www.zahrein.com Kuliah Maghrib Tarikh: 24 January 2009 Tempat : Masjid Sg Nibong Besar Penceramah: Dato Abu Hassan Din Tajuk : Maal Hijrah Apabila menghadiri majlis ilmu, kita menghadiri taman syurga. Majlis ilmu adalah majlis mengenal Allah S.W.T. Sempena menyambut Maal Hijrah, ada 3 persoalan yang harus kita Tanya. 1.Kenapa kita sambut Maal hijrah 2.Bila berlaku Hijrah 3. Kenapa berlaku hijrah Kenapa kita sambut Maal hijrah 1. Kita menyambut kedatangan Tahun Baru Islam. Sudah 1430 tahun kita berada selepas Hijrah. Umat mulism diminta menyambut Maal hijrah sahaja. Dan hendklah kita menyambut hijrah dengan sebaik-baiknya. 2. Kita mempunyai tarikh islam kita sendiri. Hendaklah kita gunakan dalam kehidupan kita seharian. 3. Peredaran masa berlalu. Ingatlah usia semakin bertambah, ajal semakin dekat. Pada peringkat umur 60-70 tahun kita kena berusaha memperbaiki amalan kita. Perkara yang baik adalah panjang usia dan panjang pula amalannya. Kita kena sedar usia kita semakin lanjut dan kita kena bersedia menghadapi kematian. Bila berlaku hijrah 1.Rasulullah S.A.W memasuki kota Madinah pada 12 RabiulAwal. Pada masa inilah Rasulullah S.A.W telah behijrah dari mekah ke kota madinah. 2. Pada 17 Ramadan Al-Quran diturunkan. 3. Al-Quran diturunkan sebanyak 3 kali.: i) Pada bulan Ramadhan ia diturunkan di lauh mahfuz. (30juz) ii)Diturunkan di Baitul izzah iatu diturunkan ke langit dunia. (30 juz) iii)Diturunkan pada 17 Ramadhan. Iaitu turun ayat pertama kepada Rasulullah S.A.W. Pada 12 Rabiulawal. Rasulullah S.A.W lahir , behijrah ke madinah dan wafat. Di dalam dunia ini, janganglah kita percaya pada angka.
www.zahrein.com Kenapa berlaku hijrah. Ada 3 sebab berlaku hijrah. 1. Hijrah adalah perancangan Allah. Hijrah adalah pengorbanan hijrah meninjukkan akan kepentingan pemuda, orang tua dan orang kaya. 2. Menunjukkan peranan orang tua dalam hijrah. Iaitu Saidina Abu Bakar AsSiqddiq r.a yang telah meninggalkan segala harta benda untuk berhijrah bersama nabi S.A.W.Pengajaran yang boleh kita ambil dari sini adalah kita jangan menjadi orang yang materialistik. 3. Peranan Asma binti Abu Bakar.Iaitu beliau telah menghilangkan jejak tapak kaki Rasulullah S.A.W dan Abu Bakar As-Siddiq. Pada satu ketika Nabi S.A.W telah dihalau oleh kau musyrikin mekah, namun Allah tetap menolongnya. Rasulullah S.A.W digelar Al-Amin kerana ia adalah orang yang Amanah dan orang yang dipercayai. Hendaklah jangan kita makan secara haram. Sepanjang perjuangan Rasulullah S.A.W, beliau tidak inginkan harta . Beliau hanya membawa peringatan dan amaran. Janganlah kita menjadi orang nas. Jadilah insan. Insan adalah makhkluk yang boleh berfikir. Pembentukan insane bermula kita dari bayi hinggalah besar. Hendaklah kita bertakdih,tarbiyah dan talim sentiasa. Wassalam.