Teks Forum Gsb.docx

  • Uploaded by: Balqis Redhuan
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Teks Forum Gsb.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,684
  • Pages: 5
Terima kasih kepada moderator kita pada hari ini, Cik Afiqah. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin. Allahumma solli ‘ala Saiyidina Muhammad. Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh. Apa khabar warga IPGKPM pada hari ini? Alhamdulillah. Ketika saya bertandang ke sini sebentar tadi, saya lihat wajah pelajar-pelajar di sini sangat berseri-seri walaupun tiada ‘kumbang’ di sini. Saya rasakan semua pelajar di sini sememangnya bersemangat untuk mendengar forum kita pada hari ini. Baiklah, perkara yang saya ingin kupaskan pada hari ini adalah berkenaan dengan kesantunan nonverbal. Apakah itu kesantunan nonverbal? Konsep nonverbal ataupun tuna bahasa lisan ataupun tanpa bahasa lisan merujuk kepada gerak laku dan mimik muka yang dapat difahami. Oleh itu, kesantunan berbahasa dari segi nonverbal merupakan bahasa tubuh ataupun gerakan anggota badan, mimik muka, gerakan mata dan gerakan tangan. Pertama sekali saya ingin menyentuh tentang strategi kesantunan noverbal iaitu melalui komunikasi wajah kita. Mimik muka kita ini sangat memainkan peranan penting kerana komunikasi wajah kita ini digunakan untuk menzahirkan rasa senang dan tidak senang akan sesuatu perkara, sebagai gambaran kepada aktiviti fizikal dan mental, juga untuk mempamerkan perasaan dominan dan sikap menurut. Penjagaan muka ini dihubungkan dan dikaitkan dengan perasaan malu. Disebutkan oleh seorang tokoh, “apabila kamu tidak mempunyai rasa malu, maka berbuatlah sesuka hati kamu”. Malu itu merupakan sesuatu perkara yang sangat penting kepada seseorang kerana tanpa rasa malu, maruah kita akan mudah tercalar. Seterusnya strategi kesantunan noverbal termasuklah komunikasi mata. Apabila kita melihat mata seseorang, kita dapat mengesan bahawa seseorang itu sedang bersedih, gembira dan sebagainya. Komunikasi mata mempunyai fungsi sebagai penanda hubungan, tanda kembali kepada perbualan, rasa tertarik atau menjarakkan hubungan dan sebagainya. Janganlah kita memandang sesuatu perkara yang tidak halal bagi kita. Pandanglah perkara-perkara yang baik kerana pandangan itu saluran kepada hati. Hati kita ini pula merupakan apa yang dipandang oleh Allah. Mahukah kita sekiranya kita dipandang buruk oleh Allah? Pastinya kita tidak mahu. Di samping itu, strategi kesantunan yang seterusnya adalah berkenaan dengan sentuhan. Sentuhan berfungsi untuk menghiburkan atau memberikan sokongan, menunjukkan kekuasaan dan dominasi. Cuba kita fikirkan waktu yang kita sering bersentuhan, antaranya adalah ketika kita bersolat jemaah. Apabila kita solat berjemaah, sentuhan antara para Jemaah membuatkan cas-cas positif dan negatif di dalam badan kita menjadi stabil. Sangat jelas bahawa apa yang diperintahkan oleh Allah pasti baik untuk kita bukan sahaja dari aspek pengabdian diri kita kepada Allah, tetapi juga daripada aspek saintifik. Seterusnya, strategi kesantunan nonverbal yang saya ingin kupaskan adalah diam. Diam dapat memberikan kesempatan kepada seseorang untuk berfikir, untuk tujuan menyakiti hati orang lain, untuk “memencilkan” diri sendiri, mencegah berlakunya komunikasi serta mengkomunikasikan perasaan ataupun monolog dalaman. Saya suka untuk berkongsi suatu kata-kata yang cukup indah, “barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia diam atau berkata baik”.

Strategi kesantunan yang saya ingin kupaskan adalah berkenaan dengan strategi memberi salam. Seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah sollallahu alaihi wasalam, ‘apakah ajaran islam yang paling baik?’. Rasululllah sollallahu alaihi wasalam menjawab, ‘kamu memberi makan dan memberi salam kepada orang yang kamu kenal dan tidak kamu kenal’. Jadi, jelaslah bahawa

memberi salam adalah sesuatu yang mulia dan digalakkan dalam islam. Strategi memberi salam contohnya dengan menganggukkan kepala atau mempamerkan senyuman sekiranya jarak terlalu jauh. Hadirin yang dirahmati Allah sekalian, marilah kita sama-sama membudayakan dan mengaplikasikan strategi memberi salam dalam kehidupan kita.

Saya ingin merumuskan forum kita pada hari ini dengan serangkap pantun, Yang kurik itu kendi, Yang indah itu bahasa, Yang baik itu budi, Yang indah itu bahasa. Pengerusi : Assalamualaikum w.b.t. dan selamat sejahtera kepada sidang hadiran sekalian. Bertemu kembali dalam rancangan yang tidak asing lagi iaitu Forum Perdana dengan tajuk perbincangan kita pada hari ini ‘Hebatnya Kesantunan’. Pada hari ini bersama-sama saya tiga orang panel yang cukup hebat. Panel pertama yang cantik menawan iaitu ………………………………………………………. panel yang kedua yang tidak lekang senyumannya dari bibir iaitu, Datin Nur Hani Binti Mohd Idris iaitu Naib Pengerusi Persatuan Pengguna Malaysia serta Penasihat Persatuan Mahasiswa UITM. Akhir sekali, panel kita yang ketiga yang begitu ayu mengenakan baju berwarna biru iaitu Ustazah Balqis binti Redhuan yang merupakan lepasan Universiti Al-Azhar dalam bidang pengajian Islam. Pada zaman globalisasi kini (AIN SAMBUNG)

Panel 1 :

Panel 2 : Kesantunan nonverbal ialah komunikasi bahasa tanpa kata-kata atau dikenali sebagai bahasa tubuh dengan cara beradap dan sopan. Konsep kesantunan berbahasa nonverbal merujuk kepada semua perlakuan yang tidak meggunakan bahasa lisan untuk menyampaikan mesej yang dapat difahami. Kesantunan nonverbal merupakan proses pertukaran fikiran dan idea di mana mesej disampaikan seperti melalui isyarat, ekspresi wajah, padangan mata, sentuhan dan gerakan tubuh. Kesantunan nonverbal merujuk kepada perbuatan, ekspresi wajah, bahasa tubuh dan isyarat.

Pengerusi : seterusnya, Professor Ain setiap perancangan perlulah dimulakan dengan strategi, oleh itu, bolehkah Professor Ain berkongsikan dengan sidang dewan mengenai tips yang boleh diamalkan menjadikan orang lebih bersantun dan apa pula yang dikatakan dengan strategi kesantunan nonverbal.

Panel 1 :

Pengerusi : Baiklah begitu mantap penjelasan Professor Ain itu tadi, seterusnya Ustazah Doktor Balqis apakah pendapat anda mengenai strategi kesantunan? Panel 3 :

Terima kasih kepada pengerusi kita pada hari ini. Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin. Allahumma solli ‘ala Saiyidina Muhammad. Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh. Apa khabar warga IPGKPM pada hari ini? Alhamdulillah. Ketika saya bertandang ke sini sebentar tadi, saya lihat wajah pelajar-pelajar di sini sangat berseri-seri. Saya rasakan semua pelajar di sini sememangnya bersemangat untuk mendengar forum kita pada hari ini. Baiklah, perkara yang saya ingin kupaskan pada hari ini adalah berkenaan dengan kesantunan nonverbal. Apakah itu kesantunan nonverbal? Konsep nonverbal ataupun tuna bahasa lisan ataupun tanpa bahasa lisan merujuk kepada gerak laku dan mimik muka yang dapat difahami. Oleh itu, kesantunan berbahasa dari segi nonverbal merupakan bahasa tubuh ataupun gerakan anggota badan, mimik muka, gerakan mata dan gerakan tangan. Pertama sekali saya ingin menyentuh tentang strategi kesantunan noverbal iaitu melalui komunikasi wajah kita. Mimik muka kita ini sangat memainkan peranan penting kerana komunikasi wajah kita ini digunakan untuk menzahirkan rasa senang dan tidak senang akan sesuatu perkara, sebagai gambaran kepada aktiviti fizikal dan mental, juga untuk mempamerkan perasaan dominan dan sikap menurut. Penjagaan muka ini dihubungkan dan dikaitkan dengan perasaan malu. Disebutkan oleh seorang tokoh, “apabila kamu tidak mempunyai rasa malu, maka berbuatlah sesuka hati kamu”. Malu itu merupakan sesuatu perkara yang sangat penting kepada seseorang kerana tanpa rasa malu, maruah kita akan mudah tercalar. Seterusnya strategi kesantunan nonverbal termasuklah komunikasi mata. Apabila kita melihat mata seseorang, kita dapat mengesan bahawa seseorang itu sedang bersedih, gembira dan sebagainya. Komunikasi mata mempunyai fungsi sebagai penanda hubungan, tanda kembali kepada perbualan, rasa tertarik atau menjarakkan hubungan dan sebagainya. Janganlah kita memandang sesuatu perkara yang tidak halal bagi kita. Pandanglah perkara-perkara yang baik kerana pandangan itu saluran kepada hati. Hati kita ini pula merupakan apa yang dipandang oleh Allah. Mahukah kita sekiranya kita dipandang buruk oleh Allah? Pastinya kita tidak mahu. Di samping itu, strategi kesantunan yang seterusnya adalah berkenaan dengan sentuhan. Sentuhan berfungsi untuk menghiburkan atau memberikan sokongan, menunjukkan kekuasaan dan dominasi. Cuba kita fikirkan waktu yang kita sering

bersentuhan, antaranya adalah ketika kita bersolat jemaah. Apabila kita solat berjemaah, sentuhan antara para Jemaah membuatkan cas-cas positif dan negatif di dalam badan kita menjadi stabil. Seterusnya, strategi kesantunan nonverbal yang saya ingin kupaskan adalah diam. Diam dapat memberikan kesempatan kepada seseorang untuk berfikir, untuk tujuan menyakiti hati orang lain, untuk “memencilkan” diri sendiri, mencegah berlakunya komunikasi serta mengkomunikasikan perasaan ataupun monolog dalaman. Saya suka untuk berkongsi suatu kata-kata yang cukup indah, “barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia diam atau berkata baik”.

Pengerusi : Pada zaman pasca merdeka ini, umum mengetahui bahawa segenap masyarakat sudah semakin terhakis dan hilang nilai kesantunan dalam diri mereka, semua yang diperoleh rasa bersyukur tetapi hanya sekejap sahaja, apatah lagi mengucapkan terima kasih. Terima kasih hanya terdiri daripada dua patah perkataan dan sebelas huruf sahaja, tetapi mengapa masyarakat sekarang begitu sukar untuk mengucapkn terima kasih itu. Bolehkah panel-penal sekalian mengupas lanjut mengenai isu tersebut ?

Panel 2 : Saya ingin berkongsi pengalaman saya ketika melawat ke stesen Transit Aliran Massa (MRT) yang baru dibuka. MRT ini sering digunakan oleh masyarakat sebagai pengangkutan kerana ia lebih mudah dan menjimatkan masa. Malang sungguh kerana baru sahaja MRT tersebut dilancarkan kini sudah ada tandatanda vandalisme di kawasan stesen berkenaan. Hal ini kerana terdapat goresan di bangku dan dinding dan kerosakan pada tandas. Hal ini menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab dan tidak berterima kasih rakyat Malaysia kepada kerajaan kita. Terima kasih bukan sahaja kita mengungkapkan ungkapan terima kasih itu sendiri, tetapi cukuplah dengan hanya menghargai pemberian seseorang. Jadi, kita sebagai pengguna perlulah menghargai pemberian tersebut. Panel 1 : tidak mementingkan diri sendiri Pengerusi: Penerangan dan isu yang cukup menarik yang telah disampaikan oleh panelpanel kita pada hari ini. Ustazah Balqis ingin menambah apa-apa berkenaan dengan strategi kesantunan?

Panel 3 : Ya, saya ingin menambah tentang strategi memberi salam sebagai salah satu daripada cara untuk mempraktikkan strategi kesantunan. Di dalam ajaran islam, memberi salam adalah sesuatu yang mulia dan digalakkan dalam memupuk hubungan silaturahim. Strategi memberi salam contohnya dengan menganggukkan kepala atau mempamerkan senyuman sekiranya jarak terlalu jauh. Hadirin yang dirahmati Allah sekalian, marilah kita sama-sama membudayakan dan mengaplikasikan strategi memberi salam dalam kehidupan kita.

Pengerusi : Nampaknya, masa mencemburi kita. Jadi, pada ketika ini bolehkah panel-panel memberikan rumusan yang mendalam tentang aspek kesantunan yang kita bincangkan.

Panel 1 :

Panel 3 : Saya ingin merumuskan bahawa aspek kesantunan adalah sangat penting dan wajar untuk diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Saya ingin berkongsi satu pantun yang sering kita dengar, dan mengandungi makna yang cukup mendalam, Yang kurik itu kendi, Yang indah itu bahasa, Yang baik itu budi, Yang indah itu bahasa.

Panel 2 :

Kesantunan ini perlu dipupuk sejak dari kecil lagi. Golongan yang memainkan peranan penting ialah ibu bapa. Hal ini kerana bayi yang baru lahir umpama kain putih, jadi ibu bapa lah yang akan mencorakkan dan mewarnai kain tersebut. Perkara ini menunjukkan betapa pentingnya peranan ibu bapa dalam usaha melahirkan generasi yang lebih bersopan santun.

Pengerusi : ketiga-tiga panel kita telah habis menyampaikan pandangan mereka sendiri. Baiklah sebelum saya menamatkan majlis kita pada hari ini. Izinkan saya menyampaikan serangkap pantun. Bersarang lebah di pohon palas, Burung kelicap di pohon selasih, Pengetahuan bertambah penerangan jelas, Majlis ucapakan terima kasih.

Oleh itu, sekian terima kasih. Semoga kita bertemu lagi pada forum akan datang.

Related Documents

Teks Forum Gsb.docx
November 2019 4
Forum
April 2020 24
Forum
November 2019 53
Teks Doa.docx
June 2020 21
Teks Pengacara
May 2020 42
Teks Sholawat.docx
June 2020 22

More Documents from "Kardji Agus"