Model Atom John Dalton.docx

  • Uploaded by: zulaiha
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Model Atom John Dalton.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 262
  • Pages: 3
Model Atom John Dalton Model atom yang dicadangkan oleh John Dalton ialah : (a) atom merupakan zarah asas yang membina semua jirim. (b) atom merupakan zarah yang keras yang tidak boleh ditembusi dan mempunyai saiz serta jisim yang tetap. (c) atom ialah satu zarah yang tidak boleh dipecahbelah lagi dan zarah yang lebih keras daripada atom tidak wujud.

Model Atom J. J. Thompson Seorang ahli fizik British bernama Joseph J. Thompson dalam eksperimennya berjaya mengesahkan bahawa atom terdiri daripada zarah yang lebih kecil lagi. Beliau berjaya menemui suatu zarah yang lebih kecil dan bercas negatif yang dipanggil elektron. J. J. Thompson mengemukakan model atomnya yang mencadangkan bahawa elektron-elektron bertabur di seluruh atom yang merupakan satu sfera bercas positif.

Model Atom Ernest Rutherford Pada tahun 1911, Ernest Rutherford telah berjaya menemui zarah bercas positif yang dipanggil proton. Beliau telah mengemukakan model atomnya yang menyatakan bahawa (a) hampir semua jisim atom tertumpu dalam satu kawasan yang sangat kecil, berat, dan bercas positif. Kawasan ini dipanggil nukleus. (b) nukleus mengandungi proton sahaja. (c) bilangan proton sama dengan bilangan elektron. (d) kebanyakan bahagian dalam atom merupakan ruang kosong. (e) elektron-elektron bergerak dengan cepat mengelilingi nukleus pada jarak yang berlainan.

Model Atom Neils Bohr

Pada tahun 1913, seorang ahli fizik Denmark yang bernama Neils Bohr memperbaiki model atom Rutherford. Model atom yang diperbaiki oleh Neils Bohr mencadangkan bahawa (a) elektron-elektron bergerak mengelilingi nukleus yang terdiri daripada proton dan neutron dalam orbit-orbit tertentu seperti ditunjukkan dalam rajah dibawah (b) setiap orbit berjarak tetap dari nukleus dan berbentuk bulatan supaya jarak suatu elektron tertentu dari nukleus adalah sentiasa tetap.

Related Documents

Atom Model
December 2019 30
Model Of Am Atom
November 2019 17
Atom Model Story Board
April 2020 10

More Documents from ""