Kuar Nag Cik Din]

  • July 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kuar Nag Cik Din] as PDF for free.

More details

  • Words: 827
  • Pages: 6
KERTAS KERJA LAWATAN SEMPENA BULAN DAKWAH,

BERTARIKH: 20 FEBRUARI 2008 (RABU)

DISEDIAKAN OLEH: MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR INSTITIUT LATIHAN PERINDUSTRIAN KEPALA BATAS PULAU PINANG PENGENALAN

Kertas kerja dasar ini disediakan bertujuan untuk memberi maklumat lengkap dan seterusnya memohon pertimbangan dan kelulusan daripada pihak Pengurusan Institiut Latihan Perindustrian Kepala Batas Pulau Pinang (ILPKBPP) berkenaan permohonan membawa masuk kenderaan pelajar ke dalam Insititiut. Ini kerana tidak ada kemudahan bas yang melalui kawasan ILPKBPP ketika pelajar keluar petang atau balik kampung

Permohonan ini juga di buat kerana permintaan dari pelajar-pelajar Institiut Latihan Perindustrian Kepala Batas Pulau Pinang. Ini kerana pelajar-pelajar tidak di benarkan membawa masuk kenderaan persendirian kedalam ILPKBPP semenjak tahun 2007 (mengikut pengetahuan

pelajar-pelajar). Perkara ini

menyebabkan kesukaran kepada pelajar-pelajar ILPKBPP untuk berulang-alik dari rumah atau ketempat yang perlu di tujui ketika kecemasan atau pulang ke kampung pada minggu balik kampung bagi pelajar.

Untuk pengetahuan pihak pengurusan juga ada beberapa orang pelajar yang terpaksa membawa kenderaan dari kampung

untuk datang ke Institiut. Bagi

pelajar-pelajar yang membawa kenderaan mereka kerana terpaksa juga terpaksa meletakan kenderaan mereka di luar pagar dari Institiut. Bagi pelajar yang meletakkan kenderaan diluar pagar Insititiut ini mereka di ancam pula dengan pelbagai masalah antarannya kebimbangan kehilangan atau kecurian kenderaan mereka, kerosakan di sebabkan cuaca kini yang tidak menentu dan sebagainya.

Perkara-perkara seumpama ini menyebabkan pelajar-pelajar yang sentiasa bimbang dan mengingati keselamatan kenderaan mereka menyebabkan tumpuan terhadap penbelajaran dalam kelas atau bengkel hilang. Jadi dengan

kelulusan pihak pengurusan ILPKBPP banyak manfaat yang di perolehi oleh pelajar-pelajar ILPKBPP. 1. MANFAAT 1.1 Memberikan kemudahan pengangkutan kepada pelajar-pelajar untuk keluar ke bandar atau balik kampung pada minggu balik kampung atau kes kecemasan.

1.2 Untuk mengelakkan kehilangan atau kecurian kenderaan yang di letakan diluar dari kawasan Institiut.

1.3 Pelajar-pelajar dapat menjimatkan perbelanjaan yang agak mahal untuk

medapatkan perkhidmatan kereta sapu yang memakan belanja sehingga RM10.00 ke RM40.00 untuk menggunakan satu-satu kenderaan ke bandar atau ke terminal bas

1.4 Dapat pempercepatkan urusan yang perlu dilakukan di luar kawasan Institiut seperti Tugasan yang di berikan kepada pelajar, sebarang tandatangan yang perlu di ambil dari kampung atau sebagainya.

1.5 Memudahkan pelajar masuk kedalam Institiut sewaktu hari pulang dari kampung

ke ILPKBPP atau pulang ke Institiut sebelum tamat masa yang ditetapkan bagi keluar petang atau keluar hari cuti. Ini kerana sebelum ini ramai pelajar yang terpaksa pulang agak lewat kerana tiada penangkutan awam yang ada untuk pulang ke Institiut.

SYARAT-SYARAT YANG DISETUJUI OLEH PELAJAR-PELAJAR ILPKBPP UNTUK MEMBAWA KENDERAAN PERSENDIRIAN KEDALAM KAWASAN INSTITIUT: 1. Pelajar-pelajar hendaklah memenuhi kelulusan memandu yang sepertimana yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia iaitu seperti Lesen Memandu, cukai jalan kenderaan dan sebagainya.

2. Pelajar hendaklah terlebih dahulu membeli dan menampal stiker pada kenderaan yang hendak di bawa. Hanya 1 stiker untuk 1 kenderaan sahaja atau mendaftarkan kenderaan yang dibawa pada pihak Institiut atau pengawal keselamatan ini bergantung pada keputusan pihak ILPKBPP.

3. Sebarang kemalangan,kecurian atau kerosakan kenderaan di dalam atau di luar

Institiut pihak ILPKBPP tidak akan bertanggungjawab sepenuhnya dan sebarang kos hendaklah ditanggung oleh pelajar sendiri.

4. Ibubapa sama sekali tidak boleh menyalahkan pihak Institiut sekiranya berlaku masalah terhadap pelajar atau kenderaan yang dibawa oleh pelajar seperti kehilangan,kerosakan atau kemalangan

5. Pelajar hanya boleh meletakkan atau parking kenderaan di kawasan parking pelajar untuk pelajar lelaki dan kawasan parking berdekatkan bengkel Sistem Komputer bagi pelajar perempuan atau mana-mana tempat didalam ILPKBPP seperti yang di tetapkan oleh pihak Institiut.

6. Pihak Institiut berhak mengeluarkan satu paduan peraturan yang baru bagi membawa masuk kenderaan ke dalam kawasan ILPKBPP.

7. Pelajar tidak dibenarkan membawa masuk kenderaan berhampiran kawasan asrama lelaki atau perempuan.

8. Kenderaan yang di bawa oleh pelajar hendaklah tersusun dengan baik.

9. Pelajar hendaklah mematikan suis kenderaan (kenderaan motorsikal sahaja) dan menbawa masuk kedalam Institiut dan hendaklah menghidupkan suis di luar dari kawasan Institiut sewaktu keluar dari Institiut.

10. Masa yang dibenarkan pelajar menggunakan kenderaan ialah pada hari keluar petang(outing) atau balik kampung sahaja. Kecuali kes kecemasan dan mendapat kebenaran dari pihak ILPKBPP.

11. Pihak pengawal berhak untuk menahan mana-mana pelajar yang tidak

menggikut mana-mana peraturan yang ditetapkan.

12. Pihak Institiut juga berhak merantai iaitu tidak membenarkan pelajar menggunakan kenderaan tersebut sekiranya tidak menggikut peraturan yang ditetapkan.

13. Pihak Institiut berhak membuat pemeriksaan bila-bila masa terhadap kenderaan pelajar bersama mana-mana pegawai kerajaan luar seperti Jabatan Pengangkutan Jalan atau Polis.

14. Pihak ILPKBPP berhak merampas kenderaan atau menahan kenderaan yang

tidak menepati atau melanggar syarat-syarat yang ditetapkan.

15. Pihak institiut berhak menarik balik kelonggaran yang diberikan sekiranya berlaku masalah ponteng, kemerosotan dalam pembelajaran, pulang lebih lewat ke ILPKBPP dari masa yang ditetapkan(kecuali dengan kebenaran ketua warden) dan lain-lain yang di syaratkan oleh pihak institiut.

PENUTUP Permohonan ini adalah untuk bertujuan memberikan kemudahan kepada para pelajar di Institiut Latihan Perindustrian Kepala Batas untuk membawa kenderaan kedalam Institiut sebagai satu kemudahan pengangkutan. Maka bersama-sama kertas kerja ini di sertakan nama, NDP, bengkel, bilik dan tandatangan pelajar sebagai persetujuan pelajar terhadap syarat-syarat yang ditetapkan di atas atau syarat-syarat yang akan ditetapkan oleh pihak Institiut. Kami berharap agar pihak Institiut dapat membuat pertimbangan terhadap permohonan ini untuk kemudahan pelajar bersama.

Related Documents

Kuar Nag Cik Din]
July 2020 4
Paskong Nag
July 2020 8
Nag Resume
November 2019 13
Ulasan Jurnal Cik Hasnatul
October 2019 27
Pastor - Nag Hag Bag
November 2019 14
Cik Atuh Bener Ah.docx
November 2019 38