Penggabungjalinan Strategi penggabungjalinan adalah memainkan peranan penting dalam proses penagjaran dan pembelajaran. Melalui proses penggabungjalinan ini beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak dan cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. Kemahiran – kemahiran ini boleh digabungjalinkan sama ada kemahiran – kemahiran yang terdapat dalam satu mata pelajaran (intra bidang atau kemahiran – kemahiran dari satu mata pelajaran digabungjalinkan dengan lain-lain mata pelajaran (inter bidang). Bahan program bahasa adalah diambil dari bidang Kemanusiaan dan Persekitaran. Unsur – unsur dari mata pelajaran seperti Sains, Geografi, Sejarah, Sivik, Kesihatan, Seni Lukis dan lain – lain pengetahuan telah diserapkan menjadi satu mata pelajaran yang diberi nama Alam dan Manusia. Ada mata pelajaran yang menggunakan bentuk Unit Pembelajaran mengikut urutan dan susunan tertentu seperti Bahasa dan Matematik. Tiap – tiap murid akan mempelajari segala isi yang terkandung di dalam sesuatu unit itu sebelum ianya meneruskan pembelajaran ke unit yang berikutnya. Proses ini akan berterusan sehinggalah murid itu menguasai kesemua Unit Pembelajaran di dalam sesuatu tahap.
Selain
itu
aspek
tatabahasa,
kosa
kata,
dan
peribahasa
juga
digabungjalinkan. Prestasi murid dikesan serentak dengan proses pengajaran dan pembelajaran supaya langkah –langkah pemulihan dan pengayaan dapat dijalankan segera mengikut keperluan. Penggabungjalinan unsur-unsur tertentu dihuraikan seperti yang berikut: i. Kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis boleh digabungkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, sekurangkurangnya antara dua kemahiran. Misalnya kemahiran berbahasa mendengar dan
bertutur
digabungjalinkan
dengan
kemahiran
berbahasa
membaca.
Penggabungjalinan ini bertujuan untuk mencapai hasil pembelajaran. ii. Tatabahasa boleh digabungkan secara terancang dalam konteks dengan kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. iii. Kosa kata dan peribahasa yang hendak diajarkan harus digabungkan secara terancang dengan semua aktiviti kemahiran bahasa, misalnya melalui aktiviti lakonan atau perbahasan; membaca teks yang mengandungi kosa kata ( sama ada kata umum atau istilah), dan peribahasa; serta melalui latihan menggunakan kosa kata dan peribahasa yang betul dalam pelbagai genre penulisan
Pemulihan Aktiviti pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai hasil pembelajaran yang belum dicapai. Aktiviti ini dilaksanakan mengikut kadar kemampuan murid. Aktiviti pengayaan perlu diberikan penekanan kerana murid berbeza tahap kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat. Murid yang menguasai hasil pembelajaran lebih awal atau dalam jangka masa yang ditetapkan boleh diberikan aktiviti yang lebih mencabar untuk dilaksanakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru. Murid – murid berbeza dari segi kesediaan belajar dan keupayaan menerima pelajaran. Oleh itu, untuk memenuhi hasrat menyediakan kemudahan – kemudahan yang cukup serta memberi peluang menerima pelajaran yang sama untuk semua, Rancangan Kurikulum Rendah mengandungi program pemulihan dan pengayaan. Berasaskan prestai murid yang dikesan melalui sistem penilaian, murid – murid yang mencapai taraf yang ditentukan diberi peluang mengikuti program pengayaan. Murid – murid yang tidak mencapai taraf tersebut diberi kegiatan pemulihan. Sungguhpun
demikian, mereka juga akan mendapat peluang mengikuti aktiviti – aktiviti pengayaan berdasarkan kebolehan dan keupayaan mereka. Langkah2 Khusus Dalam Pengelolaan Sesi Pemulihan
1. Mengenal pasti murid2 2. Penganalisisan Masalah 3. Perancangan dan penyedian bahan 4. Pengajaran dan pembelajaran 5. Ujian dan penilaian 6. Tindakan susulan 1. Mengenal Pasti murid - Memerhatikan murid belajar - Temu ramah interaksi dengan murid - Menganalisis hasil kerja bertulis - Menggunakan ujian saringan untuk mengasingkan kumpulan murid lambat daripada kumpulan sederhana dan kumpulan cerdas. 2. Menganalisis Masalah - Menganalisis masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid tertentu - Ujian diagnostik biasanya digunakan untuk menentukan punca kelemahan murid selepas sesuatu kemahiran dijalankan. - Guru hanya memulihkan masalah pembelajaran sahaja. Masalah lain dirujuk kepada pihak tertentu. 3. Perancangan dan Penyediaan Bahan (Membuat perancangan) - Membuat rancangan program pemulihan berdasarkan punca kelemahan pembelajaran murid yang berkenaan. - Guru harus mematuhi beberapa prinsip asas pengajaran pemulihan Guru harus mematuhi prinsip tersebut : - Aktiviti p&p harus ditumpukan kepada bidang kelemahan yang dikesan -Langkah penyampaian harus dikembangkan daripada konkrit kepada abstrak dan
daripada mudah kepada susah mengikut kebolehan dan pengalaman murid.
- Di peringkat permulaan, pelnagai jenis ABM perlu digunakan untuk membantu murid2 memahami
konsep
yang
diperlukan
dalam
menguasai
kemahiran. - Semua simbol dan istilah harus dikaitkan dengan pengalaman murid atau alat bantu
mengajar supaya murid itu dapat mengenal pasti kesilapan yang telah
dilakukan dahulu. - Latihan congak dan latihan bertulis harus diadakan selepas aktiviti pengajaran guru.
(utk matematik). Soalan2 yg diberikan harusalah daripada
mudah kepada susah, demi
membina keyakinan murid terhadap kebolehan
mempelajarinya. - Aktiviti penilaian harus diberikan kepada murid selepas aktiviti latihan bertulis di dalam
kelas. Oleh itu, guru perlu merancang dan menyediakan soalan secara
bertulis.
Penilaian ini akan menentukan sama ada objektif pengajaran itu
tercapai atau tidak.
4. Pengajaran dan pembelajaran - Melaksanakan pengajaran pemulihan yang telah dirancang - Pengajaran pemulihan dalam kelas biasa dijalankan semasa murid2 lain membuat latihan atau menjalani aktiviti pengayaan. - Semua aktiviti pemulhan hendaklah ditumpukan kepada pengajaran satu kemahiran tertentu - Masa yang digunakan biasanya di antara 10-15 minit. - Aktiviti ujian/penilaian harus diadakan selepas pengajaran pemulihan. Keputusan penilaian haruslah dimasukkan dalam profil murid. Rekod ini akan menjadi rujukan untuk merancang aktiviti p&p seterusnya. 5. Ujian dan Penilaian - Aktiviti ujian /penilaian harus diadakan selepas pengajaran pemulihan. -Keputusan penilaian haruslah dimasukkan dalam profil murid. Rekod ini akan menjadi rujukan untuk merancang aktiviti p&p seterusnya. 6. Tindakan Susulan
- Murid pemulihan / bermasalah telah berjaya dalam program pemulihan itu, mereka boleh mengikuti pelajaran baru dengan murid sekelas yang lain. - Jika murid pemulihan masih gagal, guru harus menggunakan senarai semak untuk mengkaji punca kegagalan program pemulihan yang dijalankan. Senarai Semak
Tanda
1. Adakah program dirancang berdasarkan punca kelemahan murid 2. Adakah program disediakan mengikut pengalaman dan kebolehan murid. 3. Adalah objektif pengajaran terlalu tinggi? 4. Adakah penggunaan ABM berkesan? 5. Adakah langkah2 mengajar dikembangkan daripada konkrit kepada abstrak? 6. Adakah masa pengajaran mencukupi 7. Adakah aktiviti pemulihan itu menarik minat murid? 8. Adakah aktiviti pembelajaran yang diberikan kepada murid mencukupi? 9. Adakah latihan diberikan sejajar dengan objektif pengajaran? 10. Adakah latihan itu terlalu sukar? Berdasarkan senarai semak, guru boleh ambil tindakan berikut: – Merancang semula program pemulihan – Merujuk murid kepada guru pemulihan khas.
Pengayaan - Penekanan program ini adalah untuk memberi aktiviti-aktiviti tambahan kepada murid-murid yg dapat menguasai satu-satu kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal dari itu. Dalam program pengayaan, murid-murid akan dapat meluaskan pengetahuan berhubung dengan perkara –perkara yang berkaitan dengan unit pembelajaran
berkenaan secara mendatar. Sementara itu, murid –murid yang diberi kegiatan pemulihan berpeluang mengatasi kelemahan dan masalah yang dihadapi di dalam unit pembelajaran berkenaan. Dengan cara ini, semua murid dapat memulakan sesuatu unit pembelajaran bersama –sama. Walau bagaimanapun, murid – murid yang mengikuti kegiatan pemulihan berpeluang juga membuat kegiatan pengayaan
- Aktiviti-aktiviti pengayaan dibahagikan kepada dua kategori: 1. Pilihan murid – tidak formal 2. Pilihan guru – formal
Konsep Pendidikan Pengayaan -Pengayaan ialah aktiviti2 tambahan kepada aktiviti2 asas pembelajaran yang djalankan sam ada di dalam atau di luar waktu sekolah. - Ia mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari -
Melalui
aktiviti2
ini
murid
akan
mendapat
peluang
tambahan
untuk
mengembangkan minat murid, daya kreativiti, sifat ingin tahu, sikap berdikari, bakat kepimpinan serta melibatkan diri dalam membuat satu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan dan masyarakat.
Objektif pengayaan -Membolehkan murid menjalani aktiviti pembelajaran yang lebih mencabar kebolehan mereka. -Menambahkan
minat
dan
pengalaman
yang
boleh
menbantu
ke
arah
perkembangan diri. -Menggunakan masa lapang yang berfaedah mengikut keperluan, minat dan bakat mereka. -Meminati dan menguasai bacaan luas dengan membuat rujukan daripada pelbagai bahan dan sumber pengetahuan. -Berminat untuk belajar sendiri dan mempunyai sifat berdikari bagi membolehkan murid menerusan pembelajaran seumur hidup.
-Melahirkan daya kreativiti menerusi pemikiran dan kebolehan untuk menilai kerja mereka sendiri. -Mempunyai asas kepimpinan untuk diperkembangkan ke peringkat yang tinggi sesuai dengan kemampuan mereka.
Sekiranya terdapat murid yang menghadapi masalah pembelajaran yang tidak boleh diatasi oleh guru di bilik darjah murid itu seharusnya diberi tumpuan khas oleh pihak tertentu seperti guru pemulihan khas. .
Penutup Strategi Pengajaran dan Pembelajaran dalam pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu yang dirancang dengan teliti, lengkap serta tepat membantu mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat murid –murid terhadap guru sekaligus membantu membina disiplin yang positif. Ini kerana guru dapat melaksanakan pengajarannya dengan lancar dan menarik serta tidak membazir masa dan tidak bertindak dalam keadaan kelam kabut. Tanpa perancangan yang lengkap dan sistematik, seseorang guru tidak dapat mencapai kompetensi dalam pengajarannya. Sebelum melaksanakan strategi pengajaran dan pembelajaran, guru harus memahami tugas – tugas yang sebenar semasa merancang persediaan mengajar dan melaksanakannya di dalam bilik darjah. Dalam pada itu, guru hendaklah memilih sumber pelajaran serta isi pelajaran yang sesuai. Dengan ada rancangan pengajaran yang sesuai dan berkesan, objektif pengajaran yang berkesan akan tercapai. Bagi menentukan objektif pengajaran tercapai, guru boleh menentukan jenis penilaian yang akan digunakan untuk mengukur pencapaian murid diakhir proses pengajaran dan pembelajaran hari tersebut.