LU’BAH LUGHAWIYAH (AT TASMI’)
Talifon Lama Aktiviti Guru
:
1.
Membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan kecil.
2.
Meminta setiap kumpulan melantik seorang ketua.
3.
Ketua dikehendaki kehadapan kelas untuk mendengar arahan guru seterusnya.
4.
Guru akan membisikkan kepada setiap ketua beberapa potong ayat.
5.
Setiap ketua di kehendaki membisikan apa yang di dengar daripada guru kepada seorang ahli kumpulan.
6.
Kemudian palajar yang mendengar tadi akan membisikkan pada kawan yang lain, begitulah seterusnya sehingga setiap ahli dapat mendengar apa yang dibisikkan.
7.
Pelajar
terakhir akan kehadapan kelas dan menulis semula apa yang
didengarinya. 8.
Guru akan menyemak samada potongan ayat yang diperolehi oleh pelajar terakhir sama dengan apa yang diberi kepada ketua pada awalnya.
9. Rasional
Kumpulan yang paling minima kesalahannya dikira sebagai pemenang. : Melatih pelajar untuk menjadi pendengar yang baik dan berusaha untuk mengingat dan menyampainya dengan betul.
Puzzle Haiwan Aktiviti Guru
:
1. Membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan kecil. 2. Guru meminta setiap kumpulan menghantar seorang wakil untuk kehadapan kelas. 3. Guru akaan memberi kad manila yang telah dipotong-potong yang mengandungi nama haiwan. 4. Kemudian guru akan meminta pelajar mendengar suara haiwan yang diperdengarkan melalui laptop guru. 5. Pelajar akan bekerjasama untuk mencantumkan kad manila tadi dan menyebutkannya setelah berjaya mencantumkannya. 6. Kumpulan yang paling cepat menemui jawapan dikira sebagai pemenang. Rasional
: Melatih pelajar untuk menjadi pendengar yang baik dan berkerjasama usaha untuk mendapatkan jawapan yang betul.
Kad Nombor Aktiviti Guru
:
1. Guru membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan kecil. 2. Guru akan memberi setiap kumpulan 10 keping kad manila yang mengandungi gambar yang mewakili setiap bilangan nombor. 3. Kemudian, guru akan menyebut nombor, pelajar akan mengira gambar dan mencari jumlah yang sama dengan apa yang mereka dengari. 4. Kumpulan yang paling awal mengangkat kad manila dengan jawapan yang betuk dikira sebagai pemenang.
Rasional
: Melatih pelajar untuk menjadi pendengar yang baik, sambil mereka cuba untuk mengira dalam bahasa Arab untuk mendapatkan jawapan yang betul.