MASALAH PERGANTUNGAN EKONOMI KEPADA SEKTOR UTAMA Masalah pergantungan: 1. ketidakstabilan harga komoditi -harga komoditi utama sering mengalami perubahan disebabkan permintaan dan penawaran yang tidak ajal -Ini memberi kesan kepada pendapatan Negara turut merosot. -Ini akan menjejaskan peluang pekerjaan dan pendapatan pekerja dalam sektor utama. 2. peluang pekerjaan terjejas -Sebahagian besar gunatenaga Negara dalam sektor utama adalah dalam sektor pertanian. -Sektor pertanian tidak mampu ambil tenaga buruh ramai sebab saiz tanah tetap dan daya pengeluaran dan pulangan yang rendah. -ketidakstabilan harga komoditi utaman menjejaskan harga eksport makan gunatenaga akan diberhentikan. 3. kehausan dan kepupusan sumber -bila sumber asli Negara seperti bijih timah dan petroleum mengalami kehausan dan kepupusan, pendapatan Negara akan mengalami kemerosotan -banyak lombong akan ditutup dan buruh akan diberhentikan maka penggangguran bertambah. 4.merugikan imbangan dagangan -jumlah nilai eksport komoditi utama yang kurang daripada nilai import banyak merugikan imbangan dagangan Negara sebab harga komoditi mentah yang dieksport adalah lebih murah berbanding harga barang siap/barang perkilangan yang diimport. -maka negara terpaksa eksport lebih banyak barang utama untuk mengimport barang perkilangan yang sedikit.