Konsep Kurikulum(profesion Assghmt)

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Konsep Kurikulum(profesion Assghmt) as PDF for free.

More details

  • Words: 294
  • Pages: 2
KONSEP KURIKULUM Di dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran , terdapat beberapa soalan yang berkaitan sering ditimbulkan . yang pertama , “ siapa mengajar ?”. Memangnya , yang mengajar ialah guru . Yang kedua ,” mengajar siapa ?”. Jawapan untuk soalan ini memangnya ialah murid . Yang ketiga , “ bagaimana mengajar ?”. Soalan ini melibatkan kaedah dan teknik mengajar . Soalan ini adalah berkaitan dengan kurikulum dan bahan bantuan pengajaran yang akan dibincangkan selanjutnya . Kurikulum dan bahan bantuan pengajaran , dikenali pula sebagai isi kandungan pendidikan atau pengajaran dan pembelajaran , merupakan hasilan kebudayaan intelek , dan pengalaman manusia berlandaskan teori epistemology

yang dikemukakan dari

semasa ke semasa , dan melalui pengajaran guru , mengisi jiwa kognitif kanak-kanak dan remaja , agar membolehkan pertumbuhan dan perkembangan mereka secara licin dan tanpa gangguan . Mengikut Kamus Dwibahasa (1992) , perkataan “kurikulum” diertikan sebagai bidang pelajaran di sekolah . Jika di tinjau dari sejarah , perkataan kurikulum berasal dari perkataan latin “curriculum” yang bermaksud ruang tempat dimana pembelajaran berlaku . Perkataan ini telah digunakan sejak zaman Plato , kira-kira tahun 400 SM . pada masa itu , kanak-kanak Yunani di Bandar Athens telah mengikuti satu kurikulum pendidikan . Mengikut rekod sejarah , pada zaman itu , kanak-kanak yunani belajar membaca , menulis dan mengira , muzik dan jimnastik mulai umur 7 tahun . Apabila sampai umur baligh hingga 17 tahun , mereka dikehendaki

belajar sastera , nahu , retorika , matematik , geografi ,

kewarganegaraan dan cara bermain alat muzik . Bagaimanapun , pada zaman keemasan

yunani tersebut , peluang pendidikan terlalu terhad . Hanya kanak-kanak lelaki , khususnya daripada golongan atasan sahaja yang berpeluang belajar di sekolah . Malah , kurikulum yang digubal pun tidak begitu sistematik dan canggih seperti masa sekarang .

Related Documents

Konsep
July 2020 35
Konsep
October 2019 54
Konsep
June 2020 40