Manusia ..... Terpuji dan Terkeji 1. Musuh paling utama manusia adalah diri sendiri; 2. Kegagalan paling utama manusia adalah kesombongan; 3. Kebodohan paling utama manusia adalah sifat menipu; 4. Kesedihan paling utama manusia adalah rasa iri hati; 5. Kesalahan paling utama manusia adalah mencampakkan dirinya sendiri kejalan yang sesat; 6. Dosa paling utama manusia adalah menipu dirinya dan orang lain; 7. Sifat manusia yang terkasihan adalah rasa rendah diri; 8. Sifat manusia yang terpuji adalah semangat kesabarannya; 9. Kehancuran terbesar manusia adalah rasa putus asa; 10. Harta paling utama manusia adalah kesihatan; 11. Hutang paling utama manusia adalah hutang budi; 12. Hadiah terbesar manusia adalah lapang dada dan sikap saling memaafkan; 13. Kekurangan terbesar manusia adalah sifat keluh-kesah dan tidak memiliki kebijaksanaan; 14. Ketenteraman dan kedamaian paling utama manusia adalah suka beribadah dan beramal; 15. Yang buruk dan yang baik akhirnya akan terzahir; 16. Baik dan buruk ada pada dirinya sendiri; 17. Harga diri itu terletak pada perbuatan, mulut dan budi; dan 18. Jangan hanya merasa pandai, tapi tidak pandai merasa, kerana sesungguhnya engkau tidak punya apa- apa selain belas-kasih Yang Maha Kuasa.