Mains 2

  • Uploaded by: Zakaria Sheikh Othman
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Mains 2 as PDF for free.

More details

  • Words: 454
  • Pages: 3
Kawasan Rukun Tetangga Taman Bukit Magrosa(KRTTBM), d/a Surau Taman Bukit Margosa, Taman Bukit Margosa, 70400 SEREMBAN, Tel No. 019-3334988 Negeri Sembilan Darul Khusus. ( JPN.02/519/7.1(82) ) Ruj. Tuan : Ruj. Kami : SRS KRT/JAINS/081 Tarikh : 20hb Feb 2008 Pengarah Jabatan Ugama Islam Negeri Sembilan Seremban Negeri Sembilan Darul Khusus Tuan, Per : Aduan Pembocoran Butiran Pemberi Maklumatt, Berkaitan Kes Tangkapan Khalwat Taman Bukit Margosa Perkara di atas adalah dirujuk Pertamanya saya mewakili peronda SRS KRT Taman Bukit margosa ingin melahirkan rasa dukacita di atas layanan yang kami terima apabila berurusan dengan jabatan tuan. Untuk makluman tuan semenjak SRS Taman Bukit Margosa ditubuhkan pada Tahun 2006 ,pihak kami telah membuat empat kali tangkapan khalwat iaitu :-

a) b) c) d)

Tangkapan khalwat bertarikh 19hb April 2007 Tangkapan khalwat bertarikh 25hb Oktober2007

Tangkapan khalwat bertarikh 9hb Febuari 2008 Tangkapan khalwat bertarikh 11hb Febuari 2008

Bagi tangkapan pertama kami telah tidak diberikan kerjasama dari jabatan tuan apabila pihak pegawai pencegahan yang dihubungi melalui telefon yang memaklumkan yang beliau dalam perjalanan dari Nilai ke tempat kejadian telah berbohong dan tidak muncul dan membuatkan kami menyerah OKT kepada pihak polis.Ianya lebih mengecewakan kami OKT dibebaskan sejam kemudian dan tiada sebarang tindakann dikenakan sedangkan wanita OKT telah 2 hari berada di dalam rumah yang terbabit. MEMBUDAYAKAN PERPADUAN MERAIKAN KEPELBAGAIAN

Kawasan Rukun Tetangga Taman Bukit Magrosa(KRTTBM), d/a Surau Taman Bukit Margosa, Taman Bukit Margosa, 70400 SEREMBAN, Tel No. 019-3334988 Negeri Sembilan Darul Khusus. ( JPN.02/519/7.1(82) ) Bagi kes yang lain kami memang tidak dimaklumkan perkembangan kes dan bagi kes ketiga kami telah dimaklum bahwa peronda kami terserempak pegawai pecegahan tuan makan bersama OKT 2 hari selepas tangkapan dan selepas itu pihak peronda kami dimaklumkan oleh OKT sendiri bahawa beliau mengetahui nama serta kenderaan peronda kami yang membuat aduan sehingga membawa kepada beliau tertangkap.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------(2) Pembocoran maklumat ini menyebabkan keselamatan pemberi maklumat ini serta keluarga mereka berada dalam bahaya serta melemahkan semangat kepada semua peronda lain untuk turun meronda. Atas nasihat dari pihak peguam ,kami sepatutnya membuat lapuran polis bagi melindungi peronda serta keluarga dari tindakan balas dendam. Sehubungan dengan itu kami memohon pihak tuan membantu kami menyiasat permasalahan ini serta membantu kami bagi maksud membuat lapuran polis berkaitan kes ini. Segala kerjasama pihak tuan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian terima kasih. Saya yang menjalankan tugas,

“ JIRAN SEPAKAT MEMBAWA BERKAT”

…………………………………………………… (Zakaria bin Sheikh Othman) Pengerusi SRS KRT Taman Bukit Margosa

s.k 1) Pengarah JPNIN Negeri Sembilan MEMBUDAYAKAN PERPADUAN MERAIKAN KEPELBAGAIAN

Kawasan Rukun Tetangga Taman Bukit Magrosa(KRTTBM), d/a Surau Taman Bukit Margosa, Taman Bukit Margosa, 70400 SEREMBAN, Tel No. 019-3334988 Negeri Sembilan Darul Khusus. ( JPN.02/519/7.1(82) ) 2) Pengerusi KRT Taman Bukit Margosa 3) Ketua Polis Negeri Sembilan 4) Pengarah Badan Pencegah Rasuah

MEMBUDAYAKAN PERPADUAN MERAIKAN KEPELBAGAIAN

Related Documents

Mains 2
May 2020 29
Mains
May 2020 27
Mains Remote
May 2020 24
Mains Sylaabus.txt
April 2020 23
Mains Manager
November 2019 33
Mains Electricity
December 2019 35

More Documents from "Joe Rowing"

Jpnin Halim2
May 2020 29
Buka Penghadang 2
May 2020 31
Surat Kepada Mb
May 2020 22
Kpllmpfinal2
May 2020 26
Peguam
May 2020 27