Lemah Bahasa Inggeris Bharian.docx

  • Uploaded by: Mala Yusof
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Lemah Bahasa Inggeris Bharian.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 296
  • Pages: 2
https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2018/10/482260/tidak-fasihberbahasa-inggeris-antara-punca-gagal-mendapat

SERDANG: Tidak fasih berbahasa Inggeris menjadi antara faktor yang dikenal pasti menyebabkan graduan gagal mendapat pekerjaan selepas menamatkan pengajian, terutama membabitkan syarikat terkemuka. Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Datin Paduka Dr Aini Ideris, berkata kebanyakan graduan gagal ketika ditemuduga disebabkan kurang keyakinan diri kerana tidak fasih berbahasa Inggeris. Beliau berkata, perkara utama yang ditumpukan oleh industri atau syarikat terkemuka adalah kemahiran berkomunikasi terutama penguasaan bahasa Inggeris dan jika mereka gagal berbuat demikian, potensi untuk mendapat kerja agak sukar. “Sebenarnya graduan ini bukan tidak mempunyai kualiti dalam bidang mereka, tetapi disebabkan gagal menguasai kemahiran itu mereka tidak mendapat pekerjaan, berbanding graduan yang fasih berbahasa Inggeris. “Sehubungan itu, UPM sentiasa mendedahkan pelajar dengan kemahiran berbahasa Inggeris sama ada dalam bilik kuliah, program atau aktiviti sepanjang pengajian sehingga bergraduat, supaya mereka lebih yakin terhadap diri sendiri dan seterusnya diterima oleh majikan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Persidangan Antarabangsa Pengajaran Bahasa Inggeris ke-12 (MICELT) 2018, yang berlangsung di Kampus UPM, di sini, hari ini. Yang turut hadir, Dekan Fakulti Pengajian Pendidikan, Prof Dr Aida Suraya Md Yunus. Persidangan yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini itu dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan Fakulti Pengajian Pendidikan UPM sebagai wahana himpunan pengetahuan, kemahiran serta kepakaran bagi memenuhi keperluan pendidikan bahasa inggeris. Bertemakan ‘Shaping New Understanding in English Language Teaching’, ia dibahagikan kepada 14 tema yang diketengahkan bagi membuka ruangan perbincangan yang lebih efektif dan memenuhi keperluan semasa.

Prof Aini berkata, kebebasan akan diberikan kepada pembentang untuk membentangkan hasil kajian masing-masing dan ia akan dijadikan sebagai rujukan bagi meningkatkan lagi penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan masyarakat di semua peringkat. “UPM turut mengundang enam tokoh yang mempunyai pelbagai latar belakang pendidikan dan berpengalaman luas dalam bidang pedagogi Bahasa Inggeris untuk turut serta dalam persidangan kali ini,” katanya.

Related Documents


More Documents from "Anonymous YIY6axQ"