Lontar Peluru

  • Uploaded by: bitt
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Lontar Peluru as PDF for free.

More details

  • Words: 1,278
  • Pages: 10
ISI KANDUNGAN ================================================================

10

10

PENGENALAN

12

20

PERALATAN DAN KELENGKAPAN

13

30

KAEDAH PEGANGAN PELURU

14

40

TEKNIK LONTARAN

15

50

ASPEK PENTING DALAM LONTAR PELURU

18

60

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN

19

PENGENALAN

Acara lontar peluru adalah satu acara olahraga iaitu acara padang yang melibatkan dari segi melontar dalam pergerakan menolak satu bola logam besi berat sejauh yang boleh. Mengikut sejarah, aktiviti melontar batu telah dijadikan pertandingan bermula pada abad ke-19. Orang Scotland dan Ireland telah dianggap sebagai golongan pertama yang mencipta acara lontar peluru, berdasarkan pertandingan

12

melontar batu yang mereka lakukan ketika itu. Bagaimanapun, acara lontar peluru tidak dapat diterima sebagai acara sukan di kedua-dua buah negara ini. Setelah diperkenalkan di Amerika Syarikat, acara lontar peluru telah mendapat sambutan di beberapa kejohanan sukan olahraga. Sebagai sebuah negara yang mengambil berat tentang kegiatan sukan, Amerika Syarikat telah menganggap kegiatan sukan sebagai sangat menarik, dan akhirnya menjadi acara olahraga yang dipertandingkan. Dari sini, bermulalah sejarah baru bagi acara lontar peluru. Pada ketika ini, peluru diperbuat daripada besi seberat 16 paun. Beberapa peraturan yang berkaitan dengan kawasan lontaran telah dicipta. Pada mulanya kawasan lontaran berbentuk segi empat sama dengan ukuran 7 kaki x 7 kaki. Dengan ini, acara lontar peluru telah diperkenalkan ke negara-negara lain seperti Greek.

Acara

ini

telah

diterima

untuk

dipertandingkan

di Sukan

Olimpik moden tahun 1896. Bentuk kawasan lontaran ini terus digunakan untuk Sukan Olimpik pada tahun 1900 dan 1904. Pada tahun 1909, bentuk kawasan telah ditukar kepada bentuk bulatan yang berdiameter tujuh kaki, dengan bahagian hadapan tempat melakukan lontaran diletakkan papan yang seakan-akan penanda, yang terdapat pada kawasan lontaran seperti yang diguna pakai sekarang. Namun begitu, tiada peraturan yang tetap berhubung teknik melontar peluru.

20

PERALATAN DAN KELENGKAPAN i.

Peluru Ia diperbuat daripada besi pejal berbentuk bulat dan licin. Berat peluru untuk peserta lelaki adalah 7.257 kg dan bagi wanita adalah 4 kg manakala ukuran diameter adalah antara 110-130 mm dan 95-110 mm. bagi peserta remaja begantung kepada umur iaitu peringkat umur bawah 17 tahun lelaki dan wanita adalah 5 kg dan 4 kg manakala bawah 15

LONTAR PELURU

12

tahun lelaki dan wanita adalah 4 kg dan 3.25 kg. Perbezaan berat peluru perlu bagi memudahkan lontaran dibuat mengikut keupayaan peserta berdasarkan peringkat umur. ii.

Gelanggang Ia terdiri daripada bulatan melontar dan kawasan mendarat. Bulatan melontar dikelilingi oleh satu garisan bulat meliputi kawasan yang berdiameter 2.135 meter. Di bahagian hadapan kawasan melontar dipasang papan penahan untuk menentukan sama ada lontaran sah atau batal. Jika peserta memijak atau kaki melepasi papan penahan, lontaran dikira batal. Kawasan pendaratan peluru hendaklah bebas daripada halangan dan gangguan. Ia bersudut 400 dari titik tengah bulatan melontar. Setiap lontaran hendaklah jatuh di dalam kawasan pendaratan ini, lontaran yang keluar atau mengenai garisan dibatalkan.

iii.

Pita pengukur Pita ini digunakan untuk mengukur jarak lompatan yang dibuat oleh seseorang peserta. Ukuran dibuat dari titik tengah bulatan tetapi bacaan hanya diambil dari papan penanda hingga kesan tempat peluru mendarat.

iv.

Kasut berpaku (spike) Kasut berpaku yang sesuai boleh digunakan untuk lontar peluru jika gelanggang yang digunakan adalah padang berumput. Tetapi jika gelanggang diperbuat daripada simen konkrit kasut sukan biasa adalah digalakkan dan sesuai untuk dipakai.

LONTAR PELURU

11

Rajah 1.1: Gelanggang lontar peluru

10

KAEDAH PEGANGAN PELURU

Cara memegang peluru perlu diberikan keutamaan oleh peserta. Terdapat dua cara untuk memegang peluru iaitu; i.

Menggunakan tiga jari Cara mudah dan selamat untuk memegang peluru adalah dengan meletakkan peluru pada tapak tangan iaitu di bawah pangkal jari. Peluru mesti dipegang pada dasar tiga jari tengah manakala ibu jari dan jari kelengkeng bertindak sebagai penyokong. Jari kelengkeng boleh dibengkokkan atau diluruskan berhampiran dengan tiga jari tengah.

ii.

Menggunakan lima jari Kelima-lima jari digunakan. Ibu jari dan jari kelinking mengimbangi kedudukan peluru. Teknik disyorkan untuk para pelajar sekolah rendah.

Peserta tidak boleh memegang peluru di tapak tangan. Ini merupakan satu kesalahan biasa yang dibuat oleh kebanyakkan peserta yang baru belajar melontar peluru.

LONTAR PELURU

11

Rajah 1.2: Cara memegang peluru

10

TEKNIK LONTARAN

Terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan untuk melontar peluru, antaranya ialah teknik berdiri, teknik lontaran sisi, teknik O’ Brien dan teknik membelakangi kawasan lontaran (step-back). i.

Teknik berdiri Untuk mendapat pergerakan tangan dan bahu yang betul, boleh dilakukan dengan teknik berdiri sebagai satu latihan. Berikut adalah cara lontaran dalam teknik berdiri; •

Berdiri dengan luas kaki lebih kurang 30 cm, tangan memegang peluru di bawah dagu sehingga bersentuhan dengan tengkuk. Siku tangan yang memegang peluru hendaklah keluar dan mendatar.



Pusingkan sedikit arah ke kanan dan bawakan tangan kiri menyilang ke kanan.



Bawakan kembali tangan kiri dengan cepat ke arah kiri, manakala kaki diluruskan dan peluru di tolak keluar.



Tangan diluruskan mengikut arah lontaran peluru manakala tangan kiri membantu mengimbangkan tangan.

LONTAR PELURU

11

Rajah 1.3: Gerakan dalam teknik berdiri i.

Teknik lontaran sisi •

Berdiri dengan kedudukan kaki selangkah ke belakang dari garisan tengan bulatan lontaran. Tentukan kedudukan peluru adalah selesa dan kaki kanan di angkat.



Letakkan kaki kiri pada gelanggang dan pusingkan sedikit bahu ke hadapan.



Luruskan kaki kiri dan bersedia untuk membuat lontaran.



Pusingkan tapak kaki kanan dan angkat tumit serta tolak peluru keluar.

Rajah 1.4: Gerakan dalam teknik lontaran sisi

i.

Teknik membelakangi kawasan lontaran Teknik ini merupakan gaya yang lebih maju dan mempunyai kelebihan jika dapat dipelajari dan diaplikasikan. Langkah-langkah teknik ini adalah;

LONTAR PELURU

11



Mulakan dengan membelakangi arah membuat lontaran.



Bongkokkan badan dan lutut kanan serta luruskan kaki kiri di belakang.



Kaki kiri diangkat sedikit.



Turunkan kaki kiri berhampiran dengan papan penahan dalam kawasan lontaran.



Pusingkan bahu dan pinggang ke arah lontaran.



Tolak peluru keluar dengan kuat.

Rajah 1.5: Gerakan dalam teknik membelakangi kawasan lontaran

i.

Teknik pemindahan (O’Brien) Teknik ini merupakan teknik yang digunakan oleh atlit-atlit peringkat tinggi yang mempunyai kemahiran lontaran yang tinggi serta berpengalaman. Cara melakukan teknik O’Brien adalah seperti berikut; •

Berdiri dengan membelakangi arah lontaran dan kaki kanan bersentuh dengan garisan belakang.



Bongkokkan badan dan angkat kaki kiri serta rapatkan dengan kaki kanan.



Mulakan langkah dengan kaki kanan.



Bengkokkan lutut kanan dan ayunkan tangan kiri keluar.

LONTAR PELURU

11



Pusingkan bahu dan pinggang dan tolak serta lepaskan peluru dengan kuat.



Lakukan lajakan ayunan dengan memindahkan berat badan ke hadapan dan imbangkan dengan tangan kiri.

Rajah 1.6: Gerakan dalam teknik O’Brien 5.0

ASPEK PENTING DALAM LONTAR PELURU i.

Cara memegang dan menempatkan peluru pada bahu harus dilakukan dengan betul sebelum gerakan ke belakang dimulakan.

ii.

Gerakan berjingkit (shift) ke belakang jangan dilakukan terlalu tuinggi iaitu lakukan seberapa rendah yang boleh.

iii.

Semasa gerakan meluncur ke belakang dilakukan peluru hendaklah berada di bahu dan siku tangan sentiasa di belakang peluru. Sebelum peluru lepas daripada bahu pandangan hendaklah ditumpukan ke arah sudut lontaran.

LONTAR PELURU

11

10 i.

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN Peluru hendaklah dipegang dengan tapak tangan dan disokong oleh jari serta menyentuh rongga tulang selangka berhampiran leher.

ii.

Peluru ditolak dari kedudukan atas bahu.

iii.

Peserta diberikan enam kali percubaan lontaran sekiranya jumlah peserta tidak melebihi lapan orang.

iv.

Peserta yang melakukan lontaran paling jauh dikira sebagai pemenang.

v.

Lontaran hendaklah dibuat dalam bulatan atau kawasan lontaran dan peluru mesti mendarat di dalam kawasan mendarat. Lontaran yang keluar dari kawasan mendarat dikira batal.

Rajah 1.7: Lontaran yang sah dan batal vi.

Peserta tidak dibenarkan meninggalkan kawasan lontaran sebelum peluru mendarat.

vii.

Peserta dibenarkan keluar dari sebelah belakang bulatan lontaran. Sekiranya peserta keluar dari sebelah hadapan, lontaran itu dibatalkan.

viii.

Peserta tidak dibenarkan memijak atau menyentuh papan penanda semasa membuat lontaran.

LONTAR PELURU

11

ix.

Terdapat empat orang pengadil yang terlibat iaitu pengadil pertama menentukan cara dan kedudukan peluru, pengadil kedua mengawasi kedudukan kaki peserta, pengadil ketiga dan keempat mengawasi tempat peluru mendarat.

Rajah 1.8: Kedudukan pengadil

LONTAR PELURU

Related Documents

Lontar Peluru
October 2019 23
Lontar Peluru
June 2020 22
Gerak Peluru
June 2020 22

More Documents from "Mazlan Ahmed"

Soalan Pjpk Ting.3
May 2020 55
Soalan Pjpk Ting.4
May 2020 87
Lompat Jauh
June 2020 26
Soalan Pjpk Ting.1
May 2020 31
Sistem Tenaga
June 2020 13
Permainan Hoki
June 2020 32