Lati Han Ulangkaji Esei

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Lati Han Ulangkaji Esei as PDF for free.

More details

  • Words: 1,023
  • Pages: 5
Lati han Ulangkaji Esei ... BAB 5… 1.a) Jelaskan ciri-ciri Sistem Ahli... Sistem Ahli mempunyai beberapa ciri. Antaranya, satu sistem kabinet bayangan yang terdiri ddaripada beberapa orang tokoh masyarakat untuk memegang jawatan yang dibentuk. Anggota sistem Ahli dikenal sebagai Ahli. Contohnya, Ahli hHal Ehwal dalam Negeri. Perlantikan Ahli dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis Raja – Raja Melayu. Ahlinya terdiri daripada sembilan orang anggota, iaitu lima orang penduduk Tanah Melayu dan empat orang pegawai Inggeris daripada lima orang penduduk Tanah Melayu, tiga Daripadanya orang Melayu, Cina dan India. Ahli – ahli diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British. b) Nyatakan langakah – langkah kearah Pakatan Murni pada peringkat awal. Pada peringkat awal, ke arah Pakatan Murni, ahli jawatankuasa Hubungan Antara Kaum hanya dianggotai oleh dua kaum terbesar iaitu orang Melayu dan Cina. Manakala seorang cina di bawah Dato’ Onn Jaafar manakala orang cina di bawah Tun Tan Cheng Lock, iaitu bernaung di bawah Tan Cheng Lock. Langkah kedua ialah cadangan pembukaan keahlian UMNO kepada orang bukan Melayu. Dato’ Onn Jaafar mencadangkan keahlian UMNO dibuka kepada bukan Melayu pada tahun 1951. Pandangan beliau telah dikecam hebat oleh masyarakat Melayu pada ketika itu. Langkah ketiga ialah penubuhan Parti Kemerdekaan Malaya. Parti Ini telah ditubuhkan oleh Dato’ Onn Jaafar yang keluar dari UMNO. Namun, IMP gagal mendapat sambutanorang Melayu dan bukan Melayu. Langkah terakhir ialah penubuhan Persidangan Kebangsaan. Konvesyen Nasional ini dianggap berjaya kerana telah disertai oleh pelbagai parti dan persatuan politik yang lain. c) Huraikan isi – isi penting Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957. Antara isi – isi penting Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ialah ia merupakan pembentukan sesebuah kerajaan Persekutuan. Selain itu, ia juga merupakan pemisahan antara kuasa persekutuan dengan kuasa negeri melalui senarai Persekutuan dan Senarai Negeri. Terdapat tiga jenis kerakyatan diwujudkan iaitu secara kuat kuasa undang – undang, permohonan dan naturalisasi.

Seterusnya, institusi raja dijadikan Raja Berperlembagaan di peringkat negeri dan negara. Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan. Agama Islam agama rasmi Persekutuan dan Tanah Simpanan Melayu dikekalkan... Jawapan Esei Bahagian B... 5.a) Pengaruh India telah dibawa oleh golongan Ksyatria atau tentera. Pengaruh ini dibawa dan disebarkan oleh golongan penakluk dari India yang membentuk tanah jajahan takluk di Asia Tenggara.Pengaruh kedua ialah golongan pedagang atau vaisya. Pengaruh seterusnya, dibawa oleh golongan Brahmin atau pendeta. Pendapat keempat ialah proses itu berlaku melalui pengambilan aspek – aspek kebudayaan India yang menarik sahaja yang kemudiannya disesuaikan dengan budaya tempatan untuk di amalkan. b) Raja berkuasa mutlak dalam semua aspek pemerintahan yang meliputi pentadbiran, hubungan luar, ketenteraan , dan khazanah negara. Rakyat takut untuk menderhaka kepada raja walaupun raja tidak bersikap adil. Ini kerana wujudnya kepercayaan bahawa raja merupakan bayangan tuhan. Maka, lahirlah konsep dewa – raja dalam sistem pemerintahan kerajaan awal di Asia Tenggara. Bagi mengukuhkan lagi kedaulatan raja, diwujudkan pelbagai adat istiadat seperti pertabalan raja. Upacara pertabilan ini dipimpin oleh golongan Brahmin. Raja yang terpengaruh sistem Hindu membina kompleks kota yang mengembangkan alam semesta. c) Bahasa sanskrit mempunyai pengaruh yang kuat dalam bidang intelektual. Batu bersurat tulisan sanskrit mempunyai mengandungi maklumat agama, pemerintahan raja. Contohnya di Kutai tentang keturunan raja di Sungai Mas Kedah Tua mengenai agama Buddha. Inskripsi di Palembang memaparkan kemahiran pahat batu yang tinggi, penulisnya mempunyai asas yang kukuh dalam kitab – kitab keagamaan dan bahasa. Bahasa ini telah disesuaikan dalam bahasa Melayu seperti perkataan dukkha, derhaka. Bahasa sanskrit juga terdapat dalam kitab sastera Hindu, Buddha dan Tamil. Bahasa ini juga menjadi ilmu dan komunikasi kerajaan awal di Asia Tenggara.

6.a) Pada peringkat akhir pemerintahan Bani Umaiyah, golongan Mawali merasa didiskriminasi. Bani Umaiyah yang mentadbir pula mula mengabaikan ajarana islam. Kesannya golongan Mawali menyertai gelaran Abbasiyah. Sistem warisan Bani Umaiyah juga telah ditentang oleh orang islam syiah dan Khawarij. Akhirnya Gerakan Revolusi Abbasiyah berjaya menumbangkan Kerajaan Bani Umaiyah. Gerakan ini dimulakan oleh Ali bin Abdullah atas nama ahlul bait agar mendapat sokongan. Pusat operasi mereka di Khurasan, Kufah, dan Humaimah. Ketika ini pemerintahan Abu Jaafar Al Mansur pemerintahan kerajaan ini telah berpindah dari Damsyik ke Baghdad. Kerajaan ini berakhir apabila ditawan tentera Monggol yang diketuai oleh Halagu Khan. b) Semasa pemerintahan Khalifah Harun al – Rasyid dan anaknya al Makmun, Baghdad menjadi Kota intelektuan. Karya asing seperti falsafah dan ssains yunani diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Baitulhikmah telah dibina. Kegiatan penulisan terbahagi kepada tiga tahap iaitu mencatat segala idea atau percakapan, mengumpul idea yang serupa. Penglibatan ulama dalam penulisan. Contohnya, fikah, tafsir dan sejarah. Imam yang terkenal seperti Ibnu Ishaq dan Abu Hanifah.

Jawapan esei (bahagian A)... 1.a) Konsep Keluhuran perlembagaan Keluhuran perlembagaan merupakan prinsip Rukun Negara yang ke tiga. Keluhuran perlembagaan bermaksud keagungan dan ketinggian undang – undang atau perlembagaan itu sendiri. Keluhuran Perlembagaan Malaysia mengatasi Yang Dipertuan Agung, Parlimen, Jemaah Menteri dan Mahkamah. Dengan itu, semua jenis undang – undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia adalah tidak sah. Selain itu, undang – undang Negeri mestilah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Perkara 75 menyatakan undang – undang negeri yang bertentang dengan Perlembagaan Persekutuan adalah terbatal. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa kepada mahkamah untuk membatalkan akta yang diluluskan di luar bidang kuasa Parlimen. Mahkamah berkuasa menentukan kesahihan setiap undang – undang bagi menjamin keluhuran Perlembagaan Malaysia. b) Kepentingan Perlembagaan perlembagaan berperanan untuk menjamin kestabilan sesebuah negara dengan menentukan rangka dan bentuk pentadbirannya. Perlembagaan membantu dalam menjamin kecekapan, kejujuran, keadilan, ketelusan serta kelicinan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah kerajaan. Perlembagaan juga dpat menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bahagi kepada negara. Selain itu, ia dapat menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat di negara ini. Perlembagaan juga memperuntukkan perana Yang di Pertuan Agung dalam menjaga dan memelihara hak istimewa dan kedudukan orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak. Hal ini juga menjamin kerjasama, kata sepakat, keadilan dan kepentingan bersama antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri. Perlambagaan menjadi rujukan utam dalam penggubalan undang – undag persekutuan dan negeri.

2.a) Konsep Raja Berperlembagaan Sistem pemerintahan beraja mengikut penuntutan dalam Perlembagaan Malaysia dan nasihat Perdana Menteri. Semasa menjalankan tugas baginda tidak boleh bertindak sendirian kecuali perkar tertentu yang memerlukan orang raja melayu secara bergilir – gilir mengikut pertuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia. b) Bidang kuasa raja sebagai ketua negara, Yang di Pertuan Agong mengetuai tiga badan kerajaan iaitu Badan Perundangan, Badan Pemerintah dan Badan Kehakiman> yang di Pertuan

Related Documents

Esei
June 2020 35
Esei
May 2020 38
Esei
June 2020 32
Han-han
December 2019 48
Han
November 2019 37