Laporan Simulasi Hanibalain.docx

  • Uploaded by: Balqis Redhuan
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Laporan Simulasi Hanibalain.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 985
  • Pages: 5
NAMA AHLI KUMPULAN : NURAIN ATHIRAH BINTI BIDI (2017142310059) NUR HANI BINTI MOHD IDRIS (2017142310054) BALQIS BINTI REDUAN (2017142310045)

TAJUK OBJEKTIF

: Jom Berkomunikasi :

1. Meningkatkan kemahiran komunikasi verbal dan non-verbal murid. 2. Meningkatkan kemahiran bersosial dalam kalangan murid. 3. Meningkatkan kemahiran bahasa reseptif dan ekspresif murid. 4. Meningkatkan keyakinan dalam diri murid. CIRI-CIRI / MASALAH YANG DIHADAPI PELAJAR AUTISME : 1. Sukar mengadakan komunikasi kontak mata yang baik dengan orang lain. 2. Sukar bergaul kerana suka menyendiri seperti gemar berada di sudut ruangan. 3. Kurang gemar sentuhan sama ada dipeluk atau disentuh. 4. Sukar memahami arahan.

SASARAN

: 6 orang murid bermasalah pembelajaran autisme

GURU PENGIRING : 3 orang guru pengiring TEMPAT

: Kompleks Puteri Gunung Ledang (PGL)

MASA

: 5.30 petang hingga 5.30 petang (satu jam)

PERALATAN : Kon, beberapa paket biskut (bahan imbangan), flash card jenis haiwan, file holder, pita pelekat salotape dan kertas berlabel nama haiwan.

PROSEDUR : A) SEBELUM 1. Kesemua peralatan yang hendak digunakan disediakan dengan secukupnya. 2. Beberapa buah kon disusun. 3. Kertas putih dilabelkan dengan nama haiwan berdasarkan flash card. 4. Kertas putih yang sudah dilabelkan digumpal. B) SEMASA STESEN 1 (ULAT BULU)

:

1. Semua murid diberikan penerangan oleh guru tentang aktivtii yang akan dijalankan di stesen pertama. 2. Murid diminta untuk duduk secara melunjur dalam barisan. Kedudukan ini diibaratkan seperti ulat bulu(memanjang dan rapat-rapat) bersesuaian dengan konsep kerjasama. 3. Kaki murid yang berada di belakang perlu dipegang oleh murid yang berada di hadapan. 4. Seterusnya, aktiviti ulat bulu dimainkan selepas kiraan satu hingga tiga oleh guru. 5. Kumpulan yang paling cepat bergerak boleh mara ke stesen yang seterusnya. Hal ini menandakan kerjasama padu oleh semua ahli kumpulan.

STESEN 2 (IMBANGAN BISKUT) : 1. Seorang murid diminta untuk meletakkan biskut di atas kepala. 2. Murid tadi dibantu oleh dua orang lagi murid yang akan memegang tangannya semasa aktiviti mengimbang biskut. 3. Secara bertiga, aktiviti mengimbang biskut dimulakan oleh murid sambil berjalan mengundur/mengiring.

STESEN 3 (SUAI PADAN)

:

1. Murid dalam setiap kumpulan diminta untuk memilih dua keping flash card jenis haiwan. 2. Kemudian, murid diminta menyuai padankan nama haiwan dengan flash card yang dipilih dengan betul. 3. Murid diminta memilih dan membuka gumpalan kertas yang berlabel dengan nama haiwan yang sepadan dengan flash card tadi.

4. Seterusnya, kertas yang dipilih dilekatkan oleh murid di bawah flash card dengan menggunakan pita pelekat. 5. Pada masa ini, murid diperhatikan oleh guru semasa menyuai padankan nama haiwan dengan flash card yang berkaitan. Sebarang kesalahan murid akan diperbetulkan oleh guru supaya tidak berlaku kecelaruan yang lebih teruk.

STESEN 4 (1, 2, 3…..TEPUK) : 1. Murid diberi arahan bilangan tepukan oleh guru. 2. Kemudian, murid diminta membuat tepukan dengan penuh semangat mengikut kiraan bilangan tepukan oleh guru.

C) SELEPAS 1. Kesemua peralatan yang telah digunakan disimpan sebaiknya. 2. Murid dan guru bekerjasama membersihkan tempat aktiviti dijalankan.

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN YANG DIKENALPASTI : Aktiviti yang dirancang mempunyai kelebihan dan kekuatannya yang tersendiri. Secara umumnya, kesemua murid autisme yang menjalani setiap aktiviti di stesen memberi kerjasama yang baik. Murid mendengar dan mematuhi arahan yang diberikan oleh guru. Selain itu, kesemua bahan dan alatan yang digunakan berfungsi dengan baik dan dalam keadaan selamat sama ada sebelum, semasa atau selepas aktiviti. Keselamatan semua murid juga terjamin dari permulaan sehingga pengakhiran aktiviti. Bagi stesen 1, aktiviti ulat bulu yang dijalankan dapat membantu para murid autisme untuk bergaul antara satu sama lain dan memberi peluang kepada mereka bermain dengan rakan autisme lain. Kesannya, keyakinan diri dan kemahiran bersosial dalam kalangan murid dapat ditingkatkan. Aktivtii ulat bulu juga dapat menerapkan nilai kerjasama dalam kalangan murid. Maka, murid autisme dapat mengetahui dan memahami konsep bekerja secara bersama-sama sebagai sebuah kumpulan. Bagi stesen 2, aktiviti imbangan biskut di atas kepala dapat melatih murid peka dan dapat meningkatkan kemahiran memberi tumpuan murid. Aktiviti ini juga dapat melatih murid mengadakan hubungan mata (komunikasi isyarat mata) dengan rakan-rakan autisme dan guru. Murid juga dapat diajar dengan konsep sentuhan terutama semasa murid perlu berpegangan tangan sesama ahli kumpulan secara bertiga.

Bagi stesen 3, aktiviti suai padan gambar flash card dengan perkataan dapat melatih murid memahami salah satu kaedah untuk berkomunikasi dengan menggunakan gambar sebagaimana konsep PECS. Selain itu, murid dapat menambah kosa kata mereka tentang beberapa jenis haiwan. Kemahiran bahasa reseptif dan ekspresif murid autism juga dapat ditingkatkan. Bagi stesen 4, aktiviti 1, 2, 3…..Tepuk dapat melatih murid untuk meningkatkan kemahiran memberi tumpuan terhadap arahan yang diberikan guru. Di samping itu, aktiviti ini dapat mengajar murid autisme nilai menghargai diri sendiri dan rakan lain kerana mereka telah sama-sama berjaya melaksanakan semua aktiviti yang dijalankan. Terdapat juga beberapa kekurangan yang dikenalpasti sepanjang menjalankan aktiviti. Antara kek;urangan tersebut ialah jarak antara satu stesen ke stesen lain agak dekat. Hal ini menjadi kekangan kepada murid untuk menjalankan aktiviti dengan lebih lapang dan selesa. Maka, masa yang diperuntukkan untuk murid bergerak dari satu stesen ke stesen yang seterusnya agak pendek. Selain itu, salah satu bahan yang digunakan agak tidak sesuai bagi aktiviti imbangan biskut di stesen kedua. Hal ini kerana permukaan plastik biskut yang licin menyebabkannya mudah terjatuh dari atas kepala murid semasa mengimbang.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN : Berdasarkan

kekurangan

yang

telah

dikenalpasti,

terdapat

cadangan

penambahbaikan bagi meningkatkan keberkesanan dan kelancaran aktiviti yang dijalankan. Salah satu cadangan penambahbaikan ialah guru perlu menambah jarak dari satu stesen ke stesen yang lain. Rasionalnya adalah untuk menambah masa dan memberi kelapangan atau keselesaan kepada murid untuk menjalankan aktiviti. Cadangan seterusnya adalah dengan menggantikan paket biskut sebagai bahan imbangan dengan pundi kacang. Pundi kacang lebih sesuai kerana permukaannya yang tidak terlalu licin memudahkan murid untuk mengimbang.

KESIMPULAN

:

Kesimpulannya, objektif aktiviti yang dijalankan dapat dicapai sekiranya kesemua prosedur dan arahan yang diberikan dipatuhi dengan baik. Segala kerjasama padu yang diberikan murid-murid ini mempengaruhi keberhasilan dan keberkesanan aktiviti yang dirancang. Sesungguhnya, pelbagai kemahiran dan perkembangan murid-murid autisme dapat dipupuk

melalui aktivit ini. Kesannya, lahirlah kanak-kanak berkeperluan khas yang berpotensi tinggi dan mendapat kehidupan yang berkualiti dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Related Documents

Simulasi
April 2020 36
Simulasi
June 2020 26
Simulasi
June 2020 20
Simulasi
June 2020 21

More Documents from ""