Lima Perkara Fitrah - Us Alias

  • Uploaded by: Mohd Najib
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Lima Perkara Fitrah - Us Alias as PDF for free.

More details

  • Words: 1,462
  • Pages: 4
Lima Perkara Fitrah LIMA PERKARA FITRAH DIGALAK DILAKUKAN Dikira sebagai berhias yang dibenar dan digalakkan ialah membersih diri daripada semua aspek. Ini termasuklah membersih lima perkara yang dianggap fitrah dan semula jadi pada diri manusia: - memotong kuku - mengandam misai - mencukur bulu tundun - mencabut bulu ketiak - berkhatan Kata penyair : ‫انتف إلبط وتقص الشارب ×× والعانة تحلق والختان واجب‬ “cabutlah bulu ketiak, andamlah misai xx cukurlah bulu tundun, berkhatan itu wajib”. Prof. Dr. Abdul Karin Zaidan dalam kitab al-Mufassal Fi ahkam al-Maraah 1:55 telah memperincikan perbincangan mengenai cara membersihkan perkara-perkara di atas. Pertama; memotong kuku. Maksud memotong kuku ialah memotong kuku jejari tangan dan jejari kaki. Hukumnya adalah sunat, bukan wajib bagi lelaki dan wanita, kuku kaki atau kuku tangan. Hikmat di sebalik memotong kuku ialah menghilangkan kekotoran yang berada dibawah kuku, terutama bagi mereka yang beristinja menggunakan tangan bagi menyuci najis tahi, ia mungkin terlekat dibawah kuku. Ia boleh menjejaskan wuduk dan solat kerana tidak bersih daripada najis, sekalipun sedikit. Boleh memotong kuku dengan apapa alat yang tajam. Makruh memotong kuku dengan gigi. Sunat memulakan memotong kuku tangan sebelah kanan, kemudian kuku tangan sebelah kiri, seterusnya kuku kaki sebelah kanan, kemudian kuku kaki sebelah kiri. Mengenai soalan bolehkah wanita menyimpan kuku panjang?, penulis kitab ini menjawab tidak boleh. Alasannya, perbuatan menyiman kuku adalah bercanggah dengan sunnah Rasulullah saw yang mengarahkan umatnya memotong kuku dan tidak membiarkannya panjang. Selain dari bercanggah dengan sunnah kemudaratan dari kekotoran yang terdapat dibawah kuku juga ada kemungkinan berlaku. Menurut kaedah syarak sesuatu yang mumudaratkan mestilah dihapuskan. Penghapusan kemudaratan ini hanyalah dengan memotong kuku. Tiada waktu tertentu untuk memotong kuku, ia bergantung kepada keperluan ia dipotong. Namun demikian ia tidak boleh dibiarkan melebihi empat puluh hari. Seperti yang diriwayatkan Imam Muslim, Anas bin Malik menyatakan bahawa mereka diberi masa untuk mengandam misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu tundun tidak melebihi empat puluh hari. Imam Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah saw suka memotong kuku pada hari Jumat. Imam Syafi`ie dan ulamak pengikut imam Syafi`ie menggalakkan memotong kuku pada hari Jumat. Dalam kitab Fatawa al-

Hindiyah 5:358 disebutkan; yang afdal seseorang memotong kuku, mengandam misai, mencukur bulu tundun dan membersihkan badannya selaki dalam seminggu, kalau tidak mampu dia harus melakkannya sekali dalam lima belas hari, dia tidak dimaafkan membiarkannya melewati empat puluh hari. Elok jika kuku, bulu atau rambut yang telah dipotong ditanam. Jika dibiarkan begitu sahaja tidak menjadi kesalahan. Makruh membungnya dalam bilik dan bilik mandi. Kedua;mengandam misai. Mengandam misai bermaksud memotong bulu yang tumbuh di atas bibir, bukan mencabutnya. Memotong misai ialah memotong misai yang memebihi had bibir supaya tidak menyusahkan semasa makan dan tidak menimbulkan keadaan yang kotor dan tidak menyenangkan. Dalah hadis riwayat Muslim dinyatakan sepuluh perkara dianggap fitrah. antaranya mengandam misai dan menyimpan janggut. AlBukhari juga meriwayatkan bahawa mengandam misai itu sebahagian dari fitrah. Mana yang lebih baik mencukur atau mengandam misai?. Dalam hadis disebut perkataan cabut, cukur dan potong. Oleh itu ulamak khilaf yang mana lebih baik. Imam Nawawi berpendapat mengandam misai lebih baik. Imam Abu Hanifah dan sahabatnya berpendapat mencukur lebh baik dan Imam Ahmad mencukur licin misainya. Terpulanglah kepada anda untuk mencukur atau mengandamnya. Ketiga;mencukur bulu tundun. Bulu tundun ialah bulu yang tumbuh di atas dan di sekeliling alat kelamin lelaki dan wanita. Mencukur bererti mmotong dengan alat yang tajam, bukan mencabut. Kata Imam Nawawi yang bermazhab Syafi`ie: mengikut amalan sunnah dalam membuang bulu tundun ialah dengan mencukurnya dengan pisau cukur, sama ada bagi lelaki atau perempuan. Ia dianggap sempurna mengikut snunnah dengan mencukurnya kesemuanya. Seperti hadis yang disebutkan sebelum ini, dalam kes mengandam misai dan memotong kuku, mencukur bulu tundun juga tidak dibenarkan melebihi empat puluh hari. Bagi Imam Nawawi wanita wajib mencukur bulu tundun apabila suaminya meminta dia berbuat demikian. Pada dasar dan asalnya yang mencukur bulu tundun ialah lelaki dan perempuan itu sendiri. Haram orang lain mencukur bulu tundun orang lain, kecuali mereka yang harus melihat dan menyentuh kemaluan lelaki dan wanita terbabit, seperti suami dan isteri. Kedua-dua suami isteri harus saling mencukur bulu tundun antara satu sama lain. Dalam keadaan darurat dan haajah doktor atau jururawat boleh mencukur bulu tundun pesakit untuk apa-apa tujuan perubatan. Keempat; mencabut bulu ketiak. Menghilangkan bulu ketiak ialah dengan mencabut atau mencukurnya, terutama bagi mereka yang tidak tahan sakit mencabutnya. Tuntutan sunnah mencabut bulu ketiak sempurna dengan dua cara ini, kerana yang dituntut ialah membersihkannya. Ini berlaku dengan kedua-dua cara ini. Cabut atau cukur. Pada dasar dan asalnya lelaki dan wanita mncabut bulu ketiaknya sendiri, tetapi lelaki boleh mencabut bulu ketiak lelaki lain dan wanita boleh mencabut bulu ketiak wanita lain.

Kelima; berkhatan. Anisah Ab. Ghani dalam Jurnal Syariah Jld2, bil2 Julai 1994, halaman 6 - 64 menghuraikan khatan dengan antara lian mengatkan bahawa dalam bahasa Arab khatan atau khitan ialah tempat yang dipotong pada zakar dan faraj wanita. Ia juga bermaksud memotong kulfah. Kulfah ialah kulit yang menutupi hasyafah atau kepala zakar. Khatan bagi wanita di sebut khafd ‫ خفض‬bermaksud merendahkan. Kamus Dewan halaman 624 menyebutkan khatan, bererti ialah memotong kulub. Khatan bagi lelaki ialah dengan memotong kesemua kulit yang menutupi hyasafah atau kepala zakar lelaki sehingga semua kepala zakar jelas kelihatan. Khatan bagi wanita ialah memotong sedikit bahagian atas kelentit. Kelentit ditutupi selapis kulit yang dinamakan ‘Fresulum’. Sedikit dari bahagian inilah yang dipotong, iaitu puncak atau kulub kelentit. Ummu `Athiyah menceritakan Rasulullah saw mengajar seorang wanita yang mengkhatankan wanita dengan sabdanya: “Kamu jangan terlalu banyak merendahkan (memotong), sesungguhnya ia sangat disayangi wanita dan amat disekai suami”. Baginda sendiri mengajar Ummu`Athiyah bagimana melakukan khatan wanita dengan mengakatan : “Biarlah bahagian itu menonjol, jangan terlalu direndahkan (terlalu banayak dipotong) kerana menambah seri wajah wanita dan sangat disukai suami”. Baginda melarang keras memotong bahagian itu secara berlebihan seperti yang dilakukan di zaman Firaun di Mesir dan di negara-negara Islam di Afrika. Hukum berkhatan adalah wajib bagi lelaki. Imam Malik mengatakan lelaki tidak berkhatan tidak sah jadi iman solat. Ibn Abbas berpendapat sembelihan lelaki tidah bersunat tidak halal dimakan. Alasan khatan wajib bagi lelaki ialah ayat 123 surah alNahl: ‫ثم أوحينا إليك أن اتبع مله إبراھيم حنيفا وما كان من المشركين‬

“Kemudian kamu wahyukan kepadamu (Muhammad): ikutlah agama Nabi Ibrahim yang hanif dan bukanlah dia termasuk orang-orang yang menyengutukan Allah”. Selain dari ayat di atas ada hadis yang menceritakan bahawa datuk `Uthaim bin Kulaib telah menganut Islam dan beliau mengadap Rasulullah saw dan berkata: Saya telah menganut Islam”. Baginda lalu bersabda kepadanya: “Cukurlah rambut zaman kafirmu dan berkhatanlah”. Hukum khatan bagi wanita telah menjadi isu yang hangat diperbincangkan pada satu ketika dahulu. Ada yang mewajibkan, seperti mazhab Syafi`ie, ada yang menganggapnya bukan wajib dan bukan sunat, cuma diharuskan sebagai bersifat fitrah bersuci, sebagai satu kemuliaan. Bagi al-Qaradawi, seperti yang dijelaskan dalam al-Fatawa al-Mu`asirah 384 ia terserah kepada ibu bapa untuk melakukannya atau tidak. Bagi yang melakukannya kerana mengikut sunnah mereka ada hujjah daripada hadis-hadis Rasulullah saw. Bagi mereka yang tidak mahu melakukannya mereka tidak berdosa. Tiada bukti ada kaitan berkhatan dan tidak berkhitan kepada kuat atau lemah tenaga seks wanita. Tiada juga bukti ada kaitan berkhatan atau tidak dengan keruntuhan dan

kemuliaan akhlak wanita. Tiada juga kaitan khatan wanita dengan isu kesihatan. Pengamal perubatan melakukannya atas permintaan pihak terbabit atas sebeb pegangan agama masing-masing. Namun demikaian berkhatan ada faedahnya bagi lelaki dan wanita. Antara lain faedahnya ialah: 1. Dengan berkhatan akan dapat menghindarkan bau tengik yang di sebabkan oleh kulub yang terkumpul di bawah kulit yang melitutu kepala zakar dan kelintit. Zat lemak yang dinamakan spegma ini mengeluarkan bau yang tajam dan tidak enak. Ia boleh memadamkan berahi pasangan semasa melakukan hubungan kelamin. 2. Dapat mengurangkan risiko terkena penyakit kanser, kerana spegma merupakan peransang bagi berlakunya penyakit kanser zakar dan leher rahim, di mana verus yang terdapat pada spegma akan berpindah kepada zakar dan berpindah masuk kedalam faraj wanita melalui persetubuhan. 3. Berkhatan bagi kanak-kanak dapat mengelakkan kencing malam. 4. Abdul Kadir Awang dalam Utusan Kiblat September 1972, halaman 21 menukilkan Dr. Th. H. Van De Veldi (wanita) menasihatkan wanita yang tidak bersunat supaya selalu membersihkan di bahagian klitoris, lebih-lebih lagi sulcus coronairus. Menurut kajian kimia, wanita lebih banyak spegma reepum, keadaannya kemerah-merahan, bengkak dan mengeluarkan lendir yang menyebabkan rasa gatal dan pedih pada masa-masa tertentu. Siala lihat dalam: Alias Othman dan Anisah Ab.Ghani: Islam Yang Mudah: Memahami Agama Islam daripada Pelbagai Pandangan Mazhab Fikah, PTS 2008 halaman 41-47. Dan isu-isu lain: Pergaulan Silang Jantina: • Aurat silang jantina dan sejantina • Aurat pandang dan aurat sentuh • Aurat sesama mulimah,aurat muslimah dengan kafirah • Melihat gambar, termasuk dalam cermin, cermin lutsinar, dalam air,1x, 2x dan 3x • Bersalaman dan ziarah silang jantina • Mendengar nyanyian silang jantina • Dll Pergaulan Silang Agama • Hak kejiranan silang agama • Perkahwinan silang agama • Kongsi raya • Tinggal serumah silang ahama • Berdoa silang agama • Menggunakan perkakas silang agama • Daging korban dan akikah dan bukan Islam. • Dll

Related Documents

Kisah Lima Perkara Aneh
October 2019 55
Lima
November 2019 54

More Documents from ""

File0010_2
May 2020 9
Buku Zikir
June 2020 15
File0010_6
May 2020 8