Pengarah Jabatan Ugama Islam Negeri Sembilan Seremban Negeri Sembilan Darul Khusus 20hb Febuari 2008 Tuan, Per : Aduan Pembocoran Butiran Pemberi Maklumatt, Berkaitan Kes Tangkapan Khalwat Taman Bukit Margosa Perkara di atas adalah dirujuk Pertamanya saya mewakili peronda SRS KRT Taman Bukit margosa ingin melahirkan rasa dukacita di atas layanan yang kami terima apabila berurusan dengan jabatan tuan. Untuk makluman tuan semenjak SRS Taman Bukit Margosa ditubuhkan pada Tahun 2006 ,pihak kami telah membuat empat kali tangkapan khalwat iaitu :a) b) c) d)
Tangkapan khalwat bertarikh 9hb April 2007 Tangkapan khalwat bertarikh 9hb April 2007 Tangkapan khalwat bertarikh 7hb Febuari 2008 Tangkapan khalwat bertarikh 9hb Febuari 2008
Bagi tangkapan pertama kami telah tidak diberikan kerjasama dari jabatan tuan apabila pihak pegawai pencegahan yang dihubungi melalui telefon yang memaklum yang beliau dalam perjalanan dari nilai ke tempat kejadian telah berbohong dan tidak muncul dan membuatkan kami menyerah OKT kepada pihak polis.Ianya lebih mengecewakan kami OKT dibebaskan sejam kemudian dan tiada sebarang tindakann dikenakan sedangkan wanita OKT telah 2 hari berada di dalam rumah yang terbabit. Bagi kes yang lain kami memang tidak dimaklumkan perkembangan kes dan bagi kes ketiga kami telah dimaklum bahwa peronda kami terserempak pegawai pecegahan tuan makan bersama OKT 2 hari selepas tangkapan dan selepas itu pihak peronda kami dimaklumkan oleh OKT sendiri bahawa beliau mengetahui nama serta kenderaan peronda kami yang membuat aduan sehingga membawa kepada beliau tertangkap. Pembocoran maklumat ini menyebabkan keselamatan pemberi maklumat ini serta keluarga mereka berada dalam bahaya serta melemahkan semangat kepada semua peronda lain untuk turun meronda.Atas nasihat dari pihak peguam ,kami sepatutnya membuat lapuran polis bagi melindungi peronda serta keluarga dari tindakan balas dendam.
Sehubungan dengan itu kami memohon pihak tuan membantu kami menyiasat permasalahan ini serta membantu kami bagi maksud membuat lapuran polis berkaitan kes ini. Segala kerjasama pihak tuan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian terima kasih. Saya yang menjalankan tugas,
…………………………………………………… (Zakaria bin Sheikh Othman) Pengerusi SRS KRT Taman Bukit Margosa.