Memberi Makan Dan Berbuat Baik Kepada Orang Lemah

  • Uploaded by: zahidan
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Memberi Makan Dan Berbuat Baik Kepada Orang Lemah as PDF for free.

More details

  • Words: 188
  • Pages: 1
Memberi Makan dan Berbuat Baik kepada orang lemah/miskin. Berbuat baik dan memberi makan kepada orang miskin dan lemah adalah digalakkan di dalam Islam. Ada hadis menerangkan bahawa kita dibantu dan ditolong lantaran orang lemah diantara kita. Imam Bukhari meriwayatkan dari Mush’ab bin Sa’dan, dia berkata, ‘Bahawasanya Sa’dan merasa dirinya memiliki kelebihan daripada orang lain. Maka Rasulullah s.a.w. bersabda: “Bukankah kamu ditolong dan diberi rezeki lantaran orang-orang lemah di antara kamu?

Tangan yang di atas adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah. (Gambar hiasan sahaja)

Oleh itu, sesiapa yan ingin ditolong dan murah rezekinya, hendaklah dia menolong dan mengasihi orang yang lemah. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Allah sentiasa menolong hamba itu, selama hamba itu monolong hajat saudaranya.” Nabi juga memberitahu bahawa keredhaannya dapat diperolehi dengan berbuat baik kepada orang miskin. Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmas, Abu Daud, At-Tirmidzi, An-Nasai, Ibnu Hibban dan Al-Hakim, dari Abu Darda’ bahawasanya dia berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Carilah (keredhaan) ku melalui orang-orang lemah di antara kamu. Kerana sesunguhnya kamu diberi rezeki dan ditolong dengan sebab orang-orang lemah di antara kamu.” Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rezeki yang luas dan diberkati: www.rahsiarezeki.com

Related Documents


More Documents from ""