Laporan Penuh Pbs

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Laporan Penuh Pbs as PDF for free.

More details

  • Words: 6,179
  • Pages: 42
0.0 REFLEKSI PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

Saya telah ditugaskan untuk menjalani program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Telok Mas 75460 Melaka, selama dua minggu iaitu bermula dari 23 Mac 2009 sehingga 27 Mac 2009 dan pada 30 Mac 2009 sehingga 3 April 2009. Pelbagai pengalamn baru yang dapat saya rasai kerana ini adalah kali pertama saya menjejaki kaki ke sekolah sebagai guru. Pertamanya dari segi kawasan persekitaran sekolah. Kawasan persekitaran luar sekolah adalah di kelilingi oleh kawasan kediaman penduduk setempat yang terdiri daripada taman

perumahan dan juga kawasan kampung yang agak damai.Keadaan sekolah juga

berhampiran dengan jalanraya utama Melaka-Muar. Persekitaran yang sedemikian ini, amat sesuai bagi proses pengajaran dan pembelajaran. Pengalaman berikutnya adalah berdasarkan hubungan saya dengan para guru di sekolah dan pihak pentadbiran. Pada hari pertama PBS, saya dan 2 orang

guru pelatih

daripada IPIK telah membuat sesi pengenalan dengan Guru Penolong Kanan1, Encik Ghazali Bin Md Yasin.Saya menerangkan tujuan kehadiran saya ke sekolah ini, beserta surat-menyurat dan borang perjanjian untuk ditandatangani oleh saya di hadapan beliau.Saya telah di berikan sedikit taklimat mengenai sekolah ini, latarbelakang, prestasi akademik , ko-kurikulum dan sebagainnya. Saya di bawa ke bilik guru yang kelihatan agak padat untuk para guru yang bertugas di sekolah tersebut. Guru-guru yang mengajar di sekolah tersebut adalah terdiri daripada pelbagai kaum dan majoritinya ialah guru perempuan dan hanya terdapat beberapa orang sahaja guru lelaki.Guru-guru di sana amat memberikan kerjasama kepada kami terutama apabila kami ingin membuat tinjauan semasa mereka mengajar. Mereka tidak kedekut ilmu. Mereka juga ada berkongsi bahan-bahan pengajaran dan menceritakan pengalaman-pengalaman mereka sepanjang menjadi guru kepada kami agar menjadi bekalan panduan kepada kami apabila mengajar kelak. Pengalaman baru yang seterusnya pula ialah mengenai keadaan kelas pemulihan dan murid-muridnya. Secara umumnya kelas pemulihan di sekolah ini adalah di tahap yang boleh dipebaiki. Pelbagai alatan yang lengkap tersedia bagi memudahkan proses pengajaran dan

Page | 1

pembelajaran dilakukan. Antaranya perabot yang lengkap, televisyen, radio, dan pelbagai alat bantuan mengajar yang lain lagi. Suasana kelas yang ceria juga menjadikan murid-murid minat untuk belajar di kelas pemulihan. Terdapat ruang untuk menempatkan bahan-bahan alat bantu mengajar, dan ini memberi peluang untuk para pelajar pemulihan melakukan aktiviti bacaan mereka sendiri. Bilangan murid bagi kelas pemulihan untuk darjah dua adalah seramai 10 orang. Manakala jumlah murid bagi kelas pemulihan tahun tiga adalah seramai 6 orang. Nisbah pelajar lelaki adalah lebih ramai berbanding pelajar perempuan. Kesemua mereka terdiri daripada kaum Melayu. Murid-murid pemulihan di sini rata-ratanya menunjukkan minat untuk memajukan diri dalam pelajaran tetapi mereka memerlukan bimbingan secara khusus dan lansung daripada guru pemulihan. Sikap ibu-bapa turut mewarnai pengalaman saya ketika menjalankan PBS di sekolah ini. Sepanjang sesi persekolahan yang berlangsung dari Isnin hingga Jumaat, pelbagai ragam dan gelagat murid-murid sekolah dapat dilihat. Namun, gelagat ibubapa atau waris murid-murid tersebut menjadi satu persoalan tentang persekitaran sekolah tersebut. Apabila loceng pertama dibunyikan pada 7.25 pagi, ibu bapa masih sibuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah dan apabila loceng kedua dibunyikan pada 7.45, yang menandakan waktu pembelajaran pertama akan dimulakan, masih terdapat ramai ibubapa yang menemani anak-anak mereka hingga ke pintu kelas. Apabila hampir waktu rehat, kantin akan dipenuhi dengan para waris yang menghantar bekal makanan untuk anak-anak mereka. Keadaan nampak lebih sesak walaupun kantin sekolah disediakan dalam sekolah tersebut. Hal ini seolah-olah menunjukkan makanan yang dijual di kantin tidak berkhasiat dan kurang menepati selera pelajar. Sewaktu loceng tamat waktu persekolahan dibunyikan pada 1.35 petang, ibubapa menjemput anak-anak mereka hingga ke dalam kelas malah ada juga yang bebas masuk ke dalam bilik guru untuk bertanyakan tentang sesuatu hal. Keadaan ini menjadikan bilik guru tiada privacy. Ibu bapa bebas memasuki bilik guru sesuka hati mereka. Semua pengalaman di atas adalah amat bermakna untuk saya pelajari dan jadikan tauladan. Semua ini juga menjadi pembakar semangat untuk saya menjadi seorang guru yang cemerlang demi menghasilkan modal insan selari dengan tuntutan falsafah pendidikan negara.

Page | 2

1.0 PROFIL SEKOLAH

Nama Sekolah

: Sekolah Kebangsaan Telok Mas

Alamat Sekolah

: Km 10 Telok Mas, 75460 Melaka

Kod Sekolah

: MBA 2034

No Telefon

: 06-2618835

E-Mail

: [email protected]

Homepage

: www.sekolah.mmu.edu.my/sktelokmas

Gred Sekolah

: Gred A

Sessi Sekolah

: Pagi Sahaja

Bilangan Kelas Biasa

: 24

Bilangan Kelas Pra Sekolah

: 1 Kelas

Bilangan Kelas Pemulihan

: 1 Kelas

Bilangan Guru

: 52 Orang

Bilangan Jaga

: 3 Orang

Guru Besar

: Puan Hjh Arifah Ibrahim

Penolong Kanan Pentadbiran

: En Ghazali Md Yasin

Penolong Kanan HEM

: Puan Hjh Habibah Mohd Saleh

Penolong Kanan Ko K

: Tuan Hj Zali Othman

Guru Media

: Puan Hjh Kasmah Kasban

Guru Bimbingan

: Puan Masihan Kawi Page | 3

2.0 SEJARAH SEKOLAH Tahun 1850-1856 Sekolah pertama dibina

Tahun

1969Pada

tahun

berbentuk bangsal. Ianya terletak di Solok

Kebangsaan

Ketapang, Kampung Teluk Mas, Melaka.

bangunan tambahan. Bangunan baru ini

Pada masa ini tenaga pengajar hanya

setinggi dua tingkat, berdinding batu dan

seorang dan jumlah murid seramai 30

tidak berplaster. Terdapat bilik Guru Besar,

orang.

pejabat pentadbiran, bilik sumber dan 6 bilik

Telok

ini

Mas

Sekolah mendapat

darjah serta sebuah kantin. Jumlah guru Tahun 1857-1861 Sekolah kedua dibina

seramai 16 orang dan 2 orang pekerja.

pada tahun 1857 juga berbentuk bangsal

Bilangan murid seramai 333 orang.

tetapi kelihatan lebih kemas dan tersusun. Ianya dibina dan terletak di belakang Masjid

Tahun

1990

Pada

tahun

ini

Sekolah

Kampung Teluk Mas sekarang. Bilangan

Kebangsaan Telok Mas mendapat sebuah

muridnya seramai 41 orang dan tenaga

lagi bangunan tambahan 3 tingkat dengan 4

pengajarnya seorang.

buah bilik darjah, sebuah bilik sembahyang, sbuah bilik pusat sumber, perpustakaan

Tahun 1862-1933 Sekolah ketiga dibina di

termasuk bilik radio TV Pendidikan. Pada

Solok Kampung Jawa ( kini dikenali Solok

tahun 1990 keramaian murid sekitar 398

Kampung Pantai ) Bangunannya berbentuk

orang dan bilangan pelajar ini bertambah

limas, bertiang batu, berlantaikan papan

dari semasa ke semasa.

dan beratapkan genting bagi menggantikan sekolah kedua. Bilangan guru seramai 4

Pada 6 Disember 1991 sekolah ini telah

orang dan pelajar sekitar 140 orang. Pada

dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka,

tahun

Tan Sri Haji Ab. Rahim Bin Datuk Tambi

1914

seramai

7

orang

murid

perempuan telah belajar di sekolah ini.

Chik PSM, DGSM, DPMJ, SSSA, AMN, PJK. Padang sekolah juga disediakan untuk

Tahun 1934 Sekolah keempat dibina di

kegiatan sukan dan pendidikan jasmani dan

Jalan Tambak Bongkok ( kini Jalan Daing

kesihatan. Pada tahun 1992 kantin pula

Tawi ). Bangunan kayu bertiang batu

diperbesarkan

setinggi 10 kaki berlantaikan papan dan

dengan marmar.

dan

dilengkapi

lantainya

beratapkan genting Page | 4

Tahun 1999 hingga kini.. Pertambahan penduduk di kawasan sekitar telah mendorong untuk pembinaan sebuah lagi bangunan tambahan. Pembinaan Taman Seri Telok Emas yang terletak bersebelahan kawasan sekolah telah mengakibatkan pertambahan pelajar di sekolah ini secara mendadak. Pertambahan pelajar telah meningkat sekali ganda dan mencecah ke hampir 730 orang. Bangunan baru ini setinggi 4 tingkat yang mengandungi 7 buah bilik darjah, sebuah Bilik Sains,sebuah Bilik Komputer, sebuah Bengkel Kemahiran Hidup, pejabat dan setiap aras dilengkapi dengan kemudahan tandas. Bangunan ini telah dibina di atas tapak Taman Siti Baizura yang merupakan sumbangan seorang kontraktor tempatan. Taman ini pernah menjulang dan menaikkan nama Sekolah Kebangsaan Telok Mas kerana keindahannya. Namun demi kemajuan anak-anak di kampung ini , maka terpaksalah taman ini dikorbankan dan terbinalah bangunan baru yang berdiri gagah ini.Bangunan ini mula dibina pada tahun 1998 dan dapat digunakan ketika sesi persekolahan tahun berikutnya iaitu tahun 1999 bermula dengan menempatkan semua pelajar tahun 6, tahun 5. dan sebuah kelas tahun 4. Kini blok ini dijadikan blok pentadbiran dan dikenali dengan Blok A. 2.1 Bagaimana SKTM mendapat nama? Sekolah KebangsaanTelok Mas mendapat nama daripada nama Kampung Teluk Mas sendiri. Menurut cerita Tuan Haji Bokhari ( Penghulu Kampung Teluk Mas ) Kedudukan Kampung Teluk Mas yang terletak berhampiran dengan Pantai Selat Melaka dan fizikal bentuk muka buminya berteluk. Menurut sejarah yang disampaikan secara turun-temurun, orang-orang Bugislah yang telah meneroka dan membangunkan Kampung Teluk Mas ini, nama-nama seperti Daing Othman,dan Daing Siang sudah tidak asing lagi bagi penduduk di kampung ini. Jalan Raja Haji, Jalan Daing Tawi, Kampung Tambak Bugis dan Batu Bugis adalah nama-nama peninggalan sejarah orang Bugis di kampung ini.

Page | 5

Pada suatu hari seorang nelayan pergi menjala udang di kawasan teluk. Di jalanya telah tersangkut beberapa ketulan emas kecil. Berita penemuan ini telah mendorong nelayan terutama dari kawasan Bandar Hilir datang beramai-ramai mencari emas di kawsan laut berhampiran Teluk Mas. Mereka mengumpul sebanyak mungkin dan memunggah emas ke dalam sampan. Rasa tamak telah menguasai diri mereka. Dengan takdir Allah, sampan yang penuh dengan emas tersebut telah terbalik dan kesmua emas tadi jatuh ke dasar laut. Peristiwa tersebut telah menjadi pengajaran bagi semua penduduk kampung. Sebagai mengingati peristiwa tersebut penduduk kampung menamakan kampung mereka dengan nama Kampung Teluk Mas dan kekallah sehingga sekarang. Begitulah secara ringkas kewujudan nama Teluk Mas. 3.0 PENGASAS SEKOLAH Pihak pengurusan sekolah masih belum mendapat bukti yang jelas dan tepat tentang siapakah yang bertanggungjawab mengasas dan menubuhkan Sekolah Kebangsaan Teluk Mas pada awal tahun 1850-an. Ketiadaan bukti sejarah amat sukar untuk mengenal siapa pengasas penubuhan sekolah ini. Walau bagaimanapun melalui temubual dan cerita masyarakat setempat, kemungkinan besar penubuhan sekolah terawal bermula semasa penempatan orang Bugis selepas kegagalan mereka menawan

Kota

Melaka

daripada

pemerintahan

Belanda

pada

tahun

1641.

Daripada beberapa perbualan dengan masyarakat tua di kampung ini dipercayai bahawa Daing Othman dan Daing Siang adalah orang yang bertanggungjawab mendirikan institusi pendidikan yang berupa sebuah pondok untuk mendidik anak-anak mempelajari agama Islam dan membaca kitab suci Al-Quran. Kita semua maklum bahawa orang Bugis amat patuh dan taat kepada agama Islam terutama pada zaman pemerintahan Raja Haji dahulu.

Akibat daripada pembangunan ilmu pendidikan, kaedah pengajaran telah dipelbagaikan dan kanak-kanak di ajar menulis dan membaca tulisan jawi. Saad Bin Page | 6

Daing Othman memperkembangkan institusi pendidikan dengan mendirikan sebuah bagsal yang agak selesa dan kemas. Bertitik tolak daripada usaha inilah masyarakat setempat telah bersatu tenaga dan bermuafakat mendirikan sebuah bangunan daripada papan untuk dijadikan sekolah bagi mendidik anak-anak tempatan. Usaha ini diteruskan oleh anak beliau yang bernama Haji Muhammad Bin Haji Saad. Haji Muhammad Bin Haji Saad adalah cucu kepada Daing Othman. Beliau dilahirkan pada 28 Februari 1903 di Kampung Teluk Mas. Beliau mendirikan rumahtangga pada 28 Februari 1928 dan dikurniakan 2 orang nak perempuan dan seorang nak lelaki. Beliau menjadi pengasas penubuhan sekolah rendah rakyat pada masa tersebut. Usaha beliau yang memberikan bantuan tenaga dan sumber kewangan bagi mendirikan bagunan sekolah rendah amat dikagumi rakyat tempatan. Beliau menjadi seorang guru dan mengajar di Sekolah Kebangsaan Ayer Molek dan kemudian bertukar ke Sekolah Kebangsaan Telok Mas dan bertukar ke Sekolah Kebangsaan Batu Gajah. Beliau kemudiannya ditugaskan di Sekolah Kebangsaan Teluk Mas semula dan bersara di sini. Beliau meninggal dunia pada 10 Disember 1984 akibat sakit tua.

4.0 BENDERA DAN MOTTO SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK MAS

Page | 7

1. Saiz bendera sekolah ialah : 176 x 95 cm. 2. Bendera sekolah adalah terdiri daripada tiga jalur utama iaitu :

Merah : Melambangkan semangat yang begitu tinggi dan berkobar-kobar seluruh warga SKTM dalam mengejar segala yang dicita-citakan. Putih: Keluhuran hati dan kesucian budi seluruh warga SKTM dan masyarakat persekitarannya. Lencana sekolah di tengah-tengah menunjukkan bahawa SKTM terletak di atas sebuah masyarakat yang berhati suci dan mulia. Biru :

Setiap apa yang dilakukan dalam usaha mengejar cita-cita yang

dihasratkan

adalah

berlandaskan

semangat

kasih

sayang

serta

hormat

menghormati sesama warga SKTM. Motto sekolah : " USAHA JAYA " Adalah cogankata yang pendek dan tepat serta berupaya mengungkapkan seribu pengertian. Jelas menunjukkan bahawa setiap kejayaan yang ingin dikecapi tidak akan datang bergolek di hadapan kita jika hanya duduk menadah tangan tetapi perlu diikuti dengan usaha yang tidak mengenal erti jemu. Kejayaan yang manis diirngi dengan usaha yang gigih dan tekun akan lebih bermakna. Kata-kata ini bukan sahaja ditujukan kepada murid-murid malah kepada guru-guru , kakitangan sekolah, ibu bapa serta masyarakat persekitaran sekolah. Pendek kata kita tidaklah sepatutnya menyerah diri kepada takdir semata-mata, sebaliknya perlu mempertingkatkan usaha jika ingin mencapai sesuatu kejayaan yang cemerlang. .

5.0

LENCANA

SEKOLAH Page | 8

1. Saiz

:

Tinggi 5 cm Lebar 4.7 cm

2. Motto

:

3. Warna

:

a) Kuning

USAHA JAYA

-

Warga Sekolah Kebangsaan Telok Mas sentiasa patuh dan taat kepada printah

b) Hijau

-

Warga SK Telok Mas, sentiasa patuh dan taat kepada ajaran agama.

c) Putih

-

Warga SK Telok Mas menunjukkan kesucian fikiran, perkataan dan perbuatan.

d) Biru

-

Warga SK Telok Mas menunjukkan kesepaduan dan saling sayang menyangi antara satu sama lain.

4. Obor

:

Menunjukkan kesanggupan warga SK Telok Mas berkorban untuk orang lain.

6.0 LAGU SEKOLAH

Page | 9

Di bawah bumbung ini, Sekolah Telok Mas bertuah, Kami tanam azam dan tekad, Bersama menimba ilmu.

Di bawah bumbung ini, Sekolah Telok Mas bertuah, Kami berdoa kepada Illahi, Semoga tercapai cita.

Kami berjanji akan berusaha, Menuju ke arah yang jaya, Dan menyahut seruan negara.

BANGUNAN SEKOLAH PERPUSTAKAAN Page | 10 SEKOLAH PONDOK PENGAWAL

7.0 KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR

PADANG SEKOLAH

KANTIN SEKOLAH

MAKMAL 8.0KECERIAAN KOMPUTER

SEKOLAH

PRA SEKOLAH

AIR TERJUN SUDUT

LORONG SUDUT MATEMATIK

Page | 11

TAMAN

BILIK

PENGERUSI PN HJH ARIFAH BT IBRAHIM GURU BESAR

NAIB PENGERUSI

SETIAUSAHA

ENCIK GHAZALI BIN MD YASIN

PN SITI MAIMUNAH BTE SULAIMAN

GURU PEN. KANAN 1

GURU PEMULIHAN

AHLI JAWATANKUASA PROGRAM PEMULIHAN KHAS SEKOLAH

PN HJH NORAINI BT DAUD KETUA PANITIA MATEMATIIK

PN AZLINA BT AHMAD KETUA PANITIA BAHASASUDUT MELAYU J-

ANALISA

9.0 JAWATANKUASA PROGRAM PEMULIHAN KHAS SK TELOK MAS TAHUN 2009 PN SITI MAZIAH ZAKARIA GURU MATEMATIK 2P

PN FAIZAH BT UZIR GURU MATEMATIK 3P

PN NORHAYATI BT MARZUKI

EN ROSLEY BT MAT SIN

GURU BM 2P

GURU BM 3P

PUAN MASIHA BTE KAWI GURU KAUNSELING

Page | 12 PN ROZITAH BT OTHMAN GURU KAUNSELING

10.0 PENGENALAN Di dalam setiap sekolah, sistem pengurusan fail adalah amat penting bagi memastikan setiap maklumat yang di perolehi, dapat di failkan dan menjadi salah maklumat penting untuk kegunaan rasmi.Sebagai contoh jika terdapat kunjungan rasmi daripada Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah.Setiap fail merupakan maklumat rahsia sekolah dan penting jika terdapat sebarang permasalahan berhubung dengan program yang di jalankan. Berdasarkan kepada garis panduan pelaksanaan program pemulihan khas, pengurusan fail dalam kelas pemulihan adalah selari dengan pengurusan fail sekolah. Maklumat dalam sistem fail ini seperti maklumat pelajar, prestasi pelajar dan Page | 13

sebagainnya, menjadikan sistem pengurusan fail ini sangat penting di dalam sesebuah pentadbiran sekolah. Objektif pelaksanaan sistem pengurusan fail ialah: Memastikan setiap rekod yang ada di simpan dengan baik  Memahami kepentingan penyimpanan rekod dan penyelenggaraan yang baik setiap rekod-rekod kerajaan.  Mempermudahkan pengurusan pentadbiran sekolah dalam mengemaskini profil pelajar  Mengenalpasti rekod individu murid dengan lebih berkesan

11.0 REFLEKTIF 1 Berdasarkan kepada pengamatan dan pemerhatian saya kepada sistem pengurusan fail kelas pemulihan di Sekolah Kebangsaan Telok Mas ini, secara keseluruhannya berada di landasan yang betul, serta mengikut Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas,Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia. Terdapat beberapa perkara yang pada pandangan saya perlu di perbaiki mengenai sistem pengurusan fail, kelas pemulihan di sekolah ini. Pertama, berkaittan dengan tempat penyimpanan fail. Berdasarkan kepada pemerhatian, penyimpanan rekod fail-fail tersebut, kurang efektif kerana tempat penyimpanan fail bercamur dengan Page | 14

fail-fail murid, buku latihan serta alat-alat bantu mengajar. Perlunya ada tempat penyimpanan yang khusus bagi kesemua fail-fail ini. Perkara kedua yang perlu di beri perhatian ialah penggunaan fail yang kurang kualti. Mengikut spesifikasi ISO yang sebenar, penggunaan fail keras adalah paling tepat sekali untuk urusan-urusan rasmi fail. Kualiti yang tahan lama serta penyimpanan setiap helaian rekod yang di jamin keselamatannya, membantu

mewujudkan satu

sistem pengurusan fail yang berkesan dan efisyen. Perkara ketiga adalah di lihat dari aspek kesesuian rekod yang yang di perolehi dengan fail yang bertepatan dengan nama fail yang ingin dibuka. Ketika membuat pemerhatian, di dapati terdapat kekeliruan rekod yang sepatutnya di masukkan di dalam fail yang bersesuaian. Sebagai contoh surat daripada Jabatan Pelajaran Negeri dengan surat mesyuarat kelompok Zon, di masukkan pada fail yang sama. Seharusnya di asingkan rekod tersebut di dalam Fail Mesyuarat Kelompok dengan Fail Surat Sebaran.Secara keseluruhannya, sistem pengurusan fail di kelas ini, masih perlu di perkemaskan lagi untuk memudahkan setiap pergerakan, dan membantu pentadbiran sekolah dengan lebih kemas, teratur dan berkesan.

Page | 15

12.0 SISTEM PENGURUSAN FAIL KELAS PEMULIHAN KHAS SEK.KEB. TELOK MAS, MELAKA.

FAIL PERANCANGAN PROGRAM PEMULIHAN FAIL MAKLUMAT MURID

FAIL JAWATANKUASA PEMULIHAN KHAS

FAIL PENILAIAN MURID

FAIL SURAT SIARAN

JENIS-JENIS FAIL

FAIL PERANCANGAN PROGRAM PEMULIHAN

FAIL MESYUARAT KELOMPOK

FAIL PERALATAN PEMULIHAN

FAIL DATA MURID FAIL UJIAN DIAGNOSTIK

FAIL LEMBARAN KERJA

13.0 JENIS-JENIS SISTEM FAIL KELAS PEMULIHAN KHAS SEK.KEB. TELOK MAS

13.1 FAIL MAKLUMAT MURID

Di dalam fail maklumat pelajar ini, maklumat yang terdapat di dalam fail ini ialah, senarai nama murid-murid kelas pemulihan tahun 2009. Sebagai contoh terdapat 2 kelas yang terlibat di dalam kelas pemulihan khas iaitu kelas 2 pandai dan 3 pandai (rujuk lampiran). Selain daripada itu, maklumat berkaitan dengan Lampiran E ( rujuk lampiran)

profil murid pemulihan khas

yang mempunyai maklumat berkaitan latar belakang

murid secara umum, latar belakang keluarga, jenis pemakanan di rumah, penggunaan masa lapang , hobi dan sebagainnya.Selain daripada itu, borang pencalonan kemasukan ke program pemulihan khas juga terdapat di dalam fail maklumat murid ini. Borang ini merupakan salah satu data penting dalam carta aliran proses pelaksanaan program pemulihan khas.

13.2 FAIL PENILAIAN MURID

Di didalam fail ini, secara keseluruhannya ianya merangkumi

maklumat

berkaitan degan prestasi individu murid-murid.Sebagai contoh keputusan ujian IPP2M saringan 1, IPP2M saringan 2dan sebagainnya. Saringan ini di jalankan untuk menentukan samada murid tersebut lulus dan gagal di dalam kemahiran membaca dan menulis. Selain daripada itu, maklumat berkaitan dengan rekod prestasi individu, di mana pelbagai kemahiran yang di uji seperti berkikut: Huruf kecil,  Huruf besar,

 Huruf vokal,  Sukukata KV,  Perkataan KVKV,  Perkataan VKV  Perkataan KVKVKV  Sklils Maths  IPP2M

13.3 FAIL PERANCANGAN PROGRAM PEMULIHAN

Maklumat

fail ini. berkaitan dengan laporan

pemulihan khas, perancangan pemulhan khas secara tahunan, perancangan jadual waktu kelas, takwim program pemulihan khas sekolah, analisa SWOT bagi kelas pemulihan, carta gantt dan sebagainnya. Secara keseluruhannya, fail ini mempunyai maklumat berkaitan perancangan serta programprgram yang akan di jalankan oleh penyelaras kelas pemulihan

secara

peringkat

sekolah,

ataupun

peringkat zon dan negeri.

13.4 FAIL DATA MURID Fail di dalam

data murid ini, merangkumi data murid

pemulihan khas, berdasarkan kepada format Unit Pendidikan Khas, Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Melaka. Maklumat tersebut, merangkumi jumlah keseluruhan enrolmen murid SK Telok Mas mengikut jantina, bilangan murid yang belum menguasai 3M mengikut jantina, bangsa serta peratusan murid-murid yang memasuki kelas pemulihan khas. Data ini penting, bagi tujuan pemantauan serta jumlah sebenar murid pemulihan secara keseluruhannya di Melaka. Data ini, akan di gunakan oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), untuk melaksanakan pelbagai program, serta memastikan setiap aktiviti dapat di laksanakan dan mencapai objektif.

13.5 FAIL JAWATANKUASA PEMULIHAN KHAS

Di dalam fail ini, maklumat yang terdapat di dalam fail ini ialah berkaitan dengan minit

mesyuarat

pemulihan

yang

dianggotai

oleh

jawatankuasa program pemulihan khas peringkat sekolah 2009. Di dalam fail ini, setiap pergerakan kelas pemulihan akan di catatkan laporan, dan di bentangkan di dalam mesyuarat pemulihan peringkat sekolah. Selain daripada itu, jawatankuasa pemulihan khas yang terdiri daripada Guru Besar, Guru Penolong Kanan 1, Ketua Panitia BM dan Matemaik, Guru Bahasa Melayu dan Guru Matematik.

13.6 FAIL PERALATAN PEMULIHAN KHAS Di dalam fail ini, maklumat yang ada ialah berkaitan dengan senarai peralatan yang terdapat di Kelas Pemulihan seperti meja murid, rak carta, langsir, air-condition, white-board,

lampu,

kipas

dan

sebagainnya.Fail

ini

berkaitan dengan pembelian peralatan , surat akuan penerimaan. Dengan kata lain ianya berkaitan dengan invois pembelian. Secara keseluruhannya, fail ini merangkumi setiap maklumat yang berkaitan dengan pembelian untuk kelas pemulihan seperti kelengkapan peralatan kelas dan sebagainnya.

13.7 FAIL MESYUARAT KELOMPOK Fail ini, merangkumi maklumat mesyuarat pemulihan secara kelompok. Iaitu mengikut kawasan/zon di dalam

sesuatu kawasan. Sebagai contoh, SK Telok Mas, di bawah kawasan Dun Bukit Cina.Setiap mesyuarat kawasan bagi sekolah-sekolah di bawah satu DUN, akan bekerjasama menjalankan aktiviti yang di rancangkan.Sebagai contoh baru-baru ini satu sukan pemulihan khas telah di jalankan, dan di hadiri oleh murid-murid di kawasan DUN Bukit Cina.

13.8 FAIL SURAT SIARAN Fail ini mempunyai maklumat berkaitan dengan suratsurat yang di perolehi daripada Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah Melaka Tengah, berhubung dengan perkara-perkara yang bekaitan dengan program pemulihan.Sebagai

contoh

kursus

–kursus

pengajaran,taklimat kutipan data. Kebiasaanya, fail surat siaran ini, memerlukan guru pemulihan untuk menghadiri sessi taklimat serta aktiviti-aktiviti yang di rancangkan oleh jabatan pendidikan khas,

13.9 FAIL LEMBARAN KERJA Fail ini, menghimpunkan hasil kerja /latihan secara individu. Lembaran kerja tersebut,

merangkumi

kertas

latihan

matematik serta lembaran kerja bahasa

melayu. Setiap murid mempunyai satu fail individu yang mempunyai setiap kertas latihan.Jika pelawat datang untuk melihat sistem pengurusan pemulihan, fail ini boleh di jadikan bukti kelas pemulihan khas ini, berjalan seperti yang di rancang.

13.10 FAIL UJIAN DIAGNOSTIK Ujian Diagnostik merupakan satu bentuk ujian yang di gunakan untuk memastikan murid-murid menguasai kemahiran membaca atau menulis.Ujian ini di gunakan

untuk

murid-murid

pemulihan

khas, yang di berikan kepada mereka, untuk menentukan samada mereka sudah menguasai kemahiran ini ataupun tidak.

14.0 SISTEM PENGURUSAN FAIL ( GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS 2008 JABATAN PENDIDIKAN KHAS KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA) Mengikut sistem pengurusan fail yang standard,spesifikasi garis panduan pelaksaaan program pemulihan khas adalah seperti berikut:1. Fail Individu Murid yang mengandungi dokumen seperti berikut:  Borang Pencalonan.  Profil Murid Pemulihan.  Ujian Saringan dan Diagnostik  Rekod Prestasi Ujian Diagnostik  Hasil Penilaian yang telah dijalankan.  Catatan-catatan lain yang berkaitan dengan murid. 2. Fail Lembaran Kerja Bahasa Melayu/ Matematik (disediakan secara individu)  Rekod Prestasi Ujian Diagnostik  Lembaran Kerja 3. Fail Jawatankuasa Pemulihan Khas Peringkat Sekolah 4. Fail Data Murid 5. Fail Perancangan Program Pemulihan Khas  Pelan Tindakan Program  Takwim program  Carta Gantt aktiviti sepanjang tahun  Jadual Waktu  Borang Tindakan Susulan

15.0 BANDING BEZA SISTEM PENGURUSAN FAIL Banding beza sistem pengurusan fail sekolah ini akan di lihat persamaan dan juga perbezaannya dengan sistem pengurusan fail mengikut standard garis panduan pelaksanaan program pemulihan khas, Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.

PERSAMAAN

1. Sistem pengurusan fail di laksanakan adalah bertujuan untuk memudahkan pentadbiran sekolah dan juga pengurusan pejabat pendidikan negeri masing-masing.

2. Memudahkan pemantauan bagi setiap rekod dan murid.Sebagai contoh prestasi akademik

3. Memudahkan membuat proses ‘follow-up’ dan perancangan serta aktiviti program pemulihan khas, di peringkat zon/ daerah dan negeri, mengikut rekod serta profil di dalam fail pemulihan khas.

4. Proses pelaksanaan dan pencerapan di lakukan untuk memastikan kelemahan dan kekuatan sesuatu program.

PERBEZAAN

PENGURUSAN FAIL SEK KEB TELOK MAS

- Fail yang di gunakan daripada kertas yang nipis dan mudah rosak dan tidak tahan lama

- Data-data yang disimpan tidak di kemaskini secara teratur

- Sistem pengurusan fail tidak sistematik. Tidak mempunyai tempat khusus penyimpanan fail dan rekod - Tiada nombor rujukan fail untuk setiap surat siaran yang di failkan.

PENGURUSAN FAIL STANDARD

KUALITI FAIL

PENGEMASKIN IAN DATA

PENYIMPANA N

RUJUKAN NOMBOR FAIL

- Fail keras adalah fail yang sangat sesuai di gunakan kerana tahan lama dan tidak mudah rosak - Data-data perlu di kemaskini secara teratur dan di asingkan mengikut tahun-tahun terbaru

- Perlu mempunyai tempat penyimpanan fail yang sistematik. Tidak bercampur dengan bahan-bahan lain - Perlu ada rujukan nombor tertentu untuk memudahkan pengurusan sekolah dan guru pemulihan

16.0 PENGENALAN Di dalam setiap sekolah,pengurusan kelas merupakan salah satu agenda yang penting dalam memastikan sistem pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan. Lebih-lebih lagi dengan di dalam kelas pemulihan khas. Dalam pendidikan pemulihan khas, bilik / kelas merupakan satu daripada keperluan asas yang utama yang perlu disediakan kerana mengikut konsep pemulihan khas. Murid-murid yang ketinggalan / lemah dalam pelajaran di kelas biasanya akan dibawa keluar dari kelas dan dimasukkan ke bilik yang disediakan khas untuk pengajaran dan pembelajaran pendidikan pemulihan. Dengan yang demikian dalam menentukan bilik / kelas yang sesuai dan paling ideal, beberapa ciri / keperluan perlu di ambil kira.Di antara tujuan pengurusan kelas yang berkesan adalah 1. Masa, tenaga dan alat-alat pengajaran dapat digunakan dengan sebaik-baiknya untuk mencapai objektif pengajaran. 2. Dapat menggunakan kemudahan yang terdapat dalam kelas dengan berkesan. 3. Dapat mengadakan suasana pembelajaran yang menggalakkan.

17.0 REFLEKTIF 2 Berdasarkan kepada pengamatan sistem pengurusan kelas di sekolah ini, pada asasnya kedudukan kelas yang agak hujung blok C, berdekatan dengan kantin sekolah, makmal komputer, pintu belakang sekolah merupakan lokasi yang mempunyai pro dan kontranya yang tersendiri.Pengurusan kelas yang mempunyai 2 bay, sebenarnya sesuai dengan bilangan pelajar kurang daripada 20 orang. Secara keseluruhannya, persekitaran dalaman kelas perlulah di perbaiki lagi memandangkan kelas pemulihan ini, memerlukan satu bentuk suasana yang mendatangkan minat pelajar itu sendiri untuk memasuki kelas pemulihan. Kurangnya tatarias bilik pemulihan, serta penggunaan bahan alat bantu mengajar yang agak lusuh serta terdapat kesankesan koyak, menyebabkan suasana agak muran di seluruh persekitaran kelas pemulihan ini. Pada dasarnya, kelas ini mempunyai lantai yang bersih, marmar , selesa dengan kipas, penghawa dingin, tetapi kurang di gunakan secara fleksibal. Sebagai contoh terdapat alat-alat ICT seperti komputer, televisyen, radio, tetapi tidak di gunakan dan hanya di letakkan sahaja di sudut yang terdapat di dalam ruang pemulihan khas. Faktor guru pemulihan yang agak berusia, mungkin menjadi faktor utama tatarias, serta penggunaan sepenuhnya alat-alat bantuan mengajar tidak dapat du gunakan sebaik mungkin, khususnya dalamn proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, pengurusan kelas dari aspek murid, jadual waktu , penyusunan fizikal peralatan kelas juga perlu di berikan penekanan supaya mewujudkan keselasaan pelajar itu sendiri. Sebagai contoh, penyusunan meja belajar murid

membelakangi papan putih. Ini menyukarkan pelajar tersebut untuk menulis, dan terpaksa memusingkan badan untuk menulis. Secara tidak langsung pengajaran akan terganggu dan boleh menyebabkan masalah kesihatan pada jangka masa yang panjang. Secara keseluruhannya, sistem pengurusan kelas di sekolah ini perlulah di lakukan dengan lebih baik agar sistem pengurusan kelas ini nampak sistemtik dan pentadbirannya akan lancar dan berkesan 18.0 PENGURUSAN KELAS PEMULIHAN SEK.KEB.TELOK MAS

18.1 FIZIKAL DAN PERSEKITARAN Secara kasarnya, lokasi kelas pemulihan ini terletak di bahagian hujung Blok C. Bangunan Sk Telok Mas ini, mempunyai 4 Blok bangunan, termasuk blok bangunan yang baru di bina. Lokasi kelas pemulihan ini, pada awalnya merupakan bilik stor, dan di ubahsuai menjadi kelas pemulihan. Secara fizikalnya, kelas pemulihan di sekolah ini terdiri daripada 2 bay bangunan, mempunyai kemudahan elektrik, penghawa dingin serta peralatan-peralatan asas kelas. Persekitaran kelas pemulihan ini, jika di lihat di pelan di bawah (rujuk rajah) kelas ini, berdekatan dengan

kelas tahun 1 yang sentiasa berjalan proses P&P. Selain itu, kelas ini

berdekatan dengan kantin serta makmal komputer. . 2B

2A

1P

TANGGA

SPBT

BILIK

BLOK C

KAUNSELING 1C

1B

1A

TANGGA

BILIK PEMULIHAN (ARAS 1)

MAKMAL KANTIN

KOMPUTER

Rajah : Pelan Tapak Kelas Pemulihan Khas Sekolah Kebangsaan Telok 18.2 KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR Menurut Dr . Fred

Jones, dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang kondunsif dan selesa, untuk

mendatangkan minat murid, persekitaran kelas menjadi faktor utama, selain daripada keceriaan, kebersihan, kemudahan infrastruktur juga salah satu penyebab suasana proses pengajaran dan pembelajaran itu menjadi lebih berkesan. Kemudahan-kemudahan yang terdapat di dalam kelas pemulihan ini adalah seperti berikut:-

MEJA BELAJAR

MEDIA ELEKTRONIK

MEJA BELAJAR

MEJA BELAJAR

PAPAN TULIS PUTIH

PENGHAWA DINGIN

PAPAN TULIS PUTIH

ALMARI /RAK BUKU

18.3 PERALATAN BAHAN BANTU MENGAJAR Di dalam sesebuah kelas pemulihan, perlunya kelas dipenuhi dengan bahanbahan bantu mengajar, yang boleh membantu sedikit sebanyak di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Sistem pengurusan kelas yang betul, terutamanya kelas pemulihan, keperluan bahan-bahan alat membantu mengajar ini menjadikan kelas tersebut bukan sahaja ceria, tetapi penuh dengan informasi yang berguna kepada murid pemulihan khas. Bahan bantu mengajar yang terdapat di kelas pemulihan ini, terbahagi kepada 2 bentu utama iaitu:•

Bahan Bercetak Contoh bahan bercetak adalah seperti kad-kad, buku bacaan bergred, carta ,

poster, buku rujukan, buku bertulis dan sebagainnya. •

Bahan Bukan bercetak Contoh bahan-bahan bukan bercetak adalah seperti komputer, radio, VCD, DVD,

CD ROM

18.4 BAHAN-BAHAN BERCETAK PAPAN KENYATAAN

RUANG BAHASA

BUKU BACAAN

CONTOH BAHAN-BAHAN BANTU MENGAJAR (BAHAN

KAD-KAD BACAAN

18.5 BAHAN-BAHAN BUKAN BERCETAK TELEVISYEN/AUDIO

KOMPUTER

CD-ROM

CONTOH BAHAN-BAHAN BANTU MENGAJAR (BAHAN BUKAN

BACAAN ELEKTRONIK

18.6 PENYUSUNAN FIZIKAL KELAS Penyusunan fizikal seperti perabot, alat tulis, penyusunan kerusi

belajar,

kedudukan pelajar, kedudukan bahan-bahan bantu mengajar, adalah sangat penting dalam memastikan sistem pengurusan kelas pemulihan tersebut nampak sempurna. Dalam kertas kerja ‘Pengurusan Bilik Darjah Dinamik- Ke arah pembinaan modal insan yang berkualti’ oleh Hj Shamsudin Bin Md Noor, menyatakan Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran, merupakan tempat yang terpenting di sekolah. Bilik darjah juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya seorang guru. Pengurusan bilik darjah dinamik ke arah pembinaan modal insan yang menjurus kepada pembinaan jasmani, emosi, rohani dan intelek memerlukan pelbagai pengetahuan, kemahiran, prosedur, teknik dan strategi. Guru seharusnya memiliki gaya kepimpinan, kemahiran merancang, kecekapan mengurus, kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran, kebijaksanaan interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kemahiran kaunseling dan mampu mengendalikan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Bilik darjah yang mempunyai peralatan asas iaitu papan hitam, papan kenyataaan, dan ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid, almari, yang diahiasi dengan penyediaan bahan-bahan bacaan, dan bahan bantuan mengajar serta peralatan sokongan serta dihiasi dengan keceriaan dan keberrsihan.Susunan meja dan kerusi dalam bilik darjah sebaik-baiknya memberi kemudahan kepada muridmurid mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan. Murid mudah berintraksi sesama mereka dan mudah berintraksi dengan guru. Rajah berikut merupakan pelan susur atur fizikal kelas pemulihan khas di Sekolah Kebangsaan Telok Mas.Secara keseluruhannya, penyusunan fizikal kelas ini masih perlu di perbaiki dan perlu bersesuaian dengan konsep kelas pemulihan

SUSUN ATUR PELAN KELAS PEMULIHAN KHAS SEKOLAH KEBANGSAAN TELOK MAS, MELAKA.

Bakul Sampah

Papan Kenyataan

Almari Buku

Papan Putih

Pintu Utama Tingkap

Meja belajar Tingkap Tingkap

Meja belajar

Tingkap

Tingkap

Meja belajar

Tingkap

Almari Fail

Komputer

Ruang Pengurusan

Tempat Penyimpanan Bahan Bantu Mengajar

Ruang Bahasa Melayu

Ruang Matematik

TV/Radio

18.7 IKLIM DAN APLIKASI BILIK DARJAH Suasana bilik darjah harmonis membantu peningkatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna. Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk membentuk iklim dan budaya bilik darjah yang baik. Gaya kepimpinan yang berwibawa tanpa terlalu banyak memberi arahan dianggap sebagai pemimpin demokratik hanya akan mengambil masa untuk mendapatkan buah fikiran bagi menyelesai sesuatu isu, dan kelihatan kumpulan-kumpulan yang ujud di bilik darjah mempunyai hubungan yang lebih mesra dan saling bekerjasama. Berbeza dengan pemimpin Laiissez-faire yang memberi arahan-arahan yang tidak jelas dan jawapan-jawapan yang ringkas tentang sesuatu persoalan. Pendekatan-pendekatan yang hendak digunakan bagi mengawal iklim dalam bilik darjah perlu berlandaskan tahap perkembangan murid-murid. Iklim bilik darjah yang baik biasanya dikaitkan dengan kepatuhan dan keseronokan murid bersama guru dalam bilik darjah tersebut. Guru yang memiliki gaya kepimpinan yang matang sedia menerima dan menghormati setiap murid dalam bilik darjah, memperbaiki peraturanperaturan supaya peraturan itu boleh berubah mengikut keadaan dan suasana serta menekan kepada jangkaan-jangkaan yang positif. Apabila keadaan ini berlaku guru sebagai pemimpin dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi dan pertumbuhan diri murid-murid serta bersikap keterbukaan dalam perkara-perkara yang membawa kepada kebaikan. Pengurusan bilik darjah akan menjadi bertambah baik jika sistem penyeliaan diurus dengan berkesan. Murid-murid diberikan tugasan dalam mewujudkan iklim yang kondusif serta membantu dalam penyediaan bahan dan alatan, tugasan-tugasan yang diberikan kepada setiap murid pada awal tahun lagi dapat membantu mengembangkan budaya bertanggungjawab, berkerjasama serta hubungan yang baik antara mereka dan juga hubungan

antara guru dengan murid, dan peranan guru sebagai pembantu

penyelsaian masalah yang dihadapi oleh murid-murid.

Secara umumnya, pengurusan bilik darjah sebaik-baiknya merangkumi ciri-ciri kesesuaian (releven) dengan murid, persediaan suasana pembelajaran yang berkesan, organisasi pengajaran dan sokongan-sokongan yang membantu peningkatan aktivitiaktiviti perkembangan pembelajaran secara lebih aktif dan produktif, teknik-teknik motivasi dan penyelesaian konflik dan pergabungan semua elemen dalam satu sistem bagi menampakkan keberkesanannya. Peranan dan pengorbanan guru sebagai penggerak dan pengubah iklim yang kurang menyerlah kepada suasana yang lebih kondusif sebagai jambatan utama susanan pembelajaran yang memberangsangkan ke arah pembentukan modal insan di kalangan murid.. 18.8 PENGURUSAN MURID Murid adalah pelanggan bagi setiap

guru dalam bilik darjah, mereka akan

bersama setiap kali pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam bilik darjah. Hati mereka perlu dibersihkan melalui pendidikan yang terbaik, yang melampaui tingkahlaku manusia. Terdapat perbezaan antara individu murid atau kumpulan murid dengan yang lain yang mendesak guru menggunakan yang optimum dalam pengurusan bilik darjah, dan adalah penting guru memahami tingkahlaku dan budaya murid supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat. Pengurusan hal ehwal murid dalam bilik darjah melalui pendekatan penyayang yang ditunjukkan oleh guru, dapat menjinakkan mereka, bercakap dengan bahasa yang lembut dan bersopan, menegur dan membetul kesilapan dengan cara yang berhemah, di samping menggunakan segala sifat mahmudah, akan mempercepatkan proses kecintaan dan kesetiaan murid terhadap gurunya, dan kemujaraban pemindahan maklumat daripada guru kepada muridnya. Kemahiran berkomunikasi memainkan peranan penting ke arah pembentukan budaya penyayang, komunikasi berkesan dalam dijelmakan dalam cara bertutur, penggunaan bahasa badan, penulisan, juga melalui penggunaaan alat-alat tertentu seperti komputer, telipon dan sebagainya. Apabila seorang guru menggunakan kemahiran berkomonikasi terhadap muridnya, dapat menghasil suasana pembelajaran

yang lebih dinamik, pembentukan akhlak, kemahiran-kemahiran tertentu dapat diterap dengan lebih mudah dan berkesan. Komunikasi berkesan menghasilkan motivasi yang berkesan, murid mudah menerima motivasi yang disampaiakn secara berhemah dan berhikmah, nilai-nilai murni yang hendak ditanam dalam diri murid akan melalui laluan yang lebih mudah dan berkesan. Berdasarkan kepada pemerhatian, pengurusan murid bagi kelas pemulihan ini, agak mencabar terutamanya murid-murid tahun 3 berbanding dengan murid-murid tahun 2. Faktor sikap serta ketegasan guru, menjadi penumbang kepada pengurusan murid di kelas ini yang masih perlu di perbaiki. Sebagai contoh, guru pemulihan di sekolah ini, agak berusia dan ini menyebabkan murid-murid ini menganggap guru ini kurang tegas dan menyebabkan proses P&P terganggu.Kajian

‘Pengurusan Bilik Darjah Dinamik- Ke arah pembinaan

modal insan yang berkualti’ oleh Hj Shamsudin Bin Md Noor menyatakan Kemahiran mengawal kelas apabila guru melangkah masuk ke kelas tersebut menjadi penting kerana seorang guru tidak boleh melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berkesan sekiranya muird-murid dalam kelas berkenaan tidak dapat dikawal dengan baik. Guru mungkin berhadapan dengan beberapa murid yang nakal, tetapi harus ingat bahawa bukan semua murid menjadi punca permasalahan tetapi jika tiada pengawalan yang baik, jumlah murid yang akan menimbulkan ketidakselesaan guru akan bertambah dan akhirnya menjejaskan penumpuan guru terhadap penyampaian pengajaran .

18.9

PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (JADUAL WAKTU) Pengurusan pengajaran dan pembelajaran adalah aspek yang terpenting dalam bilik

darjah, merupakan tugas utama yang perlu diberi perhatian yang serius, pembaziran waktu akan berlaku dalam satu masa pengajaran dan pembelajaran sekiranya objektif pembelajaran tidak tercapai. Pengurusan kelas dalam pengajaran dan pembelajaran ini dapat di lihat melalui susunan jadual waktu pengajaran yang di atur oleh guru pemulihan tersebut. Berdasarkan kepada pemerhatian, susunan jadual waktu kelas pemulihan ( rujuk lampiran) kolaborasi di antara guru pemulihan khas dengan guru BM dan Matematik tidak memuaskan. Kebanyakkan jadual kelas di atur bagi subjek Matematik dan Bahasa Melayu, berdekatan antara satu sama lain.Ini agak menyukarkan dan memberikan sedikit bebanan kepada guru pemulihan untuk menjalankan proses P&P. Kesannya akan kepada murid itu sendiri kerana berdepan dengan jadual pemulihan yang agak membosankan kerana mengambil masa sehingga 5 waktu sekali gus. Kekeliruan juga berlaku kepada guru pemulihan tersebut kerana, kadangkala terlajak masa di sebabkan oleh jadual kelas yang agak mengelirukan. Berdasarkan kajian yang sama oleh Hj Shamsudin, untuk mencapai kecekapan dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran maka perlukan kebijaksanaan dan penelitian dalam

perancangan , pelaksanaan, penyeliaan, penilaian dan

refleksi. Merancang kurikululum, jadual waktu,

sukatan, huraian sukatan, buku teks, bahan

rujukan tambahan dan maklumat tambahan daripada pelbagai sumber termasuk laman web. Perkara-perkara yang melibatkan innovasi dan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran supaya kelas tidak menjadi beku dan kaku diikuti dengan perancangan

kemajuan pelajar,

merangka rancangan kerja tahunan, termasuk ujian, penilaian dan pentaksiran. Perancangan yang berkualiti menjamin peningkatan kuantiti dan kualiti dalam proses perkembangan pembelajaran serta hasilannya. Biasanya tingkahlaku dan minat murid akan berubah apabila bertukar guru, ada guru yang digemari murid dan sebalik ada yang tidak digemari murid.

19.0 BANDING BEZA SISTEM PENGURUSAN KELAS

Banding beza sistem pengurusan kelas ini akan di lihat melalui perbandingan dengan sistem yang dipakai oleh kelas pemulihan khas sekolah ini, dengan standard garis panduan pelaksanaan program pemulihan khas. Persamaan 1. Pengurusan di dalam jadual waktu mengikut spesifiasi yang di cadangkan

iaitu

sebanyak 900 minit pengajaran . 2. Agihan mata pelajaran sebanyak Bahasa Melayu 8 kali x 30 Minit tahun 2 dan 3, manakala Matematik 7 kali x 30 Minit untuk tahun 2 dan tahun 3. 3. Penempatan murid-murid pemulihan berdasarkan kepada ujian diagnostik seperti yang di cadangkan oleh kementerian. 4. Spesifikasi murid pemulihan, lebih kurang 15 orang. Jumlah murid di kelas pemulihan khas sekolah ini, mengikut spesifikasi yang dicadangkan berdasarkan kepada prosedur murid-murid pemulihan khas. 5. Program-program KIA2M, di jalankan untuk mengetahui murid-murid yang lemah di tahun 1, dan di jadikan sebagai calon-calon untuk kemasukan murid ke kelas pemulihan khas.

Perbezaan PENGURUSAN KELAS SEK KEB TELOK MAS

- Saiz fizikal kelas adalah seluas 2 bay

PENGURUSAN KELAS STANDARD

SAIZ FIZIKAL

- Saiz fizikal kelas standard adalah 3 bay

- Tiada susun atur kelas mengikut ruang mata pelajaran

- Susun atur kelas berdasarkan kepada ruang dan mata pelajaran

- Kurang peralatan ICT

- Keperluan peralatan ICT seperti LCD, Internet - Keperluan ruang-ruang pembelajaran di dalam kelas pemulihan khas

-Tidak terdapat ruang khusus untuk BM, Mate, Multimedia

- Tidak pelbagai BBM dan ABM - Kualiti yang agak uzur -Penggunaan konvensional 20.0 RUJUKAN

KEMUDAHAN INFRASTRUKT

ALAT BANTU MENGAJAR

- Penggunaan BBM dan ABM yang lebih fleksibel -Penggunaan ICT perlu selari dengan kaedah konvensional

Cikgu Shukri (2008, Januari 21). Pengurusan Bilik Kelas. Retrieved 30 Mac, 2009 , from http://pemulihankhas.blogspot.com/2008/01/pengurusan-bilik-kelas pendidikan_20.html Jabatan Pendidikan Khas.(2008)Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas(Edisi Percubaan).Kementerian Pelajaran Malaysia. Kamus Dewan (3th ed)(2008). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pelajaran Malaysia (2009). Pemulihan Khas. Retrieved 2 April 2009.from http://apps.emoe.gov.my/bppdp/KajianBPPDP/2001/2001(1)kajianPelaksanaanProgramPemulihanKhasdiSek.R.pdf Mok Soon Sang (2009) Ilmu Pendidikan untuk KPLI.Subang Jaya, Kumpulan Budiman Sdn Bhd Rosniza Mohd Taha. (2009). Program pemulihan khas bantu murid kuasai 3M. Retrieved 4 April 2009,from http://www.kejorasakti.net/v1/modules.php?name=News&file=print&sid=32 SK Telok Mas (2009) Takwim dan Senarai Tahun 2009. Jabatan Pelajaran Negeri Melaka.

Related Documents

Laporan Penuh Pbs
May 2020 9
Laporan Pbs Boii B.docx
November 2019 11
Laporan Pemantauan Pbs
December 2019 29
Pbs
October 2019 31
Pbs 5
November 2019 32
Pbs Portfolio.docx
December 2019 27