Maklumat

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Maklumat as PDF for free.

More details

  • Words: 1,705
  • Pages: 6
PERCUMA

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

BUKU MAKLUMAT KEMASUKAN KE SEKOLAH MENENGAH TEKNIK/VOKASIONAL

TAHUN 2010

KANDUNGAN

1.

Maklumat Kemasukan Ke Sekolah Menengah Teknik/Vokasional Tahun 2010

2.

Senarai Kursus Aliran Teknikal, Vokasional dan Kemahiran Yang Ditawarkan Di Sekolah Menengah Teknik/Vokasional Tahun 2010

3.

Alamat Sekolah Menengah Teknik/Vokasional dan No. Telefon

4.

Maklumat Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Menengah Teknik/Vokasional (SMT/V) Tahun 2010

MAKLUMAT KEMASUKAN KE SEKOLAH MENENGAH TEKNIK/VOKASIONAL TAHUN 2010 1.

PENDAHULUAN Sekolah Menengah Teknik (SMT)) menawarkan kursus-kursus dalam 3 aliran iaitu teknikal, vokasional dan kemahiran kepada pelajar lepasan PMR 2009. Manakala Sekolah Menengah Vokasional (SMV) menawarkan kursus dalam 2 aliran sahaja iaitu vokasional dan kemahiran. Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) kini sedang memberi fokus kepada perluasan aliran vokasional dan kemahiran berdasarkan permohonan yang tinggi sejak beberapa tahun kebelakangan. Sehubungan dengan itu aliran teknikal dikurangkan untuk memberi laluan kepada perluasan aliran vokasional dan kemahiran. Ini bermakna bilangan SMT akan dikurangkan, sementara bilangan SMV akan bertambah secara berperingkat sejak tahun 2008 lagi. Aliran Teknikal ALIRAN TEKNIKAL Aliran teknikal dikhususkan kepada pelajar yang cemerlang dalam akademik pada peringkat PMR. Objektif aliran teknikal adalah untuk membantu melahirkan tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan (pertanian, perdagangan, ekonomi rumahtangga). Pelajar-pelajar aliran teknikal menduduki enam mata pelajaran teras pada peringkat SPM di samping mata pelajaran elektif teknikal dan sains (rujuk perkara 3.1). Setelah tamat pengajian di SMT, pelajar berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di peringkat diploma di IPTA (universiti, politeknik, kolej komuniti), kolej matrikulasi teknikal, kolej matrikulasi umum, atau Tingkatan 6. Aliran Vokasional ALIRAN VOKASIONAL Aliran vokasional memberikan peluang kepada pelajar yang berpencapaian baik dan sederhana dalam akademik dan berminat kepada pembelajaran bercorak vocational (berkaitan pekerjaan). Isi kandungan aliran vokasional mempunyai komponen teori dan praktikal yang seimbang. Objektif aliran ini adalah untuk membantu melahirkan separa profesional (juruteknik/pembantu teknik) dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan. Pelajar aliran vokasional menduduki enam mata pelajaran teras yang diambil di samping dua mata pelajaran elektif vokasional (rujuk perkara 3.2). Setelah tamat pengajian, pelajar berpeluang ke IPTA, IPTS, dan institut latihan kemahiran awam dan swasta, atau terus ke alam pekerjaan. Aliran Kemahiran ALIRAN KEMAHIRAN Pelajar aliran kemahiran dikhususkan kepada pelajar pencapaian rendah pada peringkat PMR dan sangat cenderung kepada pembelajaran secara hands-on (amali). Isi kandungan kursus-kursus aliran kemahiran ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Pelajar yang tamat dengan jayanya mengikut peraturan yang ditetapkan oleh JPK akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh industri. Pelajar akan dilatih menjadi tenaga kerja mahir untuk bekerja di industri atau membuka perniagaan sendiri apabila tamat pengajian. Disamping itu juga, pelajar boleh melanjutkan latihan kemahiran pada peringkat yang lebih tinggi di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), kolej komuniti, dan pelbagai institut latihan kemahiran swasta. Mulai tahun 2010, BPTV memperkenalkan program traineeship kepada pelajar aliran ini jika mereka berminat dan mendapat persetujuan ibubapa. Program ini membolehkan pelajar mengikuti pembelajaran di sekolah selama 3 hari, dan 2 hari di tempat kerja yang sesuai dengan kursus yang diikuti pelajar. Tempat kerja ditentukan dengan persetujuan sekolah dan ibubapa dengan kerjasama industri. Program traineeship ini memberi peluang pelajar mendapat pendedahan awal kepada alam pekerjaan semasa di bangku sekolah lagi.

LALUAN PENDIDIKAN ALIRAN TEKNIK, VOKASIONAL DAN KEMAHIRAN Rajah menunjukkan peluang pendidikan yang boleh diikuti oleh pelajar-pelajar Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) setelah tamat pengajian di SMT dan SMV.

ALAM PEKERJAAN

UNIVERSITI dan IPTA/S

TINGKATAN 6

POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI

MATRIKULASI (teknikal & umum)

INSTITUT LATIHAN KEMAHIRAN

SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM)

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)

TEKNIK

VOKASIONAL

KEMAHIRAN

PENDIDIKAN TEKNIK & VOKASIONAL

HALATUJU PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) sentiasa dinamik dan mengikuti perkembangan semasa dan global. BPTV sebagai pemacu PTV di peringkat sekolah. Sesuai dengan keperluan semasa BPTV telah menggariskan enam strategi memperkasa PTV seperti berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 2.

Menambah enrolmen aliran Vokasional dan Kemahiran di SMT. Memperkasakan kurikulum PTV. Memperkenalkan aliran kemahiran di SMK mulai RMKe-10. Meningkatkan hubungan industri dan badan profesional. Mewujudkan dan memperkasakan School Enterprise. Memantapkan jalinan hubungan dengan IPTA/IPTS dalam dan luar negara.

SYARAT-SYARAT UMUM 2.1 Pemohon mestilah warganegara Malaysia. 2.2 Pemohon hendaklah: a. Berada di Tingkatan 3 dan telah menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2009. b. Dilahirkan dalam tahun 1994 atau selepasnya. 2.3. Kesihatan a. Mestilah sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal. Perkara-perkara berikut perlu diambil kira: b. Bebas dari penyakit seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis, alahan (allergy), pekak, sawan (epilepsy), yang serius dan sebagainya. Penyakit-penyakit ini akan membahayakan terutama semasa menjalankan kerja kursus dan kerja amali. 2.4. Pemohon kursus Kejuruteraan Elektrik (Aliran Teknikal), kursus Elektrik dan Elektronik (Aliran Vokasional) serta kursus Mekanik Teknologi Elektronik Radio & Video (Aliran Kemahiran) dan Juruteknik Rendah Elektronik Industri – Peralatan (Aliran Kemahiran) mestilah TIDAK RABUN WARNA.

3.

SYARAT KHUSUS DAN MATA PELAJARAN YANG DITAWARKAN 3.1 Aliran Teknikal Senarai Kursus dan Kod Kursus, Mata Pelajaran Yang Ditawarkan serta Syarat Pencapaian Minimum PMR 2009 Kursus

Kod

Mata Pelajaran Elektif 1

Kursus

1. Kejuruteraan Mekanikal

1101

2. Kejuruteraan Awam

1201

3. Kejuruteraan Elektrik

1301

4. Perdagangan

1401

5. ERT Pengurusan Makanan

1501

6. ERT Pengajian Pakaian

1502

7. Pertanian

1601

3.2.

1. Pengajian Kejuruteraan Mekanikal 1. Pengajian Kejuruteraan Awam 1. Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik 1. Prinsip Perakaunan 2. Pengajian Keusahawanan 1. Pengurusan Makanan 2. Biologi 1. Pengajian Pakaian 2. Biologi 1. Sains Pertanian 2. Biologi

Mata Pelajaran Elektif 2 1. Fizik 2. Kimia 3. Matematik Tambahan 4. Lukisan Kejuruteraan

1. Fizik 2. Kimia 3. Matematik Tambahan

Mata Pelajaran Teras

Syarat Pencapaian Minimum PMR 2009

Mendapat pencapaian minimum dalam mata pelajaran berikut : 1. Bahasa Malaysia 2. Bahasa Inggeris 3. Matematik 4. Sejarah 5. Pendidikan Islam / Moral 6. Pendidikan Jasmani & Kesihatan 7. Sivik

1. Bahasa Melayu - A 2. Matematik - A 3. Sains - A 4. Kemahiran Hidup - A DAN mendapat 4 (empat) B dalam mata pelajaran lain termasuk Bahasa Inggeris.

Aliran Vokasional Senarai Kursus dan Kod Kursus, Mata Pelajaran Yang Ditawarkan serta Syarat Pencapaian Minimum PMR 2009

Kursus 1. Pengaturcaran Komputer

Kod Kursus 2701

Mata Pelajaran Elektif 1. Fundamentals of Programming 2. Programming and Development Tools 3. Matematik Tambahan

Mata Pelajaran Teras 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

2. Automotif

2101

3. Elektrik & Elektronik

2201

4. Fesyen

2501

5. Katering

2502

6. Pelancongan

2506

7. Pengurusan Teknologi Pejabat 8. Pengurusan Perniagaan

2401

9. Penyejukan & Penyamanan Udara 10. Amalan Bengkel Mesin

2102

11. Kimpalan

2104

12. Binaan Bangunan

2301

13. Seni Kecantikan*

2503

14. Perkhidmatan & Perkembangan kanakkanak

2504

2402

2103

1. 2. 1. 2. 1. 2. 1. 2. 1. 2. 1. 2. 1. 2. 1. 2. 1. 2. 1. 2. 1. 2. 1. 2. 1. 2.

Automotif Kenderaan Automotif Elektrik & Disel Prinsip Elektrik & Elektronik Aplikasi Elektrik & Elektronik Membuat Pakaian Pola Pakaian Penyediaan Masakan Barat & Timur Penyajian Makanan & Minuman Asas Kemahiran Pelancongan Pelancongan dan Rekreasi Teknologi Pejabat Perniagaan Aplikasi Komputer Dalam Perniagaan Perakaunan Perniagaan Aplikasi Komputer Dalam Perniagaan Penyejukan Penyamanan Pemesinan Berkomputer Amalan Bengkel Mesin Kimpalan Arka Kimpalan Gas Bahan Binaan Teknologi Binaan Persolekan Mendandan Rambut Pengajian Perkembangan Kanak-kanak Perkhidmatan Awal Kanak-kanak

1. 2. 3. 4. 4. 5. 6. 7. 8.

1. 2. 3. 4. 4. 5. 6. 7. 8.

Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris Matematik Sains Sejarah Pendidikan Islam/Moral Pendidikan Jasmani & Kesihatan Sivik

Syarat Pencapaian Minimum PMR 2009 Mendapat pencapaian minimum dalam semua mata pelajaran berikut: 1. Bahasa Melayu – B 2. Sains – C 3. Matematik - B 4. Bahasa Inggeris – B 5. Kemahiran Hidup– C Dan mendapat minimum gred C dalam mana-mana 1 (satu) mata pelajaran lain.

Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris Matematik Sains (untuk kursus 2,5,6,7,8) Sains Gunaan (3,4) Sejarah Pendidikan Islam/Moral Pendidikan Jasmani & Kesihatan Sivik

Mendapat pencapaian minimum dalam semua mata pelajaran: 1. Bahasa Melayu – C 2. Sains – C 3. Matematik – C 4. Kemahiran Hidup – C

Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris Matematik Sains (untuk kursus 13,14,15,16,17,18,19) Sains Gunaan (9,10,11,12) Sejarah Pendidikan Islam/Moral Pendidikan Jasmani & Kesihatan Sivik

Mendapat pencapaian minimum dalam semua mata pelajaran berikut: 1. Bahasa Melayu – C 2. Sains – D 3. Matematik – D 4. Kemahiran Hidup – C

Dan mendapat minimum gred D dalam mana-mana 1 (satu) mata pelajaran lain.

Dan mendapat minimum gred D dalam mana-mana 1 (satu) mata pelajaran lain.

Kursus 15. Bakeri

Kod Kursus 2505

Mata Pelajaran Elektif

16. Hortikultur Hiasan & Lanskap

2601

1. 2. 1. 2. 3.

17. Kejenteraan Ladang

2602

1. 2. 3.

18. Pengurusan Ladang

2603

1. 2. 3.

Mata Pelajaran Teras

Syarat Pencapaian Minimum PMR 2009

Roti & Masakan Yis Patisseries Hortikultur Hiasan & Lanskap Pengeluaran Tanaman Pengeluaran Ternakan Kejenteraan Ladang Pengeluaran Tanaman Pengeluaran Ternakan Pengurusan Ladang Pengeluaran Tanaman Pengeluaran Ternakan

3.3. Aliran Kemahiran Senarai Kursus dan Kod Kursus dan Syarat Pencapaian PMR 2009 Bidang

Mekanikal

Awam

Elektrik

ERT

Pertanian 4.

Kursus 1. 2. 3. 4. 5.

Pemesin Am Jurukimpal Arka Logam Berperisai Pelukis Pelan Mekanikal Mekanik Kenderaan Motor Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara Domestik 6. Pembuat Perabot 7. Jurubina Bangunan 8. Jurubina Bangunan Berasaskan Kayu 9. Jurukerja Paip 10. Pelukis Pelan Senibina 11. Juruteknik Elektrik Rendah 12. Juruteknik Rendah Elektronik Industri - Peralatan 13. Mekanik Teknologi Elektronik Radio dan Video 14. Pembantu Penyedia Makanan 15. Pembuat Pakaian Wanita 16. Pendandan Rambut Muda 17. Jurukecantikan 18. Juruteknik Rendah Akuakultur 19. Pekerja Ladang Pertanian

Kod Kursus 3101 3102 3103 3104 3105 3201 3202 3203 3204 3205 3301 3302 3303 3501 3502 3503 3504 3601 3602

Syarat Pencapaian Minimum PMR 2009

1. Telah Menduduki PMR Tahun 2009 2. Pelajar berpencapaian rendah

PEPERIKSAAN 4.1 Pada akhir Tingkatan 5, pelajar Aliran Teknikal dan Vokasional akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 5. KEMUDAHAN ASRAMA 5.1 Kemudahan asrama disediakan di semua SMT (kecuali SMT Kuching), walau bagaimanapun tempat adalah terhad.

6.

CARA MEMOHON 6.1 Permohonan hendaklah dibuat secara online. Sila layari laman web : www.moe.gov.my 6.2 Pemohon adalah digalakkkan membuat permohonan awal selepas menduduki PMR 2009 dengan memilih aliran dan kursus yang diminati

7. MENGUBAH JENIS JURUSAN/KURSUS DAN SEKOLAH PILIHAN 7.1 Selepas keputusan PMR 2009 diumumkan secara rasmi, pemohon boleh membuat perubahan permohonan awal berdasarkan keputusan PMR yang sebenar dengan melayari laman web di atas. 8. KEPUTUSAN PERMOHONAN 8.1 Keputusan permohonan akan diumumkan secara online 9. RAYUAN KEMASUKAN 9.1 Sekiranya permohonan tidak berjaya, pemohon boleh membuat rayuan terus ke Sekolah Menengah Teknik yang berkenaan.

SEBARANG PERTANYAAN, SILA KEMUKAKAN KEPADA SMT/V YANG BERHAMPIRAN

Related Documents

Maklumat
June 2020 33
Maklumat Teori
May 2020 16
Teknologi Maklumat
May 2020 27
Maklumat Penting
November 2019 35
Teknologi Maklumat
May 2020 15