Laporan Latihan Industri_part 02

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Laporan Latihan Industri_part 02 as PDF for free.

More details

  • Words: 3,534
  • Pages: 42
BAB 1

PENGENALAN DAN LATARBELAKANG ORGANISASI

1.1

OBJEKTIF

Latihan industri khususnya pelatih Institiut Kemahiran Showme. Seperti yang dimaklumkan, latihan industri merupakan salah satu syarat yang diwajibkan ke atas setiap pelatih sebelum layak

untuk dipertimbangkan bagi

penganugerahan Diploma Pembantu Jurutera Tahap 4. Oleh itu setiap pelatih perlu lulus menjalani latihan industri.

Antara objektif yang asas bagi latihan ini adalah seperti berikut :

a. Untuk membolehkan pelatih melihat dan mengambil bahagian dalam amalan-amalan selain daripada pelajaran teori yang dipelajari di dalam bilik-bilik kuliah. Ini juga akan memberikan mereka satu peluang yang lebih awal untuk mengguna dan mempraktikan pengetahuan serta pertimbangan mereka sendiri dalam menjalankan tugas.

b. Untuk membolehkan mereka mengenali melalui penglibatan secara langsung dalam berbagai-bagai aspek seperti konsep perancangan dan pengurusan projek.

c. Untuk mendedahkan pelatih kepada struktur organisasi jabatan atau firma tempat latihan dan

mengenali peranan jawatan tertentu di

dalam organisasi tersebut.

d. Latihan industri ini juga memberi peluang melatih pelatih menulis laporan teknikal yang lengkap dan teratur. Laporan-laporan yang mereka tulis itu tentunya akan menjadi latihan yang penting bagi kerjaya mereka di masa depan. 1

e. Para pelajar perlu mengamalkan etika dan peraturan kerja dan keselamatan dengan baik. Ini kerana pihak Intitusi Kemahiran Showme tidak akan bertanggungjawab ke atas keselamatan pelajar sepanjang latihan industri dijalankan.

2

1.2

LATARBELAKANG MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU

Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) atau dikenali dahulunya sebagai Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT) sebelum negeri Terengganu dinaik taraf sebagai bandaraya pada 1 Januari 2008 telah diwujudkan melalui pengistiharan penubuhannya oleh Pihak Berkuasa Negeri melalui Warta Kerajaan bilangan 650 bertarikh 21 disember 1978. Pengistiharan ini dibuat mengikut seksyen 3 Akta Kerajaan 1976, Akta 171.

Pada 18 Januari 1979, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu telah lahir dari penggabungan lima buah Majlis Tempatan dalam Daerah Kuala Terengganu iaitu Jumaah Bandaran Kuala Terengganu, Utara, Barat, Tengah dan Selatan.

Di awal penubuhannya, MBKT memiliki keluasan seluas 18712 hektar persegi namun pada 1 Januari 1985, Mukim Bukit Payong dan Alor Limbat ( Pekan Binjai Rendah dan Wakaf Tapai ) seluas 1908 hektar dimasukkan ke dalam kawasan Majlis Daerah Marang menjadikan keseluruhan kawasan MBKT pada masa itu seluas 16806 hektar persegi.

Walau bagaimanapun, berdasarkan Warta Kerajaan nombor 1483 bertarikh 19 Disember 1996, keseluruhan

Daerah Kuala Terengganu

termasuk Pulau Redang dijadikan kawasan pentadbiran MBKT dan kini MBKT memiliki keluasan 60528.1 hektar persegi dengan kekuatan kakitangan seramai 961 orang. Dimana ianya terdiri daripada 553 orang kakitangan tetap, kakitangan sementara seramai 12 orang dan lain-lain seramai 96 orang. Daripada 961 orang ini terdapat 831 orang adalah kaitangan lelaki dan 130 orang adalah kakitangan perempuan.

3

Bilangan penduduk Daerah Kuala Terengganu semasa awal penubuhan MBKT pada tahun 1979 ialah 150,000 orang dan kini meningkat kepada 331,362 orang mengikut bancian pada tahun 2003. Pada tahun 2006, jumlah penduduk adalah 353 600 orang.Komposisi kaum pula adalah seperti berikut :

Kaum

Peratusan

Melayu

93.70%

Cina

5.60%

India

0.70% Jadual 1.1

4

Rajah 1.1

5

Rajah 1.2

6

1.3

OBJEKTIF MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU

a. Membangunkan Bandar Kuala Terengganu sebagai bandaraya warisan pesisir air yang menjadi daya tarikan kepada industri pelancongan utama negara.

b. Membangunkan bandar Kuala Terengganu sebagai pusat perniagaan dan perkhidmatan utama bagi Pantai Timur.

c. Menjadikan Kuala Terengganu sebagai bandar selamat.

d. Memastikan Kuala Terengganu menjadi sebuah bandaraya yang bertaraf Antarabangsa.

e. Menjanjikan perkhidmatan perbandaran yang terbaik dan memberikan keselesaan kepada seluruh warga MBKT serta rakyat Negeri Terengganu dan menjadi pemangkin kepada komitmen kerajaan negeri.

7

1.4

VISI DAN MISI

VISI “Menjadikan Kuala Terengganu Bandaraya Warisan Pesisir Air yang maju, Lestari Bertaraf Dunia Menjelang Tahun 2018”

MISI

“Melaksanakan Tadbir Urus dan Pembangunan Modal Insan serta Prasarana Kelas Pertama bagi mewujudkan Bandaraya Warisan yang sejahtera dan makmur”

8

1.5

PERKHIDMATAN MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU

1.5.1

Taman Rekreasi

Jenis - jenis perkhidmatan utama ialah :  Merancang, melaksana, menyelia dan menyelenggara projekprojek pembangunan seni taman dan penanaman di kawasan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.  Menjalankan

penyelidikan

mengenai

aspek

penghijauan

kawasan perbandaran serta memberi khidmat nasihat seni taman kepada orang ramai.

1.5.2

Kawalan Pembangunan

Jenis - jenis perkhidmatan utama ialah :  Menyelaraskan dan mengeluarkan lesen-lesen bagi semua aktiviti-aktiviti perniagaan di dalam kawasan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.  Memeriksa, mengawal dan menaikkan taraf kebersihan premis-premis perniagaan.  Mengendalikan pendidikan kebersihan kepada pengendali makanan.

9

1.5.3

Tempat Letak Kereta

Jenis - jenis perkhidmatan utama ialah : Menyedia

kemudahan

tempat

letak

kereta

yang

mencukupi,

sempurna, kemas dan tersusun. Selain itu, pihak majlis juga berperanan untuk mengatasi masalah kesesakan lalulintas dan letak kereta di kawasan pusat bandar dan kawasan tumpuan orang ramai.

1.5.4

Penyelenggaraan

Jenis - jenis perkhidmatan utama ialah : Menyediakan dan menyelenggara kemudahan awam di bawah tanggungjawab MBKT. Contohnya menyelenggara kerusi, bangku dan taman permainan, agar sentiasa dalam keadaan baik dan selamat untuk kegunaan orang awam.

1.5.5

Kejuruteraan

Jenis - jenis perkhidmatan utama ialah : Melaksana, menyelia dan menyelenggara kemudahan infrastruktur asas seperti jalan-jalan, parit dan longkang dan menyediakan perkhidmatan sewa alatan.

10

1.5.6

Sukan

Jenis-jenis Perkhidmatan Utama ialah : Menyediakan kemudahan untuk aktiviti bersukan antaranya stadium, kolam renang, gelanggan badminton dan tenis, tapak permainan skateboard dan lain-lain.

11

1.6

AKTIVITI ORGANISASI MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU

1.6.1

Kewangan

Punca hasil MBKT yang utama hanya tertumpu kepada cukai kadar/cukai pintu, perkhidmatan dan bayaran sewaan lesen kepada pengusaha premis. Selain itu, Pihak Majlis juga menerima dana daripada agensi Kerajaan termasuk caruman kerajaan pusat dan caruman pembangunan, perparitan, jalan dan tempat letak kereta.

1.6.2

Strategi Pembangunan

Bagi melicinkan pembangunan Majlis, MBKT telah membentuk strategi pembangunan melalui Rancangan Struktur iaitu ‘Strategi Pembangunan

Isipenuh’.

Strategi

ini

menginterpitasikan

iaitu

pembangunan akan ditumpukan kepada kawasan yang telah mempunyai prasarana asas bagi mewujudkan perseimbangan pembangunan dengan cara pusat bandar sedia ada dikekalkan pembangunannya dan pusat-pusat pertumbuhan baru dikenalpasti untuk pembangunan.

12

1.6.3

Polisi Kebersihan

MBKT akan memastikan kualiti persekitaran bandaraya terjamin bersih melalui kutipan sisa buangan yang cekap. Kebersihan juga melambangkan personaliti yang bersih. Kekotoran bandaraya juga dapat dihindari dengan adanya teknologi yang cekap yang telah digunakan oleh Pihak Majlis, iaitu teknologi Incenirator. Melalui seruan kerajaan untuk memastikan persekitaran terjamin bersih akan terlaksana dengan adanya pihak MBKT untuk melaksanakan tugasan tersebut.

1.6.4

Polisi Pengindahan

Selaras dengan dasar Kerajaan Persekutuan untuk mewujudkan Bandar dalam taman, MBKT berusaha keras menyahut cabaran tersebut dengan perancangan dan matlamat yang jitu. Dengan mewujudkan bandar dalam taman ianya dapat menarik perhatian masyarakat dan seterusnya kepada para pelancong luar untuk melawat Terengganu kerana terpesona dengan keindahan dan kecantikan Terengganu. Bandar dalam taman juga turut memainkan peranan yang tersendiri dalam polisi pengindahan Bandar.

13

1.7

STRUKTUR ORGANISASI MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU

Majlis

Bandaraya

Kuala

Terengganu

merupakan

sebuah

organisasi

memerlukan perkhidmatan yang cekap. Oleh itu, beberapa jabatan diwujudkan untuk melicinkan jentera operasi majlis. Sebelum rombakan baru ini diluluskan, Majlis dipecahkan kepada tiga belas jabatan yang diletakkan di bawah lima bahagian utama. Kini majlis dipecahkan kepada dua puluh lapan bahagian yang diletakkan di bawah sembilan jabatan utama. Hasil daripada rombakan tersebut maka wujud jabatan-jabatan seperti berikut :

a. Jabatan Khidmat Pengurusan b. Jabatan Perbendaharaan c. Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta d. Jabatan Perancangan dan Pembangunan e. Jabatan Lanskap f.

Jabatan Kawalan Bangunan

g. Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan h. Jabatan Perkhidmatan Perbandaran i.

Jabatan Kemasyarakatan

j.

Jabatan Pejabat Cawangan Utara

Tiap-tiap jabatan tersebut memainkan peranan dan melaksanakan fungsinya mengikut susunan yang ditetapkan. Majlis Bandaraya Kuala Terengganu ditadbir oleh Datuk Bandar dan dibantu oleh Setiausaha dan Penolong Setiusaha. Majlis juga telah melantik 16 orang Ahli Majlis yang terdiri daripada bekas pegawai-pegawai kerajaan, ahli-ahli professional dan orangorang perseorangan yang munasabah dan berkelayakan. Setiap Jabatan pula akan ditadbir oleh seorang Ketua Jabatan atau dipanggil Pengarah dan dibantu oleh beberapa kakitangan.

14

Rajah 1.3

15

BAB 2

MENYELENGGARA PERISIAN KOMPUTER

2.1

PENGENALAN Seperti sistem operasi microsoft versi terdahulu, Windows Vista juga tidak terkecuali daripada terdedah kepada kerosakkan atau gangguan. Jika kerosakkan tersebut serius tanpa mengira apa puncanya, ia mungkin memaksa untuk memformat semula hard disk. Sebelum itu, mungkin perlu mencipta semula partition. Selesai memformat partition barulah disusuli dengan memasang semula Windows Vista dari awal. Apabila hendak melaksanakan proses - proses tersebut, apa yang perlu disediakan ialah CD Windows XP. Melalui CD tersebut, ia boleh membuat partition sama ada ianya single partition atau berbilang, tertakluk kepada keperluan ) dan memformat hard disk. Proses membuat partition dan memformat semula hard disk tentunya menyebabkan kehilangan fail dan data yang terdapat dalam partition tersebut. Oleh itu sebelum meneruskan proses berkenaan, simpan backup data-data yang penting pada storan komputer lain. 2.1.1

Memformat hard disk menggunakan CD Windows Vista :

1. Mulakan langkah dengan memastikan komputer tersebut telah ditetapkan agar dibootkan menerusi CD. Sekiranya tidak ia perlu diubah prosedurnya menerusi ketetapan BIOS. 2. Apabila komputer mula dibootkan, tekan kekunci untuk memasuki BIOS. Di bawah ketetapan BIOS perlu mencari pilihan Boot Order. Kemudian pastikan CD ROM drive ditetapkan untuk dibootkan dahulu sebelum disusuli pemacu lain. 3. Jika sekira sudah memasukkan CD Windows Vista ke dalam CD ROM drive maka biarkan sahaja CD itu dan ia tidak perlu dikeluarkan. 29

4. Seterusnya SAVE ketetapan BIOS dan EXIT. Jika proses tersebut dilaksanakan dengan betul, komputer akan meminta menekan mana-mana kekunci pada papan kekunci supaya komputer dapat dibootkan daripada CD. 5. Selepas CD Window VISTA dimasukkan paparan install window akan terpapar.

6. i.

Pilih bahasa untuk install - english

ii.

Pilih masa dan waktu format - malaysia

iii.

Pilih bahasa papan kekunci - US

30

7. Klik INSTALL NOW

Rajah 2.3 8. a.

Tunggu sehingga paparan Type your product key for activation.

b.

Masukkan product key diruang yang disediakan

c.

Tandakan automatically activate windows when I’m online, klik NEXT.

Rajah 2.4

31

9. Klik YES.

Rajah 2.5

10. Pilih Windows Vista Business, kemudian klik NEXT.

Rajah 2.6

32

11. Apabila paparan Lesen terpapar tandakan I accept the license terms, dan klik NEXT.

Rajah 2.7

12. Klik CUSTOM apabila paparan pemilihan jenis yang hendak diinstall terpapar.

Rajah 2.8

33

13. a. b.

Klik pada Drive option (advance) untuk membuat partition. Klik NEW sekiranya ingin membuat partition baru, klik NEXT.

Rajah 2.9 14. Tunggu sehingga install sistem operasi selesai dan komputer akan RESTART.

Rajah 2.10

34

15. Selepas selesai install paparan masukkan nama username dan password akan terpapar. Kemudian klik NEXT.

Rajah 2.11

16. Pilih gambar background desktop dan tekan NEXT.

Rajah 2.12 35

17. Tekan ask me later sekiranya komputer tidak mempunyai internet, untuk mengelakkan sistem operasi rosak.

Rajah 2.13 18. Pilih waktu dan masa dan tekan NEXT.

Rajah 2.14

36

19. Selepas selesai tekan START.

Rajah 2.15

37

2.1.2

Memasang Microsoft Office 2003 a. Masukkan CD Microsoft Office 2003 dan ia akan Autorun

Rajah 2.16

b. Masukkan nombor siri perisian Office 2003 dan tekan NEXT.

Rajah 2.17 38

c. Masukkan maklumat yang berkaitan dan tekan NEXT.

Rajah 2.18

d. Klik pada kotak seperti gambarajah dibawah dan tekan NEXT.

Rajah 2.19

39

e. Klik Complete Install dan tekan NEXT.

Rajah 2.20

f.

Kemudian, tekan Next.

Rajah 2.21

40

g. Tunggu sehingga selesai proses menyalin fail sistem ke dalam komputer.

Rajah 2.22

h. Proses menginstall Microsoft Office 2003 selesai dan tekan Finish

Rajah 2.23

41

BAB 3

MENYELENGGARA KOMPONEN KOMPUTER

3.1

PENGENALAN Tugas pertama semasa menjalani Latihan Industri ini adalah melakukan kerja-kerja penyelenggaraan termasuklah membaikpulih komponen, perisian dan sistem operasi komputer. Tugas-tugas ini juga dilakukan apabila berlaku seperti sebagai contoh, apabila komputer pekerja MBKT mengalami masalah, jabatan ingin memasang komputer baru dan sebagainya. Kadangkala penyelesaian kepada masalah tersebut adalah dengan memformat komputer tersebut dan memasang semula sistem operasinya kembali kepada asal.

Beberapa kaedah digunakan untuk menyelesaikan masalah terbabit termasuklah :

3.1.1

Pengujian set komputer Pengujian merupakan cara penyelenggaraan komputer yang menghadapi masalah dimana ia gagal berfungsi dengan baik serta mengesan komponen komponen yang gagal untuk berfungsi atau mengalami kerosakan.

3.1.2

Pemerikasaan paparan monitor. a. Memeriksa modul RAM yang bersoket untuk memastikan ia tidak longgar atau tersalah letak. b. Memeriksa bateri sama ada bocor, pecah dan lupus. c. Memeriksa pelompat atau jumper pada mainboard. d. Memeriksa hablur (soket berkristal ). 42

e. Memeriksa PCB sama ada ia bengkok, putus, pintas, ataupun burn out ada cip yang terbakar.

3.1.3

Power On Self Test (POST)

Tugasan ini merupakan salah satu daripada kaedah pengujian set komputer. Proses ini penting untuk memastikan komputer dalam keadaan baik dan tidak mengalami kerosakan terhadap komponen dalaman komputer.Jika tidak diperiksa melalui POST ini akan menyebabkan MBKT mengalami kerugian masa dan wang.

POST merupakan pengujian terhadap komputer untuk mengesan masalah yang timbul, ia berlaku secara automatic dan berlaku sebelum memasuki paparan sistem operasi.

Jadual 3.1 dan 3.2 menunjukkan beberapa mesej ralat yang dikenal pasti, sebab mesej ralat tersebut dan cara penyelesaiannya.Ianya penting untuk menentukan langkah seterusnya bagi menyelenggara kerosakan tersebut dan ianya mestilah dibuat dengan teliti serta cekap.

43

Bil

Paparan mesej

Punca kerosakan

1.

Invalid configuration information please run SETUP program

2.

Diskette ( FDD ) configuration error

 Saiz modul RAM tidak betul.  Jenis paparan tidak dikonfigurasi dengan betul.  Jenis pemacu cakera tidak betul.  Konfigurasi tidak betul atau kerosakan pada floppy drive.

3.

Hard Disk ( HDD ) configuration error

 Konfigurasi tidak betul atau kerosakan pada hard disk.

4.

CMOS battery bad

5.

Diskette drive 1,0 seek failure

6. 7.

Disk drive reset failure Diskette read failure

 Bateri build – in CMOS RAM telah lemah.  Drive A atau B rosak atau tak dapat dikesan  Floppy adapter gagal berfungsi  Disket samada belum diformat atau rosak

8.

No boot drive available strike F1 to boot

 Fail sistem rosak  Cakera, pemacu atau harddisk rosak

Jadual 3.1

44

Penyelesaian  Jalankan SETUP utility dan pilih setting yang betul.

      

Betulkan konfigurasi. Periksa floppy drive. Periksa CMOS. Betulkan konfigurasi. Periksa hard disk. Periksa CMOS. Gantikan bateri CMOS.

 Periksa floppy.  Periksa adapter floppy  Periksa disket.  Bersihkan kepala dan periksa floppy drive .  Cuba pindahkan fail sistem dan boot.  Periksa hard disk dan floppy.

Bil

Paparan mesej

Punca kerosakan

9. 10.

Hard Disk Controller failure No boot sector on hard disk

 Kad kawalan rosak  Fail sistem partition C:\ rosak atau bukan bootable.  Partition C:\ mungkin belum diformat

11.

Hard disk failure

 Kawasan sistem rosak, jadual partition rosak  Hard disk rosak.

12.

Keyboard failure

13.

Keyboard is locked please unlock

 Samada papan kekunci atau penyambungan kabel papan kekunci rosak.  Kunci papan kekunci aktif. Jadual 3.2

45

Penyelesaian  Ganti kad baru.  Periksa fail sistem hard disk.  Pindahkan fail sistem.  Format hard disk.  Cuba boot dan jalankan perisian diagnostic dan baiki fail sistem.  Ganti hard disk.  Periksa papan kekunci dan sambungan kabel.  Buka kunci papan kekunci .

3.1.4

Memperbetulkan masalah ralat POST

Untuk tugasan ini, beberapa prosedur perlu dipatuhi dan diikuti, kerana ia dapat menjimatkan masa dan tenaga serta membendung berlakunya kerosakan lain. Seperti peraturan yang biasa dilakukan, jika berlakunya mesej ralat seperti berikut “Press F1 to continue”, ini adalah kerana masalah konfigurasi, yang mana mudah dapat diperbetulkan. Selalunya peralatan yang tidak berfungsi akan menyebabkan ralat yang teruk seperti kegagalan sistem.

Di antara tindakan pembetulan untuk mesej ralat ialah seperti berikut. a. Menjalankan set semula. Sebelum memasuki set semula nilai konfigurasi yang betul untuk sistem perlu diketahui terlebih dahulu dan juga perlu menulis konfigurasi yang betul sebagai rujukan. Kesilapan konfigurasi semula adalah merupakan penyebab utama mesej ralat POST, terutama bagi sistem yang baru.

b. Memeriksa dengan cara melihat sama ada kipas bekalan kuasa berfungsi. Jika tidak berfungsi penyambungan bekalan kuasa ke unit sistem atau komputer diperiksa. c. Periksa semua penyambung video, Parallel port atau penyambung rangkaian supaya semuanya disambung dengan kemas dan sempurna.

d. Pemeriksaan bahagian dalaman komputer adalah perlu jika masih mengalami masalah. Buka penutup unit sistem komputer. Ikuti segala arahan dalam panduan pemasangan. Periksa Jumper pada papan induk komputer dan kad tambahan di set dengan betul.

16

e. Jika dapat mencapai cakera keras yang baru, itu mungkin disebabkan oleh cakera keras belum lagi diformat.

f.

Periksa semua kabel penyambungan seperti kabel kuasa ke papan induk komputer, pemacu cakera dan peralatan dalaman yang lain serta kabel data dan kawalan pemacu cakera.

g. Sekiranya masih lagi menerima mesej ralat, ini mungkin disebabkan oleh peralatan yang tidak berfungsi. Oleh itu, boleh cuba menggantikan peralatan dengan peralatan yang baru.

3.1.5

Memeriksa sambungan kabel

Masalah

yang

biasa

berlaku

pada

perkakasan

komputer

ialah

penyambungan kabel - kabel yang dipasang dengan tidak kemas. Secara amnya, semua peralatan komputer biasanya memiliki kabel kuasa dan data yang dihubungkan kepada komputer. oleh itu, pastikan penyambungannya tidak longgar.

Kadangkala ada juga pengguna yang cuba untuk memasang jenis kabel yang berbeza secara tidak sengaja atau memang tidak tahu. Jika sekiranya kabel tersebut tidak sepadan, ia boleh merosakan komputer jika kabel tersebut dipasang.

Masalah biasa sambungan kabel yang berlaku di Jabatan MBKT, seperti kabel longgar,tercabut, kabel rosak dan kabel berlainan jenis.

17

BAB 4

PENYELENGGARAAN SISTEM RANGKAIAN

4.1

PENGENALAN Tugasan ini dilakukan untuk memastikan sistem rangkaian bagi komputer Jabatan di MBKT berfungsi dan berada dalam keadaan baik. Ini kerana banyak urusan perkhidmatan MBKT melibatkan sistem rangkaian. Sistem E-PBT dan sistem PIAM merupakan 2 contoh sistem digunapakai oleh MBKT, sistem dihubungkan melalui sistem rangkaian dari server ke jabatan – jabatan MBKT yang menggunakannya. Seperti, kaunter cukai, pusat maklumat, kaunter tempat letak kereta dan Jabatan Khidmat Pengurusan MBKT. Beberapa jenis tugasan dalam bidang dilakukan seperti :

4.1.1

Konfigurasi IP address pada komputer a. Klikkan 2 kali pada ikon My Computer dan kemudian pergi ke Control Panel. b. Seterusnya klik 2 kali pada ikon Network Connection. Selepas itu klik kanan pada ikon local area connection dan pilih properties. c. Rajah tetingkap seperti rajah 4.1 akan terpapar pada skrin paparan.

18

Rajah 4.1

d. Klik 2 kali pada Internet Protocol ( TCP/IP ). e. Akan terpapar pada skrin tetingkap untuk properties Internet Protocol ( TCP/IP ). f.

Kemudian pilih Use the following IP address.

g. Seterusnya masukkan nilai 192.198.10.1 pada kotak IP address. h. Masukkan nilai 255.255.255.0 pada kotak Subnet Mask. i.

Biarkan kosong bagi kotak Default gateway.

j.

Masukkan nilai 202.1.88.1.5 untuk preferred DNS server.

k. Kemudian masukkan pula nilai 202.188.1.133 untuk alternate DNS server. l.

Selepas itu klik pada butang OK setelah selesai menkonfigurasikan nombor IP untuk server.

19

m. Jika sekiranya pengguna ingin memaparkan ikon pada taskbar apabila komputer disambungkan ke rangkaian klik pada kotak show icon notification area when connected. n. Selepas itu, tekan butang OK. Komputer akan meminta untuk RESTART jika perlu.

Rajah 4.2

20

4.1.2

Membuat sambungan kabel rangkaian pada komputer Untuk membuat sambungan kabel rangkaian, beberapa aspek perlu diambil berat : a. Kedudukan komputer dan switch. b. Jarak antara komputer dengan switch. c. Peralatan yang cukup seperti kabel UTP, crimping tool, gunting, dan cap RJ – 45. Selain itu, untuk membuat sambungan kabel yang baik mestilah mematuhi beberapa langkah dan susunan kabel mesti betul supaya ia dapat berfungsi dengan baik. Contoh susunan kabel yang baik : a. Susunan straight through cable :

Rajah 4.3

21

b. Susunan crossed over :

Rajah 4.4

22

BAB 5

CABARAN DAN PENYELESAIAN

5.1

CABARAN 5.1.1

Menyelenggara perisian komputer Dalam menyelesaikan tugasan ini, terdapat beberapa masalah dan cabarannya. Antara cabarannya : a. Komputer yang diselenggara perlu disiapkan segera. b. Pekerja MBKT meminta perkara yang tidak logik berkaitan dengan baikpulih komputer. c. Kebanyakan kerosakan yang berlaku biasanya pada sistem E-PBT dan sistem PIAM. d. Kerosakan disebabkan perkara yang tidak diketahui.

5.1.2

Menyelenggara komponen komputer a. Komputer yang hendak dibaikpulih tidak mempunyai komponen gentian. b. Pekerja MBKT meminta perkara yang tidak logik berkaitan dengan baikpulih komputer. c.

5.1.3

Inisiatif pekerja MBKT dalam penggunaan komputer kurang.

Menyelenggara sistem rangkaian a. Kerosakan yang berlaku disebabkan oleh server. b. Kerosakan biasanya berlaku pada sistem E-PBT dan sistem PIAM.

23

5.2

PENYELESAIAN Cabaran-cabaran di atas telah saya hadapi dengan positif. Antara penyelesaian yang saya lakukan adalah kuatkan keyakinan diri, memberi komitmen yang sepenuhnya terhadap setiap kerja yang diberikan, tidak mudah putus asa bila menghadapi sesuatu masalah, berani menghadapi setiap situasi, dan jadikan cabaran-cabaran sebagai sesuatu pengalaman baru dalam bekerja untuk mematangkan diri.

24

BAB 6

KESIMPULAN

Kesimpulan yang dapat saya huraikan sepanjang menjalani latihan industri adalah pelatih dapat menanamkan sikap bertanggungjawab dan amanah. Ini kerana segala arahan dan tugas yang telah diamanahkan kepada pelatih harus dipertanggungjawabkan oleh pelatih dengan baik dan sempurna. Selain itu, ia juga dapat membina hubungan baik dengan pegawai dan pekerja. Pelatih juga dapat membiasakan diri dengan orang ramai dan pelanggan sepanjang menjalani latihan industri. Latihan industri ini juga dapat memperkenalkan pelatih kepada teknologi terkini dunia komputer yang berkembang pesat dari semasa ke semasa. Oleh itu, ia dapat merealisasikan matlamat negara yang memerlukan pakar-pakar IT yang berkebolehan tinggi untuk menuju ke negara maju. Ini kerana daripada program latihan industri ia dapat memberi peluang kepada pelatih untuk mempertingkatkan pengetahuan tentang teknologi komputer yang berkembang pesat dari bidang yang diceburi dan mungkin dapat melahirkan seorang pakar IT yang berkebolehan tinggi dan berkualiti. Di dalam latihan industri pelatih dapat memperkaitkan di antara teori yang telah dipelajari di politeknik dengan kerja-kerja pratikal. Pelatih dapat mempraktikkan apa yang telah dipelajari secara praktikal dan teknikal. Dengan itu, pelatih telah dapat gambaran yang jelas mengenai apa yang dipelajari. Dengan menjalani latihan industri juga pelatih dapat membentuk dan mengukuhkan keyakinan diri untuk berhadapan dengan majikan dan pelanggan. ini dapat digunakan oleh pelatih apabila tamat pengajian dan menempuh alam pekerjaan yang sebenar. Selain itu juga, semasa menjalani latihan pelatih juga dapat mengetahui tentang dunia perniagaan yang berkait dengan teknologi komputer. Secara keseluruhannya, latihan industri merupakan salah satu program latihan yang memberikan kesan-kesan yang positif kepada pelatih. Ini kerana setiap ilmu-ilmu dan pengalaman yang didapati dengan menjalani latihan industri dapat digunakan oleh pelatih apabila menempuh alam pekerjaan kelak.

25

Related Documents