Menguasai Pengiraan Yang Melibatkan Konsep Kemolaran.docx

  • Uploaded by: zulaiha
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Menguasai Pengiraan Yang Melibatkan Konsep Kemolaran.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 947
  • Pages: 3
MENGUASAI PENGIRAAN YANG MELIBATKAN KONSEP KEMOLARAN A. Pengiraan kepekatan dalam gdm-3 atau moldm-3 Tips

(I) Kepekatan larutan dalam gdm-3 =

(ii) Kepekatan larutan dalam moldm-3 =

1. Hitungkan kepekatan bagi larutan-larutan yang berikut dalam gdam-3.

a. 4 g zink klorida dilarut dalam air untuk menghasilkan 100 cm3 larutan. b. 25 g kalium nitrat dilarut dalam air untuk menghasilkan 500 cm3 larutan. c. Berapakah jisim natrium sulfat yang terkandung dalam 500 cm3 larutan yang kepekatannya 25 gdm-3 ?

2. Hitungkan kepekatan bagi larutan-larutan yang berikut dalam moldm-3.

a. 0.3 mol litium sulfat dilarutkan dalam air untuk menghasilkan 100 cm3 larutan . b. 1 mol natrium klorida dilarutkan dalam air untuk menghasilkan 800 cm3 . c. Suatu larutan asid sulfurik cair mengandungi kepekatan 2 moldm-3 . Berapakah bilangan mol aisd sulfurik cair yang terdapat dalam 20 cm3 larutan itu.

3. Hitungkan (i) bilangan mol bagi setiap bahan yang digunakan, kemudian

(ii) carikan kemolaran bagi setiap larutan yang disediakan. a. 5.85 g natrium klorida dilarutkan dalam 200 cm3 air suling. b. 33.2 g kalium iodida dilarutkan dalam 500 cm3 air suling. c. 2.7g kuprum(II) klorida dilarutkan dalam 250 cm3 air suling. d. 99.3 g plumbum(II) nitrat dilarutkan dalam 400 cm3 air suling. Jawapan : 1. (a) 40 gdm-3 (b) 50 gdm-3 (c) 12.5 g , 2. (a) 3 moldm-3 (b) 1.25 moldm-3 (ci) 0.04 mol . 3. (a) 0.1 mol, 0.5moldm-3 (b) 0.2 mol, 0.4 moldm-3 (c) 0.02 mol, 0.08 moldm-3 (d) 0.3 mol, 0.75 moldm-3 B. Pertukaran unit "gdm-3 " kepada unit "moldm-3 " dan sebaliknya. Tips

Kepekatan dalam moldm-3

kepekatan dalam gdm-3

4. Hitungkan kepekatan bagi larutan-larutan berikut dalam moldm-3.

a. Larutan magnesium klorida yang mempunyai kepekatan 9.5 gdm-3. b. Larutan kalium iodida yang mempunyai kepekatan 33.2 gdm-3.

5. Hitungkan kepekatan, dalam moldm-3 , bagi satu larutan yang mengandungi 37 g

magnesium nitrat dalam 1 dm3 larutan. [J.A.R. : N = 14, O = 16, Mg = 24]

6. Hitungkan kepekatan bagi larutan-larutan berikut dalam gdm-3.

a. 0.1 moldam-3 larutan natrium sulfat. b. 2 moldm-3 larutan aluminium nitrat. ,

7. Apakah kepekatan, dalam gdm-3, bagi larutan kuprum(II) nitrat 1.5 M ? ,

[ J.A.R. : N = 14, O = 16, Cu = 64 ] Jawapan : 4 (a) 0.1 moldm-3 (b) 0.2 moldm-3, 5. 0.25 M 6.(a) 14.2 gdm-3 (b) 426 gdm-3, 7. 282 gdm-3 C. Menghitung bilangan mol bahan larutan jika diberikan kemolaran larutan tersebut. Tips Bilangan mol bahan larutan yang terdapat dalam V cm3 M moldm-3 suatu larutan ialah

mol.

8. Hitungkan bilangan mol ferum(II) sulfat yang terdapat dalam 80 cm3 larutan ferum(II)

sulfat yang kepekatannya 0.2 moldm-3.

9. Berapa mol natrium nitrat yang terkandung dalam 25 cm3 larutan natrium nitrat 0.5

moldm-3 ?

10. Diberi 200 cm3. larutan kalium iodida 2 moldm-3 mengandungi x mol kalium iodida.

Cari nilai x. 11. Berapakah jisim barium hidroksida, Ba(OH)2, yang dilarutkan dalam air untuk

menghasilkan 50 cm3 larutan berair mempunyai kepekatan 0.1 M ?

12. X g plumbum(II) nitrat telah dilarutkan dalam 500 cm3 air suling untuk menghasilkan

suatu larutan yang mempunyai kepekatan 0.6 moldm-3. Cari nilai X.

13. 53 g natrium karbonat telah dilarut dalam air untuk menghasil suatu larutan 0.25

moldm-3. Hitungkan isipadu larutan natrium karbaonat yang telah disediakan. Jawapan : 8. 0.016 mol, 9. 0.0125 mol, 10. 0.4 mol 11. 0.885g, 12. 99.3g, 13. 2000 cm3 ,

B. Pencairan suatu bahan Tips Jika suatu larutan V1 cm3 M1 moldm-3 dicairkan dengan air supaya terhasilnya larutan V2 cm3 M2 moldm-3 , maka M1V1 = M2V2 14. 10 cm3 larutan kalium bromida 1 M dicairkan dengan air suling untuk menjadikan 50

cm3 larutan. Apakah kepekatan larutan kalium bromida selepas dicairkan ?

15. Air suling telah ditambahkan kepada 80 cm3 larutan natrium karbonat 0.4

M.Berapakah isipadu larutan natrium karbonat cair yang telah disediakan jika kepekatan larutan yang terbentuk ialah 0.1 M ? 16. 150 cm3 larutan zink sulfat telah dicairkan dengan air suling untuk menghasilkan 450

cm3 larutan zink sulfat 0.6 moldm-3. Apakah kepekatan asal larutan zink sulfat ?

17. 20 cm3 larutan argentum nitrat 0.1 M dicairkan dengan air untuk menghasilkan larutan

argentum nitrat 0.02 M. Berapakah isipadu air yang telah ditambahkan ? 18. 25 cm3 asid nitrik cair 2 moldm-3 dicairkan dengan air suling sehingga menjadi 250

cm3 larutan. Apakah kepekatan asid nitrik yang terhasil ?

19. Jika 200 cm3 larutan kalium hidroksida yang kepekatannya 2.8gdm-3 dicairkan

sehingga 500cm3. Apakah kemolaran larutan yang terbentuk ?

Jawapan : 14. 0.2 M, 15. 320 cm3, 16. 1.8 M, 17. 80 cm3 , 18. 0.2 M 19. 0.02 M , E. Tindak balas peneutralan Tips Katakan A ialah suatu asid dan B ialah suatu alkali. , kedua-dua bahan itu bertindak balas mengikut persamaan berikut , aA(ak) + bB(ak) --------> Hasil Jika V1 cm3 M1 moldm-3 larutan A meneutralkan V2 cm3 M2 moldm-3 larutan B,

maka ,

20. 15.0 cm3 larutan kalium hidroksida 1 M memerlukan 10 cm3 asid nitrik cair untuk

peneutralan lengkap. Hitungkan kemolaran asid nitrik cair yang digunakan. 21. Hitungkan isipadu asid sulfurik cair 0.5 moldm-3 yang diperlukan untuk meneutralkan

barium hidroksida 0.2 moldm3.

22. 0.2 M asid hidroklorik cair ditambahkan sedikit demi sedikit ke dalam sebuah bikar

kecil yang mengandungi 40 cm3 0.5 moldm-3 larutan natrium hiodroksida dan 10 cm3 air. Berapakah jumlah isipadu larutan dalam bikar kecil itu supaya larutan menjadi setakat neutral sahaja ?

23. Suatu larutan asid hidroklorik 7.3 gdm-3 memerlukan 10.0 cm3 larutan kalium

hidroksida 0.1 moldm-3 untuk peneutralan lengkap. Hitungkan isipadu asid hidroklorik yang telah digunakan.

24. 30.0 cm3 larutan natrium hidroksida 4 gdm-3 memerlukan 15.0 cm3 asid sulfurik cair

untuk peneutralan lengkap. Hitungkan kepekatan asid sulfurik cair yang telah digunakan dalam moldm-3. Jawapan : 20. 1.5 M, 21. 20 cm3, 22. 150 cm3, 23. 5 cm3, 24. 0.1 M

Related Documents


More Documents from ""