Makluman Sem Ke2 Baru

  • Uploaded by: MoHaMad HaFyzuL
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Makluman Sem Ke2 Baru as PDF for free.

More details

  • Words: 515
  • Pages: 2
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA MAKLUMAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE PROGRAM IJAZAH PERTAMA SEMESTER KEDUA SESI 2009/2010 Universiti Utara Malaysia (UUM) mengucapkan terima kasih kepada saudara/i yang berminat memasuki UUM untuk mengikuti Program Ijazah Pertama pengambilan Semester Kedua Sesi 2009/2010. Sebelum mengemukakan permohonan anda, sila baca panduan berikut:1.

Unit Kemasukan dan Rekod, Jabatan Hal Ehwal Akademik, Universiti Utara Malaysia telah mengeluarkan iklan permohonan kemasukan ke program Ijazah Pertama Semester Kedua Sesi 2009/2010 di laman web http://www.uum.edu.my/hea . Tarikh pelawaan iklan tersebut adalah pada 06 September 2009 (Ahad). Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang yang boleh di muat turun atau dicetak melalui laman web http://www.uum.edu.my/hea

2.

Permohonan ini hanya dibuka kepada Warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan Diploma yang diiktiraf oleh Senat UUM dan memenuhi Syarat Am Universiti serta Syarat Khas Program untuk kemasukan ke Program Ijazah Pertama di Universiti Utara Malaysia. Maklumat mengenai Syarat Am Universiti dan Syarat Khas Program boleh dirujuk di laman web http://www.uum.edu.my/hea

3.

Permohonan dari pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Diploma yang belum menamatkan pengajian tidak layak memohon kecuali bagi pelajar yang telah tamat pengajian tetapi belum menghadiri Majlis Konvokesyen boleh memohon dengan syarat mengemukakan surat pengesahan tamat pengajian daripada pihak Institusi Pengajian.

4.

Permohonan bagi pengambilan tersebut hendaklah disertakan bersama bayaran wang proses sebanyak RM50.00 yang dibayar dimana-mana cawangan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dengan menggunakan SLIP BILL PAYMENT (PAYEE CODE: 340) ke atas nama “BENDAHARI UNIVERSITI UTARA MALAYSIA”. Sila catatkan “PENGAMBILAN SEMESTER KEDUA SESI 2009/2010” di atas slip tersebut.

5.

Permohonan hendaklah dikemukakan bersama perkara-perkara berikut: a. Satu (1) salinan Slip Bill Payment wang proses sebanyak RM50.00 dari Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) “Payee Code: 340” atas nama Bendahari Universiti Utara Malaysia yang ditulis “Pengambilan Semester Kedua Sesi 2009/2010 di atas slip berkenaan. b. Sekeping gambar berukuran pasport yang dilekatkan pada borang permohonan. c. Satu (1) salinan kad pengenalan yang telah disahkan. d. Satu (1) salinan transkrip Diploma (yang menunjukkan keputusan peperiksaan semua semester) atau salinan keputusan peperiksaan dari semester pertama hingga semester akhir yang telah disahkan. e. Surat pengesahan tamat pengajian (sekiranya belum mendapat transkrip Diploma) f. Satu (1) salinan keputusan SPM yang telah disahkan. f. Satu (1) salinan keputusan MUET yang disahkan. g. Satu (1) salinan sijil-sijil akademik yang berkaitan (jika ada) yang disahkan. h. Surat asal kelulusan/perakuan/pengesahan/pelepasan daripada majikan bagi mereka yang mempunyai pengalaman kerja.

6.

Permohonan yang tidak lengkap diisi dan tidak disertakan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan di atas tidak akan diproses dan dipertimbangkan.

7.

Program yang ditawarkan kepada pemohon adalah muktamad dan sebarang rayuan untuk pertukaran program tidak akan dipertimbangkan.

8.

Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut: Unit Kemasukan, Rekod dan Promosi Jabatan Hal Ehwal Akademik Universiti Utara Malaysia 06010 Sintok Kedah

9.

Sila tulis „Pengambilan Semester Kedua Sesi 2009/2010‟ di sudut kiri sebelah atas sampul surat.

10.

Tarikh tutup permohonan dan penghantaran borang ialah pada 31 Oktober 2009.

11.

Permohonan ini tidak dibuka kepada guru-guru yang sedang berkhidmat di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

12.

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan sila hubungi Unit Kemasukan dan Rekod, Jabatan Hal Ehwal Akademik, Universiti Utara Malaysia di talian 04-9283108/3174/3168.

Sekian, terima kasih.

Related Documents

Makluman Sem Ke2 Baru
May 2020 25
An Dan Makluman 09032009
December 2019 29
Laporan Kasus Ke2 Rizka.docx
November 2019 41
Baru
June 2020 44
Baru
May 2020 47
Baru
May 2020 48

More Documents from ""