Unit Dakwah & Kepimpinan, Sektor Pendidikan Islam & Moral, KPM ISRA’ MI’RAJ 1- PENGENALAN Nabi Muhammad S.A.W dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj pada malam hari dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitul Muqaddis dan terus ke langit yang ke tujuh atas jemputan Allah S.W.T kepada kekasihnya Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W semata-mata menerima arahan dan perintah sembahyang – Rukun Islam yang ke dua. Peristiwa bersejarah ini berlaku pada malan Isnin 27 Rejab 11 Tahun kenabian, bersamaan 622 tahun Mishi. Nabi pada masa itu berusia 51 tahun. Baginda ditemani oleh Jibril, Mikail dan Buraq ( binatang syurga ). Dalam Perjalanan malam itu Baginda diperlihatkan 17 kejadian yang menggambarkan umatnya yang mungkar dan yang membuat kebajikan. Dalam Mi’rajnya Baginda diketemukan dengan para nabi-nabi sebelumnya dan diperlihatkan syurga dan neraka serta penghuninya. Peristiwa yang berlaku sebelum Isra’ dan Mi’raj Nabi. 1. Isteri Baginda Saidatina Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib meninggal dunia. -
Nabi dipulau dan mendapat tentangan dari kaum Quraisy Nabi dicabar oleh pembesar-pembesar Quraish melakukan perkara diluar kemampuannya Tahun tersebut merupakan tahun dukacita 2. Sebelum Nabi di Isra’ dan Mi’raj malaikat Jibril bersama Mikail membelah dada Nabi. - Dicuci dengan air Zam-Zam - Dimasukkan dengan Iman. Islam. Hikmah. Sabar. Berani dan Ilmu. 3. Setelah itu Allah mendatangkan Buraq sebagai kenderaan Baginda dalam perjalanan Isra’ dan Mi’raj tersebut Dalam perjalanan. Nabi berhenti dibeberapa tempat dan solat dua rakaat: a) Yathrib, sekarang Madinah b) Madyan tempat nabi Musa bermunajat c) Baitulaham tempat kelahiran nabi Isa A.S d) Baginda sampai di Masjidil Aqsa solat dua rakaat, menjadi imam kepada roh para ambia’. Jibril memberikan tiga gelas minuman yang berisi air anggur, madu dan susu. Baginda memilih susu.
1
Peristiwa yang diperlihatkan oleh Allah S.W.T kepada Nabi disepanjang perjalanan Isra’ dari Masjidil Haram Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitul Muqadis.. PERISTIWA 1. Nabi dikejar oleh jin Aprit
IKTIBAR 1. Gangguan syaitan untuk menggagalkan perjalanan
2. Petani tidak habis-habis menuai hasil 2. Ganjaran bagi orang yang semasa hidupnya tanamannya berjihat dan beramal kebajikan di jalan Allah 3. Nabi tercium bau wangi dari kubur 3. Wanita yang sanggup mati kerana Masitah dan anak-anaknya mempertahankan iman di hadapan raja yang zalim 4. Manusia terus menerus memecah kepala 4. Orang yang merasakan berat / malas solat sendiri dengan batu semasa hidupnya 5. Manusia bercawat makan rumput, buah 5. Orang yang semasa hidup tidak membayar berduri dan bara api zakat hartanya 6. Manusia makan daging berulat (busuk) 6. Orang yang semasa hidupnya makan walau pun disediakan daging yang elok makanan yang haran dan melakukan zina 7. Manusia yang berenang dalam lautan 7. Orang yang semasa hidupnya makan wang darah dan nanah dan dilempar kepalanya riba (bunga) dengan batu 8. Orang yang sedang berjalan dikait 8.Orang yang semasa hidupnya menghalang dengan kayu-kayu berduri orang lain berbuat baik 9. Sekumpulan manusia mengumpul berkas 9. Orang yang semasa hidupnya memegang kayu lalu dipikul tapi ta’ mampu lalu banyak jawatan tetapi tidak melaksanakannya. ditambah lagi 10. Manusia menggunting lidahnya sendiri 10. Orang yang semasa hidupnya pandai sahaja dengan gunting tembaga berapi bercakap tetapi tidak melaksanakannya 11. Manusia yang mencakar muka dan 11. Orang yang semasa hidupnya suka mengata dadanya sendiri dengan kuku tembaga dan mengumpat orang lain 12. Seekor lembu keluar dari lubang yang 12. Orang yang semasa hidupnya suka bercakap kecil dan cuba masuk semula melalui besar dan takabur lubang tersebut 13. Suara memanggil Nabi dari sebelah 13. Seruan orang Yahudi mengajak umat islam kanan kepada mereka 14. Suara memanggil Nabi dari sebelah kiri
14. Seruan orang Nasrani mengajak umat islam kepada mereka
2
15. Suara merdu memanggil Nabi dari 15. Seruan mengajak umat islam cinta kepada wanita cantik kemewahan dan bersuka ria hidup di dunia 16. Orang tua menghalang Nabi dalam 16. Godaan syaitan dan iblis yang cuba perjalanan menyesatkan umat islam 17. Nenek tua yang melambai dan cuba 17. Menggambarkan usia dunia yang sudah tua hendak bertanya pada Nabi dan hampir kepada kiamat
2- PERJALANAN MI’RAJ Setelah solat bersama roh para ambia’ dan malaikat, Allah turunkan tangga emas dari syurga sebagai laluan Nabi naik ke langit ditemani oleh Jibril. Dalam perjalanan, Nabi bertemu:* Nabi Adam a.s di langit pertama * Nabi Isa a.s dan Yahya a.s di langit kedua * Nabi Yusuf a.s di langit ketiga * Nabi Idris a.s di langit keempat * Nabi Harun a.s di langit kelima * Nabi Musa a.s di langit keenam * Nabi Ibrahim a.s di langit ketujuh Nabi dibawa melawat syurga, ramai penghuninya orang miskin harta.Nabi dibawa melawat neraka,ramai penghuninya orang perempuan. Nabi sampai di Sidratul Muntaha Sidratul Muntaha ialah distinasi terakhir yang boleh dilalui oleh Jibril. Jibril akan hangus terbakar sekiranya ia naik lebih tinggi dari tempat terakhir itu, justeru itu, Jibril mempersilakan nabi meneruskan perjalanan untuk bertemu Allah Subhanahu Wataala. Di Sidratul Muntaha Nabi bersua dengan sekumpulan orang yang wajahnya bersinar-sinar seperti cahaya. Mereka ialah orangorang yang semasa hidup di dunia:Lidah dan hatinya sentiasa menyebut nama Allah. Sentiasa berulang - alik ke masjid kerana solat berjamaah, sehinggakan mereka merasa lebih berdukacita kerana tertinggal satu rakaat daripada berdukacita kerana hilang semua harta kekayaan dunia yang dia miliki dan sentiasa taat kepada ibu bapanya. Nabi meneruskan perjalanan bertemu Allah tanpa ditemani oleh Jibril dan Mikail Nabi memberi salam kepada Allah: التحيات المباركات الصلواة الطيبات لله Allah menjawab: السلم عليك ايها النبي ورحمة الله وبركاته 3
Nabi menjawab: السلم علينا وعلى عباد الله الصالحين Setelah bermusyahadah dengan Allah, Nabi Muhammad S.A.W. menerima perintah mendirikan solat lima waktu sehari semalam sebagai Tiang Agama. Nabi kembali semula dan sampai ke Al – Masjidil Haram sebelum waktu subuh. Penerimaan Kaum Arab terhadap peristiwa Isra’ Mi’raj Peristiwa luar biasa yang berlaku pada diri Rasulullah pada malam itu benar-benar menjadi ujian kepada kaumnya. Para sahabat menerimanya dengan penuh keimanan sebagai satu mukjizat pada diri Rasulullah S.A.W. Tetapi bagi orang kufur dan ingkar, ia dijadikan sebagai bahan untuk mempersenda baginda dengan berbagai-bagai penghinaan. 3- PENUTUP Peristiwa Isra’ dan Mi’raj adalah bukti kekuasaan Allah yang Maha Agung untuk menguatkan lagi keimanan orang-orang yang beriman denganNya, dan betapa solat itu merupakan perintah Allah yang paling utama ke atas umatNya. Abudullah bin Umar r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah (S.A.W) semasa berbicara tentang solat Baginda bersabda “ Pada hari kiamat solat akan menjadi cahaya (nur) kepada orang yang sentiasa memeliharanya; menjadi penghujjah bagi pihaknya dan menjadi penyelamatnya. Dan sesiapa yang tidak memeliharanya maka tidaklah ada baginya cahaya, pembela dan penyelamat seksa, bahkan ia senasib dengan Firaun, Haman dan Ubai bin Halaf. Hadith riwayat Ahmad dan At Tabrani. Solat juga menjadi amalan pertama yang akan dihisab oleh Allah dihari Akhirat kelak sebelum amalanamalan yang lain. MANUSIA YANG BERJAYA DIHISAB AMALAN SOLATNYA AKAN BERJAYA DIHISAB PADA AMALAN LAINNYA DAN BEGITULAH SEBALIKNYA. والله اعلم
4