Kimia 2.docx

  • Uploaded by: zulaiha
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kimia 2.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,258
  • Pages: 4
LATAR BELAKANG • Menulis persamaan kimia merupakan satu masalah yang dihadapi oleh kebanyakkan pelajar. • Masalah ini telah menimbulkan perasaan di kalangan pelajar yang menganggapkan bahawa KIMIA ini sebagai satu mata pelajaran yang susah. OBJEKTIF Latihan ini disediakan bertujuan untuk membantu para pelajar, • menguasai kemahiran menulis formula sebatian-sebatian kimia, • menguasai kemahiran menulis persamaan kimia yang seimbang. PENDAHULUAN Apabila disuruh menulis persamaan kimia bagi suatu tindak balas, pelajar-pelajar biasanya akan cuba menceraikan huruf-huruf dalam formula yang diberikan dan cuba menyusun atau mengabungkan semula hurufhuruf tersebut untuk menghasilkan sesuatu "formula" yang mereka sendiri pun tidak faham. Misalnya apabila diminta menulis persamaan bagi tindaka balas antara asid sulfurik cair dengan natrium hidroksida, pelajar-pelajar mungkin memberikan jawapan seperti berikut.

 H SO + NaOH ---------> NaO + H SOH  HSO4 + NaOH -------> NaSO4 + H2O

2

4

4

2

Pelajar-pelajar yang membuat demikian disebabkan mereka tidak faham atau tidak tahu langsung tentang peraturan untuk menulis persamaan kimia. Seperti pemainan bola sepak, badminton, hoki, dan sebagainya, setiap pemainan mempunyai peraturannya yang tersendiri. Begitu juga untuk menulis persamaan kimia, anda mesti tahu peraturannya dahulu ! Jika tidak, anda tidaklah layak untuk mengambil bahagian dalam "pemainan" yang menarik ini.

PERATURAN UNTUK MENULIS PERSAMAAN KIMIA Berikut ialah langkah-langkah yang patut diikuti semasa menulis sesuatu persamaan kimia. 1. Meramalkan hasil tindak balas dengan tepat. 2. Menulis formula yang betul bagi bahan tindak balas dan hasil tindak balas. 3. Seimbangkan persamaan kimia itu. Setiap langkah tersebut akan dibincang dengan teliti dalam bahagian-bahagian yang berikut. 1. Meramalkan hasil tindak balas. Untuk meramalkan hasil bagi sesuatu tindak balas anda perlu menggunakan pengetahuan yang sudah dipelajari. Misalnya, Asid + Alkali ----------> Garam + air maka, asid sulfurik cair (asid) + natrium hidroksida (alkali) ---> natrium sulfat (garam) + air Sekiranya anda tidak ada pengetahuan langsung tentang sesuatu tindak balas, maka adalah tidak mungkin untuk meramalkan apakah hasil tindak balas itu. Seterusnya anda tidak dapat menulis persamaan kimia tindak balas tersebut. 2. Menulis formula yang betul (a) Setiap unsur, molekul, sebatian atau ion mempunyai formula yang tersendiri. Formula tersebut adalah tetap dan tidak boleh diubah. Misalnya formula bagi natrium hidroksida ialah NaOH, maka anda tidak boleh menulis formulanya sebagai NaH, NaOOH, Na(OH)2 dan sebagainya. Anda perlu menghafalkan formula bagi beberapa unsur, molekul dan ion yang umum. (b) Formula bagi sebatian ionik Jumlah cas dalam formula bagi sesuatu sebatian ionik adalah neutral. Jadi kita boleh menentukan formula bagi sesuatu sebatian ionik, misalnya magnesium klorida, seperti berikut. Magnesium klorida

Cl- <----------- Tuliskan formula bagi setiap ion.

Mg2+

X 1 (Cas ion klorida)

2 (cas ion Mg) <----------- Tuliskan bilangan cas secara bersilang

MgCl2<----------- Jadi formula tersebut terdiri daripada 1 ion Mg2+ dan 2 ion Cl- . Perhatian : • Nombor yang mewakili bilangan ion ditulis pada sebelah kanan, di bahagian bawah ion tersebut. • Nombor 1 tidak perlu dituliskan. Misalnya, Na2 SO4 (2 ion natrium dan 1 ion sulfat) Al2O3 (2 ion Aluminium dan 3 ion oksigen) Ba(OH)2 (1 ion barium dan 2 ion hidroksida)

Cuba ini !

Tuliskan formula bagi setiap sebatian yang berikut. 11. Ferum(III) klorida 12. Kalium sulfat 2. Magnesium oksida 13. Nikel(II) sulfat 3. Natrium oksida 14. Ferum(III) sulfat 4. Argentum oksida 15. Kuprum(I) nitrat 5. Ferum(II) oksida 16. Kuprum(II) nitrat 6. Ferum(III) oksida 17. Aluminium nitrat 7. Kromium(III)oksida 18. Natrium karbonat 8. Plumbum(IV) oksida 19. Kalsium karbonat 9. Kalium klorida 20. Aluminium karbonat 10. Zink klorida

1.Kuprum(II) oksida

3. Menulis persamaan kimia yang seimbang. Dalam bahagian 2, anda sudah mempelajari menulis formula kimia dengan betul. Jadi, anda boleh menulis formula bagi setiap sebatian dalam persamaan yang mewakili tindak balas antara asid sulfurik dengan natrium hidroksida dalam bahagian 1 seperti berikut., asid sulfurik + natrium hidroksida ----> natrium sulfat + air H2SO4 + NaOH -------> Na2SO4 + H2O Persamaan di atas belum lengkap. Suatu persamaan mesti seimbang, iaitu jumlah atom setiap unsur di sebelah kiri mesti sama dengan yang di sebelah kanan. Untuk mengimbangkan sesuatu persamaan, ikutlah langkah-langkah berikut Misalnya, H2SO4 + NaOH -------> Na2SO4 + H2O (kiri =1 Na) (kanan = 2 Na) Tidak seimbang Jadi, tambahkan 2 di depan NaOH supaya bilangan Na sama dengan bilangan Na di sebelah kanan dan semak bilangan atom bagi setiap unsur semula. H2SO4 + 2 NaOH -------> Na2SO4 + H2O (kiri = 2 H + 2 H = 4 H) (kanan = 2H) Tidak seimbang Tambahkan 2 di depan H2O dan semak bilangan atom bagi setiap unsur semula. Anda akan mendapati persamaan sudah seimbang. H2SO4 + 2 NaOH -------> Na2SO4 + 2H2O Semak : Unsur

Kiri

Kanan

H

4

4

S

1

1

Na

2

2

O

6

6

Sesuatu persamaan kimia yang seimbang perlu juga dilabelkan keadaan fiziknya . Berikut ialah beberapa simbol yang digunakan. Pepejal ---- p Cecair --------- ce Gas ------ g Larutan akueus(larutan berair) --- ak Maka, persamaan kimia yang lengkap bagi tindak balas di antara asid sulfurik dan natrium hidroksida ialah : H2SO4(ak) + 2 NaOH(ak) -------> Na2SO4(ak) + 2H2O(ce)

Cuba ini !

Seimbangkan persamaan kimia yang berikut. 1. Mg + O2 --------> MgO 2. N2 + H2 ----------> NH3 3. CuO + NH3 ---------> Cu + N2 + H2O 4. CaCO3 + HCl ----------> CaCl2 + CO2 + H2O Nyatakan juga keadaan fizik bagi setiap bahan dalam persamaan itu.

LATIHAN

1. Lengkapkan. Logam + oksigen ------> ________________________

2. (a)Nyatakan hasil pemanasan logam kuprum dalam oksigen. (b) Tuliskan formula bagi oksigen dan kuprum(II) oksida. (c) Tuliskan persamaan kimia yang seimbang bagi pemanasan logam kuprum dalam oksigen.

3. Gunakan maklumat daripada soalan 1, tuliskan persamaan kimia yang seimbang bagi tindak balas berikut. (a) pemanasan logam magnesium dalam oksigen, (b) pemanasan logam natrium dalam oksigen, (c) pemanasan logam aluminium dalam oksigen,

4. Lengkapkan : Jika logam A lebih reaktif daripada logam B, maka, A + oksida B --------> _______ + _______

5. (a) Nyatakan hasil bagi pemanasan campuran serbuk logam zink dan serbuk kuprum (II) oksida, (b) Tuliskan formula bagi zink oksida dan kuprum. (c) Tuliskan persamaan kimia yang seimbang bagi pemanasan campuran serbuk logam zink dan kuprum(II) oksida.

6. Gunakan maklumat daripada soalan 4, tuliskan persamaan kimia yang seimbang bagi setiap tindak balas berikut. (a) Pemanasan karbon dengan plumbum(II) oksida, (b) Pemanasan kalsium dengan megnesium oksida, (c) Pemanasan aluminium dengan ferum(III) oksida,

(d) Pemanasan gas karbon dioksida dengan magnesium, (e) Pemanasan gas hidrogen dengan kuprum(II) oksida,

7. Logam yang lebih elektropositif boleh menyesalkan logam yang kurang elektropositif daripada larutan garamnya. Jika logam A lebih elektropositif daripada logam B, maka Serbuk A(p) + larutan B sulfat (ak) -------> _____(p) + ________(ak)

8. Gunakan maklumat daripada soalan 7, tuliskan persamaan kimia bagi setiap tindak balas berikut. (a) Serbuk logam magnesium ditambahkan kepada larutan zink sulfat. (b) Serbuk logam magnesium ditambahkan kepada larutan aluminium nitart. (c) Serbuk logam aluminium ditambahkan kepada larutan stanium(II) klorida.

9. Lengkapkan . Asid + bes ---------> ________________ + _______________

10. Gunakan maklumat di atas, tuliskan persamaan kimia bagi setiap tindak balas berikut: (a) Serbuk kuprum(II) oksida ditambahkan kepada asid hidroklorik cair. (b) Serbuk aluminium oksida ditambahkan kepada larutan asid sulfurik cair. (c) Natrium hidroksida ditambahkan kepada larutan asid nitrik cair.

11. Lengkapkan Asid + logam -------> ________________ + _______________

12. Gunakan maklumat di atas, tuliskan persamaan kimia bagi setiap tindak balas berikut. (a) Serbuk aluminium ditambahkan kepada larutan asid hidroklorik cair. (b) Serbuk magnesium ditambahkan kepada larutan asid sulfurik cair. (c) Serbuk kalsium ditambahkan kepada larutan asid nitrik cair.

13. Lengkapakan. Asid + garam karbonat -------> _____________ + _____________

14. Gunakan maklumat di atas, tuliskan persamaan kimia bagi setiap tindak balas berikut. (a) Kalsium karbonat + asid nitrik cair, (b) natrium karbonat + asid sulfurik cair, (c) aluminium karbonat + asid hidroklorik,

Related Documents

Kimia
December 2019 51
Kimia
April 2020 51
Kimia
April 2020 40
Kimia
May 2020 36
Kimia
December 2019 49
Kimia
June 2020 42

More Documents from ""