www.zahrein.com Kuliah Maghrib Tarikh: 17 January 2009 Tempat : Masjid Gelugor Penceramah: Ustaz Johari Wahab Antara fitrah kejadian manusia adalah manusia sentiasa hidup berjamaah. Sebagai contoh semut. Mereka sentiasa hidup dalam berjamaah.Kita kena hidup sebagai satu keluarga. Di dalam masjid, kita solat berjamaah. Kita pilih imam, kena ada ilmu tajwid , ilmu fardu ain dan Ilmu Fikh. Di dalam solat berjamaah ada konsep imam dan makmum. Kita kena bawa konsep ini ke dalam masyarakat. Oleh yang demikian kita melantik pemimpin yang beriman.Jika kita melantik pemmimpin yang salah, kita kan terkena implikasinmya. Kita kena pilih pemimpin yang beriman, iaitu melaksanakan hukum islam. Pada hari akhirat kelak.ada kumpulan yang akan masuk neraka dan dia akan menyesal.Alangkah celakanya aku pada hari itu, aku engkar pada perintah Allah S.W.T. Kita hendaklah beri kemenangan pada orang Islam yang inginkan menegakkan agama islam/hukum-hakam. Kita harus mengambil hadith dari Imam Bukhari, Imam Muslim, Ibnu Majah,Imam Ahmad, Imam Tarmidzi. Hadith mereka mempunyai perawi yang kuat.Hukum Islam hendaklah ditegakkan. Jika kita menegakkan hukum islam di dunia, maka diakhirat kita kan terlepas. Percayalah, azab di akhirat lebih dahsyat. Nabi tidak suka orang bernazar. Nazar dekat kepada haram. Wassalam.