www.zahrein.com Kuliah Maghrib Tarikh: 18 January 2009 Tempat : Masjid Taman Saadon Penceramah: Ustaz Dato Shamsuri Dari Anas bin Malik. Rasulullah S.A.W bersabda “Apabila seorang manusia berada di dalam kubur , manusia akan mendengar tapak kasut yang mengahadiri pengkebumian kita. Selepas manusia pergi malaikat mungkar dan Nakir akan sampai. Kita akan nampak wajah Muhammad S.A.W jika berimankan kepada Rasulullah S.A.W. Hanya Allah memberi rahmat kepada kita.Pada masa itu Allah akan menampkkan kita dengan syurga, dan neraka.Dan malaikat akan Tanya perihal Nabi Muhammad S.A.W.! Nabi Muhammad S.A.W suruh pukul kedua-dua telinga jika kita tidak kenal akan Nabi Muhammad S.A.W. Kita akan dipukul kerana tidak mendengar akan AlQuran dan Assunnah. Orang yang kena pukul dia akan berteriak dan semua makhluknya akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Kesimpulannya: Jadilah orang islam yang mengaji tentang islam. Nabi Muhammad S.A.W mentalkinkan Abu talib agar mengucap shahadah.Pada ketika itu juga Abu Jahal menghasut Abu Talib agar ia tidak mengaku Tuhan Muhammad. Abu talib enggan menyatakan shahadah. Namun nabi Muhammad S.A.W tetap meminta ampun akan bapa saudaranya. Maka diturunnya Surah At-Taubah ayat 113. [113] Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik, sekalipun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka. Kesimpulannya: Hidayah Allah cukup mahal. Jangan buat kerosakan hidayah. Surah An-Nisa ayat 58 [58] Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaikbaiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. Ayat ini menceritakan tentang perihal pemegang Amanah. Iaitu mengenai penjaga Air Zam-zam dan Penjaga kunci pintu kaabah. Pemegang Amanah tersebut adalah Uthman bin Talhah. Amanah hendaklah diberikan kepada orang yang ahlinya. Pemerintahan negeri kena berlaku adil.Amanah mesti ditunaikan dan
www.zahrein.com hukuman mesti adil. Taat kepada Allah dengan taat kepada AlQuran dan taat pada Rasul dengan taat pada sunnah dan taat kepada pemimpin. Ketaatan kepada Allah dan ketaatan kepada Rasul adalah mutlak. Ketaatan pada pemimpin adalah bersyarat. Selepas nabi wafat, kamu akan diperintah oleh pelbagai jenis pemerintah.Pemerintahan yang baik dan soleh, dia akan pimpim ke jalan yang soleh. Kalau pemimpin yang jahat dia akan pimpim ke jalan yang jahat. Oleh itu hendaklah ia menjadi pemimpin yang baik. Taatlah kepada pemerintah selagi mana ia mengikut syariat. Pada akhir zaman , kaabah akan diruntuhkan.Kaabah mempunyai banyak sejarah. Kaabah yang ada sekarang adalah kaabah yang dibina oleh kaum kafir Quraisy. Oleh yang demikian, perintah yang ada dalam Al-Quran dan As-Sunnah hendaklah kita patuhi. Janganlah kita berbantah-bantah. INgatlah syaitan sentiasa berada dalam darah. Wassalam.