Borang Temu Bual KKT6033 Kaunseling Perkahwinan dan Keluarga Tujuan Temu Bual : Bertujuan untuk memahami perkembangan tugasan keluarga bagi setiap fasa, termasuklah : 1. Tugas perkembangan setiap fasa yang dilalui oleh individu. 2. Isu-isu yang di hadapi bagi setiap fasa Maklumat Responden Nama
: _________________________________________
Umur
: _________________________________________
No.KP
: _________________________________________
Pekerjaan
: _________________________________________
Pengalaman Berkahwin : _______ tahun Bilangan anak
: _______ orang
Maklumat anak
:
Bil.
Nama
Umur
Pekerjaan
(KEIKHLASAN ANDA DALAM MENJALANKAN SESI TEMU BUAL INI DIDAHULUI DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH)
Soalan Temu Bual Peringkat Keluarga dengan Anak Remaja 1. Sila ceritakan perubahan yang berlaku pada anak remaja anda. o Pemikiran / mental (tahap kematangan berfikir / membuat keputusan) o Emosi (sensitif / kurang keyakinan diri / ingin berdikari / mencari identiti sendiri / mudah marah / memberontak / merajuk dll) o Sosial (adakah dipunyai dan diterima oleh rakan dalam sesuatu kumpulan / pengaruh rakan sebaya) o Tingkah laku (mencuba perkara yang baru, kreatif / terjebak dalam aktiviti berbentuk apa) 2. Apakah jenis gaya keibubapaan yang telah anda amalkan semasa pengasuhan anak remaja? o Autoritatif : bersifat tegas, namun sedia mendengar pandangan anak-anak mereka. Anak-anak dididik dengan penuh kemesraan. o Autoritarian : bersifat tidak bertolak ansur, mengenakan kawalan yang ketat, menentukan peraturan keluarga yan perlu dipatuhi tanpa membenarkan mereka mempersoalkannya, menggunakan kaedah disiplin yang bersifat hukuman dan setiap keputusan yang dibuat oleh ibu bapa tidak boleh dibantah. o Permisif : ibu bapa memberikan kebebasan sepenuhnya kepada anak-anak mereka tanpa ada kawalan. Ibu bapa lebih kepada memenuhi keperluan anak-anak mereka. Mereka juga tidak membentuk peraturan keluarga yang jelas. 3. Sejauh mana kualiti perhubungan anda dengan anak remaja? o Adakah anda menjadikan anak sebagai rakan? o Bagaimanakah anda berinteraksi dengan anak? (sentiasa panjang lebar / nasihat / marah) o Adakah anak remaja sentiasa merujuk masalahnya kepada anda? o Adakah anda pernah memberikan penghargaan kepada anak? Apakah kepentingan penghargaan itu kepada anak? 4. Adakah anda mengharapkan anak remaja mencapai kecemerlangan dalam bidang-bidang tertentu? o Akademik / kokurikulum o Adakah anda bersikap realistik terhadap kemampuan anak anda seiring dengan perkembangan umur? o Apa akibat sekiranya mengenakan harapan yang tidak realistik terhadap anak? o Adakah memenuhi keperluan emosi anak penting? 5. Tahap kebebasan yang diberikan kepada anak remaja anda o Ketat / terkawal / bebas sepenuhnya o Adakah peraturan diwujudkan di peringkah awal? Bagaimanakah peraturan ini dibentuk? (ibu bapa menentukan sendiri / perbincangan bersama) o Adakah langkah pencegahan termasuklah pengajaran dan latihan dijalankan? Untuk membina kebolehan remaja serta penyediaan sempadan bertingkah laku. o Contoh pengajaran dan latihan pencegahan yang disediakan.
o
Sekiranya anak remaja bertingkah laku salah, bagaimanakah anda membetulkan salah laku remaja dan membantu mereka supaya tidak mengulangi lagi? Sila kongsikan contoh pembetulan yang pernah jalankan.
6. Sejauhmana anda prihatin atau peka dengan perkembangan biologi remaja? o Apabila anak remaja mempunyai perasaan ingin tahu mengenai seks, apakah tindakan anda? (memberitahu remaja perkara yang sewajarnya / remaja itu sendiri mendapat maklumat daripada sumber sendiri) o Apakah pandangan anda mengenai membicarakan mengenai seks secara terbuka dengan anak-anak? 7. Sejauh mana anda meluangkan masa kualiti dengan anak? o Adakah anda sentiasa sedia mendengar apa jua ingin diberitahu oleh anak atau luangkan masa membantu anak? o Adakah anda dengan anak sentiasa berbincang dan mencari penyelesaian bersama untuk mengatasi masalah yang dihadapi? o Kepentingan masa kualiti terhadap keluarga 8. Apakah cabaran terbesar semasa anak anda menghadapi usia keremajaan? o Bagaimanakah anda mengatasinya? o Adakah wujudnya perbincangan bersama pasangan untuk mengatasinya? o Adakah cabaran ini mempengaruhi kualiti kehidupan keluarga? Peringkat Keluarga dengan Anak Dewasa (Pelepasan) 1. Sudah berapa lama anak dewasa anda meninggalkan rumah? Apakah tujuan meninggalkan rumah? 2. Apakah perasaan anda apabila anak dewasa meninggalkan rumah? 3. Apakah perubahan yang anda masih berusaha untuk menyesuaikan diri? 4. Apakah perubahan positif kepada keluarga? 5. Adakah keluarga awak sudah bersedia menerima kemasukan ahli baru, misalnya menantu? 6. Sekiranya berlaku kemasukan ahli baru, bagaimanakah awak akan menyesuaikan diri dengan perubahan baru? Peringkat Keluarga Pada Usia Tua 1. Pada peringkat ini, anak sudah dewasa dan mempunyai keluarga dan kerjaya masing-masing, hanya meninggalkan anda dengan pasangan di rumah. Apakah harapan anda pada peringkat ini? 2. Perkara-perkara yang akan anda buat untuk mengisi masa kekosongan?