DERAF UCAPAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MAJLIS ANUGERAH KESEF CEMERLANG KEBANGSAAN 2018
Assalamualaikum dan salam sejahtera Yang Berbahagia Dato’ Azlan Shahrim Ketua Pegawai Korporat Kumpulan ,Pos Malaysia Berhad Yang Berbahagia Dato’ Anuar Bashah Presiden, Persatuan Setem Malaysia Yang Berusaha Para Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Seluruh Malaysia Yang Berusaha Para Pengetua dan Guru Besar Sekolah-Sekolah Jemputan Khas Barisan murid-murid jemputan khas serta para hadirin yang dihormati sekalian.
Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. dengan izinNya, dapat kita bersama-sama
berkumpul bagi meraikan Majlis Anugerah Kelab
Setem & Filateli (KESEF) Cemerlang Kebangsaan bagi tahun 2018 pada petang ini. Terlebih dahulu, saya bagi pihak Kementerian Pendidikan Malaysia merakamkan ucapan terima kasih kepada Pos Malaysia Berhad selaku penganjur atas jemputan program dan usahama pintar ini dalam memajukan aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia. Kami di Kementerian Pendidikan Malaysia amat berbesar hati atas kesudian pihak Pos Malaysia Berhad untuk mengadakan majlis seperti ini setiap tahun bagi memberi pengiktirafan kepada mereka yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam bidang kokurikulum secara amnya, atau secara khususnya dalam Kelab Setem dan Filateli (KESEF). Selain memberi pengiktirafan, majlis seperti ini juga akan turut menyuntik semangat kepada para pelajar lain untuk meningkat pencapaian masing-masing. Kokurikulum amat penting bagi melahirkan murid-murid yang lebih dinamik, berkebolehan dan memiliki perspektif yang lebih baik terhadap kehidupan. Justeru, usaha murni Pos Malaysia Berhad melalui KESEF membuktikan keprihatinan dan iltizam semua pihak untuk sama-sama mengangkat martabat bidang kokurikulum sebagai satu elemen penting dalam melengkapi sistem pendidikan negara. Malah melalui penganjuran majlis seperti ini dapat menyokong usaha
Kementerian
Pendidikan
kemenjadian murid-murid.
Malaysia
dalam
membentuk
Hadirin sekalian,
Di kesempatan ini saya mewakili pihak Kementerian Pendidikan Malaysia juga ingin mengucapkan terima kasih atas daya usaha pihak pentadbir, guru-guru dan para pelajar dalam memberikan komitmen yang baik bagi meningkat pencapaian Kokurikulum di sekolah masing-masing.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan tahniah kepada pihak Pos Malaysia di atas penganjuran
Majlis Anugerah Kelab Setem dan
Filateli (KESEF) Cemerlang Kebangsaan bagi tahun 2018. Serta ucapan syabas dan tahniah juga kepada pelajar serta guru-guru yang menerima anugerah pada petang ini. Harapan kami di Kementerian agar penerima anugerah pada majlis ini akan terus mencipta dan mengukir kejayaan dalam KESEF pada tahun-tahun yang akan datang. -Sekian, terima kasih-