Koperasi Sebagai Gedung Ilmu

  • Uploaded by: FATIN HAFIZAH MOHAMMAD SUKRI
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Koperasi Sebagai Gedung Ilmu as PDF for free.

More details

  • Words: 496
  • Pages: 2
Koperasi Sebagai Gedung Ilmu BAGI Koperasi SMK To’ Uban Berhad, Pasir Mas, Kelantan, keperluan menimba ilmu tidak hanya diletakkan kepada pihak sekolah semata-mata. Tugas dan tanggungjawab tersebut turut digalas oleh koperasi sebagai melengkapkan prinsip Jati Diri Koperasi ke lima iaitu sebuah koperasi yang baik perlulah menyediakan pendidikan dan latihan untuk anggotanya. “Kami amat menghargai peranan ANGKASA dalam memberi input dan maklumat berguna kepada kami khususnya pelajar-pelajar sekolah ini. Ia juga merupakan satu sumber penting berkaitan koperasi buat kami yang berada jauh di Pantai Timur ini,” ujar Bendahari, Puan Norhayati Wan Ahmad. Kenyataan tersebut ada benarnya. Sewaktu kunjungan wakil PELANCAR ke sekolah berkenaan, beberapa keluaran majalah PELANCAR diletakkan di pondok rehat berhampiran kedai koperasi untuk bacaan pelajar. Inisiatif tersebut banyak membantu perkembangan yang positif di kedai koperasi, penglibatan pelajar dalam kuiz Hari Koperasi Sekolah (HKS) dan juga permainan petanq. Kesesuaian lokasi dan keselesaan yang diperolehi anggota di pondok rehat ini turut menarik minat mereka untuk membaca di sini. Secara tidak langsung, masa rehat mereka terisi dengan pembacaan yang berfaedah. Idea untuk meletakkan majalah PELANCAR di pondok rehat ini mendapat sambutan baik daripada pihak pengurusan sekolah terutamanya Pengetua, Haji Raub Tengah. Para petugas jualan dan pengawas kedai koperasi dipertanggungjawabkan memantau dan mengutip semula majalah-majalah tersebut setelah tamat waktu persekolahan ataupun ketika hujan. Koperasi yang mempunyai sebuah kedai dilengkapi dengan peralatan pembelajaran seperti alatulis, bukubuku, pakaian sukan sekolah dan sebagainya ini turut mendapat restu Pengetua untuk menjual makanan ringan yang pelbagai. Malah, mengikut tahap jualan dan permintaan yang tinggi, Pengetua mencadangkan agar koperasi menambahkan lagi jenis jualannya khususnya makanan dan minuman ringan. Menurut Puan Norhayati lagi, lokasi sekolah yang agak berjauhan daripada bandar menyebabkan segala yang dijual di kedai koperasi mendapat sambutan. Pelajar-pelajar juga gembira dengan kesungguhan guruguru ALK yang setiap masa berusaha memenuhi permintaan mereka seperti menjual biskut-biskut yang pelbagai jenis selain makanan ringan biasa. Beliau percaya satu ketika nanti, hasrat koperasi untuk mengadakan ruangniaganya sendiri akan tercapai sekiranya prestasi jualan dikekal dan ditingkatkan lagi. Difahamkan juga, pihak koperasi ini juga bercadang untuk menawarkan jual beli secara kredit barangan elektrik dan perabot terpilih kepada para guru yang menjadi anggota koperasi ini. “Barangan elektrik dan perabot dianggap sesuai dan menjadi minat kebanyakan guru setelah dibuat tinjauan secara rambang. Koperasi akan membelinya secara tunai dari pihak ketiga dan dijual semula kepada guru dalam bentuk kredit tanpa faedah. Sistem ’kutu’ juga diterima sekiranya guru-guru ini tidak mahu menanggung beban hutang yang lama,” jelasnya mengenai perancangan jangka masa panjang koperasi ini. Koperasi yang disertai 848 orang anggota ini nyata lebih mementingkan hal pendidikan dan kebajikan anggotanya. Bagi anggota terdiri daripada pelajar, bahan-bahan berinfomasi yang disediakan koperasi ini amat menarik dan besar manfaatnya dalam proses pembelajaran mereka seharian. Kesanggupan koperasi melaksanakan beberapa agenda ini jelas melambangkan komitmen terbaik bagi kebajikan anggota seluruhnya. Penerapan nilai-nilai murni seperti tanggungjawab menimba ilmu juga tidak diabaikan begitu sahaja sesuai dengan peredaran masa dan perkembangan teknologi moden kini.

Koperasi SMK To’ Uban Berhad, d/a SMK To’ Uban, 17050 Pasir Mas, Kelantan Darul Naim. Tel.: 097942117. – NORLAILI MANSOR

Related Documents


More Documents from "Azhar Rionaldo"

Bab4 -. Perubahan E
November 2019 37
Peranan Wang
April 2020 20
Bab 2.1 Permintaan-1
November 2019 38
Info Transfer2
November 2019 39
Muet Strategies
November 2019 38