Kuliah Maghrib 22 Februari 2009

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kuliah Maghrib 22 Februari 2009 as PDF for free.

More details

  • Words: 423
  • Pages: 2
www.zahrein.com Kuliah Maghrib Tarikh: 22 February Tempat : Masjid Gelugor . Manusia dinamakan insane. Surah Annas . Aku berlindung dari Tuhan manusia.Tempat bernaung adalah Allah S.W.T. Aku sujud wajahku ini bagi yang menjadikan aku dan mengurniakan pendengaran. Tuhan kita bernama Allah S.W.T. Allah adalah tempat bermunajat/berharap. Dia tidak beranak dan tidak diperanakkan . Dan Dia tiada setara dengannya. Sebelum kita lakukan ibadah, kita kena yakin akan Allah S.W.T.Kalimah shahadah menentukan segala-galanya. Kalimah shahadah mengandungi pengertian yang besar. Awal-awal agama . kita hendaklah mengenal Allah S.W.T. Kita sebagai manusia yang sentiasa mendapat nikmat Allah S..W.T. Hendaklah jangan kita lupa akan Alllah S.W.T. Hendaklah kita berasa bersyukur kepadanya. Kalau kita tidak kenal Allah S.W.T, mereka akan ingkar hukum-hukum Allah S.W.T.Kita kena tunai hak kita kepada Allah S.W.T. Janganlah kita ikut pemimpin yang membuta hati. Kita hanya boleh ikut pemimpin jika ia mendatangkan kebaikan. Perkara akidah adalah penting. Haram kita belajar perkara lain selagi tidak selesai ilmu fardhu Ain. Kita kena tahu rukun iman, ibadah dan rukun islam. Jika kita tidak memahami fardhu ain, rosak hubungan kita dengan Allah S.W.T. Kita kena tahu perkara mengenai taswauf (hati). Kita kena belajar semua ilmu. Kita kena tumpu kepada Allah S.W.T semata-mata. Tiap-tiap manusia itu celaka kecuali ia belajar. Orang berilmu pun celaka jika ia tidak beramal. Orang yang berilmu juga berada di atas jalan yang merbahaya kerana ia riak. Jika kita tidak menguasai fardhu ain, ia akan sombong dengan ilmu dunia yang diperolehi. Syaitan boleh masuk ke dalam hati jika hati itu kosong. Jika kita mempunyai ilmu, ia dapat menangkis was-was. Kita hendaklah hidup dengan iman dan mati dengan iman. Kita hendaklah berdoa agar deberi perlindungan Allah S.W.T agar kita tidak dipenuhi perasaan was-was. Kita hendaklah berzikir dgn bersungguh-sungguh. Janganlah kita was-was dengan perkara akidah. Kita kena bertahlil agar kita dekat kepada Allah S.W.T. Kita hendaklah berzikir setiap hari. Kita kenalah menguatkan zikir kita agar kita dilindungi. Janganlah kita terlalu bangga dengan harta yang kita ada. Dengan harta, manusia akan lalai dengan ibdah, masjid dan solat.Akan tiba masanya pada hari kiamat, hari yang dahsyat dan gerak gempa yang sangat dahsyat.

www.zahrein.com Kita hendaklah mendalami ilmu fardhu ain. Allah itu adalah kekasih orang yang beriman. Allah bagi kita berehat di waktu malam dan beribadat.Allah memberi waktu siang agar kita mencari penghidupan. Banyak nikmat yang telah Allah berikan. Janganlah kita sombong dengan nikmat Allah yang telah diberikan. Akal fikiran kita terbatas, oleh sebab itu kita memerlukan kitab Al-Quran.Akal kita tidak sempurna jika kita tidak belajar dalam kitab Al-Quran. Hendaklah kita mengenal diri kita betul-betul, barulah kita mengenal Allah S.W.T. Wassalam.

Related Documents