Konsep Hidayah

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Konsep Hidayah as PDF for free.

More details

  • Words: 4,429
  • Pages: 10
Muqaddimah Kita sebagai manusia merupakan makhluk ciptaan Allah SWT. Sebagai makhluk ciptaanNya, kita amat bergantung harap dengan Allah SWT. Tidak akan berlaku sesuatu perkara itu samada baik atau buruk melainkan dengan izin-Nya jua. Malah, wujudnya kita sebagai manusia di muka bumi ini adalah dengan kehendakNya. Walaupun kita mempunyai aqal fikiran untuk merancang sesuatu, namun hasil keputusannya adalah tertakluk kepada kehendakNya. Ini menunjukkan betapa manusia ini lemah tak berdaya melawan kehendakNya. Maha Suci Allah, yang berkuasa melakukan apa yang diinginiNya. Apabila kita sedar yang manusia itu lemah, maka adalah menjadi tuntutan bagi kita untuk memohon pertolongan dan bantuan dariNya. Sebab itulah dalam solat fardhu yang lima sehari semalam kita memohon kepadaNya agar dibantu kita yang lemah ini setelah kita mengiktiraf kelemahan kita. Allah SWT berfirman dalam surah al-Fatihah (1:4-5): “hanya kepada engkau (Ya Allah) kami sembah dan hanya kepada engkau (Ya Allah) kami mohon pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus” Dalam ayat ini kita memohon agar diberi petunjuk (Hidayah) daripadaNya. Mafhumnya, kita amat berharap kepada hidayahNya. Justeru persoalan yang timbul di sini ialah, apa itu hidayah?mengapa kita disuruh memohon hidayah sebanyak 17 kali sehari semalam? Apakah hidayah Allah itu berbentuk material atau spiritual? Bagaimana Al-Quran menerangkan konsep hidayah itu sendiri? Adakah hanya manusia sahaja memerlu hidayah Allah SWT? Banyak lagi persoalan tentang hidayah yang akan dikupas dalam perbincangan berikutnya. Definisi Hidayah berasal dari perkataan Arab ‘Hada’ yang bermaksud menunjuk jalan. Maka hidayah boleh didefinisikan secara asasnya sebaga petunjuk ke arah mencapai matlamat tertentu. Professor Hamka dalam tafsir al-azhar ada menyebut definisi ulama tafsir mengenai perkataan hidayah yang menjadi kata asal kepada perkataan ‘ihdina’ dalam surah al-Fatihah (1:5). ‘menurut keterangan sesetengah ahli tafsir, perlengkapan menuju jalan yang lurus yang dimohonkan kepada Allah itu ialah, pertama al-irsyad, ertinya agar dianugerahi kecerdikan dan kecerdasan, sehingga dapat membedakan yang salah dengan yang benar. Kedua at-tawfiq, iaitu bersesuaian kehendaknya dengan apa yang direncanakan Tuhan. Ketiga al-ilham, diberi petunjuk supaya dapat mengatasi sesuatu yang sulit. Keempat al-dilalah, ertinya ditunjuk dalil-dalil dan tanda-tanda di mana tempat yang berbahaya, dimana yang tidak boleh dilalui dan sebagainya. Sebagaimana tanda-tanda yang dipancangkan ditepi jalan, berbagai macamnya, untuk memberi alamat bagi kenderaan bermotor’ Professor Hamka menerangkan kepada kita beberapa perkataan sinonim kepada perkataan hidayah bagi membantu kita memahami secara lebih mendalam betapa luasnya konsep hidayah. Namun semua yang disebut hanya fokus secara khusus kepada pemahaman hidayah dari aspek

bahasa. Hidayah Dalam Al-Quran Mu’jam Mufahras li Alfaz Al-Quran myenaraikan lebih 306 ayat Al-Quran yang disebut padanya perkataan hidayah dan perkataan-perkataan terbitan dari perkataan hidayah seperti al-muhtadi, huda, al-muhtadin, yahdi, ihtadu dan lain-lain. Ini menunujukkan yang Al-Quran menerangkan konsep hidayah dalam pelbagai pemahaman dan pengertian. Namun apabila dikaji secara lebih mendalam akan kita dapati bahawa konsep hidayah merupakan satu bentuk petunjuk ke arah kebaikan. Antara dalilnya: a) Firman Allah SWT: Musa berkata: "Tuhan kami ialah (Tuhan) yang Telah memberikan kepada tiap-tiap sesuatu bentuk kejadiannya (surah taha, 20:50) Ayat ini merupakan dalil yang menjelaskan bahawa hidayah merupakan pemberian Allah SWT kepada semua makhluk ciptaanNya samada manusia, haiwan, pokok, bulan, matahari dan segalanya. Hidayah ini adalah dalam bentuk sifat, kemampuan dan kehendak semulajadi makhluk Allah SWT yang membolehkannya berfungsi seperti yang dikehendaki Allah SWT. Tanpa hidayah ini maka akan rosaklah kehidupan sesuatu makhluk itu. Contohnya, burung diberi hidayah oleh Allah SWT untuk terbang tanpa perlu ia belajar bagaimana untuk terbang di manamana sekolah penerbangan. b) Firman Allah SWT: Dan kami jadikan di antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah kami ketika mereka sabar. dan adalah mereka meyakini ayatayat kami. (surah al-sajadah, 32:24) Pemimpin yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah para rasul yang diberi tanggungjawab menyampaikan hidayah Allah SWT dalam bentuk ajaran agama Islam. Maka, hidayah yang dimaksudkan dalam ayat ini ialah segala prinsip dan ajaran Allah SWT yang terkandung dalam agama Islam yang dibawa oleh semua rasul dari Adam hingga Muhammad SAW. c) Firman Allah SWT: Dan kami cabut segala macam dendam yang berada di dalam dada mereka; mengalir di bawah mereka sungai-sungai dan mereka berkata: "Segala puji bagi Allah yang Telah menunjuki kami kepada (surga) ini. dan kami sekali-kali tidak akan mendapat petunjuk kalau Allah tidak memberi kami petunjuk. Sesungguhnya Telah datang rasul-rasul Tuhan kami, membawa kebenaran." dan diserukan kepada mereka: "ltulah surga yang diwariskan kepadamu, disebabkan apa yang dahulu kamu kerjakan." (surah al-a’raf, 7:43) Dalam ayat ini hidayah dimaksudkan sebagai satu cara hidup yang membawa kepada kebaikan di dunia dan akhirat. Kebaikan di dunia adalah apabila manusia mengikut ajaran Islam maka matlamat hidupnya adalah al-falah (kejayaan). Manakala kebaikan di akhirat adalah apabila manusia mengikut ajaran Islam maka matlamat hidupnya adalah al-jannah (syurga). Namun, segala kedua-dua matlamat adalah sebab kepada mencapai kerehaan Allah SWT semata. Maka hidayah disini boleh ditafsir sebagai jalan kea rah al-falah, al-jannah dan mardhatillah. d) Firman Allah SWT: Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk (surah al-qasas, 28:56) Hidayah dalam ayat ini merujuk kepada hidayah tawfiq yang menjadi prerogatif Allah SWT di mana tiada siapa mampu memberi hiyah tawfiq ini melainkan Allah SWT. Hatta Rasulullah SAW

tidak mampu memberi hidayah kepada sesiapa yang disayanginya. Ini bagi menunjukkan yang manusia itu amat lemah dan kerja memberi hidayah ini adalah milik mutlak Allah SWT. Tugas manusia hanya menyampaikan hidayah yang terkandung dalam Al-Quran Al-Quran Sebagai Sumber Hidayah Firman Allah SWT dalam surah yunus, 10:57: Hai manusia, Sesungguhnya Telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman. Ayat ini menjelaskan kepada kita tentang fungsi dan kandungan Al-Quran itu adalah penyembuh (syifa), petunjuk (hidayah), rahmah kepada orang mukmin. Fokus ayat Al-Quran yang lain contohnya dalam surah al-baarah menujukkan yang fungsi Al-Quran itu ialah sebagai hidayah kepada orang bertaqwa. Kitab (Al Quran) Ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa (Surah Al-Baqarah, 2:2). Maka fahamlah kita yang fungsi utama diturunkan AlQuran kepada sekalian manusia ialah sebagai penunjuk jalan yang lurus seperti mana yang di pohon oleh setiap muslim dalam surah al-fatihah yang dibaca sebelum itu. Professor Hamka ada menyebut: ‘kita baru saja selesai membaca surat al-fatihah. Di sana kita telah memohon kepada tuhan agar ditunjuki jalan yang lurus, jalan orang yang diberi nikmat, jangan jalan orang yang dimurkai atau orang yang sesat. Baru saja menarik nafas selesai membaca surah itu, kita langsung kepada surah al-baqarah dan kita langsung kepada ayat ini. Permohonan kita di surah al-fatihah sekarang diperkenankan. Kami bisa mendapat jalan yang lurus, yang diberi nikmat, bukan yang dimurkai dan tidak yang sesat, asal saja kamu suka memakai pedoman kitab ini. Tidak syak lagi, dia(Al-Quran) adalah petunjuk (hidayah) bagi orang yang suka bertaqwa.’ Hidayah Al-Quran boleh dilihat dalam aspek:

a) Aqidah: Yang dimaksudkan dengan aqidah disini adalah tentang persoalan bagaimana AlQuran memberi jawapan kepada setiap persoalan asas yang sentiasa menjadi perbincangan ahliahli falsafah dan sains. Persoalan tentang bagaimana alam ini wujud, siapa penciptanya, dari mana manusia diciptakan, apa tujuan penciptaan manusia dan segala makhluk yang lain, apa akan berlaku sesudah kematian. Semua persoalan ini berkait rapat dengan keimanan seseorang manusia. Dalam keadaan manusia tercari-cari pegangan aqidah(iman) menggunakan akal fikiran yang amat terbatas sehinggal terciptanya pelbagai macam agama di muka bumi ini, Allah melalui rasul-rasulnya memberi hidayah akan siapa tuhan yang perlu disembah. Seterusnya Allah SWT menyebut yang mereka yang mengikut para rasulnya adalah mereka yang diberi hidayah manakala yang tidak mengikut adalah dari golongan yang telah sesat (dhalalah). Allah SWT berfirman dalam surah al-nahli, 16:36. Dan sungguhnya kami Telah mengutus Rasul pada tiaptiap umat (untuk menyerukan): "Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut itu", Maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang Telah pasti kesesatan baginya. Maka berjalanlah kamu dimuka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul). Dalam ayat ini Allah menerangkan kepada kita tentang aspek aqidah dalam ajaran setiap rasulnya iaitu menyembah Allah dan menjauhi thaghut (syaitan). Apabila golongan kafir quraisy bertanyakan tentang Allah SWT kepada Rasulullah SAW, maka turunlah surah al-ikhlas,112:1-4. Katakanlah: "Dia-lah Allah, yang Maha Esa.2. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.3. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan,4. Dan tidak ada seorangpun

yang setara dengan Dia." Dalam surah yang pendek ini, Al-Quran telah memberi hidayah kepada manusia tentang aspek aqidah yang haqiqi iaitu aqidah tawhidullah. Dalam surah al-baqarah, 2:285, Al-Quran turut menerangkan kepada kita akan kesatuan aqidah tawhid yang dibawa oleh setiap rasulnya. Rasul Telah beriman kepada Al Quran yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman. semuanya beriman kepada Allah, malaikatmalaikat-Nya, kitab-kitab-Nya dan rasul-rasul-Nya. (mereka mengatakan): "Kami tidak membeda-bedakan antara seseorangpun (dengan yang lain) dari rasul-rasul-Nya", dan mereka mengatakan: "Kami dengar dan kami taat." (mereka berdoa): "Ampunilah kami Ya Tuhan kami dan kepada Engkaulah tempat kembali." Semua dalil ini membuktikan kepada kita yang Al-Quran benar-benar memberi petunjuk kepada setiap persoalan aqidah yang ada dalam benak setiap manusia yang berfikiran rasiobal dan waras

b) Ibadah: Setelah memberi hidayah dari aspek aqidah, ditunjukkan juga segala macam amalan yang perlu dilakasanakan bagi memenuhi tuntutan aqidah itu tadi. Contohnya tentang kewajipan solat dan zakat, haji dan puasa, segala macam undang-undang berkaitan perkahwinan, jenayah dan muamalah dibentangkan sebagai satu bentuk hidayah tentang apa yang terbaik untuk manusia dalam mencapai al-falah dalam kehidupan dunia. Allah SWT berfirman dalam surah almukminun, 23:1-11. Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, 2. (yaitu) orangorang yang khusyu' dalam sembahyangnya,3. Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna,4. Dan orang-orang yang menunaikan zakat,5. Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya,6. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki; Maka Sesungguhnya mereka dalam hal Ini tiada terceIa.7. Barangsiapa mencari yang di balik itu Maka mereka Itulah orang-orang yang melampaui batas.8. Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya.9. Dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya.10. Mereka Itulah orang-orang yang akan mewarisi,11. (yakni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. mereka kekal di dalamnya. Justeru, bagi mencapai kejayaan dunia dan akhirat, perlulah seseorang muslim itu menjadi mukmin yang mempunyai sifat-sifat yang tersebut tadi. Semua sifat itu amat berkait rapat dengan hubungan kita dengan Allah SWT dari segi pengabdian kita fizikal dan material kepada Allah SWT.

c) Akhlaq: Banyak surah dalam Al-Quran menyebut tentang akhlaq manusia dengan Allah SWT, akhlak sesama manusia, akhlak dengan makhluk yang lain serta akhlak dengan diri sendiri. Contohnya dalam surah al-israk, 17:23-24, bagaimana Al-Quran menyuruh anak-anak berbuat baik kepada ibubapa. Dan Tuhanmu Telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya. jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, Maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia 24. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua Telah mendidik Aku waktu kecil". Dalam surah al-nisa, 4:10, bagaimana Al-Quran menyuruh bersifat amanah dengan harta anak yatim. Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim,

Sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka). Bahkan dalam surah al-hujurat, keseluruhan surah tersebut sarat dengan petunjuk mengenai akhlak yang dianjurkan Islam. Sesungguhnya akhlak Islam adalah bersumberkan Al-Quran dan al-sunnah manakala moral dan etika hanya bersumberkan aqal dan nilai-nilai masyarakat. Perlu kita fahami banyak lagi petunjuk yang disampaikan oleh Al-Quran kepada manusia. Hidayah dari aspek bahasanya, ilmu sainsnya, kisah sejarah ketamadunan bangsa terdahulu dan sebagainya menjadi panduan dan pedoman bukan sahaja kepada muslim bahkan menjadi rahmat untuk semua manusia. Oleh sebab itulah Al-Quran menjadi mukjizat nabi Muhammad yang paling besar dikurniakan Allah SWT kepadanya. Pembahagian Hidayah Terdapat 2 jenis hidayah iaitu hidayah umum (Hidayah Ammah) dan hidayah khusus (Hidayah Khassah). Hidayah Ammah adalah hidayah yang dikurniakan kepada semua makhluknya dan ianya terbahagi kepada empat peringkat: 1) Hidayah Al-Ilham Al-Fitri: Firman Allah SWT: (20:50). Musa berkata: "Tuhan kami ialah (Tuhan) yang Telah memberikan kepada tiap-tiap sesuatu bentuk kejadiannya Dalam ayat ini merujuk kepada fasa-fasa proses penciptaan makhluk yang berakhir dengan fasa pemberian petunjuk (hidayah) oleh Allah SWT. Dalam ayat yang lain Allah SWT berfirman (87:2-3). Yang Menciptakan, dan menyempurnakan (penciptaan-Nya),3. Dan yang menentukan kadar (masing-masing) dan memberi petunjuk. Ayat ini sekali lagi menjelaskan dengan lebih teliti mengenai fasa-fasa tersebut. Pertama bermula dengan proses takhliq iaitu mencipta dari tiada kepada ada. Kedua proses taswiyah iaitu membentuk rupa paras makhluk tersebut. Ketiga proses taqdir iaitu penentuan perjalan hidup sesuatu makhluk itu. Keempat proses hidayah itu Allah SWT memberi petunjuk dalam bentuk kehendak semulajadi yang diperlukan oleh makhluk itu untuk hidup. Berdasarkan kedua-dua ayat tersbut dapatlah kita fahami bahawa : a) Hidayah telah diberikan kepada semua makhluk Allah SWT dalam bentuk kehendak fitrah semulajadi makhluk itu semenjak proses penciptaannya bermula. Pemberian ini bukannya diminta oleh makhluk tersebut tetapi dikurniakan kepadanya sebagai pelengkap kepada proses penciptaannya. Ia bagi membuktikan yang Allah SWT itu tahu tentang penciptaannya. Dan juga sebagai bukti betapa pengasihnya Allah kepada semua makhluknya b) Tanpa hidayah ini, adalah mustahil untuk sesuatu makhluk itu tahu apa yang ia perlu untuk hidup yang akhirnya akan membawa kepada kerosakan makhluk tersebut. Dalam erti kata yang lain, hidayah ini penting bagi menunjukkan fitrah semulajadi sesuatu makhluk tersebut Sebagai contoh, seekor burung diciptakan secara fitrah tahu terbang tanpa perlu ia belajar untuk terbang, seekor ikan tahu untuk berenang dalam laut tanpa perlu ia belaja cara bernafas dalam air dan berenang di dalamnya dari sesiapa pun. Seorang bayi secara fitrah tahu bagaimana hendak keluar dari rahim ibu apabila tiba masanya tanpa perlu dia tahu cara mengira masa dan cara untuk menendang dari sesiapa pun, dan apabila keluar tahu pula untuk menangis kerana lapar, tahu bernafas, tahu mengerlipkan mata dan segala bentuk fitrah semulajadi manusia. Inilah bukti hidayah Allah SWT kepada makhluknya. Namun terdapat kelebihan yang Allah SWT berikan kepada manusia sesuai dengan status mansia sebagai khalifah Allah SWT di muka bumi ini. firman Allah SWT: (3:14). Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak,

harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan SAWah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga). Dalil menunjukkan yang manusia secara fitrahnya suka kepada wanita, anak-anak, emas dan perak yang bertimbun-timbun, binatang ternakan yang banyak. Justeru manusia secara fitrahnya makhluk yang materialistik. Maka tidak salah bagi manusia bersifat materialistik kerana itu adalah hidayah Allah SWT. Namun hidayah ini perlu dikawal oleh hidayah akal manusia dan hidayah agama agar manusia tidak merosakkan diri sendiri dalam memenuhi sifat fitrah semulajadinya itu. 2) Hidayah Al-Hawas: Hidayah ini adalah pelengkap kepada Hidayah Al-Ilham Al-Fitri. Ianya bermaksud petunjuk pancaindera dan perasaan makhluk Allah SWT. Hidayah ini juga dibrikan kepada semua makhluNya bagi membantu makhluknya mengetahui apakah fitrah semulajadinya. Kedua-dua hidayah ini amat saling berkait rapat, tidak boleh dipisahkan. Sebagai contoh sekiranya manusia perlu kepada makanan akan ada petunjuknya iaitu rasa lapar, sekiranya manusia perlu rehat akan ada petunjuknya iaitu rasa letih, sekiranya manusia perlu kepada harta akan ada petunjuknya iaitu rasa malu menjadi miskin, sekiranya manusia perlu kepada ubat akan ada petunjuknya iaitu rasa sakit. Semua jenis rasa ini adalah petunjuk yang Allah SWT berikan kepada bukan sahajamanusia bahkan semua makhlukNya mengikut fitrah semulajadi masing-masing. Pancaindera kita juga merupakan petunjuk kepada segala macam fitrah semulajadi kita. Justeru Allah SWT memberi amara kepada manusia agar jangan menyalahgunkan petunjuk pancaindera kita. Firman Allah SWT:(7:179) Dan Sesungguhnya kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. mereka Itulah orang-orang yang lalai. 3) Hidayah Al-Aqli: Hidayah ini hanya diberikan kepada manusia dan tidak kepada makhluk yang lain sesuai sebagai status manusia sebagai khalifahNya dimuka bumi. Allah SWT berfirman (2:30-33). Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."31. Dan dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, Kemudian mengemukakannya kepada para malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku nama bendabenda itu jika kamu mamang benar orang-orang yang benar!"32. Mereka menjawab: "Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang Telah Engkau ajarkan kepada Kami; Sesungguhnya Engkaulah yang Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana."33. Allah berfirman: "Hai Adam, beritahukanlah kepada mereka nama-nama benda ini." Maka setelah diberitahukannya kepada mereka nama-nama benda itu, Allah berfirman: "Bukankah sudah Ku katakan kepadamu, bahwa Sesungguhnya Aku mengetahui rahasia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan?"

Ayat ini jelas membuktikan yang manusia dilantik menjadi khalifahNya dimuka bumi disebabkan akal fikiran yang dikurniakan kepada kita. Justeru perlu kita fahami yang hidayah akal ini diberikan bersama tanggungjawab. Sumber kepada hidayah ini ialah ilmu pengetahuan. Tanpa ilmu seseorang akan sesat, rosak, mundur dan dimurkai Allah SWT. Maka adalah menjadi kewajipan (fard ain) bagi setiap manusia untuk menuntut ilmu sebagai hidayah dalam kehidupan manusia. Namun akal manusia ada hadnya. Ada perkara yang mampu difikirkan dan ada perkara yang diluar kemampuan akal manusia. Kadang-kadang apa yang difikirkan oleh akal sebagai elok dan baik bagi diri manausia mungkin buruk pada hakikatnya. Inilah bukti betapa lemahnya manusia. Betapa cerdiknya manusia berfikir masih ada lagi ruang kelemahan yang diluar keampuan akal kita. Benarlah firman Allah SWT (2:216). Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui. Maka bagi menampung kelemahan akal ini manusia memerlukan kepada peringkat tertinggi hidayah Allah kepada makhluknya iaitu hidayah agama. 4) Hidayah Al-Din: Hidayah ini adalah yang tertinggi dan diberikan kepada manusia juga seperti hidayah akal. Hidayah ini amat penting bagi mengawal segala hidayah yang lain agar ia selari dengan fitrah manusia yang Allah ciptakan. Hidayah ini ialah segala bentuk prinsip dan ajaran agama Islam bersumberkan Al-Quran dan al-sunnah. Islam adalah agama fitrah yang Allah turunkan melalui para rasulnya. Firman Allah SWT (30:30). Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; (tetaplah atas) fitrah Allah yang Telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. tidak ada peubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui Justeru sebagai agama fitrah sudah pasti segala yang disuruh dan dilarangNya dalam Al-Quran dan alsunnah adalah bertepatan dan yang terbaik bagi manusia keseluruhannya.maka adalah amat plik sekiranya kita sebagai manusia masih menolak ajaran yang terbaik bagi fitrah manusia itu sendiri. Professor Hamka menjelaskan tentang hubungan keempat-empat hidayah ini dalam satu anologi yang amat menarik dan mudah: ‘kitapun mengakui bahawa petunjuk itu sejak lahir ke dunia telah diberikan secara beransur. Pertama sejak mula lahir kita telah diberi persediaan petunjuk pertama, sehingga bila kita berasa lapar kita menangis, bila terasa basah kita pun menangis;dan sejak lahir telah diberi petunjuk kita bagaimana mencucut susu ibu. Dan setelah itu dengan beransur-ansur, dari hari ke hari, bulan ke bulan beransur kita dapat membedakan bunyi yang didengar dan warna yang dilihat. Dalam masa pengansuran itu kita diberi naluri untuk pelengkap hidup, sebagai yang diberikan sekaligus kepada binatang. Tetapi pada binatang terhenti hingga demikian sahaja. Dan kepada manusia diteruskan lagi dengan pertumbuhan akal dan fikiran. AkAllah yang memperbaiki kesalahan pendapat pancaindera, mata melihat dn merasa keretapi yang kita tumpangi berhenti di sebuah stesyen dan bahawa dia telah berangkat pula padahal yang berangkat itu belum keretapi yang kita tumpangi itu, melainkan keretapi yang disebelahnya. Dan lain-lain sebagainya. Mata melihat tongkat yang lurus di dalam air menjadi bengkok, sedang akal menolaknya. Tetapi akal sahaja belumlah cukup menjadi pedoman. Sebab dalam diri kita sendiri bukan akal dan pancaindera saja yang harus diperhitungkan. Kita perhitungkan juga syahwat dan hawa nafsu kita, demikian juga naluri-naluri yang lain. Kita kepingin makan dan minum, supaya

hidup. Supaya berketurunan kita ingin mempunyai teman hidup; lelaki mencari perempuan dan perempuan menunggu lelaki. Kita ingin mempunyai apa-apa, kita ingin mempunyai persediaan. Kita ingin dan orang lain pun ingin. Untuk mencari apa yang kita ingini itu kita pergunakanlah akal dan orang lain untuk mencari keinginannya juga mempergunakan akalnya pula. Kadangkadang seluruh orang mengingini satu maca barang, maka terjadilah perebutan. Mendapatlah siapa yang lebih cerdik atau lebih kuat. Dengan demikian maka pengelaman manusia menunjukkan bahawa akal saja tidaklah mencukupi untuk mencapai keselamatan dan kebahagiaan. Mesti ada tuntunan terhadap akal itu sendiri. Itulah Hidayat Agama. Untuk itulah rasul-rasul diutus dan kitab-kitab wahyu di turunkan. Untuk memperhitungkan perbuatan dalam perjalanan hidup itu, bagaiman pemakaian pancaindera dan bagaimana pemakaian akal, adakah dia membawa maslahat bagi diri sendiri dan bagi sesama manusia dan bagi hubungan dengan Allah SWT. Hidayah khassah pula merupakan tawfiq yang Allah SWT berikan kepada sesiapa yang dia inginkan untuk menerima agama dan ajaran Islam firman Allah SWT: Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk. (28:56). Ini adalah hak mutlak Allah yang tidak boleh diubah dan dilawan kerana Dia berhak ke atas semua makhluk ciptaanNya. Tidak lah kita sebagai makhluknya mempersoalkan hak Allah dan kebijaksanaanNya dalam memberi hidayah kepada sesiapa yang diingini. Sebagai makhluk, kita hanya berhak memohon hidayah tawfiqNya. Maha Suci Allah yang Maha Bijaksana dalam penciptaan makhlukNya, Maha Pemurah, Maha pengasihani, Maha Mengetahui. Syarat-Syarat Mendapat Hidayah Allah SWT telah berjanji di dalam al-quran bahawa terdapat beberapa cara untuk sesorang itu mendapat hidayahNya. Sekiranya seseorang itu mempunyai syarat-syarat tersebut maka Allah menjanjikan baginya anugerah hidayah yang amat diperlukan oleh segenap manusia di dalam hidupnya di dunia. Antara syarat-syarat tersebut adalah: 1) Islam: Firman Allah SWT: Kemudian jika mereka mendebat kamu (tentang kebenaran Islam), Maka Katakanlah: "Aku menyerahkan diriku kepada Allah dan (demikian pula) orang-orang yang mengikutiku". Dan Katakanlah kepada orang-orang yang Telah diberi Al Kitab dan kepada orang-orang yang ummi"Apakah kamu (mau) masuk Islam". Jika mereka masuk Islam, Sesungguhnya mereka Telah mendapat petunjuk, dan jika mereka berpaling, Maka kewajiban kamu hanyalah menyampaikan (ayat-ayat Allah). Dan Allah Maha melihat akan hamba-hambaNya. (3:20) 2) Iman: Firman Allah SWT: Katakanlah: "Hai manusia Sesungguhnya Aku adalah utusan Allah kepadamu semua, yaitu Allah yang mempunyai kerajaan langit dan bumi; tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, yang menghidupkan dan mematikan, Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kepada kalimatkalimat-Nya (kitab-kitab-Nya) dan ikutilah Dia, supaya kamu mendapat petunjuk".(7:158) 3) Ihsan: Firman Allah SWT: Menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang berbuat kebaikan (ihsan), (31:3) 4) Taubat: Firman Allah SWT: Orang-orang kafir berkata: "Mengapa tidak diturunkan kepadanya (Muhammad) tanda (mukjizat) dari Tuhannya?" Katakanlah: "Sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang dia kehendaki dan menunjuki orang-orang yang bertaubat kepada-Nya",

(13:27) 5) Jihad: Firman Allah SWT: Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) kami, benar- benar akan kami tunjukkan (hidayah)kepada mereka jalan-jalan kami. Dan Sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik. (29:69) Namun, terdapat juga perkara-perkara yang boleh menyebabkan seseorng itu tidak akan mendapat anugerah hidayahNya. Antara perkara-perkara tersebut adalah: 1) Kufur: Firman Allah SWT: Wahai orang-orang yang beriman, tetaplah beriman kepada Allah dan rasul-Nya dan kepada Kitab yang Allah turunkan kepada rasul-Nya serta Kitab yang Allah turunkan sebelumnya. Barangsiapa yang kafir kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitabNya, rasul-rasul-Nya, dan hari Kemudian, Maka Sesungguhnya orang itu Telah sesat sejauhjauhnya. (4:136) 2) Nifaq: Firman Allah SWT: Dan bila mereka berjumpa dengan orang-orang yang beriman, mereka mengatakan: "Kami Telah beriman". Dan bila mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka mengatakan: "Sesungguhnya kami sependirian dengan kamu, kami hanyalah berolok-olok."15. Allah akan (membalas) olok-olokan mereka dan membiarkan mereka terombang-ambing dalam kesesatan mereka.16. Mereka Itulah orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk, Maka tidaklah beruntung perniagaan mereka dan tidaklah mereka mendapat petunjuk. (2:14-16) 3) Zalim: Firman Allah SWT: Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengadaadakan dusta terhadap Allah sedang dia diajak kepada Islam? Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang zalim. (61:7) 4) Fasiq: Firman Allah SWT: Kamu memohonkan ampun bagi mereka atau tidak kamu mohonkan ampun bagi mereka (adalah sama saja). sekalipun kamu memohonkan ampun bagi mereka tujuh puluh kali, namun Allah sekali-kali tidak akan memberi ampunan kepada mereka. yang demikian itu adalah Karena mereka kafir kepada Allah dan Rasul-Nya. dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasik. (9:80) Kesan Mendapat Hidayah Seseorang itu mungkin tertanya-tanya, adakah dia telah mendapat hidayah sekiranya dia memenuhi syarat-syarat yang telah Allah SWT sebutkan dalam Al-Quran tadi.atau adakah dia tergolong dikalangan orng-orang yang sesat. Adakah ada tanda-tanda khusus dia telah mendapat hidayah dari Allah SWT? Sesungguhnya Allah SWT tidak membiarkan manusia tertanya-tanya dalam hal ini. Di dalam Al-quran Allah SWT telah menggariskan 3 petunjuk seseorang itu telah mendapat hidayahNya: 1) Firman Allah SWT: Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, niscaya dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam. dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, niscaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki langit. begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman. (6:125). Dalam ayat ini, jelaslah kepada kita yang seseorang itu telah pun mendapat hidayah Allah SWT sekiranya dia telah mempunyai perasaan gembira, puas dan sentiasa bersegera dalam melakukan amal soleh yang ditentukan Allah SWT dan RasulNya. Tidak ada perasaan malas dan terpaksa dalam melakukannya.

2) Firman Allah SWT: Kami berfirman: "Turunlah kamu semuanya dari surga itu! Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, Maka barang siapa yang mengikuti petunjuk-Ku, niscaya tidak ada kekhawatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati".(2:38) Seseorang itu juga telah medapat hidayah daripada Allah sekiranya dia senantiasa bertenang dan berlapang dada serta redha dengan apa juga ketentuan Allah SWT setelah dia melaksanakan perintahNys dengan bersungguh-sungguh. Kadang-kadang dalam melaksanakan perintah Allah SWT, seseorang itu terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran. Lihatlah dalam peristiwa hijrah yang berlaku pada zaman Rasulullah, di mana para sahabat terpaksa berkorban harta dan nyawa demi menjalankan suruhan Allah SWT. Namun mereka sedikitpun tidak sedih dan gelisah, bahkan mereka tetap tenang dalam menghadapi ujian ini. Justeru mereka tergolong dari kalangan mereka yang telah diberi hidayah oleh Allah SWT. 3) Firman Allah SWT: Aku mendapati dia dan kaumnya menyembah matahari, selain Allah; dan syaitan Telah menjadikan mereka memandang indah perbuatan-perbuatan mereka lalu menghalangi mereka dari jalan (Allah), sehingga mereka tidak dapat petunjuk, (27:24) Perasaan benci untuk melakukan maksiat juga merupakan satu indikasi seseorang itu telah mendapat hidayahNya. Sebenarnya sekiranya seseorang itu seronok melakukan maksiat, mereka telah disesatkan syaitan dari jalan yang lurus. Dirasakannya satu keseronokan tanpa ada rasa bersalah. Dia melakukan zina, membunuh, mengumpat dan sebagainya tanpa ada perasaan bersalah. Kesimpulan Menjadi tanggungjawab setiap individu muslim untuk memohon dan mencari hidayah Allah SWT sedaya yang mungkin. Janganlah kita berputus asa dalam usaha kita ke arah itu. Allah SWT akan sentiasa menguji kita dengan berbagai ujian untuk kita mendapat hidayahNya yang amat berharga itu.

Related Documents

Konsep Hidayah
May 2020 24
Hidayah
July 2020 30
Bidayatul Hidayah
July 2020 25
Nurul Hidayah
April 2020 41
Jenis Hidayah
May 2020 23