Kuliah Maghrib 1 Februari

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kuliah Maghrib 1 Februari as PDF for free.

More details

  • Words: 534
  • Pages: 2
www.zahrein.com Kuliah Maghrib Tarikh: 1 february Tempat : Masjid Gelugor Pencermah: Ustaz Mohd Izhar Habib Perangai orang Yahudi: [109] Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w). Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintahNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu Mereka memesongkan umat islam hingga menjadi kafir. Kadang-kadang perangai orang Yahudi sama dengan orang islam. Lihatlah bagaimana kita meniru akan cara kehidupan meraka dari segi pakaian, pertuturan dan pergaulan. Ini menunjukkan kita mengikut jejak langkah yahudi dan nasrani. Oleh yang demikian kita hendaklah sentiasa memeriksa diri kita sendiri akan hal ini. Perangai Yahudi dan nasrani akan menimbulkan keraguan pada umat islam. Ciri-ciri Yahudi: 1. Menimbulkan keraguan 2. Tidak menerima kandungan kitab Allah S.W.T. 3. Mereka bergerak atas Assabiyah. Kita harus mencontohi tentera-tentera islam yang ketika dahulu pernah menawan Rom dan Parsi. Walaupun mereka kekurang dari segala macam, namun mereka tetap menang. Allah beri mereka kemenangan. Hanya hamba Allah dapat menewaskan Pihak Rom dan Parsi. Bantuan Allah hanya akan turun kepada orang yang mengingati Allah.. Jika kita ingat kepada Allah, Allah akan ingat kepada kita. Lebih banyak ingat akan Allahm Allah akan ingat kepada kita. Ketika ini Negara Palestin sedang diserang oleh puak Yahudi. Jika kita perhatikan sejarah, semenjak yahun 1897 lagi pihak Yahudi telah bersedia atau merancang untuk menawan Negara palestin. Oleh sebab itu kita wajib menolong dan membantu orang islam di Palestin. Ini adalah kerana ia adalah tanah mereka dan hak mereka sudah dicerobohi. Pihak yahudi suka merosakkan pegagan orang islam dengan keraguan. Apabila timbul keraguan, mereka akan pecah belahkan umat islam. Dalam Negara kita ada perangai Yahudi. Bergerak atau Assabiyah adalah perangai Yahudi.

www.zahrein.com Pada masa dahulu kaum Yahudi adalah bangsa yang terbaik pada masa dahulu. Orang yang mempunyai nilai tinggi adalah orang yang tidak takut kepada makhluk tetapi takut kepada Allah S.W.T. Cuba kita fikirkan diri kita sendiri, bagaimana kita ingin melawan Yahudi jika kita ikut perangai yahudi. Pada ketika ini kesatuan Islam tidak seperti dahulu. Orang Islam yang sebenar , tidak boleh tengok orang lain susah. Kalau orang lain sakit, orang lain pun kena rasa sakit. Oleh yang demikian kita kena tahu akan nilai Islam dan ajaran yang sebenar. Kita kena ikut ajaran islam dengan bersungguh-sungguh. Jika kita ingin Allah menjaga kita, kita ikut hukum Allah. Kita kena laksanakan hukum yang terdapat dalam AlQuran. Kerana ajaran islam adalah ajaran yang tepat dan padu. Janganlah kita berpikiran seperti orang kafir. Janganlah kita berfikiran seperti orang Yahudi. Kita ada 2 perkara yang harus kita pegang iaitu AlQuran dan AsSunnah. Kita dikehendaki memartabatkan AlQuran sehingga kita mati. Kita kena ikut petunjuk Al-Quran. Jangan kita jadi buta Quran, jangan kita lupa akan Al-Quran. Jika kita buta Al-Quran, kita akan dibutakan pada hari akhirat kelak. Surah Al-Zummar ayat 59 [59] (Kata-kata yang tersebut ditolak oleh Allah dengan firmanNya): "Bahkan telahpun datang kepadamu ayat-ayat petunjukKu (melalui RasulKu), maka engkau telah mendustakannya serta engkau berlaku sombong angkuh mengenainya, dan engkau telah menjadikan dirimu dari orang-orang yang kufur ingkar!" Janganlah kita menjadi pendusta. Muka kita kan menjadi hitam bila di akhirat kelak. Wassalam.

Related Documents