para ulama tentang malam Nishfu Sya’ban, Syeikh Abdul Aziz Abdullah bin Baz r.h berkata: "Berdasarkan ayat-ayat, hadis-hadis dan pendapat para ahli ilmu di atas jelaslah bagi orang yang mencari kebenaran bahawa memperingati malam Nishfu Sya’ban dengan solat dan sebagainya serta mengkhususukan siangnya untuk berpuasa adalah bid'ah mungkar menurut kebanyakkan ahli ilmu dan tidak ada dasarnya dalam syari’at yang murni, tetapi peringatan malam
Nishfu Sya’ban ini terjadi dalam Islam setelah masa sahabat. Cukuplah bagi para pencari kebenaran mengenai masalah ini dan masalah lain melihat firman ALLAH: "Pada hari ini, AKU telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, AKU telah cukupkan nikmat-KU kepada kamu semua dan AKU telah redha Islam itu menjadi agama kamu semua." – Surah alMaaidah: 3. Sabda Rasulullah s.a.w: "Sesiapa yang melakukan satu amal (berkaitan agama) yang bukan dari suruhan kami, ia tertolak." – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no: 1718. Dalam riwayat lain: "Jangan kamu semua mengkhususkan malam Jumaat untuk solat malam (qiamullail) antara malam lain dan jangan mengkhususkan hari Jumaat dengan puasa antara hari lain kecuali puasa wajib." Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no: 1144. Seandainya mengkhususkan malam-malam tertentu dengan ibadah itu dibolehkan, tentu malam Jumaat lebih utama untuk dikhususkan berbanding malam-malam lain. Ini kerana, malam Jumaat adalah hari terbaik sebagaimana terdapat di dalam hadis sahih. Sabda Rasulullah s.a.w: "Sebaik-baik hari yang mana matahari terbit pada hari itu ialah hari Jumaat." – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, kitab al-Jama’ah, hadis no: 854.
Ketika Nabi s.a.w melarang untuk mengkhususkannya antara malam-malam lain, hal ini menunjukkan bahawa malam-malam lain walaupun dianggap mulia, juga tidak boleh dikhususkan untuk beribadah kecuali ada dalil sahih yang menunjukkan pengkhususannya. " – Rujuk Kitab al-Bida’ al-Hauliyyah karya Syeikh Abdullah bin Abdul Azizi al-Tuwaijiry, edisi terjemahan bertajuk: Ritual Bid'ah Dalam Setahun, Darul Falah, Jakarta (2003) ms. 319-320. Oleh itu, tidak ada amal ibadah yang perlu dikhususkan sempena Nisfu Sya’ban kerana tidak ada hadis sahih yang tsabit daripada Nabi s.a.w menganjurkannya. Hadis-hadis yang dijadikan dalil oleh golongan sebagai hujah terdapat amalan-amalan tertentu berkaitan Nisfu Sya’ban kesemuanya daif (lemah) dan maudu' (palsu) sehingga tidak boleh dijadikan hujah. Tentang penggunaan hadis-hadis yang tidak tsabit daripada Rasulullah s.a.w, Ustaz Abdul Hakim bin Amir Abdat telah menyatakan pendapat Imam Tohawi r.h di dalam kitabnya alMasaa-il, jilid 1, muka surat 41: "Sesiapa yang menceritakan (hadis) daripada Rasulullah s.a.w atas dasar zon (sangkaan) bererti dia telah menceritakan (hadis) daripada baginda s.a.w tanpa kebenaran. Justeru, orang yang menceritakan (hadis) daripada baginda s.a.w tanpa kebenaran, bererti dia telah menceritakan (hadis) daripada baginda s.a.w secara batil. Manakala orang yang telah menceritakan (hadis) daripada baginda s.a.w secara batil, pasti dia menjadi salah seorang pendusta yang masuk ke dalam sabda Nabi s.a.w sebagaimana diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 107: "Sesiapa yang sengaja berdusta atas namaku, dia hendaklah mengambil tempat tinggalnya di neraka."
Dakwaan Ibn Rajab Menyokong Amalan Nisfu Sya’ban Terdapat sesetengah pihak yang mempergunakan nama al-Hafiz Ibn Rajab r.h untuk menyokong dakwaan bahawa harus menghidupkan malam Nisfu Sya’ban dengan amalan ibadah di masjid-masjid. Mari kita lihat apa sebenarnya yang diperkatakan oleh al-Hafiz Ibn Rajab r.h di dalam al-Latoif al-Ma’aarif, cetakan Darul Ihya al-Kutub Arabiyah, Kaherah, 1342 H, muka surat 144: Para tabi’in yangmenetap di Syam seperti Khalid bin Ma’dan, Makhul, Luqman bin Amir dan lain-lain lagi mengagungkan malam Nisfu Sya’ban dan mereka bersungguh-sungguh beribadah di dalamnya. Hasil usaha merekalah akhirnya orang ramai mengambil kemuliaan pengangungan malam Nisfu Sya'ban. Ada yang mengatakan bahawa masalah ini telah sampai kepada mereka (iaitu pengagungan malam Nisfu Sya’ban) beberapa hadis-hadis israiliyat. Ketika hal ini terbongkar di negeri itu, orang ramai berselisih pendapat dalam hal ini. Antara mereka ada yang menerimanya dan sepakat untuk mengagungkannya. Mereka ini adalah beberapa orang dari negeri Basrah dan selainnya. Sedangkan, kebanyakan ulama Hijaz seperti Atha’ dan Ibn Abi Malikah menolak pengagungannya. Dinukil daripada Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam daripada ulama fikah penduduk Madinah, iaitu pendapat sahabat Imam Malik dan lain-lain bahawa semua itu adalah bid'ah. Para ulama Syam berselisih pendapat tentang cara meramaikannya. Paling tidak ia terbahagi kepada dua pendapat, iaitu: 1. Disunnahkan meramaikannya dengan cara berjemaah di
masjid. Khalid bin Ma’dan dan Luqman bin Amir dan selainnya memakai pakaian terbaik, berbangga dan bermegah-megah untuk tinggal di masjid pada malam itu. Cara semacam ini disepakati oleh Ishak bin Rahawaih dan dia memberi komentar mengenai perayaan itu di dalam masjid, ia bukan termasuk bid'ah sebagaimana dinukilkan oleh Harb al-Kirmani daripadanya di dalam Kitab Masail. 2. Berkumpul pada malam itu di dalam masjid untuk solat, membaca cerita dan doa hukumnya makruh. Tetapi, tidak makruh apabila seseorang mengerjakannya secara bersendirian. Inilah pendapat yang dipegang oleh al-Auza’i, imam penduduk Syam, orang yang fakih dan alim antara mereka. Malah, pendapat ini lebih menghampiri kebenaran. – Rujuk Kitab al-Bida’ al-Hauliyyah karya Syeikh Abdullah bin Abdul Aziz al-Tuwaijiry, edisi terjemahan bertajuk: Ritual Bid'ah Dalam Setahun, Darul Falah, Jakarta (2003), ms. 314-315. Inilah antara kata-kata yang telah dilontarkan oleh Ibn Rajab r.h. Beliau hanya menukilkan beberapa pendapat ulama dan mentarjihkannya. Apa yang dapat kita fahami daripada katakatanya ialah: 1. Amalan pengangungan Nisfu Sya’ban ini hanyalah amalan para tabi’in di Syam. Ia bukan berasal daripada Rasulullah s.a.w mahupun para sahabat. 2. Menurut Ibn Rajab, ada yang berpendapat mereka berdalilkan hadis-hadis israiliyat. Bolehkan hadis israiliyat di jadikan hujah untuk mensunatkan sesuatu amalan? Itu pokok persoalannya. Tambahan pula ulama-ulama hadis telah mengumpulkan hadishadis yang membicarakan tentang keutamaan malam Nisfu Sya’ban yang kemudiannya setelah ditahqiq atau dilakukan
penilaian mengenai darjat hadis tersebut, mereka merumuskan bahawa tidak ada satupun riwayat sahih kecuali sebuah riwayat daripada daripada Mu’az bin Jabal r.a sebelum ini. Hadis tersebut tidak menunjukkan amalan tertentu sempena Nisfu Sya’ban. Sekiranya ingin diampunkan oleh ALLAH pada malam tersebut, kita hendaklah menjauhi perbuatan syirik dan jangan suka berbalah. 3. Amalan tersebut tersebut ditolak oleh jumhur ulama hijaz seperti di Madinah. Sebagaimana yang telah kita sedia maklum, majoriti para sahabat r.a menetap di Hijaz. Namun, tidak terdapat satu riwayatpun yang menunjukkan para sahabat dan tabi’in di Hijaz mengamalkan amalan seperti penduduk di Syam. 4. Tidak ada di dalam kaedah mana-mana mazhab bahawa amalan penduduk Syam boleh dijadikan hujah. Apatah lagi amalan tersebut maqthu’ (terhenti) kepada segelintir kecil tabi’in di Syam. Tambahan pula menurut kaedah Mazhab Syafie, amalan yang mauquf kepada sahabat tidak boleh dijadikan hujah. Inikan pula amalan yang hanya maqthu’ pada tabi’in. Oleh itu, kaedah dari mazhab mana yang dipakai untuk mensunatkan amalan tertentu pada malam Nisfu Sy’aban? 5. Ibn Rajab sendiri telah menguatkan pendapat bahawa meramaikan masjid dengan upacara-upacara ibadah sempena malam Nisfu Sya’ban hukumnya makruh. Pendapat ini juga dipersetujui oleh imam paling masyhur di kalangan penduduk Syam, iaitu Imam al-Auza’i r.h. 6. Keharusan yang diberikan oleh Ibn Rajab dan al-Au’za’i untuk menghidupkan malam Nisfu Sya’ban dengan ibadah secara sendirian juga tidak boleh dijadikan hujah kecuali didatangkan dalil tentang keharusannya. Tetapi, sememangnya hadis yang
mampu dijadikan dalil tidak wujud. Walau bagaimanapun, harus meneruskan amalan-amalan sunnah yang sememangnya biasa dilakukan pada malam-malam lain seperti tahajjud, baca alQuran, berdoa dan berzikir sama ada pada bulan Sya'ban atau bulan-bulan lain. 7. Ibn Rajab tidak menceritakan tentang amalan mengkhususkan bacaan Yassin yang diselang-selikan dengan doa-doa khusus sebagaimana yang biasa diamalkan oleh umat Islam di Malaysia. 8. Ibn Rajab juga tidak menceritakan tentang puasa Nisfu Sya’ban sebagaimana yang biasa diamalkan di negara kita. 9. Di dalam kitab yang sama, Ibn Rajab juga menyatakan bahawa solat malam Nisfu Sya’ban tidak ada dalilnya baik daripada Nabi s.a.w mahupun para sahabat. Tetapi, ia hanya tradisi peninggalan sebahagian tabi’in dari ulama fikah yang menetap di Syam. Benarkah al-Qadr Berlaku Pada Malam Nisfu Sya’ban? Al-Qadr bermaksud penetapan. Oleh itu, mereka yang beranggapan al-Qadr itu berlaku pada malam Nishfu Sya’ban sebenarnya mereka mengandaikan segala urusan yang bakal berlaku pada tahun berikutnya akan ditentukan pada malam tersebut. Mereka menduga pada malam inilah diangkat segala amalan kita dan ditentukan segala perkara berhubung dengan kehidupan makhluk. Mereka berhujah dengan Firman ALLAH S.W.T: "Sesungguhnya KAMI telah menurunkan al-Quran itu pada malam yang berkat; (KAMI berbuat demikian) kerana sesungguhnya KAMI sentiasa memberi peringatan dan amaran (agar hamba-hamba KAMI tidak ditimpa azab). (KAMI menurunkan al-Quran pada malam itu kerana) pada malam yang berkat itu dijelaskan
(kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta ketetapan yang bakal berlaku." – Surah al-Dukhan: 3-4. Menurut tafsiran 'Ikrimah, malam yang diberkati dan ditetapkan segala urusan manusia itu adalah malam Nisfu Sya’ban. Namun, pendapat ini tertolak kerana nas-nas yang sahih telah menjelaskan bahawa al-Quran diturunkan pada bulan Ramadan dan malam yang diberkati itu adalah malam lailatulqadar. Firman ALLAH S.W.T: "Sesungguhnya KAMI telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam al-Qadr. Dan melalui cara apa engkau mampu mengetahui kebesaran malam al-Qadr itu? Malam al-Qadr lebih baik berbanding 1000 bulan. Pada malam itu, malaikat dan Jibril turun dengan izin TUHAN mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya sambil berkata:) Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar." – Surah al-Qadr: 1-5. Al-Hafiz Ibn Kathir r.h ketika mentafsirkan surah al-Dukhan, ayat 3-4, katanya: "ALLAH berfirman menjelaskan tentang al-Quran al-Adzim bahawa al-Quran diturunkan pada malam yang penuh berkat, iaitu malam al-Qadr sebagaimana firman ALLAH di dalam surah al-Qadr: "Sesungguhnya KAMI telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam al-Qadr." – Surah al-Qadr: 1. Hal itu terjadi pada bulan Ramadan sebagaimana firman ALLAH S.W.T: "(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa ialah) bulan Ramadan
yang diturunkan al-Quran padanya, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, menjadi keterangan-keterang an yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dan yang salah. Oleh itu, sesiapa antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya) , dia hendaklah berpuasa pada bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir, (dia bolehlah berbuka kemudian dia wajib berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan itu) ALLAH menghendaki kamu beroleh kemudahan dan DIA tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Malah supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan ALLAH kerana mendapat petunjuk-NYA dan supaya kamu bersyukur." – Surah alBaqarah: 185. Apa yang dapat diambil pengajaran di sini ialah sesiapa yang mengatakan bahawa malam yang dimaksudkan (dalam surah alDukhaan itu) adalah malam Nisfu Sya’ban seperti yang diriwayatkan daripada 'Ikrimah, bererti dia telah menjauhkan diri dari pengertian asalnya. Ini kerana, nas al-Quran menegaskan bahawa yang dimaksudkan dengan malam yang penuh berkat itu (lailatulqadar) adalah pada bulan Ramadan." – Rujuk Kitab Tafsir al-Quran al-‘Adzim karya al-Hafiz Ibn Kathir, jil. 4, ms. 137. Syeikh Muhammad Abdul Salam r.h berkata: "Keyakinan bahawa malam Nisfu Sya’ban adalah malam al-Qadr adalah keyakinan yang salah. Demikian kesepakatan para ulama hadis sebagaimana dijelaskan oleh Ibn Kathir di dalam tafsirnya. Ketika menjelaskan Sunan al-Tirmizi, Ibn al-'Arabi mengatakan bahawa firman ALLAH di dalam surah al-Dukhan, ayat 3:
Sesungguhnya kami menurunkan al-Quran bermaksud diturunkan pada malam Nisfu Sya’ban adalah tidak benar kerana ALLAH tidak pernah menurunkan al-Quran pada bulan Sya’ban. Tetapi, ayat itu harus difahami secara lengkapnya sesungguhnya kami menurunkan al-Quran pada malam al-Qadr di mana lailatulqadar itu hanya wujud pada bulan Ramadan. Hal ini juga ditegaskan oleh ALLAH di dalam surah al-Baqarah, ayat 185: Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah pada bulan Ramadan yang diturunkan al-Quran padanya. Keyakinan al-Qadr berlaku pada malam Nishfu Sya’ban sangat bertentangan dengan Kitabullah dan sangat jauh terpesong dari isi kadungannya. Perlu kami ingatkan bahawa ALLAH sendiri telah menegaskan tentang malam itu di dalam surah al-Dukhan, ayat 3: (KAMI menurunkan al-Quran pada malam itu kerana) pada malam yang berkat itu dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta ketetapan bermaksud pada malam alQadr dijelaskan segala hal kepada malaikat bukannya pada malam Nisfu Sya’ban." – Rujuk Kitab al-Sunan wa al-Mubtada’at karya Muhammad Abdul Salam Khadr al-Syaqiry, ms. 156. KESIMPULAN Dari sini dapat kita simpulkan bahawa Rasulullah s.a.w tidak pernah menetap amalan-amalan tertentu khusus pada bulan Nisfu Sya’ban dan penetapan segala urusan manusia (al-Qadr) juga tidak berlaku pada malam Nishfu Sya’ban. Pada malam Nishfu Sy’aban, ALLAH hanya akan mengampun dosa-dosa mereka yang benar-benar mentauhidkan- NYA dan tidak memiliki sifat tercela seperti bergaduh dan sebagainya. Oleh itu, kita hendaklah menanamkan kedua-dua sifat tersebut demi mendapatkan fadilat malam Nisfu Sya’ban, iaitu
diampunkan dosa-dosanya oleh ALLAH. Program-program sempena Nisfu Sya’ban juga seharusnya menekankan isu-isu berkaitan perkara yang boleh mencemari tauhid. Sedangkan, hal ini semakin berleluasa dan menular bagaikan wabak dalam kehidupan umat Islam seperti mempercayai bomoh, memakai tangkal, berdoa di kubur seseorang yang dianggap keramat, menganggap tokoh-tokoh agama seakan-akan maksum sehingga pendapatnya wajib diikuti walaupun bercanggah dengan nas, mempercayai ahli nujum, menyakini ramalan horoscope, Feng Shui dan banyak lagi. Kita hendaklah memperbanyakkan ceramah-ceramah agama yang dapat membersihkan jiwa dari sifat-sifat keji seperti bergaduh, dengki, iri hati, khianat, busuk hati, sombong dan lainlain agar kita dapat membentuk sebuah masyarakat yang bersatu-padu dan harmoni. Walaupun saban tahun kita menyambut kedatangan Nisfu Sya’ban, namun pencemaran tauhid masih berleluasa di kalangan masyarakat kita dan perasaan saling dengki, fitnah memfitnah dan bertelingkah pendapat tetap menjadi sifat yang sinonim dengan bangsa Melayu. Dicatat oleh Nawawi Bin Subandi di Rabu, Ogos 29, 2007 0 ulasan
Label: Amalan Bid'ah Rabu 22 Ogos 2007 018 - Fatwa Para ‘Ulama Berkenaan Merayakan Sambutan Nisfu Syaaban – SUATU TUNTUTAN ATAU KEPALSUAN? Fatwa Para ‘Ulama Berkenaan Merayakan Sambutan Nisfu Syaaban – SUATU TUNTUTAN ATAU KEPALSUAN? Bacaan yasin
Umat Islam di Malaysia umumnya menyambut malam nisfu Syaaban (15hb Syaaban) dengan mengadakan majlis membaca surah Yasin sebanyak tiga kali selepas solat Maghrib. Di celahcelah bacaan Yasin ini diselitkan dengan bacaan doa seperti , selepas bacaan Yasin pertama dengan doa untuk diselamatkan dunia akhirat, selepas bacaan Yasin kedua doa supaya dipanjangkan umur dalam keberkatan dan selepas bacaan Yasin ketiga doa supaya dianugerahkan rezeki yang halal. Diperhatikan bahawa amalan sambutan Nisfu Syaaban yang kaifiatnya sebegini tidak diamalkan di tempat lain di seluruh dunia. Tidak hairanlah tiada fatwa yang dikeluarkan oleh Ulama muktabar dunia masakini tentang sahih batilnya amalan ini. Kita beramal dan beribadat adalah untuk mendapat pahala dan kebaikan . Amalan ini hendaklah ada contohnya dari Rasulullah s.a.w. atau sahabat-sahabat atau ada petunjuk yang jelas dari alQuran dan as-sunnah. Amalan mengkhususkan bacaan dan doa tertentu pada sesuatu masa tanpa nas yang sahih adalah amalan bidaah yang tertolak dan dikhuatiri berdosa; setidak-tidaknya ia akan membazirkan masa dan memenatkan badan. Kita boleh membaca surah Yasin sebanyak mungkin pada bila-bila masa untuk mendapat pahala tetapi tidak dengan mengkhususkan kepada malam nisfu Syabaan dan dengan bilangan tiga kali. Kita digalakkan berdoa apa saja kepada Allah s.w.t untuk kebaikan dunia dan di akhirat tetapi tidak perlu dikhususkan di celah-celah bacaan Yasin di malam nisfu Syaaban. Dan kita boleh membaca surah Yasin dan berdoa bersendirian, di mana-mana dan bila-bila saja dan tidak perlu berkampung di masjid-masjid dengan harapan mendapat ganjaran istimewa dari Allah s.w.t. Berikut adalah fatwa yang dikeluarkan oleh seorang ulama
terkemuka di Timur Tengah untuk menjelaskan tentang amalan bidaah di malam nisfu Syaaban. Perhatikan bahawa beliau tidak menyebut amalan membaca Yasin dan doa-doa yang mengiringinya kerana amalan tersebut tidak diamalkan oleh penduduk di Timur Tengah atau di bahagian lain dunia Islam. Boleh dikatakan bahawa amalan baca Yasin dan doa ini adalah sebahagian dari sekian banyak amalan bidaah ciptaan rakyat tempatan khusus untuk amalan penduduk nusantara ini! 'Solat Sunat' Nisfu Syaaban Firman Allah (mafhumnya): “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu." [al-Maa’idah 5:3]. “Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan mana-mana bahagian dari agama mereka sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah?" [al-Syur.a 42:21] Dalam kitab al-Sahihain (Bukhari & Muslim) diriwayatkan daripada `Aisyah (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) pernah bersabda: "barangsiapa mengada-adakan perkara baru dalam urusan (agama) kita ini yang mana bukan sebahagian daripadanya, akan tertolak.” Dalam Sahih Muslim diriwayatkan daripada Jabir r.a, Nabi (s.a.w) bersabda dalam khutbah Baginda: "Tetaplah kamu dengan Sunnahku dan Sunnah para Khulafa' Rasyidun, serta berpegang teguhlah padanya... Berwaspadalah terhadap perkara yang baru diada-adakan, kerana setiap perkara baru adalah bid'ah dan setiap perkara bid'ah itu adalah sesat.” Terdapat banyak lagi ayat Qur'an dan hadis yang seumpamanya. Ini jelas sekali menunjukkan bahawa Allah telah sempurnakan agama umat ini, dan mencukupkan nikmatNya ke atas mereka. Tuhan tidak mengambil nyawa RasulNya sehinggalah Baginda selesai menyampaikan perutusan dengan seterang-terangnya dan menghuraikan kepada ummah segala apa yang telah diperintahkan Allah samada amalan perbuatan mahupun
percakapan. Baginda s.a.w telah menerangkan bahawa untuk ibadah yang direka selepas kewafatan Baginda, segala bacaan dan amalan yang kononnya dilakukan menurut Islam, kesemua ini akan dicampakkan kembali kepada orang yang mencipta amalan tersebut, meskipun ia berniat baik. Para Sahabat Nabi s.a.w tahu tentang hakikat ini, begitu juga para salaf selepas mereka. Mereka mengecam bid’ah dan menegahnya, sebagaimana telah dicatatkan dalam kitab-kitab yang menyanjung Sunnah dan mengecam bid’ah, ditulis oleh bin Waddah, al-Tartushi, bin Shamah dan lain-lain. Antara amalan bid’ah yang direka manusia ialah menyambut hari pertengahan dalam bulan Syaaban (Nisfu Syaaban), dan menganjurkan puasa pada hari tersebut. Tidak ada nas (dalil) yang boleh dipercayai tentang puasa ini. Ada beberapa hadis dhaif telah dirujuk tentang fadhilat puasa ini, tetapi ianya tidak boleh dijadikan pegangan. Hadis-hadis diriwayatkan mengenai fadhilat doa sempena nisfu Syaaban kesemuanya adalah maudhu’ (rekaan semata-mata), sebagaimana telah diperjelaskan oleh sebahagian besar alim ulama. Kita akan lihat beberapa petikan dari ulasan para alim ulama ini. Beberapa riwayat tentang hal ini telah dinukilkan daripada sebahagian ulama salaf di Syria dan lain-lain. Menurut jumhur ulama, menyambut nisfu Syaaban adalah bid’ah, dan hadis-hadis tentang fadhilat-fadhilat berkenaan hari tersebut adalah dhaif (lemah), sebahagian besar yang lain pula adalah maudhu’ (rekaan). Antara ulama yang memperjelaskan hal ini adalah alHaafiz bin Rejab, di dalam kitabnya Lataa’if al-Ma’aarif, dan lainlain. Hadis-hadis dha`if berkenaan ibadah hanya boleh diterimapakai untuk amalan ibadat yang terdapat menerusi nasnas yang Sahih. Tidak ada asas yang Sahih bagi sambutan nisfu Syaaban, oleh itu hadis-hadis dha`if tersebut tidak dapat
digunapakai. Prinsip asas yang penting ini telah disebutkan oleh Imam Abu’l-‘Abbas Sheikh al-Islam bin Taymiyah (rahimahullah). Para alim ulama (rahimahumullah) telah sepakat bahawa apabila wujud perselisihan di kalangan umat, maka wajiblah merujuk kepada Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w. Apa-apa keputusan yang diperolehi daripada salah satu atau keduaduanya adalah syariat yang wajib ditaati, sebaliknya apa-apa yang didapati bercanggah dengan kedua-duanya mestilah ditolak. Oleh itu sebarang amalan ibadat yang tidak dinyatakan di dalam kedua-dua (Qur’an dan Sunnah) adalah bid’ah dan tidak dibenarkan melakukannya, apatah lagi mengajak orang lain melakukannya atau mengiktirafkannya. Sebagaimana Firman Allah (mafhumnya): “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantahbantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya." [al-Nisa’ 4:59] “Dan (katakanlah wahai Muhammad kepada pengikutpengikutmu): Apa jua perkara agama yang kamu berselisihan padanya maka hukum pemutusnya terserah kepada Allah; Hakim yang demikian kekuasaanNya ialah Allah Tuhanku; kepadaNyalah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku rujuk kembali (dalam segala keadaan).”[al-Shura 42:10]. “Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosadosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” [Aal ‘Imr.an 3:31]
“Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.” [al-Nisa’ 4:65] Banyak lagi ayat-ayat lain yang serupa maksudnya seperti di atas, yang menyatakan dengan jelas bahawa sebarang perselisihan wajib dirujuk kepada Qur’an dan Sunnah, seterusnya wajib mentaati keputusan yang diperolehi daripada kedua-dua Nas ini. Ini merupakan syarat iman, dan inilah yang terbaik untuk manusia di dunia dan di akhirat: “Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya” [al-Nisa’ 4:59 – mafhumnya] maksudnya ialah Hari Akhirat. Al-Hafiz bin Rejab (R.A) menyebut di dalam kitabnya Lataa’if alMa’aarif tentang isu ini – setelah membincangkannya secara panjang lebar – “Malam Nisfu Syaaban asalnya diutamakan oleh golongan Tabi’in di kalangan penduduk Sham, antaranya Khalid bin Mi’dan, Makhul, Luqman bin ‘Amir dan lain-lain, di mana mereka beribadah bersungguh-sungguh pada malam tersebut. Orang awam menganggap bahawa malam tersebut adalah mulia kerana perbuatan mereka ini. Disebutkan bahawa mereka telah mendengar riwayat-riwayat Israiliyyat berkenaan kelebihan malam tersebut, sedangkan jumhur ulama di Hijaz menolak kesahihan riwayat ini, antara mereka adalah ‘Ata’ dan Ibnu Abi Malikah. ‘Abdul Rahman bin Zaid bin Aslam meriwayatkan fatwa ini daripada fuqaha’ (Ulama Ahli Fiqh) di Madinah, dan inilah pandangan ulama-ulama Maliki dan lain-lain. Kata mereka: semua ini adalah bid’ah…
Imam Ahmad tidak pernah diketahui menyebut apa-apa pun tentang (adanya sambutan) Malam Nisfu Syaaban… Tentang amalan berdoa sepanjang Malam Nisfu Syaaban, tidak ada riwayat yang sahih daripada Nabi (s.a.w) ataupun daripada Para Sahabat Baginda …” Inilah apa yang telah disebutkan oleh al-Hafiz bin Rejab (R.A). Beliau menyatakan dengan jelas bahawa tidak ada langsung riwayat sahih daripada Rasulullah s.a.w mahupun daripada Sahabat-sahabat Baginda (R.A) mengenai Malam Nisfu Shaaban (pertengahan bulan Syaaban). Dalam keadaan di mana tidak ada bukti shar’i bahawa apa-apa perkara itu disuruh oleh Islam, tidak dibenarkan bagi Umat Islam untuk mereka-reka perkara baru dalam agama Allah, tidak kiralah ianya amalan perseorangan ataupun berkumpulan, samada dilakukan secara terbuka mahupun tertutup, berdasarkan maksud umum hadith Rasulullah s.a.w: “Barangsiapa melakukan apa sahaja amalan yang bukan sebahagian daripada urusan kita ini [Islam], amalan itu akan tertolak.” Banyak lagi dalil yang menegaskan bahawa bid’ah mesti ditegah dan memerintahkan agar menjauhinya. Imam Abu Bakr al-Tartushi (R.A) menyebut dalam kitabnya alHawadith wa’l-Bida’: “Ibn Waddah meriwayatkan bahawa Zayd bin Aslam berkata: Kami tidak pernah menemui seorang pun dari kalangan ulama dan and fuqaha’ kami yang memberi perhatian lebih kepada Malam Nisfu Shaaban, tidak ada juga yang memberi perhatian kepada hadith Makhul, atau yang beranggapan bahawa malam tersebut adalah lebih istimewa daripada malam-malam lain. Pernah ada orang mengadu kepada Ibnu Abi Maleekah bahawa Ziyad an-Numairi mengatakan bahawa pahala di Malam
Nisfu Shaaban adalah menyamai pahala Lailatul-Qadar. Beliau menjawab, “Sekiranya aku dengar sendiri dia berkata begitu dan ada kayu di tanganku, pasti aku akan memukulnya (dengan kayu itu). Ziyad seorang pereka cerita.” Al-Shaukani (R.A) berkata dalam al-Fawa’id al-Majmu’ah: “Hadith yang berbunyi: ‘Wahai ‘Ali, barangsiapa bersolat seratus rakaat di Malam Nisfu Shaaban, dengan membaca pada setiap rakaat Ummul Kitab [Surah al-Fatihah] dan Qul Huwallahu Ahad sepuluh kali, Allah akan memenuhi segala keperluannya…’ Hadis ini maudhu’ (rekaan semata-mata). Susunan katanya menyebut dengan jelas ganjaran yang akan diterima oleh orang yang melakukannya, dan tidak ada orang yang waras yang boleh meragui bahawa ‘hadis’ ini adalah rekaan. Lebih-lebih lagi, perawi dalam isnad hadis ini adalah majhul (tidak dikenali). ‘Hadis’ ini juga diriwayatkan melalui sanad yang lain, yang mana kesemua adalah direka dan kesemua perawinya adalah are majhul (tidak diketahui asal-usulnya). Di dalam kitab al-Mukhtasar, beliau menukilkan: Hadith yang menyebut tentang solat di tengah bulan Syaaban adalah hadis palsu, dan hadis Ali yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban – “ Apabila tiba malam pertengahan Syaaban, penuhilah malamnya dengan solat dan berpuasalah di siang harinya” – adalah dhaif (lemah). Di dalam kitab al-La’aali’ beliau berkata, “Seratus rakaat di pertengahan Syaaban, membaca (Surah) al-Ikhlas sepuluh kali di setiap rakaat… (hadis ini) adalah maudhu’ (direka), dan kesemua perawi dalam tiga isnadnya adalah majhul (tidak dikenali) dan dhaif (lemah). Katanya lagi: dan dua belas rakaat, membaca alIkhlaas tiga puluh kali setiap rakaat, ini juga adalah maudhu’; dan empat belas (rakaat), juga adalah maudhu’.
Beberapa orang fuqaha’ telah tertipu oleh hadis palsu ini, antaranya pengarang al-Ihya’ dan lain-lain, dan juga sebahagian ulama mufassirin. Solat khusus di malam ini – di pertengahan bulan Syaaban – telah diterangkan dalam pelbagai bentuk, kesemuanya adalah palsu dan direka-reka.” Al-Hafiz al-‘Iraqi berkata: “Hadith tentang solat di malam pertengahan Syaaban adalah maudhu’, dan disandarkan secara palsu terhadap Rasulullah s.a.w.” Imam al-Nawawi berkata di dalam bukunya al-Majmu’: “Sembahyang yang dikenali sebagai solat al-raghaa’ib, didirikan sebanyak dua belas rakaat antara Maghrib dan ‘Isyak pada malam Jumaat pertama di bulan Rejab, dan sembahyang sunat Malam Nisfu Shaaban, sebanyak seratus rakaat – kedua-dua sembahyang ini adalah bid’ah yang tercela. Sepatutnya orang ramai tidak tertipu disebabkan ianya disebut dalam Qut al-Qulub dan Ihya’ ‘Ulum al-Din, atau oleh hadis-hadis yang disebutkan dalam kedua-dua kitab ini. Kesemuanya adalah palsu. Orang ramai juga tidak sepatutnya tertipu disebabkan kerana beberapa imam telah keliru dalam hal ini dan menulis beberapa helaian yang menyebut bahawa sembahyang ini adalah mustahabb (sunat), kerana dalam hal ini mereka tersilap.” Sheikh al-Imam Abu Muhammad ‘Abd al-Rahman bin Isma’il alMaqdisi telah menulis sebuah kitab yang amat berharga, yang membuktikan bahawa riwayat-riwayat tersebut adalah palsu, dan jasa beliau sangatlah besar. Alim `ulama telah membincangkan hal ini dengan panjang lebar, dan sekiranya kami ingin memetik keseluruhan perbincangan tersebut untuk dicatatkan di sini, tentu akan mengambil masa yang sangat panjang. Mudah-mudahan
apa yang telah disebutkan di atas sudah memadai bagi anda yang mencari kebenaran. Daripada ayat-ayat Qur’an, hadis-hadis dan pendapat ulama yang dipetik di atas, sudah jelas bagi kita bahawa menyambut pertengahan bulan Syaaban dengan cara bersembahyang di malamnya atau dengan mana-mana cara yang lain, atau dengan mengkhususkan puasa pada hari tersebut, adalah bid’ah yang ditolak oleh jumhur ulama. Amalan tersebut tiada asas dalam syariat Islam yang tulen; bahkan ianya hanyalah salah satu perkara yang diada-adakan dalam Islam selepas berakhirnya zaman Sahabat (radhiallahu `anhum). Amat memadai, dalam hal ini, untuk kita fahami kalam Allah (mafhumnya): “Pada hari ini Aku telah sempurnakan agama kamu untukmu..…”[al-Ma’idah 5:3]. dan beberapa ayat yang seumpamanya; dan kata-kata Nabi s.a.w: “Barangsiapa yang mengada-adakan perkara baru dalam urusan (agama) kita ini yang (pada hakikatnya) bukan sebahagian daripadanya, tidak akan diterima” dan beberapa hadis yang serupa. Dalam Sahih Muslim diriwayatkan bahawa Abu Hurarah (R.A) berkata: “Rasulullah s.a.w bersabda: ‘Janganlah kamu khususkan malam Jumaat untuk bersembahyang malam dan janganlah khususkan siang hari Jumaat untuk berpuasa, melainkan jika puasa di hari itu adalah sebahagian daripada puasa-puasa yang kamu amalkan berterusan berterusan.’” Seandainya dibenarkan untuk mengkhususkan mana-mana malam untuk amalan ibadah yang istimewa, sudah tentu malam Jumaat adalah yang paling sesuai, kerana siang hari Jumaat adalah hari yang paling baik bermula terbit mataharinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis Sahih yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. Memandangkan Nabi s.a.w sendiri melarang dari mengkhususkan
malam tersebut untuk bertahajjud, itu menandakan bahawa adalah lebih dilarang sekiranya dikhususkan malam-malam lain untuk sebarang bentuk ibadat, kecuali di mana terdapat nas yang Sahih yang mengkhususkan malam tertentu. Oleh kerana telah disyariatkan untuk memenuhi malam LailatulQadr dan malam-malam lain di bulan Ramadhan dengan bersolat, Rasulullah s.a.w memberi perhatian kepadanya dan menyuruh umatnya bersolat malam sepanjang tempoh tersebut. Baginda sendiri melaksanakannya, sebagaimana disebut dalam alSahihain, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa bersolat qiyam di bulan Ramadan dengan penuh iman dan mengharapkan pahala, Allah akan ampunkan dosa-dosanya yang telah lalu” dan “Barangsiapa memenuhi malam Lailatul Qadr dengan bersolat (sunat) disebabkan iman dan mencari pahala, Allah ampunkan kesemua dosanya yang telah lalu.” Akan tetapi sekiranya disyariatkan untuk mengkhususkan malam pertengahan bulan Syaaban, atau malam Jumaat pertama di bulan Rejab, atau di malam Isra’ dan Mi’raj, dengan meraikannya ataupun dengan melakukan amalan ibadat yang khusus, maka sudah tentu Rasulullah s.a.w telah mengajar umatnya melakukannya, dan Baginda sendiri melakukannya. Jika pernah berlaku sedemikian, para Sahabat Baginda (R.A) pasti akan memperturunkan amalan amalan tersebut kepada umat terkemudian; tidak mungkin mereka menyembunyikan amalan daripada umat terkemudian, kerana mereka adalah generasi yang terbaik dan yang paling amanah selepas Rasulullah, radhiallahu `anhum, dan semoga Allah merahmati kesemua sahabat Rasulullah s.a.w. Sekarang kita telah membaca sendiri kata-kata ulama yang dipetik di atas bahawa tidak ada riwayat daripada Rasulullah
s.a.w mahupun Para Sahabat (R.A) berkenaan kelebihan malam Jumaat pertama bulan Rejab, atau malam pertengahan bulan Syaaban. Maka kita tahu bahawa menyambut hari tersebut adalah satu perkara baru yang dimasukkan ke dalam Islam, dan mengkhususkan waktu-waktu ini untuk amalan ibadat tertentu adalah bid’ah yang tercela. Samalah juga dengan sambutan malam ke dua puluh tujuh bulan Rejab, yang mana disangkakan oleh sesetengah orang sebagai malam Isra’ dan Mi’raj; tidak dibenarkan mengkhususkan hari tersebut untuk amalan tertentu, atau meraikan tarikh tersebut, berdasarkan dalil yang dipetik di atas. Ini sekiranya tarikh sebenar Isra’ and Mi’raj telah diketahui, maka bagaimana sekiranya pandangan ulama yang benar adalah tarikh sebanar Isra’ and Mi’raj tidak diketahui! Pandangan yang mengatakan ianya berlaku pada malam ke dua puluh tujuh di bulan Rejab adalah riwayat yang palsu yang tiada asas dalam hadis-hadis sahih. Baik sekiranya seseorang itu berkata: “Perkara paling baik adalah yang mengikut jalan para salaf, dan perkara paling buruk adalah perkara yang diada-adakan.” Kita memohon agar Allah membantu kita dan seluruh umat Islam untuk berpegang teguh kepada Sunnah dan menjauhi segala yang bertentangan dengannya, kerana Dialah yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. Semoga Allah merahmati Pesuruh dan UtusanNya, Nabi kita Muhammad s.a.w, serta kesemua ahli keluarga dan Para Sahabat baginda. [Dipetik daripada Majmu’ Fatawa Samahat al-Sheikh ‘Abdul-‘Aziz bin Baz, 2/882] Jumaat: 10/10/2003 Daripada web utama Darulkausar
Dicatat oleh Nawawi Bin Subandi di Rabu, Ogos 22, 2007 2 ulasan
Label: Amalan Bid'ah 017 - PENILAIAN SEMULA AMALAN-AMALAN DI BULAN REJAB – SAHIHKAH IA? PENILAIAN SEMULA AMALAN-AMALAN DI BULAN REJAB – SAHIHKAH IA? Proper format/view: http://fiqh-sunnah.blogspot.com Download artikel yang berkaitan: - Bid’ah-Bid’ah Di Bulan Rejab - Penilaian Semula Amalan-amalan Di Bulan Rejab Allah swt telah mengutuskan para rasul dan menurunkan kitabkitabnya serta menyediakan batas-batas arahan dan larangan atau boleh juga disebut sebagai syariat kepada manusia. Ini semua bertujuan tidak lain dan tidak bukan supaya manusia itu mengabdikan diri serta mentauhidkan Allah swt di dalam semua keadaan dan tingkah lakunya. Malah, inilah tujuan utama penciptaan makhluk seperti mana yang ditegaskan oleh Allah swt di dalam firmannya yang bermaksud: "Dan tidak Aku ciptakan jin dam manusia itu kecuali untuk mengabdikan diri kepada-Ku". (Surah al-Zaariyat: ayat 56). Suatu perkara yang penting dan perlu untuk diberikan perhatian bahawa segala bentuk ibadah ini tidak akan diterima oleh Allah swt melainkan jika ianya dilakukan dengan penuh keikhlasan kepada Allah swt serta menepati dengan cara yang dilakukan dan diperintahkan oleh Rasulullah saw. Maka sebarang bentuk ibadah
yang tidak memenuhi dua syarat ini, ianya tidak akan diterima oleh Allah swt apatah lagi untuk diberikan ganjaran. Allah swt berfirman yang bermaksud: "Maka barangsiapa yang percaya dan mengharapkan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia melakukan amalan soleh dan janganlah mempersekutukan sesiapa pun di dalam ibadah kepada Tuhannya". (Surah al-Kahfi: ayat 110). Al-Imam Ibn Kathir (w 774 H) di dalam menafsirkan ayat ini menyatakan bahawa: ((Barangsiapa yang mengharapkan ganjaran serta balasan yang baik hendaklah ia melakukan amalan yang bertepatan dengan syariat Allah, dan hanya kerana Allah (ikhlas) serta tidak ada sekutu bagi-Nya, dan inilah dua rukun untuk diterima segala amalan, iaitu mesti dilakukan dengan ikhlas kepada Allah dan menepati dengan syariat yang dibawa oleh Rasulullah saw)). (Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-‘Azim (Dimashq: Maktabah Dar al-Fiha’, cetakan ke-2, 1998), jilid 3, m/s 147). Hal ini dikuatkan lagi dengan pendapat para ulamak, antaranya al-Fudhail bin ‘Iyadh r.h dalam kata-katanya: Sesungguhnya amalan yang dilakukan dengan penuh keikhlasan tetapi tidak betul maka ianya tidak akan diterima, dan jika dilakukan dengan betul tetapi tidak ikhlas, ianya juga tidak diterima, sehinggalah ianya dilakukan dengan penuh keikhlasan dan betul. Dan ikhlas itu ialah apabila dilakukan hanya kerana Allah ‘Azza wa Jalla, dan betul itu pula ialah apabila dilakukan menepati sunnah Rasulullah saw. (Ibn Rejab al-Hanbali, Jami’ al-‘Ulum wa al-Hikam, (Beirut: alMaktabah al-‘Asriyah, cetakan ke-3, 2000), m/s 15). Bulan Rejab dan amalan yang dilakukan di dalamnya Bulan Rejab adalah antara salah satu bulan yang termasuk di dalam bulan-bulan yang suci. Dinamakan dengan Rejab
bersempena dengan penghormatan terhadapnya di zaman jahiliyyah dengan tidak melakukan sebarang peperangan di dalam bulan ini. (Al-Razi, Mukhtar al-Sihah (Bierut: Muassah alRisalah, 2001), m/s 215) Telah menjadi amalan kebanyakan umat Islam untuk menghidupkan bulan ini dengan pelbagai amalan. Persoalannya, adakah amalan-amalan tersebut dilakukan dengan ikhlas dan menepati sunnah Rasulullah saw untuk melayakkan amalan tersebut diterima? Menyentuh tentang persoalan ikhlas, kemungkinan semua orang memilikinya, tetapi adakah amalan tersebut bertepatan dengan syariat dan sunnah Rasulullah saw. Justeru, menjadi kewajipan ke atas umat Islam untuk menyemak dan memastikan segala amalan yang dilakukannya itu bertepatan dengan syariat dan sama dengan cara yang dilakukan oleh Rasulullah saw. Antara amalan-amalan yang dilakukan oleh umat Islam dalam bulan Rejab ini yang tidak menepati sunnah Rasulullah saw ialah: 1 - Menghidupkan malam ke-27, dan dinamakan dengan malam al-Isra’ wa al-Mi’raj. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa peristiwa al-Isra’ wa al-Mi’raj merupakan salah satu daripada peristiwa besar dan penting di dalam sejarah Islam. Ianya bukti kepada kebesaran Allah swt dan kebenaran Nabi Muhamad saw serta risalah yang dibawa oleh Baginda. Tersebar luas di kalangan umat Islam bahawa peristiwa agung ini berlaku di malam dua puluh tujuh di bulan Rejab. Maka sebahagian besar umat Islam menyambut dan menghidupkan malam ini dengan amalan-amalan yang khusus dengan mengharapkan fadhilat-fadhilat tertentu. Tetapi pendapat ini adalah tidak tepat sepertimana yang disebut oleh Syiekh Abdullah bin Abd al-Aziz bin Baz: Dan malam ini yang dikatakan
berlaku padanya peristiwa al-Isra’ wa al-Mi’raj, tidak ada satu hadith sahih pun yang menyebut tentang tarikh peristiwa ini secara khusus, dan semua pendapat yang menyebut tentang tarikh berlakunya peristiwa ini secara khusus adalah tidak thabit daripada Rasulullah saw di sisi ulamak hadith, dan kepada Allah jualah diserahkan segala hikmah disebalik kerahsiaan ini kepada manusia, dan walau sekiranya terdapat hadith sahih yang menjelaskan tentang perkara ini, tetap juga tidak dibenarkan umat Islam untuk menghidupkan malam ini dengan amalanamalan yang khusus, serta tidak harus untuk menghidupkannya dengan sebarang perayaan kerana Rasulullah saw dan para sahabat r.a tidak pernah merayakannya dan tidak melakukan sebarang amalan yang khusus. Sekiranya menghidupkan atau merayakan malam ke-27 ini amalan yang disyariatkan, semestinya Nabi saw akan menunjukan panduannya sama ada dengan kata-kata atau perbuatannya, dan sekiranya amalan ini pernah dilakukan oleh Baginda saw, semestinya akan diketahui dan masyhur serta akan disampaikan oleh para sahabat ra kepada kita. (Abdullah bin Abd al-Aziz bin Baz, al-Tahzir min alBida’, cetakan ke-3, Uni. Islam Madinah, m/s 7). 2 - Solat Raghaib Solat ini dilakukan berdasarkan kepada satu hadith maudhu’ yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra, katanya: Telah bersabda Rasulullah saw: Rejab bulan Allah, Sya’ban bulan-ku, dan Ramadhan bulan umatku… dan tidak ada seorang pun yang berpuasa pada hari Khamis yang pertama dalam bulan Rejab kemudian melakukan solat diantara waktu Maghrib dan ‘Atamah (waktu sepertiga awal malam), iaitu dilakukan pada malam Jumaat sebanyak dua belas rakaat, dibaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah sekali dan surah al-Qadr tiga kali, dan surah alIkhlas sebanyak dua belas kali, dan diselangi setiap dua rakaat dengan salam, dan apabila telah selesai, ia berselawat ke atasku
sebanyak 70 kali, kemudian membaca: (Allahumma salli ‘ala Muhammadin Nabiy al-Ummiy wa ‘ala alihi), kemudian sujud dan membaca: (Subbhuhun Quddusun Rabbu al-Malaikatu wa al-Ruh) sebanyak 70 kali, kemudian ia angkat kepalanya dan kemudian membaca: (Rabbi ighfir warham watajawaj ‘amma ta’lamu innaka anta al-‘azizu al-a’dzam) sebanyak 70 kali, kemudian ia sujud kali kedua dan membaca seperti bacaan di sujud pertama, kemudian ia mohon kepada Allah segala hajatnya, nescaya akan ditunaikan. Bersabda Rasulullah saw lagi: Dan demi diriku yang di tanganNya, tidak ada seorang hamba pun, lelaki mahupun perempuan yang mengerjakan solat ini melainkan akan diampunkan Allah sekelian dosanya, walau pun seperti buih di lautan dan sebanyak dedaun di pohonan, dan ia akan dapat memberi syafaat pada hari Qiamat untuk 700 orang di kalangan kaum keluarganya…)) (Diriwayatkan oleh Ibn al-Jauzi, di dalam kitabnya al-Maudhu ‘at, jilid 2, m/s 124-125). Seterusnya Ibn al-Jauzi menyebut: ((Hadith ini adalah maudhu’ dan dusta ke atas Rasulullah saw, di dalam nya terdapat seorang rawi yang bernama Ibn Jahdham yang terkenal dengan dusta, dan aku mendengar guruku; Abd al-Wahab berkata: Para rawinya majhul (tidak dikenali) dan telah disemak tentang peribadi mereka ini di dalam semua kitab tetapi tidak ku temui tentang mereka). Al-Imam al-Syaukaniy rh juga menyebut di dalam kitabnya: alFawaid al-Majmu ‘ah fi al-Ahadith al-Maudhu‘ah: ((Hadith ini adalah maudhu’ dan perawinya adalah majhul (tidak dikenali), dan solat Raghaib yang masyhur ini telah sepakat para ulamak bahawa ia adalah maudhu’)). Setelah kita mengetahui tentang kedudukan hadith yang menyebut tentang solat Raghaib ini, marilah kita melihat apakah pandangan para ulamak tentang hukum mengerjakan solat
tersebut. Imam al-Nawawi (w 676H) berkata: Sesungguhnya ia adalah bid ‘ah yang ditegah di antara bid ‘ah-bid ‘ah yang sesat, dan padanya terdapat pelbagai percanggahan yang jelas, Allah memerangi mereka yang mencipta dan mereka-reka solat ini, dan para imam telah menulis pelbagai penulisan yang bernilai dan bermutu yang menyebut tentang keburukannya, kesesatan orang yang mengerjakan sembahyang ini, dan yang melakukan bid ‘ah ini, serta dalil tentang kejelekan, kebatilan serta kesesatan orang yang mengamalkannya adalah terlalu banyak dan tidak terhitung. (Al-Nawawi, al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, (Bierut: Dar alMa’rifah, cetakan ke-7, 2000), jilid 8, m/s 262. Al-Imam Ibn Taimiyah (w 728 H) juga menyanggah pendapat tentang kewujudan solat ini dengan berkata: Solat ini (Raghaib) ini tidak dilakukan oleh Rasulullah saw dan tidak pula oleh seorang pun dikalangan para sahabat Baginda, tabi‘in dan para imam kaum Muslimin, dan Nabi saw tidak menggalakkannya serta tidak terdapat seorang pun dikalangan ulamak salaf dan imamimam yang menggalakannya dan mereka tidak pernah menyebut akan adanya keutamaan-keutamaan yang khusus bagi malam ini. Hadith-hadith yang menyebut mengenainya adalah dusta dan maudhu’ dengan sepakat ahli ilmu, maka oleh kerana itu ahli-ahli tahqiq mengatakan bahawa solat tersebut adalah makruh, bukan sunat)). (Ibn Taimiyah, Majmu’ al-Fatawa, 1/149) Menurut al-Hafiz Ibn Rejab pula: Solat ini adalah bid‘ah di sisi jumhur (kebanyakan) ulamak, dan di antara mereka yang menyebut tentang perkara ini adalah di kalangan ulamak yang terkemudian seperti Abu Ismail al-Haruwi, Abu Bakar ibn alSam‘aniy, Abu al-Fadhl ibn Nasir, Abu al-Farj ibn al-Jawzi dan yang lain lagi, dan perkara ini tidak disebut oleh ulamak yang awal disebabkan ianya hanya muncul selepas daripada zaman mereka,
dan yang terawal timbulnya perkara ini ialah selepas 400 tahun, maka sebab itulah golongan ulamak yang awal dan terdahulu tidak mengetahuinya dan tidak membincangkannya. (Ibn Rejab, Lataif al-Ma ‘arif, m/s 228) Terdapat ramai lagi dikalangan ulamak yang membincangkan tentang hukum solat Raghaib ini. Kesimpulan yang dapat dibuat daripada pendapat-pendapat mereka semuanya menafikan kewujudan solat ini dan menganggap ia sebagai salah satu bid ‘ah (ibadat yang direka-reka) yang amat ditegah dan tidak boleh mengamalkannya kerana ianya tidak thabit daripada Rasulullah saw mahupun para sahabat ra serta al-tabi’in.. 3 - Berpuasa penuh di bulan Rejab atau sebahagiannya dengan menganggap ianya mempunyai fadhilat yang khas. Sesetengah daripada umat Islam akan berpuasa di bulan ini sepenuhnya atau sebahagainya dan mereka menganggap puasa ini mempunyai kelebihan dan fadhilat yang khusus. Tetapi malangnya, ganjaran atau kelebihan yang khas bagi mereka yang melakukan amalan ini tidak bersumberkan daripada al-Quran atau hadith-hadith yang sahih. Bahkan ianya diambil daripada hadithhadith yang maudhu’ (palsu) dan yang lebih malang lagi hadithhadith ini disebarkan oleh golongan-golongan agama atau ustazustaz kepada masyarakat Islam samada di dalam kuliah-kuliah mereka atau melalui penulisan. Antara hadith-hadith maudhu’ yang tersebar luas mengenai fadhilat puasa di bulan Rejab ini ialah: 1. Ibnu al-Jawzi menyebutkan dari riwayat Muhamad bin AbdulBaqi dari Abu Bakr Muhamad bin al-Hassan al-Naqqasy, dari Abu Said r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:
"Rejab adalah bulan Allah, Sya’ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku, maka barangsiapa yang berpuasa bulan Rejab dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala dari Allah, maka ia wajib mendapat keredhaan Allah Yang Maha Agung dan ditempatkannya di Syurga al-Firdaus yang tertinggi. Sesiapa yang berpuasa dua hari dari bulan Rejab maka baginya pahala dua kali ganda, timbangan tiap-tiap ganda bagaikan bukit-bukit di dunia. Barangsiapa yang berpuasa tiga hari dari bulan Rejab maka Allah menjadikan antaranya dan Neraka sebuah parit yang panjangnya setahun perjalanan. Barangsiapa yang berpuasa empat hari dari bulan Rejab maka ia akan diselamatkan dari bala, gila, kusta, sopak, fitnah al-Masih al-Dajjal dan dari azab kubur…." Ibnu al-Jawzi telah menghukum hadith ini dengan maudhu’. 2. Ibnu Shahin meriwayatkan dari Ali r.a dari Harun bin ‘Antarah bahawa Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhya bulan Rejab adalah bulan yang agung, maka barangsiapa yang berpuasa sehari dari bulan Rejab nescaya Allah menuliskan baginya puasa seribu tahun. Siapa yang berpuasa dua hari dari bulan Rejab maka Allah menuliskan baginya puasa dua ribu tahun. Siapa yang berpuasa tiga hari dari bulan Rejab maka Allah menulis baginya puasa tiga ribu tahun…" Menurut Ibnu ‘Iraq: Hadith ini adalah maudhu’ tanpa syak lagi. Harun bin ‘Antarah pula disi Ibnu Hibban adalah seorang pereka hadith. 3. Diriwayatkan daripada Ali bin Abu Talib r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: "Aku dibangkitkan sebagai Nabi pada 27 Rejab, maka barangsiapa yang berpuasa pada hari itu dan ia berdoa sewaktu berbuka
puasa, maka puasa itu menjadi kifarat baginya selama sepuluh tahun". Hadith ini telah disebut oleh al-Hafidz Ibnu Hajar dari kitab Fawaid susunan Abu al-Hassan bin Shakhr dengan sanad yang batil. Demikianlah antara contoh sebahagian kecil daripada hadithhadith palsu yang tersebar dikalangan masyarakat Islam mengenai fadhilat puasa di bulan Rejab ini. Masih terdapat banyak lagi hadith-hadith palsu lain mengenai fadhilat puasa di bulan ini yang sesetengah daripada fadhilat tersebut tidak dapat diterima oleh akal yang sejahtera, apatah lagi ianya bercangggah dengan kaedah dan prinsip asas agama. Al-Hafiz Ibn Hajar di dalam menyentuh perkara ini berkata: Tidak terdapat hadith-hadith yang boleh dijadikan hujah yang menyebut tentang fadhilat khusus bulan Rejab, atau fadhilat berpuasa (sepenuhnya) di bulan ini, atau berpuasa sebahagiannya, atau menghidupkan malamnya yang khusus. (Ibn Hajar, Tabyin al-‘Ajab fi ma warada fi Fadhl Rajab, m/s 23). Sayyidina Omar al-Khattab melarang orang berpuasa dibulan ini dan beliau pernah memukul tangan orang yang tidak mahu makan disebabkan berpuasa di bulan Rejab. (al-Suyuti, al-Amr bi al-Ittiba’ wa al-nahyu an al-Ibtida’, (Bierut: Dar al-Kutub al-Ilmiyah, cet.1, 1988), m/s 63). Al-Imam Al-Syawkaniy pula menyebut di dalam kitabnya alFawaid: ((Dalam satu risalahnya Ali bin Ibrahim al-‘Athar berkata: Apa yang diriwayatkan mengenai keutamaan puasa Rejab semuanya maudhu’ dan dhaif tidak mempunyai sumber. Katanya lagi: Abdullah al-Anshari tidak berpuasa Rejab dan beliau melarangnya dan berkata: Tidak ada satu hadith pun yang sahih dari Nabi saw mengenainya)). (Al-Syawkaniy, al-Fawaid al-
Majmu’ah, m/s 440). Selain daripada amalan yang disebutkan ini, terdapat lagi amalan khusus lain yang disebarkan seperti amalan membaca apa yang disebut sebagai ‘Istighfar Rejab’. Disebutkan di antara fadhilatnya ialah sesiapa yang menulis atau menggantung atau membawa atau membaca istighfar Rejab maka ia akan mendapat pahala sebanyak 80, 000 pahala para Nabi. Terdapat juga sesetengah umat Islam yang menunaikan umrah pada bulan ini dengan menganggap ianya mempunyai fadhilat yang khusus jika dilakukan pada bulan Rejab. Demikianlah sebahagian amalan yang biasa dilakukan oleh umat Islam di dalam bulan Rejab ini yang tidak bersumberkan dari Rasulullah saw. Persoalan yang mesti diulang fikirkan lagi adakah amalan-amalan tersebut akan diterima oleh Allah dan mendapat ganjarannya?. Atau ianya tidak mendapat apa-apa kecuali penat dan letih sahaja. Semoga Allah swt mengampunkan kesalahan yang dilakukan di atas kejahilan kita. Marilah kita bersama-sama untuk membenteraskan kegiatan penyebaran hadith-hadith palsu di kalangan umat Islam. Pastikan ibadah yang kita lakukan benarbenar menepati sunnah Rasulullah saw dan diiringi dengan keikhlasan kepada Allah swt. Dicatat oleh Nawawi Bin Subandi di Rabu, Ogos 22, 2007 0 ulasan 095 - Menyambut Kelahiran Cahaya Mata Dengan Sunnah Menyambut Kelahiran Cahaya Mata Dengan Sunnah Sumber: http://fiqh-sunnah.blogspot.com Pendahuluan Dalam suatu hadis, ada diriwayatkan supaya mengahwini wanita-
wanita yang subur supaya berupaya melahirkan zuriat yang baikbaik. Ini adalah sebagaimana hadis Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu (r.a.), Rasulullah shallahu ‘alaihi wa sallam (s.a.w.) bersabda: “Kahwini-lah wanita-wanita yang penyayang dan subur kerana sesungguhnya pada hari kiamat kelak aku berbangga dengan umatku yang paling ramai bilangannya berbanding nabi-nabi yang lain.” (Hadis Riwayat Ahmad di dalam Musnadnya, jil. 3, m/s. 158 & 245) Dalam hal ini, antara hikmah yang dapat kita semua perhatikan adalah kelak anak-anak tersebut mampu membantu mendoakan kebaikan buat kita dan juga (dengan izin-Nya) membantu kita di masa-masa hadapan. Ini dapat dilihat dalam hadis dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila seseorang manusia itu mati, terputuslah daripadanya segala amalan melainkan tiga perkara: 1 – Sedekah Jariah, 2 – Ilmu yang bermanfaat, dan 3 – Anak soleh yang mendoakannya.” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab Wasiat, Hadis no. 14. Dan Abu Daud, Kitab Wasiat, no. 3880) Oleh itu, selain memiliki zuriat yang ramai, ayah dan ibu juga perlulah berusaha untuk mendidik dan menjaga anak-anak tersebut dengan usaha yang keras, tanggungjawab, dan didikan yang sebaik-baiknya. Dalam suatu hadis, Nabi s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah subhanahu wa ta’ala (s.w.t.) akan menanyakan kepada setiap pemimpin atas apa yang dipimpinnya (dikuasainya), adakah dia menjaga atau menyia-nyiakannya. Sehinggakan seseorang akan ditanyakan mengenai rumah tangganya.” (Hadis Riwayat Ibnu Hibban dalam Sahihnya. Lihat: Sislsilah al-Ahaadis ash-Shahihah, no. 1626)
Oleh itu, serba sedikit, melalui tulisan ini ia dimulakan dengan memahami adab-adab dalam menyambut kelahiran anak-anak sebagai cahaya mata penyeri keluarga berdasarkan sunnahsunnah yang sahih. Cahaya Mata Penyeri Kehidupan Allah s.w.t. berfirman: “Dan orang-orang yang berkata (berdoa): “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pimpinan bagi orang-orang yang bertakwa”. Mereka itulah orang yang dibalasi dengan martabat yang tinggi (dalam syurga) kerana kesabaran mereka dan mereka disambut dengan penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya…” (al-Furqon, 25: 74-75) Anak-anak yang dilahirkan adalah merupakan kurnia dari Allah dan merupakan suatu bentuk amanah bagi kedua ibu dan bapa untuk menjaganya dengan kaedah yang digariskan. Ia berupaya menjadi penyeri kehidupan dan menggembirakan hati bagi mereka yang mengerti. Anak-anak adalah termasuk juga ke dalam salah satu perhiasan dan kesenangan dunia yang digambarkan oleh Allah s.w.t. sebagaimana dalam firman-Nya, (maksudnya): “Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).” (Ali Imran, 3: 14) “Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi sholeh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.” (al-Kahfi, 18: 46) Doa Sebagai Sarana Dikurniakan Anak Yang Sholeh
Doa adalah salah satu sarana yang agung yang dimiliki oleh orang-orang yang beriman sebagai suatu bentuk penghubung dirinya kepada Allah s.w.t.. Melalui doa, Allah s.w.t. memberi peluang kepada kita untuk memohon sesuatu yang diperlukan dan diingini. Malalui doa jugalah Allah akan membantu kita dengan mengabulkan (memperkenankan) apa yang diingini oleh hati-hati kita. Allah s.w.t. berfirman: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku memperkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (al-Baqarah, 2: 186) Melalui al-Qur’an sendiri, terdapat banyak kisah-kisah dan doadoa yang boleh menjadi contoh kepada para keluarga, pasangan suami isteri, dan mereka yang berkaitan, tentang kehebatan doa agar dikurniakan cahaya mata serta meraih kurniaan anak yang sholeh. Sebagai contoh, di sini diutarakan dua kisah dan doa yang berkaitan; 1 – Doa Nabi Ibrahim ‘alaihis salam (a.s.), “Dan (ingatlah), ketika Ibrahim berdoa: “Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezki dari buah-buahan kepada penduduknya yang beriman diantara mereka kepada Allah dan hari kemudian. Allah berfirman: “Dan kepada orang yang kafirpun Aku beri kesenangan sementara, kemudian Aku paksa ia menjalani siksa neraka dan itulah seburuk-buruk tempat kembali”. Dan (ingatlah), ketika Ibrahim meninggikan (membina) dasar-dasar Baitullah bersama Ismail (seraya berdoa): “Ya Tuhan kami terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. “Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang
tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) diantara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat-tempat ibadat haji kami, dan terimalah taubat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang”.” (al-Baqarah, 2: 126-128) “Dan (ingatlah), ketika Ibrahim berkata: "Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini (Mekah), negeri yang aman, dan jauhkanlah aku beserta anak cucuku daripada menyembah berhala-berhala.” .... “Segala puji bagi Allah yang telah menganugerahkan kepadaku di hari tua (ku) Ismail dan Ishaq. Sesungguhnya Tuhanku, benar-benar Maha Mendengar (memperkenankan) doa.” (Ibrahim, 14: 35 & 39) 2 – Doa Nabi Zakaria ‘alahis salam; Di sanalah Zakariya berdoa kepada Tuhannya seraya berkata: "Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa." Kemudian Malaikat (Jibril) memanggil Zakariya, sedang ia tengah berdiri melakukan shalat di mihrab (katanya): "Sesungguhnya Allah menggembirakan kamu dengan kelahiran (seorang puteramu) Yahya, yang membenarkan kalimat (yang datang) dari Allah, menjadi ikutan, menahan diri (dari hawa nafsu) dan seorang Nabi termasuk keturunan orang-orang saleh." (Ali Imran, 3: 38-39) Isteri Nabi Zakariya adalah seorang yang mandul dan dia sendiri adalah seorang yang sangat tua, namun dengan kuasa dan izin dari Allah, doanya telah diperkenankan. Menurut Sheikh Abdur Rahman as-Sa’di, “Kedua hal itu (tua dan mandul) merupakan penghalang, namun Allah berfirman (maksudnya) “Demikianlah, Allah melakukan apa yang dikehendaki-Nya”. Bahawasanya sebagaimana telah berlaku hikmah-Nya dengan berjalannya segala sesuatu itu menurut sebab-sebabnya yang wajar, maka Allah juga berkuasa merubah hukum alam tersebut menurut kekuasaan dan apa yang dikehendaki-Nya.” (Tafsir as-Sa’di (Judul Asli: Taisir al-Karim al-Rahman fii Tafsir Kalam al-Mannan), jil. 1, m/s. 490) Tanggungjawab Melahirkan Anak
Allah s.w.t. berfirman (maksudnya, “Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan...” (al-Ahqaaf, 46: 15) Seorang ibu, memiliki tanggungjawab yang besar bagi menjaga dan sekaligus melahirkan anak yang dikandungnya dengan selamat walaupun dengan susah payah. Di dalam suatu hadis, disebutkan tentang kisah (dari hadis Imran bin Hushain) seorang wanita yang telah berzina sehinggalah dia hamil. Lalu dia merasa bersalah dan berjumpa dengan Nabi s.a.w. agar menjatuhkan hukuman kepadanya atas kesalahannya berzina. Tetapi Nabi berpesan kepada walinya supaya memawa dia pulang dan mengawasinya dengan baik sehinggalah dia telah melahirkan anaknya. “Bahawasanya ada seorang wanita dari Juhainah mendatangi Nabi shallallhu ‘alaihi wa sallam, yang pada ketika itu dia dalam keadaan hamil kerana hasil perbuatan zina. Dia berkata: “Wahai Rasulullah, aku telah melakukan perbuatan yang mengharuskan hukum hadd. Kerana itu, laksanakanlah hukuman itu ke atas-ku”. Kemudian Nabi shallallahu ‘alahi wa sallam memanggil walinya lalu bersabda, “Perlakukanlah/jagalah dia dengan baik. Jika dia telah melahirkan, bawalah dia menghadapku”. Maka walinya pun melaksanakan apa yang diperintah oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam...” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab al-Hudud, no. 4207) Daripada kisah ini dapat dilihat betapa besarnya peranan ibu untuk menjaga, dan melahirkan anak yang dikandungnya dengan keadaan yang selamat. Meng-azankan Bayi Pada Telinganya Berkenaan permasalahan ini, ada suatu perbahasan yang agak
menarik dan sekaligus memberikan kesimpulan yang agak kontra dengan kebiasaan amalan masyarakat kita yang biasa mengazankan telinga bayi sebaik saja kelahirannya. Oleh itu, di sini saya utarakan satu perbahasan mengenai status hadis berkaitan meng-azankan telinga bayi. Hadis Pertama Hadis ini berasal dari Abu Rofi’, bekas budak Rasulullah shallahu ‘alaihi wa sallam (s.a.w.), ia berkata: “Saya melihat Rasulullah s.a.w. azan, seperti azan solat, di telinga al-Hasan bin Ali, ketika Fathimah radhiyallahu ‘anha (r.anha.) melahirkannya”. Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Daud (5105), at-Tirmidziy (4/1514), al-Baihaqiy dalam al-Kubro (9/300), dan dalam asySyu’ab (6/389-390), ath-Thabraniy dalam al-Kabir (931-2578), dan dalam ad-Du’a (2/944), Ahmad (6/9-391-392), Abdur-Razzaq (7986), ath-Thoyalisiy (970), al-Hakim (3/179), dan al-Baghawiy dalam Syarh as-Sunnah (11/273). Al-Hakim berkata, “Sahih sanadnya sekalipun keduanya (alBukhari dan Muslim) tidak mengeluarkannya”. Akan tetapi, ia disanggah oleh adz-Dzahabi dengan berkata: “Ashim adalah dho’if (lemah)”. at-Tirmidzi berkata, “Semua meriwayatkannya dari jalur Sufyan ats-Tsauri dari Ashim bin Ubaidillah dari Ubaidillah bin Abi Rofi’ dari bapaknya”. Ini juga merupakan Hadis Riwayat ath-Thabraniy dalam al-Kabir (926,2579), dan dibawakan hadis ini oleh al-Haitsami dalam Majma’ az-Zawa’id (4/60) dari jalur Hammad bin Syu’aib dari Ashim bin Ubaidillah dari Ali bin al-Husain dari Abi Rofi’ dengan sedikit tambahan, “Beliau azan di telinga al-Hasan dan al-Husain”. Dia berkata di akhirnya, “Beliau memerintahkan hal itu kepada mereka”. Di dalam sanad hadis ini terdapat Hammad bin Syu’aib. Ibnu Ma’in telah men-dho’if-kannya. Menurut al-Bukhari, “Mungkar hadisnya”. Pada tempat lain, ia berkata: “Mereka meninggalkan hadisnya”. al-Haitsami berkata dalam al-Majma’ (4/60), “Di dalamnya terdapat Hammad bin Syu’aib, sedang dia adalah amat lemah”.
Di dalamnya juga terdapat Ashim bin Ubaidillah, seorang yang dho’if (lemah). Selain itu, Hammad telah menyelisihi Sufyan atsTsaury, sama ada dalam hal sanad mahupun redaksi hadis, ini adalah kerana ia telah meriwayatkannya dari Ashim dari Ali bin alHusain dari Abi Rofi’. Dia menggantikan Ubaidullah bin Abi Rofi’ dengan Ali bin al-Husain, dan ia juga menambahkan lafaz pada redaksi hadis, “…al-Husain”, dan perintah berazan. Hammad yang ini termasuk orang yang tidak diterima hadisnya, jika menyendiri dalam meriwayatkan hadis, kerana kelemahan pada dirinya yang telah anda ketahui. Apalagi ia menyelisihi orang yang lebih tsiqah (terpercaya) dan teliti daripada dirinya seperti ats-Tsaury. Dengan ini, hadis Hammad menjadi mungkar kerana kelemahannya yang pertama, dan kedua, penyelisihannya terhadap orang yang lebih tsiqah. Adapun jalur kedua dari Sufyan, terdapat seorang yang bernama Ashim bin Ubaidillah. Al-Hafizh Ibnu Hajar rahimahullah (r.h.) berkata dalam at-Taqrib, “Dia lemah”. Al-Hafizh juga menyebutkan dalam at-Tahdzib (5/42), Syu’bah berkata, “Andaikan Ashim ditanya, “Siapakah yang membangunkan (membina) Masjid Bashrah, niscaya ia akan menjawab, “Fulan dari fulan dari Nabi s.a.w. bahawa beliau telah membangunkannya”. Ini untuk menggambarkan rawi ini bermudah-mudah meriwayatkan hadis, tanpa memperhatikan hadis yang ia riwayatkan sehingga dia banyak menyelisihi orang yang lebih tsiqah.Adz-Dzahaby berkata dalam al-Mizan (2/354), “Abu Zur’ah dan Abu Hatim berkata: Ashim adalah hadisnya mungkar. Ad-Daruquthny berkata: Ia ditinggalkan, orangnya lalai”. Lalu ia membawakan hadis Abu Rofi’, “Bahawa Rasulullah s.a.w. meng-azani telinga al-Hasan dan al-Husain”. Ringkasnya, hadis ini dho’if (lemah) kerana masalahnya ada pada Ashim, sedang anda telah tahu keadaan dirinya. Ibnul Qoyyim menyebutkan dalam dalam kitabnya Tuhfah alWadud (hal.17) hadis Abu Rofi’, lalu membawakan dua hadis yang satunya dari Ibnu Abbas, dan lainnya lagi dari al-Husain bin Ali. Beliau menjadikan kedua hadis ini sebagai penguat bagi hadis Abu Rofi’ dan membuatkan tajuk, “Bab: Dianjurkannya azan ditelinga bayi”. Hal ini sebenarnya kurang tepat sesuai dengan perbahasan yang akan kita ketahui kemudian, Insya Allah.
Hadis Kedua Adapun hadis kedua dari Ibnu Abbas r.a., diriwayatkan oleh alBaihaqy dalam Syu’abul Iman (6/8620) dari Muhammad bin Yunus dari al-Hasan bin Amer bin Saif as-Sadusy, ia berkata, al-Qosim bin Muthoyyib Telah menceritakan kami dari Manshur bin Shofiyyah dari Abu Ma’bad dari Ibnu Abbas: ”Bahawasanya Nabi s.a.w. azan di telinga al-Hasan bin Ali pada hari ia dilahirkan, di telinga kanannya. Beliau melakukan iqomat pada telinga kirinya”. Setelah itu, al-Baihaqi berkata: “Pada sanadnya terdapat kelemahan”. Kami katakan, “Bahkan hadis ini palsu”. Penyakitnya ada pada al-Hasan bin Amer. Al-Hafizh berkata dalam at-Taqrib, “Orangnya matruk/ditinggalkan”. Ibnu Abi Hatim berkata dalam al-Jarh wa at-Ta’dil (1/2/26), biografi (no.109), “Saya pernah mendengarkan ayahku berkata: [Kami pernah melihat al-Hasan bin Amer di Bashrah, dan kami tidak menulis hadis darinya, sedang dia itu ditinggalkan hadisnya]”. Adz-Dzahaby berkata dalam al-Mizan, “al-Hasan bin Amer dikatakan pendusta oleh Ibnul Madiny. Al-Bukhory berkata, “Dia pendusta”. Ar-Rozy berkata, “Dia ditinggalkan”.”. Sebagaimana yang kita ketahui bersama, diantara kaedah-kaedah Ilmu Mushtholah Hadis bahawa hadis dho’if (lemah) tidak akan boleh dinaik taraf menjadi hadis sahih atau hasan, kecuali ia datang dari jalur periwayatan yang lain, dengan syarat: Tiada orang (perawi) yang teruk ke-dho’if-annya/kelemahannya dalam jalur tersebut, apalagi sehingga ada pendusta (dalam jalur periwayatannya). Jadi, hadis kedua dari Ibnu Abbas ini (dalam keadaanya sebegini) tetap kedudukannya sebagai hadis dho’if dan tidak boleh dijadikan hujjah. Berdasarkan ilmu hadis, hadis Ibnu Abbas tersebut tidak boleh dijadikan sebagai penguat bagi hadis Abu Rofi’. Jadi, hadis Abu Rofi’ tetap kedudukannya sebagai hadis dho’if, sedang hadis Ibnu Abbas adalah palsu!! Hadis Ketiga Adapun hadis al-Hasan bin Ali, hadis ini diriwayatkan oleh Yahya ibnul Ala’ dari Marwan bin Salim dari Talhah bin Ubaidillah dari alHasan bin Ali, ia berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w., “Barang siapa yang dikurniakan seorang anak, lalu ia meng-azani pada
telinga kanannya dan beriqomat pada telinga kirinya, niscaya anak itu tidak akan dimudharatkan/dibahayakan oleh Ummu Shibyan”. Hadis Riwayat Al-Baihaqiy dalam Syu’abul Iman (6/390), Ibnus Sunni dalam Amal al-Yaum wa al-Lailah (623). Hadis ini dibawakan oleh al-Haitsami dalam al-Majma’’ (4/59) dengan katanya, “Hadis Riwayat Abu Ya’la(6780), di dalamnya terdapat seorang rawi yang bernama Marwan bin Salim al-Ghifary, sedang ia itu matruk (ditinggalkan hadisnya)”. Bahkan hadis al-Husain bin Ali di atas adalah palsu, di dalamnya terdapat seorang rawi yang bernama Yahya Ibnul Ala’ dan Marwan bin Salim, keduanya memalsukan hadis sebagaimana hal ini disebutkan oleh Syaikh al-Albani dalam Silsilah al-Ahaadis adhDho’ifah (321). Dengan itu, hadis Abu Rofi’ tetap keadaannya sebagai hadis dho’if sebagaimana yang dikatakan oleh al-Hafizh dalam at-Talkhish (4/149): “Inti permasalahannya pada Ashim bin Ubaidillah, sedang ia itu dho’if.” Terdahulu, Syaikh Al-Albani pernah meng-hasan-kan hadis ini dalam Kitabnya Shahih Sunan at-Tirmidzy (1224), Shahih Sunan Abu Daud (4258), al-Irwa’ (4/401), dan Silsilah al-Ahadis adhDho’ifah (1/493). Namun kemudiannya Syaikh al-Albani menyemak semula penghasanan yang beliau lakukan terhadap hadis Abu Rofi’ (hadis pertama) dan meletakkannya di dalam Kitab adh-Dho’ifah pada cetakan terakhir yang diterbitkan oleh Maktabah al-Ma’arif (1/494/no.321), “Sekarang saya tegaskan (walaupun Kitab asySyu’ab telah dicetak), bahawa hadis Ibnu Abbas tidak sesuai/layak untuk dijadikan penguat (bagi hadis Abu Rofi’ pent.), kerana di dalamnya terdapat rawi pendusta dan matruk (ditinggalkan). Saya amat hairan terhadap al-Baihaqy dan Ibnul Qoyyim, bagaimana mereka berdua hanya men-dho’if-kan hadis tersebut sehingga saya hampir memastikan sesuainya hadis tersebut dijadikan sebagai penguat. Makanya, dengan itu saya menganggap bahawa diantara kewajiban saya adalah untuk mengingatkan hal itu dan mentakhrijnya pada perbahasan akan datang (no.6121)”.
Di sana ada sebuah hadis yang diriwayatkan di dalam kitab “Manaqib al-Imam Ali” (113) dari Ibnu Umar secara marfu’. Cuma sayangnya hadis ini sekali lagi turut tidak boleh dijadikan sebagai penguat kerana di dalamnya ada rawi pendusta. Abu Ishaq alHuwainy berkata dalam al-Insyirah (hal.96), “Kesimpulannya, tidak ada satu hadis pun yang boleh menjadi penguat bagi hadis ini menurut yang saya ketahui, Wallahu a’lam”. Jadi, tiga hadis di atas tidak boleh dijadikan hujjah dalam menetapkan sunnahnya meng-azankan, dan meng-iqomatkan telinga bayi yang baru lahir, kerana kelemahan dan kepalsuannya. Sumber: Buletin Juma’at al-Atsariyyah, edisi 02 Tahun I. Penerbit: Pustaka Ibnu Abbas. Alamat: Pesantren Tanwirus Sunnah, Jl. Bonto Te’ne. No. 58, Kel. Borong Loe, Kec. Bonto Marannu, Gowa-Sulsel. Kesimpulannya: Dengan perbahasan ini, ia menunjukkan bahawa meng-azankan pada telinga bayi di saat kelahirannya adalah tidak sahih dari sunnah Nabi s.a.w.. Wallahu a’lam... Mentahnik Bayi Dengan Kurma Tahnik bermaksud memamahkan kurma hingga hancur, menyuapkan ke mulut bayi dan menggosokkan kurma tersebut (yang telah hancur tadi) ke langit-langit mulut si bayi. Ia dilakukan dengan memasukkan sedikit kurma yang telah hancur dikunyah ke mulut bayi, kemudian menggerak-gerakkannya ke kanan dan kiri dengan lemah lembut. Ia dilakukan sehinggalah mulut bayi tersebut dapat mengecapi/memakan kurma yang dimamah tadi dengan sebaiknya. Ini adalah berdasarkan beberapa hadis yang menunjukkan perihal kesunnahan perbuatan ini yang tsabit dari Nabi s.a.w. sendiri. Antara hadisnya adalah sebagaimana berikut,
Dari Abu Musa radhiyallahu ‘anhu (r.a.), katanya: “Telah dilahirkan untukku seorang bayi lelaki lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. dan baginda menamakannya Ibrahim lalu ditahnikkannya dengan sebiji buah kurma. Beliau mendoakan keberkatan dan kemudiannya memulangkannya kembali kepadaku.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Aqiqah, no. 376) Berkata Dr. Faruq Musahil dalam Majalah al-Ummah alQathariyah, jil. 50 dalam sebuah artikel berjudul: “Perhatian Islam Terhadap Nutrisi Anak”, ketika menjelaskan hadis berkaitan tahnik, beliau menyatakan: “Tahnik dengan timbangan apapun merupakan sebuah mukjizat kedoktoran Nabi yang telah berlaku sejak empat belas abad yang lalu agar manusia mengetahui tujuan dan hikmah di sebaliknya. Berdasarkan ilmu kedoktoran, anak kecil itu (khususnya yang baru sahaja lahir) memiliki kebarangkali yang tinggi untuk mengalami kematian dan penyakit jika terjadinya dua perkara, (iaitu) – 1 – Jika kadar gula dalam darah berkurang (disebabkan kelaparan), dan – 2 – Jika darjah suhu tubuh mereka turun mendadak ketika dihadapkan kepada udara dingin dari persekitaran mereka.” (Dinukil dari Buku “Mendidik anak Bersama Nabi shallahu ‘alaihi wa sallam, Terbitan Pustaka Arafah, oleh Muhammad Suwaid) Berdasarkan pembuktian saintifik, sememangnya hal ini diperakui di mana gula yang merupakan binaan dari glucosa terutamanya gula dari buah-buahan seperti kurma merupakan gula teringkas yang mudah dicernakan dan pemberi tenaga segera kepada tubuh badan sekaligus membantu menentukan kandungan gula dalam darah. Gula juga memainkan peranan dalam kadar metabolisma dalam badan yang mana berupaya memberikan kesan peningkatan suhu badan pada kadar tertentu. Mendoakan Kebaikan/Keberkatan Dari Abu Musa radhiyallahu ‘anhu (r.a.), katanya: “Telah dilahirkan untukku seorang bayi lelaki lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. dan baginda menamakannya Ibrahim lalu ditahnikkannya
dengan sebiji buah kurma. Beliau mendoakan keberkatan dan kemudiannya memulangkannya kembali kepadaku.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Aqiqah, no. 376) Aqiqah Dan Mencukur Rambut Bayi Aqiqah di sini dimaksudkan dengan menyembelih haiwan dan mencukur rambut si bayi. Dari satu hadis, Rasulullah s.a.w. bersabda (maksudnya): “Sesuatu yang perlu mengiringi bayi yang lahir itu adalah aqiqah. Oleh itu, sembelihlah untuk tujuan aqiqah itu dan singkirkanlah darinya bahaya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Aqiqah, no. 380) Dalam hadis yang lain, “Setiap anak (yang lahir) dipelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ke tujuh, lalu diberi nama dan dicukur rambutnya.” (Hadis Riwayat Tirmidzi. Disahihkan oleh alAlbani. Lihat: Sahihul Jami’ oleh al-Albani, no. 4184) Hukum Aqiqah; Hukum aqiqah, menurut Sheikh Dahlawi rahimahullah (r.h.), “Disunnahkan bagi orang yang memiliki atau mampu membeli dua ekor kambing agar menyembelih dua ekor untuk anaklelaki.” (Rujuk: Hujjatullah al-Baalighah, 2/144) Menurut Imam Ahmad bin Hanbal r.h., “Sesungguhnya aqiqah itu menghidupkan sunnah dan aku berharap agar Allah memberi ganjaran yang setimpal.” (Rujuk: Kitab Tuhfat al-Maulud, m/s. 39) Menurut Imam Malik, “Persoalan aqiqah menurut pandangan kami adalah bahawa orang yang menyembelih aqiqah. Ia boleh melakukan aqiqah untuk anaknya dengan kambing, sama ada kambing jantan mahupun betina. Aqiqah itu bukanlah wajib, akan tetapi mustahab (disukai/sunnah) dan ia sentiasa diamalkan oleh
orang-orang dari kalangan kita.” (al-Muwattha’, Kitab Aqiqah (26), no. 7) Disunnahkan Pada Hari Ketujuh; “Setiap anak (yang lahir) dipelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ke tujuh...” Dalam riwayat yang lain, ath-Thabrani dan Dhiya’ juga meriwayatkan secara marfu’ dari Buraidah r.a., “Aqiqah itu disembelihkan pada hari ke tujuh, atau ke empat belas, atau dua puluh satu.” (Lihat: Shahihul Jami’, no. 4132) Jika melihat zahir hadis, ia jelas menunjukkan bahawa disunnahkan aqiqah itu pada ari yang ke tujuh. Namun ada sebahagian pendapat menyatakan dibolehkan ber-aqiqah pada hari yang lain jika tidak dapat pada hari yang ke tujuh. Sebagaimana pendapat Ibnul Qayyim, “Melakukan aqiqah pada hari ke tujuh adalah sunnah. Namun, jika disembelih pada hari ke empat, ke lapan, ke sepuluh, atau selepasnya tetap dikira sebagai aqiqah. Aqiqah itu dikira mengenai hari penyembelihan bukannya hari dimasak dan dimakan.” (Rujuk Tuhfat al-Maulud, m/s. 43) Wallahu a’lam... Haiwan Sembelihan; 1 – Aqiqah itu dilakukan untuk anak lelaki adalah dengan dua ekor kambing dan bagi anak perempuan adalah dengan seekor kambing. Dan jantina haiwan itu tidak mengapa sama ada jantan ataupun betina. Imam Ahmad meriwayatkan dari Asma’ binti Yazid secara marfu’, “Aqiqah adalah hak yang mesti ditunaikan. Untuk anak lelaki dua ekor kambing yang sepadan, dan untuk anak perempuan satu ekor kambing.” (Disahihkan oleh al-Albani, lihat: Shahihul Jami’, no. 4106 dan 4107) Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha (r.anha), berkata: “Bahawa
Rasulullah s.a.w. bersabda, “Aqiqah untuk anak lelaki dengan dua ekor kambing, dan untuk anak perempuan adalah satu ekor kambing”.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, no. 1565. Ibnu Majah, no. 3163. Disahihkan oleh al-Albani) Menurut Imam Malik, “Persoalan aqiqah menurut pandangan kami adalah bahawa orang yang menyembelih aqiqah. Ia boleh melakukan aqiqah untuk anaknya dengan kambing, sama ada kambing jantan mahupun betina...” (al-Muwattha’, Kitab Aqiqah (26), no. 7) 2 – Haiwan mestilah sihat, sempurna, dan tidak cacat. Menurut Imam Malik, “Mereka yang melaksanakan aqiqah untuk anaknya, sama hal nya dengan melaksanakan ibadah kurban. Binatang yang disembelih tidak boleh buta sebelah matanya, tidak boleh kurus, cacat, atau sakit. Juga tidak boleh dijual dagingnya mahupun kulitnya dan tidak boleh dipatahkan tulangnya. Keluarga yang melakukan aqiqah boleh makan dagingnya dan menyedekahkannya kepada orang lain. Namun, si anak tidak boleh menyentuh darahnya.” (al-Muwattha’, Kitab Aqiqah (26), no. 7) Mecukur Keseluruhan Rambut Bayi; “Setiap anak (yang lahir) dipelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ke tujuh, lalu diberi nama dan dicukur rambutnya.” (Hadis Riwayat Tirmidzi. Disahihkan oleh alAlbani. Lihat: Sahihul Jami’ oleh al-Albani, no. 4184) Selain melaksanakan ‘aqiqah, disunnahkan untuk mencukur keseluruhan rambut si anak sebagaimana hadis di atas. Kemudiannya, rambut yang telah dicukur, disunnahkan juga untuk menimbangnya dan kemudian mengeluarkan sedekah berdasarkan kiraan berat rambut yang ditimbang dengan beberapa keping perak. Iaitu menukarkan berat rambut dengan berat perak.
Imam Malik meriwayatkan, bahawa “Fatimah, anak Rasulullah (s.a.w.) menimbang rambut Hasan, Husein, Zainab, dan Ummi Kaltsum dan mengeluarkan sedekah mengikut kiraan berat rambut yang ditimbang dengan (nilai) perak.” (al-Muwattha’, Kitab Aqiqah (26), no. 2) Memberikan nama; Disunnahkan juga memberi nama kepadanya jika ia belum diberikan nama pada hari ‘aqiqah dilaksanakan atau ketika rambut dicukur, sebagaimana hadis “...lalu diberi nama dan dicukur rambutnya” iaitu dengan memberikan kepadanya nama yang baik. Ini dapat dilihat dalam beberapa hadis antaranya, Dari Abu Wahb al-Jusyami r.a., bahawa Nabi s.a.w. bersabda, “Namailah (anak-anakmu) dengan nama-nama para nabi. Sedangkan nama yang paling disukai oleh Allah adalah Abdullah dan Abdurrahman, dan nama yang paling benar adalah Harits dan Hammam, sedangkan nama yang paling buruk adalah Harb dan Murrah.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan an-Nasa’i. Sanad Hadis ini majhul, namun dapat dikuatkan dengan beberapa hadis-hadis yang lain. Lihat: Jami’ al-Ushul, 1/357, Tahqiq Syu’aib al-Arnauth) Dari Abu Basrah, Nabi s.a.w. bersabda, “Sebaik-baik nama kamu adalah Abdullah dan Abdurrahman serta Harits.” (Hadis Riwayat ath-Thabrani. Lihat: Shahihul Jami’, no. 3269) Ibu bapa hendaklah menjauhi diri dari meletakkan/memberikan nama kepada anak tersebut dengan nama-nama yang khusus bagi Allah seperti al-Ahad (yang Esa), al-Kholiq (yang Maha Pencipta), dan seumpamanya. Juga janganlah sekali-kali meletakkan nama dengan nama-nama yang buruk dan memiliki maksud yang tidak elok. Sheikh Dr. Bakr bin Abdullah Abu Zaid menyatakan, “Kuniyah (nama panggilan) kepada bayi juga akan mendatangkan kesan yang amat besar ke atas dirinya. (Rujuk: Tasmiyat al-Maulud, m/s. 706, oleh Sheikh Dr. Bakr)
Mengkhatan-kan Anak Khatan ialah sesuatu yang dipotong bagi lelaki dan perempuan. Dalam erti kata lain, memotong lebihan kulit yang berada di kepala zakar bagi lelaki. (Lihat: al-Aulaad wa Tarbiyatuhum fi Dhau’i al-Islam, karya Sheikh Muhammad al-Muqbil, m/s. 91) Menurut pendapat yang lain, “Kata khitan menurut bahasa bererti memotong kulit yang menutupi kepada zakar. Sedangkan menurut istilah syar’i, adalah memotong bulatan bahagian hujung hasyafah, iaitu tempat pemotongan kulit yang menutupi kepala zakar yang juga menjadi tempat kemuliaan dari hukum syari’at. Ini berdasarkan hadis, “Jika telah bertemu dua khitan (kemaluan) maka wajib mandi” (Lihat: Silsilah al-Ahaadis ash-Shahihah, no. 1261).” (Rujuk: Mendidik Anak Bersama Nabi, m/s. 94, oleh Muhammad Suwaid) Khatan bagi anak perempuan adalah memotong lebihan kulit yang menyerupai balung ayam jantan yang terletak di atas faraj. (Rujuk: Didik Anak Cara Islam, m/s. 46, oleh Syaikhah Abdullah) Imam Ahmad meriwayatkan dari Syaddad bin Aus r.a., bahawa Nabi s.a.w. bersabda, “Khitan itu merupakan sunnah bagi kaum lelaki dan kemuliaan bagi kaum wanita.” Daripada Abu Hurairah r.a., aku mendengar Nabi bersabda, “Lima (5) perkara adalah fitrah bagi manusia, (iaitu) berkhatan, mencukur bulu ari-ari, memendekkan misai, memotong (memendekkan) kuku, dan mencabut bulu ketiak.”(Hadis Riwayat Bukhari, Kitab Pakaian, no. 779) Ibnul Jauzi menyatakan bahawa berkhatan itu adalah sunnah muakkadah menurut pandangan Malik dan Abu Hanifah, manakala menurut asy-Syafi’i adalah fardhu. (Lihat: al-Qawaanin al-Fiqhiyah, m/s. 314, oleh Ibnul Jauzi) Adab mengkhatan bagi anak perempuan, dari Ummu ‘Athiyyah, Rasulullah s.a.w. telah menyatakan kepada tukang khitan dengan katanya, “Apabila kamu melakukan khatan janganlah berlebih-
lebihan kerana ia itu akan mendatangkan kebaikan kepada perempuan tersebut dan ia lebih disukai oleh suami.” (Hadis Riwayat Abu Daud. Lihat: Shahiul Jami’, no. 7352) Menyusukan Dan Memelihara Anak Seorang ibu yang melahirkan anaknya hendaklah memelihara, menjaga, membelai dan menyusukan anaknya. Ia juga turut menjadi tanggungjawab si bapa dalam urusan memberi nafkah yang baik kepadanya dan memastikan anak tersebut sentiasa dalam keadaan yang selamat. Allah s.w.t. berfirman (maksudnya): “Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma'ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan kerana anaknya dan seorang ayah kerana anaknya, dan warispun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permesyuwaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan bayaran menurut yang patut. Bertakwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahawa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.” (al-Baqarah, 2: 233) Menurut Sheikh Abdur Rahman as-Sa’di di dalam Tafsirnya, “Khabar dari ayat ini menunjukkan sebagai suatu perintah – “hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh”. Apabila seseorang bayi telah sempurna dua tahun menyusu ibu, maka telah selesailah tempoh menyusunya dan air susu yang diberi selepas tempoh itu adalah menyamai dengan pelbagai makanan yang lain. Kerana itu jugalah, penyusuan yang berlaku setelah tempoh dua tahun itu tidaklah dikira (sebagai wajib) dan tidak juga diharamkan.
“Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma'ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan kerana anaknya dan seorang ayah kerana anaknya, dan warispun berkewajiban demikian.” Hal ini mencakupi buat mereka yang masih dalam ikatan pernikahan dengan suaminya mahupun yang telah diceraikan; maka seorang ayah wajib memberinya makan. Ertinya, memberi nafkah dan pakaian iaitu upah bagi pekerjaan menyusui yang dilakukan. Ini juga menunjukkan bahawa apabila masih dalam ikatan pernikahan, suaminya wajib memberi nafkah dan pakaian, sesuai menurut keadaannya. Kerana itu Allah berfirman, (maksudnya) “seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya.” Tidaklah seseorang yang fakir dibebankan untuk memberikan nafkah seperti nafkahnya orang yang kaya, dan tidak pula seorang yang tidak mempunyai harta hingga mendapatkannya.” (Tafsir as-Sa’di (Judul Asli: Taisir al-Karim alRahman fii Tafsir Kalam al-Mannan), jil. 1, m/s. 377-379) Oleh itu, ayah dan ibu serta waris, seharusnya menggalas tanggungjawab bagi memastikan anak yang di bawah jagaan mereka mendapat pemeliaharan yang baik bermula dari pemberian susu ibu sebagai nutrisi pertamanya dalam tempoh yang telah ditunjukkan. Atas alasan yang tertentu juga dan tidak memudharatkan, dibolehkan bagi si ayah dan ibu (penjaga) untuk meminta orang lain untuk menyusukan anak tersebut. Dalam beberapa kajian saintifik, air susu ibu memiliki nutrisi yang sangat-sangat penting dan mencukupi bagi seorang bayi yang berada di bawah umur 2 tahun. Di samping itu ia turut membantu membina proses tumbesaran yang normal, membantu penghasilan antibodi yang baik, dan membantu memelihara kesihatan bayi dengan lebih sempurna berbanding dengan susususu buatan yang selainnya. Kasih sayang si ibu terhadap anak juga akan menjadi lebih terserlah dan si anak mendapat belaian yang sewajarnya dari seorang ibu yang penyayang. Ibu Bapa Yang Sholeh Dan Kesannya
Peribadi yang baik dan soleh adalah merupakan tauladan yang terbaik buat anak-anak yang berada di bawah jagaan mereka. Ini terlaksana antaranya apabila kedua orang tua mempunyai disiplin dan keperibadian yang bertaqwa kepada Allah dengan mengikuti panduan yang ditunjukkan oleh-Nya di samping sentiasa bekerjasama bagi melaksanakan tugas dalam mendidik dengan baik. Ini juga dapat dilihat melalui firman Allah s.w.t. (yang maksudnya): “Sesungguhnya Allah telah memilih Adam, Nuh, keluarga Ibrahim dan keluarga ‘Imran melebihi segala umat (di masa mereka masing-masing), (sebagai) satu keturunan yang sebahagiannya (mewarisi) dari yang lain. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Ali Imran, 3: 34) Sheikh Abdur Rahman as-Sa’di berkomentar, “Dan Allah menyebutkan keluarga-keluarga besar tersebut dan apa yang di dalamnya berupa manusia-manusia yang agung yang memiliki sifat-sifat kesempurnaan, dan bahawasanya keutamaan dan kebaikan itu telah diwariskan secara turun temurun oleh anakcucu mereka, yang mencakupi lelaki dan wanita. Ini adalah merupakan kurniaan yang paling utama dan tempat kemurahan dan kebaikan-Nya yang paling utama. (Tafsir as-Sa’di (Judul Asli: Taisir al-Karim al-Rahman fii Tafsir Kalam al-Mannan), jil. 1, m/s. 487) Kesan daripada Ibu bapa yang bertaqwa dan sholeh, para malaikat juga turut mendoakan buat mereka kebaikan dan memohonkan syurga buat anak-anak yang memiliki ibu bapa yang sholeh. Ini dapat dilihat dari firman Allah s.w.t. berikut (maksudnya): “Ya Rabb kami, masukkanlah mereka ke dalam Syurga Adn yang telah Engkau janjikan kepada mereka dan orang-orang yang sholeh di antara bapak-bapak mereka, dan isteri-isteri mereka serta keturunan mereka semua. Sesungguhnya Engkau Maha
Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (al-Mukmin, 40: 8) Malah, suatu anugerah dari Allah s.w.t., seandainya anak-anak cucu yang tersebut lahir dan hidup dalam keadaan yang penuh taqwa dan keimanan, taat kepada Allah s.w.t., maka Allah juga turut menyatakan bahawa kelak nanti di Syurga, Allah akan mempertemukan mereka. Allah s.w.t. berfirman (maksudnya): “Dan orang-oranng yang beriman, dan yang anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka, dan Kami tiada mengurangi sedikitpun dari pahala amal mereka. Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya.” (athThuur, 52: 21) Anak-Anak Yang Sholeh Akan Mendoakan Ibu Bapanya Memiliki anak yang sholeh adalah merupakan sebahagian kurniaan yang sangat bermakna bermula dari dunia sehinggalah meninggal dunia. Ini terlaksana melalui keperibadiannya yang sentiasa merendah diri menjaga akhlak kepada ibu bapa atau orang tua, sekaligus mendoakan kebaikan buat kedua ibu dan bapanya tidak kira semasa hayatnya mahu pun setelah meninggal dunia. Ini dilihat dari firman Allah s.w.t. yang maksudnya, “Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: “Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil”. Tuhanmu lebih mengetahui apa yang ada dalam hatimu; jika kamu orang-orang yang baik, maka sesungguhnya Dia Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat.” (al-Isra’, 17: 24-25) “Dan dia berdoa: “Ya Tuhanku berilah aku petunjuk untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai; dan masukkanlah aku dengan rahmatMu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh.” (an-Naml,
27: 19) Juga melalui hadis Nabi s.a.w., kita dikhabarkan bahawa doa dan amalan anak-anak yang sholeh itu sentiasa memberi kesan yang baik kepada kedua orang tuanya walaupun orang tuanya telah meninggal dunia. “Apabila seseorang manusia itu mati, terputuslah daripadanya segala amalan melainkan tiga perkara: 1 – Sedekah Jariah, 2 – Ilmu yang bermanfaat, dan 3 – Anak soleh yang mendoakannya.” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab Wasiat, Hadis no. 14. Dan Abu Daud, Kitab Wasiat, no. 3880) Penutup Dan Kesimpulan Ketika menyambut kelahiran orang baru (bayi), agama kita agama Islam memiliki ciri-ciri yang istimewa beradasarkan contoh daripada sunnah untuk dilaksanakan dan dipraktikkan. Ianya selain berupa bentuk sebagai tanggungjawab, ia juga sebenarnya merupakan suatu amalan yang berbentuk ibadah yang bertujuan mencari keredhaan Allah dalam menerima kurniaan anugerahNya melalui anak yang diberi. Praktik amalan tersebut secara ringkas dapatlah disimpulkan sebagaimana berikut, 1 – Melahirkan si anak dengan baik. 2 – Mentahnik. 3 – Mendoakan Kebaikan. 4 – Melaksanakan ‘aqiqah dan mencukur keseluruhan rambutnya. 5 – Memberikan nama kepada anak yang dilahirkan. 6 – Mengkhatankan-nya. 064 - HADIS MAUDHU’ HADIS MAUDHU’
Dari segi istilah di kalangan ahli usul, hadis maudhu’ ialah: “Apa sahaja yang disandarkan kepada Rasulullah s.a.w dalam bentuk pembohongan dan pendustaan berhubung dengan sesuatu yang baginda tidak pernah ucapkan, lakukan dan ikrarkan.” Zaman Permulaan Hadis Maudhu’ Pernahkah kita terfikir sejauh mana ilmu agama yang kita miliki. Adakah segala amal ibadah kita mencakupi sumber yang betul? Atau mungkin ia termasuk dalam sumber yang dhaif (lemah) atau maudhu’ (palsu). Betapa naif pemikiran umat Islam pada hari ini, mereka mudah tertipu dengan sumber-sumber yang tidak sahih. Persepsi yang berbeza dalam menilai seseorang yang membawa ilmu agama bergantung kepada gelaran-gelaran yang hebat contohnya lebai, kiyai, ustaz atau ulama besar. Pembohongan yang diada-adakan ini boleh membawa kepada amalan bidaah dan khurafat. Ketika pemerintahan Khalifah alRasyidin, umat Islam terbela dengan amalan-amalan yang bersumberkan dalil yang sahih. Namun, ketegangan yang memecah-belahkan umat Islam berlaku pada zaman Khalifah Ali bin Abi Talib r.a dan Muawiah bin Abi Sufian r.a. Bermula dari saat ini, pelbagai usaha telah dilakukan oleh Yahudi, Nasrani dan orang munafik (Khawarij) demi menyesatkan umat Islam agar berpecah-belah dalam agama.
Rentetan itu, lahirlah pelbagai bentuk aliran dan fahaman politik. Antaranya golongan Rafidah (Syiah) dan Khawarij (anti khalifah). Masing-masing ingin mempertahankan pendapat dan pernahaman masing-masing dalam mentafsirkan al-Quran dan mentarjihkan hadis Rasulullah s.a.w. Mereka juga telah melakukan pendustaan yang besar terhadap agama. Perbuatan ini bercanggah dengan apa yang dituntut oleh Islam. Hanya al-Quran dan sunnah dapat menetapkan sesuatu perkara dalam agama. Ijtihad yang sahih daripada salafussoleh dan para ulama amat digalakkan. Sayangnya, anasir-anasir ini telah membawa umat Islam terpesong daripada ajaran yang benar. Mereka lebih mementingkan sesuatu yang tidak benar dengan mengadakan dakwaan-dakwaan dan hadis-hadis tentang pemimpin-pemimpin mereka. Kemunculan hadis-hadis palsu belum mencapai kemuncak pada abad pertama dan kedua. Pemalsuan ini wujud untuk mengukuhkan kedudukan politik dan aliran masing-masing. Ketika itu, perkara bidaah dan khurafat tidak timbul kerana masih ada para ulama dan pemerintah yang mempertahankannya. Tetapi, pemalsuan hadis dalam agama berlaku dengan meluas pada zaman tabi’in. Ini kerana, terdapat sebahagian individu yang kurang ilmu cuba mempertahankan fahaman dan aliran masingmasing. Mereka berani memalsukan hadis-hadis Rasulullah s.a.w tanpa kebenaran pemimpin mereka. Perbuatan mereka membawa kesan yang mendalam kepada generasi umat Islam sekarang. Cuba perhatikan, betapa banyak perpecahan umat Islam yang bertopengkan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Rasulullah s.a.w telah menyatakan bahawa umatnya
akan berpecah kepada 73 golongan. Semuanya akan dihumban ke neraka kecuali satu golongan sahaja yang dimasukkan ke syurga. Mereka juga berhujah dengan al-Quran dan sunnah. Antaranya, Rafidah, Khawarij, Mu’tazilah, Murjiah, Qadariyah, Ibadiyah, Jahmiyyah, Asya’irah, al-Maturidiyah, Ja’fariyah, Qadyaniyah, Naqsyabandiyah dan sebagainya. Tetapi mereka masih berlawanan dengan syariat. Semua hujah mereka tertolak akibat pemalsuan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. Melainkan satu golongan yang terdiri daripada mereka yang sentiasa menjunjung perintah ALLAH dan Rasulullah s.a.w dengan sumber yang sahih. Merekalah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Beruntunglah golongan yang menerima petunjuk ALLAH dan Rasulullah s.a.w serta mengamalkan sesuatu yang sahih dan tepat demi mempertahankan agama serta mendapat keredhaan ALLAH. Sebab-sebab Pemalsuan Hadis 1. Wujudnya golongan dan aliran politik. Perpecahan umat Islam berlaku selepas peristiwa fitnah di zaman Ali bin Abi Talib dan Muawiyah bin Abi Sufian. Ketika itu, umat Islam terbahagi kepada dua golongan, iaitu Rafidah (Syiah) dan Khawarij. Ibn Abu al-Hadid berkata: “Hadis maudhu’ direka oleh puak syiah. Pemalsuan ini bertujuan untuk kepentingan dan menentang musuh. Pihak musuh juga terdorong untuk melakukan pemalsuan hadis Rasulullah s.a.w apabila mengetahui puak syiah menyebarkan hadis palsu untuk
menentang mereka.” (Rujuk Syarh Nahjul Balaghah, jil. 3, ms. 26) Ini amat menyedihkan. Musuh-musuh Islam menggunakan puak Syiah untuk merealisasikan matlamat mereka. Akhirnya, mengorbankan putera-putera Amirul Mukminin dan cucu-cucu baginda. Ahli bait sebenarnya bebas daripada pemalsuan dan pendustaan. Tetapi sikap ekstremis musuh-musuh Islam dalam menggunakan nama ahli bait berjaya memalsukan hadis semata-mata untuk melaga-lagakan mereka. Abu al-Faraj bin al-Jauzi r.h. berkata: “Hadis-hadis sahih mengenai Ali terlalu banyak. Hanya kaum Rafidah yang kurang menemuinya sehingga mereka sanggup memalsukan hadis dengan merendah-rendahkan Ali bin Abu Talib r.a.” (Rujuk al-Muntaqa Mm Minhaj al-I’tidal, ms. 480) Amir al-Sya’bi r.h. berkata: “Tidak ada pendustaan paling besar terhadap orang lain dalam umat ini seperti yang dilakukan ke atas nama Ali bin Abu Talib ia.” (Rujuk Tazkirah aI-Huffaz,jil. 1, ms. 77) Puak Syiah juga sering melaungkan wasiat Rasulullah s.a.w kepada Ali r.a. agar memegang tampuk pemerintahan selepas baginda dengan mereka-reka hadis palsu yang berbunyi: “Aku wasiatkan kepada orang yang menjadi tumpuan hatiku, pengganti dalam keluargaku dan orang yang terbaik memegang khilafah selepasku adalah Ali.” (Rujuk al-Fawaaid al-Majmu’ah Ii alAliadith atMaudhu’ah, ms. 348)
Mereka juga sanggup membuat hadis maudhu’ tentang Ali dan para penyokong beliau demi mempertahankan aliran dan fahaman mereka seperti: “Wahai Ali! ALLAH telah mengampunkanmu, zuriat-zuriatmu, kedua orang tuamu, keluargamu, pendukungmu dan golongan pencintamu yang akan datang” (Rujuk al-Fawa’id al-Majmu’ah fi al-Ahadith al-Maudhu’ah, ms. 348) Di samping itu, mereka juga mereka-reka hadis-hadis palsu yang mencela dan memfitnah Abu Bakar, Umar, Uthman, Muawiyah dan selainnya. (Rujuk Syarh Nahjul Balaghah, ms.158 - 159, jil. 1) Ibn Abu al-Hadid r.h. berkata: “Pembohongan yang paling keji oleh puak Syiah ialah cerita mengenai pengiriman landak laut ke rumah Fatimah dan dicincang oleh Umar serta dijadikan tali di leher Ali. Hal itu langsung tidak ada sumber. Riwayat ini tidak ada pada manamana riwayat hadis melainkan hadis yang direka oleh Syiah.” Manakala kelompok yang mengagungkan para sahabat pula membidas hadis tersebut yang mampu mengangkat martabat mereka. Abdullah bin Abi Aufa r.a berkata: “Saya melihat Nabi s.a.w bersandar pada Ali. Tiba-tiba Abu Bakar dan Umar datang menghadapnya lalu beliau bersabda: Wahai Abu al-Hasan (Ali)! Cintailah kedua-duanya kerana dengan mencintai mereka, kamu akan masuk syurga.” (Rujuk Tanzih al-Syari’ah, ms. 347, jil. 1 dan al-Fawaaid al-Majmu’ah fi al-Ahadith al-Maudhu’ah, ms. 338)
Dalam kenyataan lain: “Di dalam syurga tidak ada pohon kecuali pada tiap-tiap lembaran daunnya tertulis: Tiada TUHAN melainkan ALLAH, Muhammad itu pesuruh ALLAH, Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Faruq dan Uthman Zulnurain.” (Rujuk al-Fawaaid al-Majmu’ah fi al-Ahadith alMaudhu’ah, ms. 342) Katanya lagi: “Orang-orang yang dipercayai di sisi ALLAH ada tiga: Aku (Nabi), Jibril dan Muawiyah.” (Rujuk Tanzih al-Syari’ah aI-Marfu’ah, jil. 2, ms. 4 dan 6) Malah di dalam kenyataan lain dia menegaskan: “Abu Bakar adalah menteriku dan memegang urusan umat selepasku. Umar adalah kekasihku yang berbicara atas lidahku. Aku daripada Uthman dan Uthman daripadaku. Sedang Ali adalah saudara dan pembawa panjiku.” (Rujuk al-Fawa’id aI-Majmu’ala fi al-Ahadith al-Maudu’ah, ms. 386) 2. Pemerintahan Islam telah menawan Kisra (Raja Parsi) dan Qaisar (Raja Rom). Pemerintahan kafir telah jatuh ke tangan umat Islam. Islam tersebar luas ke seluruh pelusuk tanah jajahan dan umat Islam hidup bersama-sama dengan orang kafir. Mereka menjadi tawanan orang Islam dan hilang kedudukan dalam negeri sendiri. Oleh itu, pelbagai usaha telah dilakukan untuk memesongkan akidah umat Islam. Selain itu, mereka telah menggambarkan Islam dengan gambaran yang buruk.
Antara hadis palsu yang direka oleh mereka supaya masyarakat menjauhkan diri dari Islam ialah: “Sekumpulan Yahudi datang berjumpa Rasulullah s.a.w dan berkata: Siapakah yang menjunjung Arasy? Baginda menjawab: Arasy dijunjung oleh singa dengan taring-taringnya. Air yang turun dari langit itu merupakan keringat peluhnya. Mereka berkata: Kami bersaksi bahawa engkau adalah Rasulullah s.a.w” Abu al-Qasim al-Balkhi r.h. berkata: “Demi ALLAH! Jelas ia palsu. Ini kerana, umat Islam telah sepakat bahawa para malaikat al-Muqarrabun (berada hampir dengan ALLAH) yang menjunjung Arasy.” ( Rujuk Qabul al-Akhbar, ms. 14) Sebelum Abdul Karim bin Abu al-’Arja’ dipancung, dia telah mengaku sambil berkata: “Demi ALLAH! Aku benar-benar telah memalsukan sebanyak 4000 hadis. Aku juga halalkan yang haram dan aku haramkan yang halal dalam hadis-hadis itu.” (Rujuk al-Laa’aliy al-Mashnu’ah, jil. 2, 248) 3. Perbezaan Kaum dan Imam Mazhab. Sebahagian pemimpin Bani Umaiyah terlalu fanatik terhadap bangsa Arab. Bahkan, mereka memandang serong terhadap kaum yang bukan Arab. Sehinggakan kaum Mawali (bukan Arab) menganggap orang Arab adalah kaum yang sombong dan angkuh. Faktor ini menyebabkan banyak hadis yang direka oleh mereka. Antaranya:
“Sesungguhnya perbualan mereka yang berada di sekitar Arasy adalah dalam bahasa Parsi.” Jadi, kaum Mawali pula mula memalsukan hadis demi membidas dan mempertahankan kedudukan dan semangat ‘asobiyah (perkauman) antara mereka: “Bahasa yang paling dibenci oleh ALLAH ialah bahasa Parsi. Manakala bahasa penghuni syurga adalah bahasa Arab.” (Rujuk Tanzih al-Syari’ah al-Marfu’ah, jil. 1, ms. 137) Di samping itu, terdapat hadis-hadis maudhu’ bertujuan mengangkat martabat suku dan negara. Ini kerana, faktor perpindahan pusat pemerintahan Islam dan satu negara ke negara lain mendorong pemalsuan hadis tertumpu kepada sesebuah negara. Contohnya: “Empat kota yang dikategorikan sebagai kota-kota syurga, iaitu Makkah, Madinah, Baitulmuqaddis dan Damsyik.” (Rujuk Tanzih alSyari’ah al-Marfu’ah,jil. 1, ms. 48) Selain itu, fanatik dan taksub terhadap imam-imam mazhab muncul pada abad ketiga Hijrah. Ini kerana, para pengikut melanggar wasiat imam-imam mereka. Contohnya: “Terdapat di kalangan umatku seorang yang bernama Muhammad bin Idris (Syafie). Ia lebih berbahaya terhadap umatku berbanding Iblis dan terdapat di kalangan umatku seorang yang bernama Abu Hanifah. Dia adalah pelita bagi umatku.” (Rujuk Tanzih al-Syari’ah al-Marfu’ah, jil. 1, ms. 30)
4. Mereka-reka cerita untuk tatapan masyarakat. Kehanyakan hadis maudu’ dihasilkan oleh tukang-tukang cerita. Golongan ini mereka-reka hadis palsu demi kepentingan diri sendiri untuk mendapatkan habuan daripada pendengar. Kadangkala, mereka sekadar ingin menghiburkan hati para pendengar hingga sanggup mereka-reka sesuatu yang tiada sumber. Oleh itu, para ulama hadis amat melarang munid-muridnya bermujalasah (duduk) dan mengikuti halaqah-halaqah tukang cenita. Menurut sejarah, pada zaman Khulafa al-Rasyidin perkara ini masih belum berlaku. Jika ada pun, masih terkawal. Contohnya, Umar r.a melarang keras tukang cerita duduk di masjid. Oleh itu, tidak ada tukang cerita pada zaman mereka. Manakala pada zaman tabi’in pula, terdapat banyak riwayat palsu yang direka oleh tukang cerita. Tetapi masih boleh dikawal. Salah satu contoh riwayat seperti hadis Abu Jaafar Muhammad alToyalisi, iaitu: “Ahmad bin Hanbal dan Yahya bin Ma’in solat di masjid alRashafah. Kemudian ada seorang tukang cerita berdiri di hadapan jemaah. Dia berkata: Ahmad bin Hanbal dan Yahya bin Ma’in telah berkata, Abdul Razak meriwayatkan daripada Ma’mar daripada Qatadah melalui Anas, Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang mengucap Lailahaillallah, ALLAH akan menghadiahkan untuknya seekor burung yang berparuh emas dan berbulu marjan (permata) daripada setiap kata-katanya.” Setelah menghabiskan ceritanya, dia telah memperolehi 20 helai wang kertas. Ahmad bin Hanbal dan Yahya bin Ma’in menoleh
sesama sendiri. Lalu Ahmad bertanya kepada Yahya: Adakah kamu meriwayatkan hadis ini? Demi ALLAH baru kali ini aku mendengarnya. Setelah selesai bercerita, tukang cerita itu tadi duduk sambil menunggu yang lain. Lalu Yahya menariknya dan berkata: Siapakah yang meriwayatkan hadis ini kepada kamu? Sedangkan akulah Yahya bin Ma’in dan ini temanku Ahmad bin Hanbal. Kami tidak pernah mendengar hadis itu daripada Rasulullah s.a.w Lalu si tukang cerita berkata: Aku pernah mendengar orang berkata bahawa Yahya bin Ma’in adalah seorang yang bodoh! Sekarang aku dapat menyaksikan kebodohannya. Bukankah tidak mustahil ada Yahya bin Ma’in dan Ahmad bin Hanbal yang lain. Aku telah menulis sebanyak 17 orang Ahmad bin Hanbal dan Yahya bin Ma’in. Lalu Ahmad menutup baju ke mukanya dan berkata: Biarkan dia pergi. Dia (pemalsu hadis) seperti memandang rendah pada kedua-duanya.” (Rujuk al-Baa’ith al-Hadith, ms. 93-94 dan al-Jami’ li akhlaq alRawly wa Adab al-Sami’, ms. 149) 5. Perbezaan mazhab dan teologi. Pemalsuan hadis ini juga dilakukan oleh pengikut mazhab fiqh dan teologi. Contohnya: “Sesiapa mengangkat tangan ketika rukuk, tidak ada solat baginya (terbatal).” (Rujuk Tadrib al-Rawi, ms. 181 dan Lisan alMizan, jil. 5, ms. 288-289) Begitu juga kenyataan pengikut yang menyalahi pegangan Abli Sunnah Wal-Jamaah. Akidah mereka telah terpesong dengan
mengatakan: “Semua yang ada di langit, bumi dan antara kedua-duanya adalah rnakhluk kecuali al-Quran. Malah, akan muncul satu kaum daripada umatku yang akan berkata: Al-Quran itu ialah makhluk. Sesiapa yang mengatakan begitu, dia telah kafir kepada ALLAH yang Maha Agung dan isterinya tercerai saat itu juga.” (Rujuk Tanzih al-Syari’ah a!Marfu’ah,jil. 1, ms. 134) 6. Mencari pengaruh. Pernah terjadi di zaman Khalifah Bani Umaiyah bahawa Abu Abdullah al-Hakim menyebut satu hadis daripada Harun bin Abu Ubay dan ayahnya berkata: “Al-Mahdi berkata kepadaku: Tahukah kamu apa yang Maqatil katakan kepadaku? Maqatil telah mengatakan: Bila tuan ingin, aku akan membuat hadis palsu untuk tuan berkenaan dengan pembelaan Bani al-Abbas, namun aku menjawab: Aku sama sekali tidak memerlukannya.” (Rujuk Tadrib al-Rawi, ms. 187 dan alBaa’ith al-Hadis, ms. 94) Ghiyats bin Ibrahim pernah membohongi al-Mahdi mengenai hadis ketika beliau melihat al-Mahdi sedang bermain burung sambil berkata: “Tidak ada perlumbaan kecuali memanah, bergurau, kuku kuda dan sayap burung.” Setelah itu, beliau meninggalkan permainan itu dan memerintahkan agar burung itu disembelih setelah memberi 10,000 dirham kepadanya. Al-Mahdi berkata kepada Ghiyaths: Aku bersaksi, leher kamu adalah leher pendusta pada Rasulullah
s.a.w. (Rujuk al-Madkhal, ms. 20 - 21 dan Tadrib al-Rawi, ms. 187) Antara hadis palsu yang lain seperti: “Buah terung adalah ubat segala penyakit.” (Rujuk al-Manar karya Ibn al-Qayyim, ms. 19) Dalam riwayat lain pula: “Sesiapa yang memelihara ayam jantan putih, dia tidak akan didekati syaitan dan sihir” (Rujuk al-Manar karya Ibn al-Qayyim, ms. 21) 7. Zuhud yang Melampau. Sebahagian orang soleh dan zuhud terhadap dunia sanggup membuat hadis palsu berkenaan targhib (hadis suruhan) dan tarhib (hadis larangan) berkenaan fadilat amalan tertentu (fadhail al-Amal) dengan harapan mendapat pahala daripada ALLAH. (Rujuk Qabuhil al-Akhbar, ms. 7-8 dan 15) Meraka lakukan semua ini hanya ingin menggalakkan masyarakat untuk beramal soleh. Tetapi, mereka tidak tahu bahawa Rasulullah s.a.w melarang keras apa sahaja bentuk pembohongan terhadap baginda. Apabila dibacakan sabda Rasulullah s.a.w: “Sesiapa yang mendustakanku dengan sengaja, tempah lah tempat duduknya di dalam neraka. Lalu mereka menjawab: Kami tidak berniat mendustakan baginda. Tetapi, pendustaan demi (memenuhi kehendak) baginda.” (Rujuk Ikhtisar ‘Ulum al-Hadis, ms. 86)
Al-Hafiz Yahya bin Said al-Qattan r.h. berkata: ‘Aku tidak pernah melihat penipuan yang lebih dahsyat daripada penipuan yang dilakukan oleh orang-orang soleh dan zuhud. Antara penipuan yang dilakukan ialah hadis-hadis palsu berkenaan keutamaan surah-surah dalam al-Quran, masalah perubatan dan lain-lain. Apabila ditanya mengapa perkara ini perlu dilakukan, mereka menjawab: Saya memalsukan hadis ini sebagai galakan agar manusia lakukan kebaikan.” (Rujuk Tadrib al-Rawi, ms. 184 dan al-La’aliy al-Mashnu’ah, jil. 2, ms. 249) Perlu diingat, tidak dinafikan memang wujud fadhilat beberapa surah di dalam al-Quran melalui hadis yang tsabit (sahih atau hasan) daripada Nabi s.a.w. Antaranya seperti membaca surah alKahfi pada hari Jumaat sebelum imam naik ke mimbar atau sebagainya. Namun, sebahagian ulama tidak benarkan merekareka fadilat surah tertentu dalam al-Quran. Ini boleh diumpamakan dengan qiamullail yang mempunyai pelbagai fadhilat dan ganjaran. Melakukan solat tahajud pada satu pertiga malam lebih afdhal dan lebih besar ganjarannya berbanding pada awal malam. Namun, tidak bermakna seseorang hanya perlu bangun pada satu pertiga malam. Dengan kata lain, sesiapa yang mampu membacanya pada waktu itu pasti ganjarannya lebih besar. Namun, membacanya pada selain waktu yang dilakukan oleh Nabi s.a.w juga mendapat pahala. Ini bermakna, kelebihan itu terletak pada waktu bukannya surah. Jika baginda menetapkan kelebihan pada surah sekalipun seperti surah al-Ikhlas menyamai satu pertiga al-Quran, bukan bermakna seseorang perlu membaca surah tersebut untuk mendapatkan pahala menyamai bacaan satu pertiga al-Quran. Tetapi, ia bermaksud sesiapa memahami apa yang tersirat di sebalik surah al-Ikhlas seolah-olah dia telah memahami satu
pertiga daripada isi kandungan al-Quran. Seluruh muslimin bersepakat bahawa haram memalsukan hadis secara mutlak. Hukum Memalsukan Hadis Ulama juga sepakat mengenai haram meriwayatkan hadis palsu tanpa menjelaskan kepalsuan riwayatnya. Mereka tidak membenarkan sesiapa pun meriwayat walau satu hadis maudhu’ (palsu) berkenaan kisah, targhib (galakan), tarhib (tegahan), hukum-hakam ataupun selainnya. Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesiapa yang meriwayatkan (menyebarkan) sebuah hadis daripadaku dan meyakini hadis itu palsu, sebenarnya dia juga termasuk salah seorang pendusta itu.” (Ditakhrij oleh Imam Muslim dan Samurab bin Junduab dari al-Mughirah bin Syu’bah. Rujuk Sahih Muslim, jil. 1, ms. 9) Pada hari ini para syeikh, ustaz dan maulana begitu lantang meriwayatkan hadis dhaif atau palsu tanpa segan silu. Juga tanpa penelitian yang terperinci. Umat Islam hendaklah beramal dengan ilmu yang diyakini sahih. Buatlah penelitian dan kajian. Jangan terus mengamalkannya secara melulu. Jauhkan diri daripada para ulama yang menyembunyikan ilmu ini. ALLAH melarang hamba-hamba-NYA menunaikan ibadah dalam keadaan ragu. Sebaliknya perlu disertai keyakinan. Namun, kebanyakan manusia memang suka menyanggahi perintah ALLAH.
(Ingatlah) di waktu kamu menerima berita bohong itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikit juga, dan kamu menganggapnya suatu yang ringan saja. Padahal dia pada sisi Allah adalah besar. (an-Nuur: 15) Barangsiapa yang berdusta atas namaku, maka siaplah tempat duduknya di neraka. (Hadis Riwayat Ahmad) Firman ALLAH S.WT: “Sangkaan (ragu-ragu) itu sama sekali tidak akan mencapai kebenaran.” (Surah al-Najm: 28) Sabda Nabi s.a.w: “Berhati-hatilah kamu dalam mengatakan sesuatu yang diragui. Ini kerana, berkata sesuatu menurut sangkaan adalah percakapan paling dusta.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim) Sabda Nabi s.a.w: “Berhati-hatilah terhadap hadis yang berhubung kait dengan diriku kecuali apa yang telah kamu ketahui (jalan sanadrya).” (Hadis sahih riwayat Ahmad, al-Tirmizi dan Ibn Abi Syaibah) Cara Menyekat Pemalsuan Hadis 1 - Berpegang teguh serta meneliti sanad. 2 - Meningkatkan kaedah ilmiyah dan ketelitian dalam meriwayatkan hadis.
3 - Teliti dan cermat dalam menerima hadis. 4 - Mengetahui hal ehwal perawi ketika meriwayatkan sesuatu hadis. 5 - Mengetahui kaedah serta musthalah (istilah-istilah) hadis untuk mengetahui hadis maudhu’. Cara Mengetahui Hadis Maudhu’ 1. Pada Sanad 1.1 - Pengakuan perawi yang mereka-reka hadis maudhu’ itu seperti Abdul Karim al-Wadhdha’. 1.2 - Mengetahui sejarah hidup perawi. 1.3 - Perawi yang masyhur sebagai pendusta. 2. Pada Matan 2.1 - Kejanggalan riwayat atau matan hadis pada pandangan pakar bahasa. 2.2 - Makna matan yang tidak dapat diterima akal. 2.3 - Matan bertentangan dengan dalil daripada al-Quran dan hadis yang sahih. 2.4 - Lafaz matan yang tidak mungkin disembunyikan oleh para sahabat tetapi mereka langsung tidak pernah mendengarnya. 2.5 - Menyanggahi fakta sejarah. Buku-Buku Mengenai Hadis Maudhu’ 1. Tazkirah al-Maudhu’aat. (Abu al-Fadhi Muhammad bin Thahir alMaqdisi (448-507H)) 2. Al-Baa’its ‘ala al-Khalash Min Hawadith al-Qashshash. (Al-Hafiz Zainuddin Abdul Rahim al-‘Iraqi (725-806H))
3. Al-La’aliy al-Mashnu’ah Fi al-Ahadith al-Maudhu’ah. (Al-Hafiz jalaluddin al-Sayuti (849-911H)) 4. Tanzih al-Syari’ah al-Marfu’ah ‘an al-Akhbar al-Syani’ah alMaudhu’ah. (Abu al-Hasan Ali bin Muhammad (Ibn ‘Iraqi) alKannani (w. 963H)) 5. Al-Fawaaid al-Majmu’ah Fi al-Ahadits al-Maudhu’ah. (Al-Qadhi Abu Abdillah Muhammad bin Ali al-Syaukani (1173-1255H)) 6. Al-Maqasid al-Hasanah Fi Bayan Katsir Min al-Ahadits alMusytaharah ‘ala al-Sinah (Al-Hafiz al-Muarrikh Muhammad bin Abdul Rahman al-Sakhawi (83 1- 902H)) Lihatlah, betapa buruknya perangai ulama yang berani mempermainkan agama ALLAH. Mereka sengaja memperdayakan umat Islam bersumberkan al-Quran dan sunnah. Oleh itu, telitilah setiap sumber yang kita ambil dan berhatihatilah terhadap segala amalan yang telah kita lakukan sama ada bertepatan atau menyanggahi sunnah Rasulullah s.a.w. Mudah-mudahan amalan yang kita lakukan bertepatan dengan nash sahih yang diyakini lebih baik dan diterima oleh ALLAH berbanding amalan yang masih diragui kesahihan sumbernya. [Di-ambil/Dipetik daripada Wudhu' & Solat Menurut Mazhab Syafi'e, oleh Abu Ruwais al-Syubrawi] Dicatat oleh Nawawi Bin Subandi di Isnin, Disember 17, 2007 0 ulasan Label: Asas
Isnin 10 Dis 2007 061 - Taklid Buta Dan Taksub Kepada Imam Mazhab Taklid Buta Dan Taksub Kepada Imam Mazhab Di-Edit semula dari tulisan: Ust. Mohd. Noor Tahir & Kaptain Hafiz Firdaus abdullah Sikap taklid buta terhadap para imam mazhab secara melampau perlu dihentikan. Ini kerana, semua imam mazhab menjadikan sunnah yang sahih sebagai pegangan utama dan meninggalkan pendapat individu jika menyanggahi sunnah baginda. Sebahagian pengikut mazhab yang fanatik menolak bulat-bulat pendapat mazhab lain. Seolah-olah, mazhabnya sahaja yang betul. Sedangkan dalam beberapa perkara, mereka sebenarnya mengamalkan pendapat imam lain atas alasan darurat. Ada riwayat menyebut, Khalifah Abu Ja’far al-Mansur dan Harun al-Rasyid ingin menjadikan Mazhab Malik dan Kitab al-Muwatta’ karangan Imam Malik sebagai sumber perundangan dan rujukan kerajaan Abbasiyyah. Tetapi, cadangan ini ditentang oleh Imam Malik sendiri. Alasan beliau ialah kebenaran itu hanya satu, iaitu melalui Rasulullah s.a.w. Pendapat seseorang boleh ditolak apabila bertentangan dengan sunnah Rasulullah s.a.w Para salafussoleh bersepakat, wajib berpegang dan kembali kepada al-Quran dan sunnah yang sahih serta meninggalkan setiap pendapat yang menyalahi kedua-duanya. Walaupun ia diutarakan oleh seorang pakar, ulama, tokoh ilmuan atau sarjana. Ini kerana, Rasulullah s.a.w lebih afdal untuk diikuti dan dicontohi berbanding individu yang tidak terlepas daripada salah dan silap. Jika mendapati sesuatu yang bertentangan dengan amalan harian masyarakat kita di dalam sesebuah pendapat yang diutarakan, maka janganlah terus membuat kesimpulan yang singkat, lalu mentohmah sesuatu pendapat yang mungkin baru di mata kita dengan tuduhan yang tidak benar. Sebaliknya saya
mengesyorkan agar kita semua mengkaji dan meneliti semula setiap nukilan dan pendapat yang diutarakan itu. Ini lebih baik agar kita membuat sesuatu kenyataan berdasarkan hujah dan tidak mudah diselewengkan. Hal ini merupakan satu contoh amalan Rasulullah s.a.w yang telah ditinggalkan. Semoga ALLAH memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-NYA kepada ajaran Islam yang murni. Sesungguhnya meninggalkan amalan yang dipenuhi sangkaan atau taklid buta adalah suatu yang dituntut oleh syarak. Pengertian Taklid Dan Segi Bahasa Taklid merupakan kata terbitan daripada ( )قلدyang bermaksud menyerah, menghias, menyeleweng, meniru, menurut seseorang atau menerima hutang. Antara pengertian taklid menurut sebahagian ulama salafussoleh ialah: Imam al-Syaukani r.h berkata: “Taklid ialah menerima pendapat seseorang yang tidak berdiri berdasarkan hujah.” Imam al-Son’ani r.h berkata: “Taklid ialah mengambil pendapat orang lain tanpa dalil.” Dan Segi Istilah Imam Abu Abdullah Khuwaz Mandad r.h berkata: “Taklid menurut pengertian syara’ ialah kembali (menyandarkan perbuatan kepada perkataan yang tidak ada hujah bagi orang yang mengatakannya serta tiada dalil (berhubung dengan) apa yang dikatakan itu, malah orang yang berkata tidak mampu membawa dalil.” Taklid Pendapat Generasi Salafussoleh Para Sahabat Sebenarnya, isu taklid telah lama ditegahkan oleh para sahabat Nabi s.a.w. Bukan hanya imam empat mazhab sahaja.
Hakikatnya, terdapat banyak perbezaan pendapat dalam memahami hadis Rasulullah s.a.w. Contohnya, dalam bab menguatkan bacaan basmalah ketika solat. Sebahagian sahabat menguatkannya, manakala, sebahagian yang lain pula memperlahankannya. Namun, kedua-dua pendapat ini sahih kerana ia pernah dilakukan oleh Nabi s.a.w. Oleh itu, para ulama mengharuskan kedua-dua perbuatan ini. Para sahabat juga melarang bertaklid kepada seseorang. Antara mereka yang menyatakan seperti itu adalah: Abu Bakar al-Siddiq r.a berkata: “Taatilah aku selagi aku mentaati ALLAH. Apabila aku tidak lagi mentaati ALLAH, janganlah kamu semua mentaatiku. Au bin Abi Talib r.a berkata: “Mengenai orangjang berilmu itu,jika ia mendapatpetunjuk (sekalipun) janganlah kamu bertaklid kepadanya tentang agama kamu.” Ibn Mas’ud r.a berkata: “Jadilah orang yang berilmu atau orang yang belajar dan janganlah sesekali kamu menjadi pengikut kepada pendapat seseorang.” Imam Mazhab Para imam mujtahid melarang kita bertaklid kepada mereka kerana bimbang apa yang mereka ijtihadkan itu menyalahi hadishadis Rasulullah s.a.w yang sahih. Mereka memerintahkan para pengikutnya agar berpegang pada hadis jika ijtihad mereka jelas menyanggahi sunnah Rasulullah s.a.w yang sahih. Ijtihad mereka hanya boleh dipegang jika melibatkan hadis yang kurang jelas serta terdapat perbezaan pendapat padanya. Namun, jika sesuatu hadis itu sahih, jelas makna serta lafaznya, ijtihad tidak diperlukan dan seluruh umat Islam wajib beramal dengan hadis itu. Walaupun para imam amat menekankan agar kembali kepada hadis yang sahih serta meninggalkan pendapat
mereka, masih ada pengikutnya yang terkemudian begitu lantang bersuara dan lebih memartabat dan mempopularkan hadis daif dan palsu. Mereka menyandarkan perkataan kepada para imam dan menjadikannya sebagai hujah yang batil (sesat) demi membenar dan mempertahankan kehendak hawa nafsu mereka. Perhatikanlah sebahagian daripada pendapat para imam mujtahid mengenai hukum bertaklid. Imam Abu Hanifah r.h (80 H 150 H) berkata: “Seseorang tidak boleh mengambil (berpegang) pada pendapat kami jika dia tidak mengetahui dari mana sumber itu diambil.” Imam Malik bin Anas r.h berkata: “Tidak ada seorang pun selepas Nabi s.a.w (wafat) melainkan perkataannya boleh diambil atau ditolak. (Kecuali) perkataan Nabi s.a.w sahaja (yang boleh diterima dan tidak boleh ditolak).” Imam Syafie r.h berkata: ‘‘Apabila hadis itu sahih, itulah mahabku.” Tambahnya lagi: “Umat Islam telah berjmak, tidak boleh meninggalkan sesuatu yang telah pasti dan menepati sunnah Rasulullah s.a.w. Bukan semata-mata berpegang pada pendapat seseorang.” Imam Ahmad bin Hanbal r.h berkata: “Sesiapa yang menolak hadis Rasulullah s.a.w dia telah berada di tepi jurang kebinasaan.” Itulah pendirian para imam mazhab. Mereka melarang keras perbuatan bertaklid kepada pendapat mereka. Mereka sendiri meninggalkan perbuatan itu jika menemui hadis yang sahih. Ibn Hazm r.h telah menyatakan pendapat Imam Syafie mengenai larangan bertaklid: “Sesungguhnya semua ulama fikah itu telah membatalkan taklid. Mereka melarang sama sekali sahabat-sahabat mereka (para pengikutnya mazhab) bertaklid kepada mereka. Antaranya al-
Imam al-Syafi’e. Beliau sampai ke taraf berpendirian tegas dalam menentukan kesahihan sesuatu hadis dan berpegang pada hujah yang tepat. Beliau juga tidak suka (orang lain) mengikut semua pendapatnya.” Perlu diingatkan, semua para imam saling menghormati pendapat satu sama lain. Imam Malik sezaman dengan Imam Abu Hanifah. Manakala, Imam Syafie pula sempat menuntut ilmu daripada Imam Malik di Madinah. Manakala, Imam Ahmad bin Hanbal pula sempat berguru dengan Imam Syafie di Iraq. Dalam masa yang sama, kita tidak mengatakan Imam Syafie bermazhab Maliki atau Imam Ahmad bin Hanbal bermazhab Syafie. Kelebihan para imam mempunyai ilmu yang luas untuk rnenyanggahi pendapat gurunya sebagai faktor mereka sanggup keluar daripada belenggu mazhab (mengikut pendapat seseorang). Oleh itu, terdapat pengikut yang terkemudian keluar daripada pendapat mazhabnya kerana ilmu mereka amat luas sehingga mampu memilih pendapat yang paling tepat. Jadi, apa kurangnya ulama kontemporari yang terbuka fikiran dan ilmunya menukilkan pendapat ulama silam lalu mengamalkannya. Namun, mereka tidak pernah menyalahkan pendapat imam yang lain. Bahkan, Imam Syafi’e sendiri mewasiatkan kepada Imam Ahmad bin Hanbal agar menceritakan kepadanya setiap hadis sahih yang ditemui. mi bermakna, tidak semua hadis dimiliki atau ditemui oleh Irnam Syafie. Jika tidak, mana mungkin seorang guru meminta hadis daripada anak muridnya. Oleh itu, janganlah berpecah-belah semata-mata mempertahankan fahaman yang disandarkan kepada para imam. Bukankah mereka telah berlepas diri terhadap perbuatan fitnah yang dilemparkan kepada mereka. Mereka tidak pernah mengajar kita mengamalkan hadis dhaif walaupun ia adalah ijtihad mereka. Ini kerana, ijtihad mereka mungkin betul dan mungkin juga salah. Bahkan mereka
menggalakkan kita meninggalkan pendapat yang menyanggahi sunnah yang sahih. Bagi kita yang telah diberi kemudahan mengkaji kitab-kitab karangan mereka, sudah pasti mudah bagi kita untuk mencari kesahihan pendapat. Inilah hasil usaha yang ditinggalkan oleh mereka pada agama ALLAH. Pesanan Imam Syafie Ramai di kalangan para kelompok masyarakat yang mengaku bermazhab Syafi’e tidak tahu tentang cara mengerjakan solat mengikut mazhabnya. Ada yang mengangkat tangan melebihi kepala dan ada yang meletakkan tangan ke tepi rusuk serta pelbagai lagi. Sejak akhir-akhir ini, “talfiq” iaitu percampuran pelbagai mazhab (pendapat imam) memang tidak dapat dinafikan. Cuma, kebanyakan masyarakat masih belum sedar tentang kewujudannya. Apa tidaknya, bila ke Makkah seseorang bermazhab Syafie boleh menukar mazhab. Apabila berzakat, mengikut mazhab Imam Hanafi. Apabila bersolat pula, tangan diletakkan ke bawah pusat. Bukankah itu adalah menurut pandangan Imam Abu Hanifah? Begitu juga dengan masalah kenduri arwah, Imam Syafi’e mengharamkannya. Tetapi ada juga yang melakukannya. Bukan orang bawahan, bahkan para ulama yang digelar ustaz dan guru. Contohnya, membaca al-Quran dan tahlilan yang dihadiahkan kepada si mati. Ini tiada dalam Mazhab Syafie. Oleh itu, berpeganglah pada al-Quran dan sunnah yang sahih bukannya menurut hawa nafsu semata-mata. Janganlah kita mudah terpedaya dengan pendapat batil daripada ulama-ulama yang menyembunyikan ilmu. Lebih-lebih lagi mereka yang mengharapkan habuan dunia demi menjaga kepentingan diri. Kurang ilmu agama yang sahih, tidak mahir berbahasa Arab dan tidak pernah berhujah menjadi faktor utama mengapa seseorang itu sanggup bertaklid tanpa membuat kajian. Sedangkan Imam
Syafi’e sendiri mewajibkan pengikutnya mengambil dalil yang sahih serta mengkaji ilmu agama dan bukan hanya menerima tanpa penelitian. Selain itu, beliau juga mengharamkan bertaklid kepadanya. Terdapat banyak kata-kata beliau yang melarang taklid kepada imam-imam mazhab. Imam Syafie r.h berkata: “Setiap orang boleh mengingati dan melupai sesuatu riwayat. Apa yang benar ialah sesuatu yang bertepatan dengan sunnah Rasulullah s.a.w dan itulah pendapatku.” (Hadis maqtu’ riwayat al-Hakim dengan sanad sampai kepada al-Syafie. Rujuk Tarikh Dimasyq, Ibn ‘Asaakirr: 15/1/3, I’lam al-Muwaqqi’in, jil. 2, ms. 363364 dan al-Iqazah, ms. 100) “Sesiapa yang mengetahui hadis sahih, tidak boleh meninggalkan sunnah Rasulullah s.a.w hanya kerana mengikut pendapat seseorang.” (Rujuk Ibn al-Qayim, jil. 2, ms. 361 dan al-Fulani, ms. 68) “Apabila kamu temui dalam kitabku sesuatu yang bertentangan dengan hadis Rasulullah s.a.w yang sahih, berpeganglah pada hadis itu. Tinggalkanlah apa yang telah aku katakan itu.” Manakala dalam riwayat yang lain katanya: “Ikutilah hadis itu dan janganlah kamu menoleh kepada pendapat sesiapa pun.” (Rujuk Zaminul Kalam, karya al-Harawi, 3/47/1, al-Khaatib dalam al Ihtijaj bi al-Syafie, jil. 8/2, Ibn ‘Asaakir, 5/9/10, al-Nawawi, al-Majmu’, jil. 1, ms. 63, Ibn Qayyim, jil. 2, ms. 361, al Fulani, ms. 100. Manakala riwayat kedua daripada Abu Nu’aim dalam al-Hiliyyah, jil. 9, ms. 107) Aku akan menarik semula pendapatku sama ada ketika hidup atau matiku jika ia berlawanan dengan sesuatu perkara yang sahih daripada Rasulullah s.a.w.” (Rujuk Abu Nu’aim dalam alHilyah, jil. 9, ms. 107, al-Haraawiy, jil. 1, ms. 47, Ibn Qayyim dalam I’laam al-Muwaqqi’in, jil. 2, ms. 363 dan al-Fulaniy dalam al-Iqaz, ms. 104)
“Apabila aku mengeluarkan pendapat yang berlawanan dengan hadis Rasulullah s.a.w yang sahih, ketahuilah bahawa ketika itu aku sudah nyayuk.” (Rujuk karya Ibn Abi Hatim dalam Adab alSyafie, ms. 93, Abu al-Qasim al-Samarqandi dalam al-Amali, Abu Hifshul Mu’addab dalam al-Muntaqa Minha, jil. 1, ms. 236, Abu Nu’aim dalam al-Hilyah, jil. 9, ms. 106 dan Ibn ‘Asaakir, 15/10/1, dengan jalur sanad yang sahih) “Semua hadis Rasulullah s.a.w yang sahih adalah pendapatku sekalipun kamu belum pernah mendengarnya daripadaku.” (Rujuk Ibn Abi Hatim, ms. 93-94) “Apabila hadis itu sahih, itulah mazhabku.” (Rujuk al-Nawawi dalam al-Majmu’, jil. 1, ms. 63, al-Sya’raaniy, jil. 1, ms. 57. Beliau menghubungkan sanadnya kepada al-Hakim dan al-Baihaqi. Diriwayatkan juga oleh al-Fulani, ms. 107) Al-Sya’raani r.h berkata: “Ibn Hazm berkata, maksud sahih ialah hadis sahih menurut Imam Syafie sendiri dan imam-imam yang lain.” Imam Nawawi al-Syafie r.h berkata: “Merujuk kepada kata-kata Imam Syafie ini, pengikutnya boleh mengamalkan hadis berhubung perkara tatswib (as solatu khairun minan naum) dan boleh bertahallul apabila sakit atau kerana sebab lain seperti yang tertulis dalam kitab-kitab pengikutnya yang bermazhab Syafie. Antara ulama fikah bermazhab Syafie yang meninggalkan pendapat beliau ialah Abu Ya’kub al-Buwaiti dan Abu al-Qasim alDaraqi. Manakala ahli hadis bermazhab Syafie yang meninggalkan pendapat beliau ialah Imam Abu Bakar al-Baihaqi. Sebahagian ulama Syafi’eyah (pengikut imam Syafi’e) lebih mengutamakan hadis sahih walaupun ia tidak diamalkan oleh Imam Syafie. Menurut mereka, “setiap apa bertepatan dengan hadis sahih, itulah Mazhab Syafie.” Syeikh Abu ‘Amr r.h berkata:
“Ulama Mazhab Syafie akan berbincang apabila terdapat hadis yang bercanggah dengan amalan mazhab mereka. Mereka akan mengamalkan hadis itu jika mereka mampu berijtihad. Sebaliknya jika mereka tidak mampu berijtihad, mereka tidak akan menyalahi hadis itu selepas berusaha mengkaji dan beramal mengikut ulama yang berhujah dengannya. Ini adalah suatu keuzuran untuk mereka meninggalkan mazhab yang diikuti.” Taqiuddin al-Subki al-Syafi’e r.h berkata: “Seseorang perlu mengamalkan hadis sahih jika dia yakin dengan kesahihan hadis itu walaupun tidak dapat bertemu dengan imam tersebut. Ketika itu, dia perlu membayangkan dirinya sedang berada di hadapan Nabi s.a.w dan mendengar sendiri sabda baginda. Apakah dia sanggup menangguhkan beramal dengan sabda Rasulullah s.a.w yang sahih? Tentu sekali tidak! Oleh itu, setiap orang menerima tariggungjawab sesuai dengan pemahamannya.” (Rujuk al-Syubki, Makna Qaul al-Syafi’e Iza Sohhal Hadis Fahuwa Mazhabi, ms. 103, jil. 3, I’lamul Muwaqqi’in, jil. 2, ms. 302 dan 307. Juga al-Fulani dalam Iqaz Himam Ula alAbsor Lii Iqtida Bisayyidil Muhajirin Wa al-Ansor Wa Tahziruhum ‘Anil Ibtidaa al-Syafi’e Fil Qura Wal Amsor Mm Taklidil Mazahib Ma’al Hammiyyah Wal Ashabiyyah Bainal Fuqahail A’sor) Menurut Abdullah bin Ahmad bin Hanbal r.h, daripada ayahnya bahawa Imam Syafie r.h pernah berkata kepadanya: “Kamu lebih luas pengetahuan mengenai hadis dan perawi. Jika ia sahih, beritahulah aku sama ada ia dari Kufah, Basrah atau Syam. Aku akan beramal dengannya jika ia benar-benar sahih.” (Rujuk Ibn Abi Hatim dalam Adab al-Syafie, ms. 94-95, Abu Nu’aim dalam al-Haliyyah, jil. 9, ms. 106, al-Khatib dalam al-Ihtijaj hi al-Syafi’e, 8/1, Ibn ‘Asaakir, 15/9/1, Ibn Abdul Baar dalam al-Intiqaa, ms. 75, Ibn al-Jauzi dalam Manaqib al-Imam Ahmad, ms. 499, al-Haraawiy, 2/47/2, Ibn Qayyim daiam I’laam al-Muwaqqi’in, jil. 2, ms. 32 dan al-Fulaniy dalam al-Iqaz, ms. 152) Al-Baihaqi al-Syafie r.h berkata:
“Syafi’e banyak beramal dengan hadis. Beliau mengumpulkan ilmu ahli Hijaz, Syam, Yaman dan Iraq. Beliau akan berpegang pada hadis yang sahih menurut pendapatnya sendiri tanpa mengikut mazhab penduduk negaranya. Walaupun jelas kebenarannya pada pendapat orang lain dan tidak cenderung kepada mereka terdahulu.” Taqiuddin al-Subki al-Syafie r.h telah menyatakan dalam Kitab alFataawa, jilid 1, muka surat 148: “Solat ialah urusan umat Islam yang paling penting. Setiap muslim wajib mengambil berat dan memeliharanya. Terdapat perkara yang disepakati oleh ulama yang mesti diamalkan. Begitu juga dengan perkara yang tidak disepakati ulama. Mereka boleh memilih sama ada keluar daripada perselisihan itu atau berusaha meneliti semula hujah-hujah yang digunakan. Solat mereka sah dan betul jika mereka bijak mengkaji kerana ibadah itu sesuai dengan firman ALLAH S.WT: “Sesiapa yang mengharapkan pertemuan dengan TUHANnya, dia hendaklah beramal soleh.” (Surah al-Kahfi 18: 110) Al-Muzanni al-Syafie r.h berkata: “Saya ringkaskan Kitab al-Umm dan huraikan maksudnya kepada sesiapa yang memerlukan. Saya juga menjelaskan larangan Imam Syafie daripada bertaklid kepadanya dan juga orang lain. Seseorang itu perlu meneliti dan mengkaji urusan agamanya serta mengambil ilmu pengetahuan dan kitab ini. (Rujuk Mukhtasar Li Fiqh al-Syafi’e, jil. 9, ms. 3) Para Ulama Terkemudian (khalaf) Ibn al-Jauzi r.h menyatakan dalam kitabnya Talbisul Iblis: “Orang yang bertaklid tidak ada pegangan yang teguh dengan apa yang ditaklidkan. Taklid merosakkan fungsi akal untuk berfikir dan tadabbuz. Celakalah bagi orang yang memadam lilin yang dinyalakan untuk menerangi kegelapan.” Imam al-Tahawi r.h berkata:
“Seseorang tidak akan bertaklid melainkan jika dia bersifat keras kepala dan berfikiran beku.” Ibn Hazm r.h menyatakan dalam kitabnya Masaail Minal Usul: “Tidak dibenarkan sesiapa pun hertaklid kepada seseorang yang masih hidup atau yang telah mati.” Abu Syamah r.h menyatakan dalam Kitab al-Mu,ammal: “Taklid kepada orang lain selain rasul-rasul ALLAH adalah haram.” Imam Abdullah bin al-Mu’tamir r.h berkata: “Tidak ada perbezaan antara binatang ternakan yang menuruti perintah dan seorang manusia yang bertaklid.” Imam Sanad bin ‘Anan r.h berkata: “Seseorang yang bertaklid tidak berada pada pandangan dan ilmu yang benar kerana ia bukan jalan yang membawa kepada ilmu pengetahuan.” Beberapa langkah untuk menjauhi taqlid Memandangkan taqlid sudah menjadi satu kelaziman umat Islam tanah air, berikut disenaraikan beberapa langkah untuk menjauhi taqlid: 1 - Menetapkan di dalam diri masing-masing bahawa menuntut ilmu adalah wajib hukumnya ke atas setiap individu muslim. Sabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam: Menuntut ilmu adalah wajib atas setiap Muslim. (Sahih: Hadis mutawatir yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, Ibn Hibban, al-Thabarani dan lainlain, dinilai sahih oleh al-Albani di dalam Shahih Jami’ al-Shagheir – no: 3913) Bertaqlid tidak termasuk di dalam kategori menuntut ilmu melainkan bagi orang yang benar-benar tidak mampu dari sudut kecerdasan akal dan kemudahan fizikal. 2 - Menetapkan keyakinan di dalam diri masing-masing bahawa menuntut ilmu agama adalah mudah sebagaimana menuntut ilmu-ilmu yang lain. Lebih dari itu sesiapa yang bersungguhsungguh menuntut ilmu atas tujuan memperbaiki agamanya, maka dia akan dipimpin oleh Allah sebagaimana firman-Nya:
Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. (al-Ankabut 29: 69) 3 - Lazimkan diri untuk menghadiri kuliah agama dan membaca buku yang bersifat ilmiah. Pastikan setiap pendapat/ulasan yang dikemukakan disandarkan kepada dalil al-Qur’an dan al-Sunnah diikuti dengan hujah tokoh/ulama yang muktabar pada generasi awal Islam. Jauhilah kuliah atau buku agama yang hanya membicarakan agama tanpa dalil dan hujah. 4 - Memberi perhatian dan keutamaan kepada para ustaz dan ustazah yang “junior”. Alhamdulillah, negara kita memiliki ramai graduan tempatan mahupun luar negara dalam jurusan agama yang mampu menyampaikan ilmu dengan menjauhi kaedah taqlid. Akan tetapi mereka tidak diberi perhatian yang sewajar oleh masyarakat sebagai sumber rujukan ilmu semata-mata kerana umur mereka yang agak muda. 5 - Berdoa kepada Allah agar diberi kecerdasan akal dan kemudahan fizikal untuk menuntut ilmu sebagaimana firman-Nya: “Wahai Tuhanku, tambahilah ilmuku.” (Taha 20: 114) Beberapa Contoh Sikap Taksub Mazhab Sikap taksub mazhab juga boleh menyebabkan para pengikut sesebuah mazhab sanggup mencipta hadis-hadis palsu bagi membenarkan mazhab sendiri. Berikut adalah beberapa contoh dari sikap taksub mazhab yang pernah dan sedang dialami oleh dunia Islam masa kini. Tujuannya ialah untuk menyedarkan kita akan kekerdilan fikiran sesetengah pihak sehingga menyebabkan timbulnya perselisihan yang besar daripada satu perkara yang asalnya tidak berselisih. Contoh Pertama: Suasana taksub bermazhab yang paling jelas ialah apabila jamaah yang melaksanakan solat fardhu dibahagikan kepada 4
kumpulan di Masjid al-Haram. Perkara ini berlaku sebelum tahun 1342H/1924M. Lebih menyedihkan, suasana begini berlaku di hadapan Ka’bah padahal Ka’bah itu sendiri merupakan binaan yang mengisyaratkan persatuan umat Islam. Suasana sebegini masih berlaku di beberapa masjid yang lain di negara yang rakyatnya mengikuti lebih dari satu mazhab. Ini sebagaimana yang diterangkan oleh al-Albani rahimahullah tentang apa yang berlaku di Syria: Adakalanya didapati sebahagian jemaah itu masih menunggu kedatangan imam mazhab mereka padahal di sebelah mereka jamaah mazhab lain sudahpun memulakan solat bersama imam mereka. Mereka enggan berjamaah bersama di belakang satu imam hanya kerana perbezaan mazhab. Mereka berpendapat solat imam mazhab lain diragu-ragukan dan boleh dipersoalkan, malah ada yang mengatakan ianya tidak sah. (Rujuk: The Prophet’s Prayer Described, ms. xxix) Contoh Kedua: Contoh yang lain ialah berkenaan membaca doa qunut dalam solat Subuh. Dalam Mazhab al-Syafi‘e, membaca doa qunut dihukum sunat manakala dalam mazhab Hanafi dan Hanbali ianya tidak sunat. Dalam menghadapi suasana perbezaan seperti ini, segelintir ulama’ al-Syafi‘eyyah (al-Syafi‘eyyah bermaksud ulama’-ulama’ dalam Mazhab al-Syafi‘e yang hidup selepas Imam Muhammad bin Idris al-Syafi‘e) yang berfatwa bahawa seorang jamaah mazhab al-Syafi‘e wajib melakukan sujud sahwi di akhir solat subuhnya apabila dia menjadi makmum kepada seorang imam dari mazhab lain yang tidak membaca doa qunut. (Lihat Fiqh dan Perundangan Islam (edisi terjemahan oleh Syed Ahmad Syed Hussain; Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia & Dewan Bahasa dan Pustaka, K.Lumpur 1994), jld. 01, ms. 856 oleh Wahbah al-Zuhaili). Di samping itu ada pula yang memfatwakan bahawa seorang jamaah mazhab al-Syafi‘e yang menjadi makmum di belakang imam mazhab lain yang tidak membaca
doa qunut boleh mengangkat tangannya membaca doa qunut subuh selagi sempat ketika imam tersebut sedang iktidal mahupun sedang turun ke posisi sujud. (Lihat Reliance of The Traveller (Amana Publications, Maryland, 1994), F12-23 oleh Ahmad ibn Naqib al-Misri, terjemahan dan nota tambahan oleh Nuh Ha Min Keller) Kedua-dua fatwa di atas jelas merupakan sesuatu yang dikeluarkan kerana sikap taksub kepada mazhab. Ia jelas menyalahi perintah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang menerangkan bahawa imam itu adalah untuk diikuti oleh jamaah dalam setiap perlakuannya. Perintah baginda: Sesungguhnya dijadikan seorang imam hanyalah untuk diikuti, maka janganlah kamu berbeza dengannya. Maka apabila (dia) rukuk maka rukuklah, apabila dia membaca “Sami Allahuliman Hamidah” maka bacalah “Rabbana lakalhamdu”. Dan apabila (dia) sujud maka sujudlah dan apabila (dia) solat duduk maka bersolatlah kamu semua dengan cara duduk. (Sahih: Hadis daripada Abu Hurairah radhiallahu ‘anh, diriwayatkan oleh Ahmad, al-Bukhari, Muslim dan lain-lain. Lihat Shahih al-Bukhari – no: 722 (Kitab Azan, Bab meluruskan saf termasuk kesempurnaan solat)) Fatwa dan pendapat di atas juga menyalahi contoh yang ditunjukkan oleh al-Syafi‘e sendiri di mana dalam satu riwayat yang terkenal, beliau telah mengimami solat subuh bersama ahli jamaah mazhab Hanafi tanpa berqunut. Apabila ditanya kenapa dia tidak berqunut, al-Syafi‘e menjawab bahawa ia adalah sebagai menghormati Abu Hanifah. (Riwayat al-Dahlawi di dalam Hujjat Allah al-Balighah, ms. 335.) Contoh Ketiga: Sikap taksub mazhab tidak terhad kepada persoalan ibadah sahaja. Ia juga melibatkan perkara-perkara lain seperti keturunan, politik dan kehidupan harian. Sebahagian pihak dalam Mazhab alSyafi‘e pernah mengagungkan Muhammad bin Idris al-Syafi‘e
rahimahullah sehingga menghina para imam mazhab lain dengan alasan sebuah hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam: Para pemimpin (mestilah) daripada (keturunan) Quraish. (Hadis daripada Anas bin Malik radhiallahu ‘anh, diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Ya’la dan al-Thabarani. al-Haitsami menyebutnya di dalam Majma’ al-Zawa‘id (ed: ‘Abd Allah M. Darwaisy; Dar al-Fikr, Beirut 1994) – no: 8978 dan beliau berkata: Para perawi (dalam riwayat) Ahmad adalah terpercaya) Berdasarkan hadis ini mereka berkata: Kita tidak dapati di kalangan imam-imam mujtahid (para imam mazhab) yang berketurunan Quraish selain Imam al-Syafi‘e. Sedangkan Imam Abu Hanifah berketurunan bekas hamba, Imam Malik bin Anas daripada qabilah Zi-Asbah, Imam an-Nakha‘e daripada qabilah Nakha’ al-Yaman. Imam Ahmad bin Hanbal dan Imam Muhammad al-Hassan, keduanya dari Bani Syabani dan bukannya dari Mudhar. Imam al-Tsauri berasal dari Bani Thaur dan Imam al-Awza‘e pula juga dari bekas keturunan hamba. (Demikian tulisan Abu Mansur ‘Abd al-Qahar al-Tamimi sebagaimana di dalam buku Rahmat Allah di Sebalik Perbezaan Mazhab, ms. 37 oleh Muhammad Fadli Ismail, yang mana beliau berkata buku ini ialah tulisan al-Suyuti. Buku ini perlu diteliti apakah benar ia tsabit dari al-suyuti, kerana di dalamnya terkandung begitu banyak hadis-hadis yang palsu) Sikap taksub mazhab oleh golongan di atas menyebabkan mata hati mereka tertutup daripada ayat Allah Subhanahu wa Ta‘ala yang menyatakan bahawa sebaik-baik manusia bukanlah berdasarkan keturunan atau bangsa akan tetapi ketaqwaannya kepada Allah. Firman Allah: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenalkenalan (antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semuliamulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara
kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, Mendalam Pengetahuan-Nya. (al-Hujurat 49: 13)
lagi
Maha
Adapun maksud sebenar hadis “Para pemimpin (mestilah) daripada (keturunan) Quraish” ialah bahawa sesuatu negara atau komuniti Islam itu seharusnya memilih pemimpin mereka daripada kalangan kaum atau bani yang majoriti jumlahnya dan besar pengaruhnya supaya kepimpinan rakyat lebih teratur dan baik. Sebaliknya jika pimpinan dipegang oleh pihak minoriti ia akan membawa kekecohan di kalangan orang ramai. Bani Quraish disebut dalam hadis ini kerana merekalah kumpulan terbesar dan terpengaruh di Semenanjung Arab pada ketika itu. Akan tetapi hadis ini tidaklah membatasi Bani Quraish sahaja kerana mereka sebenarnya hanya sebagai kaum minoriti berbanding dengan dunia Islam yang kini menjangkau jumlah 1 billion umatnya. Hadis ini juga lebih khusus kepada persoalan pimpinan duniawi tidak dalam persoalan pimpinan agama kerana banyak dalil-dalil lain yang menyatakan bahawa hal agama tiada bersangkut paut dengan keturunan dan bangsa. Contoh Keempat: Sikap taksub mazhab juga boleh menyebabkan para pengikut sesebuah mazhab sanggup mencipta hadis-hadis palsu bagi membenarkan mazhab sendiri. Contohnya ialah hadis berikut yang dicipta oleh pengikut Mazhab Hanafi yang bencikan Mazhab al-Syafi‘e bahawa kononnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ada berkata: Akan muncul di kalangan umat aku seseorang yang bernama Muhammad bin Idris (al-Syafi‘e) yang akan mendatangkan kerosakan kepada umatku lebih buruk daripada Iblis dan akan muncul pula di kalangan umat aku seorang lelaki bernama Abu Hanifah yang akan menjadi cahaya penyuluh umat aku. Riwayat palsu ini dikenal pasti oleh Ibn al-Jawzi dalam kitabnya alMaudu‘at, jld. 1, ms. 457 dan diutarakan oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadis al-Dha‘ifah wa al-Maudhu‘ah, no: 570.
Pengikut Mazhab al-Syafi‘e juga tidak kurang hebatnya dengan mencipta sebuah hadis lain bagi menentang Mazhab Hanafi. Diketahui bahawa bagi Mazhab Hanafi disunatkan mengangkat tangan ketika membaca takbir bagi setiap pergerakan rukun solat manakala bagi Mazhab al-Syafi‘e mereka tidak menyunatkannya. Oleh itu pengikut Mazhab al-Syafi‘e telah mencipta suatu hadis bahawa kononnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah berkata: Sesiapa yang mengangkat tangan ketika solat maka tiadalah solat itu baginya (iaitu tidak sah). Riwayat ini juga telah dinyatakan kepalsuannya oleh beberapa tokoh hadis seperti Ibn al-Qayyim, al-Dzahabi dan lain-lain sebagaimana terang al-Albani di dalam Silsilah al-Ahadis alDha‘ifah wa al-Maudhu‘ah, no: 568. (Ibn al-Qayyim ialah al-Imam Muhammad bin Abu Bakar bin Ayyub bin Qayyim al-Jawziyya. Lahir di Damaskus pada 691H/1292M. Antara tulisan beliau yang masyhur ialah Zaad al-Ma'ad dan I'lam al-Muwaqqi‘in, keduaduanya telah diterjemahkan. Meninggal dunia di Damsyik pada 751H/1350M) Demikian empat contoh yang sempat dikemukakan tentang sikap taksub sebahagian pengikut mazhab. Sikap taksub sebegini timbul hanya kerana ikutan mereka kepada tuntutan nafsu lalu mereka mengunggulkan imam serta mazhab mereka kepada kedudukan yang terbaik. Pada waktu yang sama mereka menghina imam dan mazhab yang lain padahal pengunggulan dan penghinaan mereka hanyalah berdasarkan anggapan semata-mata, bukan berdasarkan kajian dan perbandingan ilmiah. Seandainya dilakukan kajian dan perbandingan ilmiah, pasti mereka akan menyedari bahawa semua para imam dan mazhab fiqh Islam adalah baik. Sikap taksub sebegini akhirnya akan membawa kepada perdebatan, pergaduhan dan perpecahan kepada umat Islam. Ibn Taimiyyah rahimahullah mengulas fenomena ini:
Adapun mengunggulkan sebahagian imam atau syaikh di atas sebahagian yang lain seperti orang-orang yang mengunggulkan imam mazhab mereka sebagai yang paling faqih atau yang mengunggulkan syaikh mereka sebagai sebaik-baik pembimbing di atas selainnya, sepertimana sebahagian orang yang mengunggulkan al-Syaikh ‘Abd al-Qadir (al-Jailani) atau al-Syaikh Abu Madyan atau (al-Imam) Ahmad (bin Hanbal) atau selain mereka, maka kebanyakan manusia di dalam hal ini berbicara tentangnya berdasarkan sangkaan dan kecintaan yang berlebihlebihan. Sesungguhnya mereka tidak mengetahui hakikat sebenar akan martabat para imam dan syaikh tersebut mahupun bermaksud mengikuti mereka kerana kebenaran yang sebenar-benarnya. Akan tetapi setiap mereka hanya mengikut nafsu dengan mengunggulkan tokoh ikutan mereka dengan pengunggulan yang merupakan anggapan demi anggapan semata-mata. Mereka tidak memiliki apa-apa bukti bagi anggapan tersebut. Sikap seperti inilah yang sering kali menyebabkan perdebatan, pergaduhan dan perpecahan di antara mereka. Ini semua diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya sebagaimana firman-Nya: Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatupadu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah) lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya. Dan hendaklah ada di
antara kamu satu kumpulan yang menyeru kepada kebajikan dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah bercerai-berai dan berselisihan (dalam agama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah), Dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar. (‘Ali Imran 3:102-105) (Majmu’ al-Fatawa (Dar al-Wafa’, Kaherah 2002), jld 20, ms. 291-292) Oleh itu yang benar, semua mazhab dan para imamnya adalah baik. Orang yang mencenderungi satu mazhab, sebagaimana ulas Ibn Taimiyyah, tidak boleh mengkritik mazhab yang lain dan begitulah sebaliknya. Beliau rahimahullah menulis: Maka sesiapa yang pada pendapatnya adalah lebih baik untuk mengikuti (Mazhab) al-Syafi‘e tidak boleh mengingkari sesiapa yang pada pendapatnya adalah lebih baik untuk mengikuti (Mazhab) Maliki dan sesiapa yang pada pendapatnya adalah lebih baik untuk mengikuti (Mazhab) Ahmad tidak boleh mengingkari sesiapa yang pada pendapatnya adalah lebih baik untuk mengikuti (Mazhab) al-Syafi‘e dan begitulah seterusnya. (Majmu’ al-Fatawa, jld 20, ms. 292-293) Sikap taksub hanya dibolehkan dalam satu perkara, iaitu dalam mentaati Allah dan Rasul-Nya. Dicatat oleh Nawawi Bin Subandi di Isnin, Disember 10, 2007 0 ulasan Label: Asas Jumaat 23 Nov 2007 058 - MERUNGKAI PERSOALAN ITTIBA' DAN TAQLID MERUNGKAI PERSOALAN ITTIBA' DAN TAQLID
Pengertian Ittiba’ Ittiba’ secara bahasa bererti iqtifa’ (menelusuri jejak), qudwah (bersuri teladan) dan uswah (berpanutan). Ittiba’ terhadap AlQur’an bererti menjadikan Al-Qur’an sebagai imam dan mengamalkan isinya. Ittiba’ kepada Rasul bererti menjadikannya sebagai panutan yang patut diteladani dan ditelusuri langkahnya. (Mahabbatur Rasul, hal.101-102). Adapun secara istilah ittiba’ bererti mengikuti seseorang atau suatu ucapan dengan hujjah dan dalil. Ibnu Khuwaizi Mandad mengatakan : "Setiap orang yang engkau ikuti dengan hujjah dan dalil padanya, maka engkau adalah muttabi’ (Ibnu Abdilbar dalam kitab Bayanul ‘Ilmi, 2/143) Allah memerintahkan agar semua kaum muslimin ber-ittiba’ kepada Rasulullah saw, seperti Firman-Nya: "Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah suri teladan yang baik., (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kesenangan) hari akhirat dan dia banyak menyebut Allah." (Al-Ahzab:21) Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan ayat ini: "Ayat ini merupakan asas pokok lagi agung dalam bersuri teladan kepada Rasulullah saw dalam segala ucapan, perbuatan dan hal ehwalnya…"(Tafsir Ibnu Katsir, 3/475). Sedangkan Muhammad Nashiruddin Al-Albani dalam kitabnya Al-Hadis Al-Hujjatun bi Nafsihi pada hal.35 menyatakan: "Ayat ini memberi pengertian bahawa Rasulullah saw adalah panutan kita dan suri teladan bagi kita dalam segala urusan agama…" Ber-uswah kepada Rasulullah saw ialah mengerjakan sesuai dengan apa yang dikerjakan oleh beliau, baik berupa amalan sunnah atau pun wajib dan meninggalkan semua yang ditinggalkan oleh Rasulullah saw baik perkara itu makruh, apalagi
yang haram. Jika beliau SAW mengucapkan suatu ucapan, kita juga berucap seperti ucapan beliau, jika beliau mengerjakan ibadah, maka kita mengikuti ibadah itu dengan tidak ditambah atau dikurangi. Jika beliau menganggungkan sesuatu, maka kita juga mengagungkannya. Namun perlu diperhatikan bahawa mustahil seseorang itu ber-uswah atau ber-ittiba’ kepada Rasulullah saw jika dia jahil (bodoh) terhadap sunnah-sunnah dan petunjuk-petunjuk Rasulullah saw. Oleh sebab itu jalan satusatunya untuk ber-uswah kepada Rasulullah adalah dengan mempelajari sunnah-sunnah beliau – ini menunjukkan bahawa atba’ (pengikut Rasul) adalah ahlul bashirah (orang yang berilmu) Dan cukup banyak ayat-ayat Al-Qur’an agar kita senantiasa mengikuti sunnah seperti: "Barangsiapa yang mentaati Rasul bererti dia mentaati Allah.. " (An-Nisa’:80) "Barangsiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya Allah akan memasukkannya ke dalam Syurga…" (An-Nisa’:13) … dan ayatayat yang lainnya. Dan perkataan Rasulullah merupakan perkataan yang harus dipercaya, sebab "Dan tidaklah ia berkata-kata dari hawa nafsunya melainkan wahyu yang disampaikan Allah kepadanya." (An-Najm:4) Bahkan Rasulullah mengingkari orang-orang yang beramal tetapi mereka tidak mahu mencontoh seperti apa yang pernah dicontohkan oleh Rasulullah: "Barangsiapa yang melakukan amalan yang tidak ada contohnya dari kami, maka amalan itu tertolak." (HR. Muslim, 1718)
Dalam hadis ini ada faedah penting, iaitu : Niat yang baik semata tidak dapat menjadikan suatu amalan menjadi lebih baik dan akan diterima di sisi Allah, akan tetapi harus sesuai dengan cara yang pernah diajarkan oleh Rasulullah saw. Oleh sebab itu Nabi menutup jalan bagi orang yang suka mengada-ngada dalam ibadah dengan ucapan : "Siapa yang benci (meninggalkan) sunnahku, maka dia bukan termasuk golonganku".(HR. Bukhari). Dan ini berlaku bagi seluruh sunnah yang telah ditetapkan beliau. Maka dengan demikian kedudukan ittiba’ (mengikuti contoh kepada Ralullah saw) dalam Islam adalah wajib, setiap orang yang mengaku muslim mesti meninggikannya, bahkan ia merupakan pintu bagi seseorang setelah masuk Islam. Sehingga Ittiba’ kepada Rasulullah adalah salah satu syarat agar diterimanya amal seseorang. Sedangkan syarat diterimanya ibadah seseorang yang disepakati oleh para ulama, ada dua: Pertama, mengikhlaskan niat ibadah hanya kepada Allah. Kedua, harus mengikuti dan cocok dengan apa yang diajarkan Rasulullah SAW. Pengertian Taqlid Taqlid dari segi bahasa bererti membuat ikatan di leher. Diambil dari kata qaladah, iaitu sesuatu yang digunakan orang untuk mengikat yang lainnya. (Al-‘Aqa’id hal. 91). Adapun secara istilah, taqlid bermakna mengambil mazhab dari seseorang atau beramal dengan ucapan-ucapan orang itu tanpa dalil dan hujjah. Abu Abdillah bin Khuwaizi Mandad menyatakan : "Setiap orang yang engkau ikut tanpa dalil dan hujjah maka engkau adalah muqallidnya". (Al-‘Alamul Muwaqqi’in hal.137). Dengan demikian jika kita mengikuti pendapat seseorang, padahal pendapatnya itu tidak berdasarkan Al-Qur’an dan Sunnah sesuai dengan pemahaman gene-rasi shahabat, maka kita adalah muqallidnya. Hukum bertaqlid
1 - Pendapat yang membolehkan taqlid kepada salah satu imam mazhab. Pendapat ini dipegang banyak oleh orang-orang yang fanatik terhadap mazhab. 2 - Pendapat yang secara mutlak melarang taqlid, seperti diantaranya pendapat Iman As-Syaukani dan Ibnu Khuwazi Mandad. 3 - Taqlid dengan syarat. Iaitu taqlid yang diperbolehkan, seperti taqlid orang bodoh kepada ‘alim yang terpercaya; serta taqlid yang dilarang, seperti taqlid seseorang kepada ‘alim tanpa hujjah (dalil). Pendapat ini adalah pendapat jumhur para ulama. Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani berkomentar tentang kebolehan seorang awam bertaqlid kepada ‘alim yang terpercaya: "Yang benar adalah bahawa orang yang tidak mampu untuk mengetahui dalil, dia itulah yang diharuskan taqlid. Kerana Allah tidak membebani suatu jiwa pun kecuali sesuai dengan kemampuannya. Dan kadang-kadang seorang ‘alim pun terpaksa harus taqlid dalam beberapa permasalahan iaitu ketika dia tidak mendapatkan nash Al-Qur’an dan As-Sunnah dan dia mendapatkan ucapan orang yang lebih ‘alim dari dirinya. Maka keadaan itu dia pun terpaksa taqlid kepadanya. Hal ini pernah dilakukan oleh Imam Syafi’i dalam beberapa permasalahan." Para muqallid mazhab berpendapat yang sebenarnya pendapat mereka itu bukan pada tempatnya. Di antara pendapat mereka adalah: "Tidak seorang pun yang dapat memahami Al-Qur’an dan As-Sunnah serta mengamalkannya kecuali hanya para imam mazhab saja. Sedangkan mereka sudah memenuhi syarat begini dan begitu!! Bahawa merekalah yang lebih memenuhi syarat untuk pekerjaan itu, serta tidak ada satu manusia pun bisa melakukannya setelah mereka." Begitu perkataan mereka.
Bantahan ucapan mereka itu adalah firman Allah: "Dan sesungguhnya kami telah mudahkan Al-Qur’an untuk pelajaran, maka adakah orang-orang yang mengambil pelajaran?" (AlQamar 17, 22, 32 dan 40) "Ini adalah sebuah kitab yang kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai fikiran." (Shaad: 29) Kedua ayat ini membantah pemahaman bahawa Al-Qur’an itu dilarang dipelajari oleh sembarang orang. Bahkan kepada orang munafiq atau kafir pun Allah perintahkan untuk mempelajari AlQur’an itu, seperti Firman-Nya dalam surat Muhammad: 24 Para muqallid mazhab juga berpendapat bahawa : "Tidak boleh taqlid kepada selain empat mazhab, sekali pun tidak sesuai dengan ayat Al-Qur’an dan Sunnah, tidak pula kepada aqwal (pendapat) sahabat, kerana orang yang keluar dari mazhab yang empat adalah sesat dan menyesatkan. Juga kerana mengambil erti zhahir nash Al-Qur’an dan As-Sunnah termasuk pokok-pokok kekufuran." Ucapan mereka ini bukan saja syubhat tetapi kebathilan bahkan kejahilan yang amat jahil. Al-‘Allamah Muhammad Amin AsySyinqithi dalam kitabnya Al-Aqalid hal.24-25 menyata-kan: "Lihatlah wahai saudara-saudaraku. Alangkah keji dan bathilnya perkataan mereka. Boleh meyelisihi Al-Qur’an dan As-Sunnah dan Ijma’ Shahabat asal jangan keluar dari empat mazhab. Ini adalah kedustaan besar!!" Ada pun ucapan mereka bahawa ‘Sesungguhnya mengambil zhahir Al-Qur’an termasuk pokokpokok kekufuran.’ Juga merupakan kebathilan yang sangat keji dan besar."
Justru yang tidak mengikuti Al-Qur’an dan As-Sunnah bererti telah kufur. Seperti Firman Allah: "Taatlah kepada Allah (Al-Qur’an) dan Rasul-Nya (As-Sunnah), barangsiapa yang berpaling (dari keduanya) maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir." (Al-Imran: 32) Padahal Allah telah membenarkan untuk mengikuti petunjuk (ijma’) shahabat seperti Firman-Nya: "Generasi pertama (Islam) dari kaum Muhajirin dan Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik Allah RIDHO kepada mereka dan mereka ridho kepada Allah…" (At-Taubah: 100) Atau perkataan mereka bahawa melarang mengambil erti AlQuran dan Sunnah yang tersurat kerana termasuk-masuk pokokpokok kekufuran. Lihatlah bagaimama Firman Allah membantah mereka: "Dia (Allah) yang menurunkan Al-Kitab (Al-Qur’an) kepadamu di dalam terdapat ayat-ayat YANG JELAS, sebagian besar isi AlQur’an itu(demikian)…" (Al-Imran: 7)" Perhatikan para muqallid, Allah menyatakan bahawa Al-Qur’an itu mudah dipelajari, dan mudah dimengerti. Lalu mereka melarang orang-orang mempelajari Al-Qur’an dengan pengerti-an tekstual bisa kufur. Masya Allah! Sama saja ertinya mereka menggiring orang untuk menjauhi Al-Qur’an. Maka jelaslah kedustaan mereka yang mereka ada-adakaan. Sementara Rasulullah pernah bersabda bahawa: "Sesungguhnya agama ini mudah, tidaklah seseorang
mempersulitnya kecuali akan dikalahkan" (HR. Bukhari) Perhatikan, agama ini bukan teka-teki. Jika Al-Qur’an itu sulit bagi manusia maka tidak ada gunanya ia diturunkan. Dan tidak ada gunanya pula kita diperintahkan untuk mempelajarinya sebagai Hudal linnas (petunjuk bagi manusia) Dan para muqallid itu berdalil dengan firman Allah :"…maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahuinya."(Al-Anbiya’: 7) Mereka memakai istidlal (pengambilan dalil) bukan pada tempatnya. Kerana ayat itu tidak menunjukkan taqlid buta. Yang dimaksud ahlu dzikr pada ayat adalah orang yang mengerti tentang wahyu yang turun. Diperintahkan bertanya kepada mereka agar diberi fatwa dengan ketentuan wahyu. Kerana AlQur’an dan Sunnah pada hakekatnya adalah wahyu dari Allah, maka jika seseorang menjelaskan dengan kedua wahyu tersebut, sehingga bila kita mengikuti penjelasan seseorang dengan AlQur’an dan Sunnah bukan taqlid lagi namanya tetapi ittiba’. Begitulah para muqallid membela-bela pendirian mereka. Bahkan banyak lagi ayat-ayat dan As-Sunnah yang mereka gunakan supaya terkesan "benar" di mata orang-orang yang sama jahilnya dengan mereka. Sampai-sampai seorang ulama besar seperti Ibnul Qayyim Al-Jaujiyyah rahimahullah membantah mereka dalam kitabnya Al-Muwaqqi’in, juz II hal.140-198 dengan hujjah kepada para muqallid mazhab sampai beliau menyebutnya lebih dari 80 segi. Komentar para Imam Mazhab tentang Taqlid 1 - Imam Hanafi (Abu Hanifah An-Nu’man bin Tsabit)
"Apabila hadis itu sahih maka itu adalah mazhabku" (Perkatan beliau ini dapat dilihat pada kitab Al-Hasyiyah karya Ibnu Abidin Juz 1/63, juga dalam risalah Rasmul Mufti Juz 1/4.) "Tidaklah dihalalkan bagi seseorang untuk berpegang kepada perkataanku, selagi ia tidak tahu dari mana aku mengambilnya." (Ibnu Abdilbar dalam kitab Al-intiqa’u fi Fadha-ilist Tsalatsatil ‘Aimmatil Fuqaha’i p.145, dan Ibnul Qayyim dalam I’lamul Muwaqqi’in, 2/309 dan Ibnu Abidin dalam Al-Hasyiyah) Dalam riwayat lain dikatakan: "Adalah haram bagi orang yang tidak megetahui alasanku untuk berfatwa dengan perkataanku.". Atau riwayat lain lagi : "Sesungguhnya kami adalah manusia yang mengatakan perkataan pada hari ini dan meralatnya di esok hari." Beliau berkata kepada Abu Yusuf: "Kasihan engkau wahai Ya’qub (Abu Yusuf) jangan engkau tulis setiap apa yang dari padaku. Kerana kadangkala aku memang berpendapat dengan suatu pendapat pada hari ini, dan kadang kala aku berpendapat lain pada esok lusa, bahkan aku meninggalkannya pada esok lusa." (Al-Mizan 1/6. Abu Hanifah adalah seorang ulama yang sering menetapkan sesuatu hukum dengan qiyas kepada suatu ketentuan yang belum ditemukannya pada Kitabullah atau Sunnah Rasulullah saw. Para pengikut hanafi penghafal hadis yang sering melakukan perjalan jauh dari negeri-negeri dan pelabuhan-pelabuhan setelah berhasil mendapatkan hadis, niscaya Imam Hanafi mengambilnya dari mereka dan membuang qiyas yang pernah ia fatwakan) "Jika aku mengatakan suatu perkataan yang bertentangan dengan Kitabullah atau khabar Rasulullah, maka tinggalkanlah perkataanku." (Al-Fulani dalam Al-Iqazh p.50 yang diasalkan oleh Imam Muhammad)
2 - Imam Malik bin Anas Beliau berkata: "Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang manusia yang salah dan benar. Maka perhatikanlah pendapatku. Setiap pendapatku yang sesuai dengan Al-Kitab dan Sunnah, ambillah dan setiap perkataanku yang menyimpang dengan Al-Kitab dan Sunnah, tinggalkanlah." (Ibnul Abdilbar dalam Al-Jami’, 2/32, dan Ibnu Hizam dalam Ushulul Ahkam, 6/149 dan demikian pula Al-Fulani, p.72) "Tidak ada seorang pun setelah Nabi saw kecuali dari perkataannya itu ada yang diambil dan yang ditinggalkan, kecuali Nabi saw."( Ibnul Hadi dalam Irsyadus Salik, 227/1, Ibnu Abdilbar dalam Al-Jami’, 2/91, dan Ibnu Hazm dalam Ushulul Ahkam, 6/145 dan 179 dari perkataan Al-Hakam bin Uthaibah dan Mujahid. Taqiyuddin mengeluarkan dalam Al-Fatawa 1/48) 3 - Imam Syafi’i. (Muhammad bin Idris Asy-Syafi’i) Inilah nasihat beliau tentang taqlid: Setiap pendapatku yang menyalahi hadis Nabi saw. maka hadis Nabi saw itulah yang wajib diikuti, dan janganlah kalian taqlid kepadaku." (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim, Abu Nu’aim dan Ibnu ‘Atsakir 15/10/1) "Apabila kalian dapati di dalam kitabku, pendapat-pendapat menyalahi Sunnah Rasulullah saw., peganglah Sunnnah Rasulullah saw dan tinggalkan pendapatku." Dalam riwayat lain beliau berkata: "Ikutilah Sunnah Rasulullah saw. dan janganlah kalian menoleh kepada pendapat siapapun". (Riwayat al-Harawi, Abu Nu’aim fil Hilyah / lihat Shifat Shalat Nabi hal.28 Lil-Albani)
"Setiap masalah yang sudah sahih hadisnya dari Rasulullah menurut para ulama hadis, tetapi pendapatku menyalahi hadis yang sahih, maka aku ruju’ dari pendapatku dan aku ikut hadis Nabi saw yang sahih baik ketika aku masih hidup maupun sesudah wafatku." (Al-Harawi 47/1, Ibnul Qayyim dalam I’lamul Muwaqqi’in, 2/363) "Kaum muslimin sudah sepakat bahawa barang siapa yang telah terang baginya Sunnah Rasulullah maka tidak halal meninggalkannya kerana taqlid kepada pendapat seseorang." (Ibnul Qayyim 2/361 dan Al-Fulani p.68) "Apabila hadis itu sahih, maka dia adalah mazhabku." (An-Nawawi dalam Al-Majmu’, Asy-sya’rani, 10/57, Al-Fulani, p.100) 4 - Imam Ahmad bin Hambal Adalah salah seorang dari Imam mazhab yang paling banyak jasanya dalam mengumpulkan Sunnah. Perhatikan pula apa perkataan beliau tentang taqlid: "Janganlah kalian taqlid padaku dan jangan pula kalian taqlid kepada Imam Malik, Syafi’i, Auza’i dan Tsauri, tetapi ambillah dari mana mereka mengambil." (Ibnul Fulani, 113, dan Ibnul Qayyim dalam kitab Al-I’lam 2/302) "Pendapat Auza’i, pendapat Imam Malik dan Abu Hanifah semuanya adalah pendapat, dan bagiku adalah sama, sedangkan alasan hanyalah terdapat di dalam atsar-atsar." (Ibnul Abdilbar dalam Al-Jami’, 2/149) "Barangsiapa yang menolak hadis Rasulullah maka sungguh ia telah berada di tepi kehancuran." (Ibnul Jauzy p.182)
Amat jelas perkataan mereka, dan amat jelas kedustaan yang dibuat oleh para muqallid yang membolehkan taqlid buta kepada salah seorang dari mereka. Perhatikanlah, kesemua Imam-imam itu tidak ingin ditaqlidi. Semua mereka menyarankan agar kembali kepada Kitabullah dan Sunnah Rasulullah saw. Tidak dibenarkan orang-orang yang mengikuti mereka mengambil pendapat mereka tanpa dalil. Dikeranakan keempat imam mazhab itu, memiliki dalil-dalil, dan diantara dalil-dalil itu terdapat dalil yang sahih dan ada pula yang lemah, maka ambillah pendapat mereka yang lebih rajih dan sahih, dengan tidak membedakan satu imam dengan lainnya. Jika hujjah mereka berasal dari atsar yang sahih maka wajib kita membenarkan dan memegang pendapat tersebut. Tidak dibenarkan seseorang mengambil fatwa-fatwa hanya dari salah seorang mereka kemudian membenci pendapat Imam yang lain. Atau seseorang mengambil fatwa dari ulama-ulama sementara dia tidak mengetahui hujjah atau dalil dari ulama tersebut. Yang benar adalah kita cocokkan setiap pendapat yang kita terima dari Imam-imam Ahlussunnah baik dari empat Imam Mazhab atau pun dari imam-imam yang lain dengan merujuk kepada Kitabullah, As-Sunnah serta atsar dari sahabat. Demikian. Wallahu a’lamu bish-shawab... Dicatat oleh Nawawi Bin Subandi di Jumaat, November 23, 2007 0 ulasan Label: Asas Khamis 14 Jun 2007 Topic 005: WASIAT IMAM AS-SYAFIE KEPADA UMMAH BERKENAAN AQIDAH, FIQH, DAN BID’AH
WASIAT IMAM AS-SYAFIE KEPADA UMMAH BERKENAAN AQIDAH, FIQH, DAN BID’AH Oleh: Ustaz Rasul bin Dahri Disunting: an-Nawawi (Edisi Online) http://fiqh-sunnah.blogspot.com PERIBADI RINGKAS AL-IMAM AS-SYAFI’E Nama sebenar al-‘Allamah Imam as-Syafie rahimahullah ialah: Muhammad bin Idris as-Syafie yang lebih dikenali sebagai Imam as-Syafie. Beliau adalah seorang Imam besar yang sentiasa mendapat pujian, penghormatan dan pengiktirafan tentang keilmuannya oleh para ulama sejak zamannya sehinggalah ke saat ini. Imam as-Syafie dilahirkan di Gazzah (Palestin/Jurusalem) pada tahun 150H (767M). Meninggal dunia di Mesir pada malam Jumaat dan dikebumikan selepas Asar pada 2hb. Rejab, 204H dalam usia 54 tahun.[1] Beliau adalah seorang imam dan ulama besar yang sentiasa mengajak ummah agar berpegang teguh kepada sunnah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam sehingga digelar oleh tokoh-tohoh besar sebagai (Nasirus Sunnah)[2] "Pejuang/Penegak/Pembela Sunnah" atau (حدَيْث ِ " )نَاPejuang َ ْ صُر ال Hadith".[3] Imam as-Syafie terkenal sebagai seorang yang paling alim di zamannya tentang makna-makna al-Quran, dianggap seorang manusia yang paling tahu tentang isi al-Quran dan sunnah Rasulullah.[4] Sehingga Imam Ahmad bin Hambal rahimahullah berkata: "Kalaulah tidak kerana as-Syafie tidaklah kami mengenali ilmu hadis".[5]
Berkata Ahmad Muhammad Syakir rahimahullah dalam mukaddimah syarah dan tahkiknya tentang kitab ar-Risalah yang dihasilkan oleh Imam as-Syafie rahimahullah: "Jika sekiranya dibolehkan bagi seorang alim bertaqlid dengan seorang alim yang lain, pasti manusia yang lebih layak menurut pendapatku untuk ditaqlid ialah as-Syafie. Sesungguhnya aku (tetapi tidak ghuluw dan keterlaluan) percaya sesungguhnya tidak pernah muncul seorang ulamak Islam seperti lelaki ini dalam pemahaman, pandangan dan ketelitiannya mengambil hukum dari al-Kitab dan sunnah".[6] Dan beliau berkata lagi: "as-Syafie telah memenuhi permukaan bumi ini dengan ilmu".[7] Walaupun Imam as-Syafie diiktiraf sebagai seorang ulama besar dan muktabar sehingga fatwa-fatwanya dijadikan rujukan sejak zamannya sehinggalah sekarang, namun beliau tidak pernah mengizinkan sesiapapun untuk bertaqlid buta[8] dengannya, malah beliau bersepakat dengan imam-iman besar yang lain melarang dari bertaqlid buta dengan mana-mana mazhab yang ada. Beliau dan juga para imam yang lain tidak pernah memberi keizinan kepada sesiapapun mengguna-pakai fatwanya sebelum terlebih dahulu diketahui dari mana mereka mengambilnya. Beliau berkata: "Dari Imam Abi Hanifah, Malik, as-Syafie dan Ahmad rahimahumullah mereka semua berkata: Tidak dihalalkan bagi seseorang untuk memberi fatwa dengan kata-kata kami atau berpegang dengan kata-kata kami selagi dia tidak mengetahui dari mana kami mengambil kata-kata tersebut".[9] Imam as-Syafie amat membenci perbuatan bertaqlid buta. Malah beliau melarang dengan sekeras-kerasnya perbuatan bertaqlid buta. Larangan Imam as-Syafie amat jelas apabila difahami wasiat beliau yang masyhur:
"Berkata Imam as-Syafie: Setiap apa yang telah aku katakan, kemudian apa yang dari Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam bertentangan dengan perkataanku sekalipun (perkataanku itu dianggap) betul, maka hadith Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam mesti diutamakan, oleh itu janganlah kamu bertaqlid dengan qaulku (kata-kataku)".[10] Imam as-Syafie tidak pernah menghalalkan perbuatan seseorang yang meninggalkan al-Quran dan as-Sunnah Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam lantaran bertaqlid buta atau ta’sub a’ma kepada seseorang ulama: “Telah berkata Iman as-Syafie rahimahullahu Ta’ala: Telah ijmak (sepakat) seluruh muslimin bahawa sesiapa yang terang baginya sunnah Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam, maka tidak dihalalkan baginya meninggalkan sunnah tersebut lantaran mematuhi (mentaati) perkataan seseorang".[11] Imam as-Syafie berulang kali berwasiat tentang haramnya bertaqlid buta kerana bertaqlid akan menyempitkan ilmu. Imam as-Syafie juga telah memberi peringatan yang tegas bahawa amalan bertaqlid buta kepada mana-mana Imam atau ulama samalah seperti mengangkat seseorang manusia sebagai tuhan yang disembah selain Allah Subhanahu wa-Ta'ala: “Sesiapa bertaqlid kepada seseorang dalam perkara mengharamkan atau menghalalkan sesuatu sedangkan hadith sahih bertentangan dengannya dan menegah bertaqlid kerana diperintahkan beramal dengan sunnah, maka dia telah mengambil orang yang ditaqlidkan sebagai tuhan selain Allah ‘Ta’ala”. Amaran Imam as-Syafie ini dapat diperjelaskan lagi dengan
bersandarkan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh 'Adi bin Hatim radiallahu ‘anhu. Hadith ini merupakan keterangan yang amat ketara menunjukkan bahawa Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam menganggap sebagai penyembahan (pengibadatan) perbuatan bertaqlid buta yang dilakukan oleh kaum Nasara terhadap Ahbar dan Ruhban mereka: “Dari ‘Ady bin Hatim berkata: Aku pergi kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan di leherku tergantung sebuah salib dari emas, maka baginda bersabda: Wahai ‘Ady! Buangkanlah berhala ini dari dirimu. Saya dengar baginda membacakan surah Baqarah (Dan mereka menjadikan Ahbar dan Ruhban mereka sebagai tuhan-tuhan sembahan selain Allah), aku berkata: Wahai Rasulullah! Mereka tidak pernah menyembah (Ahbar dan Ruhban). Maka baginda bersabda: Bukankah Ahbar dan Ruhban itu mengharamkan perkara yang telah dihalalkan Allah maka mereka mengharamkan? Dan mereka menghalalkan perkara yang diharamkan Allah lalu mereka pun menghalalkannya? Aku menjawab: Memang itu adalah benar. Baginda bersabda: Maka itulah cara mereka menyembah Ahbar dan Ruhban mereka".[12] Itulah bahaya taqlid buta atau ta’sub a’ma ( )تعصب اعمىyang ditakuti oleh Imam as-Syafie, yang mana ianya boleh membawa kepada penyembahan yang membawa kepada kesyirikan. Maka amat tepat apabila beliau berwasiat agar umat Islam tidak bertaqlid buta kepada mana-mana mazhab selain al-Quran dan sunnah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam yang sahih. Penyerupaan (meniru) bentuk suluk atau tata-cara agama dari agama kaum kuffar atau musyrikin adalah haram (kufur) kerana telah ditegah oleh syara. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:
"Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia tergolong dari golongan kaum tersebut". Pengharaman bertaqlid buta atau ta’sub a’ma telah disuarakan juga oleh para sahabat, para imam dan para ulama muktabar: "Dari Ibn Masoud radiallahu ‘anhu berkata: Sesungguhnya janganlah sama sekali seseorang dari kamu bertaqlid kepada seseorang tentang agamanya, yang mana apabila ia beriman kamupun beriman dan sekiranya dia kufur kamupun jadi kufur, maka sesungguhnya tidak ada contoh (yang boleh dikuti) dalam perkara buruk ini".[13] "Ibn Abbas pernah menjawab pertanyaan seorang lelaki yang bertanya kepadanya tentang suatu masalah. Dijawabnya pertanyaan tersebut dengan sebuah hadith. Maka menyangkal dan berkata kepada Ibn Abbas: (Tetapi) telah berkata Abu Bakar dan Umar. Ibn Abbas kemudian berkata: Ditakuti akan diturunkan ke atas kamu hujan batu (bala) dari langit. Aku telah menjawab: Telah bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam tetapi kamu berkata (menyangkal/beralasan) telah berkata Abu Bakar dan Umar?". "Berkata Imam Ahmad: Janganlah kamu bertaqlid denganku, janganlah bertaqlid dengan Malik, Abu Hanifah, as-Syafie, 'Auzii dan Thauri rahimahumullah. Ambillah oleh kamu dari mana mereka itu mengambil".[14] "Telah berkata Ibn Hazam rahimahullah: Sesungguhnya para fuqaha yang menjadi ikutan telah membatalkan pentaqlidan pada mereka dan sesungguhnya mereka menegah (melarang) para pengikut mereka dari bertaqlid kepada mereka".[15] "Telah berkata Sanad bin 'Anan rahimahullah: Ketahuilah olehmu!
Sesungguhnya hanya dengan mengambil jalan mudah sehingga mendorong bertaqlid, adalah tidak diredhai oleh seseorang insan yang bijaksana. Sesungguhnya (bertaqlid) adalah cara seseorang yang bodoh lagi bebal dan si tolol yang keras kepala".[16] Ketegasan semua para imam mazhab sama ada mazhab fikeh atau akidah mengharamkan sesiapapun dari bertaqlid buta kepada mereka adalah amat serious. Ternyata tidak seorang pun dari mereka mengizinkan ummah bertaqlid buta kepada mereka, kerana taqlid buta sama seperti perbuatan Ahli Kitab yang akhirnya boleh membawa penyembahan kepada mereka yang dianggap sebagai ketua agama atau imam mazhab. UCAPAN IMAM AS-SYAFIE YANG KONTROVERSI Antara ucapan (qaul) Imam as-Syafie yang disalah ertikan oleh sebahagian masyarakat Islam sehingga menjadi isu kontroversi dan polemik, ialah tentang maksud dan pembahagian bid’ah yang mana beliau pernah berkata: "Bid'ah itu terbahagi kepada yang baik dan yang buruk, atau yang terpuji dan tercela. Dalam perkara ini, termasuklah setiap yang diada-adakan selepas zaman Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam dan zaman para Khulafa ar-Rasyidin".[17] "Dari Harmalah bin Yahya rahimahullah berkata: Aku mendengar as-Syafie rahimahullahu Ta'ala berkata: Bid'ah ada dua, iaitu bid'ah yang terpuji dan bid'ah yang tercela. Apa yang bersesuaian dengan sunnah maka itu adalah terpuji dan apa yang bertentangan dengan sunnah maka itu tercela".[18] "Berkata ar-Rabi' rahimahullah: Telah berkata as-Syafie rahimahullahu Ta'ala: Perkara-perkara yang diada-adakan itu terbahagi dua: Yang pertama, apa yang dicipta bertentangan
dengan al-Kitab, Sunnah, ijmak sahabat atau athar, maka inilah bid'ah yang sesat. Kedua apa yang dicipta berupa kebaikan yang tidak bertentangan dengan salah satu dari perkara (al-Kitab, sunnah, ijmak atau athar sahabat) maka itu ciptaan yang tidak tercela".[19] Persoalan-persoalan (syubahat) yang timbul dari qaul Imam asSyafie di atas telah dijelaskan oleh para ulama Salaf as-Soleh, antaranya Abdul Qayyum bin Muhammad bin Nasir as-Sahaibani rahimahullah. Beliau telah membincangkannya dengan membawa keterangan seperti berkut: Pertama: Tidak seharusnya diterima perkataan seseorang manusia yang bertentangan dengan perkataan (sabda) Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam walau siapapun orangnya. Perkataan Nabi sallallahu 'alaihi wa-sallam adalah hujjah bagi setiap orang dan bukan pula perkataan seseorang itu menjadi hujjah untuk menentang (meninggalkan) sabda Nabi sallallahu 'alaihi wasallam[20] sedangkan Nabi Muhammad telah bersabda tentang persoalan bid’ah: “Setiap yang bid'ah itu sesat dan setiap yang sesat itu ke dalam neraka".[21] Dalam hal ini Abdullah bin Abbas radhiallahu 'anhu berkata: "Tidak ada pendapat seseorang (yang boleh terus diterima kerana) ia boleh diambil atau ditinggalkan kecuali pendapat (sabda) Nabi sallallahu 'alaihi wa-sallam".[22] Kedua: Sesiapa yang mahu memberi perhatian (memahami) tentang qaul Imam as-Syafie (membahagikan bid'ah kepada yang baik dan tercela) maka dia tidak akan meragui bahawa yang dimaksudkan oleh Imam as-Syafie ialah bid'ah di segi bahasa (
)لغوىbukan syarii ()شرعي. Ini berdalilkan (kenyataan Imam asSyafie) sesungguhnya setiap bid'ah dalam syara (agama) adalah bertentangan dengan al-Kitab dan as-Sunnah. Imam as-Syafie sendiri mengaitkan bid'ah yang baik dengan apa yang tidak bertentangan dengan al-Kitab dan as-Sunnah kerana setiap bid'ah dalam syara bertentangan dengan firman Allah dan Hadith Nabi sallallahu 'alaihi wa-sallam:[23] "Hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu".[24] "Bersabda Rasulullah sallallahau ‘alaihi wa-sallam: Sesiapa yang mengada-adakan (mencipta) yang baru dalam urusan (agama) kami ini yang bukan darinya maka ia tertolak".[25] "Barangsiapa yang mengerjakan satu amal yang bukan dari suruhan kami maka ia tertolak".[26] Apa yang dimaksudkan oleh Imam As-Syafie sebagai bid'ah yang mahmudah (baik/terpuji), misalnya pembukuan hadith-hadith Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam dan sembahyang tarawih, ini amat tepat menurut definisi bahasa kerana walaupun ia tidak ada contoh sebelumnya tetapi ia ada dasarnya dari syara.[27] Begitu juga dengan pembinaan madrasah kerana belajar itu wajib menurut syara, pastinya pembelajaran yang sempurna dan selesa ialah di madrasah. Semua yang berkaitan dengan dunia yang tidak memudaratkan adalah bid'ah keduniaan yang hasanah dan tidak bertentangan dengan syara. Penjelasan di atas menunjukkan bahawa setiap bid'ah yang dikatakan terpuji sebenarnya ia bukanlah bid'ah, kerana ia tidak melibatkan urusan agama hanya disangka sebagai bid'ah lantaran kurang memahami istilah bid'ah di segi bahasa dan syara. Adapun bid'ah yang dianggap keji dan sesat setelah didapati secara qatii (pasti) ialah yang bertentangan dengan al-
Kitab dan as-Sunnah dan jelas tiada dalilnya dari syara.[28] Ketiga: Memang sudah diketahui tentang pendirian Imam asSyafie Rahimahullah yang tegas, beliau sangat teliti dalam mengikuti (ittiba') kepada sunnah Nabi sallallahu 'alaihi wa-sallam dan sangat benci kepada muqallid (orang yang bertaqlid buta) dan orang yang menolak hadith Nabi sallallahu 'alaihi wa-sallam. Ini terbukti semasa beliau disoal tentang sesuatu perkara maka beliau menjawab: "Wahai orang yang bertanya! Bumi manakah yang akan aku pijak dan langit manakah yang akan aku berlindung apabila aku telah meriwayatkan sesuatu hadith Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam kemudian aku tidak berkata denganNya? Sewajarnya bagiku mendengar dan melihat (patuh dan taat kepada hadith -Pent.)" Kalau demikianlah pengakuan, sikap, pendirian dan pegangan Imam as-Syafie rahimahullahu Ta’ala terhadap hadith Rasulullah, maka tidak sepatutnya seseorang itu berprasangka terhadapnya sehingga melagakan pandangan beliau dengan hadith sahih[29] terutamanya hadith di bawah ini: "Sesungguhnya setiap yang bid'ah itu menyesatkan" Yang paling tepat dan benar ialah perkataan Imam as-Syafie ini semestinya diletakkan di tempat yang sesuai dengan hadith di atas bukan (dijadikan alasan - Pent.) untuk menentang hadith tersebut, kerana apa yang dimaksudkan oleh Imam as-Syafie ialah bid'ah di segi bahasa[30] ( )لغويsahaja bukan di segi syara atau dalam persoalan agama. Imam as-Syafie rahimahullah pernah menegaskan dengan perkataan beliau:
"Berkata as-Syafei rahimahullah: Apabila kamu temui di dalam kitabku apa yang bertentangan dengan sunnah Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam, maka berkatalah (ambillah/berpeganglah) kamu dengan sunnah tersebut dan hendaklah kamu tinggalkan apa yang telah aku katakan".[31] "Berkata as-Syafie rahimahullah: Setiap hadith dari Nabi sallallahu 'alaihi wa-sallam adalah ucapanku (ikutanku) walaupun kamu tidak pernah mendengar dariku".[32] "Setiap masalah yang benar datangnya dari Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam menurut ahli Naql sedangkan ia bertentangan dengan apa yang telah aku katakan, maka aku akan kembali merujuk pada hadith itu selama hidupku atau setelah kematianku". "Dari Imam Abi Hanifah, Malik, As-Syafie dan Ahmad mereka berkata: Tidak dihalalkan bagi seseorang untuk memberi fatwa dengan perkataan kami atau berpegang dengan perkataan kami selagi dia tidak mengetahui dari mana kami mengambil perkataan tersebut".[33] BID'AH AKIDAH MENURUT IMAM AS-SYAFIE Sebenarnya bid'ah yang diperkatakan oleh Imam as-Syafie bukan hanya di segi feqhiyah, tetapi merangkumi juga persoalan yang lebih besar, iaitu bid'ah akidah yang menyentuh persoalan syirik besar dan kecil atau tentang sah dan batalnya akidah seseorang yang mengaku sebagai seorang mukmin. Contohnya, Imam asSyafie menolak fahaman (akidah) firqah-firqah bid'ah seperti Syiah, Khawarij, Qadariyah dan yang lainnya sebagaimana yang diriwayatkan dari para ulamak as-Syafie:
1 - Sebagaimana yang ditakhrij oleh al-Baihaqi sebagai qaul yang sahih dari Rabi' bin Sulaiman dari Imam as-Syafie bahawa: 'Imam as-Syafie telah melarang bersolat di belakang orang yang berfahaman (berakidah) Qadariyah".[34] Larangan Imam as-Syafie ini lantaran firqah Qadariyah telah bid'ah akidahnya dan disepakati oleh para ulama salaf sebagai golongan yang sesat. 2 - Dari al-Lalakaii dari al-Muzani berkata: "Tahukah kamu siapakah yang termasuk dalam golongan Qadariyah? Dia adalah orang-orang yang mengatakan bahawa Allah tidak menciptakan sesuatu sehingga sesuatu amal tersebut dikerjakan".[35] Dan menurut al-Baihaqi lagi bahawa Imam as-Syafie telah berkata: "Qadariyah ialah mereka yang telah digambarkan oleh Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam sebagai orang-orang Majusi ummat ini".[36] Wasiat Imam as-Syafie ini menunjukkan bahawa beliau menentang semua golongan yang terkeluar dari akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah. Qadariyah ternyata telah terkeluar dari akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah. 3 - Imam Syafie berkata tentang Syiah: "Belum pernah aku saksikan di kalangan manapun manusia yang begitu berani menjadi pendusta dan sebagai saksi-saksi palsu (bohong) seperti golongan Syiah".[37]
Dari kenyataan Imam as-Syafie di atas, sudah jelas bahawa akidah Imam as-Syafie adalah akidah yang di pegang oleh golongan Ahli Sunnah wal-Jamaah yang mendasari manhaj Salaf as-Soleh. Beliau ternyata adalah seorang ulama besar dibidang fikeh dan akidah. TAUHID MENURUT IMAM AS-SYAFIE Dalam memperkatakan tauhid asma' (nama-nama Allah) was-sifat wa-zat (sifat-sifat dan zat Allah), tauhid uluhiyah serta tauhid rububiyah, maka Imam as-Syafie dianggap seorang Imam Besar Salafi yang menegah (mengharamkan) takwil, takyif, tasybih dan ta'til terhadap sifat dan zat Allah ‘Azza wa-Jalla. Sebagaimana yang dapat difahami dari riwayat Abu Talib Al-'Usayri beliau berkata: Imam as-Syafie pernah ditanya berkenaan sifat-sifat Allah 'Azza wa-Jalla dan beriman dengannya, beliau (Imam asSyafie) menerangkan: "Allah Tabaraka wa-Ta'ala memiliki asma' (nama-nama) dan sifatsifat yang telah disebutkan oleh KitabNya (al-Quran) dan dikhabarkan oleh NabiNya sallallahu 'alaihi wa-sallam (hadithhadith) kepada umatnya, yang tidak boleh diingkari oleh sesiapa pun dari makhlukNya kerana telah sampai kepadanya dalil bahawa al-Quran turun membawa keterangan tentangnya. Begitu juga diriwayatkan tentangnya dengan perawi yang thiqah (dipercayai)". [38] Dalam menjelaskan Tauhid Uluhiyah, sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi dari Abu Muhammad az-Zubiri bahawa Imam as-Syafie berkata: "Adapun kewajipan yang berupa beriman kepada Allah yang berupa (kerja) hati, ialah mengakui dan mengetahui dengan
penuh keyakinan, redha dan berserah bahawa tiada Ilah (yang berhak diibadahi) selain Allah, tidak ada sekutu bagiNya, tidak mempunyai isteri dan anak, dan mengakui bahawa Muhammad adalah hambaNya dan RasulNya".[39] Apabila memperkatakan tentang tauhid rububiyah, Imam asSyafie membawakan dalil melalui firman Allah: “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih berganti malam dan siang........". Maka dijelaskan oleh Imam as-Syafie: "Maka jadikanlah makhluk ciptaan Allah sebagai dalil akan adanya pencipta, janganlah menyusahkan dirimu dengan sesuatu yang tidak dapat dijangkau oleh akalmu".[40] Antara maksud yang dapat difahami dari penjelasan Imam asSyafie ini bahawa beliau melarang mencabuli wahyu Allah dengan hawa nafsu atau akal jika sesuatu persoalan yang dikhabarkan oleh wahyu itu berupa persoalan akidah yang tidak mampu dijangkau oleh akal fikiran manusia. Malangnya para pengikut yang mendakwa diri mereka bermazhab as-Syafie mengenepikan wasiat Imam as-Syafie ini. Mereka mengambil akal (falsafah) sebagai landasan untuk mengenal Allah, agama dan iman. Mereka berakidah dengan akidah kaum Muktazili falsafi, al-Maturidiyah (sifat 20) atau sufi falsafi, bukan akidah yang dianut oleh Imam as-Syafie yang berpegang kepada akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Soleh. AKIDAH PARA ULAMA AS-SYAFI’EYAH Di dalam sebuah kitab berbahasa Arab yang memperkatakan akidah kalangan ulama as-Syafie iaitu kitab (بيان الشرك ووسائله عند )علماء الشافعية, dibawakan fatwa-fatwa dari beberapa orang ulama as-Syafieyah tentang kesyirikan dan dosa-dosa besar yang
bersangkutan dengan persoalan syirik, terutamanya yang berkaitan dengan syirik akbar (syirik besar). Antara contoh-contoh dari fatwa tersebut: Telah berkata Ibn Hajar al-Haitami rahimahullah tentang kuburi ( ٌّ ِ)قُبُر. Erti dan maksud kuburi ialah: "Orang yang suka ي memuliakan, mencintai atau menyembah kubur atau juga yang berkaitan dengan pemujaan orang di dalam kubur (orang mati)": "Maka sesungguhnya antara perkara-perkara yang paling besar diharamkan dan penyebab berlakunya perbuatan syirik (menyekutukan Allah Ta’ala) ialah bersembahyang di sisi kuburan dan menjadikannya masjid atau membina masjid (atau binaan) di atas perkuburan". Fatwa ulama di atas adalah berdasarkan hadith Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: "Janganlah kamu solat menghadap ke kuburan (atau di kuburan) dan janganlah kamu duduk di atasnya".[41] Hadith sahih di atas ini dengan jelas melarang seseorang itu duduk di atas kubur, sembahyang di kuburan atau di masjid yang dibina di atas kawasan perkuburan, tetapi berapa ramaikah mereka yang mendakwa dari mereka bermazhab Syafie melanggar wasiat Imam as-Syafie dan para ulama as-Syafieyah? Malah ada dari kalangan mereka membina binaan di atas kubur dan menyediakan tikar di samping kubur sambil membaca doa atau al-Quran untuk si mati. Bukankah ini bertentangan dengan hadith sahih dan wasiat Imam as-Syafie serta para ulama muktabar Syafieyah?. "Dari Abi Sa'id al-Khudri radhiallahu ‘anhu berkata: Telah bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam: Bumi ini
semuanya tempat sujud (masjid) kecuali kuburan dan tandas".[42] Hadith ini dengan terang dan tegas melarang (mengharamkan) orang yang beriman dari bersembahyang di kuburan, di dalam masjid yang dibina di atas tanah perkuburan atau masjid yang di dalamnya terdapat kubur. Hadith ini dan wasiat Imam as-Syafie yang berpandukan hadith ini tidak diperdulikan dan dilanggar oleh sebahagian besar mereka yang mengakui bermazhab asSyafie sebagaimana yang banyak terdapat di Tanah Melayu pelanggaran wasiat Imam as-Syafie ini. Sebagaimana juga terdapat larangannya di dalam sebuah sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: "Dari Anas radhiallahu ‘anhu: Bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam melarang bersolat di antara kubur-kubur".[43] Malangnya ramai dari kalangan mereka yang mengatakan bermazhab Syafie masih mendirikan solat di kawasan perkuburan, terutamanya di masjid-masjid yang dibina di kawasan perkuburan, d imasjid yang ada kubur di dalamnya dan sembahyang di bangunan kuburan yang dianggap kubur orang suci, orang keramat atau wali Allah. Perbuatan seperti ini amat bertentangan dengan hadith-hadith sahih, bertentangan dengan fatwa Imam Syafie rahimahullah dan para ulama Syafieyah. Seterusnya al-‘Allamah Ibn Hajar al-Haitami rahimahullah menjelaskan: "Dilaknat pembuatnya (orang yang bersolat, membina masjid atau binaan di kuburan), wajib bersegera merobohkannya dan merobohkan kubbah yang dibina di atas kubur kerana membinanya lebih bahaya dari masjid ad-Dirar yang dibina kerana bermaksiat terhadap Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-
sallam, yang mana baginda telah melarang dari melakukan yang demikian". Imam an-Nawawi rahimahullah juga telah berfatwa tentang perkara yang berkiatan dengan kuburi: "Tidak dibolehkan bertawaf di kubur Nabi sallallahu 'alaihi wasallam, dilarang melekatkan perut dan dada ke dinding kubur. Abu 'Ubaidillah al-Hulaimi dan selainnya yang mana mereka semua menjelaskan fatwa Imam as-Syafie: Dibenci menyapu dengan tangan dan mengucup kubur Nabi". Berkata Imam al-Bagawi rahimahullah: "Dilarang dari meletak payung di atas kubur kerana 'Umar radhiallahu 'anhu berkata: Biarkanlah amalnya memayungkannya". Ibn Hajar di dalam kitabnya ( )المنهاجtelah menjelaskan fatwa Imam as-Syafie: "Dibenci mengapur, membina dan menulis tulisan di atas kubur, sama ada menulis namanya di atas batu di sebelah kepalanya atau di tempat-tempat yang lainnya". Fatwa Imam as-Syafie berdasarkan hadith: "Dari Jabir radhiallahu ‘anhu berkata: Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam telah melarang kuburan dikapur, diduduki atasnya, didirikan bangunan di atasnya, ditambah atau ditulis di atasnya".[44] Dengan berpandukan kepada hadith di atas, adalah haram mengecat, mengapur, duduk di atas kubur, mendirikan bangunan,
membuat batas (meninggikan batas di sekeliling kubur) kemudian menulis ayat al-Quran, nama atau apa sahaja di atas kubur. Malangnya terlalu ramai penganut mazhab as-Syafie melanggar larangan ini. Mereka meletak payang di atas kubur, menulis nama si mati di atas kuburnya, menulia ayat al-Quran (surah al-Fatihah) membina batas di sekeliling kubur dan membina binaan jika dianggap si mati itu orang yang dimuliakan atau keramat. Seolaholah hadith sahih dan fatwa Imam as-Syafie tidak ada erti bagi mereka. Apakah orang-orang yang seperti ini dinamakan orang yang beriman? PERBUATAN SYIRIK Imam as-Syafie juga telah menjelaskan perkara-perkara yang boleh membawa kepada syirik besar dan syirik kecil yang membatalkan akidah seseorang. Antaranya ialah menyeru, meminta perlindungan (pertolongan), sujud, ruku', bernazar dan berkorban (menyembelih) selain untuk Allah. Begitu juga seseorang itu ditegah dari mempercayai bahawa selain Allah ada yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib. Ditegah bersumpah dengan selain nama Allah dan melafazkan perkataan: "Dengan kehendak Allah dan kehendak engkau" dan percaya dengan kuasa sihir dan percaya bahawa zat sihir atau ilmu hitam boleh memberi kesan. FIQH AS-SYAFI’E Ada beberapa (malah banyak yang berlainan) berbeza antara kenyataan amalan fikeh Imam as-Syafie dengan mereka yang mendakwa dirinya bermazhab as-Syafie. Antara contohcontohnya ialah: Solat Hari Raya. Telah berkata Imam as-Syafie sebagaimana yang
terdapat di dalam Kitab al-Umm: "Telah sampai (hadith) kepada kami bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam keluar di dua Hari Raya ke musalla (tanah lapang) di Madinah, begitu juga mereka yang sesudah baginda".[45] Jika terdapat keuzuran seperti hujan atau selainnya diperintahkan oleh baginda agar bersolat di masjid dan tidak keluar ke tanah lapang".[46] Ada kalangan yang berdegil bersolat di masjid kerana kononnya beralasan dengan perintah 'Umar: "Wahai manusia! Sesungguhnya Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam keluar bersama manusa ke tanah lapang kerana tanah lapang lebih memudahkan mereka dan lapang bagi mereka. Sesungguhnya masjid pada ketika itu tidak dapat memuatkan mereka". Hadith di atas telah dianggap sebagai hadis lemah oleh Imam asSyafie.[47] Berkata Imam Bukhari bahawa hadth ini mungkar dan kedudukan hadith ini sangat lemah. [48] "Sebagaimana menjadi mazhab jumhur ulama atas afdhalnya bersolat di tanah lapang, dan telah ditegaskan oleh Imam Syafie rahimahulla atas tentang makruhnya bersembahyang di masjid terutama jika dalam keadaan sesak". [49] Dari apa yang telah dihuraikan, jelaslah bagi kita bahawa Imam as-Syafie rahimahullah adalah seorang ulama besar yang amat berjasa kepada ummah sejak zamannya sehinggalah sekarang. Maka sewajarnya umat yang mencintai para ulama salaf seperti beliau, memelihara segala wasiatnya dan tidak mengkhianatinya.
Semoga Allah sentiasa memberi limpahan rahmat kepadanya dan kepada kita sekalian dengan berkat ilmunya. Amin! Rujukan: [1] Lihat: الرسالةHlm. 7 - 8. Tahqiq dan syarah Ahmad. [2] Lihat: الرسالةHlm. 6. Tahqiq dan syarah Ahmad. [3] Lihat: الرسالةHlm. 6. Tahqiq dan syarah Ahmad. [4] Lihat: الرسالةHlm. 6. Tahqiq dan syarah Ahmad. [5] Lihat: الرسالةHlm. 6. Tahqiq dan syarah Ahmad. [6] Lihat: الرسالةHlm. 5. Tahqiq dan syarah Ahmad. [7] Lihat: الرسالةHlm. 7. Tahqiq dan syarah Ahmad. [8] Makna taqlid ialah: (1). ل ل حجة لقائله عليه ٍ " الرجوعُ الى قوTaqlid ialah: kembali kepada qaul (pendapat) yang mana (orang yang memberi pendapatnya) tidak ada hujjah di atas qaulnya". (2). َ ل قَو ُ " التقليد هو قبوTaqlid ialah: ل القائل وانت ل تعلم من اين قاله Menerima perkataan seseorang sedangkan engkau tidak tahu dari mana (ia mengambil) perkataannya". [9] Lihat: جامع البيان العلم وفضلهJld. 1. Hlm. 91. Abu 'Umar Yusuf bin Abdulbar an-Namri al-Qurtubi. [10] Lihat: 17) )اعلم الموقعينIbn Qaiyyim al-Jauzi. [11] Lihat: 17) )اعلم الموقعينIbn Qaiyyim al-Jauzi. [12] Lihat: 10/84) )تفسير اللوسى. [13] Lihat: العتصامjld. 2. Hlm. 359. As-Syatibi. Makkah alMukarramah. [14] Lihat: مسائل المام احمدDiriwayatkan oleh Abu Daud. Hlm. 277. [15] Lihat: الحكام فى اصول الحكامJld. 6. 118. Abu Ali Bin Hazam alAndulusi az-Zahari. [16] Lihat: هل المسلم ملزم باتباع مذهب معين من المذاهب الربعةHlm. 70. Muhammad Sultan al-Maksumi. [17] Lihat: البدعة تحديدها وموقف السلم منهاHlm. 160. Dr. Izzat Ali 'Atiah. Darul Kitab al-Arabi. Lebnon. [18] Lihat: الباعث على انكار البدع والحوادثHlm. 12. Abi Syamah as-
Syafie. [19] Lihat: الحاويJld. 1. Hlm. 539. as-Syuyuti. Tahqiq Muhammad Muhyiddin Abdul Hamid. Terbitan at-Tijariyah. [20] Lihat: (1). اللمع فى الرد على محسني البدعHlm. 36. Abdul Qayyum bin Muhammad bin Hashir as-Sahaibani. (2). مناقب الشافعىJld. 1. Hlm 469. (3). الباعث على انكار البدع والحوادثHlm. 94. Syihabuddin Abu Muhammad Abdulrahman bin Ismail (lebih dikenali dengan laqab) Abu Syamah. [21] H/R Muslim. [22] Lihat: فتاوى أئمة المسلمينJld. 1. Hlm. 138. Mahmud Khatab asSubki. Al Istiqamah. [23] Lihat: سني البدع ِّ ح َ م ُ اللمع فى الرد علىHlm. 37. Abdul Qayyum bin Muhammad bin Nashir as-Sahaibani. [24] Al-Maidah, 5:3. [25] H/R Ahmad (24840). Bukhari (2499). “Raddun ( ٌّ )َردbererti bid’un (bid’ah) sebagaimana yang dijelaskan oleh Ali Hasan dalam bukunya Usul al-Bid’ah”. [26] H/R Bukhari. [27] Lihat: اللمع فى الرد على محسني البدعHlm. 38. [28] Lihat: اللمع فى الرد على محسني البدعHlm. 38. [29] Lihat: اللمع فى الرد على محسني البدعHlm. 39. [30] Lihat: اللمع فى الرد على محسني البدعHlm. 39. [31] Lihat: المجموعJld. 1. Hlm. 63. [32] Lihat: سير اعلم النبلءJld. 10. Hlm. 34 [33] Lihat: (1). حكَام فى اصول الحام ْ َ اَلJld. 1. Hlm. 145. Abu Ali bin Hazam al-Andulusi. (2). جامع بيان العلم وفضلهJld. 1. Hlm. 147. Abu 'Umar Yusuf bin Abd al-Barr al-Qurtubi. (3). الفتاوىJld. 1. Hlm. 147. [34] Lihat: مناقب الشافعىHld. 1. Hlm. 413. [35] Lihat: شرح اصول العتقاد اهل السنة والجماعةJld. 2. 701. Abul Qasim Hibatullah bin al-Husin at-Tabary al-Lalakaii. Tahqiq Ahmad Sa'ad Hamdan. Dar Taiyibah. Riyad. Saudi Arabia. [36] Dikeluarkan oleh Abu Daud (4691). Bab al-Qadar. [37] Lihat: Sunnah Dan Syiah, Mungkinkah Dipertemukan? Hlm. 57. Dr. Abdullah Muhamma Gharib. Edisi pertama. Surabaya. l984.
[38] Lihat: صفة العلوIbn Qudamah. Hlm. 124. [39] Lihat: مناقب الشافعيJld. 1. Hlm. 387. Al-Baihaqi. [40] Lihat: شعار العلم النبلءAz-Zahabi. Tahqiq Syu'aib. Muassasah ar-Risalah. [41] H/R Muslim (3/62). Abu Daud, Ahmad, Nasaii, Turmizi dan selain mereka. [42] H/R Abu Daud No 492. Darimi (1/322) Ibnu Majah No 745. Ahmad,Turmizi, Hakim dan Ibn Hibban. [43] H/R al-Bazzar [44] H/R Muslim (3/63). Abu Daud No. 3225-3226) Ahmad (3/295, 332, 339, dan 399). Diriwayatkan juga oleh Turmizi dan Hakim. [45] Lihat: al-Umm. Jld. 1. Hlm. 207. [46] Lihat: al-Umm. Jld. 1. Hlm. 207. [47] Lihat: al-Umm. Jld. 1. Hlm. 207. [48] Lihat: صلة العيدين فى المصلى هى السنةHlm. 27. Nasruddin AlAlbani. Maktabah al-Islami. Beirut. Cetakan Kedua. 1406H-1986M. [49] Lihat: صلة العيدين فى المصلى هى السنةHlm. 27. Nasruddin AlAlbani. Maktabah al-Islami. Beirut. Cetakan Kedua. 1406H-1986M. Dicatat oleh Nawawi Bin Subandi di Khamis, Jun 14, 2007 1 ulasan
Label: Asas Rabu 13 Jun 2007 Tajuk: WASIAT PARA IMAM MAZHAB KEPADA UMAT ISLAM Wasiat Para Imam Mazhab Kepada Umat Islam Setiap seorang dari para imam mazhab yang empat telah berwasiat kepada umat Islam seluruhnya agar mentaati al-Qur’an dan al-Sunnah, bukannya ajaran atau pendapat mereka. Ini mereka tegaskan kerana menyedari akan hakikat sebenar diri mereka sebagai manusia yang ada kelemahan dan kekurangan. Walaupun para imam mazhab ini diiktiraf dan disanjung keilmuannya oleh orang ramai, mereka tetap dengan penuh
keikhlasan hati dan rendah diri mengakui bahawa adakalanya mereka boleh tersilap atau kurang tepat dalam ajaran mereka. Antara masalah paling kerap yang dihadapi oleh para imam mazhab, sebagaimana yang telah diterangkan sebelum ini, ialah kesukaran memperolehi hadis-hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Para sahabat penghafal hadis banyak yang sudah meninggal dunia manakala anak murid mereka yang sempat menghafal hadis-hadis tersebut bertebaran di seluruh dunia Islam. Atas faktor ini dan beberapa yang lain, kita dapati para imam mazhab berwasiat kepada umat Islam dengan wasiat yang masyhur: Apabila sesuatu hadis itu sahih maka itulah mazhab aku.[1] Berikut akan dikemukakan wasiat-wasiat para imam mazhab, dimulai dengan tumpuan khas kepada wasiat al-Syafi‘e memandangkan kebanyakan rakyat Malaysia cenderung kepada Mazhab al-Syafi‘e. Wasiat al-Syafi‘e Pertama: Berkata al-Syafi‘e rahimahullah: Sesuatu sunnah daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam kemungkinan akan sampai atau tidak sampai kepada seorang itu. Maka apabila sahaja aku menghuraikan pendapatku atau merumuskan sesuatu prinsip dan pada waktu yang sama wujud satu hadis yang sah daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam yang menerangkan sebaliknya maka pendapat yang betul itu adalah apa yang Nabi katakan dan demikianlah juga akan menjadi pendapat aku.[2]
Kedua: Berkata al-Syafi‘e rahimahullah: Setiap hadis yang sah daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam adalah juga merupakan ajaran aku walaupun engkau tidak pernah mendengarnya daripada aku sebelum ini.[3] Ketiga: Berkata al-Syafi‘e rahimahullah: Dalam setiap isu, apabila seseorang ahli hadis itu menjumpai sebuah riwayat yang sahih daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan riwayat itu pula bertentangan dengan ajaran aku maka aku menarik kembali ajaran aku yang asal tadi sama ada pada ketika aku masih hidup atau apabila aku sudah meninggal dunia nanti.[4] Keempat: Berkata al-Syafi‘e rahimahullah: Wasiat para imam maz-hab ini adalah benar akan tetapi perlaksana-annya tidaklah semudah yang disangkakan. Seseorang itu tidak boleh menghukum imam maz-hab sebagai silap sema-ta-mata kerana satu atau dua hadis sahih yang baru ditemuinya. Apabila kamu dapati di dalam bukuku sesuatu yang bertentangan dengan hadis Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam maka berpeganglah kepada Hadis tersebut dan tinggalkanlah apa yang telah aku katakan itu (atau tuliskan).[5] Kelima: Berkata al-Syafi‘e rahimahullah: Pertama, sesuatu berita itu daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam wajib diterima. Kedua, berita tersebut ataupun hadis tersebut wajib diterima jika ianya telah disahkan walaupun tiada di antara imam-imam sebelum ini yang mengamalkan atau
mengajarkan sesuatu daripada hadis tersebut. Kenyataan ini juga menunjukkan bahawa jika tindakan salah seorang imam itu bertentangan dengan hadis daripada Nabi maka tindakan imam itu haruslah ditinggalkan dan diganti dengan petunjuk yang berasal daripada hadis Nabi. Di samping itu, suatu hadis yang diyakini sah daripada Nabi adalah tegas dengan sendirinya tanpa memerlukan konformasi daripada tindakan seseorang lain selepas beliau.[6] Keenam: Berkata al-Syafi‘e rahimahullah: Pertama, pendapat boleh diterima bilamana tidak ada sunnah dalam hal itu. Akan tetapi jika sunnah menyatakan bahawa seseorang itu harus melakukan sesuatu perkara itu sebeginisebegini, seseorang itu wajib meninggalkan apa yang dia telah atau sedang lakukan. Seseorang itu wajib meninggalkan sesuatu amalan yang bertentangan dengan sunnah. Juga dia wajib meninggalkan pendapat yang mengatakan bahawa sunnah hanya boleh tertegak atas dukungan suatu berita yang datang menyusul. Dan seseorang itu patut akur bahawa sunnah itu tidak boleh dikebelakangkan oleh sesuatu apapun yang bertentangan dengannya.[7] Wasiat Abu Hanifah Berkata Abu Hanifah rahimahullah: Apabila aku mengeluarkan sesuatu pendapat yang bertentangan dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, maka tinggalkanlah pendapat aku itu.[8]
Wasiat di atas diulas oleh al-Syuhnah di dalam kitabnya Syarh alHidayah: Apabila sesuatu hadis itu sahih manakala ianya bertentangan pula dengan mazhab, perkara yang mesti dilakukan ialah beramal berdasarkan hadis tersebut. Demikian itu adalah Mazhab Abu Hanifah dan para pengikut mazhab tidaklah terkeluar dari kedudukannya sebagai pengikut Hanafi dengan mengamalkan hadis tersebut. Terdapat suatu riwayat yang sahih daripada al-Imam Abu Hanifah menyebutkan bahawa beliau telah berkata “Apabila Hadis itu sahih, itulah mazhab aku.” Riwayat ini diceritakan daripada Ibn ‘Abd al-Barr daripada al-Imam Abu Hanifah dan juga daripada imam-imam lainnya.[9] Wasiat Malik bin Anas Pertama: Berkata Malik bin Anas rahimahullah: Aku hanya manusia biasa yang mana pendapat aku mungkin benar dan mungkin salah. Maka telitilah pendapat yang aku kemukakan. Semua pendapat yang selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah maka ambillah ia manakala yang tidak selaras dengan al-Qur’an dan al-Sunnah, tinggalkanlah.[10] Kedua: Berkata Malik bin Anas rahimahullah: Tidak ada perkataan manusia selepas Nabi kecuali sama ada ianya diterima atau ditolak, melainkan perkataan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.[11] Wasiat Ahmad bin Hanbal
Pertama: Berkata Ahmad bin Hanbal rahimahullah: Tidak ada perkataan sesiapapun melainkan boleh diterima perkataannya atau ditolak kecuali perkataan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.[12] Kedua: Berkata Ahmad bin Hanbal rahimahullah: Pendapat al-Awza‘e, Malik dan Abu Hanifah, semuanya adalah pendapat semata-mata. Aku melihat semuanya sama di sisiku, yang mesti jadi rujukan hanyalah sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam.[13] Demikian beberapa wasiat para imam mazhab kepada umat Islam keseluruhannya. Abu Hanifah, Malik bin Anas, al-Syafi‘e dan Ahmad bin Hanbal, secara jujur dan penuh ketaqwaan sentiasa menekankan agar yang ditaati ialah sunnah atau hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan bukannya ajaran mereka. Ibn Rajab al-Hanbali rahimahullah merumuskan: Daripada keterangan-keterangan para imam mazhab ini, adalah menjadi kewajipan apabila seseorang itu menemui suatu perintah daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam atau mengetahuinya, untuk menerangkannya kepada sekian umat, menasihatkan mereka dengan penuh keikhlasan dan memerintahkan mereka untuk mengikutinya walaupun jika ia bertentangan dengan pendapat para imam mazhab atau seseorang lain yang terkemuka. Sikap yang lebih utama ialah mengamalkan hadis-hadis yang baru diketahui kesahihannya sepeninggalan mazhab kerana imam maz-hab itu sendiri berpesan sedemikian. Ini adalah kerana kedudukan Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam adalah yang paling hak untuk dihormati dan ditaati, melebihi dan mengatasi mana-mana pendapat orang atau tokoh lain yang mungkin atas sebab-sebab yang tidak disengajai telah bertentangan dengan perintah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Kerana inilah kita dapati para sahabat dan generasi selepas mereka membantah sesiapa sahaja yang didapati melakukan sesuatu yang bertentangan dengan sunnah yang sahih. Dan adakalanya bantahan ini mereka lakukan dengan amat keras, bukan disebabkan perasaan benci kerana para sahabat itu sememangnya amat menyayangi dan menghormati mereka, akan tetapi pesuruh Allah itu lebih mereka sayangi dan perintahnya lebih tinggi kedudukannya berbanding perintah mana-mana makhluk lain. Justeru itu apabila terdapat perselisihan antara ajaran Nabi dan ajaran manusia, ajaran Nabi-lah yang lebih berhak ditunaikan dan ditaati. Ini tidaklah bermaksud sebagai menghina kedudukan imam ikutan seseorang itu kerana secara pasti dia akan diampuni atas ketidak-sengajaannya dan silapnya, bahkan si imam tersebut akan lebih rela jika ajarannya itu diketepikan apabila didapati bertentangan dengan ajaran Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam yang sahih.[14] al-Sya'rani rahimahullah berkata: Apabila terdapat perselisihan antara ajaran Nabi dan ajaran manusia, ajaran Nabi-lah yang lebih berhak ditunaikan dan ditaati. Ini tidaklah bermaksud sebagai menghina kedu-dukan imam ikutan seseorang itu ke-rana secara pasti dia akan diampuni atas ketidak-sengajaannya dan si-lapnya, bahkan si imam tersebut akan lebih rela jika ajarannya itu diketepikan apabila didapati berten-tangan dengan ajaran Nabi. Kita meyakini seandainya para imam mujtahid (para imam
mazhab) tersebut semasa hidupnya mengetahui kesahihan hadishadis yang tidak mereka pergunakan dan baru diketahui kesahihannya sepeninggalan mereka, tentu mereka akan mempergunakan hadis-hadis tersebut dan mengamalkannya. Kemudian mereka akan menghindari qiyas yang telah mereka lakukan dan meralat (membetulkan) semula pendapat yang telah mereka cetuskan terdahulu …… Sikap yang lebih utama ialah mengamalkan hadis-hadis yang baru diketahui kesahihannya sepeninggalan mazhab kerana imam mazhab itu sendiri berpesan sedemikian. [15] Berkata al-Albani rahimahullah setelah mengemukakan wasiatwasiat di atas: Kenyataan tersebut menggambarkan ketinggian ilmu dan ketaqwaan para imam tersebut, di mana melalui perkataan seperti di atas mereka menegaskan bahawa mereka tidaklah menguasai sunnah keseluruhannya. Kadang-kala terhasil daripada mereka ini (para imam mazhab) beberapa perkara yang menyalahi sunnah yang tidak kesampaian kepada mereka. Apabila mereka mengetahui akan sunnah tersebut, mereka memerintahkan kita agar berpegang teguh dengannya dan menjadikannya sebagai mazhab mereka. Semoga Allah memberi Rahmat kepada mereka semua.[16] Catitan Penting: Wasiat-wasiat para imam mazhab di atas adalah benar akan tetapi perlaksanaannya tidaklah semudah yang disangkakan. Seseorang itu tidak boleh mengubah ajaran mazhabnya atau menghukum imam mazhabnya sebagai tersilap semata-mata dengan satu atau dua hadis sahih yang baru ditemuinya. Ini kerana sesuatu mazhab itu tidak terbina di atas satu atau dua
hadis tetapi himpunan ribuan buah hadis. Himpunan hadis-hadis ini pula difahami dan ditetapkan kandungan hukumnya berdasarkan kaedah-kaedah yang digariskan dalam ilmu usul fiqh. Oleh itu perlaksanaan wasiat-wasiat di atas tertakluk kepada beberapa syarat sebagaimana yang diulas oleh al-Nawawi rahimahullah: Perkataan (wasiat) al-Syafi‘e tersebut tidaklah bermaksud bahawa setiap seseorang yang menemui hadis yang sahih berhak berkata “Inilah ajaran Mazhab al-Syafi‘e” dan beramal dengan zahir hadis tersebut. Sesungguhnya yang berhak berkata sedemikian hanyalah seseorang yang memiliki darjat berijtihad dalam mazhab, baik yang telah sampai kepadanya atau yang menghampirinya. Dan disyaratkan bagi orang tersebut dengan keyakinan yang mengatasi dugaan bahawa al-Syafi‘e rahimahullah tidak membicarakan hadis tersebut atau tidak mengetahui akan kebenarannya. Dan ini hanyalah dapat dilakukan setelah ditelaah semua kitab al-Syafi‘e dan juga kitab para sahabatnya (tokohtokoh al-Syafi‘eyyah) yang diiktiraf atau apa yang setaraf dengannya. Syarat-syarat ini adalah sulit dan hanya segelintir kecil yang mampu mencapainya. Sesungguhnya sebab kami menyebut syarat-syarat ini hanyalah kerana al-Syafi‘e rahimahullah, berdasarkan penilaian dan ilmunya, seringkali meninggalkan pengamalan zahir sebuah hadis kerana di sisi beliau terdapat dalil lain yang melemahkannya atau yang membatalkannya (nasakh) atau yang mengkhususkannya atau kerana ditakwilkannya atau kerana beberapa sebab yang lain.[17] Di atas adalah syarat-syarat yang perlu diperhatikan sebelum
seseorang itu mengubah mazhab imamnya. Adapun atas tujuan selain itu, seseorang boleh berpegang dan beramal dengan hadis sahih yang ditemuinya sekalipun dia belum mencapai darjat seorang mujtahid. Asalkan dia mampu mengkaji dan menganalisa secara ilmiah dan menyeluruh. al-Zarkasyi rahimahullah menulis: Sesiapa yang (pada mulanya) bertaqlid[18] kepada sebahagian imam (mazhab) lalu kemudian darjatnya naik sedikit sehingga mampu memahami dan mengkaji dalil-dalil syari‘at , maka apabila dia menemui sebuah hadis yang dapat digunakan sebagai hujah dan hadis itu pula digunakan oleh sebahagian orang namun berselisihan dengan pendapat imam mazhabnya, maka adakah dibolehkan dia berijtihad (dengan mengamalkan hadis tersebut dan meninggalkan pendapat imam mazhabnya) ? …… Berkata Abu ‘Amr (Ibn al-Shalah): Dalam hal ini kami berpendapat, jika seseorang itu memiliki sarana untuk berijtihad secara mutlak atau (sekurang-kurangnya berijtihad) dalam sesebuah bab atau masalah tertentu, maka dibolehkan bagi dia beramal dengan hadis tersebut. (Juga dibolehkan) sekalipun jika dia tidak memiliki saranan untuk berijtihad secara sempurna dan wujud di hatinya keraguan terhadap hadis tersebut,[19] asalkan dia tidak mendapati hadis lain yang bertentangan dengan hadis yang ingin diamalkan itu. Jika terdapat seorang imam di luar mazhabnya yang beramal dengan hadis tersebut, maka dia boleh bermazhab kepadanya. Demikian merupakan alasan yang membolehkan dia meninggalkan pendapat imam mazhabnya (yang asal).[20] Ibn Taimiyyah rahimahullah menguatkan lagi pendapat Ibn alShalah tentang tidak perlunya seseorang itu memiliki darjat mujtahid untuk beramal dengan hadis sahih yang ditemuinya: Boleh berpegang dan beramal dengan hadis sahih yang dite-
muinya sekalipun dia belum mencapai darjat seorang muj-tahid. Asalkan dia mampu me-ngkaji dan menganalisa secara ilmiah dan menyeluruh. Urusan ijtihad bukanlah suatu perkara yang tidak dapat menerima pemecahan dan pembahagian. Bahkan mungkin sahaja wujud seorang yang memiliki keahlian untuk berijtihad di dalam satu bidang ilmu atau bab atau permasalahan dan tidak di dalam bidang ilmu atau bab atau permasalahan yang lain. Oleh itu setiap seseorang boleh berijtihad mengikut tahap kemampuan masing-masing. Justeru sesiapa yang meneliti sesuatu permasalahan yang berselisih para ilmuan tentangnya lalu dia memperolehi beberapa nas (hujah) yang berada di luar nas-nas yang diperselisihan oleh kedua-dua pihak yang berbeza pendapat itu[21], maka bagi dia dua pilihan: (Pertama), dia mengikut pendapat terakhir (terkuat dan termasyhur di dalam mazhabnya) dengan sebab ia adalah pendapat imam yang mazhabnya menjadi ikutan dia. Tindakan ini tidak memiliki hujah di dalam syari‘at[22] akan tetapi disebabkan kebiasaan yang ditentang oleh kebiasaan yang lain,[23] dia terikat kepada mengikut saja pendapat imam mazhabnya. (Kedua), dia mengikut pendapat yang dikuatkannya berdasarkan penelitiannya terhadap nas-nas yang menjadi dalil ke atasnya. Dalam suasana seperti ini, (hendaklah dipastikan bahawa) pendapatnya selari dengan pendapat salah seorang imam sekalipun ia berbeza dengan pendapat imam (yang menjadi ikutannya) dan nas-nas tersebut selamat daripada sebarang pertentangan dengan nas yang lain untuk diamalkan. (Jika dapat dipastikan dua hal ini) maka (beramal dengan pendapat yang dikuatkannya itu) merupakan satu tindakan yang salih (baik).[24]
Justeru orang yang belum mencapai darjat mujtahid sepenuhnya, apabila dia menemui hadis sahih yang pada zahir kelihatan berselisihan dengan pendapat imam mazhabnya hendaklah memerhatikan beberapa perkara yang penting: Tidak boleh menggunakan hadis tersebut untuk mengubah ajaran mazhabnya. Dia boleh mengamalkan hadis tersebut dengan syarat dia dapat memastikan tidak ada dalil yang menentangnya, sama ada dalam bentuk yang membatalkannya (nasikh & mansukh), mengkhususkannya (am & khas), membataskannya (mutlak & muqayyad) dan sebagainya. Dengan hadis tersebut dia boleh meninggalkan pendapat mazhabnya dalam masalah yang berkaitan. Namun lebih afdal jika pengamalan hadis tersebut adalah selari dengan pendapat salah seorang imam atau tokoh ilmuan yang lain. Dia juga boleh mengajar pengamalan hadis tersebut kepada orang ramai akan tetapi tidak boleh memaksa atau bertindak keras jika sebahagian mereka masih ingin mengikut pendapat mazhab masing-masing. Ini kerana orang ramai bebas memilih kepada siapa mereka hendak rujuk berdasarkan keyakinan masing-masing. Bibliografi / Nota Kaki: [1]Dari Abu Hanifah, diriwayatkan oleh Ibn ‘Abidin (1203H/1789M) di dalam al-Hasyiyah, jld. 1, ms. 63 dan Ibn al-Syuhnah di dalam Syarh al-Bidayah. Dari al-Syafi‘e, diriwayatkan al-Nawawi dalam al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, jld. 1, ms. 163 dan oleh al-Sya’rani di dalam al-Mizan, jld. 1, ms. 57. Riwayat-riwayat ini dan yang
akan datang seterusnya dinukil drpd buku The Prophet’s Prayer Described oleh al-Albani. [2]Riwayat Ibn ‘Asakir di dalam Tarikh Dimashq, 15/1/3. al-Imam Ibn ‘Asakir lahir pada 499H/1106M di bandar Damsyik. Seorang ahli sejarah dan ahli hadis yang terkemuka bagi Mazhab al-Syafi‘e pada kurun ke 5 hijrah. Beliau yang nama asalnya ialah Abu al-Qasim ‘Ali bin al-Hassan meninggal dunia pada 571H/1176M. [3]Riwayat Ibn Abi Hatim di dalam al-Adab, ms. 93-94. [4]Riwayat Ibn al-Qayyim di dalam I’lam al Muwaqqi‘in, jld. 2, ms. 363. [5]Riwayat al-Khatib al-Baghdadi di dalam al-Ihtijaj bi al-Syafi‘e, jld. 8, ms. 2 dan al-Nawawi di dalam al-Majmu’ Syarh alMuhazzab, jld. 1, ms. 63. al-Imam al-Nawawi ialah seorang imam mujtahid yang masyhur bagi Mazhab al-Syafi‘e. Beliau yang nama asalnya Abu Zakaria Yahya bin Syaraf lahir di Syria pada 631H/1233M. Antara karangan beliau ialah kitab fiqh Mazhab al-Syafi‘e berjudul alMajmu’ Syarh al-Muhazzab dan Syarh Shahih Muslim. Meninggal dunia pada 676H/1277M [6]al-Risalah, para 423, sub-para 3. [7]al-Risalah, para 426. [8]Riwayat Salih al-Fulani di dalam Iqaz al-Himam, ms. 50. [9]Dinukil drpd The Prophet’s Prayer Described, ms. viii. [10]Riwayat Ibn ‘Abd al-Barr di dalam Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 32. Ibn ‘Abd al-Barr, beliau ialah al-Imam Yusuf bin ‘Abd Allah bin Muhammad bin ‘Abd al-Barr, lahir di Qordova, Sepanyol pada tahun 368H/978M. Seorang ahli hadis yang ulung dalam dunia Islam dan ahli fiqh yang masyhur dalam Mazhab Maliki. Meninggal dunia pada tahun 463H/1071M. [11]Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 91. [12]Riwayat Abu Daud di dalam Masa’il al-Imam Ahmad, ms. 276. al-Imam Abu Daud ialah Sulaiman bin al-Asy'ath al- Sijistan, lahir
pada 202H/818M. Beliau sempat berguru kepada Ahmad bin Hanbal bersama al-Bukhari dan Muslim. Kitabnya yang terkenal ialah Sunan Abu Daud, mengandungi 4800 buah hadith dan sudahpun diterjemahkan. Selain itu beliau ada mengarang belasan buah kitab yang lain sebelum meninggal dunia pada 275H/889M di Basrah, Iraq. [13]Jami’ Bayan al-Ilm, jld. 2, ms. 149. [14]al-Imam Ibn Rajab al-Hanbali, ialah seorang tokoh besar di dalam bidang hadis dan fiqh bagi Mazhab Hanbali. Beliau yang nama sebenarnya Abu al-Faraj ‘Abd al-Rahman bin Ahmad lahir pada 736H/1335M dan meninggal dunia pada 795H/1393M. Katakatanya di atas dikutip oleh Salih al-Fulani (1218H/1804M) di dalam kitabnya Iqaz al-Himan, ms. 93; dinukil drpd The Prophet's Prayer Described, ms. xv oleh al-Albani. [15]al-Mizan al-Kubra, jld. 1, ms. 98. [16]The Prophet's Prayer Described, ms. viii. [17]al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (ed: M. Najib Ibrahim; Dar Ihya’ al-Turats al-‘Arabi, Beirut 2001), jld. 1, ms. 136. Ibn Taimiyyah rahimahullah telah menggariskan 20 sebab dan kaedah di mana sesuatu hadis itu boleh ditinggalkan pengamalannya. Lihat risalah beliau berjudul Rof’ul Malam ‘an A’immat al-A’lam (رفع الملم عن ( )الئمة العلمDar al-Kutub al-Ilmiah, Beirut tp.thn.). [18]Taqlid ialah mengikut pendapat seorang imam tanpa mengetahui alasan atau hujah di sebaliknya. [19]Yakni keraguan kerana hadis tersebut berselisihan dengan pendapat imam mazhab yang diikutinya. [20]Nukilan berpisah daripada al-Bahr al-Muhith (Dar al-Kitabiy, Beirut tp.thn.), jld. 8, ms. 343-344. al-Zarkasyi telah menukil beberapa pendapat, antaranya oleh al-Qarafi dan al-Nawawi yang meletakkan beberapa syarat ketat sebelum seseorang itu dapat mengubah mazhab seorang imam sesama-mata berdasarkan hadis sahih yang ditemuinya. Namun al-Zarkasyi juga menukil pendapat Ibn al-Shalah sepertimana di atas yang membolehkan orang perseorangan mengamalkan hadis sahih yang ditemuinya.
al-Zarkasyi, beliau ialah al-Imam Muhammad bin Bahadur bin ‘Abd Allah. Lahir di Kaherah pada tahun 745H/1344H, beliau merupakan seorang ahli usul fiqh yang ulung di dalam Mazhab alSyafi‘e. Meninggal dunia pada 794H/1392M. al-Imam Ibn al-Shalah, beliau ialah ‘Utsman ibn ‘Abd al-Rahman Shalah al-Din, lahir di Sharkhan pada 577H/1181M. Beliau ialah seorang ahli hadis yang tersohor di dalam Mazhab al-Syafi‘e. Kitabnya yang terkenal di dalam ilmu hadis, berjudul ‘Ulum alHadits menjadi rujukan semua 4 mazhab hingga ke hari ini. Beliau meninggal dunia pada 643H/1245M. [21]Yakni dia memperoleh dalil dan hujah yang dapat mengunggulkan satu pendapat di antara beberapa pendapat yang sedang diperselisihkan. [22]Ini kerana kewajipan seseorang ialah mengikut dalil dan hujah yang diyakininya paling mendekati kebenaran al-Qur’an dan alSunnah. Dalam penjelasan seterusnya, Ibn Taimiyyah menerangkan bahawa sekalipun pilihan yang pertama ini tidak memiliki dasar yang dibenarkan oleh syari‘at, ia tetap dibolehkan kerana orang tersebut tidak memiliki kelayakan yang secukupnya untuk berijtihad sepenuhnya. Ibn Taimiyyah menggelarnya sebagai satu “penurunan”, iaitu pelonggaran syarat. Pilihan pertama ini tidak dibolehkan jika seseorang itu memiliki kemampuan untuk berijtihad sepenuhnya. [23]Yakni sudah menjadi kebiasaan dia dituntut mengikut mazhab asalnya sahaja. Jika dia meninggalkan mazhabnya, dia akan dikritik oleh masyarakat yang sudah biasa mengkritik orang yang meninggalkan mazhab asalnya. [24]Majmu’ al-Fatawa, jld. 20, ms. 212-213. Dicatat oleh Nawawi Bin Subandi di Rabu, Jun 13, 2007 0 ulasan
Label: Asas
Tajuk: SEJARAH KEMUNCULAN MAZHAB Sejarah Kemunculan Mazhab Maksud Perkataan “Mazhab” dan “Imam” Sebelum ditinjau sejarah kemunculan mazhab-mazhab fiqh Islam, ada baiknya jika kita tinjau terlebih dahulu maksud perkataan “Mazhab” dan “Imam” itu sendiri. Mazhab ( )مذهبdari sudut bahasa bererti “jalan” atau “the way of”. Dalam Islam, istilah mazhab secara umumnya digunakan untuk dua tujuan: dari sudut akidah dan dari sudut fiqh. Mazhab akidah ialah apa yang bersangkut-paut dengan soal keimanan, tauhid, qadar dan qada’, hal ghaib, kerasulan dan sebagainya. Antara contoh mazhab-mazhab akidah Islam ialah Mazhab Syi‘ah, Mazhab Khawarij, Mazhab Mu’tazilah dan Mazhab Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah. Setiap daripada kumpulan mazhab akidah ini mempunyai mazhab-mazhab fiqhnya yang tersendiri. Mazhab fiqh ialah apa yang berkaitan dengan soal hukum-hakam, halal-haram dan sebagainya. Contoh Mazhab fiqh bagi Ahl alSunnah wa al-Jama‘ah ialah Mazhab Hanafi, Mazhab Maliki, Mazhab al-Syafi‘e dan Mazhab Hanbali.[1] Mazhab fiqh pula, sebagaimana terang Huzaemah Tahido, bererti: Jalan fikiran, fahaman dan pendapat yang ditempoh oleh seorang mujtahid dalam menetapkan suatu hukum Islam dari sumber alQur’an dan al-Sunnah. Ianya juga bererti sejumlah fatwa atau pendapat-pendapat seorang alim besar yang bergelar Imam dalam urusan agama, baik dalam masalah ibadah ataupun lainnya.[2] Contoh imam mazhab ialah Abu Hanifah, Malik bin Anas, al-Syafi‘e
dan Ahmad bin Hanbal. Pengertian mazhab ini kemudiannya beralih menjadi satu kumpulan ajaran fiqh Islam yang diikuti dan diterima oleh satu-satu kumpulan umat Islam dalam sesebuah wilayah atau negara. Ianya menjadi sumber rujukan dan pegangan yang diiktiraf sebagai ganti atau alternatif kepada ikutan, ijtihad dan analisa terhadap ajaran asli al-Qur’an dan alSunnah. Perkataan “Imam” dari sudut bahasa bererti “teladan” atau “pemimpin.” Dalam Islam, perkataan “Imam” memiliki beberapa maksud selari dengan konteks penggunaannya, iaitu: 1. Imam sebagai pemimpin solat berjamaah. 2. Imam sebagai pemimpin atau ketua komuniti orang-orang Islam. 3. Imam sebagai tanda kelebihan kedudukan ilmunya, sehingga dijadikan sumber pembelajaran dan rujukan ilmu agama. Contohnya ialah Imam Abu Hanifah, Imam Malik bin Anas dan sebagainya. Walaupun mereka dijadikan sumber rujukan ilmu, autoriti mereka hanyalah terhad kepada apa yang tertera dalam al-Qur'an dan al-Sunnah. 4.Imam sebagai wakil Allah dan pemimpin umat serta penentu zaman. Imam sebegini hanya khusus bagi Mazhab Syi‘ah. Imamimam ini bukan sahaja dijadikan rujukan syari‘at tetapi juga memiliki autoriti dalam menetapkan sesuatu yang berkaitan dengan syari‘at tanpa terhad kepada al-Qur’an dan al-Sunnah.[3] Sejarah kemunculan mazhab-mazhab fiqh Islam Mazhab-mazhab fiqh Islam yang empat iaitu Maliki, Hanafi, Shafi‘e dan Hanbali hanya muncul dan lahir secara jelas pada era
pemerintahan Dinasti Abbasid, iaitu sejak kurun ke 2H/8M. Sejarah kemunculan dan perkembangannya boleh dilihat dalam 4 peringkat, iaitu: 1. Pada era Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan para Khalifah al-Rashidun yang empat. 2. Pada era Pemerintahan Dinasti Umayyad dan Abbasid di mana pada ketika inilah mazhab-mazhab Islam mula muncul dan berkembang. 3. Pada era kejatuhan Islam, iaitu mulai kurun ke 4H/10M di mana mazhab-mazhab Islam tidak lagi berperanan sebagai sumber ilmu kepada umat tetapi hanya tinggal sebagai sesuatu yang diikuti dan diterima secara mutlak. 4. Era kebangkitan semula Islam dan ilmu-ilmunya sama ada dalam konteks mazhab atau ijtihad ulama’ mutakhir.[4] Era Pertama Era ini bermula sejak diutusnya Muhammad ibn Abdillah menjadi seorang Rasul Allah dan mengembangkan agama tauhid yang baru, iaitu Islam. Pada ketika ini sumber syari‘at adalah penurunan wahyu berupa al-Qur’an al-Karim dan tunjuk ajar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Al-Qur’an diturunkan secara berperingkat-peringkat bertujuan memudahkan umat menerima dan belajar secara bertahap. Kemudahan mereka mempelajari Islam disokong oleh kehadiran Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang bertindak sebagai guru. Ini sebagaimana dikhabarkan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala di dalam al-Qur’an:
(Sebagaimana) Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu (iaitu Muhammad), yang membacakan ayatayat Kami kepada kamu, dan membersihkan kamu (dari amalan syirik dan maksiat), dan yang mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmah kebijaksanaan, dan mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui. [al-Baqarah 2: 151] Di samping itu sumber syari‘at kedua adalah juga merupakan pengajaran Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang kini kita terima sebagai Hadis. Hadis beliau adalah juga merupakan wahyu Allah Subhanahu wa Ta‘ala, sebagaimana firman-Nya: Dan dia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya. [al-Najm 53:3-4] Perbuatan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dalam konteks keagamaan juga merupakan salah satu bentuk tunjuk ajar wahyu Allah Subhanahu wa Ta‘ala, sebagaimana firman-Nya: Aku tidak melakukan sesuatu melainkan menurut apa yang diwahyukan kepadaku. [al-Ahqaf 46:09] Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam juga bertindak sebagai seorang guru agama yang membetulkan apa-apa perbuatan umat pada ketika itu yang salah atau kurang baik walaupun beliau pada asalnya tidak ditanya akan hal tersebut. Contohnya ialah kisah yang diberitakan oleh seorang sahabat, Abu Hurairah radhiallahu ‘anh: Aku bertemu dengan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam di salah satu jalan di Madinah, sedangkan aku dalam keadaan berjunub. Maka aku menyelinap iaitu mengelakkan diri dari bertemu dengan Rasulullah dan pergi untuk mandi sehingga
Rasulullah mencari-cari aku. Ketika aku datang kembali, baginda pun bertanya: “Ke mana kamu pergi wahai Abu Hurairah?” Aku menjawab: “Wahai Rasulullah! Engkau ingin menemuiku sedangkan aku dalam keadaan berjunub. Aku merasa tidak selesa duduk bersama kamu sebelum aku mandi.” Lalu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Maha Suci Allah! Sesungguhnya orang mukmin itu tidak najis.”[5] Daripada keterangan di atas, dapat kita simpulkan bahawa sumber syari‘at atau fiqh Islam pada era pertama ini hanyalah apa yang bersumber daripada ajaran al-Qur’an dan al-Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yakni ajaran, perbuatan dan persetujuan beliau. Pada ketika ini fiqh Islam mudah dipelajari dan sebarang kemusykilan mudah terjawab dengan hadirnya seorang Rasul yang mengajar terus berdasarkan wahyu Allah ‘Azza wa Jalla.[6] Selepas kewafatan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pada tahun 10H/622M, para Khalifah al-Rashidun iaitu Abu Bakar alSiddiq, Umar bin al-Khaththab, ‘Utsman bin ‘Affan dan ‘Ali bin Abi Thalib radhiallahu ‘anhum mengambil-alih sebagai pemimpin agama dan negara. Islam dan segala ajaran syari‘atnya telahpun lengkap dengan kewafatan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Para Khalifah al-Rashidun meneruskan tradisi pimpinan dan pengajaran Islam sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, iaitu berlandaskan kepada ajaran alQur’an dan al-Sunnah. Hanya wujud satu perbezaan yang besar pada ketika ini, iaitu wahyu tidak lagi diturunkan.
Dalam era empat khalifah ini, sempadan-sempadan Islam sudah mula meluas ke arah wilayah-wilayah yang baru. Dengan pembukaan ini, para khalifah Islam sekali-sekala terpaksa berhadapan dengan persoalan-persoalan yang belum pernah dihadapi sebelum ini yang melibatkan hal-hal muamalah seperti ekonomi, hartanah dan sebagainya. Bagi mencari jalan penyelesaiannya, para khalifah akan duduk berbicara dengan para sahabat (Shura) bagi memperoleh satu jawapan majoriti yang paling dekat dengan ketentuan al-Qur'an dan al-Sunnah. Ibn Hazm (456H) rahimahullah meriwayatkan dari Maimun bin Mehram, kata beliau: Abu Bakar al-Siddiq, apabila datang orang-orang yang berperkara kepadanya, beliau akan mencari hukumnya dalam Kitabullah (alQur'an), maka beliaupun memutuskan perkara itu dengan ketetapan al-Qur'an. Jika tidak ada dalam al-Qur'an dan beliau mengetahui sunnah Rasulullah dalam perkara itu, maka beliaupun memutuskan perkara itu dengan ia. Jika tidak ada sunnah pada perkara itu, beliaupun akan bertanya kepada para sahabat. Abu Bakar akan berkata: “Telah datang kepadaku suatu perkara, maka adakah kalian mengetahui hukum yang Rasulullah berikan terhadapnya ?” Kadang-kadang berkumpullah beberapa orang sahabat di hadapannya memberitahu apa yang pernah diputuskan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Dan jika Abu Bakar masih tidak menemui sesuatu sunnah Rasulullah dari orang-orang yang ditanyakan itu, maka beliau akan mengumpulkan tokoh-tokoh sahabat dalam majlis Shura lalu bertanyakan pendapat mereka. Dan jika pendapat mereka bersatu atas yang satu (semua setuju) iaitu ijma' , maka beliaupun akan memutuskan atas ketentuan hasil ijma' itu.
Dan Umar al-Khaththab berbuat demikian juga.[7] Pada ketika ini, para sahabat kebanyakannya masih berada di sekitar Kota Madinah. Oleh itu tidaklah menjadi kesukaran untuk berbincang sesama mereka. Faktor ini memudahkan fiqh Islam berjalan dengan lancar dan selari tanpa wujud apa-apa mazhab atau jalan pandangan yang lain. Suasana fiqh Islam berada dalam keadaan yang tulen, penuh keseragaman dan bersatu sebagaimana yang wujud sebelum ini hasil kefahaman dan konsep saling bertolak ansur yang wujud di kalangan para sahabat dan pemimpin mereka. Dalam era ini, tidak wujud sebarang mazhab melainkan apa yang disyari‘atkan oleh al-Qur’an, diajar oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan ijma’ para Khalifah serta sahabat radhiallahu ‘anhum. Era Kedua Mulai tahun 41H/661M, setelah berlakunya persaingan dan pergolakan politik, pemerintahan Islam beralih ke Dinasti Umayyad, satu kerajaan pemerintahan yang berprinsipkan dinasti iaitu yang berdasarkan zuriat keturunan. Dinasti Umayyad tidak memberikan perhatian yang besar kepada perkembangan fiqh Islam. Mereka hanya menumpukan perhatian kepada soalan perluasan empayar dan kekuasaan material. Dalam era ini banyak pengaruh luar yang berasal daripada Byzantium, Parsi dan India masuk mencemari pemerintahan Dinasti Umayyad. Pola pemerintahan mula bertukar sedikit sebanyak ke arah sekular yang mengasingkan antara agama dan pentadbiran negara.[8] Hiburan-hiburan dan adat-istiadat baru juga mula diperkenalkan dalam istana yang bertentangan dengan ajaran Islam seperti muzik dan tari menari, ahli nujum, penilik
nasib dan sebagainya. Selain itu juga institusi Baitulmal telah bertukar daripada milik rakyat kepada kegunaan persendirian dan pelbagai cukai baru dikenakan.[9] Pemerintah juga mula membezakan keutamaan seseorang berdasarkan bangsa dan kabilah sehingga menyebabkan timbulnya sentimen perkauman di kalangan rakyat.[10] Pola pemerintahan Dinasti Umayyad ini digambarkan oleh Seyyed Hussien Nasr sebagai: Dengan tertubuhnya Dinasti Umayyad ini, suatu era baru telah bermula, iaitu lahirnya suatu empayar pemerintahan yang menjangkau dari Asia Tengah hinggalah ke Sepanyol. Mereka sangat-sangat mementing dan mengutamakan kekuasaan serta keluasan empayar walau pada hakikatnya mereka banyak menghadapi masalah pentadbiran dan kewangan dalaman. Dari segi pentadbiran negara, boleh dikatakan Dinasti Umayyad telah berjaya melakukan suatu usaha yang amat besar lagi berat bagi menjaga wilayah-wilayah dalam empayar mereka. Akan tetapi jika dilihat dari segi nilai-nilai agama, dinasti ini jelas melambangkan kejatuhan dan kemerosotan dari kesyumulan Islam yang wujud sebelum itu. Mereka (Umayyad) tidak mengambil berat akan penjagaan prinsip dan perlaksanaan ajaran Islam sebagaimana yang dilakukan oleh khalifah-khalifah yang empat terdahulu. Mereka lebih mementingkan hal-hal urusan dan pentadbiran empayar dan melihat persoalan agama sebagai sesuatu yang remeh. [11] Di kalangan pemerintah-pemerintah Dinasti Umayyad, sedikit sahaja yang benar-benar melaksanakan tanggung-jawabnya sebagai pemimpin. Antaranya ialah ‘Umar bin ‘Abd al-Aziz. Beliau memegang jawatan pemerintah dari tahun 717M hingga 720M
dan pada zaman inilah wilayah-wilayah Islam dapat hidup di bawah bendera Islam yang sebenar. Akan tetapi era pemerintahan beliau adalah singkat dan selepas itu Dinasti Umayyad kembali ke era kegelapan di bawah pemerintahpemerintah yang seterusnya. Para pemerintah Umayyad tidak memberikan perhatian yang besar kepada tuntutan-tuntutan syari‘at Islam di dalam suasana kehidupan mereka, begitu juga terhadap rakyat umumnya. Sebarang teguran daripada para ulama’ ditepis dan sesiapa yang berani menentang dihukum buang negeri. Para ulama’ istana adalah yang dipilih khas bagi menepati hasrat dan tuntutan persendirian sahaja. Pola pemerintahan Dinasti Umayyad yang sedemikian menyebabkan ulama'-ulama' pada ketika itu mula menyisihkan diri daripada istana. Mereka juga lebih cenderung untuk berhijrah ke beberapa wilayah lain yang sudah berada di bawah bendera Islam tetapi masih dahagakan ajaran Islam yang sepenuhnya. Hampir semua ulama' yang berhijrah ke daerah-daerah baru Islam ini ialah anak-anak murid didikan para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Mereka juga lebih dikenali sebagai gelaran tabi‘in. Adakalanya di beberapa daerah atau wilayah itu muncul ulama' yang kehandalannya berhujah serta berfatwa melebihi daripada kebiasaan. Kepantasan serta kecekapan mereka mengupas persoalan-persoalan agama sangat tepat lagi menyakinkan. Justeru itu orang ramai mula berkumpul untuk belajar bersamasama “tokoh baru” ini. Sering kali juga berita kehandalan tokoh baru ini tersebar ke daerah-daerah berdekatan menyebabkan mereka juga datang beramai-ramai untuk belajar sama. Ini berlaku di beberapa daerah dan dengan ini wujudlah suasana pembelajaran fiqh Islam secara berkelompok dan berkumpulan.
Suasana sebegini tidaklah dapat dielakkan kerana tidak wujud medium penyampaian pada zaman tersebut yang dapat meluaskan ajaran seseorang tokoh kepada daerah-daerah lain. Suasana ini berterusan sehingga jumlah orang yang ikut belajar semakin banyak. Selari dengan itu, pengaruh tokoh yang mengajar juga semakin berkembang luas. Akhirnya suasana fiqh Islam telah berubah ke satu era yang baru. Di dalamnya ada kelebihan dan ada kekurangan. Kelebihannya ialah ilmu Islam dapat tersebar dengan lebih meluas meliputi daerah-daerah yang baru. Sebaliknya kita juga dapati fiqh Islam kini berada dalam usaha dan ijtihad perseorangan, tidak lagi secara shura dan ijma' sebagaimana yang wujud pada era para sahabat dan khalifah. Fiqh Islam secara perseorangan ini pula wujud dalam suasana berkelompok atau berkumpulan di sekitar seseorang tokohnya dan ini merupakan noktah permulaan kelahiran mazhab-mazhab Islam. Kota Madinah tidak lagi menjadi pusat ilmu Islam yang ulung melainkan pada beberapa ketika seperti pada musim haji. Pada permulaan kurun ke 2H/8M, umat Islam sudah mula merasa tidak puas hati kepada pemerintahan Dinasti Umayyad. Suasana ini menimbulkan pemberontakan dan akhirnya dinasti ini dapat dijatuhkan. Peristiwa ini diringkaskan oleh Ensiklopidi Islam (Ind) dalam satu perenggan sebagai: Pada awal abad ke-8 (102H/720M) sentimen anti-pemerintahan Bani Umayyad telah tersebar secara intensif. Kelompok-kelompok yang merasa tidak puas bermunculan, iaitu di kalangan muslim bukan Arab (Mawali) yang secara terang-terangan mengeluh akan status mereka sebagai warga kelas dua di bawah muslim Arab, kelompok Khawarij dan Shi'ah yang terus menerus memandang Bani Umayad sebagai perampas khalifah, kelompok muslim Arab di Mekah, Madinah dan Iraq yang sakit hati atas status istimewa
penduduk Syria, dan kelompok muslim yang salih baik Arab atau bukan Arab yang memandang keluarga Umayyad telah bergaya hidup mewah dan jauh dari jalan hidup yang Islami. Rasa tidak puas hati ini akhirnya melahirkan suatu kekuatan koalisi (coalition) yang didukung oleh keturunan al-Abbas, paman Nabi s.a.w.[12] Demikian juga ulas Seyyed Hussein Nasr: Pada penghujung Era Dinasti Umayyad, orang ramai mula menyedari bahawa kedudukan umat dan negara sudah mulai jauh menyimpang dari nilai-nilai Islam yang sebenar. Kesedaran agama di kalangan rakyat, terutamanya golongan Shi'ah yang selama ini sememangnya tidak menerima pemerintahan Umayyad - menyebabkan mereka bangun menentang amalan-amalan pemerintahan Umayyad. Usaha mereka disokong dengan kedatangan pengaruh Abbasid………… [13] Kejatuhan Dinasti Umayyad menyaksikan kelahiran Dinasti Abbasid yang memerintah dari 132H/750M hingga 339H/950M. Pola pemerintahan Abbasid dan Umayyad tidaklah sama di mana Dinasti Abbasid mula memberikan perhatian dan keutamaan kepada Islam terutamanya dari sudut keilmuannya. Dalam era inilah keilmuan Islam kembali bangun dan terus bangun ke tahap ilmiah yang sangat tinggi. Hasbi ash-Shiddieqie rahimahullah menerangkan: Sebaik sahaja fiqh Islam memasuki era ini, berjalanlah perkembangan-perkembangannya yang cepat menempuh pelbagai lapangan yang luas. Perbahasan-perbahasan ilmiah meningkat tinggi sehingga tasyri' Islam pada masa ini memasuki period kematangan dan kesempurnaan. Para ulama era ini
mewariskan kepada para muslimin kekayaan ilmiah yang tidak ada taranya. Dalam era inilah dibukukan ilmu-ilmu al-Qur'an, ilmu Hadis, ilmu kalam, ilmu lughah dan ilmu fiqh. Dan dalam era inilah juga lahirlah tokoh-tokoh fiqh yang terkenal…….. [14] Tokoh-tokoh fiqh yang dimaksudkan ini ialah mereka yang sudah mula terkenal namanya sejak dari era Umayyad lagi sepertimana yang diterangkan sebelum ini. Ketokohan mereka dalam bidang ilmu-ilmu Islam sangat memuncak sehingga orang ramai dari segala pelusuk dunia Islam mulai datang ke daerah mereka untuk menuntut ilmu. Antara tokoh-tokoh yang dimaksudkan itu ialah Abu Hanifah (150H/767M) dan Sufyan al-Thawri (160H/777M) di Kufah, alAuza‘i (157H/774M) di Beirut, al-Layts ibn Sa‘ad (174H/791M) di Mesir dan Malik bin Anas (179H/796M) di Madinah. Kemudian daripada mereka lahir juga tokoh-tokoh lain yang mana mereka ini pula ialah anak murid bagi tokoh-tokoh di atas. Di antara yang dimaksudkan ialah Muhammad bin Idris al-Shafi‘e (204H/820M), Ahmad bin Hanbal al-Shaybani (241H/855M), Dawud ibn ‘Ali (270H/883M) dan Muhammad ibn Jarir al-Tabari (311H/923M).[15] Ketokohan dan keilmiahan ulama'-ulama' di atas diiktiraf ramai dan gelaran Imam diberikan kepada mereka. Setiap daripada tokoh-tokoh ini mempunyai ratusan umat Islam yang mengerumuni mereka sebagai punca sumber ilmu pengetahuan. Walaupun setiap dari tokoh-tokoh ini mengajar berdasarkan al-Qur'an dan al-Sunnah, ada kalanya timbul perbezaan sesama mereka. Perbezaan ini timbul atas sebabsebab yang sukar untuk dielakkan pada masa era ini seperti berijtihad secara berseorangan, tidak kesampaian sesuatu Hadis yang khusus, berlainan kefahaman terhadap sesuatu nas, kaedah
pengambilan hukum yang berbeza dan sebagainya. Perbezaanperbezaan ini adalah kecil dan insya-Allah akan dihuraikan pada bahagian akan datang. Perbezaan-perbezaan ini dikatakan sebagai pendapat seseorang tokoh itu dan ia dihubungkan kepada namanya. Sesuatu pendapat inilah yang digelar sebagai Mazhab. (A particular school of thought). Pada era ini juga ilmu-ilmu Islam mula dibahagikan kepada beberapa jurusan bagi memudahkan seseorang itu mencapai kemahiran di dalamnya seperti ilmu fiqh, ilmu tafsir, ilmu hadis, ilmu kalam, ilmu bahasa dan sebagainya. Selain itu ilmu-ilmu di atas juga mula dibukukan secara formal. Antara pembukuan terawal bagi ilmu fiqh Islam ialah Kitab alKhaaraj oleh Abu Yusuf[16] dan Kitab Al Umm oleh Muhammad Idris al-Shafi‘e. Pembukuan dan penulisan kitab hadis yang terawal juga berlaku pada dalam era ini atas saranan Khalifah Harun al-Rashid.[17] Antara kitab hadis terawal yang diusahakan ialah al-Muwattha’ oleh Malik bin Anas. Selepas kewafatan tokoh-tokoh di atas, ajaran serta prinsip mereka diteruskan oleh anak-anak murid mereka. Setiap dari mereka cenderung mengajar dan menyampaikan apa yang disampaikan oleh guru mereka dan dengan itu pengaruh mazhab imam mereka makin terserlah di kalangan umat Islam. Oleh kerana itulah kita dapati pada era ini orang ramai di sekitar Madinah dan Mekah banyak berpegang kepada pendapat Malik bin Anas (Mazhab Maliki), orang ramai di sekitar Iraq cenderung pula kepada pendapat Abu Hanifah (Mazhab Hanafi) dan orang ramai di sekitar Mesir cenderung kepada pendapat al-Layts ibn Sa‘ad.
Suasana kecenderungan kepada satu mazhab semakin menguat apabila pihak pemerintah Dinasti Abbasid mengambil dan mengiktiraf pendapat Abu Hanifah sahaja sebagai mazhab rasmi dunia Islam ketika itu. Suasana ini menimbulkan ketidak-puasan di kalangan orang-orang Madinah, Mesir dan lain-lain. Keadaan ini menjadi lebih tegang apabila pemerintah-pemerintah Abbasid mula mencabar dan menganjurkan perdebatan antara tokoh ilmuan mazhab-mazhab yang berlainan hanya atas tujuan peribadi dan hiburan istana.[18] Perbuatan pemerintahpemerintah Abbasid ini memburukkan lagi suasana perkelompokan dan persendirian dalam bermazhab di kalangan umat Islam. Abu Ameenah Bilal Philips menerangkan: Perdebatan-perdebatan ini menimbulkan suasana persaingan dan dogmatisma sesama mereka kerana apabila kalahnya seorang tokoh itu dalam perdebatan ini dia bukan sahaja kehilangan ganjaran wang dari pemerintah tetapi juga kehilangan maruah dirinya. Lebih dari itu kehilangan maruah diri sangat berhubung-kait dengan kehilangan maruah mazhab seseorang itu. Justeru kita dapati menghujahkan kebenaran atau kebatilan mazhab seseorang itu menjadi agenda utama debat-debat tersebut. Hasilnya, persaingan dan perselisihan makin memanas antara tokoh-tokoh mazhab.[19] Pada kurun ke 3H/9M, suasana keilmuan Islam bertambah hebat lagi dengan munculnya tokoh-tokoh dan ahli-ahli Hadis seperti Imam Bukhari (256H/870M), Imam Muslim (261H/875M), Imam atTirmizi (279H/892M), Imam Abu Daud (275H/889M), Imam An Nasai (303H/915M), Imam Ibnu Majah (273H/887M) dan banyak lagi. Mereka menjihadkan seluruh tenaga, masa dan hayat bagi merantau ratusan kilometer ke seluruh dunia Islam ketika itu untuk mencari, meriwayat, menganalisa, menapis dan
membukukan Hadis-Hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dengan penuh ketelitian dan sistematik. Hadis-hadis Rasulullah ditapis dan dianalisa terlebih dahulu dengan ketat sekali sebelum ianya diterima dan diberikan status sahih.[20] Malangnya pada ketika ini, tokoh-tokoh fiqh yang utama, seperti Abu Hanifah, Malik, al-Syafi‘e dan Ahmad bin Hanbal telahpun meninggal dunia. Ini sedikit-sebanyak ada hubung-kaitnya dengan kesempurnaan pendapat fiqh mereka kerana ada pendapat mereka yang secara tidak sengaja didasarkan kepada hadis yang lemah atau tidak tepat kerana tidak menjumpai hadis yang khusus sebagai dalil. Permulaan kurun ke 4H/10M menyaksikan Dinasti Abbasid mulai menghadapi era kejatuhannya atas pelbagai masalah dalaman serta luaran. Selepas tahun 339H/950M dunia Islam diperintah oleh beberapa kelompok dinasti-dinasti yang kecil, masingmasing mewakili daerahnya. Pada ketika ini ajaran-ajaran fiqh Islam mula terkumpul sebagai empat ajaran atau empat mazhab, iaitu Mazhab Hanafi, Mazhab Maliki, Mazhab al-Syafi‘e dan Mazhab Hanbali. Umat Islam pada kurun ke 4H/10M dan seterusnya mula terikut secara ketat kepada empat mazhab ini. Pada penghujung hayat Dinasti Abbasid ini juga acara-acara perdebatan sesama tokoh dan mazhab makin memuncak sehinggakan acara ini memperoleh namanya yang tersendiri, iaitu Munaad Haraat. Dengan itu juga semangat persaingan dan pembelaan mazhab makin berleluasa, bukan sahaja kepada tokoh-tokoh yang berdebat tetapi juga kepada orang ramai kerana masing-masing membenarkan tokoh dan menyokong mazhab mereka.[21] Ini secara tidak langsung menyaksikan secara perlahan-lahan terbinanya tembok-tembok pemisah antara sesebuah mazhab
sama ada dari segi ajaran, masyarakat dan geografi. Tembok ini dengan peredaran zaman semakin meninggi dan menebal. Umat Islam mula dibahagikan dan dikategorikan kepada mazhab yang mereka ikuti dan pegangi sehinggakan ahli-ahli ilmu pada zaman ini juga mula mengakhiri nama mereka dengan mazhab yang didokongi masing-masing. Era Ketiga Selepas kejatuhan Dinasti Abbasid, umat Islam berada dibawah beberapa kelompok kerajaan yang berasingan. Masing-masing mempunyai kaedah pemerintahan yang tersendiri dan masingmasing mempunyai ‘mazhab’ rasmi yang dijadikan sumber rujukan pelaksanaan syari‘at-syari‘at Islam. Pada ketika ini juga, iaitu pada kurun-kurun ‘pertengahan’ , umat Islam keseluruhannya mula mengalami kejatuhan dan kemundurannya berbanding dengan negara-negara non-muslim selainnya.[22] Banyak faktor yang menyumbang kepada kejatuhan umat Islam pada ketika ini, antaranya ialah: 1. Terlalu leka dengan kejayaan yang dicapai sejak beberapa kurun yang lepas, 2. Ghairah dengan habuan duniawi hingga alpa akan panduan hidup yang diberikan oleh agama, 3. Banyak perselisihan sesama sendiri atas tuntutan duniawi dan berbagai lagi. Akan tetapi satu faktor yang amat penting yang berhubung-kait dengan mazhab-mazhab Islam yang empat ialah wujudnya ketaksuban mazhab dan lahirnya budaya taqlid, iaitu perbuatan hanya mengikut sesuatu ajaran secara membuta tanpa
mengetahui apakah hujah atau alasan di sebaliknya. Dengan terbahaginya umat Islam kepada beberapa kelompok kerajaan dengan masing-masing mempunyai ‘mazhab rasminya’ tersendiri, suasana bermazhab dalam agama menjadi semakin kuat. Seseorang yang berada dalam sesebuah mazhab hanya dibolehkan mempelajari atau mengikuti mazhabnya sahaja tanpa menjengok atau membanding dengan mazhab yang lain. Di samping itu majoriti umat pula sudah mula menerima hakikat kewujudan mazhab dan mereka lebih rela mengikuti sahaja satusatu mazhab yang tertentu tanpa lebih daripada itu. Konsep “Kami mazhab kami, mereka mazhab mereka” menjadi cogan kata umat keseluruhannya dan tembok-tembok pemisah antara mazhab menjadi lebih tebal, tinggi dan kukuh. Para ulama’ juga tidak terlepas daripada belenggu ini. Jika mereka mengeluarkan sesuatu fatwa yang tidak selari dengan tuntutan mazhab rasmi kerajaan atau wilayah mereka, mereka akan dipulau atau dibuang negeri. Ditambah pula, ke negeri mana sekalipun mereka pergi, mereka terpaksa juga akur dengan ajaran mazhab rasminya. Justeru itu para ulama’ sesebuah negara tidak mempunyai banyak pilihan kecuali hanya mengajar dan berfatwa berdasarkan mazhab negaranya, tidak lebih dari itu. Selain itu usaha mereka juga hanya tertumpu kepada pembukuan, peringkasan, penambahan dan penyelarasan ajaran mazhab. Hanya sekali-sekala timbul beberapa ulama’ yang berani melawan arus kebudayaan mazhab ini akan tetapi mereka menghadapi tentangan yang amat sengit dari para pemerintah dan …….. umat Islam sendiri.[23] Konsep umum “Kami mazhab kami, mereka mazhab mereka” ditambah dengan budaya taqlid mazhab, iaitu mengikuti dan mentaati satu-satu ajaran mazhab secara membuta tanpa mengetahui apakah alasan, hujah mahupun dalil yang
dikemukakan oleh mazhab tersebut. Dengan wujudnya budaya taqlid ini, fiqh Islam dan sekaligus mazhab-mazhabnya berubah dari sesuatu yang dinamik kepada sesuatu yang statik. Pintupintu ijtihad atau daya usaha mengkaji dan menganalisa dihentikan. Maka beralihlah fiqh Islam pada era ini kepada sesuatu yang beku lagi membatu. Ilmu-ilmu Islam tidak lagi bertambah, sebaliknya makin surut dan tenggelam. Fiqh Islam kononnya sudah tidak dapat lagi menjawab persoalan-persoalan baru yang timbul selari dengan tuntutan zaman. Fiqh Islam dianggap sebagai sesuatu yang ketinggalan dan tidak perlu lagi diberi keutamaan dalam suasana zaman terkini. Dengan meluasnya budaya taqlid ini, kefahaman umat Islam berkenaan agama mereka makin menurun dan merosot. Fiqh Islam hanya tinggal 5 perkara, iaitu wajib, haram, sunat, makruh dan harus. Tanpa mengetahui hujah dan dalil di sebalik ajaran mereka, umat Islam hanya duduk mentaati ajaran mazhab mereka secara membuta. Suasana budaya taqlid tidak hanya terhad kepada bidang fiqh Islam sahaja tetapi ia juga meliputi bidang akidah dan seluruh syari‘at Islam. Paling bahaya ialah dalam bidang akidah di mana umat sendiri sudah tidak tahu lagi apakah ciri-ciri murni akidah Islam yang sebenar dan apakah pula ajaran-ajaran luar yang mencemari akidah mereka sehingga menghampirkan mereka kepada lembah syirik. Budaya taqlid ini dan kesan buruknya terhadap sejarah umat diterangkan oleh sejarawan Islam: Ibnu Khaldun (808H) rahimahullah: Para ulama’ menyeru umat Muslimin supaya kembali taqlid kepada imam-imam yang empat. Masing-masing mempunyai imamnya yang tersendiri yang menjadi tempat taqlidnya. Mereka sama sekali tidak berpindah-pindah taqlid kerana yang sedemikian itu bererti mempermainkan agama.
Tak ada yang tertinggal dari dinamisme pemikiran Islam selain usaha menukilkan ajaran-ajaran yang sudah ditetapkan oleh mazhab-mazhab yang mereka 'anut', setiap muqallid (orang yang bertaqlid) hanya mempraktikkan ajaran hukum mazhabnya. Seseorang yang mengakui dirinya melakukan ijtihad tidaklah diakui orang hasil ijtihadnya dan tak seorangpun yang akan bertaqlid kepadanya. Muslimin pada saat ini telah menjadi serombongan manusia yang hanya bertaqlid kepada imam yang empat tersebut. Inilah yang dikatakan orang sekarang sebagai masa kemunduran umat Islam atau pemikiran Islam atau tertutupnya pintu ijtihad. [24] Walaupun beberapa ketika selepas itu (kurun ke 10H/16M) wujud beberapa kerajaan Islam yang mempunyai kekuatan material dan ketenteraan yang amat hebat sehingga menggerunkan pihak Eropah[25], ini tidak bertahan lama kerana di sebalik kekuatan tersebut tidak ada keutuhan pendirian agama dan pelaksanaannya terhadap tuntutan nilai-nilai manusiawi. Pada waktu yang sama, ada juga yang mula melihat Islam sebagai sesuatu yang tidak mempunyai masa depan kecuali jika ianya diselaraskan dengan konsep dan ideologi Barat. Beberapa kerajaan Islam ketika itu mula mengimport dan melaksanakan budaya serta ideologi Barat ke dalam kerajaan dan wilayah-wilayah Islam di bawah kawalan mereka. Suasana ini lebih memburukkan: Islam makin tertolak ke belakang dan ideologi lain diletakkan di hadapan. Ini mereka lakukan atas fahaman bahawa ilmu-ilmu Islam ini hanyalah sebagai apa yang termaktub dalam ajaran mazhab dan ajaran mazhab itu pula jauh ditinggalkan oleh kemajuan zaman. Era ini berjalan terus dengan nasib umat Islam yang sedemikian,
iaitu Islam bermazhab, masing-masing bertaqlid kepada mazhab masing-masing ditambah dengan pelbagai ideologi luar yang digunakan sebagai selingan, bahkan gantian kepada ajaran Islam yang asal. Era Keempat Pada kurun ke 11H/17M dan 12H/18M, negara-negara Eropah mula mengalami revolusi pembaharuan, kemajuan dan perindustrian. Negara-negara Eropah mula menjajah dan menakluk negara-negara Islam dengan meluaskan pengaruh, agama, ideologi dan adat mereka.[26] Suasana ini mula menyedar dan membangkitkan umat Islam akan hakikat kedudukan mereka yang sebenar. Umat Islam, sekalipun sudah agak terlambat, mula menyedari akan kemunduran mereka dan bahaya yang akan mereka hadapi jika mereka tidak mengubah sikap dan fikiran. Huzaemah Tahido menerangkan: Ekspedisi Napoleon ke Mesir yang berakhir pada tahun 1215H/1801M telah membuka mata dunia Islam dan menyedarkan para penguasa dan tokoh-tokoh Islam akan kemajuan dan kekuatan Barat. Para pemuka Islam mulai berfikir dan mencari jalan untuk mengembalikan perimbangan kekuasaan dan kekuatan yang telah pincang dan membahayakan bagi umat Islam. Hubungan dengan Barat inilah yang menimbulkan pemikiran dan kefahaman ‘pembaharuan’ dan ‘modernisasi’ di kalangan umat Islam. Bagaimanakah memajukan kembali umat Islam seperti masa klasiknya? Pertanyaan ini terjawab dengan membebaskan kembali pemikiran dari kebekuannya selama ini. Dengan
membebaskan kembali pemikiran, ijtihad kembali bergerak. [27] Kurun ke 12H/18M dan 13H/19M menyaksikan beberapa gerakan dan revolusi muncul di beberapa bahagian dunia Islam bagi menghapuskan ketaksuban mazhab dan taqlid, meruntuhkan tembok-tembok pemisah mazhab dan membangkitkan semula umat Islam dari tidur sekian lama. Fiqh Islam dan sekaligus syari‘atnya digerakkan semula, kesedaran umat Islam terhadap agama mereka dibangkitkan semula dan semangat Islam maju umat maju dilaungkan kembali. Antara mereka yang berani lagi gigih membangunkan Islam dari tidurnya ialah Muhammad bin ‘Abd al-Wahhab (1206H/1792M) di Semenanjung Arab; Jamal al-Din al-Afghani (1314H/1897M), Muhammad Abduh (1322H/1905M), Rashid Ridha (1353H/1935M) dan Hasan al Banna (1368H/1949M) di Mesir, Ahmad Khan (1308H/1891M) di India dan Abu A'la Mawdudi (1399H/1979M) di Pakistan. Selain itu banyak lagi individu lain yang muncul membangunkan semula Islam di benua-benua lain termasuk Asia Tenggara. Walaupun setiap dari mereka mempunyai nama gerakan yang tersendiri, objektifnya tetap sama iaitu memajukan semula Islam berdasarkan pengkajian semula ilmu-ilmu Islam (ijtihad), menolak ikutan buta tanpa ilmu (taqlid) dan mendalami ilmu-ilmu duniawi seperti sains, perekonomian dan sebagainya. Mereka menekankan bahawa untuk umat Islam bangkit maju semula, mereka wajib mempunyai kepakaran dalam kedua-dua bidang ilmu, iaitu ilmu agama dan ilmu duniawi kerana sememang pada asalnya kedua-dua ilmu ini adalah kepunyaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Antara ilmu agama dan ilmu duniawi, ianya saling bantu-membantu, sokong-menyokong; jika ada yang bertentangan maka itu adalah kerana kurangnya pengetahuan
manusia tentang salah satu daripadanya.[28] Usaha pembangunan semula umat masih diperjuangkan hingga ke hari buku ini diusahakan. Tokoh-tokoh agama serata dunia Islam mulai sedar akan kepentingan pengkajian semula ilmu-ilmu Islam, menghindarkan ketaksuban mazhab, mengecam taqlid buta, membuka pintu-pintu ijtihad dan pelbagai lagi. Kitab-kitab tafsir, hadis, fiqh dan pelbagai lagi sumber ilmu Islam tanpa mengira mazhab mula diterjemah agar ia dapat dikuasai oleh umat yang tidak mahir dalam bahasa Arab. Seminar, persidangan dan lain-lain dianjurkan tanpa henti-henti. Akan tetapi usaha yang dilakukan ini masih kecil jumlahnya jika dibandingkan dengan mereka yang tidak mahu berusaha atau yang menentang terus ijtihadiah sezaman begini. Masih ramai umat dan tokoh semasa yang terlalu taksub kepada mazhab sehingga amat berat untuk bertoleransi dengan usaha pembaharuan ini. Tidak kurang juga yang sudah terlalu terpengaruh dengan kebudayaan Barat sehinggakan dirasanya Islam ini, mazhab atau tanpa mazhab, sudah tidak sesuai lagi dengan tuntutan zaman. Islam menurut mereka hanyalah suatu agama persendirian yang diamalkan di rumah sahaja oleh sesiapa yang mengingininya. Golongan-golongan sebeginilah yang sebenarnya menjadi penghalang kepada kemajuan Islam dan golongan-golongan sebeginilah yang perlu ditangani dan dirundingi segera.[29] Demikianlah secara ringkas sejarah pertumbuhan dan perkembangan mazhab-mazhab fiqh Islam. Sememangnya pada zaman Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan Khalifah alRashidun tidak wujud sebarang mazhab-mazhab Islam. Hanya dengan sebab-sebab sejarah dan politik, barulah muncul mazhabmazhab ini sebagaimana yang telah dihuraikan di atas. Bagi memantapkan kefahaman, berikut dihuraikan faktor-faktor
penyebab bagi munculnya mazhab-mazhab fiqh Islam yang empat: · Pola pemerintahan Umayyad yang tidak akur dan patuh kepada tunjuk ajar para ulama’ yang wujud ketika itu. Malah ulama’-ulama’ yang berani menegur pemerintah, diancam atau ditangkap. Ini menyebabkan ulama’-ulama’ era ini menyisihkan diri mereka dari suasana istana berhijrah ke daerah-daerah lain. Hal ini menyebabkan tidak mungkin berlakunya pencarian dan pencapaian kesepakatan (ijma’) dalam apa-apa persoalan agama. Selain itu pertukaran dan perbandingan ilmu sesama ulama’ tidak lagi terjadi sebagaimana pada zaman sebelum pemerintahan Umayyad. · Wilayah Islam sudah semakin luas menyebabkan lahirnya generasi umat Islam yang baru yang menginginkan penjelasan agama terhadap persoalan yang khusus kepada mereka. Oleh kerana Kerajaan Umayyad tidak mengambil peduli akan persoalan agama dan rakyat, maka usaha ini jatuh ke tangan ulama’-ulama’ secara persendirian. · Tidak wujud sebarang sistem komunikasi atau media yang canggih pada zaman ini bagi membolehkan para ulama’ di pelbagai daerah berunding sesama mereka. Oleh itu para ulama’ era ini terpaksa berusaha secara sendirian dalam menghadapi persoalan-persoalan agama. Mereka menafsir al-Qur’an mengikut kemampuan ilmu yang sedia ada dan berusaha mengeluarkan hukum mengikut sejumlah hadis yang sedia diketahuinya. · Dalam suasana ini timbul beberapa ulama’ yang tinggi ilmunya lagi cekap dalam mengupas dan mengolah persoalan agama. Kehebatannya di satu-satu daerah menyebabkan orang ramai mula berkumpul untuk belajar bersamanya. Berita kehebatannya mula tersebar ke daerah berdekatan menyebabkan orang ramai
mula bertumpu kepadanya sebagai sumber rujukan ilmu agama. · Perpindahan kerajaan kepada Dinasti Abbasid melihatkan perkembangan ilmu-ilmu Islam secara pesat. Pada era ini juga kehandalan beberapa tokoh persendirian tersebut semakin terserlah. Antara yang paling hebat dan masyhur ialah Malik bin Anas di Madinah, Abu Hanifah di Kufah, al-Syafi‘e di Yaman dan Mesir serta Ahmad bin Hanbal di Baghdad. Pendapat serta ajaran mereka digelar mazhab dan dari sinilah bermulanya Mazhab Maliki, Hanafi, al-Syafi‘e dan Hanbali. · Ajaran Abu Hanifah atau mazhabnya diangkat menjadi mazhab rasmi oleh Kerajaan Abbasid. Pemerintah-pemerintah Abbasid melantik qadi-qadi serta ulama’-ulama’ Hanafi menjadi gabenor atau mufti bagi wilayah-wilayah dalam empayar mereka. Ini menimbulkan banyak ketidakpuasan kepada umat Islam yang tidak cenderung kepada mazhab Hanafi. Mereka enggan akur kepada mufti-mufti Hanafiah dan terus mengamalkan mazhab tokoh-tokoh mereka sendiri. · Menyedari wujudnya perbezaan antara ajaran mazhab, pemerintah-pemerintah Abbasid mula menganjurkan acara perdebatan antara tokoh sesebuah mazhab. Perbuatan ini menyebabkan persaingan dan perselisihan antara mazhab mula memanas dan memuncak. · Setelah jatuhnya Dinasti Abbasid, Kerajaan Ottoman mengambil alih. Selain kerajaan Ottoman wujud juga beberapa kerajaan Islam yang lain. Masing-masing memerintah wilayah mereka yang tersendiri dan mengangkat sesebuah mazhab menjadi mazhab rasmi mereka. Perbuatan ini menambahkan lagi persaingan dan perasingan antara mazhab. · Mulai masa ini umat Islam dan negara mereka mula dikenali
berdasarkan mazhab. Demikian juga nama-nama tokoh agama didasarkan kepada mazhab yang didokonginya. · Mulai kurun pertengahan hingga masa kini, umat Islam hanya merujuk kepada satu-satu mazhab tertentu sahaja. Umat Islam dengan sendirinya menutup pintu-pintu ijtihad dan rela duduk mengamalkan konsep bermazhab dan bertaqlid tanpa banyak soal. Jika kita benar-benar menganalisa faktor-faktor kemun-culan mazhab-mazhab fiqh Islam ini, kita akan dapati ianya wujud secara ‘terpaksa’ oleh suasana peredaran zaman dan politik. Para imam mazhab yang empat, Abu Hanifah, Malik bin Anas, alSyafi‘e dan Ahmad bin Hanbal hanya memiliki tujuan mengajar dan menyampaikan ajaran-ajaran Islam yang sebenar kepada umat. Mereka berhijrah ke sana-sini semata-mata bagi mencari ilmu dan menyampaikan ilmu. Mereka mengumpul dan menulis ajaran-ajaran Islam supaya ianya tidak hilang dimakan masa, supaya umat terkemudian dapat merujuknya. Tidaklah menjadi tujuan para imam mazhab untuk sengaja mengelompokkan umat Islam ini kepada mazhab mereka sahaja. Tidaklah menjadi hasrat para imam mazhab yang empat untuk membelahkan umat ini kepada empat kumpulan. Sejarah dunia memaksa ajaran mereka menjadi terhad kepada sekian daerah dan sekian umat. Suasana politik yang menimbulkan suasana persaingan dengan sengaja menganjurkan debat-debat sesama pengikut mereka. Suasana politik juga memaksa ajaran mazhab ditaati orang ramai tanpa persetujuan mereka. Oleh yang demikian kita tidak boleh memandang serong dan menyalahkan para imam mazhab sebagai sebab timbulnya mazhab-mazhab Islam ini. Malah jika diperhatikan benar-benar, para imam mazhab inilah yang banyak berjasa mengekal, menjaga dan menyebarkan ilmu-ilmu Islam sebagaimana yang
kita pelajari dan amalkan sekarang. Jasa-jasa para imam mazhab ini boleh dirumuskan sebagai: · Tegas berusaha menjaga keaslian dan ketulenan ajaran agama daripada dicemari faktor-faktor politik. · Berusaha menghidupkan semula ajaran Islam yang ditinggalkan oleh peredaran zaman. · Menyusun dan membukukan ajaran-ajaran Islam supaya ia dapat dipelajari oleh umat sepanjang masa. · Mengorak kaedah-kaedah fiqh yang sistematik bagi memudahkan umat Islam kemudian hari mencari dan mengeluarkan hukum. Jasa-jasa para imam mazhab kepada ajaran dan ilmu Islam tidak dapat dilupakan sehingga ke hari ini. Inilah sebagaimana yang diterangkan oleh Abdul Rahman I. Doi: Imam-imam Abu Hanifah, Malik, al-Syafi‘e dan Ahmad bin Hanbal, iaitu pemimpin-pemimpin Mazhab Ahli Sunnah, telah memberikan jasa baik yang tiada tandingnya dalam bidang fiqh Islami. Tiadalah seorang juapun dari mereka yang cuba untuk mengubah ajaran al-Qur'an dan tiadalah juga mereka bertujuan untuk mengubah sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam sebagaimana yang dituduh oleh segelintir orang lain mahupun ahli-ahli ilmuan Islam yang cetek ilmunya. [30] Demikianlah secara ringkas pertumbuhan dan perkembangan fiqh Islam sejak dari era Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam hinggalah ke masa kini. Insya-Allah di bahagian seterusnya kita akan berkenalan pula dengan lebih rapat, siapakah Para imam
mazhab yang empat ini dan bagaimanakah jalan hidup mereka menegakkan ilmu-ilmu Islam. Rujukan / Nota Kaki: [1] Ensiklopidi Islam (ed: Hafidz Dasuki; PT Ichtiar Baru van Hoeve, Jakarta, 1994) – ‘Mazhab’. [2] Huzaemah Tahido – Penghantar Perbandingan Mazhab (Logos Wacana Ilmu; Jakarta, 1997), ms. 71-72. Dr. Huzaemah Tahido Yanggo lahir di Indonesia pada 1365H/1946M dan memegang kelulusan al-Azhar dalam jurusan Muqaranah Mazahib iaitu Perbandingan Mazhab. Buku ini beliau usahakan sebagai bahan rujukan bagi memenuhi dasar silibus Institut Agama Islam Nasional (IAIN) Indonesia yang sejak tahun 1415H/1995M sudahpun mula mengajar jurusan perbandingan mazhab kepada pelajarnya. Selain itu Huzaemah adalah juga ahli Majlis Fatwa Indonesia. [3] Syi‘ah memiliki sejumlah dalil daripada al-Qur’an dan alSunnah bagi membenarkan mazhab mereka tersebut. Penulis dalam rangka mengusahakan sebuah buku yang khusus dalam menjawab hujah-hujah mereka yang insya-Allah akan disiapkan dengan judul: Jawapan Ahl al-Sunnah kepada Syi‘ah al-Rafidhah dalam persoalan al-Imamah. [4] Penulisan dalam bab ini hanya akan membicarakan sejarah Islam secara ringkas dengan perhatian ditumpukan kepada evolusi fiqh Islam dan perkara-perkara berhubung-kait dengannya. Sejarah politik, ekonomi, peradaban dan selainnya hanya akan dihuraikan secara ringkas jika memiliki kaitan dengan evolusi fiqh.
[5] Sahih: Hadis riwayat Ahmad, al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, alTirmizi, al-Nasa‘i dan Ibn Majah, lihat Shahih al-Bukhari – no: 0283 (Kitab Mandi, Bab Berkenaan junub dan seorang mukmin tidak najis). al-Bukhari ialah al-Imam Muhammad bin Ismail al-Bukhari, lahir pada 194H/810M dari perkampungan Bukhara di Samarqand. Mengarang kitabnya yang pertama pada umur belasan tahun, beliau merantau ke seluruh dunia Islam pada ketika itu bagi mencari dan mengumpul hadis. al-Bukhari terkenal dengan kitab hadisnya Shahih al-Bukhari, diusahakannya selama 16 tahun, memuatkan lebih-kurang 9000 hadis yang sahih. Ia telah pun diterjemahkan. Selain itu al-Bukhari juga mengarang dan menulis lebih 20 buah kitab-kitab lain. Beliau meninggal dunia pada tahun 256H/870M. [6] Namun ada segelintir pihak yang menolak peranan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam di dalam syari‘at Islam. Pihak ini dikenali sebagai Golongan Anti Hadis dan penulis telah mengusahakan sebuah buku khas dalam menjawab hujah-hujah mereka. Ia berjudul 20 Hujah Golongan Anti Hadis dan Jawapannya terbitan Jahabersa, Johor Bahru. [7] Riwayat Ibn Hazm di dalam al-Ihkam, jld. 5, ms. 92 sebagaimana yang dikemukakan oleh Hasbi al-Shiddieqie di dalam bukunya Sejarah Pertumbuhan dan Perkembangan Hukum Islam (Bulan Bintang, Jakarta 1971), ms. 27. Ibn Hazm ialah al-Imam Muhammad Ali bin Ahmad bin Sa'id bin Hazm lahir di Qordoba (Sepanyol) pada tahun 384H/994M dan terkenal sebagai seorang ahli hadis dan fiqh. Ketelitiannya dalam mengkaji hadis dipuji dan dihormati ramai, antaranya oleh Ibn Hajar al-‘Asqalani, seorang tokoh hadis dalam kurun ke 9H. Antara karyanya ialah al-Muhalla, al-Ihkam fi Ushul al-Ahkam dan lain-
lain. Meninggal dunia pada 456H/1064M Prof. Dr. Hasbi al-Shiddieqie ialah salah seorang ulama' besar Indonesia, saling bergandingan dengan Prof. Dr. HAMKA, pengarang kitab Tafsir Al-Azhar. Beliau menjawat kedudukan Guru Besar IAIN (Institut Agama Islam Nasional) Kalijaga Yogyakarta. Semasa hidupnya beliau telah berjaya menulis buku-buku dalam hampir semua bidang ilmu Islam, seperti Tafsir dan Usulnya, Hadis dan Usulnya, Fiqh dan Usulnya, Solat, Puasa, Zikir, Doa dan pelbagai lagi. Antara bukunya yang paling masyhur di Malaysia ialah Pedoman Solat dan Pedoman Zikir dan Doa Rasulullah. Beliau meninggal dunia pada 1394H/1975M. [8] Encyclopedia Britannica 98 (edisi Cdrom) dan The Concise Encyclopedia of Islam (ed: Cyril Glasse; Stacey Intl, England, 1989 & Rajawali Press, Jakarta 1996) di atas tajuk – Umayyad Dynasty. [9] Bilal Philips – Evolution of Fiqh (International Islamic Publishing House, Riyadh 1995), ms. 46. Abu Ameenah Bilal Philips berasal dari Jamaica, memeluk Islam pada 1391H/1972M. Sejurus selepas itu beliau ke Madinah untuk mendapatkan Diploma dalam Bahasa Arab, diteruskan kepada Sarjana dalam jurusan Usul al-Deen dan kemudian diteruskan kepada pengajian Master dalam jurusan Islamic Theology. Seterusnya memperoleh kelulusan Ph.D dalam jurusan Islamic Studies pada tahun 1987. Banyak menulis buku-buku Islam berbahasa Inggeris bertujuan membantu umat Islam yang tidak dapat berbahasa Arab mempelajari dan memahami Islam secara yang sebenar. Bukunya The Evolution of Fiqh - Islamic Law and Mazhabs diterima baik di seluruh dunia Islam dan kini telahpun diterjemahkan kepada beberapa bahasa lain. [10] Ensiklopidi Islam – ‘Bani Umayyad’
[11] Seyyed Hussein Nasr – Ideals and Realities of Islam (Allen & Unwin, U.K. 1996), ms. 102 Prof. Dr. Seyyed Husein Nasr dilahirkan di Iran dan mendapat kelulusan Ph.D di Harvard dalam bidang Sejarah dan Sains Islam. Kini dia adalah pensyarah bagi jurusan Islamic Studies di George Washington University, USA. Menulis dan mengarang puluhan buku dan artikel berkenaan Islam terutamanya dalam topik Sufism. Bukunya Ideals and Realities of Islam adalah antara yang terbaik dalam memberikan pengenalan tentang ajaran Islam ini, baik kepada umat Islam atau bukan Islam. [12] Ensiklopidi Islam– ‘Dinasti Umayyad’ [13] Seyyed Husein Nasr - Ideals and Realities of Islam, ms. 102103 [14] Hasbi al-Shiddieqie - Sejarah Pertumbuhan dan Perkembangan Hukum Islam, ms. 81. [15] Biografi tokoh-tokoh di atas akan diberikan dalam satu bab berasingan nanti, insya-Allah. [16] Abu Yusuf, beliau ialah al-Imam Abu Yusuf Yaakob bin Ibrahim, lahir pada 113H/731M dan merupakan salah seorang anak murid utama bagi Abu Hanifah (150H/767M). Sebelum berguru bersama Abu Hanifah selama 9 tahun, beliau berguru bersama Ibn Abi Laila (148H/765M), anak kepada salah seorang sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Selepas kewafatan Abu Hanifah, beliau turun ke Madinah untuk berguru kepada Malik bin Anas. Abu Yusuf menjawat kedudukan Ketua Hakim (Qadi) Dinasti Abbasid dari tahun 158H/775M hinggalah ke masa kewafatannya pada tahun 182H/798M.
[17] Harun al-Rashid adalah khalifah ke-5 bagi Dinasti Abbasid. Beliau lahir pada tahun 147H/764M dan telah dihantar untuk belajar agama bersama-sama tokoh-tokoh pada ketika itu. Kebanyakan guru beliau adalah daripada kalangan tabi‘in dan tabi-tabi‘in yang menerima ilmu mereka secara terus daripada generasi sahabat. Harun menjawat kedudukan khalifah pada tahun 169H/786M dan pada zaman beliaulah kerajaan Abbasid dan Islam mencapai era kegemilangannya. Beliau meninggal dunia pada tahun 193H/809M. [18] Hassan Ibrahim Hassan, pensyarah University Islam Baghdad, dalam bukunya Islam: A Religious, Political, Social and Economic Study, ms. 356-378; dinukil daripada The Evolution of Fiqh, ms. 58 oleh Bilal Philips. Lebih lanjut tentang fenomena ini lihat penjelasan al-Ghazali (505H) di dalam kitabnya Ihya' Ulum al-Din (edisi terjemahan oleh Ismail Yaakub; Victorie Agencie, K.Lumpur 1988), jld. 1, ms. 166-188 oleh al-Ghazali. [19] Abu Ameenah Bilal Philips - The Evolution of Fiqh, ms. 58. Lihat juga Hasbi al-Shiddieqie - Sejarah Pertumbuhan dan Perkembangan Hukum Islam, ms. 99-100. [20] Lebih lanjut sila kaji buku Sejarah dan Pertumbuhan Ilmu Hadis oleh Hasbi al-Shiddieqie (Rizki Putra, Semarang 1978). [21] Abu Ameenah Bilal Philips - The Evolution of Fiqh, ms. 102. [22] Lihat pengkajian dan perbandingan yang dilakukan oleh Karen Amstrong dalam bukunya The History of God: A 4000 Year Quest of Judaism, Christianity and Islam (Ballantine Books, New York 1994), Bab ke 8. Karen Amstrong ialah seorang pengkaji keagamaan / teologi yang
terkenal masa kini. Berasal dari Britain, beliau telah mengarang banyak buku-buku keagamaan terutamanya dalam topik tiga agama samawi kini, iaitu Yahudi/Judaism, Nasrani/Christian dan Islam. [23] Hasbi al-Shiddieqie - Sejarah Pertumbuhan dan Perkembangan Hukum Islam, ms. 152-158; Ibn Khaldun – Muqaddimah (edisi terjemahan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, K.Lumpur 1995), ms. 579-582. [24] Ibn Khaldun - Muqaddimah, ms. 576 dan nk 34. Ibn Khaldun ialah seorang ahli sejarah, ahli falsafah dan ahli fikir Islam yang hidup pada kurun ke 8 hijrah. Nama beliau ialah Abdul Rahman bin Muhammad Abu Zaid bin Khaldun, lahir di Tunisia pada 732H/1332M. Pengalamannya merantau ke dunia Islam termasuk negara-negara utara Benua Afrika sehingga ke Sepanyol dan lain-lain. Karangannya ini adalah pendahuluan (Muqaddimah) kepada kitabnya yang asal Kitab al-'Ibar wa Diwan. Kitab Muqaddimah ini telah diterjemahkan ke bahasa Inggeris, Indonesia dan Melayu. Beliau meninggal dunia di Kaherah, Mesir pada 808H/1406M. [25] Karen Amstrong - The History of God: A 4000 Year Quest of Judaism, Christianity and Islam, ms. 259-260. [26] Hakikat kebenaran bahawa penjajahan Barat atas negaranegara Islam bukan semata-mata atas alasan 'mencari rempah ratus dan serbuk teh' jelas terbukti melalui pengakuan ahli-ahli sejarah dan agama Barat/Kristian sendiri, sebagaimana yang dihuraikan oleh David Waines, pensyarah Islamic Studies di Lancaster University, England dalam bukunya An Introduction to Islam (Cambridge University Press, 1995), ms. 214-215.
[27] Huzaemah Tahido – Penghantar Perbandingan Mazhab, ms. 44. [28] Sila lihat buku An Introduction to Islam: Issues in Contemporary Islam oleh David Waines di mana beliau menghuraikan secara umum akan usaha-usaha membangkitkan Islam pada zaman kebelakangan ini. Selain itu lihat juga huraian mendalam lagi terperinci dalam The Oxford Encyclopedia of Modern Islam yang dipimpin oleh John Esposito, Ketua Fakulti Pengkajian Agama, Georgetown University, Washington, USA. Lihat juga buku beliau dalam subjek yang sama: The Islamic Threat: Myth of Reality ? Amat menyedihkan apabila kita lihat pengkaji-pengkaji nonmuslim amat prihatin lagi peka terhadap suasana kebangkitan Islam akhir-akhir ini; apabila dalam waktu yang sama umat Islam sendiri tidak mengetahui apatah lagi mengambil iktibar terhadapnya. [29] Antara lain lihat kertas kerja yang dibentangkan oleh Yusuf al-Qaradhawi berjudul Priorities of The Islamic Movement in The Coming Phase (edisi terjemahan oleh Dar al-Nasr for Egyptian Universities, Cairo 1992); di mana beliau menghuraikan halanganhalangan yang terlebih dahulu perlu diatasi sebelum umat boleh mengorak langkah ke arah kejayaan hakiki. Prof. Dr. Muhammad Yusuf al-Qaradhawi lahir pada 1344H/1926M di Mesir, berkelulusan Al Azhar. Kini bertugas sebagai Deen Syari'ah dan Islamic Studies, juga Director for Centre of Sunnah and Sirah Studies di University of Qatar. Mengarang puluhan buku dalam isu-isu Islam mutakhir dan sehingga kini buku-bukunya yang sudah diterjemahkan ke bahasa kita (Malaysia & Indonesia) sudah menjangkau lebih 40 buah. Diikktiraf dunia sebagai salah seorang ulama' mutakhir yang banyak berusaha memberikan
kefahaman dan menyelesaikan isu-isu dunia Islam masa kini (fiqh al-Waqi'). [30] ‘Abd al-Rahman I. Doi - Shari'ah: The Islamic Law (A.S. Noordeen, K.Lumpur 1995),ms. 85. Prof. Dr. ‘Abd al-Rahman I.Doi dilahirkan di India. Beliau mempelajari Islam dan ilmu-ilmunya di Madrasah-madrasah tempatan, kemudian melanjutkannya ke University of Bombay. Jawatannya sebagai pensyarah pengajian Islam bermula di Univ. of Nigeria, kemudian ke Univ. of IFE, kemudiannya ke Univ. of Ahmadu Bello, Zaria. Ketika menulis buku di atas, beliau bertugas di Univ. Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Beliau ialah salah seorang tokoh dalam bidang syari‘ah Islam yang ulung masa kini, banyak membahas isu-isu syari'ah masa kini di seminar-seminar Islam antarabangsa, banyak menulis artikel, majalah dan buku. Dicatat oleh Nawawi Bin Subandi di Rabu, Jun 13, 2007 0 ulasan