UNTUK PUTERA DAN PUTERI YANG TERSAYANG Syed Syazwi & Sharifah Syazwina
SAHABAT SEJATI
Rina ialah sebiji cerek. Dia sangat rajin bekerja. Dia tinggal di sebuah dapur yang cantik bersama-sama rakan-rakannya yang lain.
Setiap pagi, Rina bangun awal untuk menyediakan sarapan. Apabila tepat pukul lapan pagi, Rina akan menuangkan minuman untuk tuannya.
Pada suatu hari, Rina berasa letih dan bosan kerana melakukan kerja yang sama setiap hari. Rakannya melihat Rina tidak ceria seperti biasa.
Rakan-rakan Rina merancang untuk mengadakan satu jamuan supaya Rina ceria kembali. Rina tidak mengetahui rancangan itu.
Pada suatu pagi, Rina terdengar bunyi bising di luar rumah tuannya ketika dia sedang sibuk menyediakan sarapan.
Dia melihat rakanrakannya sedang sibuk menyediakan makanan di halaman rumah tuannya itu.
Rakan-rakan Rina mengajaknya bersama-sama mereka apabila menyedari Rina sedang memerhatikan mereka melalui tingkap.
Rina menolak pelawaan mereka. Tidak lama kemudian, dia berubah fikiran dan bersama mereka dengan membawa makanan dari dapur.
Rina berasa sungguh gembira. Dia berterima kasih kepada semua rakannya yang telah berusaha untuk menceriakannya semula.
“Kawan sama-sama menangis payah dicari, kawan sama-sama ketawa banyak sekali.”
SEKIAN
ANIMASI PERTAMA Syed Norzalman Bin Syed Yusof http://duniabahasabangsa.blogspot.com