Memahami An Anak(0-2 Bulan)

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Memahami An Anak(0-2 Bulan) as PDF for free.

More details

  • Words: 1,168
  • Pages: 6
Memahami Perkembangan Anak (0 - 2 bulan) Perkembangan Otak (brain developmant) Saiz otak bayi ketika dilahirkan ialah 25% daripada saiz otak orang dewasa. Otak bayi akan berkembang dengan sempurna sekiranya mendapat zat yang seimbang dari permakanan, dijaga dengan teliti dari sebarang kecederaan fizikal dan diberi ransangan yang sesuai. Bayi ketika dilahirkan dibekalkan dengan 100 bilion sel. Tidak semua sel-sel ini berkembang. Hanya sel-sel yang mendapat nutrient dan ransangan sahaja yang akan tumbuh berkembang dengan sempurna. Bagaimana ibubapa dapat membantu Ibu digalakkan memberi air susu ibu (breast feed). Di dalam air susu ibu terdapat semua nutrient yang diperlukan oleh seorang bayi. Sekiranya seseorang ibu tidak berupaya menyusu sendiri anaknya, maka bolehlah memberi susu formula yang lengkap dengan nutrient termasuk folic acid bagi membolehkan otak berkembang dengan baik pada peringkat awal.

Perkembangan fizikal (physical development) Kepala bayi mempunyai satu bukaan yang sementara (ubun-ubun) untuk membolehkan otak berkembang. Otot-otot di leher bayi belum cukup kuat untuk menyokong tulang belakang dan saraf tunjang yang dihubungkan ke otak melalui leher. Bila diletakkan dalam keadaan meniarap bayi akan cuba mengangkat kepalanya. Tangannya sentiasa dalam keadaan seperti menggenggam sesuatu dan bayi sentiasa menggerakkan anggota badan seperti tangan dan kaki.

Bagaimana ibubapa dapat membantu Sentiasa berhati-hati dengan kepala bayi yang masih lembut. Memegang dan menyokong kepala bayi ketika mengangkat dan membaringkan bayi. Jangan biarkan kepala terlentuk ke depan atau ke belakang. Elakkan melambung bayi yang masih kecil ke udara. Jangan menggoyangkan bayi dengan kuat. Semua ini akan merosakkan otak bayi. Bantu menguatkan otot-otot leher dengan beberapa permainan. Ketika bayi dalam keadaan menelentang, tunjukkan barang permainan. Ketika matanya sedang focus ke arah barang permainan tersebut, gerakkan barang permaianan "ke atas dan ke bawah" atau "ke kanan dan ke kiri"

Perkembangan Mental (mental development) Deria penglihatan Jarak penglihatan di antara 8 - 12 inci Penglihatan bayi lebih fokus kepada benda yang bergerak Dapat melihat pelbagai warna dan dapat membezakan warna terang dan gelap Deria pendengaran Bayi yang baru dilahirkan boleh mendengar pelbagai jenis bunyi dan lebih peka kepada bunyi suara manusia. Bayi lebih menggemari suara-suara yang sering didengarinya seperti suara ibudan bapanya. Sebilangan pakar berkata, bayi yang berusia 4 hari boleh membezakan bahasa percakapan dan mereka lebih peka kepada bahasa yang digunakan oleh ibu dan bapa. Pada usia satu bulan bayi mampu menghubungkan antara bunyi dan punca bunyi. Deria sentuhan

Bayi yang baru dilahirkan mampu merasa sentuhan lebih-lebih lagi sentuhan dari ibu dan ayahnya. Sentuhan dari ibu dan ayah dapat menenangkan bayi yang dalam keadaan yang tidak selesa. Deria rasa Semasa dalam kandungan, deria rasa seorang bayi telah mula berkembang. Cecair ketuban (amniotik fluid) yang mengelilingi bayi ketika di dalam perut ibu memberi pengalaman pertama kepada janin untuk mengenali rasa yang berbeza. Ketika dilahirkan bayi lebih cenderung kepada sesuatu yang manis tetapi tidak suka kepada rasa masam. Deria bau Deria bau juga berkembang ketika bayi masih berada dalam kandungan ibu. Sebagaimana deria rasa, cecair ketuban juga menyediakan pengalaman pertama untuk deria bau. Selepas beberapa jam dilahirkan, bayi telah mampu bergerak balas terhadap bau. Bayi lebih cenderung kepada bau yang sedap dan nyaman seperti bau pisang dan vanilla tetapi tidak cenderung kepada bau yang busuk seperti bau ikan. Bayi lebih suka bau ibu yang menyusu (breast feed) dan cepat mengenali bau ibu sendiri dari perempuan lain. Bagaimana ibubapa dapat membantu Merangsang deria penglihatan Meluangkan banyak masa bersama bayi dan memandang mata bayi (eye contact). Bayi gemar melihat muka ibu dan bapanya terutama bahagian mata. Gerakkan kepala kita ke atas, ke bawah, ke kanan, ke kiri supaya mata bayi dapat mengikut pergerakan itu. Pegang barang permainan dalam jarak penglihatan bayi. Sebaikbaiknya cari barang permainan yang berwarna kontras (seperti hitam

dan putih) dan berwarna terang Banyakkan permainan "tracking" iaitu menggerakkan objek ke kanan dan ke kiri. Bayi akan mengikut pergerakan objek itu dengan matanya. Berhenti sekiranya bayi telah penat (samada ia tidak memberi perhatian atau menangis). Jangan memaksa bayi. Merangsang deria pendengaran Banyakkan bercakap dan bernyanyi kepada bayi walaupun dia tidak memahami bahasa percakapan kita. Bayi dapat mendengar pelbagai jenis bunyi yang berlainan dan akan memberi respon terhadap bunyi tersebut. Percakapan, nyanyian dan membaca buku kepada bayi adalah langkah permulaan untuknya memahami bahasa. Pada tahap ini bayi lebih tertarik kepada bunyi, nada dan irama suara ibu dan bapa (the music of language) Berikan kepada bayi permainan yang mengeluarkan bunyi ketika bergerak. Bunyi tersebut akan menarik perhatian bayi kepada permainan itu dan tangannya yang memegang permainan tersebut. Merangsang deria sentuhan Peluk, dukung dan mengurut bayi merupakan satu cara untuk merangsang deria sentuhannya. Lakukan urutan ketika mandi, menyalin lampin dan ketika menyusu. Jangan tinggalkan bayi terlalu lama bersendirian kerana ini akan menghalang bayi dari mendapat ransangan sentuhan. Merangsang deria rasa Bayi mampu membezakan beberapa rasa . Masukkan sedikit cecair yang manis, masam, pahit dan masin ke dalam mulut bayi. Kita akan dapat melihat perubahan pada airmukanya ketika kita memasukkan cecair yang masam. Bayi hanya akan dapat merasa masin hanya ketika mencapai umur 4 bulan di mana waktu itu kita telah mula memberi makanan tambahan kepada bayi.

Merangsang deria bau Satu kajian telah dibuat dan menunjukkan bayi lebih suka kepada alat permainan yang berbau vanila daripada permainan yang berbau erhanol atau yang tidak berbau. Berilah permainan yang mengandungi pelbagai bau kepada bayi.

Perkembangan Sosial dan Emosi (social & Emotional Development) Bayi banyak meluangkan masa untuk mengenali bahagian tubuh badannya sendiri seperti leka memerhati tangan. Bayi mula menyedari bahawa dia adalah seorang individu yang lain dalam persekitarannya. Selain dari itu, bayi mula belajar mengenali orangorang yang rapat dan sentiasa berada di sampingnya seperti ibu dan ayah. Bayi menjadi terangsang apabila disentuh dan diagah oleh ibu dan ayah. Pada tahap ini "tangisan" merupakan cara bayi berkomunikasi dengan ibu dan ayah untuk memberitahu bahawa dia lapar, tidak selesa, mengantuk dan lain-lain. Bagaimana ibubapa dapat membantu Ibu hendaklah segera memberi respon apabila bayi menangis. Penuhi keperluannya samada perlu di beri susu, perlu disalin lampin, perlu ditidurkan dan sebagainya dengan seberapa segera kerana ini akan mendidik bayi bahawa dia juga merupakan seorang yang penting dalam kehidupan keluarganya. Lakukan banyak aktiviti bersama bayi tapi bayi juga perlukan rehat. Ibu perlu peka apabila melihat bayi telah mula menunjukkan tandatanda keletihan. Terlampau banyak ransangan tidak membantu perkembangan otak bayi.

Aktiviti yang sesuai

Untuk bayi yang berusia 1 bulan Bermain sambil belajar: Melihat objek Mengikut pergerakan objek dengan mata Mendengar bunyi Menggenggam objek dan melepaskannya Belajar dengan kasihsayang: Menggenggam jari ibu Mendengar suara ibu yang lembut membelai Merasakan selesa berada dalam pelukan dan sentuhan ibu Melihat ibu tersenyum Untuk bayi yang berusia 2 bulan Menggabungkan keperluan asas bayi seperti kasihsayang dan sentuhan dengan aktiviti yang mendidik: • bahawa ada seseorang yang sedang menjaga dan bersedia untuk memenuhi keperluannya • bahawa ibubapa sangat menyayanginya • bahawa persekitaran baru (di luar rahim ibu) amat menyeronokkan • bahawa dia dalam keadaan yang selamat (secure) • Aktiviti di bawah boleh dilakukan ketika mandi, menyalin lampin dan ketika menyusu: • Bercakap dengan bayi dan bercerita tentang apa yang kita sedang lakukan ketika itu (ketika memandikannya) • Mengurut bayi (ketika menyapu pelembab di tubuh badannya) • Memeluk bayi (ketika menyusu) • Bercakap dan tersenyum kepada bayi ketika menyalin lampin

Related Documents

Bab 1 Memahami An
May 2020 6
Bulan
December 2019 49
Bulan Bulan Islam
December 2019 46
Memahami World
December 2019 32
Memahami Sukan
May 2020 13