Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tilawah Kefahaman --------------------------------------------------------------------------
1.
1
SURAH AL-ANAM AYAT 6 - Manusia perlu bersyuiur
1.1
Terangkan terjemahan ayat - Tidakkah mereka memerhati dan memikirkan berapa banyak umat-umat yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (umat-umat itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi (dengan kekuasaan dan kemewahan) yang tidak Kami berikan kepada kamu, dan Kami turunkan hujan atas mereka dengan lebatnya, dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka, kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa mereka mereka, dan Kami ciptakan sesudah mereka, umat yang lain?
1.2
Gambaran ayat - Kaum musyrikin Mekah menolak kebenaran Islam - Allah memberi peringatan kepada mereka supaya mengambil iktibar daripada kaum terdahulu yang dikurniakan pelbagai nikmat kemewahan hidup tetapi tidak bersyukur - Mereka akhirnya dibinasakan dan digantikan dengan kaum yang lain . - Segala harta dan kekuasaan tidak dapat meyelamatkan mereka Jelaskan bentuk balasan umat terdahulu yang dibinasakan Allah swt - Kaum Ad zaman Nabi Hud telah diberi nikmat tanah yang subur dan kemewahan hasil tanaman tetapi mereka kufur , menolak ajaran Nabi Hud mereka dimusnahkan dengan dikenakan puting beliung - Kaum Tamud zaman Nabi Salleh telah dianugerahkan dengan kekayaan dan kemewahan hidup tetapi mereka angkuh dan menuduh nabi Soleh as pendusta.; Mereka dibinasakan dengan halintar yang kuat dan gempa bumi yang dahsyat - Kaum Lut yang mewah dengan kurniaan Allah telah terlibat dengan Homosex – mereka dibinasakan dengan cara Allah menterbalikkan negeri mereka.
1.3
1.4
Terangkan bentuk nikmat Allah yang dikurniakan oleh Allah swt - Nikmat beragama Islam yang suci - Nikmat iman iaitu beriman kepada Allah yang Esa dan Maha berkuasa - Nikmat sihat tubuh badan di mana dapat menjalani hidup dengan sejahtera - Nikmat kesempurnaan fizikal - Nikmat kemakmuran - Nikmat keamanan
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tilawah Kefahaman --------------------------------------------------------------------------
1.5
1.6
2
- Nikmat Kemerdekaan - Nikmat akal fikiran - Nikmat ilmu pengetahuan iaitu dapat menuntut ilmu untuk kesejahteraan hidup mengikut jalan yang diredai Allah swt - Nikmat pancaindera iaitu dapat menggunakannya untuk berusaha mencapai kemajuan hidup - Nikmat kejadian alam cekerawala untuk manusia manfaatkan bagi menjalani hidup - Nikmat harta benda supaya manusia bersyukur dengan cara mengeluarkan zakat dan bersedekah. Jelaskan sebab-sebab Allah membinasakan umat terdahulu - Kerana mereka mengingkari perintah Allah dan Rasul dengan melakukan dosa-dosa dan maksiat. - Kerana mereka tidak mahu beriman kepada Allah dan RasulNya - Kerana mereka tidak mahu mensyukuri nikmat kurniaan Allah swt kepada mereka. - Mereka sombong dan mengakui diri mereka sebagai tuhan. - Kerana mereka menyalahgunakan nikmat dan kurniaan Allah dengan melakukan perkara keji. - Kerana mereka melakukan kezaliman dan penindasan ke atas manusia. Terangkan langkah-langkah untuk menjamin nikmat Allah berterusan dalam kehidupan seseorang Cara bersyukur iaitu; Dengan hati - Sentiasa mengingati Allah swt yang memberi nikmat Dengan lidah / lisan - Mengucapkan al-hamdulillah ketika mendapat nikmat Dengan perbuatan - Menggunakan nikmat untuk kebaikan.
1.7
Perkara yang patut dilakukan setiap hari sebagai tanda kita bersyukur kepada Allah. - Menggunakan nikmat pemberian Allah swt dengan cara yang baik dan diredai olehNya - Melakukan amal ibadat seperti melakukan solat - Sentiasa berzikir bertujuan untuk menghampirkankan diri kepada Allah. - Sentiasa membuat amal kebajikan seperti bersedekah, bantu membantu sesama manusia. - Berakhlak mulia dan tidak melakukan kejahatan dan maksiat - Tidak melakukan kerosakan terhadap segala kurniaan Allah swt dan tidak membazir - Sentiasa mengadakan hubungan Ihsan sesama manusia dan dengan
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tilawah Kefahaman --------------------------------------------------------------------------
3
makhluk lain. 1.8
Peranan manusia sebagai khalifah di muka bumi - Melaksanakan perintah Allah swt dengan cara melakukan amal ibadat seperti melakukan solat dan puasa - Memelihara dan memuliharakan nikmat kurniaan Allah dengan baik dan bertanggungjawab. - Memelihara dan memakmurkan alam dengan berlandaskan syariat Allah dan menjaganya supaya tidak berlaku pergaduhan dan pencemaran alam - Melaksanakan syariat Allah di muka bumi untuk kesejahteraan manusia. - Sentiasa berlaku ihsan sesama manusia. - Mempergunakan hasil bumi kurniaan Allah kepada jalan yang diredhai Allah dan untuk kepentingan bersama.
1.9
Jelaskan sebab-sebab manusia wajib bersyukur dengan nikmat Allah. - Supaya nikmat yang dikurnia Allah dapat berkekalan di dunia dan di akhirat. - Sebagai tanda menghambakan diri kepada Allah swt. - Supaya tidak dibinasa oleh Allah seperti mana umat terdahulu. - Sebagai tanda kita beriman dan bertakwa kepada Allah. - Supaya kita tidak bersifat sombong dan takbur
1.10 Terangkan nikmat-nikmat kemakmuran yang dikurniakan kepada manusia - Bumi yang subur - Menurunkan hujan untuk menyuburkan bumi. - Binatang ternakan yang mendatangkan faedah kepada manusia - Bahan galian yang berharga seperti emas - Tumbuhan yang pelbagai jenis dan bermutu tinggi Sungai bagi menyuburkan kawasan yang tandus dan gersang. 1.12
Bentuk kemungkaran (kerosakan) yang sering dilakukan oleh manusia di muka bumi kini - Kufur kepada Allah dengan cara mengakui dirinya sebagai tuhan - Mengingkari RasulNya iaitu tidak menerima apa yang disampaikan oleh baginda - Melakukan kezaliman dan penindasan ke atas manusia atau makhluk lain seperti penderaan ke atas kanak-kanak dan penganiayaan ke atas isteri dan lain-lain lagi - Melakukan kejahatan dan maksiat seperti melakukan zina, homoseks dan main judi. - Terpesona dengan harta kekayaan sehingga lupa kepada Allah
1.13 Terangkan bentuk-bentuk malapetaka yang sering berlaku di dunia akibat
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tilawah Kefahaman --------------------------------------------------------------------------
4
manusia tidak bersyukur kepada Allah. - Diturunkan gempa bumi dahsyat - Tanah runtuh - Banjir besar - Runtuhan bangunan - Hakisan tanah - Kebakaran - Diturunkan angin puting beliung memusnahkan kampung dan harta benda - Diturunkan halilintar yang kuat 1.14 Jelaskan sebab-sebab pelbagai malapetaka sering berlaku di muka bumi - Kerana manusia tidak bersyukur di atas nikmat yang diberi oleh Allah dapat kekayaan tidak mengeluarkan zakat - Kerana manusia menyalahgunakan nikmat Allah pada jalan yang dibenci Allah seperti berjudi - Kerana mereka kurang iman kepada Allah dan tidak membuat amal ibadat. - Kerana mereka melakukan perkara maksiat - Kerana mereka kurang membuat amal kebajikan - Kerana mereka tidak sedar bahawa amalan mereka sentiasa dicatat oleh para Malaikat bagi menentukan syurga atau neraka. 1.15
Nyatakan bukti-bukti menunjukkan bahawa masih ada lagi manusia yang mengabaikan tanggungjawab sebagai khalifah Allah - Mereka masih tidak patuh perintah Allah seperti minum arak dan main judi - Mereka masih melakukan pebagai kemusnahan dan mencemarkan alam dengan sesuka hati seperti jenayah, asap-asap kilang - Mereka memakmurkan alam ini dengan tidak berlandaskan syariat Allah seperti rasuah - Mereka melakukan perkara yang men
1.11
Terangkan pengajaran ayat di atas - Allah membinasakan kaum-kaum terdahulu disebabkan mereka kufur dan mendustakan agama Allah - Pengkat, kedudukan dan kekayaan kita tidak dapat menghalang Allah daripada menurunkan azab - Kebinasaan dan kemusnahan yang berlaku keopada mansia adalah akibat perbuatan mereka sendiri yang tidak mensyukuri nikmat Allah - Kita hendaklah mengurus dan mentadbir alam ini dengan sebaik-baik nya berpandukan syariat Allah - Kita hendaklah mempelajari sejarah kaum Ad dan Lut serta mengambil ikhtibar daripadanya
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tilawah Kefahaman --------------------------------------------------------------------------
2
5
SURAH AL-ANAM AYAT 50 - Rasul Penyampai wahyu
2.1 Terjemahkan ayat di atas ke dalam Bahasa Melayu - Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku tidak mengatakan kepada kamu (bahawa) perbendaharaan Allah ada di sisiku, dan aku pula tidak mengetahui perkara-perkara yang ghaib; aku juga tidak mengatakan kepada kamu bahawasanya aku ini malaikat, aku tidak menurut melainkan apa yang diwahyukan kepadaku". Bertanyalah (kepada mereka): "Adakah sama orang yang buta dengan orang yang celik? Tidakkah kamu mahu berfikir?" 2.2
Terangkan kandungan perbendaharaan Allah yang dicapai oleh pancaindera manusia Wahyu Allah - Melalui wahyu manusia sedar hakikat kebenaran Allah swt - Manusia mengetahui cara beribadat yang betul - Manusia mempelajari nilai-nilai akhlak yang mulia - Manusia tahu perkara-perkara samiyat - Manusia hidup sempurna mengikut hukum yang ditentu oleh Allah
2.3 Jelaskan maksud khazanah Allah Ilmu pengetahuan yang wajib di tuntut oleh manusia untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat 2.4 Mengapakah Islam menggalakkan umatnya menuntut ilmu Untuk meningkatkan iman dan takwa kepada Allah Supaya umat dan agama Islam dipandang mulia oleh umat-umat lain Dapat memajukan umat Islam setanding dengan kemajuan yang dicapai oleh bangsa-bangsa lain di dunia Dapat meningkatkan syiar Islam ke seluruh dunia Akan mendapat keredaan Allah swt untuk mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat Untuk membangunkan negara dan masyarakat Islam 2.5
Terangkan maksud perkara ghaib - ialah perkara yang tidak dilihat oleh pancaindera dan tidak terjangkau melalui akal munusia termasuk para nabi dan rasul kecuali mendapat keizinan daripada Allah swt .
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tilawah Kefahaman --------------------------------------------------------------------------
2.6
6
Nyatakan perkara ghaib yang terkandung dalam ayat tersebut Bahagian perkara ghaib - Perkara yang hanya diketahui Allah sebagaimana yang diterangan alQuran dalam surah Lukman ayat 34 iaitu masa berlakunya hari kiamat, penentuan rezeki seseorang , bentuk kejadian manusia, aktiviti yang akan dilakukan pada masa akan datang dan ajal mau seseorang - Perkara yang telah berlaku seperti kisah-kisah nabi-nabi, kemusnahan umat yang menderhaka kepada Allah. - Sesuatu yang wujud tetapi tidak boleh dilihat oleh pancaindera seperti kewujudan malaikat, syaitan, jin, syurga dan neraka. - Sesuatu yang akan berlaku seperti kemunculan nabi Isa as, Dajal dan yakjuj dan makjuj - Perkara yang diketahui manusia melalui ilmu dan kajian seperti jenisjenis tumbuhan yang boleh dijadikan ubat dan jenis –jenis logam berharga di dalam bumi.
2.7 Terangkan tujuan-tujuan Allah swt merahsiakan perkara ghaib daripada pengetahuan manusia - Untuk membuktikan kekuasaan dan kebijaksanaan Allah swt. - Untuk mengetahui sejauhmana keimanan hambaNya terhadap perkaraperkara ghaib - Untuk memantapkan keimanan hambaNya terhadap kekuasaan dan kebesaran Allah swt 2.8 Apakah maksud wahyu - Pengajaran yang peroleh seseorang dengan keyakinan bahawa ia semata-mata daripada Allah swt melalui perantaraan atau sebaliknya 2.9 Terangkan tujuan-tujuan wahyu disampaikan kepada manusia - Untuk memimpin manusia ke jalan yang benar melalui risalah Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw - Untuk membimbing manusia bagi memperoleh kebahagiaan dan kesejahteraan hidup di dunia dan diakhirat - Untuk menyuruh manusia melaksanakan syariatNya dalam semua aspek kehidupan manusia - Untuk memberitahu khabar gembira tentang balasan syurga kepada mareka yang melakukan kebaikan dan khabar dukacita kepada mereka yang melakukan kejahatan. - Untuk memdidik manusia kepada akhlak yang mulia kerana manusia sering bertindak mengikut hawa nafsi - Sebagai panduan diri nya dan umat seluruh dalam melaksanakan ajaran Allah swt. 2.10 Jelaskan sebab-sebab manusia memerlukan pimpinan wahyu dan para
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tilawah Kefahaman --------------------------------------------------------------------------
7
rasul - Kerana wahya adalah perkara benar yang datang daripada Allah swt - Kerana akal manusia tidak dapat mengetahui perkara-perkara ghaib melainkan melalui wahyu Ilahi - Kerana manusia tidak mengetahui hakikat sebenar mengenai sesuatu perkara kecuali perkhabaran dari wahyu Ilahi - Kerana wahyu membimbing manusia pada jalan yang benar dan selamat di dunia dan di akhirat 2.11 Terangkan kesan daripada pimpinan wahyu kepada manusia Menyelamat manusia daripada kesesatan dan azab api neraka Manusia menyembah Allah swt dengan melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya Manusia memperoleh kesejahteraan dan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat Manusia mengamalkan akhlak yang mulia dalam semua aspek kehidupan Manusia dapat membezakan yang halal dengan yang haram 2.12 Kesan negatif jika manusia berfikir tidak mengikut wahyu Allah. - Manusia akan berada di dalam kesesatan kerana hilang petunjuk dari Allah. - Mereka akan memikir tentang kepentingan diri dan kepuasan nafsu mereka sahaja tanpa memikir akibat kepada orang lain. - Maksiat akan berleluasa dalam masyarakat - Hidup mereka tidak harmoni 2.13 Terangkan perbezaan antara wahyu dan akal - Kerana wahya adalah perkara benar yang datang daripada Allah swt - Kerana akal adalah dari manusia yang dipelajari. - Dengan wahyu manusia dapat mengetahui perkara-perkara ghaib tetapi akal tidak dapat memikir perkara ghaib - Wahyu boleh membimbing manusia pada jalan yang benar dan selamat di dunia dan di akhirat sedangkan akal akan terpengaruh oleh hawa nafsu 2.14 Siapakah dia rasul - Rasul ialah orang lelaki yang diberi wahyu oleh Allah kepadanya dan wajib sampai kepada orang lain 2.15 Terangkan tujuan-tujuan Allah mengutuskan Rasul - Mengajar manusia ikhtikad yang sebenar - Mengajar manusia cara beribadat yang betul - Menjadi contoh akhlak yang baik - Menerangkan perkaran samiyat /ghaib
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tilawah Kefahaman --------------------------------------------------------------------------
8
- Menerangkan cara hidup yang sempurna - Menjelaskan adanya alam akhirat 2.16 Jelaskan hikmat perutusan rasul - Manusia dapat beriman kepada Allah dan beribadat kepadaNya - Manusia menemui jalan kebenaran - Manusia memiliki akhlak yang mulia dan terhindar daripada maksiat - Kehidupan manusia mempunyai peraturan - Manusia mencapai ketamadunan - Semua aktiviti dilakukan mengikut syariat Islam 2.17 Tugas manusia - Hendaklah mengikut ajaran yang dibawa oleh rasulullah saw untuk mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan diakhirat - Kita dilarang mengunjungi tukang tilik nasib untuk mengetahui kehidupan yang akan datang - Kita hendaklah berusaha dan berikhtiar meneroka khazanah dilautan, di dalaran dan di angkasa bagi kepentingan hidup - Kita hendaklah berusaha menyelidik alam ini bagi mendapat manfaatnya. 2.18 Jelaskan perbezaan antara orang yang celik dengan orang yang sesat - Orang buta sentiasa mengingkari perintah Allah manakala orang celik menerima perintah Allah - Orang buta tidak mahu mensyukuri perintah Allah menakala orang celik sentiaa mensyukuri nikmat Allah. - Orang buta tidak mahu mengakui kekuasaan Allah manakala orang celik sentiasa mengakui kekuasaan Allah. 2.19 Pengajaran ayat - Para rasul merupakaan penyampai wahyu Allah kepada manusia - Allah tidak memerlukan pembantu untuk menolong membahagikan khazanahnya - Kita wajib mentaati rasul kerana mereka utusan Allah - Nabi dan rasul yang dilantik Allah swt ialah manusia pilihan. - Allah membuat perumpamaan “ tidak sama orang yang celik dengan orang yang buta “ dari segi keupayaan dalam membuat perbandingan antara perkara yang baik dengan perkara yang buruk - Kita hendaklah berfikir berdasarkan wahyu supaya hidup selamat di dunia dan di akhirat
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tilawah Kefahaman --------------------------------------------------------------------------
3
9
LARANGAN MEMPERSENDA AGAMA Surah al-An’am ayat 70
3
3.1
3.2
3.3
Terjemahan ayat: - Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan ugama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang ia telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan keji). Tidak ada baginya pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah. Dan jika ia hendak menebus (dirinya) dengan segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang telah mereka usahakan. Bagi mereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab seksa yang tidak terperit sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya). Terangkan golongan-golongan dan ciri yang suka mempersendakan ajaran Islam sejak zaman rasulullah ialah - Golongan musyrikin - Golongan munafik - Golongan murtad - Golongan ‘Asi - Golongan Kafir Terangkan tingkahlaku-tingkahlaku dan perkataan yang mempersendakan agama Islam - Memperkecilkan tuntutan agama - Bangga apabila melanggar larangan Allah - Menghina orang yang bertakwa - Menyanjung perbuatan maksiat - Melanggar hukum syariat seperti tidak solat, makan di bulan Ramadan di
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tilawah Kefahaman --------------------------------------------------------------------------
10
khalayak ramai dan tidak membayar zakat yang difardhukan - Mengunjung tempat maksiat dan melakukan berbagai maksiat 3.4
Jelaskan apakah akibat jika mempersendakan agama - Rosak akidah - Segala kebaikan yang dilakukan akan menjadi sia-sia - Susah mendapat hidayat dan rahmat Allah swt - Dimurkai Allah dan mendapat azab di akhirat - Dibenci dan tidak dihormati oleh masyarakat - Jiwa dan perasaan sentiasa dalam kegelisahan
3.5
Terangkan cara-cara mengatasi perbuatan mempersendakan agama Islam - Beri didikan ajaran Islam dalam diri masyarakat dan negera - Menjaga kesucian agama dengan melaksanakan perintah dan menjauhi segala larangnya - Hendaklah sentiasa melakukan amal soleh - Berakhlak mulia sesama insan dan makhluk lain - Sentiasa berwaspada daripada golongan yang cuba mempermain agama Islam. - Setiap perlakuan yang mempermainkan dan mempersenda ajaran agama Islam handaklah ditentang dengan sedaya upaya.
3.6
Bagaimana cara-cara untuk menjauhi diri daripada perubatan mempersendakan agama Islam - Hendaklah taat dan patuh pada perintah Allah swt dengan sungguh - Meninggalkan segala larangan Allah - Sentiasa mengingati balasan syurga dan neraka - Tidak terpengaruh dengan pangkat dan kekayaan - Menggunakan nikmat dan kurniaan Allah pada jalan kebaikan - Berhati-hati dan berwaspada dengan rakan-rakan yang suka mempersendakan agama
3.7
Cara-cara hendak memperkukuhkan umat Islam supaya mempunyai ciri-ciri kekuatan yang boleh menggerunkan orang lain - Mempertingkatkan penguasaan sains dan teknologi - Perkukuhkan keupayaan dalam ekonomi - Memperkuatkan pertahanan negara - Memperlengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran hidup - Menjana kemantapan sahsiah umat Islam dari segi fizikal dan spritual.
3.8
Cara memelihara agama - Melafazkan dua kalimah syahadat - Mengamalkan ajaran Islam - Menjauhikan diri daripada melakukan larangan Allah - Pamerkan ketinggian peribadi diri
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tilawah Kefahaman --------------------------------------------------------------------------
11
Berusaha bersungguh sungguh untuk tingkatkan taraf hidup supaya dipandang mulia - Tidak mengharap belas daripada orang lain - Tingkatkan kepakaran dalam bidang sains dan teknologi kerana ia boleh memertabatkan umat Islam -
3.9
Terangkan akibat tidak memelihara agama - Umat Islam akan mundur - Agama Islam akan diperkecilkan - Umat Islam akan tersisih dan tidak dihormati - Kesucian Islam akan tercemar - Kemungkaran dan kemaksiatan akan semakin berleluasa - Wujud ajaran sesat yang memesongkan akidah
3.10
Bagaimana hendak menjadi umat yang kuat dan disegani dunia - Bersungguh-sungguh menghidupkan ajaran Islam dalam diri, masyarakat, dan negara. - Menjaga kesucian agama dengan melaksanakan perintah allah san menjauhi larangannya. - Sentiasa melakukan amal soleh - Sentiasa berakhlak mulia sesama manusia dan makhluk lain - Sentiasa berwaspada daripada golongan yang cuba mempersendakan agama lslam - Hendaklah menentang sebarang perlakuaan yang mempersendakan ajaran Islam.
3.11
Peranan harta kekayaan dan pangkat - Ia adalah sebagai alat untuk menikmati kebahagiaan di dunia dan kesejahteraan di akhirat - Ia adalah ujian Allah kepada pemiliknya - Islam galak mencari harta mengikut prinsip prinsip syarak
3.12
Contoh sahabat Rasulullah saw dan harta kekayaannya - Saidina Abu Bakar as-Siddiq dan Abd Rahman bin Auf dipuji membelanjakan hartanya untuk kepentingan Islam - Abu Lahab dan Umaiyah bin Khalaf mendapat siksa kerana mereka menyakini hartanya dapat menebus segala dosa-dosa mereka.
3.13
- Pengajaran ayat -
Kita wajib menjaga kesucian agama Islam Agama Islam bukan untuk kepentingan peribadi atau golongan tertentu Orang yang mempersendakan agama akan menerima siksa uang pedih Kita wajib menjauhi perbuatan atau amalan yang enjatuhkan maruah diri
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tilawah Kefahaman --------------------------------------------------------------------------
12
dan agama Islam - Kekuasaaan dan kekayaan yang tidak mengikut syariat Islam tidak boleh melindungi dii daripada azab Allah
4.
Surah Al-Anam ayat 125 HIDAYAH MILIK ALLAH SWT
4.1
Terjemahkan:ayat di atas ke dalam bahasa Melayu Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolaholah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.
4
Hidayah: ialah petunjuk yang dikurniakan Allah swt kepada sesiapa yang dikehendakiNya untuk menuju kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
4.3
Maksud sesat Ialah terkeluar daripada kebenaran Allah / ajaran Allah
4.4
Maksud lapang Ialah senang dan tenteram dalam hidup
4.5
Maksud azab Ialah balasan kesengsaraan daripada Allah
4.6
Maksud disempitkan dada Ialah hidup tidak senang, tidak harmoni
4.7
Golongan yang mendapat hidayah - Orang yang melakukan ibadat - Orang yang melakukan amal kebajikan
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tilawah Kefahaman --------------------------------------------------------------------------
13
- Orang yang mendampingi ulamak - Orang yang berakhlak mulia 4.8
Golongan yang tidak mendapat hidayah - orang yang melanggar perintah Allah - orang yang melakukan mksiat - orang kafir - orang murtad - golongan fasik
4.9
Ciri-ciri atau tanda tanda mendapat hidayah Allah - Sentiasa melakukan amal ibadat - Sentiasa melakukan amal kebajikan - Sentiasa berakhlak mulia - Telah berubah daripada sikap buruk kepada bersikap baik -
4.10
Nyatakan ciri-ciri atau tanda tanda golongan yang sesat di sisi Allah - Engkar perintah Allah - Melakukan maksiat - Melakukan kejahatan - Sentiasa berakhlak buruk - Telah berubah daripada sikap buruk kepada bersikap baik
4.11
Cara untuk memohon hidayah Allah - Sentiasa berdoa untuk memohon hidayat kepada Allah - Patuh dan taat pada perintah Allah serta menjauhi segala larangannya - Melakukan amal kebajikan - Hendaklah berjihad melawan nafsu . - Melakukan sesuatu pekerjaan dengan hati - Mengamalkan akhlak-akhlak yang mulia - Menjauhi akhlak-akhlak buruk - Melakukan amalan zikir - Memelihara anggota badan daripada melakukan perkara larangan Allah
4.12
Sebab manusia wajib memohon hidayah Kepentingan hidayah - Hidayah membawa ke jalan kebenaran - Hidayat Allah dapat mengubah sikap seseorang daripada selalu melakukan maksiat kepada sikap baik dan taat kepada perintah Allah. - Hidayah Allah dapat menghampirkan diri kepada Allah - Hidayat Allah, jiwa seseorang dalam keadaan tenang, - Pembentuk atau pengawal peribadi sesorang - Sentiasa menunaikan perintah Allah dan membuat amal kebajikan
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tilawah Kefahaman --------------------------------------------------------------------------
14
4.13
Kesan hidayah Allah kepada manusia Orang itu sentiasa berdoa kepada Allah - Orang itu akan berubah sikap daripada orang yang tidak baik kepada baik - Jiwa mereka sentiasa berada dalam keadaan tenang, Mereka sentiasa melakukan kerja-kerja yang baik dan mengajak orang lain supaya melakukan kebaikan - Sentiasa menunaikan perintah Allah dan membuat amal kebajikan
4.14
Bukti menunjukkan bahawa hidayat adalah anugerah Allah tidak ada kaitan dengan pertalian darah atau keturunan alah - Kerana ada orang yang mendapat hidayat, hidup bahagia dan taat kepada perintah Allah tetapi anaknya adalah seoarang yang setiasa melakukan kemungkaran dan maksiat dan sebaliknya - Dalam Al-Quran Allah telah menyatakan bahawa Allah mengurniakan hidayatNya kepada hambaNya yang beriman dan bertakwa. - Dalam Al-Quran Allah menggesa manusia supaya berdoa untuk mendapat hidayat . - Peristiwa Saidina Umar mendapat hidayat apabila adiknya membaca beberapa potongan ayat Al-Quran di mana sebelum ini beliau adalah penentang atau musuh Islam yang amat kuat sekali - Abu Jahal tetap dengan kedegilannya menentang dakwah Islamiah dari Nabi Mohammad saw
4.15
Perbuatan yang menghalang seseorang daripada mendapat hidayat Allah - Melakukan amalan mungkar atau maksiat - Berakhlak buruk - Menjauhkan diri dari mengingati Allah - Tidak melakukan ihsan sesama manusia
4.
Surah Al-Anam ayat 161 - 165 AKIDAH TERAS KEHIDUPAN
4.1
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku telah diberikan petunjuk hidayah oleh Tuhanku ke jalan yang betul lurus, (kepada) ugama yang tetap teguh, iaitu ugama Nabi Ibrahim yang ikhlas, dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik".
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tilawah Kefahaman --------------------------------------------------------------------------
15
Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. ".
Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)
Katakanlah: "(Sesudah aku mentauhidkan Allah dan berserah diri kepadaNya) patutkah aku mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia lah Tuhan bagi tiap-tiap sesuatu? Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kamu kembali, lalu Ia menerangkan kepada kamu akan apa yang kamu berselisihan padanya.
Dan Dia lah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Ia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan sesungguhnya Ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. 4.2
Matlamat hidup manusia - Menghambakan diri kepada Allah - Untuk mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat - Untuk mendapat keredaan dari Allah. - Prinsip hidup berteraskan akidah tauhid حـل مـن الله وخبـل من الـنــاس
4.3
Tugas dan tanggungjawab manusia dari segi ibadat, khalafah dan ammarah. Segi ibadat - Menghambakan diri kepada Allah dengan cara melakukan ibadat iaitu melakukan ibadat khusus seperti solat, puasa dan melakukan ibadat umum seperti mempelajari ilmu dan kemahiran
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tilawah Kefahaman --------------------------------------------------------------------------
4.4
16
Segi khilafah - Membina kekuasaan di muka bumi untuk menjalankan perintah Allah dan sistem hidup yang berteraskan peengabdian kepada Allah Segi imarah - Membina prasarana dalam pelbagai bidang pembangunan untuk membentuk negara maju dan hidup dalam kemakmuran dan selamat Sebab manusia dipertanggungjawabkan di atas semua perbuatannya - Allah telah mempertanggungjawabkan kepada setiap manusia supaya beriman dan beribadat - Kerana mereka telah di berikan akal untuk membezakan yang baik dan yang buruk - Kerana mereka telah diberi Al-Quran untuk membimbing ke arah kebenaran - Kerana manusia diutuskan para Rasul yang boleh membimbing ke arah kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat - Kerana manusia diberi tenaga dan usaha untuk memajukan diri mereka
4.5
Cara Allah menguji keimanan manusia - Memberi harta - Keturuanan - Kejelitaan rupa paras
4.6
Ukuran kemuliaan seseorang di sisi Alla h - Iman dan takwa - Kemuliaan akhlak - Ilmu pengetahuan - kemahiran
4.7
Hikmat Allah memberi kesusahan dan penderitaan kepada manusia - Untuk menguji sejauhmana kekuatan iman seseorang - Supaya manusia sabar - Supaya manusia bersifat gigih dalam kehidupannya - Supaya reda di atas ketentuan Allah
4.8
Tawakal ialah menyerahkan segala hajat kepada Allah sw t dengan sepenuh hati setelah berusaha dengan bersungguh-sungguh disamping berdoa
4.9
Tujuan umat Islam disuruh bertwakal - Mengelakkan seseorang itu daripada bersifat putus dan kecewa apabila sesuatu yang dihayati tidak tercapai - Menggalakkan seseorang supaya bersifat positif dalam hidupnya dan rajin berusaha untuk dapat sesuatu - Untuk meningkatkan keimanan kepada Allah swt di samping menyedari
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tilawah Kefahaman --------------------------------------------------------------------------
17
kelemahan diri sebagai hamba Allah. - Untuk memupuk sifat reda di atas segala mudharat yang menimpa dan sedar itu adalah dugaan Allah hendak menguji keimanan seseorang - Supaya mereka sedar kekuasaan Allah swt di atas seseuatu di muka bumi 4.10
Tujuan Allah menjadikan manusia berbeza-beza - Untuk menguji keimanan dan ketabahan seseorang dalam menjalani liku-liku hidup - Untuk menguji sejauhmana ketakwaan seseorang itu kepada Allah swt. - Untuk menguji sejauhmana seseorang itu dapat mengguna kurniaan dan melaksanakan amanah yang dipertanggungjawab kepadanya
4.11
Tanggungjawab manusia sebagai hamba Allah dan tindakan yang harus dilakukan - Hendaklah beriman kepada Allah swt dan bertawakal kepadaNya serta tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu - Hendaklah melakukan segala yang diperintah oleh Allah swt a dan tidak melakukan larangannya serta membuat kerosakan di muka bumi - Hendaklah melakukan ibadat dengan ikhlas - Hendaklah mempertingkatkan usaha untuk mendapat hidayat Allah swt dengan membuat apa yang disuruh dan meninggalkan larangan Allah swt - Hendaklah memakmurkan muka bumi ini dengan membuat ihsan dan saling bantu membantu - Sentiasa berwaspada di atas tingkah laku dengan melakukan perkara baik dan tinggal perkara keji kerana segala tingkah laku dan perbuatan seseorang itu akan di hisab di akhirat.
5
SURAH AL-MUKMINUN AYAT 1 - 11
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya; Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang siasia; Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tilawah Kefahaman --------------------------------------------------------------------------
18
Dan mereka yang menjaga kehormatannya,
-Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: -
Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya; Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;
Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi -
Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya. 5.2
Ciri-ciri mukmin berjaya - Beriman kepada Allah - Khusuk dalam mengerjakan solat - Meninggalkan perbuatan yang sia-sia - Mengeluarkan zakat - Menjaga kehormatan diri - Menjaga amanah dan menunaikan janji - Menjaga waktu solat
5.3
Maksud khusuk dalam solat - ialah mengerjakan solat dengan sepenuh hati kerana Allah swt dan tidak memesong kan hati kepada perkara-perkara yang lain kecuali untuk mendapat keredaan Ilahi.
5.4
-
Sebab disuruh khusyuk dalam solat Untuk meningkatkan iman dan takwa kepada Allah. Untuk lebih mengingati Allah swt dan amaranNya Membolehkan kita menghayati dan menikmati isi kandungan al-Quran Untuk menjauhkan diri dari perkara maksiat Untuk menjadikan solat lebih sempurna
5.5
-
Cara untuk mendapat khusuk dalam solat Mengagungkan kebesaran dan kemuliaan Allah Memahami maksud setiap ayat dan lafaz yang dibaca Tidak mengingati perkara lain yang boleh melalaikan dan tidak memberi tumpuan dalam solatnya Memastikan suasama dan tempat solat tenang dan aman Menumpukan pandangan yang tepat ke tempat sujud Memberi sepenuh perhatian kepada Allah
-
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tilawah Kefahaman --------------------------------------------------------------------------
5.6
19
-
Ditunaikan secara ikhlas Mengharapkan Allah menerima solatnya Menyempurnaikan segala syaratn dan rukun dalam solat Merasa diri seorang hamba yang berhadapan dengan pnciptanya
-
Kesan-kesan yang diperolehi daripada ibadat solat yang dikerjakan dengan penuh khusuk Dapat menghayati dan memahami maksud ayat-ayat al-Quran yang dibaca ketika solat Dapat meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah swt Dapat mengingatkan seseorang kepada Allah swt dan takut pada hukuman Nya Boleh menjadikan solat yang dikerjakan lebih sempurna Dapat merasai nikmat ibadat solat yang dikerjakan Dapat merasai ketenangan jiwa dan kedamaian perasaan yang sejati
5. 7
Maksud perbuatan yang lagha (sia-sia) - Perbuatan atau percakapan yang tidak mendatangkan faedah kepada diri, agama, masyarakat dan negara - Sesuatu yang boleh melalaikan - Perkara yang tidak membawa pendidikan jiwa - Sesuatu yang tidak dapat melahirkan nilai murni - Perkara yang merosakkan akhlak seperti merayau-rayau di pasar raya, lepak, berbual kosong di tepi jalan
5.8
Sebab Islam melarang umatnya melakukan perbuatan sia-sia (lagha) - Menjatuh maruah orang Islam dan agama Islam - Menyebabkan seseorang itu lalai menunaikan tanggungjawab kepada diri Allah swt, keluarga dan masyarakat - Menyebabkan umat Islam akan mundur dalam semua bidang sama ada dalam bidang pelajaran, ekonomi, sosial atau lain-lain kerana masa dihabiskan dengan melakukan perbuatan yang sia-sia - Menyebabkan umat Islam akan menjadi lemah, tidak bersemangat dan tidak berani menghadapi kemajuan dan aman
5.9
Cara pelajar menjauhi dari sifat lagha (sia-sia) - Memberikan tumpuan kepada pelajaran - Menghabiskan masa lapang mengulangkaji di perpustakaan awam, berbincang pelajaran - Mememuhi masa dengan kerja kebajikan seperti melibatkan drii dengan persatuan akedamik, persatuan di kampung-kapung - Menghadirkan diri ke manlis-majlis ilmu - Menolong ibu bapa semada di ladang atau berniaga atau menguru rumah menolong ibu
5.10
Maksud Zakat ialah mengeluarkan harta yang tertentu untuk dibahagikan kepada golongan yang tertentu dengan syarat-syarat tertentu
5.11
Kepentingan zakat dalam masyarakat Islam - Untuk mewujudkan masyarakat Islam yang harmoni, aman dan sejahtera - orang kaya tolong orang miskin - Dapat memajukan masyarakat Islam - harta zakat digunakan untuk membina kemudahan-kemudahan sosial, projek untuk umat Islam terutama kepada masyarakat
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tilawah Kefahaman --------------------------------------------------------------------------
-
-
20
yang tinggal di pedalaman Dapat membangunkan ekonomi umat Islam . Dengan wang zakat kerajaan boleh gunakan untuk membina projek-projek ekonomi seperti membina kilang-kilang peursahaan, memberi pinjaman modal kepada mereka yang berdaya maju, melabur dalam sektor sektor yang mendatang keuntungan dan sebagainya. Ibadat zakat dapat mendidik kepada sifat-sifat yang mulia seperti suka membantu golongan yang susah, mengikis perasaan tamak, kedekut dan bersikap mementingkan diri sendiri Orang yang mengeluarkan zakat beroleh ganjaran yang istimewa dari Allah swt
5.12
Maksud menjaga kehormatan diri - ialah menjaga maruah diri daripada tercemar oleh perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Islam
5.13
Cara menjaga kehormatan diri - Memakai pakaian menutup aurat - Tidak melakukan perkara maksiat - Bergaul mengikut batas-batas yang ditentu oleh Islam
5.14
Tujuan Islam menyuruh menjaga kehormatan diri daripada perbuatan-perbuatan yang dilarang - Melahirkan umat Islam yang bemaruah dan dihormati oleh umat-umat yang lain - Menghindarkan berlakunya pergaduhan dan permusuhan dalam masyarakat - Melahirkan masyarakat penyayang yang berasaskan keluarga bahagia yang diredai oleh Allah swt - Untuk melahirkan keturunan yang suci dan bertanggung jawab - Untuk mengelakkan diri dari melahirkan penyakit sosial yang melanda dalam masyarakat akibat dari perbuatan larangan Allah
5.15
Cara-Cara menunaikan janji dan amanah dengan Allah - Melakukan segala perintah Allah swt dengan sempurna - Melaksanakan syariat Allah swt yang dipertanggungjawabkan dengan baik - Meninggalkan segala perkara yang dilarang oleh Allah swt - Memakmurkan bumi ini berlandaskan al-Quran dan As-Sunnah - Manjaga alam ciptaan Allah swt dengan baik agar dapat dinikmati oleh seluruh - makhluknya
5.16
Cara-cara menunaikan janji dan amanah sesama manusia - Melaksanakan segala - Menjalankan apa yang diamanahkan dengan baik - Tidak memungkiri janji - Tidak mengkhianati apa-apa yang diamanahkan kepadanya
5.17
Hikmat ibadat solat - Melatih diri berdisiplin dalam semua perkara - Meningkatkan ketakwaan dan keimanan kepada Allah swt - Menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara mungkar - Mengeratkan perpaduan di kalangan masyuarakat Islam - Mendidik diri kepada akhlak-akhlak yang mulia, rendah diri, tawaduk dan sentiasa mengingati kebesaran Allah swt
5.18
Pengajaran ayaat - Tunaikan solat dengan khusuk kerana ia merupakan tiang agama
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tilawah Kefahaman --------------------------------------------------------------------------
6.
21
Allah telah menjelaskan beberapa ciri-ciri mukmin berjaya sebagai panduan Umat Islam hendaklah sentiasa memelihara kehormatan diri dan maruah Menunaikan janji dan amanah merupakan sifat yang mencerminkan peribadi muslim Setiap orang yang beriman mesti berazam untuk berjaya dalam kehidupan di dunia dan di akhirat
SURAH LUKMAN AYAT 12 - 29 NASIHAT LUKMAN AL-HAKIM
Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)". Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal .kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman ."yang besar
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua .(ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan
Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah .kerjakan
Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku,) sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tilawah Kefahaman --------------------------------------------------------------------------
22
bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya .Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi
Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan," serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari .perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya
Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada" manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi .membanggakan diri
"Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai". 6.2
Lukman Al-Hakim ialah seorang yang soleh, taat pada perintah Allah swt, mempunyai ketinggian ilmu pengetahuan, bijak dan mempunyai kefahaman yang mendalam dalam sesuatu perkara. Beliau hidup pada zaman Nabi Daud as. Beliau digelar sebagai al-Hakim kerana kata-kata hikmat beliau dan kisahnya menjadi pengajaran dan teladan kepada manusia Lukman sangat perihatin ketika mendidik anaknya agar anaknya dapat menjalani kehidupan berdasarkan syariat Allah
6,3
Nasihat Lukman kepada anaknya - Tidak melakukan perbuatan syirik kepada Alklah swt - Berbuat baik terhadap kedua-dua ibu bapa - Jangan bersifat sombong - Melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran - Bersabar terhadap mala bencana - Mendirikan solat
6.4
Sebab syirik dilarang - Kerana perbuatan tersebut dapat merosakkan dan membatalkan iman - Merupakan dosa besar - Ibadatnya tidak diterma - Mendapat azab di akhirat - Boleh menjatuhkan martabat manusia - Menjadikan manusia takut melakukan sesuatu kerana bimbang akan memberi kesan yang buruk kepadanya kerana melanggar pantang - Menjadikan menusia malas
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tilawah Kefahaman --------------------------------------------------------------------------
-
23
Allah tidak akan mengampuni dosa
6.5
Sebab seseorang wajib berbuat baik kepada kedua ibu bapa - Kerana mereka bersusah payah menjaga dan mengasuh anaknya sejak kecil dengan sempurna - Kerana mereka menyediakan segala keperluan untuk anaknya supaya dapat hidup dalam keadaan selesa dan sejahtera - Kerana mereka memberi pengajaran yang berguna kepada anaknya sehingga anaknya menjadi seorang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara - Kerana mereka tidak serik merawat anaknya jika anaknya sakit dan berkongsi merasai kesakitan itu - Kerana mereka mengorbankan segala yang miliki demi kebahagiaan anak-anak
6.6
Cara berbuat baik dan balas jasa kepada kedua ibu bapa - Hendaklah menjaga dan memberi layanan yang sempurna kepada mereka - Hendaklah bercakap dengan suara yang lembut bersopan santun - Tidak menunjukkan sebarang reaksi yang boleh menyakitkan hati atau menyinggung kan perasaan mereka - Sentiasa berdoa kepada Allah swt memohon keampunan dan kesejahteraan untuk mereka di dunia dan di akhirat - Mendengar nasihat dan mematuhi perintah mereka selagi perintah itu tidak bertentangan dengan ajaran Islam - Melayan dan menggembirakan hati mereka. - Hendaklah berterima kasih dan mengenang budi mereka - Hendaklah sabar dengan perangai mereka bila mereka tua. - Mendoai ruh mereka bila mereka meninggal dunia - Menghormati sahabat mereka.
6.7
Kebaikan berbuat baik kepada kedua ibu bapa - Mendapat keberkatan hidup di dunia - Dipandang mulia oleh masyarakat - Mendapat balasan baik di akhirat Cara atau sikap yang perlu bila menghadapi cabaran hidup - Sabar dan tabah - teguhkan keimanan kepada Allah swt - Usaha bersungguh-sungguh - Berdoa dan bertawakal - Tidak melakukan perkara dilarang oleh Allah
6.9
6.10
Cara menunaikan kebaikan - Berdakwah - Bersyukur dan berterima kasih kepada ibu bapa, guru, dan pemimpin yang jujur.
6.11
Adab bergaul - Bertegur sapa - Menunjukkan wajah yang manis - Melihat muka ketika berbicara kerana perbuatan itu menunjukkan kemesraan dan mengeratkan persahabatan - Berbicara dengan lemah lembut - Berbahasa yang baik supaya pendengar dapat memahami dengan jelas dan daapt menerima dengna hati yang terbuka
Pendidikan Islam tingkatan 4 bahagian Tilawah Kefahaman --------------------------------------------------------------------------
8.12
24
Hendaklah menjauhi sifat sombong dan takbur kerana sifat tersebut adalah sifat iblis Ketika berjalan hendaklah tenang dan jangan meninggi diri
Tujuan Lukman al-Hakim menyarankan akhalak tersebut. - Untuk membentuk akhlak mulia - Akan dihomati dan mengukuhkan persahabatan - Mewujudkan kemesraan dan keharmonian dalam pergaulan - Untuk melahirkan perpaduan umat Islam - Supaya disayangi masyarakat