(Disediakan oleh ZARINA BT MOHAMED ZAIN, AJK Laman Web Pendidikan Khas Larut Matang dan Selama) TARIKH TEMPAT AKTIVITI
: 6 OGOS 2009 : SK BATU KURAU : MAJIS TILAWAH AL-QURAN PENDIDIKAN KHAS MATANG DAN SELAMA 2009
KELOMPOK A, LARUT
Pertandingan Tilawah Pendidikan Khas Larut Matang dan Selama pada tahun 2009 ini jelasnya telah dipecahkan kepada beberapa kelompok kecil kawasan terlebih dahulu. Ini bagi memudahkan pemilihan para peserta yang berkualiti sahaja untuk dibawa bertanding pada peringkat daerah yang dijangka pada awal bulan Oktober nanti. SMK Dato Kamaruddin telah di masukkan ke dalam kelompok A di mana hanya terdapat satu sahaja sekolah menengah di samping enam sekolah rendah Program Pendidikan Khas Integrasi. Walaupun cuma sebuah sekolah menengah yang sudah tentunya akan mewakili kelompok A terus ke peringkat daerah namun demikian SMK Dato Kamaruddin tetap menghantar peserta untuk persediaan dan penilaian para pengadil untuk memastikan kekurangan atau kesilapan yang perlu diperbaiki sebelum pertandingan daerah nanti. SMK Dato Kamaruddin menghantar untuk semua penyertaan sebagai persediaan. Pertandingan nasyid berlangsung selepas semua aktiviti individu berakhir. SMK Dato Kamaruddin juga meletakkan pertaruhan yang besar untuk kumpulan nasyid yang diberi nama Al Kurauiah. Majlis penyampaian hadiah untuk peserta yang menang dilakukan pada pukul 12.00 tengahari. Upacara perasmian penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ustaz Zulkifli bin Mastor, Penolong PPD Pendidikan Islam, PPD Larut matang dan Selama. Majlis tamat pada pukul 1.30 tengahari dan pelajar pulang ke sekolah masing-masing bersama guru pengiring. Kesemua peserta SEDAKA yang menyertai pertandingan Tilawah peringkat kelompok A ini jelasnya telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. Ini mungkin kerana persediaan pelajar yang bermula sejak awal tahun lagi menjadikan pelajar sudah cukup bersedia untuk bertanding. Dilihat dari persembahan para pelajar, ada di antara ,mereka yang bersungguh-sungguh dan ada segelintir yang masih melakukan kesilapan kecil. Secara keseluruhannya, pencapaian para pelajar SEDAKA amat memberangsangkan dan ini adalah langkah pertama sebelum mereka menempuh rintangan sebenar.