Kontekstual

  • Uploaded by: Ali Mohd
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kontekstual as PDF for free.

More details

  • Words: 4,439
  • Pages: 76
Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia

Pembelajaran Secara Kontekstual

1

Apakah Pembelajaran Secara Kontekstual?

2

Mengapa Kontekstual ?

15

Faedah Pembelajaran Kontekstual Bentuk Pembelajaran Kontekstual

Perkara Yang Perlu Dipertimbangkan Bagi Melaksanakan Pembelajaran Secara KontekstualDengan Berkesan

43

Senarai Semak Pengajaran Secara Kontekstual

56

Penilaian

57

Rujukan

58

Contoh Aktiviti Pembelajaran Secara Kontekstual

59

22 28

Bagaimana Melaksanakannya ?

33

Apakah Perbezaan Antara Pembelajaran Kontekstual Dengan Pembelajaran Tradisional?

40

Contoh 1 Contoh 2 Contoh 3

60 65 69

PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL MATLAMAT Matlamat modul ini ialah untuk membantu guru memahami, menguasai dan menggunakan pendekatan kontekstual dalam pengajaran dan pembelajaran.

OBJEKTIF Setelah menggunakan modul ini, guru berupaya : ƒ

Menerangkan maksud pembelajaran kontekstual dan kepentingan menyerapkan pendekatan kontekstual ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

ƒ

Menguasai strategi pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual.

ƒ

Mengaplikasi dan mengamalkan pendekatan kontekstual dalam bilik darjah dengan yakin dan berkesan.

ƒ

Melatih guru lain menjalankan pengajaran menggunakan pendekatan kontekstual.

1

APAKAH PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL?

2

PENGENALAN

Anda mungkin memerlukannya suatu hari nanti. Kenapakah saya mesti belajar perkara ini?

3

• Mereka tidak boleh didorong untuk belajar • Mereka tiada kemampuan untuk menguasai mata pelajaran akademik

4

The Average Child I don’t cause teachers trouble, my grades have been OK. I listen in my classes and I’m in school everyday. My teachers think I’m average, my parents think so too. I wish I didn’t know that ‘cause there’s lots I’d like to do. I’d like to build a rocket, I have a book that tells you how, or start a stamp collection-well there’s no use in trying now. ‘Cause since I found I’m average I’m just smart enough you see, to know there is nothing special that I should expect of me. I’m part of the majority, that hump part of the bell, who spends their life unnoticed in an average kind of hell.

5

Apakah kelemahan pengajaran dan pembelajaran hari ini?

Kegagalan membantu murid mencari hubung kait • Antara maklumat baru dengan pengalaman sedia ada •

Antara sekolah dengan dunia luar



Antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran lain



Antara pengetahuan lepas dengan cabaran kini, dan cabaran kini dengan tanggungjawab masa depan

Apakah kekangan dalam membina hubung kait tersebut?

6



Bebanan pengurusan dan pentadbiran ke atas sekolah dan guru



Sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan



Tekanan untuk menghabiskan sukatan pelajaran



Kebimbangan bahawa pengenalan elemen baru dalam kelas akan menambahkan bebanan guru



Terlalu terkongkong kepada pendekatan pengajaran secara behaviourist iaitu penekanan kepada tingkah laku yang boleh diperhatikan

APAKAH PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL? Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on.

Pengalaman Harian Individu

Persekolahan

Kehidupan Masyarakat

Alam Pekerjaan

7

TEORI PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL

Pengetahuan sedia ada

Pengetahuan baru

Pembelajaran hanya berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka minda mereka.

8

Budaya

Konteks yang Pelbagai Sosial

Fizikal

Psikologi Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan jika maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermakna kepada murid.

9

Bilik Darjah Kepelbagaian Persekitaran Pembelajaran

Makmal

Tempat Kerja

Kehidupan Harian Penekanan perlu diberi kepada kepelbagaian persekitaran pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan.

10

KUMPULAN SASARAN MURID YANG MANAKAH BOLEH MENDAPAT MANFAAT YANG LEBIH DARIPADA PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL?

Jenis murid

• Kumpulan sederhana

• cenderung kepada aplikasi konsep

Ciri murid

• terdorong melalui aktiviti hands-on • tidak yakin mempelajari matematik dan sains secara abstrak

Lokasi

• sekolah-sekolah menengah teknik dan vokasional • sekolah-sekolah menengah harian

11

PENDEKATAN KONTEKSTUAL MERENTAS PELBAGAI DISIPLIN ILMU

Sains

Matematik

Teknologi Maklumat

Bahasa

Komunikasi

Teknikal dan Vokasional 12

Kemanusiaan

APAKAH PANDANGAN PAKAR PEDAGOGI TENTANG PENDEKATAN PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL? Students’ involvement in their schoolwork increases significantly when they are taught why they are learning the concepts and how those concepts can be used outside the classroom. And most students learn much more efficiently when they are allowed to work cooperatively with other students in groups or teams. Dan Hull A curriculum and teaching methodology tied to the child’s experiences and interests … John Dewey Learning as a complex process that cannot be addressed adequately through drill-oriented, stimulus/response methodologies … Howard Gardner The mind seeks meaning through searching for relationships that make sense dan fit with past experiences. Renate Numella Caine and Geoffrey Caine Learning tasks that are situated in some meaningful real-world task, or are stimulated through some case-based or problem-based learning environment … Jonassen Suasana pembelajaran yang melibatkan pelbagai pengalaman yang mungkin dalam konteks sosial, budaya, fizikal dan psikologi … D.A. Kolb

13

Mengikut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya akan berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna kepada mereka. Minda seseorang akan cuba mencari makna dalam konteks dengan membuat hubung kait yang bermakna dan relevan dengan persekitarannya. Teori Pembelajaran Kontekstual menumpukan kepada kepelbagaian aspek persekitaran pembelajaran sama ada di bilik darjah, makmal, tempat kerja atau kehidupan harian. Teori ini menggalakkan pendidik memilih atau mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai pengalaman sama ada dalam konteks sosial, budaya, fizikal atau psikologi untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang dihasratkan. 14

MENGAPA KONTEKSTUAL?

15

MENGAPAKAH PENDEKATAN KONTEKSTUAL PERLU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN? •



16

Individu memiliki pelbagai jenis kecerdasan.

Individu mengekalkan maklumat dengan lebih berkesan melalui pengalaman sendiri.



Pembelajaran kontekstual mengambil kira pelbagai gaya pembelajaran.

APA YANG KITA TAHU TENTANG PROSES PEMBELAJARAN? • Kebanyakan murid belajar dengan berkesan melalui pengalaman penglibatan peribadi, aktiviti hands-on dan peluang untuk penemuan kendiri. • Pembelajaran lebih bermakna apabila konsep disampaikan dalam konteks hubungan yang tidak asing kepada murid. • Kebanyakan murid belajar dengan lebih berkesan melalui komunikasi interpersonal, belajar dalam kumpulan, berkongsi maklumat, saling membantu dan maklum balas yang positif. • Pemindahan pembelajaran dari satu situasi ke situasi yang lain adalah satu kemahiran yang perlu dipelajari.

17

CIRI-CIRI KEJAYAAN DALAM PEMBELAJARAN

Kita kekalkan :

Kita Belajar



10 % Apa yang kita baca



20 % Apa yang kita dengar



30 % Apa yang kita lihat



50 % Apa yang kita dengar dan lihat



70 % Apa yang kita bincang dengan orang lain



80 % Apa yang kita alami sendiri



95 % Apa yang kita ajar kepada orang lain Sumber : Secret of Ancient Chinese Art of Motivation

18

TEORI KECERDASAN PELBAGAI Menurut pandangan Howard Gardner, terdapat sekurang-kurangnya lapan jenis kecerdasan pelbagai.

+ Verbal-Linguistik Logik- Matematik

Muzik



Naturalis

Visual-ruang

Intrapersonal

Interpersonal Kinestetik

Setiap orang memiliki kesemua kecerdasan tersebut. Walau bagaimanapun, tahap dan kombinasi kecerdasan berbeza-beza di antara individu. Teori kecerdasan pelbagai memberi maklumat tentang apa yang perlu dipelajari tetapi lebih penting lagi, bagaimana mempelajarinya. Justeru, pendekatan Pembelajaran Kontekstual dapat mencungkil potensi kecerdasan pelajar dengan lebih berkesan.

19

PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL MENGAMBIL KIRA PELBAGAI GAYA PEMBELAJARAN

PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL

20

Pendekatan kontekstual merupakan suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang mencabar, berkesan dan menyeronokkan, seterusnya dapat menyumbang ke arah pemeringkatan penguasaan kemahiran dan prestasi murid.

21

FAEDAH PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL

22

Murid

Faedah Pembelajaran Kontekstual Kepada :

Guru

Industri

23

MURID • Dapat mengaitkan mata pelajaran dengan pekerjaan atau kehidupan • Dapat mengaitkan kandungan mata pelajaran dengan pengalaman harian • Boleh memindahkan kemahiran • Boleh meneroka dan mendapatkan bukti • Boleh menguasai perkara abstrak melalui pengalaman konkrit • Dapat belajar secara kerjasama

24

GURU • Dapat menjadikan pengajaran sebagai satu pengalaman yang berjaya.

• Dapat mengaitkan prinsip-prinsip mata pelajaran dengan dunia pekerjaan.

• Dapat menjadi penghubung antara pihak akademik dan vokasional atau industri.

25

INDUSTRI • Menerima tenaga kerja yang berpotensi untuk dilatih atau dilatih semula secara berkesan mengikut keperluan

• Menggerakkan industri ke dalam pendidikan sebagai rakan kongsi

26

Pembelajaran secara Kontekstual dapat membina keyakinan diri kerana murid dapat memahami perhubungan antara teori dan amalan. Pembelajaran secara Kontekstual juga membina pendekatan kerja kumpulan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Sekolah dapat memainkan peranan sebagai penghubung antara akademik dan alam pekerjaan dan dengan itu mendapat sokongan dan dokongan industri. Pendekatan Kontekstual dapat membina asas kukuh tenaga kerja mahir masa depan untuk menguatkan kedudukan negara di peringkat dunia.

27

BENTUK PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL

28

APAKAH BENTUK PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL? Dalam proses pembelajaran secara kontekstual, murid akan melalui satu atau lebih daripada bentuk pembelajaran yang berikut : Relating (Menghubung kait)

Belajar dalam konteks menghubungkaitkan pengetahuan baru dengan pengalaman hidup

E

Experiencing (Mengalami)

Belajar dalam konteks penerokaan, penemuan dan reka cipta

A

Applying (Mengaplikasi)

Belajar dalam konteks bagaimana pengetahuan atau informasi boleh digunakan dalam situasi lain.

C

Cooperating (Bekerjasama)

Belajar dalam konteks bekerjasama, memberi maklum balas dan berkomunikasi

T

Transfering (Memindahkan)

R

Belajar dalam konteks pengetahuan sedia ada dan menggunakan atau membina daripada apa yang telah diketahui

29

Relating (Menghubung kait) Murid melakukan aktiviti mengutip sampah di sekitar sekolah untuk menanam sikap cintakan kebersihan. Menerusi pengalaman ini murid dapat mengaitkan aktiviti yang dilakukan oleh ibu bapa mereka semasa membersihkan kawasan tempat tinggal mereka setiap hari

Experiencing (Mengalami) Murid dibawa ke makmal untuk menyaksikan demontrasi serta membuat latihan amali menyambungkan wayar kepada plug 3 pin. Pengalaman ini boleh digunakan di rumah apabila berlakunya situasi wayar plug 3 pin sterika tertanggal

30

Applying (Mengaplikasi) Murid mempelajari teori dan konsep tuas. Mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan ini apabila bertemu situasi sebuah kereta yang tayarnya pancit tidak mempunyai jek. Dengan mengamalkan pengetahuan yang ada, murid boleh menggunakan konsep tuas untuk menggantikan jek kereta bagi membolehkan penukaran tayar

Cooperating (Bekerjasama) Murid ditugaskan secara berkumpulan untuk menyelesaikan masalah pencemaran alam menerusi satu aktiviti yang memerlukan mereka berbincang dan bekerjasama dengan ahli kumpulan masing-masing . Hasil yang diperolehi adalah lebih baik disebabkan mereka menyelesaikan masalah secara bekerjasama Transfering (Memindahkan) Murid mempelajari cara untuk mendapatkan sudut tegak dengan menggunakan Teorem Pythagoras. Murid boleh memindahkan pengetahuan segitiga bersisi 3m, 4m dan 5m untuk menghasilkan sudut tegak dalam aktiviti mengecat garisan gelanggang permainan

31

Dalam proses pembelajaran secara kontekstual, objektif pembelajaran dapat dicapai melalui pelbagai bentuk. Antara bentuk yang diutarakan adalah menghubung kait, mengalami, mengaplikasi, bekerjasama dan memindahkan. Setiap bentuk yang dibincangkan harus mengaitkan pembelajaran dengan pengalaman dan persekitaran. Murid yang melalui kaedah pembelajaran secara kontekstual berupaya mengaitkan apa yang dipelajari dan mengaplikasikannya kepada situasi lain.

32

BAGAIMANA MELAKSANAKANNYA? ?

33

BAGAIMANAKAH MELAKSANAKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL? Dalam pendekatan kontekstual, pengajaran dan pembelajaran mesti memenuhi keperluan strategi yang berikut:

MOTIVASI

ƒ Pengenalan ƒ Isu perbincangan ƒ Alat bantu

mengajar

34

PEMAHAMAN

ƒ Penerangan

konsep dan perbincangan kelas ƒ Bacaan dan melakukan ƒ Contoh kajian

KEMAHIRAN

ƒ Aktiviti Hands-

On ƒ Penyelesaian masalah

PENILAIAN

ƒ Ingat kembali

fakta utama ƒ Penilaian kemajuan

MOTIVASI

Segmen ini bertujuan untuk menarik minat dan mencetuskan idea asas terhadap sesuatu tajuk yang akan dibincangkan, contohnya :

Bidang

Muzik

Sejarah

Konsep

Motivasi

Permainan gendang

Tayangan video permainan gendang oleh pelbagai kaum di Malaysia

Darurat

Memperdengarkan rakaman bunyi tembak menembak berserta jeritan

35

PEMAHAMAN

Segmen ini merangkumi kemahiran murid yang berkaitan dengan tajuk yang dipelajari. Kaedah penyampaian maklumat harus dipelbagaikan agar dapat menarik minat murid terhadap sesuatu konsep itu. Murid diberikan kebebasan mengutarakan perkara-perkara yang berkaitan.

36

KEMAHIRAN Pengetahuan yang diperoleh murid dapat diaplikasi dengan cara melakukan hands-on dan seterusnya dapat mencetuskan pemikiran murid (minds-on). Dengan ini murid dapat mengaitkan pengetahuan bilik darjahnya untuk menyelesaikan masalah harian. Guru boleh menyediakan senario tertentu untuk membantu murid menyelesaikan masalah. Sebagai contoh, selepas murid mempelajari cara penggunaan ensiklopedia, guru mengutarakan persoalan yang akan mendorong murid menggunakan ensiklopedia sebagai rujukan. Bidang kerjaya juga boleh dibincangkan oleh guru dalam segmen ini. Guru mengaitkan isi kandungan pelajaran dengan bidang kerjaya yang berkaitan. Kebolehan murid mengaplikasikan pengetahuan sedia ada mereka dengan situasi sebenar dalam kerjaya yang akan mereka ceburi merupakan aset utama yang mereka peroleh hasil daripada pembelajaran secara kontekstual.

37

PENILAIAN

Menggulung fakta utama sesuatu tajuk dan menilai penguasaan tentang tajuk tersebut adalah dua aspek segmen ini. Apabila guru merumus tajuk, murid diingatkan semula mengenai fakta penting. Di sini perbincangan dapat diarahkan untuk memperkaya pengetahuan murid. Selepas ini, guru perlu mengadakan penilaian kemajuan murid. Penilaian tidak semestinya secara bertulis. Guru boleh menggunakan kaedah lisan dan pemerhatian. Contoh-contoh aktiviti adalah seperti kuiz berkumpulan, perbincangan antara kumpulan dan penyediaan portfolio. Perubahan sikap dan perlakuan yang dapat dilihat juga boleh digunakan sebagai petunjuk bahawa murid telah menghayati isi pelajaran.

38

Dalam pendekatan kontekstual, pengajaran dan pembelajaran perlu melalui proses motivasi, pemahaman, aplikasi serta imbasan kembali dan penilaian. Kebolehan melakukan (hands-on) dan berfikir (minds-on) merupakan asas pendekatan kontekstual. Paduan kedua-duanya akan mendorong naluri ingin tahu murid dan menjadikan pembelajaran suatu aktiviti bermakna kepada mereka.

39

APAKAH PERBEZAAN ANTARA PEMBELAJARAN KONSTEKSTUAL DENGAN PEMBELAJARAN TRADISIONAL?

40

APAKAH PERBEZAAN ANTARA PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL DENGAN PEMBELAJARAN TRADISIONAL? Perkara

Pembelajaran Secara Kontekstual

Pembelajaran Secara Tradisional

Objektif

Mencari, membina dan mengaplikasikan maklumat kepada dunia sebenar.

Memindahkan maklumat

Peranan Guru

Pembimbing dan mentor

Penyampai maklumat

Peranan Murid

Aktif mencari dan membina maklumat melalui aktiviti sebenar dalam kehidupan harian

Penerima maklumat yang pasif melalui syarahan dan pembacaan

Isi Kandungan

Disesuaikan untuk kecerdasan pelbagai.

Disesuaikan untuk kecerdasan Bahasa dan Logik- Matematik.

Kaedah

Inkuiri, penemuan dan aplikasi.

Syarahan dan soal-jawab

Penilaian

Berasaskan pencapaian atau prestasi dan penyelesaian masalah (contoh: portfolio).

Menguji fakta (contoh: ujian kertas dan pensil).

41 39

Terdapat beberapa perbezaan yang ketara antara pembelajaran secara kontekstual dengan pembelajaran secara tradisional. Pembelajaran secara kontekstual memberi penumpuan kepada murid. Objektif pembelajaran dapat dicapai dengan lebih cepat dan berkesan berbanding dengan kaedah tradisional.

40 42

PERKARA YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN BAGI MELAKSANAKAN PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL DENGAN BERKESAN 43

Pembelajaran Murid

Pengajaran Guru

Sokongan Pentadbir Sekolah

Sokongan Masyarakat

Matlamat utama pembelajaran secara kontekstual adalah untuk menghasilkan murid yang berkualiti. Untuk menjayakannya, semua pihak perlu bersetuju mengenai apa yang perlu dipelajari dan bersetuju mengenai strategi pembelajarannya. Di samping itu, sokongan daripada organisasi masyarakat diperlukan untuk menjayakan strategi pengajaran dan pembelajaran kontekstual. Sokongan luaran ini akan memberi galakan dan sumber-sumber untuk membantu murid dan guru mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.

44

PERKARA YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN

Komunikasi

Pengajaran Guru

Sokongan Pentadbir Sekolah Sokongan Masyarakat 45

KOMUNIKASI Murid

Guru KOMUNIKASI

\

Ibu bapa

46

Masyarakat

Komunikasi Antara : Murid Guru Ibu bapa Masyarakat

• Pembelajaran kontekstual yang berjaya memerlukan komunikasi berterusan di kalangan murid, guru, ibu bapa dan masyarakat. • Maklum balas daripada murid adalah satu komponen yang penting untuk mengukur keberkesanan program pembelajaran kontekstual. • Ibu bapa dan masyarakat perlu memahami keadaan dan kaedah pengajaran yang terkini dan memberi sokongan kepada perancangan dan perkembangan pembelajaran kontekstual.

47

Teks dan Bahan Sokongan

Kurikulum PENGAJARAN GURU

Suasana Bilik Darjah

Penilaian Persekitaran Luar Sekolah 48

Kurikulum

• Disiplin tradisional diubah suai dalam konteks yang bermakna. • Strategi pengajaran baru perlu diwujudkan memandangkan peranan guru hanya sebagai fasilitator. • Kandungan kurikulum yang sesuai untuk pembelajaran kontekstual dikenal pasti terlebih dahulu. • Bukan semua kandungan kurikulum boleh disampaikan dengan kaedah pembelajaran kontekstual. • Maklumat tentang hubung kait kurikulum dengan individu, masyarakat dan khususnya alam pekerjaan perlu disediakan.

• Teks dan bahan sokongan yang pelbagai perlu disediakan.

Suasana Bilik Darjah

• Bilik darjah diubah suai supaya murid boleh menjalankan aktiviti ‘ hands-on’ secara berkumpulan.

• Aktiviti pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid • Suasana pembelajaran koperatif di kalangan murid digalakkan.

• Guru mengambil kira persekitaran luar sekolah. Misalnya bagi sekolah luar bandar, guru akan menggunakan konteks yang ada di persekitarannya.

Penilaian

Teks & Bahan Sokongan

Persekitaran Luar Sekolah

• Cara penilaian yang pelbagai dan adil perlu dirangka untuk membantu murid menguasai pembelajaran.

49

Perkembangan Staf

Infrastruktur SOKONGAN PENTADBIRAN SEKOLAH

Masa

Kepimpinan Kewangan

50

• Guru perlu diberi latihan atau kursus untuk mempelajari teori dan kaedah pembelajaran kontekstual dan mempraktikkannya dalam bilik darjah.

Perkembangan Staf

• Guru perlu peka tentang persekitaran tempat kerja bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

Infrastruktur

• Kemudahan bilik aktiviti, makmal, bilik tayang, perkakasan komputer dan perisian serta peralatan lain perlu disediakan untuk menambahkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

• Peruntukan kewangan yang mencukupi mesti disediakan.

Kepimpinan

Kewangan

• Sokongan dan dorongan daripada pihak pentadbir amat perlu supaya guru boleh melaksanakan pengajaran dan pembelajaran kontekstual dengan berkesan.

• Jadual waktu perlu fleksibel supaya masa mencukupi untuk menjalankan aktiviti.

Masa 51

Sokongan Teknikal Dan Kewangan SOKONGAN MASYARAKAT Penyediaan Situasi Tempat Kerja Sebenar

Kerjasama Masyarakat Dan Sekolah 52

SOKONGAN MASYARAKAT

• Hubungan rapat antara Kementerian Pendidikan dengan industri adalah penting untuk mendapatkan sokongan teknikal, kewangan dan memberi pendedahan kemahiran kepada murid tentang alam pekerjaan. • Murid memerlukan pengalaman hands-on. Mereka menimba pengalaman ini dengan cara bekerja atau membuat latihan amali dalam situasi tempat kerja sebenar. • Masyarakat perlu bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk memberi sumbangan dalam menjayakan pelaksanaan kurikulum.

53

Pembelajaran kontekstual yang efektif memerlukan gabung jalin atau interaksi di antara kurikulum, kaedah pengajaran, situasi dan masa. Penglibatan masyarakat dan industri dalam merancang strategi untuk menjayakan wawasan bersama dengan pihak sekolah sangat penting. Oleh itu sekolah, industri dan masyarakat perlu bersedia menerima perubahan dalam menjayakan pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual.

54

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL “ I knew Applied Math wouldn’t be easy for me. Math never is. I’m learning how to comprehend problems and think through instead of just doing the mechanics of math. I like being able to have a group or partner.” (Komen seorang murid selepas satu semester kelas Matematik Gunaan secara kontekstual di Portage High School, Amerika Syarikat).

Oleh itu, pendekatan secara kontekstual ialah … Still the SAME Mathematics, History, Music, Science … BUT … taught and learned DIFFERENTLY

55

SENARAI SEMAK PENGAJARAN SECARA KONTEKSTUAL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

56

Adakah konsep baru dinyatakan dalam situasi kehidupan sebenar dan pengalaman yang biasa dialami oleh murid? Adakah konsep dalam contoh dan latihan murid dinyatakan dalam konteks kegunaannya? Adakah konsep baru dinyatakan dalam konteks pengetahuan yang sedia ada pada murid? Adakah contoh dan latihan murid mengandungi banyak penyelesaian masalah pada situasi sebenar dan sudahkah mereka mengenal pasti kepentingannya pada masa kini dan akan datang? Adakah contoh dan latihan murid menanamkan sikap ‘saya perlu belajar konsep ini’? Adakah murid mengumpul dan menganalisis data mereka sendiri semasa dibimbing menjalankan penyiasatan tentang konsep yang penting? Adakah peluang diberikan kepada murid untuk mengumpul dan menganalisis data untuk tujuan pengayaan? Adakah pembelajaran dan aktiviti menggalakkan murid mengaplikasikan konsep dan pengetahuan dalam konteks masa depan murid dan situasi yang pelbagai? Adakah murid sentiasa mengambil bahagian dalam interaksi kumpulan di mana perkongsian, komunikasi dan respons kepada konsep penting dan membuat keputusan berlaku? Adakah pembelajaran, latihan dan aktiviti meningkatkan pembacaan dan kemahiran komunikasi di samping meningkatkan kemahiran saintifik dan logik matematik?

PENILAIAN 1. 2.

Apakah yang anda faham tentang maksud Pembelajaran Kontekstual? Mengapakah pendekatan Pembelajaran Kontekstual perlu diserapkan dalam sesuatu pelajaran? 3. Nyatakan aspek-aspek yang terdapat dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kontekstual. 4. Senaraikan urutan strategi pengajaran dan pembelajaran Kontekstual. 5. Apakah hasil yang diharapkan daripada murid melalui pendekatan Pembelajaran Kontekstual? 6. Nyatakan faedah Pembelajaran Kontekstual kepada : a. Murid b. Guru c. Industri 7. Senaraikan perbezaan antara Pembelajaran Kontekstual dengan pembelajaran secara tradisional. 8. Nyatakan perubahan sosial dan fizikal yang perlu dilakukan untuk menjamin kejayaan Pembelajaran Kontekstual di sekolah. 9. Apakah institusi-institusi yang perlu dilibatkan untuk menjamin kejayaan Pembelajaran Kontekstual? 10. Anda seorang guru sejarah. Anda dikehendaki mengajar tajuk Kemerdekaan Malaysia. Cadangkan dengan ringkas bagaimana tajuk ini boleh diajarkan melalui pendekatan Kontekstual.

57

RUJUKAN Brooks, J.G., & Brooks, M.G., (1993). In search of understanding: The case for constructivist classrooms. Alexandria, VA:ASCD. Caine, Renate Numella and Geoffrey Caine, (1991). Making Connections : Teaching and the Human Brain. Alexandria : Association for Supervision and Curriculum Development. CORD , (1998). CORD Algebra 1: Mathematics In Context. Waco : Center of Occupational Research and Development. CORD , (1999). The ABCs of Tech Prep : The Cornerstone of Tech Prep. Waco : Center of Occupational Research and Development. CORD , (1999). Teaching Mathematics Contextually : The Cornerstone of Tech Prep. Waco : Center of Occupational Research and Development. CORD , (1999). Teaching Science Contextually : The Cornerstone of Tech Prep. Waco : Center of Occupational Research and Development. Davidson, N. (Ed)., (1990). Cooperative learning in mathematic: A handbook for teachers. Menlo Park, CA: Innovative Learning, Addison – Wesley. Gardner, Howard, (1983). Frames of Mind : The theory of Multiple Intelligences. New York : Basic Books. Hull, Dan and Dale Parnell, (1991). Tech Prep/ Associate Degree : A Win/Win Experience. Waco : Center of Occupational Research and Development. Hull, Dan, (1993). Opening Minds Opening Doors : Rebirth of American Education. Waco: Center of Occupational Research and Development. Hull, Dan, (1995). Who Are You Calling Stupid? Waco : Center of Occupational Research and Development. Kolb, David A., (1984). Experiential Learning : Experience as a source of Learning and Development. New Jersey : Prentice Hall. Parnell, Dale, (1994). Logo Learning : In Search for Meaning in Education. Waco: Center of Occupational Research and Development. http://www.google.yahoo.com/bin/query?p=contextual/+learning&hc=O&hs=O http//www.cord.org http://ateec.eiccd.cc.ia.us/2000/themes/ctlinfo.html

58

59

CONTOH AKTIVITI PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL

CONTOH 1

Mata Pelajaran

:

Matematik

Tingkatan

:

Dua

Tajuk

:

Penyelesaian Persamaan Linear Dalam Satu Anu

OBJEKTIF Selepas menjalankan aktiviti ini, murid akan dapat menggunakan jubin algebra untuk menyelesaikan persamaan linear dalam satu anu. PENGETAHUAN SEDIA ADA Murid mengetahui bahawa bagi sebarang nilai a, a + ( − a ) = 0 , contohnya 5 + ( − 5 ) = 0

PERALATAN -

Jubin algebra berwarna hijau (Jubin-unit) dan kuning (Jubin-x) 2 keping kad manila yang mempunyai kawasan positif (+) dan kawasan negatif (-)

60

Kad Manila 1

Jubin-unit

x Jubin-x

+



PENYATAAN MASALAH Anda akan menggunakan jubin algebra untuk menyelesaikan persamaan linear dalam satu anu.

61

LANGKAH (a)

Wakilkan persamaan 3 x – 2 = 7 dengan meletakkan jubin pada kad manila seperti yang berikut: x

+

x

1

1

1

1

1

1

1

+

x = 1

1





7

3x–2

(b)

Tambahkan dua jubin-unit pada kawasan positif di kedua-dua kad manila. x

+

x x

1

1

1

1

1

1

1

1

1

1

1

+

= 1

1





3x–2+2

62

7+2

(c)

Pada kad manila di sebelah kiri, keluarkan 2 jubin-unit pada kawasan positif dan 2 jubin-unit pada kawasan negatif.

x

+

x x

1

1

1

1

1

1

1

1

1

1

1

+

= 1

1





3x–2+2

7+2

63 62

(d)

Agihkan jubin-unit di sebelah kanan secara saksama mengikut bilangan jubin-x yang terdapat di sebelah kiri.

+

1

1

1

x

1

1

1

x

1

1

1

x

+

=





3x

9

Adakah ini menunjukkan bahawa 3 (iaitu x = 3) ialah penyelesaian bagi persamaan 3 x – 2 = 7? Semak jawapan anda.

AKTIVITI PENGUKUHAN Gunakan jubin algebra untuk menyelesaikan persamaan 5 x + 3 = 2 x – 3. Catatkan setiap langkah dengan melukis rajah. Nyatakan penyelesaian bagi persamaan 5 x + 3 = 2 x – 3.

64

CONTOH 2

Mata Pelajaran Tingkatan Tajuk

: : :

Pendidikan Muzik Satu Klasifikasi Alat Muzik Tradisional

OBJEKTIF Pada akhir pembelajaran murid boleh: 1.

Menyatakan klasifikasi yang terdapat dalam alat muzik tradisional.

2.

Menyatakan pengertian Membranofon, Kordofon, Idiofon dan Erofon.

3.

Mengklasifikasikan alat muzik tradisional dengan tepat mengikut Membranofon, Kordofon, Idiofon dan Erofon

65

MOTIVASI Murid menonton video yang menunjukkan persembahan Dondang Sayang.

PEMAHAMAN

1.

Guru menyuruh murid memberi tumpuan kepada jenis alat muzik yang digunakan oleh kumpulan muzik Dondang Sayang.

2.

Guru mengadakan sesi perbincangan dengan murid tentang jenis alat muzik yang digunakan sama ada alat muzik tersebut bertali, berkulit, alat tiupan atau alat muzik yang diketuk.

3.

Guru memberi penerangan kepada murid tentang klasifikasi alat muzik tradisional.

Kordofon Idiofon Erofon Membranofon

66

: : : :

Alat muzik bertali Alat muzik yang diketuk Alat muzik tiupan Alat muzik yang diperbuat daripada kulit

APLIKASI

1.

Guru membawa murid ke Istana Budaya Negara untuk menyaksikan persembahan Ghazal secara langsung.

2.

Murid diberikan sehelai kertas. Semasa menonton persembahan, murid dikehendaki menyenaraikan bilangan alat muzik mengikut klasifikasi Membranofon, Idiofon , Kordofon dan Erofon.

3.

Murid dibawa ke dalam bilik simpanan alat-alat muzik tradisional. Di sini mereka dikehendaki memegang, mengamati dan cuba membunyikan alat muzik yang dipilih.

4.

Murid dikehendaki menyenaraikan sepuluh jenis alat muzik, dapatkan namanya daripada pembantu yang bertugas dan mengklasifikasikan alat-alat muzik tersebut.

5.

Murid kemudian menonton persembahan kumpulan Keroncong. Sambil menonton, murid dikehendaki menyenaraikan nama alat-alat muzik yang digunakan dalam kumpulan Keroncong itu dan mengklasifikasikannya.

6.

Guru mengaitkan pelajaran dan pengalaman yang telah dilalui oleh murid dengan kerjaya yang boleh diceburi. Contoh kerjaya : • • • • •

Jurutera Audio Pengarah Orkestra Penggubah Penerbit Rakaman Pengusaha Alat Muzik

(Audio Engineer) (Orchestra Director) (Muzik Arranger) (Recording producer) (Musical Instrument Manufacturer)

67

IMBAS KEMBALI

Murid dikehendaki menjawab soalan-soalan berikut : 1.

Berapakah alat Membranofon yang digunakan dalam kumpulan Ghazal?

2.

Berapakah alat Erofon yang digunakan dalam kumpulan keroncong?

3.

Apakah klasifikasi alat yang tidak digunakan dalam kumpulan, Ghazal, Dondang Sayang dan Keroncong?

4.

Nyatakan kerjaya yang boleh diceburi dalam bidang muzik.

68

CONTOH 3

Mata Pelajaran Tingkatan Tajuk

: : :

Biologi Lima Variasi dan Keturunan

OBJEKTIF Selepas mempelajari unit ini murid dapat : • •

Menganalisis perkembangan genetik di antara ahli keluarga. Meramalkan generasi F 2 (generasi filial kedua) berdasarkan pengetahuan genotip.

PENGETAHUAN SEDIA ADA Pengetahuan yang telah ada pada pelajar ialah: • •

Hukum Mendel I Kacukan Monohibrid dan pewarisan monohibrid

69

AKTIVITI

Topik Peralatan

: :

Langkah

:

Wajah zuriat ku Rajah wajah kosong, sekeping duit siling, pensil dan pemadam

1. Guru meyenaraikan sifat-sifat pada bahagian muka seperti berikut : bentuk dagu lekuk dagu bentuk mulut bentuk hidung bentuk mata bulu mata suak rambut rambut telinga 2. Murid memilih pasangan daripada gender yang berlainan. 3. Setiap ahli pasangan memilih kesudahan lambungan siling secara tetap (iaitu sama ada kepala atau bunga). 4. Setiap pasangan memilih sifat yang hendak dilakar pada rajah wajah kosong yang disediakan. 5. Guru melambung siling dan menyatakan kesudahannya.

70

6. Jika kesudahan lambungan siling memihak kepada murid perempuan, murid lelaki akan melakarkan sifat wajah murid perempuan yang telah dipilih tadi pada rajah wajah kosong. Begitu juga sebaliknya.

7. Ulang langkah 4 hingga 6 sehingga semua sifat wajah yang disenaraikan telah dilakarkan. KEPUTUSAN Wajah yang terhasil daripada aktiviti di atas merupakan satu daripada hasil yang mungkin dalam proses kacukan monohibrid.

RUMUSAN • •

Aktiviti di atas terhad kepada kacukan dan perwarisan monohibrid sahaja. Wajah yang diperoleh merupakan satu daripada kesudahan yang mungkin.

AKTIVITI PENGUKUHAN Murid dibahagikan kepada kumpulan. Salah seorang ahli daripada setiap kumpulan diminta menyediakan gambarnya, ibu bapanya dan datuk dan neneknya (daripada sebelah ibu dan bapanya).

71

Ahli setiap kumpulan akan menganalisis gambar-gambar itu dan menerangkan kepada kelas daripada siapakah rakan mereka mewarisi sifat-sifat wajahnya. NOTA : Aktiviti di atas mengukuhkan pengetahuan sedia ada bagi unit ini dan boleh dijadikan motivasi kepada unit pelajaran yang berikutnya iaitu Hukum Mendel II dan kacukan dihibrid.

71

72

73

Panel Penulis Penasihat Dr. Sharifah Maimunah bt Syed Zin

Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum

Pengerusi Dr. Rohani Abdul Hamid

Timbalan Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum

Ahli Panel

74

Sharifah Fatmah Alhabshi (Ketua)

Pusat Perkembangan Kurikulum

Bakhtiar Mohd. Salleh

Pusat Perkembangan Kurikulum

Roslena Zakaria

Pusat Perkembangan Kurikulum

Nor Zamani Abdol Hamid

Pusat Perkembangan Kurikulum

Hoe Hong Tai

Pusat Perkembangan Kurikulum

Mohamad Shah katimon

Pusat Perkembangan Kurikulum

Salahuddin Abdullah

Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru

Radziah Abdul Manap

Sekolah Menengah Teknik Port Dickson

Azizah bt Mohamad

Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar Seremban

Related Documents


More Documents from "Hassan Mohd Ghazali"