KRONOLOGI TARBIYAH ILAHIAH : DARIPADA KELAHIRAN HINGGA KERASULAN 1. Tinggal di Perkampungan Bani Sa’ad 1. Tinggal beberapa tahun bersama-sama keluarga Halimatus Sa’diah dan menjalani kehidupan orang Badwi 2. Sabda Rasulullah, bermaksud:
“Akulah orang yang paling berada dalam suasana Arab, aku seorang Quraisy dan aku menyusu di kalangan Bani Sa’ad bin Bakr.” o o
Hidup dalam fitrah dan kefasihan bahasa yang menjadi keistimewaan Bani Sa’ad Tarbiyah membiasakan diri dengan kesederhanaan yang jauh daripada sifat kepura-puraan
1. Pembelahan Dada 1. Ketika Nabi bermain dengan saudara sesusunya 2. Dua malaikat datang dan menelentangkan Nabi serta membelah dadanya 3. Kemudian dikeluarkan hati Nabi untuk dibersihkan o
Menunjukkan pembersihan dan pemeliharaan Allah terhadap Rasulullah
1. Kewafatan Aminah dan Abdul Muttalib 1. Bonda Nabi, Aminah meninggal ketika Baginda berusia enam tahun dan datuk Nabi, Abdul Muttalib meninggal ketika Baginda berusia lapan tahun 2. Aminah meninggal di Abwa’ dalam perjalanan pulang ke Mekah setelah menziarahi pusara suaminya di Yathrib 3. Abdul Muttalib, pembesar Quraisy yang menjaga Nabi meninggal dunia ketika berumur 120 tahun o
Menerima tarbiyah terus daripada Allah
o
Tiada alasan bahawa dakwah dan sifat Nabi adalah pengaruh bonda dan datuk Baginda
o
Menjauhi diri Baginda daripada pangkat dan harta dunia
1. Mengembala Kambing 1. Menjaga kambing ketika di Bani Sa’ad dan kambing milik bapa saudara Baginda, Abu Talib serta kambing penduduk Mekah 2. Sabda Rasulullah, bermaksud:
“Tiada Nabi melainkan mengembala kambing; Para sahabat bertanya, adakah engkau juga wahai Rasulullah? Nabi menjawab, dan aku juga.” o
Mencari nafkah dan tidak bergantung kepada orang lain
o
Tarbiyah sebagai seorang pemimpin yang menjaga rakyat
1. Menyertai Perang Fajar 1. Iaitu peperangan antara Quraisy dengan Qais 2. Ketika usia 14 @ 15 tahun 3. Memungut anak panah musuh untuk bapa saudaranya o
Tarbiyah dengan sifat kepahlawanan dan kesabaran dalam medan perang
1. Melihat Perjanjian al-Fudhul 1. Di rumah Abdullah bin Jad’an oleh qabilah-qabilah Quraisy daripada Bani Hashim, Bani Muttalib, Bani Asad bin Abdul ‘Uzza dll 2. Mereka berjanji untuk menolong orang yang dizalimi di Mekah dan membasmi kezaliman 3. Rasulullah bersabda, bermaksud: “Sesungguhnya aku telah menyaksikan suatu perjanjian bersama-sama bapa-bapa saudaraku di rumah Abdullah bin Jad’an yang lebih kasih bagiku daripada unta yang merah (barang mahal); dan kalau aku diajak kepadanya pada zaman Islam, nescaya aka menyahutnya.”
o
Menentang sebarang kezaliman, kepada siapa atau di mana
o
Tarbiyah dengan sifat mulia, menerima kebaikan dan bencikan kemungkaran
1. Berniaga di Syam 1. Meniaga barang Khadijah bin Khuwailid ke Syam 2. Khadam Khadijah, Maisarah melihat sifat amanah dan peribadi Nabi o
Bersifat amanah dan jujur menyebabkan kita dipercayai dan disukai
1. Berkahwin dengan Khadijah 1. Dipinang oleh Khadijah (40 tahun) melalui Nafisah binti Munabbah 2. Khadijah seorang penenang 3. Nabi tidak berkahwin sehingga kewafatan Khadijah •
Tarbiyah berkeluarga dengan isteri yang baik
1. Menyelesai Masalah Hajarul Aswad 1. 2. 3. 4. 5.
Banjir melanda dan ka’abah mengalami kerosakan Rasulullah menyertai pembinaan semula Pertikaian qabilah untuk meletak Hajarul Aswad Rasulullah dipilih menyelesaikan kerana ‘al-Amin’ Rasulullah meletak sehelai kain dan menyuruh setiap ketua qabilah memegang penjurunya
•
Penerimaan dan pengakuan Quraisy bahawa Nabi seorang yang amanah
•
Tarbiyah sebagai pemimpin bijaksana yang manyelesaikan masalah
1. Beruzlah di Gua Hira’ 1. Setelah melihat jahiliyah dan kekufuran di sekeliling 2. Menerima wahyu pertama
•
Kepentingan muraqabah dengan Allah
•
Tarbiyah kebersihan rohani dan kekuatan hati yang bulat terhadap Allah