Masalah Utama Semasa Mengulangkaji Mengantuk

  • Uploaded by: WanZainal WanZi
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Masalah Utama Semasa Mengulangkaji Mengantuk as PDF for free.

More details

  • Words: 457
  • Pages: 2
MASALAH UTAMA SEMASA MENGULANGKAJI- Mengantuk Tidak kira siapa, kanak-kanak, remaja atau dewasa mengalami masalah mengantuk semasa membaca. Ada kalanya, kita tertidur tanpa disedari semasa membaca. Artikel ringkas ini cuba memberikan tips untuk sekurang-kurangnya mengurangkan perasaan mengantuk semasa anda membaca.

Bagi menghindarkan rasa mengantuk semasa membaca atau mengulangkaji, anda perlu:1. Bina sikap yang positif. Kejayaan seseorang sebenarnya 90% ditentukan oleh sikapnya dan hanya 10% sahaja ditentukan oleh pengetahuan sedia ada. Semasa membaca, penumpuan perhatian adalah penting. Sekiranya anda membaca terlalu lama tetapi tidak menumpukan perhatian, maka anda hanya membuang masa. Maka apa yang dibaca tidak akan masuk dalam ingatan jangka panjang anda dan akhirnya anda akan terlupa. Jadi perbaikilah diri supaya menjadi lebih bersungguhsungguh dan bersikap positif.Hanya anda, dengan kekuatan atau sejarah kesusuahan keluarga, hasrat ingin cemerlang hidup di masa hadapan akan dapat memimpin anda untuk bersikap lebih positif. 2. Persediaan minda. Sikap negatif adalah daripada minda yang negatif. Oleh itu minda perlu diubah menjadi positif. Gunakan satu kaedah yang dinamakan Saranan Kendiri iaitu pembentukan kata-kata positif seperti berikut:Saya mesti berusaha dan menjadi pelajar cemerlang. Belajar adalah penting untuk masa hadapan. Orang lain boleh berjaya, saya yakin saya juga boleh berjaya. Jika saya tidak bersungguh-sungguh, saya tidak akan dapat memperbaiki taraf hidup keluarga saya dan saya akan susah semasa berumur 25 tahun nanti. Jika saya tidak bersungguh-sungguh saya tidak akan dapat hidup selesa, bergaji besar, mampu memiliki rumah, kereta, melancong setaraf dengan kawan-kawan saya. 3. Persediaan perasaan. Fikiran dan perasaan yang positif, memudahkan lagi anda memberi tumpuan kepada pelajaran. Anda akan berasa selesa kerana perasaan tidak diganggu dengan kata-kata negatif. Anda perlu bercakap dengan diri anda sendiri bahawa yang lain tidak penting, yang penting waktu ini adalah belajar. 4. Persekitaran yang sesuai. Apabila ingin belajar, anda perlu mencari tempat yang sesuai tanpa sebarang gangguan. Mental dan emosi yang terganggu akan menjejaskan tumpuan fikiran. Gangguan atau halangan luaran seperti suasana yang terlalu panas dan bising menjadikan anda tidak selesa dan pembacaan akan menjadi sia-sia. Anda juga perlu peka dengan gangguan dalaman seperti rasa sedih kerana putus cinta( sebab itulah bercinta hendaklah dielakkan), rasa benci pada mata pelajaran tersebut, susah hati, pemikiran yang negative dengan anggapan bahawa diri anda bodoh. Itu semua perlu dihindarkan dan dibenteras dari hidup anda.

5. Elak dan Ketepikan Masalah Sampingan Sekiranya anda menghadapi masalah lain seperti perselisihan dengan rakan, masalah kewangan dan sebagainya, anda perlu berkongsi atau meluahkan masalah anda kepada ibu bapa. Ini boleh mengurangkan tekanan lantas memberi laluan untuk anda menumpukan perhatian kepada pelajaran. Jika tidak berjaya, lawanlah fikiran dengan mengenepikan seketika masalah tadi. Percayalah setiap kejayaan akan diperolehi atas dasar usaha walaupun dalam keperitan tapi penuh kesabaran. Angaplah maslah lain itu boleh diselesaikan kemudian, kerana yang utama masa ini adalah penumpuan kepada pembelajaran. Amalkan panduan ini, insyaAllah anda akan mendapat manafaatnya nanti.

Related Documents


More Documents from ""