Makbul Segala Hajat Dan Cita

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Makbul Segala Hajat Dan Cita as PDF for free.

More details

  • Words: 566
  • Pages: 3
• • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • •

Makbul segala hajat dan cita-cita. Luas rezkinya. Jika ditiup kpd perempuan nescaya kasih ia kepada kita. Menang dalam peperangan. Penerang hati. Diajuhkan dari segala penyakit. Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya. Dibaca ditempat yahng suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan. Dibaca dimalam jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur. Aman daripada binatang2 buas. Air laut menjadi tawar. Terlepas daripada

terkena bunuh juka dibaca kepada tubuh badan.

Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung. Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru. Terselamat dari karam dilaut. Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya. Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selam 7 hari nescaya mendengar. Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaallah lari iblisnya. Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan. Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya. Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh. Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.

Cara untuk merawat pesakit yang menderita kerana perkara diatas; latakkan tangan ditempat yang sakit, tahan nafas dan baca al-Fathihah dan juga ayat Bismillah Enam ini. Tiup tempat tersebut dan urut sedikit. Baca juga ayat ini pada air untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk di minum. Angin akan keluar darpi pesakit dan diikuti oleh muntah, insyaallah.

Doa ini juga boleh digunakan kepada binatang yang termakan rumput yang diracun atau yang dipatuk ular. Kaedah rawatannya adalah dengan memberi makan rumput dan meminum air yang telah dibacakan dengan doa diatas.

AMAL LAH BISMILLAH ENAM INI KERANA IANYA MENJADIKAN SEGALA JENIS RACUN AKAN TAWAR DAN TIDAK MEMBERI MUDHARAT KEPADA PENGAMAL KALAU TERMINUM. GELAS YANG MENGANDUNGI RACUN AKAN PECAH KALAU DIPEGANG OLEH PENGAMAL BISMILLAH ENAM. INSYAALLAH.

Untuk memagar rumah, mulakan dari bahagian kanan rumah. Mula-mula pacakkan teras kayu asam jawa disatu penjuru rumah (sebelah kanan) dan ketuk dengan pemukul besi hingga tenggelam paras bumi. Pijak tunggu tadi sambil mengadap ke penjuru lain yang di tuju dan baca:

• • • •

Ini tembok Nabi Sulaiman Dalamnya laut luarnya kota Kalau kamu pecah kota ini Kamu akan berenang dalam laut.

Tiup menghala penjuru yang hendak dituju. Baca bimillah, al-Fathihah dan surah Yasin dari awal hingga ayat ke 9.

Kemudian berjalan menuju ke arah penjuru lagi satu dengan membaca ayat ini berulang-ulang. Sambil membaca, Air Yasin di renjiskan disepanjang jalan ke penjuru yang dituju. Apabila tiba dipenjuru yang dituju, paku satu lagi tersa kayu asam jawa seperti yang dilakukan sebelum ini. Kemudian berdiri diatasnya sambil memandang penjuru yang berikutnya. Buat seperti tadi ke penjuru ketiga, kemudian seterusnya kembali ke penjuru yang mula-mula tadi.

Setelah menanam kesemua empat teras batang kayu asam jawa yang disediakan, pijaklah teras kayu asam jawa yang pertama tadi kemudian buat lingkungan di bahagian atas seluruh kawasan yang dipagar tadi, dengan isyarat tangan. Untuk tujuan ini, Air Yasin atau garam boleh digunakan untuk melinkungi bahagian atas rumah tadi.

Sekiranya terdapat penceroboh yang berniat buruk memasukki kawasan yang telah dipagar ini, nescaya ia akan rasakan bagai berada di tengah-tengah lautan yang luas, terkapai-kapai berenang untuk menyelamatkan dari lemas.

Begitu lah kebesaran Allah. ALLAHUAKHBAR.

Related Documents

Cita-cita
December 2019 44
Cita Dan Cinta.docx
October 2019 13
Cita
April 2020 20
Cita
July 2020 18
Solat Hajat
June 2020 24