Laporan Pendididkan Kellwin

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Laporan Pendididkan Kellwin as PDF for free.

More details

  • Words: 866
  • Pages: 4
LAPORAN ANALISIS KAJIAN KES (Lampiran 5 – The Mascot) Nama pelajar

:

KONG YAU YAU

Angka Giliran

:

200830134082

LAPORAN The Mascot merupakan satu simbolik kepada keadaan dalam kajian kes yang dikaji pada lampiran 5. Simbolik kepada seorang guru telah dijadikan sebagai boneka oelh guru pembimbingnya semasa menjalankan pratikum di sekolahnya. Selama sebulan menjalankan pratikum di sekolah Cathy tidak dibenarkan mengajar kelas secara individu malah tidak dapat merancang rancangan

pengajaran

untuk

kelas

yang

diajar

sepanjang

tempoh

pratikumnya selain daripada menggantikan kelas Mrs Clem semasa dia sibuk dengan urusannya. Cathy sering kali mendapat tindakan yang luar biasa daripada Mrs Clem dan juga kelas yang dia menjalankan pratikum. Mrs Clem sering kali mengubah topik pengajaran walaupun telah mendapat persetujuan sebelum kelas bermula. Keadaan sebegini telah menyebabkan Cathy berasa tidak selesa sedangkan dia berharap Mrs Clem akan memberikan pengalamannya sebagai panduan untuk menjalankan tugas sebagai seorang guru. Kehidupan Cathy di sekolah sungguh derita dengan hubungan antara guru pembimbing dan juga hubungan antara muridnya. Keadaan sebegini perlu mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini. Dengan menggunakan pelbagai sumber daripada bidang pendidikan telah mendapat satu idea untuk membantu Cathy supaya dapat menyelasaikan masalah yang dihadapi oelh Cathy yang menderita di sekolah. Berdasarkan Model Displin Asertif Canter boleh digunakan sebagai jalan penyelesaian untuk beberapa situasi sahaja agar masalah Cathy dapat diselesaikan dengan lebih laju dan mantap. Merujuk kepada Model Displin

Asertif Canter akan member peluang kepada murid-muridnya

untuk

melakukan tindakan yang mereka ingin lakukan tetapi mereka perlu disedari dengan akibat yang akan berlaku sekiranya mereka masih melakukannya maka adalah tanggungjawab mereka untuk menanggung kesan daripada tindakan mereka. Cathy harus membenarkan murid-muridnya untuk bergerak bebas sewaktu kelas tetapi sebelum mereka melakukan perbuatan sebegitu mereka harus dimaklumkan tentang kesan sekiranya mereka asyik meninggalkan kelas

sewaktu proses pengajaran. Mereka akan ketinggalan

dalam

pembelajaran sekiranya mereka kerap meninggalkan kelas secara tidak sewenang-wenangnya. Sebagai seorang guru yang mengamalkan Model Displin Asertif Canter adalah memberikan peluang untuk murid-murid dalam melakukan tindakan mereka dalam masa yang sama mereka perlu bertanggungjawab terhadap tindakan yang mereka melakukan sepanjang tempoh proses melakukan tindakan mereka. Selain itu guru juga boleh menentukan tindakan murid supaya tindakan yang dilakukan tidak memudaratkan orang lain. Ganjaran perlu digunakan untuk menarik perhatian murid-murid supaya mereka akan mengikuti perkembangan kelas dengan lebih tumpu perhatian. Ganjaran juga boleh dikatakan sebagai satu proses motivasi intrinsik dan ekstrisik untuk meningkatkan lagi semangat untuk membelajari sesuatu. Murid-murid juga merupakan insan yang mempunyai perasaan maka kita sebagai guru perlu melayan murid kita seperti adik atau anak sendiri. Untuk murid-murid mereka akan berasa dihargai apabila mereka dipuji dan disayangi. Murid-murid yang mendapat pujian akan berasa sangat riang-ria dan akan membantu anda dalam proses pengajaran dan pembelajaran anda. Di samping itu, ganjaran perlu diikuti dengan dendaan yang munasabah.

Dendaan

yang

seimbang

akan

membantu

murid-murid

menerima hakikat dunia sebenar yang penuh dengan kekejaman. Dendaan akan memberikan satu peringatan untuk murid bahawa tindakan mereka

adalah silap dan tidak boleh diaplikasikan dalam kehidupan. Dengan ini, mereka akan sentiasa mengingati tindakan mereka yang tidak tepat dan tidak akan mengulangi lagi. Cathy perlu tegas bahawa sesiapa yang berkelakuan baik akan dibenarkan untuk mengambil alatan sains untuk melakukan ekperimen malah sesiapa yang tidak berkelakuan baik tidak mendapat layanan yang sebegitu. Tindakan guru yang seimbang akan membantu murid dalam perkembangan emosi dan kawalan diri. Dengan mengawal diri untuk mendengar arahan malah akan mendapat layanan yang baik maka murid akan bertindak baik. Dendaan

dan

ganjaran

yang

seimbang

akan

membantu

perkembangan murid-murid dalam kelas dan juga jiwa mereka yang mulia itu. Ganjaran dan dendaan juga merupakan salah satu idea dalam Model Displin Asertif Canter dan juga Model Displin Asertif Skinner. Merujuk kepada Teori Perlaziman Operan Skinner, teori perlaziman operan

skinner

mengutamakan

pengamalan

peneguhan

positif

dan

peneguhan negatif. Peneguhan positif merupakan proses tindakan guru untuk menambahkan semangat positif murid semasa dalam kelas sedang berlangsung. Peneguhan positif seperti memuji murid yang telah melakukan tugasan dengan penuh tumpuan. Peneguhan positif harus digunakan untuk memupuk keyakinan diri mereka supaya lebih berasa dihargai. Penghargaan juga merupakan salah satu peringkat penting dalam hireaki Maslow. Hireaki Maslow juga menyatakan bahawa penghargaan yang diberikan akan menambah keyakinan diri untuk memajukan diri dalam bidang tertentu. Cathy perlu mengamalkan cara penghargaan untuk kelasnya supaya mereka lebih menyukainya dan lebih suka mengadakan kelas dengannya. Keyakinan murid harus dipertingkatkan melalui aktiviti yang dijalankan oleh dan pada masa yang sama juga membantu mereka untuk mencapai keputusan yang lebih baik. Peneguhan positif harus disemaikan dengan lebih meluas pada peringkat ini. Keadaan yang lebih positif akan membantu murid membelajari mata pelajaran dengan lebih mudah dan rela hati.

Seterusnya Terapi Realiti Glasser juga boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Tingkah laku masing-masing murid perlu ditanggungjawabkan kepada mereka sendiri. Kepada sesiapa murid yang tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan maka tidak dapat mendapat layanan istimewa maka murid akan berwaspada. Cathy perlu menentukan satu kriteria yang harus dipatuhi oleh muridmuridnya supaya mereka faham tentang tingkah laku yang bagaimana sahaja akan dilayan secara istimewa. Murid sendiri akan berjaga-jaga tingkah laku mereka semasa dalam kelas. Jabar seharusnya ditahan untuk membantu mengambil alat sains untuk eksperimen iaitu sebagai denda untuk dia. Kesimpulannya, semasa pengawalan kelas kita perlu berwaspada dan sensitif kepada perubahan tingkah laku murid yang berada dalam kelas. Untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi bukan sahaja teori pendidikan diaplikasikan malah semua kriteria dalam lingkungan pendidikan boleh dijadikan panduan.

Related Documents