Menguasai Pengiraan Yang Melibatkan.docx

  • Uploaded by: zulaiha
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Menguasai Pengiraan Yang Melibatkan.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 660
  • Pages: 2
Menguasai pengiraan yang melibatkan penggunaan persamaan kimia yang seimbang

TIPS Diberi persamaan : aA + bB ------------> cC + dD Daripada persamaan : a mol A menghasilkan d mol D maka x mol A mengahsilkan

mol D

Perhatian : 1. Selalu membuat pengiraan dalam unit mol dahulu sebelum menukar kepada unit lain yang dikehendaki oleh soalan. 2. Pada keadaan bilik, 1 mol sebarang gas menempati isipadu 24 dm3. 3. Pada keadaan s.t.p, 1 mol sebarang gas menempati 22.4 dm3 Soalan 1 dan 2 adalah berdasarkan persamaan di bawah. 2Zn(NO3 )2 (p) ------->2ZnO + 4NO2 + O2 1. 1.89 g zink nitrat telah dipanaskan sehingga terurai dengan lengkap.

Hitungkan a.bilangan mol zink nitrat yang telah dipanaskan. b.isipadu gas oksigen yang terhasil pada keadaan bilik. c.jisim zink oksida yang terhasil. d.isipadu gas nitrogen dioksida yang terhasil pada keadaan s.t.p. 2. Apabila suatu jisim tertentu zink nitrat dipanaskan sehingga terurai dengan lengkap,

8.96 dm3 gas nitrogen dioksida dibebaskan pada keadaan s.t.p. Hitungkan a.jisim zink nitrat yang telah dipanaskan. b.jisim zink oksida yang terbentuk. c.isipadu gas oksigen yang terbebas pada keadaan s.t.p.

Soalan 3 dan 4 adalah berdasarkan persamaan di bawah. Mg + H2SO4 ------> MgSO4 + H2 •

Serbuk magnesium yang berlebihan dicampurkan kepada 50cm3 asid sulfurik cair 0.5moldm-3. Hitungkan a.jisim maksimum garam magnesium sulfat yang boleh diperoleh daripada hasil tindak balas itu. b.isipadu gas hidrogen yang terbebas pada keadaan bilik. c.jisim baki serbuk magnesium jika sebanyak 8 g serbuk magnesium digunakan.



Dalam suatu tindak balas tertentu, 1.2 g serbuk magnesium telah bertindak balas lengkap dengan 50 cm3 larutan asid sulfurik cair.Hitungkan kemolaran asid sulfurik cair yang digunakan.



Dalam suatu eksperimen, 16 g kuprum(II) oksida ditambahkan kepada 250 cm3 2 moldm-3 asid hidroklorik cair dalam sebuah bikar. Persamaan tindak balas adalah seperti berikut: CuO(p) + 2HCl(ak) ------> CuCl2(ak) + H2O(ce) a.Hitungkan bilangan mol asid hidroklorik cair yang perlu untuk bertindak balas lengkap dengan 16 g kuprum(II) oksida. b.Berapakah bilangan mol asid hidroklorik yang masih tinggal dalam bikar itu selepas eksperimen itu ?

c.Hitungkan jisim maksimum kuprum(II) klorida yang boleh diperolehi daripada hasil tindak balas ini. •

0.01 mol litium telah dicampurkan dengan air yang berlebihan. a.Tulis persamaan kimia yang seimbang. b.Hitungkan jisim hidrogen yang terhasil ? c.Hitungkan kemolaran larutan litium hidroksida yang terhasil jika isipadu air yang digunakan ialah 250 cm3.



31 g serbuk kuprum(II) karbonat dicampurkan dengan asid hidroklorik cair yang berlebihan. a.Tulis persamaan kimia yang seimbang. b.Hitungkan i.jisim maksimum kuprum(II) klorida yang boleh diperoleh dari hasil tindak balas itu. ii.isipadu gas karbon dioksida yang terbebeas pada keadaan s.t.p. iii.bilangan mol air yang terbentuk.



Berapakah jisim hidrogen yang diperlukan untuk menurunkan 17.84 g plumbum(II) oksida kepada plumbum dalam keadaan panas ?



Apabila 0.6g serbuk magnesium dicampurkan ke dalam larutan argentum yang berlebihan, hitungkan a.jisim argentum yang disesarkan. b.bilangan atom argentum yang dihasilkan.



0.1 M larutan plumbum(II) nitrat dicampurkan dengan berlebihan larutan natrium klorida, 13.9g mendakan plumbum(II) klorida terbentuk. Hitungkan isipadu larutan larutan plumbum(II) nitrat yang digunakan.



Serbuk zink yang berlebihan ditambahkan kepada asid hidroklorik cair 2 moldm-3 . Jika 600 cm3 gas hidrogen pada keadaan bilik terbebas dalam tindak balas ini, berapakah isipadu asid hidroklorik yang digunakan ?



2.4 g serbuk magnesium ditambahkan kepada 50 cm3 asid hidroklorik cair 1 moldm-3. Hitungkan isipadu gas hidrogen yang terbebas pada keadaan bilik.



120 cm3 gas etena dibakar dengan lengkap dalam oksigen yang berlebihan pada keadaan bilik. a.Tuliskan persamaan bagi tindak balas pembakaran itu. b.Hitungkan isipadu gas oksigen yang telah bertindak balas dengan etena itu. c.Hitungkan jisim gas karbon dioksida yang terhasil.

Jawapan : 1. (a) 0.01 mol, (b) 0.12 dm3, (c) 0.81g 2. (a) 37.8g, (b) 16.2g, (c) 2.24dm3 3. (a) 3g, (b) 0.6dm3 , (c) 7.4g 4. 1 moldm-3 5. (a) 0.4mol, (b) 0.1 mol, (c) 26.8g 6. (b) 0.01g, (c) 0.04moldm-3 7. (a) 33.75g, (b) 5.6 dm3, (c) 0.25 mol 8. 0.16g 9. (a) 5.4g, (b) 3 x 1022 10. 500 cm3 11. 25cm3 12. 0.6 dm3 13. (b) 360 cm3, (c) 0.44g

Related Documents


More Documents from ""