Mendekati Sahabat Baru

  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Mendekati Sahabat Baru as PDF for free.

More details

  • Words: 741
  • Pages: 5
Sebelum mengetahui cara-cara mendekati sahabat baru, sebaiknya anda mengetahui maksud sebenar ‘sahabat’... Apakah erti sebenar sahabat? Apakah ada bezanya maksud antara SAHABAT dan KAWAN? Selalunya, maksud sahabat lebih menjurus ke arah sejati dan disukai. Manakala kawan pula bermaksud... Yup! Maksudnya kawanlah! Seperti yang anda tahu! Sahabat ada bermacam jenis. Kelakar, gedik, pendiam, baik, dan banyak lagi yang sukar ditafsirkan. Berikut adalah jenis-jenis sahabat;

KELAKAR** Sahabat yang kelakar akan kelihatan Happy-Go-Lucky. Mereka adalah golongan yang suka melihat orang ketawa dan merekalah yang membuatkan orang itu ketawa. Cara orang yang suka membuat kelakar ada kalanya agak melebih-lebih dan akan menyakiti perasaan orang lain. Golongan ini akan menggunakan apa sahaja kelemahan orang lain untuk membuat kelakar. Contohnya, ada seorang budak perempuan yang tidak kuat lari. Pasti ada seseorang yang lain akan membuat kelakar dengan menggunakan kelemahan budak perempuan itu. Ada juga orang yang terdesak untuk membuat sesuatu yang kelakar kerana inginkan perhatian. Mereka selalunya akan membuat lucu secara ‘fizikal’. Ada yang ‘menyamar’ diri dan menggayakan perangai beruk, monyet, anjing, kambing dan apa sahaja selagi ia berkaitan dengan apa yang mereka sedang perkatakan. Selain itu, ada golongan yang membuat lawak untuk menyedapkan hati orang lain yang sedang dalam masalah. Lawak mereka tidaklah sensitif dan memang menghiburkan.

GEDIK** Perkataan gedik memanglah agak sensitif di dalam hati semua manusia. Namun, ia sering kali digunakan kepada golongan yang manja, tidak pandai berdikari dan selalu meminta bantuan orang lain untuk melakukan sesuatu yang terlalu senang. Golongan ini juga dikatakan ‘baby tua’ kerana suka membuat mimik muka seorang bayi dan meniru suara bayi apabila berkomunikasi dengan orang yang lebih tua dari mereka terutamanya yang orang dewasa yang tidak garang dan suka melayani kerenah mereka. PENDIAM** Kita selalu berfikir bahawa orang yang pendiam ialah orang yang sombong dan terlalu sukar untuk dibawa berbincang. Ini sebenarnya tanggapan yang salah! Orang pendiam selalunya suka mendengar daripada bercakap. Kitalah yang seharusnya menyesuaikan diri dengan situasi mereka. Jangan terlalu banyak bercakap benda yang merapu dan mengarut, ini kerana golongan ini tidak suka membuang masa dan mereka hanya bercakap perkara yang benar-benar mustahak dengan kita. Mereka juga selalunya amat tumpu dengan sesuatu perkara dan tegas dalam melakukan sesuatu. Walaupun mereka pendiam, lazimnya, mereka jarang menyakiti hati kawan-kawan yang lain ini kerana mereka diam dan tidak banyak bercakap!

Cara Mendekati Sahabat Baru

o Senyum kepada mereka setiap kali berjumpa. Ini akan membuatkan mereka tidak terasa segan untuk bercakap dengan kita. Jangan buat ‘dek’ kepada mereka. o Tonjolkan sikap peramah dan mengambil berat anda kepada mereka. o Jika anda ingin membuat lawak dan menyertai kumpulan mereka, pastikan lawak anda tidak menonjolkan sikap “terbagi tahu” ataupun “terpecah rahsia”. Ini akan membuatkan mereka kurang percaya kepada anda tidak kira dari segi apa pun! Contohnya;

1. “Weh, sian kat aku tau! Semalam aku jumpa doktor, doktor tu kata aku ada

sembelit !!! Sian aku! ALAMAK!!! Terbagi tau korang laa plak!” 2. “Korang nak tau tak? Semalam, Irfan dah luahkan perasaan dia pada Syarifah!

Eh, alamak! Irfan kata jangan pecahkan rahsia ni!

o Cuba untuk bercakap dengan mereka (sesuatu yang berfaedah). Jangan tunggu mereka yang memulakan bicara. o Jangan terlalu serius semasa bersembang dengan mereka. Jadikan ia santai.

CARA BERTAHAN LAMA DALAM BERSAHABAT o Jangan membantah idea sahabat anda dengan perkataan yang kurang ajar dan kasar. o Berikan pendapat yang bernas kepada sahabat anda dalam menjalankan sesuatu rancangan yang diredhai ALLAH. Ini akan membuatkan sahabat anda memberikan kepercayaan yang sepenuhnya kepada anda. o Mengambil tahu sesuatu yang berkaitan dengan diri sahabat anda. Contohnya, tarikh hari lahir, alamat rumah dan sebagainya. o Cuba untuk menjadi orang yang pertama mengucapkan ‘ selamat hari jadi ’ . Ini akan membuatkan persahabatan bertambah erat kerana anda menunjukkan keprihatinan. o Menziarahi sahabat anda di kala dia susah mahupun sakit. o Sentiasa memberikan kata-kata peransang kepada diri sendiri dan sahabat anda. o Jangan malu atau segan untuk mengatakan yang anda terlalu sayangkan sahabat anda walau dimanapun anda berada. Tolong buangkan sifat keegoan anda tatkala berhadapan dengan sahabat. o Berdoa kepada ALLAH supaya persahabatan anda kekal sampai bila-bila dan doakanlah juga untuk sahabat anda sesuatu yang baik-baik. o Jangan melawak secara memerli sahabat baik anda hanya supaya sahabatsahabat anda yang lain turut ketawa. Walaupun sahabat anda tidak mengambil peduli apa yang anda gelar ‘gurauan semata-mata’, suatu hari nanti dia mungkin akan menggunakan cara itu juga untuk memutuskan tali persahabatan yang sudah lama terjalin rapat. o Jangan menyalahkan sahabat anda sewenang-wenangnya atas semua kekecohan yang berlaku. Apa yang penting, cubalah untuk memujuk sahabat anda agar menceritakan apa yang berlaku sebenarnya.

Related Documents

Mendekati Sahabat Baru
December 2019 5
Sahabat
April 2020 39
Sahabat
November 2019 38
Sahabat Sejati
June 2020 32